You are on page 1of 6

Tugasan 1: penulisan esei

Seni Dalam Pendidikan didefinisikan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran


seni dalam pendidikan yang melibatkan tiga elemen seni iaitu seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan yang diintegrasikan ke dalam pendidikan (Faridah Nazir et al., 2015).
Elemen-elemen seni ini akan membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih dinamik, imaginatif dan kreatif (Mohd Jamel Ismail et al., 2015). Dengan kata lain, jika
pengisian elemen-elemen ini dilakukan mengikut tatacara dan tataatur yang betul,
pembelajaran sesuatu mata pelajaran dapat dioptimumkan ke arah yang lebih cemerlang
dan berimpak tinggi. Hal ini kerana melalui Seni Dalam Pendidikan, pelajar akan diberikan
peluang meneroka, memperoleh pengalaman dan mengekspresi menggunakan deria untuk
meningkatkan kreativiti, sensitiviti, daya imaginasi dan estetika dalam pembelajaran (Md.
Nasir Ibrahim, 2003). Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan perlu diadaptasi ke dalam sesuatu
mata pelajaran yang diajar oleh guru agar generasi yang celik budaya, berestetika,
berimaginasi, kritis dan inovatif dapat dilahirkan.

Terdapat tiga teori pembelajaran yang menyokong Seni Dalam Pendidikan iaitu Teori
Kecerdasan Pelbagai, Teori Konstruktivisme dan Teori Hoka Hoki. Berdasarkan teori
kecerdasan pelbagai (1983) yang dikemukakan oleh Howard Gardner mengesyorkan
bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan
dalam kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya,
kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan
matematik logic sahaja. Secara tidak langsung, kecerdasan lain akan hilang. Teori
kecerdasan pelbagai ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam mata
pelajaran Seni dalam Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan
kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi
pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan
berkesan.

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan
digunakan dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang
disampaikan. Hal ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap
dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis
kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Hermann
(1991) di dalam "Quadrant Concept" yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.
Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami
deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan daripada pelbagai
kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik, intuitif, personal, intrapersonal,
praktik, estetik, holistik, analitik, emosional, fizikal dan intelektual. Leonardo da Vinci
merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang
seniman, jurulern, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut
untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.

Rajah 1.1 Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner

(Sumber: https://metode.org/issues/entrevista-revistes/howard-gardner-2.html )

Seni dalam Pendidikan akan:

i. Menjadikan proses pengajaran dan pcmbelajaran mala pelajaran di sekolahIebih


seronok.
ii. Membantu anda memahami diri sendiri.
iii. Membantu perkembangan intelek terutamanya daripada aspek menyelesaikan
masalah.
iv. Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai
personaliti yang seimbang, berketerampilan dan profesional.
v. Membantu perkembangan insan secaraseimbang dan menyeluruh.
Rajah 1.2 Jenis Kecerdasan Teori Kecerdasan Pelbagai

Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam


pengajaran dan pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan,
percubaan dan peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran


dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-
pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar
dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu
melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan uji kaji, senaman dan
sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu
bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar
mempunyai kebolehan yang berbeza. Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti
kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal
pasti ini, guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan
potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.
Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai
dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana
teori kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan
rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya
boleh menggunakan bahasa lisan, bacaan dan penulisan. Selain itu, persoalan logik-
matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan
atau menggalakkan pemikiran kritis. Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah
saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau
penyusun grafik. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan
muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi, elemen kinestetik pula
bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti
‘hands-on’. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya
boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau
simulasi kumpulan, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan
kepada pelajar merangsang perasaan kendiri. Akhir sekali elemen naturalis ialah
bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa
murid ke luar ke alam semula jadi? Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara
memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah.
Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan,
contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa
orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang
dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana
setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan
pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini,
murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid
dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya.
Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan
masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti masalah dan
penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea
melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan
intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan
diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan
contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.
Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil
daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu
perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang
baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi
Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi
Bloom.
Kesimpulan

Secara keseluruhannya didapati bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran


(P&P) secara konvensional sememangnya mempunyai keistimewaan tertentu khususnya
apabila digabungkan dengan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai. Oleh kerana
kepelbagaian subjek pada masa kini yang menjadi suatu keperluan kepada setiap pelajar
untuk terus belajar dan meneroka, maka kepelbagaian usaha turut perlu bergerak seiringan
dengan pengajaran tersebut. Guru sebagai tenaga pengajar harus peka dengan kebolehan
dan potensi yang ada pada diri pelajar agar dapat disesuaikan dengan pengajaran. Hal ini
perlu bagi membolehkan pelajar mempunyai inisiatif sendiri melibatkan diri dalam kelas
secara suka rela tanpa ada paksaan atau sebagainya. Dalam masa yang sama, penglibatan
ini membuahkan hasil dan kelebihan pada diri pelajar. Ini boleh dilihat apabila pelajar dapat
memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru ekoran daripada penglibatan aktif
pelajar dalam kelas.

You might also like