You are on page 1of 11

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL


MATLAMAT DAN OBJEKTIF PSV KBSR

SINOPSIS
Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan konsep Pendidikan Seni Visual
merujuk kepada konsep seni, seni visual dan Pendidikan Seni Visual.
Penekanan diberi kepada pemahaman tentang pelbagai bidang seni, pelbagai
takrifan seni dan seni visual. Ia juga menyentuh tentang subjek, idea, proses,
media, objek, dan hasil.

Tajuk

ini juga meliputi Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK), Matlamat Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV)


dan Objektif PSV dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Maklumat mengenai konsep Pendidikan Seni Visual, dan matlamat dan objektif
PSV KBSR yang dibincangkan adalah mengikut tajuk-tajuk seperti berikut:

Konsep Seni / Seni Visual

Konsep Pendidikan Seni Visual

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat PSV KBSR

Objektif PSV KBSR

HASIL PEMBELAJARAN:
1.

Menghuraikan konsep Pendidikan Seni Visual (PSV) serta matlamat dan


objektif PSV Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

2.

Menerangkan

kepentingan

PSV

dan

mengaplikasikannya

kehidupan seharian
3.

Menganalisis dan menghargai serta mengulas sumbangan dan


1

dalam

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

pandangan tokoh-tokoh Seni dan pendidik Seni


4.

Menganalisis dan menghurai kesenian pelbagai budaya dalam aspekaspek bidang, konsep dan nilai serta karya-karya terkenal

5.

Menerangkan konsep, fungsi, bahan dan menganalisis kepentingan


reka bentuk dan kraf

6.

Menghuraikan kepentingan PSV dalam era teknologi tinggi

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Konsep PSV, Matlamat dan Objektif PSV


KBSR

Konsep Seni/ Seni Visual

Falsafah Pendidikan

Objektif PSV KBSR

Kebangsaan
Konsep PSV

Matlamat PSV KBSR

KANDUNGAN ISI

Konsep Seni / Seni Visual

Apakah yang anda faham tentang konsep seni dan seni visual?

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang membawa erti indah, halus
lembut, senang didengar atau ditutur, senang dilihat dan untuk menerangkan
sesuatu. Art berasal daripada bahasa Yunani, membawa makna kecekapan dan
kebolehan, sesuatu yg selamat, memberi kepuasan hati melalui pancaindera
atau deria. Seni adalah kebudayaan yang dicetuskan oleh semua kelompok
manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semula jadi yang
cinta kepada seni yang menyenangkan hati dan pancaindera.
Manusia dikatakan makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat,
memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera rasa. Menurut Ibnu
Khaldum, seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan yang mengandungi
ciri-ciri estetika, etika & logika. [Shahnon Ahmad, Dewan Budaya, April 1986]

Perkataan Seni Visual ialah dimaksudkan dengan Seni Lukis dan Seni Reka. Ini
termasuklah membuat, menghasilkan dan memberi penilaian terhadap hasil seni
yang direka.

Aktiviti-aktivitinya termasuklah melukis, menggambar, mencorak,

mencetak, mewarna, mereka bentuk, membuat arca, mengukir, menjilid buku,


membuat batik, membuat tembikar atau seramik iaitu kerja-kerja dua dimensi
dan tiga dimensi.

Pelbagai Bidang Seni


Bidang seni terdiri daripada pelbagai cabang seperti catan, lakaran, cetakan,
arca, muzik, kesusasteraan, dan senibina, tarian, seni visual, teater, penulisan
kreatif, seni media, drama, koir yang bentuknya amat dikenali. Bagaimana pun,
apabila berlaku modenisasi dan revolusi teknologi, bentuk baru telah wujud
dalam bidang seni seperti fotografi, filem, seni video, seni instalasi, seni
asemblaj, seni konseptual, seni persembahan, seni komuniti, fesyen, komik, seni
komputer, animasi, multimedia interaktif, landscape art dan permainan video.
Pelbagai Takrifan Seni Visual
3

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. Plato - Membincangkan seni secara mengaitkannya dengan perlakuan,


akhlak, nilai dan moral untuk membawa kepada kesejahteraan kepada
umat manusia. Seni juga dinyatakan sebagai elemen
mencipta

sesuatu

persekitaran

kebudayaan

dan

yang dapat
meningkatkan

perpaduan. Seni dan Pendidikan mesti berasaskan kepada kebenaran,


kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan.
2. Aristotel - Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi
struktur bentuk yang universal kepada benda alam.
3. Chapman - Seni sangat berguna jika imaginasi dapat direalitikan.
Keadaan ini menunjukkan peranan kreativiti menjadi unsur yang sangat
penting untuk diberi perhatian. Dalam konteks sosial, seni dinyatakan
sebagai hak masyarakat. Seni adalah berasaskan kehendak, keperluan
dan perubahan masyarakat.
4. John Dewey - Pendidikan itu ialah suatu proses untuk mengembangkan
kecerdasan manusia.
5. Walter Gropius Seni visual member faedah kepada kehidupan seharian
seperti dalam prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan
harian. Ia menggabungkan seni, pertukangan, sains dan teknologi.
6. Victor Lowenfeld Peranan PSV yang multidimensional ada dasarnya
dapat mengembangkan kemampuan dasar manusia

seperti fizik,

persepsi, intelektual, emosional, social, kreativiti dan estetik.


7. Al Faruqi -

Motif dan bentuk seni yang dihasilkan oleh seseorang

pengkarya adalah berlandaskan konsep tauhid dan pengabdian diri


kepada Tuhan
Tokoh-tokoh Islam seperti Al-Faruqi, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan Abdullah
Mohammad, berpendapat Pendidikan Seni dapat melahirkan insan yang
seimbang daripada aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Guru-guru
seharusnya

mampu

mengaplikasi

teori-teori

pembelajaran Pendidikan Seni.


4

ini

dalam

pengajaran

dan

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Latihan
1.

Huraikan takrifan mengenai seni mengikut pendapat tokoh-tokoh


berikut:

Feldman

Ibnu Khaldun

Abdullah Mohamad Nakula

Konsep Pendidikan Seni Visual


Apakah perbezaan di antara konsep seni visual dan Pendidikan Seni
Visual?

Pendidikan Seni adalah dua perkataan yang disatukan iaitu Pendidikan dan Seni
yang mempunyai dua makna iaitu, konsep pendidikan dan konsep Seni.
Pendidikan menurut pengertian Yunani adalah pedagogi, iaitu ilmu menuntun
anak.

Dalam istilah Rumawi pendidikan dilihat sebagai educare iaitu

mengeluarkan dan menuntun. Tindakan merealisasikan potensi anak sewaktu


dilahirkan didunia.
Pendidikan Seni atau dalam bahasa Inggerisnya Art Education ialah istilah baru
yang menggantikan Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah. Pada
tahun 1970-an, negara-negara Barat seperti England dan Amerika telah pun
menukarkan istilah Art and Craft kepada Art Education.

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual telah digunakan bagi menggantikan istilah Pendidikan


Seni di Malaysia. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana sukatan
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual sahaja.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini
melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan

dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan

membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini


penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian
dan mengenali cita rasanya sendiri.
Tumpuan utama Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang
dipentingkan iaitu:
1.

Pemerhatian secara aktif

2.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

3.

Apresiasi seni visual secara mudah

4.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan
melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan
berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang
Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan,
dan

Mengenal

Kraf

Tradisional.

Pengalaman

seni

ini

adalah

untuk

memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid


sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
6

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Antara kegiatan dalam bidang Menggambar ialah lukisan, catan, kolaj, montaj,
cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran
terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
Antara kegiatan dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan ialah pualaman,
tiupan, titisan, ikatan dan celupan, renjisan dan percikan, lukisan, catan, cetakan,
capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. Bidang ini membolehkan
pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan
seharian.
Bidang kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan tiga dimensi merangkumi
aktiviti seperti arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka,
topeng dan origami.

Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi

peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar.


Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air.

Bidang kegiatan Mengenal Kraf Tradisional

memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif,
corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran

yang

merangkumi

pengenalan,

proses

pembuatan

serta

mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.

Latihan
1. Baca petikan yang berikut dan buat rumusan dengan menggunakan ayat
Bidang Seni terbahagi kepada pelbagai bidang, termasuk Seni Muzik, Seni Puisi, Seni

anda sendiri.

Teater,Seni Persembahan,Seni Visual, Seni Tari dan lain-lain. Konsep Seni Visual
memberi tumpuan terhadap perkara-perkara seperti subjek, idea, proses, media dan
objek.Konsep Pendidikan Seni Visual memperlihatkan perihal seni sebagai alat

pendidikan, Pendidikan Kesenian, seni merentas kurikulum, pembelajarn melalui seni


dan seni sebagai perkembangan menyeluruh.

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Cuba anda baca petikan berikut dan cuba fahamkan


isi kandungannya?

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahlebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(Sumber Sukatan Pelajaran PSV KBSR)

Berdasarkan kepada Falsafah dan Objektif PSV KBSR, lengkapkan peta minda
di bawah:
FALSAFAH DAN OBJEKTIF PSV KBSR
OBJEKTIF PSV KBSR

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
1.

1.

2.

2.

3.

3.

4.

4.
8

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

5.

5.

Matlamat PSV KBSR

Apakah perbezaan di antara matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual?

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Latihan

Adakah kenyataan di bawah sesuai tentang matlamat kurikulum Pendidikan


Seni Visual Sekolah Rendah?

Memupuk keharmonian pelbagai kaum di Malaysia

Menyumbang ke arah pembangunan diri dan keluarga

Melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Sekolah


Rendah

Objektif PSV KBSR

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di


sekolah rendah murid boleh:

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
meyeronokkan.

Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.

Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.

Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.

Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan


yang berfaedah.
Latihan

10

PSV 3013 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. Manakah antara berikut mempunyai perkaitan secara langsung dengan


objektif Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah?
-

Kreatif

Inovatif

Ekspresi

Produktif

Komersial

11

You might also like