You are on page 1of 2

Pelbagai tema dan tajuk soalan yang sering digunakan dalam penulisan karangan

Bahasa Melayu. Para pelajar digalakkan untuk melakukan latihan tambahan supaya
dapat mempelajari dan cuba menjawab tema dan tajuk soalan yang berbeza. Selain itu,
anda boleh merujuk contoh-contoh karangan Bahasa Melayu yang dikongsikan di atas
talian. Oleh itu, berikut adalah contoh karangan aktiviti menarik yang boleh
dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan dan Hari Kebangsaan sebagai rujukan anda.
Untuk makluman pelajar, penulisan karangan yang baik merangkumi penggunaan
tatabahasa yang betul tanpa ada kesalahan ejaan dan imbuhan. Penggunaan frasa-frasa
menarik seperti peribahasa yang menepati huraian juga akan memberi nilai tambah
dalam penulisan karangan masing-masing. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa
mendapatkan bimbingan daripada guru-guru agar gaya penulisan anda menepati kehendak
soalan dan penanda kertas. Isi Kandungan [Tutup] Aktiviti Menarik Yang Boleh
Dijalankan Bersempena Bulan Kemerdekaan Contoh Karangan Aktiviti Menarik yang Boleh
Dijalankan Sepanjang Bulan Kemerdekaan Dan Hari Kebangsaan Aktiviti Menarik Yang
Boleh Dijalankan Bersempena Bulan Kemerdekaan Isi-isi penting Pertandingan Dekorasi
Kelas Koir lagu patriotik Lawatan ke muzium dan bangunan bersejarah Menghasilkan
video patriotik Pertandingan pakaian tradisonal Mewawancara tokoh-tokoh kemerdekaan
Baca juga: Jenis-Jenis Pengenalan Dalam Penulisan Karangan Contoh Karangan Aktiviti
Menarik yang Boleh Dijalankan Sepanjang Bulan Kemerdekaan Dan Hari Kebangsaan
Pendahuluan Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal
dan minda kita telah membuatkan masyarakat hari ini lupa dengan sejarah perjuangan
nenek dan moyang kita dalam mengecapi kemerdekaan untuk negara. Oleh itu, bulan
kemerdekaan sering kali dianjurkan bagi merai dan menghargai jasa dan pengorbanan
rakyat terdahulu yang telah memberikan kita nikmat kehidupan yang aman dan
sejahtera pada masa kini. Kebebasan daripada cengkaman penjajah adalah suatu yang
tidak boleh dibayangkan oleh masyarakat hari ini terutamanya daripada golongan
kanak-kanak. Maka, aktiviti-aktiviti menarik yang mampu membuka mata murid-murid di
sekolah tentang kepentingan mencapai kemerdekaan bagi sesebuah negara wajar untuk
dilaksanakan. Isi 1 Antara aktiviti yang lazim dijalankan di setiap sekolah adalah
pertandingan mendekorasi bilik darjah atau kelas mengikut tema kemerdekaan.
Pertandingan ini dapat melahirkan sifat bersaing secara sihat antara murid-murid
serta mengetengahkan kreativiti mereka. Peribahasa Melayu ada berkata, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dengan bimbingan daripada guru-guru,
pelajar pasti dapat menghasilkan dekorasi-dekorasi yang menarik seperti sudut
tokoh-tokoh negara dan hiasan yang menggunakan Jalur Gemilang. Secara tidak
langsung, murid-murid akan didedahkan dengan elemen patriotik apabila mereka
menggunakan Jalur Gemilang. Guru-guru juga digalakkan untuk menunjukkan panduan
apabila kita ingin mengibarkan bendera kebangsaan kita kerana ia merupakan simbolik
yang tinggi dan perlu dihormati oleh segenap rakyat Malaysia. Isi 2 Selain itu,
pihak sekolah dengan bimbingan daripada para guru juga boleh menganjurkan
pertandingan koir yang bertemakan lagu patriotik. Mutakhir ini, lagu patriotik
semakin dilupakan kerana kurang mendapat masa penyiaran di media arus perdana.
Kesannya, ramai di antara ahli masyarakat khususnya golongan muda tidak tahu akan
kewujudan lagu-lagu yang khas dicipta bagi meraikan kemerdekaan dan kejayaan
negara. Justeru, aktiviti ini dapat menyemarakkan semula keindahan lagu-lagu
patriotik yang kaya dengan bait-bait lirik yang cukup bermakna serta mampu menjadi
pengajaran kepada semua. Pesembahan koir juga dapat menyerlahkan bakat murid-murid
yang berpotensi dalam nyanyian dan memupuk semangat kerjasama bagi menghasilkan
persembahan koir yang baik. Izharnya, aktiviti yang memeberikan pelbagai manfaat
secara langsung dan tidak langsung wajar dianjurkan sempena bulan kemerdekaan. Isi
3 Aktiviti lain yang dapat menarik minat murid-murid sepanjang bulan kemerdekaan
adalah dengan melakukan lawatan ke muzium dan bangunan-bangunan bersejarah. Hal ini
demikian kerana mereka dapat keluar daripada bilik darjah dan berkunjung ke tempat
yang belum pernah dilawati. Di muzium, para pelajar akan dibawa menelusuri sejarah-
sejarah negara pada masa dahulu serta berpeluang melihat dan menyentuh artifak atau
model senjata, pakaian dan barang-barang keperluan lain yang digunakan oleh
masyarakat terdahulu. Manakala lawatan ke bangunan bersejarah seperti Tugu Negara
dapat memberikan suasana yang berbeza kepada mereka dan mempelajari sejarah
disebalik bangunan tersebut dibina. Senario ini dapat memberikan pengalaman berbeza
kepada para pelajar yang selama ini belajar secara teori di dalam buku teks dan
seterusnya dapat melihat secara langsung artifak-artifak yang mempunyai nilai
sejarah kepada negara. Ia merupakan alternatif yang sesuai bagi mendidik kanak-
kanak khususnya berkaitan dengan sejarah dan kemerdekaan tanah air. Isi 4 Di
samping itu, aktiviti yang menarik untuk dijalankan sepanjang bula kemerdekaan
adalah dengan mengajurkan pertandingan mencipta video-video patriotik. Kaedah ini
sejajar dengan budaya masa kini yang mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan
masyarakat di mana video adalah kandungan yang mudah dan diminati oleh semua. Maka,
kita perlu mengambil kesempatan kemajuan teknologi hari ini untuk mencabar
kreativiti murid-murid dalam menghasilkan video yang mempunyai elemen cinta akan
negara. Sebagai inspirasi, terdapat banyak filem-filem patriotik yang telah
diterbitkan seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan. Industri animasi kita yang
semakin mendapat pengiktirafan dan diminati ahli masyarakat juga wajar dijadikan
contoh kerana mereka meletakkan elemen-elemen patriotik dalam kandungan yang
diterbitkan. Intihannya, kreativiti pelajar dapat diasah disamping mempelajari,
menghargai dan merai jasa dan pengorbanan masyarakat serta tokoh-tokoh untuk
mengecapi kemerdekaan hari ini. Penutup Konklusinya, pelbagai aktiviti menarik yang
boleh direncana sepanjang bulan kemerdekaan bagi memupuk semanagt patriotik dalam
kalangan murid-murid. Bagi mengukuhkan persefahaman dan semangat kekitaan dalam
kalangan rakyat, aktiviti-aktiviti yang berpaksikan semangat patriotisme ini
hendaklah dititikberatkan sejak di bangku sekolah lagi. Persis kata mutiara,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru, ibu dan bapa boleh membantu para
guru untuk menjalankan aktiviti yang menjadi pemangkin perpaduan antara masyarakat
kita supaya masa hadapan negara terjamin dengan semangat patriotik yang kuat dan
utuh dalam setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia. Semoga benih yang ditanam
hari ini tumbuh mekar dan membuahkan hasil yang bermanfaat dan mampu dinikmati oleh
segenap penduduk tanah air ini.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/aktiviti-menarik-bulan-


kemerdekaan.html

You might also like