You are on page 1of 30

1.

0 PENGENALAN
Pada masa sekarang, masyarakat hanya memandang rendah pada matapelajaran seni. Mereka
hanya bergantung kepada empat matapelajaran yang utama sahaja. Mereka hanya memberi
pandangan penuh pada matapelajaran berkenaan sahaja. Namun, mereka tidak semua
matapelajaran mempuyai unsur seni apabila kita mendalami. Selain daripada itu, kebanyakan
guru tidak memainkan peranan yang penting. Hal ini kerana sesetengah guru tidak mahu
mengajar mengikut teknik maka mereka hanya memberi lukisan dan menyuruh mewarnainya ini
juga satu masalah murid tidak dapat tahu teknik berkenaan pada masa tersebut. Apabila mereka
menjejak tahun seterusnya mereka masih tidak tahu sepenuhnya tentang seni. Hal ini peranan
guru amat besar supaya menarik perhatian murid , memberi pendedahan dan menukar pandangan
masyarakat negatif terhadap seni. Pada pandangan saya, kaum cina mendapat sambutan yang bai
terhadap seni. Misalnya, satu program anjuran sekolah saya, kebanyakan terlibat oleh pelajar
kaum cina dan hadiah dimenangi oleh mereka sahaja. Mereka mempunyai semua peralatan yang
lengkap untuk membuat aktiviti seni berbanding dengan lain. Ibubapa mereka memberi
sokongan sepenuhnya untuk membeli peralatan-peralatan untuk seni.
Kenapa dan mengapa wujud perkara seperti ini. Guru merupakan implementasi dasar
kerajaan dan standard kandungan tertera dalam rancangan pengajaran. Guru PSV perlu
menonjolkan diri mereka dulu dengan mempunyai pelbagai kreativiti. Selain itu, kebanyakan
guru mengajar pendidikan seni visual adalah bukan opsyen pendidikan seni tetapi mereka diberi
tugasan untuk mengajat psv mereka perlu menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Kalau guru tidak berminat mengajar psv maka ia memberi impak negatif terhadap murid. Dalam
psv bukan murid sahaja perlu ada kreativiti namun guru perlu meningkatkan tahap kreativiti
mereka sendiri. Misalnya: apabila seorang guru mempunyai pelbagai kreativiti dalam seni maka
ia akan menarik minat murid. Hal inilah dikatakan guru sebagai role model kepada murid.
Menurut pandangan Laura H.Chapman (1986) seni adalah untuk masyarakat yang
berasaskan kehendak dan perubahan dalam keperluan ahli masyarakat. Seni sangat bermakna
jika menjadikan unsur kreativiti dititikberatkan dan menitikberatkan imaginasi yang direalitikan.
Laura H.Chapman mengemukakan tiga pandangan tentang seni. Pertama ialah seni
adalah untuk masyarakat dan ini bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Seni itu tidak
boleh digunakan untuk kepentingan sendiri maka ia digunakan secara bersama. Seni perlu
dikongsi bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya.Kedua, seni dan
kreativiti menjadi satu unsur yang berimaginasi. Ini bermakna seni dan kreativiti perlu bergabung
1

menjadi unsur imaginasi terutamanya dalam menghasilkan sesuatu karya seni.Pendapat beliau
yang ketiga pula ialah beliau lebih menumpukan kepada seni utama iaitu melalui pemerhatian,
penerokaan, penghasilan serta apresiasi dan perlanjutan. Ketiga-tiga pendapat Chapman ini
menjadi satu unsur yang penting dalam seni.
Selain itu, beliau turut menyatakan melalui seni dapat dihasilkan melalui kaedah
penjanaan idea. Umumnya, dalam penjanaan idea, pengkarya menetapkan objektif,haluan dan
tujuan penghasilan karya, ia dilakukan agar karya yang dihasilkan dapat menepati kehendak
sebagaimana objektif penghasilan karya. Sebagai contohnya, guru mestilah membimbing pelajar
dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.Ini
membolehkan pelajar dapat menghasilkan karya yang baik.Di samping itu,beliau turut
menyatakan melalui pengolahan dan pemurnian.Proses pengolahan dan pemurnian idea
dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.Idea perlu diolah
dan dimurnikan terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesebuah kajian visual.Proses ini
digunakan oleh pengkarya untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau
dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.Imej atau visual tersebut dihasilkan
tanpa terpesong daripada tema dan objektif.Selain itu, kemahiran dalam menggunakan bahan.Ini
merupakan salah satu kemahiran yang perlu dimiliki terutamanya dalam menghasilkan karya
seni agar karya yang terhasil itu bermutu. Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai penting
agar segala karya seni yang dihasilkan nampak kreatif. Contohnya, guru perlu membimbing
pelajar untuk mempelajari pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta
penghasilan.Para guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk ajar kepada para
pelajar

supaya

pemilihan

bahan

oleh

para

pelajar

mempunyai

makna

dan

nilai

tersendiri.Pendapat beliau yang terakhir ialah kritikan seni. Kritikan seni penting agar setiap
orang dapat memperbaiki sesuatu hasil seni kepada yang lebih baik dan membina keyakinan
kepada pelajar. Melalui kritikan seni juga, para pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai
sesuatu masyarakat.
Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpamaini dalam
pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian(ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan)(iv) apresiasi
dan perlanjutan. Pemerhatian yang aktif aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa
menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

Pengetahuan sedia ada

Benda yang konkrit


2

Minat, kecenderungan dan latar belakang murid

Bahan, bunyi, pergerakan dan saksi

Mencetuskan idea dan minda, imaginasi


Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia.

Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya
ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan
alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan,
murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.Anda
boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada
daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda
dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian,
terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni
visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta
mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan. Aspek ini melibatkan penerokaan dan
penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan.
Semasa menyediakan aktiviti, perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

(i) penerokaan

Aktiviti kecil mudah ringkas

Cuba mencuba, suaikenal dengan bahan

Penemuan oleh murid sendiri uji menguji

Mencari alternatif vaiasi dan kemungkinan lain

Bebas daripada jawapan tetap murid senang dan ingin mencuba

Aktif melibatkan pelbagai kecerdasan dan

Menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

ii) penghasilan/membuat/ pengalaman

Penggunaan alat bahan dan teknik

Tatacara , langkah dan proses membuat

Amalan tertib kerja keselamatan semasa bekerja

Penyampaian kandungan subjek, idea,

1.3 Persamaan antara Organisasi Kurikulum dengan empat aspek Laura H.Chapman dan
empat domain.
Organisasi Kurikulum
1 Pemerhatian yang aktif
- melibatkan senitiviti deria.
- pengetahuan sedia ada
- benda yang konkrit
- minat,kecenderungan dan latar
belakang murid
- bahan,bunyi,pergerakan dan aksi
- mencetus idea dan imaginasi

Aspek (Laura H. Chapman)


Pemerhatian
- Murid
membuat
pemerhatian terhadap
objek alam dan objek
buatan manusia.
- Murid merasai secara
konkrit
supaya
mendapat imej mental.
4

Domain
Kognitif

2 Interaksi kritis dan kreatif


dengan alat dan bahan
- melibatkan penerokaan dan
penghasilan atau pembuatan
- Aktiviti penerokaan dijalankan
sebelum aktiviti penghasilan
3 Apresiasi Seni Visual secara
mudah
- melibatkan penyataan dan
unsur afektif.

Membantu menyelaras
idea, imaginasi dan
alam fantasinya ke arah
perkembangnan
persepsi dan pemikitan
abstrak.
Penerokaan
- lebih
berpandukan
kepada
kritis
dan
kreatif.
Penghasilan
- lebih
berpandukan
kepada alat dan bahan
Apresiasi
- melibatkan sepenuhnya
deria rasa atau sentuh
dan deria pandang.

Kognitif/
Kreatif

Psikomotor

Afektif

4 Menghargai nilai baik dalam Pemerhatian,


Penerokaan.
semua aspek kehidupan
Penghasilan dan Apresiasi
- Nilai, idea dan kandungan
- Kemahiran perlakuan, Nilai Afektif
dikaitkan dengan perkara lain
pengetahuan
budaya Idea Kognitif/
di dalam kegiatan.
Kreatif
dan
perkembangan
persepsi
yang
terkandung dalam 4
aspek dalam organisasi
kandungan
dalam
Huraian
Sukatan
Pelajaran

1.2 Persamaan antara Matlamat Kurikulum dengan pendapat Laura H.Chapman dan
empat domain.
Teras Matlamat

Aspek (Laura H. Chapman)

Domain

Penerokaan
Melahirkan insan yang harmonis kritis, kreatif
dan produktif.

Melibatkan murid berfikir


secara kritis dan kreatif.

Kognitif

Apresiasi
Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan

Menghargai keindahan alam persekitaran

Keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat


menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Apresiasi lebih berpandu


kepada afektif atau emosi.
Pendidikan Seni Visual dapat
memupuk nilai menyayangi
dan menghargai segala aspek
yang
wujud
dalam
persekitaran dan kehidupan
mereka.

Afektif

Laura H. Chapman - Elemen-elemen Kognitif,


FPK menekankan empat aspek iaitu Afektif,
Pemerhatian,
Penerokaan,
Psikomotor
Penghasilan, dan Apresiasi
dan Kreatif

1.3 Persamaan antara Objektif Kurikulum dengan pendapat Laura H.Chapman dan
empat domain.
Bil
Objektif
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
2. Melibatan diri dalam kegiatan seni visual
secara
aktif,kritis,kreatif
dan
menyeronokkan.
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi
melalui pancaindera.
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta
6

Aspek (Laura H.Chapman)


Apresiasi
Penerokaan

Domain
Afektif
Psikomotor

Pemerhatian

Kognitif

Pernerokaan

Afektif

5
6
7
8
9
10

dapat menggunakannya.
Mengembangkan kemahiran asas dalam
pelbagai kegiatan seni visual
Membiasakan dan membuat rekaan seni
dengan teratur, cermat dan selamat.
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri,
disiplin diri dan bertanggungjawab
Mengenal dan menghargai tokoh seni dan
budaya tanah air
Menggunakan kemudahan teknologi dalam
kegiatan penghasilan seni visual
Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual
sebagai aktiviti kesenggangan yang
berfaedah.

Pemerhatian

Kognitif

Penghasilan

Psikomotor

Apresiasi

Afektif

Apresiasi

Afektif

Penghasilan

Kreatif

Penghasilan

Psikomotor

2.0 PENGENALAN
Kurikulum Pendidikan Seni Visual adalah penting kepada kanak-kanak supaya dapat
mengembangkan kanak-kanak dari segi aspek Kognitif, Psikomotor, Afektif dan Kreativiti.
Berdasarkan matlamat, objektif dalam KBSR memberi penekanan terhadap keempat-empat
domain supaya mengembangkan tahap pemikiran secara kritis dan kreatif.
Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.
Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada lebih sukar.
Hal ini membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan

dengan lebih sistematik. Domain kognitif ini merujuk kepada Taksonomi Bloom yang
membahagikan kepada enam peringkat iaitu didahului dengan kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan diakhiri dengan penilaian.
Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap,
penghargaan dan nilai. Domain afektif juga mempunyai peringkat penghayatan daripada yang
paling rendah kepada paling tinggi iaitu bermula dari peringkat penerimaan, kemudian
gerakbalas, penilaian, organisasi dan akhirnya perwatakan.
Domain Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Di
peringkat rendah, murid-murid dilatih untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam
kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman. Domain psikomotor juga turut
mempunyai hierarki tersendiri iaitu daripada peringkat mudah kepada susah bermula dengan
peringkat persepsi, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan
kompleks dan akhirnya pergerakan suaian.
Domain kreativiti adalah latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni
visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasil akhir.
Keempat-empat domain ini boleh diterapkan melalui empat bidang kegiatan iaitu
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf
tradisional. Setiap bidang ini memberi impak yang positif kepada murid supaya berfikir lebih
kritis dan kreatif. Seterusnya ia dapat membantu mencungkil kebolehan dan keminatan murid
dalam bidang Pendidikan Seni Visual. Setiap murid mempunyai tahap pemikiran atau kognitif
dan kemahiran yang berlainan. Mengikut sukatan pelajaran sebagai guru perlu mengenalpasti
murid tersebut dan mengasahkan keminatan atau kebolehan mereka dalam bidang berkenaan.
Setiap bidang di atas menekankan kepada keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan,apresiasi seni visual serta menghargai
nilai baik.
Bidang menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan ,Catan, Kolaj,
Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan, Stensilan, Percikan, Gurisan, Capan, Mozek, dan Poster.
Bidang ini dapat mengembangkan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Berdasarkan Laura H.

Chapman menekankan empat proses membantu murid apabila melakukan kegiatan menggambar
iaitu:
Pemerhatian

Kognitif

Penerokaan

Kognitif

Penghasilan

Psikomotor

Apresiasi

Afektif
( Discover Art Laura H.Chapman)

Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal,
mental, sosial, emosi, intelek, dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal benda
melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak
membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti, dan
ekspresi diri kanak-kanak.
Kegiatan membuat corak dan rekaan memberi peluang kepada murid memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi rekaan lain. Menurut Laura
H.Chapman (1978), membuat corak dan rekaan berkait rapat dengan aspek penerokaan sama ada
melalui kritis dan kreatif. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana
hasil daripada bidang kegiatan binaan, kraf, dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai
teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti : Corak tidak terancang secara: Pualaman,
tiupan, Titisan, Ikatan, dan celupan, Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara : Lukisan
atau Catan.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan
persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Pendekatan Laura H. Chapman bidang ini lebih menekankan proses penghasilan yang
menggunakan alat , bahan dan teknik supaya menghasilkan sesuatu bentuk. Menurut organisasi
kurikulum kegiatan ini lebih menekankan kepada Interaksi kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan. Apabila murid menghasilkan sebuah bentuk maka mereka perlu berfikir secara kritis dan
kreatif dengan menggunakan peralatan yang lebih sesuai. Berpandukan aspek tersebut murid

dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
Bidang kegiatan ini memberi satu pendedahan kepada murid supaya mengenali penggunaan
pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini akan memberi peluang kepada murid agar
berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa penghasilan seni. Kegiatan ini
mempunyai tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti berikut: Arca timbul, Asemblaj, Mobail,
Stabail, Model,Diorama, Boneka, Topeng dan Origami.
Contohnya : Proses penghasilan
Bidang : C. Membina dan Membentuk
Aktiviti : Model - Bekas pensil
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan berformat, pensil warna, gam dan gunting

Mengenal Kraf Tradisional adalah perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang
melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat
yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Di sekolah rendah, murid
diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: Alat domestik, Alat permainan, Alat pertahanan
diri, Perhiasan diri, Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar. Ini dapat membantu
perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan
fisiologi dan psikologi kanak-kanak. Pendekatan Laura H. Chapman (1978) lebih menegaskan
bahawa aspek apseriasi ditekankan dalam bidang ini.
2.1 Empat Bidang Pendidikan Seni Visual dalam empat aspek Domain

10

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah disusun dalam empat bidang asas
iaitu: menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan
mengenal kraf tangan. Setiap bidang menekankan keempat-empat aspek utama yang
dinyatakan oleh Laura Chapman (1986) iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis
dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Empat
domain boleh dikaitkan dengan empat bidang utama terdapat dalam Pendidikan Seni Visual
Sekolah Rendah iaitu:
2.1.1 Domain Kognitif
Ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan aplisiasi, estetika serta seni
dalam kehidupan (dalam Iberahim Hassan 2001). Mazlan Mohamad (1997) Pendidikan
Seni2:Planning

Art

Education-

mengambarkan

hubungan

antara

tujuan,

matlamat,objektif,pendekatan dan aktiviti. Menurut Laura Chapman, (1978) , sifat semula


jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan perhatian, belaian, sentuhan dan
sebagainya. Mengikut pendapat beliau terdapat tiga tahap perkembangan seni tampak.
Peringkat
Peringkat manipulatif
Peringkat melakar
Peringkat pra-remaja

Umur
Umur 2 hingga 5 tahun
Umur 5 hingga 9 tahun
Umur 10 hingga 13 tahun

Menurut beliau, peubahan setiap peringkat menyebabkan perubahan tahap pemikiran/


kkognitif murid akan berubah. Berdasarkan matlamat, objektif yang tertera dalam
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah menekankan kepada tahap kognitif. Selain itu,
kognitif lebih tuju kepada pemerhatian dan penerokaan (Laura Chapman 1978). Domain
kognitif boleh dikaitkan dengan empat bidang utama dalam Pendidikan Seni Visual
Sekolah Rendah.
I.

Menggambar
Memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus.
Mengambar memerlukan pemerhatian yang aktif terhadap sesuatu gambar.
Setelah mereka mendapat satu imaginasi tentang gambar maka mereka mula
mengaplikasikannya. Setiap perjalanan aktiviti menggambar menekan kepada
empat proses yang terdapat dalam Discover of Art iaitu: Pemerhatian.
Penerokaan, Penghasilan atau Pembuatan dan Apresiasi.
Contohnya :
Bidang : A. Menggambar
Aktiviti : Melukis - alam semulajadi
11

Alatan/ bahan : kertas lukisan , pensil dan daun kering (unik bentuknya)
media : kering

Pemerhatian

Penerokaan /
Penghasilan

Asperiasi

Dalam proses menggambar, terdapat tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan
selepas.
Sebelum

II.

- Pemerhatian terhadap bahan


- Penyediaan bahan untuk menggambar
Semasa
- Murid aplikasi bentuk dalam kertas lukisan atas pemerhatian.
- Ia lebih berpandu kepada penerokaan dan penghasilan.
- Murid menggunakan alat atau bahan yang sesuai untuk melukis dan warna.
Selepas
- Murid telah menghasilkan sebuah rekaan yang cantik berdasarkan pemerhatian.
- Murid akan menghayati lukisan atau membuat bandingan dengan kawan.
Membuat Corak dan Rekaan
Kegiatan membuat corak dan rekaan membantu murid memahami pelbagai cara
untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam
alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif
dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Oleh itu, ia dapat
mengukuhkan tahap kognitif murid dengan membuat kajian dan mereka motif
yang menarik bagi menghasilkan produk seni yang berkualiti.
Contohnya:
Bidang : B. Mencorak
Aktiviti : Resis
Alatan / Bahan : kertas lukisan, lilin, Warna Poster dan berus,
Media : Basah

12

Dalam proses mencorak, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


- Penyediaan alat dan bahan
- Memilih teknik corak yang sesuai
Semasa
- Mewarnakan kotak
- Menggunakan lilin dan menitis di atas warna.
Selepas

III.

- Penghasilan satu corak yang kreatif.


- Membanding beza dengan kawan.
Membentuk dan membuat binaan
Bidang kegiatan ini, mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat
dan teknik penghasilan. Berdasarkan, aktiviti ini dapat mencapai objektif yang
terdapat dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah iaitu: murid
dapat menghargai alam persekitaran. Bidang ini membantu murid dapat
menghasilkan satu bentuk yang berbeza mengikut pengetahuan sedia ada atau
imaginasi.
Contoh:
Bidang : C. Membina dan Membentuk
Aktiviti : Bekas Pensil
Tahun : 4
Alatan/ bahan : Gelas Polistrin, pensil dan oil pastel @ poster colour.
Media : Kering

13

Dalam proses membina dan membentuk boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum
- Murid mengenalpasti bahan atau peralatan yang digunakan
- Murid berfikir tentang lorekan yang akan dilukis atas permukaan
- Mengenalpasti cara penyediaan sebuah bekas pensil yang cantik
Semasa
-

Mengenalpasti lorekan yang sesuai dan membuat di atas permukaan


Pemilihan warna yang sesuai supaya menarik perhatian.
Pemilihan corak mengikut tahap pemikiran atau imaginasi murid

Selepas
- Membersihkan tempat
- Murid membuat perbandingan hasil kerja mereka.
IV.

Mengenal Kraf Tradisional


Bidang ini memerlukan domain kognitif supaya menghasilkan bentuk, gaya, sifat,
garis, gerak, dan warnanya. Dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah menekankan mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan
seni visual.
Contohnya:
Bidang : D. Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Membuat barang hiasan ( tembikar ) - teknik lingkaran
Bahan : Plastisin

Dalam proses mengenal kraf tradisional boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:14

Sebelum
- Murid menjana idea supaya menghasil sebuah kraf
- Penyediaan alat,bahan yang sesuai
Semasa
-

Murid mengulung plastitin membuat sebuah bakul


Murid mempunyai imaginasi tentang bunga dan aplikasi dalam plastisin

Selepas
2.1.2

Penghasilan sebuah kraf tangan yang cantik


Membuat bandingan hasil kerja

Domain Psikomotor
Memupuk kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang
boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti
koordinasi antara mata, tangan, otot, dan mental (Ibrahim Hassan 2001). Menurut
Laura Chapman psikomotor lebih kepada proses penghasilan di mana menggunaka
alat bahan dan teknik,Tatacara, langkah dan proses membuat, Amalan tertib kerja
keselamatan semasa bekerja dan Penyampaian kandungan subjek, idea.
I.
Mengambar
Dalam aktiviti mengambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat
dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang
tersendiri. Dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
menekankan membiasakan dan membuat rekaan seni dengan teratur,
cermat dan

selamat. Menurut Laura Chapman Seni perlu dikongsi

bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya. Oleh itu


aktiviti

mengambar

dapat

membantu

memperkembangkan

sifat

perkongsian antara murid.


Contohnya :
Bidang : A . Menggambar
Aktiviti : kolaj
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan, rumput, ranting, bunga, daun dan gam

Dalam proses mengambar boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:15

Sebelum
- Mengenalpasti alat dan bahan yang sesuai
- Mencari bahan yang sesuai dalam kawasan sekolah
- Pemilihan alat yang sesuai
Semasa
- Menghasilkan sebuah pokok dengan menggunakan bahan yang dicari
- Melekat pada kertas lukisan
Selepas
- Membersihkan tempat dan membuang sisa-sisa bahan
- Membuat perbandingan hasil kerja
II.

Membuat Corak dan Rekaan


Dalam aktiviti ini terdapat pelbagai teknik corak yang perlu dikuasai oleh
murid. Setiap teknik corak tersebut memerlukan penerokaan dan
penghasilan atau pembuatan daripada murid. Murid perlu memegang
berus, warna dengan betul, menggunting dengan rata dan mewarna dengan
kemas. Dalam domain psikomotor menekankan koordinasi antara mata,
tangan, otot dan mental agar bidang ini lebih sesuai menekankan ciri-ciri
psikomotor.
Contohnya:
Bidang : B. Mencorak
Aktiviti : Percikan
Tahun 1 - DSV - KSSR
Alatan/ Bahan : kertas lukisan, warna air, berus gigi lama, span
Media : Basah

Dalam proses mengambar boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


- Memilih warna yang sesuai.
- Penyediaan bahan atau alat yang lengkap untuk percikan.
Semasa
- Membuat percikan di atas kertas lukisan dengan menggunakan berus
- Mengenalpasti cara memegang berus dan membuat percikan
Selepas
16

- Menghasilkan sebuah corak yang cantik dan kemas


III.

Membentuk dan Membuat Binaan


Bidang kegiatan ini mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan,
alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi
secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan
seni. Laura chapman menekankan kepada penghasilan atau pembuatan iaitu
murid menggunakan tatacara atau prosedur supaya menghasilkan sebuah bentuk
origami agar ia melibatkan kepada koordinasi samaada mata,tangan, otot dan
mental
Contohnya:
Bidang : C. Membina dan Membentuk
Aktiviti : Gubahan Bunga
Alatan/ bahan : Plastisin, sumber alam semulajadi di persekitaran sekolah.
Media : Kering.

Dalam proses mencorak, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


Murid mengenalpasti cara penyediaan
Berfikir bunga atau daun yang lebih sesuai
Penyediaan peralatan
Semasa
Murid mempunyai pengetahuan sedia ada, maka dia mengaplikasinya.
Setiap murid mempunyai tahap kognitif yang berlainan, maka mereka
menyediakan gubahan mengikut persepsi atau imaginasi.
Selepas
Penghasilan satu gubahan bunga.
Murid dapat menghayati hasil kerja mereka.

IV.

Mengenal Kraf Tradisional


17

Bidang ini amat berkesan supaya dapat menerapkan domain psikomotor


dalam kalangan murid. Kebanyakan aktiviti terdiri dalam bidang ini
memerlukan kemahiran kerja tangan untuk menghasilkan sesuatu
perusahaan. Dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
menerapkan domain psikomotor melalui objektif melibatkan diri dalam
kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
Pendekatan Laura Chapman melalui proses penghasilan dan apresiasi
membantu murid supaya menghasilkan sebuah kraf tradisional.
Contohnya :
Bidang : D. Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : hasilkan wau asas
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan berformat, pensil warna, kertas manila,
gam dan gunting

Dalam proses kraf tradisional, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


- Mengenalpasti pemilihan kraf tradisional
- Menyediakan alat, teknik, dan bahan yang sesuai

Semasa

18

Melukis gambar dan mewarnakannya


Potong wau mengikut bentuk
Lekat pada kertas manila supaya tebal

Selepas
2.1.3

Simpan bahan tempat yang disediakan.


Menghayati hasil kerja

Domain Afektif
Afektif ialah satu aspek yang berkaitan dengan kesedaran dalaman atau konsep
kendiri. Pendidikan Seni Visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep
pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni,
produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Berdasarkan organisasi
kurikulum iaitu apresiasi seni secara mudah dapat memperkembangkan domain
afektif dalam kalangan murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai. Domain afektif dapat diterapkan dalam kalangan murid melalui empat aspek
utama bidang dalam Pendidikan Seni Visual iaitu:
I.
Mengambar
Kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya
mengenai subjek atau hal benda digambarkan. Ini membantunya dalam
memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan
idea lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanakkanak dapat membina idea baru dari benda konkrit.
Contohnya:
Bidang : A . Menggambar
Aktiviti : kolaj
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan, rumput, ranting, bunga, daun dan gam

Dalam proses mengambar, boleh menjelaskan dalam satu peringkat:Semasa


- Murid mengenalpasti aspek bahasa seperti warna, ton, rupa bentuk dan
bentuk hasil kolaj
- Memanipulasi, alat bahan dan teknik
19

- Mewujudkan nilai atau sikap yang positif dalam kalangan murid.


II.

Membuat Corak dan Rekaan


Bidang ini membantu murid supaya menerapkan nilai, sikap yang positif
semasa aktiviti dijalankan. Bidang ini membolehkan murid mengenali dan
mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.
Contohnya:
Bidang : B. Mencorak
Aktiviti : Percikan
Tahun 1 - DSV - KSSR
Alatan/ Bahan : kertas lukisan, warna air, berus gigi lama, span
Media : Basah

Dalam proses corak, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


-

Mengenal jenis-jenis media


Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses penghasilan karya.

Semasa
-

Susun daun di atas kertas lukisan.

Sapukan warna pada berus gigi dan percikkan warna pada permukaan
kertas dengan menggunakan sikat atau jari.

Ulangi langkah 3 menggunakan warna yang berbeza

Setelah siap alihkan daun daripada kertas lukisan dan jemur hingga
kering.

Selepas
-

Murid mempamerkan hasil kerja.

Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.

Bidang ini membantu murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan berpandukan
bahasa seni visual. Murid mempamerkan karya yang dihasilkan dan menceritakan karya
sendiri secara lisan.

20

III.

Membentuk dan membuat binaan


Bidang ini membantu murid menceritakan emosi atau afektif melalui
boneka, lakonan, nyanyian dan cerita. Biasanya, penggunaan boneka tidak
hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan
objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika
boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyibunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh
dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.
Contohnya :
Bidang : C. Membina dan Membentuk
Aktiviti : Boneka Jari - warna dan guntingan
Alatan/ bahan : kertas bergambar, gunting, gam atau stapler dan pensel
warna.
Media : Kering

Dalam proses corak, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


-

Penyediaan alat, teknik dan bahan yang sesuai

Semasa
-

Murid mewarnakan gambar mengikut persepsi mereka


Membuat stepler pada hujung belakang kertas.
Masukkan dalam jari.

Selepas
-

IV.

Murid menggunakan boneka supaya membuat sebuah lakonan.


Murid boleh menunjukkan emosi melalui cara bercerita mengikut

intonasi.
Mengenal Kraf Tradisional
Menurut Chapman pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu
masyarakat. Menurut Objektif Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah

21

Rendah menekankan bidang ini dengan menerapkan domain afektif melalui


mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
Contohnya:
Bidang : D. Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Anyaman ( kelarai Bunga Mempalas )
Alatan/ bahan : Tapak anyaman ( kertas A4 bergambar ) , kertas warna, gam
dan gunting

Dalam proses kraf tradisional, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


- Mengenali jenis anyaman
- Mengenali dua perkara iaitu:
Unsur Seni garisan, rupa, jalinan, warna.
Prinsip Rekaan ritma dan pergerakan
- Mengenal media atau bahan gantian.
Semasa
-

Memilih media atau bahan gantian.

Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas secara lipatan dan


guntingan.

Membuat anyaman kelarai mata bilis seperti yang telah ditunjukkan.

Selepas
-

Membuat kemasan pada hasil kerja.

Mempamerkan karya seni pada papan pamer.

Bidang ini dapat membantu murid mempamerkan hasil kerja dan bercerita
mengenainya. Contoh: anyaman kelarai amat terkenal di negeri Kedah, Kelantan,
dan Terengganu.
2.1.4

Domain Kreatif

22

Menurut Objektif Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah


menekankan bidang ini dengan menerapkan domain kreatif melalui menggunakan
kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. Pendekatan Laura
H Chapman (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian
dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun
dikenali sebagai artisitik (Approaches in Art Education). Proses artistik yang
dijelaskan oleh Chapman melibatkan 3 disiplin iaitu:
a) Tidak bersifat statik
b) Bersifat boleh ubah
c) Berulang-ulang
Menurut beliau, tiga disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif
menghasilkan karya seni tercapai. Proses penghasilan karya seni mengikut
Chapman (1978) ialah seperti berikut:
Kemahiran
menggunakan
bahan

Kaedah Penjanaan
idea

Pengolahan dan
Pemurnian

(Approaches in Art Education)

23

Ketiga-tiga kaedah ini membantu mencapai objektif-objektif atau matlamat tertera


dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.
Inception of idea / Kaedah
(Penjanaan idea)
Elaboration & Refinement
(Pengolahan/ Pemurniaan Idea)
Execution in a Medium
(Kemahiran Menggunakan bahan)

Menetapkan objektif, haluan dan tujuan


penghasilan karya
Memastikan imej atau visual yang hendak
dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan
tema dan objektif yang dihasilkan.
Menentukan bahan yang sesuai untuk
berkarya. Jangka masa panjang.

Domain kreatif dapat dikenalpasti melalui empat bidang utama iaitu:


1

Mengambar
Dalam bidang ini mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui
aplikasi warna di atas permukaan rata. Bidang ini menekankan perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi
penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya.
Contohnya :
Bidang : A. Menggambar
Aktiviti : Kolaj
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan, kertas surat khabar , pensil warna dan gam

Dalam proses mengambar, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


-

Pemilihan alat, bahan dan warna yang sesuai


Menetapkan matlamat tentang penghasilan karya

Semasa
-

Melukis gambar dan tampal kertas warna pada lorekan gambar


mengikut tahap kreativiti mereka.

Selepas
-

Membersihkan tempat.
24

- Membuat bandingan hasil kerja dengan rakannya


Membuat Corak dan Rekaan
Dalam bidang ini membantu murid mengenali jenis bahan dan alat yang
sesuai dengan menggunakannya lebih kreatif supaya menghasilkan sebuah
corak. Teknik capan lebih sesuai supaya mengenalpasti tahap kreativiti murid.
Contohnya:
Bidang : B. Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Capan
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan, daun , warna air

Dalam proses corak, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


-

Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

Sebelum
-

Sediakan sekeping kertas lukisan.

Bancuhkan warna yang hendak digunakan.

Sapukan warna yang telah dibancuh pada permukaan daun.

Capkan daun yang telah diwarnakan dengan menekankannya pada


kertas lukisan.

Ulangi langkah 2 menggunakan warna yang berlainan.

Capkan secara bertindan-tindih sehingga memenuhi ruangan.

Setelah hasil kerja siap dan dikeringkan, hasil tersebut boleh


dilekatkan pada tin minuman sebagai hiasan tabung.

Selepas
-

Murid menghasilkan karya mengikut tahap kreativiti mereka

Guru mengukur kreativiti murid iaitu hasilan karya yang out of the box
atau di luar kotak.

25

Membentuk Dan Membuat Binaan


Dalam bidang ini dapat memperkembangkan tahap kreativiti murid atau guru
boleh mengukurnya melalui hasilan mereka. Melalui kegiatan ini dapat
mengenalpasti tiga kaedah secara yang dijelaskan oleh Laura Chapman. Bagi
menghasilkan kegiatan ini memerlukan tempoh yang lama.
Contohnya:
Bidang : C. Membentuk
Aktiviti : membentuk
Alatan/ Bahan : plastisin

Dalam proses membentuk, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


-

Murid memegang dan merasai plastisin


Menetapkan jenis karya yang dihasilkan

Semasa
-

Murid menggunakan pengetahuan sedia ada supaya menghasilkan sebuah


bentuk yang kreatif

Selepas
-

Melalui gambar dapat menilai tahap kreativiti murid berlainan dengan


menghasilkan karya yang berbeza

Mengenal Kraf Tradisional


Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam
menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing
perhiasan diri dan lain-lain lagi. Penghasilan wau seperti biasa mempunyai

26

perbezaan antara wau yang direka mempunyai bentuk, rupa dan warna yang
kelainan dari yang lain ia dimaksudkan kreatif.
Contohnya:
Bidang : D. Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : hasilkan wau asas
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan berformat, pensil warna, kertas manila, gam
dan gunting

Dalam proses kraf tradisional, boleh menjelaskan dalam tiga peringkat:Sebelum


-

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran

bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D.


Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

Semasa
-

Mengedarkan lakaran wau.

Memilih media dan warna yang digemarinya.

Mewarna lakaran corak dengan pensel warna, pastel atau krayon.

Selepas
-

Membuat kemasan.

3.0 RUMUSAN
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah amat berkesan supaya memperkembangkan tahap
kognitif, psikomotor, afektif, dan kreatif. Menurut pendekatan Laura H. Chapman organisasi,
objektif dan matlamat kurikulum mempunyai persamaan dengan menerapkan empat domain asas
dalam kalangan murid.

27

Laura H. Chapman memperkenalkan empat proses iaitu pemerhatian, penerokaan,


penghasilan atau pembuatan, apresiasi dan perlanjutan. Setiap proses mempunyai persamaan
dengan organisasi kurikulum. Proses-proses berkenaan dapat membantu menerap empat domain
berdasarkan empat bidang utama iaitu mengambar, mencorak, membentuk dan membuat binaan
dan mengenal tradisional. Menurut pendapat/ pandangan Laura H.Chapman seni adalah untuk
masyarakat dan ini bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Seni itu tidak boleh
digunakan untuk kepentingan sendiri maka ia digunakan secara bersama. Pada masa sekarang
empat bidang bukan hanya Pendidikan Seni Visual sahaja menerapkan domain-domain namun
matapelajaran lain juga memainkan peranan mencungkil bakat murid.
Dalam matlamat Pendidikan Seni Visual dapat mewujudkan insan yang seimbang dari
segi kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial murid seperti dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi di individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani
(Kurikulum Pendidikan Seni Visual)
Elemen
Intelek

Domain
Kognitif

Rohani
Emosi
Jasmani

Sosial
Afektif
Psikomotor

Laura H. Chapman
Pemerhatian dan
Penerokaan
Apresiasi dan perlanjutan
Apresiasi
Penerokaan dan
penghasilan

Berdasarkan jadual diatas dapat mengenal pasti bahawa setiap elemen dapat diterapkan melalui
setiap proses yang dikemukakan oleh Laura H. Chapman.
Kognitif adalah ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan aplisaisi,
estetika, serta seni dalam kehidupan (Iberahim Hassan 2001). Laura memperkenalkan tiga
kaedah iaitu penjanaan idea adalah murid perlu menetapkan matlamat objektif sebelum
menghasilkan sesuatu karya. Psikomotor adalah memupuk kepada pertumbuhan kemahiran
dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh berbentuk melalui pengajaran dan pembelajaran
meningkatkan kualiti koordinasi, antara mata, tangan, otot dan mental. Pendekatan Laura H.
Chapman menekankan kaedah kemahiran menggunakan bahan iaitu menggunakan bahan dengan
28

menghasilkan sebuah bentuk. Contohnya : kolaj. Afektif adalah nilai, sikap minat, keperihatinan,
pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain ini dapat
mengenalpasti semasa kegiata dijalankan.
Dalam empat bidang utama iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk
dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif
yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Walaupun kanak-kanak
mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya perlu dipupuk melalui
pendidikan berdasarkan empat bidang berkenaan.

4.0 RUJUKAN
Buku Ilmiah
1

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), PSV3103


Kreativiti dan Seni Kanak-Kanak.

Noraini Tahir, Roszikin Zakaria dan Zainab Zakaria (2009) Cetakan Kedua, HBP3103
Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak, OUM, Selangor.
29

Khairuddin Talib (2009) Cetakan Keempat, HBA3103 Kraf Tradisional, OUM, Selangor.

Mohd. Zaihidee Hj. Arshad (2008) Cetakan Kedua , HBAE2103 Membuat Corak dan
Rekaan, OUM, Selangor.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2000), Sukatan


Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual.

Internet
1

http://sss1042-ssl2012.blogspot.com/

http://chikya87.blogspot.com/2010/04/1.html

http://www.scribd.com/doc/37212233/Laura-Chapman-Presentation

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/

http://www.scribd.com/doc/84700818/Tugasan-HBAE1203-Seni-Kanak-Kanak

Jurnal
1

Salsabila Tang Abdullah, Persepsi guru seni terhadap pelaksanan objektif pendidikan seni
visual sekolah menengkah di kawasan Melimau, Melaka.

30

You might also like