You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
TUGASAN PROJEK
SENI DALAM PENDIDIKAN
(WAJ 3073)
SIDANG AKADEMIK 2013- SEMESTER 4

NAMA

: NITHIA A/P GENASAN

NO K.PENGENALAN

: 860304-38-5852

ANGKA GILIRAN

: 2013242340076

NO MATRIK

: 28649

UNIT

: M5

NAMA PENSYARAH

: DR. KASRAN BIN MAT JIDIN

TARIKH SERAHAN

: 27 MAC 2015

PENGHARGAAN

Salam sejathtera,
Bersyukur kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan
tugasan bagi Subjek Seni dalam Pendidikan. Sepanjang menjalankan kerja kursus
ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis
yang amat berharga dan bermakna dalam dalam hidup saya sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini
mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya. Justeru itu , saya juga
telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci
tentang kepentingan seni dalam pendidikan. Dalam kesempatan ini saya

ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu En. Kasran Bin
Mat Jidin. kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya
sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam
usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh

itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli

keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan
bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakanrakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan
sokongkan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempuna.
Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Masyarakat umumnya lebih tertarik dengan seni yang lebih popular seperti seni muzik
mahupun seni lakonan. Hal Ini bertitik tolak daripada pendedahan yang meluas diterima
bagi kedua-dua cabang seni tersebut. Lantaran itu, seni muzik dan seni lakonan ini
mempunyai impak yang bukan sedikit ke atas khalayak di negara ini. Nama-nama kecil
dan besar yang menguasainya begitu mudah bermain di bibir masyarakat, baik anak
kecil, mahupun golongan yang lebih tua.
Namun begitu, apabila memperkatakan tentang seni visual, ianya seakan jauh terpinggir.
Walaupun sebenarnya ia telah wujud lebih awal di kalangan masyarakat, kita masih
merasakannya sebagai suatu cabang seni yang duduknya pada kelas kedua. Hanya
golongan tertentu sahaja yang benar-benar menghayati seni visual dalam erti kata
penghayatan estetika selayaknya.
Walaupun kewujudan seni visual adalah seusia dengan peradaban manusia, namun
masyarakat di Malaysia masih memandang sinis akan kepentingannya di dalam
membentuk nilai-nilai kemanusiaan dan budaya bangsa. Bermula dengan lebih dikenali
sebagai Seni Lukis dan Pertukangan/ Pekerjaan Tangan di era sebelum merdeka
sehinggalah beralih kepada Seni Visual sejak kebelakangan ini, namun martabatnya
masih diletakkan pada tempat yang sama.
Lantaran itu, sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu
menghargai

budaya, mempunyai

nilai-nilai

norma kemasyarakatan

yang

luhur

berpaksikan kepada Rukun Negara, maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas
kurikulum pendidikan negara. Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di
sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi.
Perubahan ini turut merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni yang dikira akan dapat
mengangkat martabat seni visual khasnya ke suatu kedudukan yang lebih baik.
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan,
muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang
indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk
seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.

Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula
adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini
saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai
estetika yang tinggi.
Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program
pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi
keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan
melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan
daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.

RANCANGAN PENGAJARAN SEJARAH TAHUN


Mata Pelajaran dan
Kelas

Sejarah Tahun 4 Maju

Tema / tajuk

Sejarah Awal Negara / Zaman Para Sejarah

Msa / Tarikh

8.40 9.40 pagi / 15 April 2015

Standard Kandungan

3.1 Kehidupan manusia prasejarah

Standard Pembelajaran:

3.1.1 Menyatakan maksud prasejarah


3.1.2 Menyatakan lokasi prasejarah
3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah
K3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah yang perlu
dicontohi

Objektif

Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan, murid akan


dapat :
i menghuraikan maksud prasejarah
ii melengkapkan jadual berhubung zaman-zaman utama pra
sejarah melalui permainan Misteri Diriku
iii. menghasilkan sebuah model kehidupan manusia pada zaman
Prasejarah.
1. Menonton tayangan video tentang zaman pra sejarah

Aktiviti

2. Bercerita tentang situasi zaman pra sejarah


3. Penghasilan model pepatung kehidupan manusia
Prasejarah
4. Menghasilkan duan rangkap pantun tentang zaman
prasejarah.
5. 5. Penutup kognitif dan sosial

Elemen Merentasi
Kurikulum (EMK)

Bahan Bantu

Nilai Murni:
bersyukur
Kemahiran Pemikiran Sejarah: Elemen asas sejarah
Elemen Kewarganegaraan:
Menghargai sejarah asal usul
segara
Bahasa:
kemahiran mencipta pantun
Komputer, LCD,DVD, buku teks, bahan permainan Misteri
Diriku, kad arahan

AKTIVITI
Permulaan (5 minit)

EMK
Nilai murni:

CATATAN
BBM:

Menonton tayangan video klip

-bersyukur

-Komputer riba,

1. Murid menonton tayangan video berhubung


zaman pra sejarah
2. Murid menjawab soalan guru secara lisan
berkaitan klip video yang ditayangkan:
a) Siapa tahu tajuk cerita ini?
b) Apakah yang awak faham tentang video
tadi?
c) Bagaimana kehidupan pada zaman itu?
3. Murid mendengar penerangan guru yang
mengaitkan jawapan mereka dengan tajuk
pelajaran hari ini.

membuat

LCD, DVD

interpretasi
-TMK
Kemahiran Berfikir:
-Menjana Idea
-menghubung kait

Aktiviti 1 (10 minit)


1. Guru membahagikan pelajar kepada 4
kumpulan dan duduk dalam stesen.
2. Guru meminta murid membuka buku teks
m.s 72 - 77 kepada setiap kumpulan.
3.
Murid diminta membaca bahan tersebut
secara senyap

Nilai
menghargai sejarah
awal
KB:
menjana idea

4. Guru bersoal jawab dengan murid berhubung


zaman pra sejarah
5.
Murid diminta menjelaskan maksud pra
sejarah
Aktiviti 2 (25 minit)

Nilai:

1. Guru bercerita tentang kegiatan manusia pra

bekerjasama

sejarah
2. Murid diminta mengahasilkan Model
pepatung kehidupan manusia pada zaman
prasejarah
3. Dengan bantuan dan bimbingan guru, murid
akan menghasilkan sebuah model pepatung
lengkap yang menceritakan kehidupan manusia
pada Zaman Prasejarah.
4. Murid murid menggunakan polisterin dan
kepingan kotak untuk menghasilkan model

Menjelaskan
menghormati kawan kegiatan
masyarakat
prasejarah
memberi sebab
kepercayaan
manusia
menerokai bukti
prasejarah

pepatung tersebut.
6. Murid diminta menceritakan tentang kehidupan
manusia berdasarkan model yang telah
dihasilkan.

Aktiviti 3 (15 minit)


1. Guru bercerita tentang kegiatan manusia pra
sejarah

EMK bahasa

2. Murid diminta mencipta dua rangkap pantun


mengenai sikap masyarakat pra sejarah.

dan verbal linguitik

3. Beberapa orang murid diminta membacakan


pantun yang dihasilkan.

menjana idea

Penutup (5 minit)

Nilai

1. Guru menunjukkan semula video zaman pra


sejarah

menghargai

MI- interpersonal
KB:

menghasilkan dua
rangkap pantun
berhubung sikap
manusia pra
sejarah yang perlu
dicontohi.

kreatif

seajarah awal
bekerjasama

2. Guru merumuskan isi-isi penting dalam


pelajaran hari ini.
Penilaian PdP

Refleksi

Murid memberi penerangan tentang


maksud pra-sejarah melalui aktiviti
soal jawab dan sesi penerangan
untuk menunjukkan kefahaman
berkaitan kehidupan manusia
prasejarah.
2. Murid menunjukkan lokasi dan
menyenaraikan kegiatan manusia
prasejarah melalui sessi permainan
bagi menggambarkan penguasaan
maklumat tentang kehidupan manusia
prasejarah dan menghubungkaitkan
dengan kehidupan masa kini.
3. Murid Menghasilkan model
pepatung kehidupan manusia zaman
prasejarah untuk menggambarkan
keupayaan murid membuat penilaian
tentang kehidupan manusia prasejarah
dengan kehidupan masa kini.

Kekuatan, kelemahan PdP dan


cadangan penambahbaikan

You might also like