You are on page 1of 3

Roda warna yang pertama dicipta oleh Sir Isaac Newton.

Beliau menyusun ketujuh-tujuh warna spectrum di dalam


sebuah bulatan. Pada awal kurun ke-18, seorang rakyat perancis telah menemukan warna-warna utama yang
dikenali sebagai TeoriMerah, Kuning dan Biru. Pada tahun 1777, seorang pengukir Inggeris mengemukakan sistem
roda warna yang mengandungi tiga bahagian iaitu

A-Warna Asas (primer)


B-Warna Kedua (sekunder)
C-Warna Ketiga (tertier)

Sejak mula Pendidikan Seni Visual diperkenalkan, pelbagai kaedah dan strategi pengajaran telah diperkenalkan mengikut acuan dan
kehendak KPM. Semua kaedah tersebut lebih mirip kepada secara umum selaku amalan pendidikan yang dipelopori melalui teori-teori
pendidikan umum. Berdasarkan banyak disiplin yang dituntut oleh kementerian, di sini saya tidak mahu menyentuh secara linear dan perlu
dipatuhi sebagai guru pendidikan seni visual. Sebenarnya banyak pintu-pintu lain yang boleh kita menerokai untuk pengajaran pendidikan
seni visual agar ia mencakupi bidang-bidang seni dengan menekankan kehebatan ekspresi emosi dalam penghasilan pendidikan seni
visual. Di bawah ini saya menganjurkan beberapa cara yang boleh digunakan oleh guru PSV dalam pengajaran. Salah satu ialah kaedah
mendapatkan sumber idea. Kaedah ini tida terdapat dalam mata pelajaran lain kecuali Pendidikan Seni Visual. Seperti kata seorang
penulis bernama Marvin Bartel (1999), "In an art class the purpose should be to teach children to express their individual creativity through
a visual language. In doing this, good teaching choices are to immerse the students in experience of the subject. This can be through
asking them to express what they already know, using multisensory subject matter that can be observed, or placing students in the
context/setting of an experience". Begitulah seperti diperkatakan bawa tujuan utama dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual ialah
untuk meluahkan daya kreativiti dan memupuk daya emosi melalui penggunaan pelbagai deria ran rangsagan.

Dengan mendekati Pendidikan Seni Visual dari arah yang baru, kita mendalamkan genggaman belajar bagaimana untuk berfikir dan
merasa seperti mereka menjadi kenyataan dalam dunia artistik mereka. Kita gunakan pelbagai idea dan cara untuk menentukan kualiti
penghasilan seni melalui pelbagai kaedah gaya pembelajaran. Satu kaedah yang amat berkesan dalam amalan pendidikan seni visual
ialah memperkenalkan kaedah pemikiran kreatif dan inspirasi. Pelajar yang sentiasa dengan amalan pemikiran kritis dan menguasai
inspirasi yang tinggi membuahkan suatu dapatan yang amat baik dalam penghasilan seni.
Sebenarnya, penghasilan yang dibuat oleh pelajar-pelajar masih tidak dapat memberi keyakinan kepada diri mereka apabila mereka
melahirkan sesuatu idea, kerana mereka masih baru terlibat dalam hasil seni. Berbanding dengan pelukis dan pengkarya, segala hasil
karya mereka adalah mantap dan memberi keyakinan kepada pengempar. Seseorang Artis mempunyai pendekatan yang kukuh dalam
proses penghasilan karya, mereka mempunyai kaedah dan pendekatan tersendiri dalam penerokaan dan cara penghasilan. Oleh yang
demikian sebagai guru harus mencari suatu pendekatan yang baru dengan mendampingi artis sebagai mencari satu pendekatan pakar
dalam menangani kehendak standard pengajaran pendidikan seni visual.
Secara umumnya penerokaan untuk mendapatkan idea boleh didapati melalui pembacaan buku-buku berkaitan, penerokaan alam siber,
membuat temu bual, membuat kajian dan eksperimen dan berbincang.
Di bawah ini saya menyenaraikan cadangan aktiviti dan soalan yang boleh mencetuskan idea dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan
seni visual:
1. Media Seni sebagai alat penerokaan
Apakah bahan ini boleh dijadikan hasilan seni?
Bagaimana bahan tersebut boleh diadunkan menjadi sesuatu yang berguna?
Eksplorasi bahan dan teknik menjadi suatu yang aneh?
Mengapa Pengkarya menggunakan bahan dan teknik tersebut?\Apakah kegunaan bahan tersebut untuk suatu jenis hasilan
seni sahaja, bagaimana ianya boleh digunakan untuk benda lain?
Apakah maklumat yang anda peroleh melalui penerokaan di Internet?
Pengalaman anda membaca buku?
2. Pengalaman diri
Kebiasaan berdasarkan kesan emosi terhadap diri pelajar.
Pengalaman ada dalam sesuatu peristiwa yang menyeronokkan?
Anda pernah melihat peristiwa mengerikan?
Pernah kah anda pergi ke tempat itu dan bagaimana perasaan anda?
Pernah kah anda melihat karya pelukis ternama apa perasaan anda?
Adakah anda rasa takut apabila melihat sesuatu kemalangan?
Bagaimana sekiranya anda dipuji?

3.

Berdasarkan soalan-soalan seni yang dikemukakan


Apakah estetik?
Bagaimana nilai karya yang artistik?
Apakah aspek formal (asas seni reka) berlaku dalam karya, contohnya?
Mengapa bahan tersebut digunakan?
Apakah karya ini cantik?

4.

Berdasarkan keperluan pengguna


Sesuai barangan ini digunakan untuk pengguna?
Aspek apakah yang menarik pada barang ini?
Apakah senang digunakan barang ini?
Adakah memenuhi kehendak semasa?
Apa pendapat kamu dari segi nilai estetik?
Keperluan aspek seni itu sendiri
Banyak bersoal jawab tentang aspek formal (Asas seni reka)

5.

6.

Alam sekitar yang mempengaruhi idea


Soal jawab tentang pengaruh alam sekitar terhadap tema dan mesej dalam karya-karya pelukis.

7.

Berdasarkan budaya dan kebudayaan


Soalan terhadap cara hidup dan gaya budaya.
Bagaimana budaya mempengaruhi kehidupan.
Tokoh-tokoh budaya dan apa yang dilakukan.

You might also like