You are on page 1of 6

SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO

930126-10-6021

REFLEKSI INDIVIDU
Saya Sashi kumar A/L Varatharajoo dari unit Matematik ambilan Januari 2013
Semester 4 telah sedaya upaya dalam menyiapkan kerja kursus subjek WAJ 3073 iaitu Seni
Dalam Pendidikan yang telah diberikan oleh pensyarah subjek ini saya iaitu, pensyarah dari
Jabatan Sains Sosial iaitu, Encik Syamrul Nizam Bin Abdul Malek. Saya amat bersyukur
kepada Tuhan kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di
kesempatan ini saya ingin juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya
iaitu Encik Syamrul Nizam yang banyak memberi ilmu, tunjuk ajar, bimbingan dan bantuan
kepada kami dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini
amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu
guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.
Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang
baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.
Seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada elektif yang saya perlu ambil
bagi semester yang keempat ini. Seni Dalam Pendidikan Seni Dalam Pendidikan peringkat
sarjana muda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui
penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Seni Dalam Pendidikan
memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanakkanak melalui peningkatan
daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang
berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif
dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat
holistik. Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi.
Antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum
semata-mata, bahkan perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan ilmu dikalangan
murid menjadi lebih jitu dan mampan.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan adalah untuk membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis,
kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni

SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO

930126-10-6021

dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni
Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan
otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Darisegi objektif pula, terdapat beberapa objekti bagi Seni Dalam Pendidikan.
Antaranya ialah meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam
bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam
kerjaya keguruan. Objektif seterusnya ialah melalui pembelajaran seni dalam pendidikan
dapat membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan. Seni dalam pendidikan juga memberi nilai tambah dalam
pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam pengusaan multimedia, sains dan
teknologi. Tambahan pula, menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi
untuk mengekspresikan hasilan kerja. Di samping itu, guru juga dapat mengamalkan budaya
pengajaran dan pembelajaran yang sihat, menghargai tokoh-tokoh seni dalam pendidikan
serta merealisasikan Falsafahh Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.
Seni dalam pendidikan sendiri mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan.
Antara kekuatan seni dalam pendidikan ialah, saya dapat mengasah bakat saya dalam
bidang seni. Daripada pengajaran pensyarah saya, saya dapat memahami dan
meningkatkan pegetahuan dan bakat saya dalam bidang seni. Cotohnya, saya dapat
mengetahui cara untuk membuat boneka dan melukis lakaran-lakaran yang sesuai dengan
boneka tersebut semasa saya mempelajari dan membuat kerja kursus tentang seni dalam
pendidikan. Saya dapat mempelajari banyak perkara-perkara yang baru dan pengalamanpengalaman sepanjang pembelajaran bidang ini. Daripada pengalaman dan ilmu yang saya
dapat melalui subjek ini, saya dapat mengajar murid-murid dengan penuh keyakinan pada
masa akan datang. Saya akan berkongsi ilmu yang ada pada saya kepada murid-murid
dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja. Dengan ini bukan juga murid dapat miningkatkan
ilmu tentang bidang seni malah saya sendiri dapat menambahkan lagi ilmu dalam
pengajaran dan pembelajara seni dalam pendidikan.
Justeru, kekuatan seterusnya saya mendapat melalui subjek seni dalam pendidikan
ialah ia memupuk nilai kerjasama dan menjadikan saya lebih bermotivasi dan berfikiran
kreatif dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saya dapat meningkatkan nilai kerjasama
dalam diri saya melalui subjek ini. Semasa membuat tugasan yang melibatkan kumpulan,

SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO

930126-10-6021

kami bekerjasama antara satu sama lain dalam membuat tugasan atau aktiviti yang
diarahkan oleh pensyarah. Contohnya apabila kami membuat persembahan dan alat
boneka kami sentiasa bekerjasama dan berkongsi pendapat antara satu sama lain. Ia juga
meningkakan komunikasi sesama antara satu sama lain dan ia membawa kepasa konsep
perpaduan. Seterusnya, saya juga dapat berfikir secara kreatif dalam merancang sesuatu
aktiviti pembelajaran. Contohnya, apabila saya dikehendaki membuat persembahan dengan
menggunakan bahan-bahan, saya akan menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk
membuat persembahan dengan modifie alatan tersebut. Semas penggunaan bahan-bahan
kitar semula, kita dapat minjimatkan kos. Oleh itu, pada masa akan datang, jika saya
mengajar mata pelajaran KH, Seni, dan Sains saya akan menggarakkan murid untuk
membuat sesuatu projek dengan menggunakan bahan kitar semula. Melalui ini, murid-murid
juga mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih seronok.
Kekuatan seterusnya yang terdapat dalam mata pelajaran seni dalam pendidikan
ialah saya dapat mengaplikasikan mata pelajaran seni dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran lain. Contohnya, subjek seni dalam pendidikan kaya dengan seni muzik, seni
pergerakan, permainan alat dan sebagainya. Saya dapat mengaplikasikan penggunaan
muzik, pergerakan, permainan alat dalam pembentangan subjek lain. Contohnya saya boleh
menggunakan muzik dalam set induksi, aktiviti kumpulan dan sebagainya. saya juga akan
mengaplikasikan penggunaan muzik dalam mata pelajaran bahasa melayu, matematik,
pendidikan jasmani dan sebagainya semasa saya mengajar di sekolah.
Sewaktu melaksanakan rancangan pengajaran dan pembelajaran, SDP yang
diintegrasikan membantu guru untuk mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran guru. Seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum kerana
manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai
teknik pengajaran. Oleh itu, seorang guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan
strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid mendapat banyak
faedah sewaktu saya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sekiranya saya
menerapkan SDP dalam proses pengajaran. Antaranya ialah murid-murid mendapat
pengalaman yang menarik dan SDP yang diterapkan dapat memberi keyakinan kepada
murid-murid. Ini dapat diperhatikan semasa murid-murid menyanyi sambil membuat
gerakan. Murid-murid telah dapat menonjolkan diri masing-masing dan tidak mempunyai
perasaan malu untuk belajar kerana merasakan seronok semasa melakukan aktiviti di
dalam kelas.

SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO

930126-10-6021

Terdapat juga beberapa kukurangan atau kelemahan terdapat dalam subjek seni
dalam pendidikan. Pertamanya sumber rujukan bagi mata pelajaran seni dalam pendidikan
amat kurang. Di perpustakaan juga mempunyai buku-buku seni dalam pendidikan amat
terhad. Sumber rujukan yang kurang mengakibatkan saya menghadapi masalah semasa
saya mencari maklumat atau nota-nota penting untuk membuat pembentangan sesuatu
tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran ini. Ia juga menimbulkan masalah semasa
membuat tugasan projek yang diberikan oleh pensyarah. Untuk mengatasi masalah ini, saya
berjumpa dengan seniur saya untuk mendapatkan nota tentang seni dalam pendidikan.
Saya akan juga berjumpa dengan pensyarah saya untuk mendapatkan nota tan tunjuk ajar
daripada beliau untuk menyiapkan tugasan projek yang diberikan olehnya. Saya juga akan
meminta bantuan dan berbincang dengan kawan saya isi-isi penting tentang topik-topik
penting yang terkandung dalam mata pelajaran seni dalam pendidikan. Melalui cara ini,
saya dapat mengatasi kesulitan untuk mendapatkan sumber rujukan mata pelajaran seni
dalam pendidikan.
Tambahan pula, kelemahan yang saya hadapi melalui mata pelajaran seni dalam
pendidikan ialah saya kurang mempunyai idea dan ilmu dalam seni. Contohnya, apabila
saya diberi sesuatu tugasan, saya mengadapi masalah dari segi cara membuat tugasan
tersebut dengan menarik. Apabila saya berbanding hasil kerja saya dengan hasil kerja
kawan, tugasan kawan lebih menarik dan kreatif berbanding tugasan saya. Seterusnya,
dalam aktiviti yang melibatkan kumpulan juga, saya mendapat masalah untuk memberi idea
yang kreatif dan menarik kepada rakan-rakan saya untuk membuat sesuatu tugasan. Bagi
meningkatkan idea dan ilmu tentang bidang seni untuk membuat sesuatu projek dengan
menarik, saya akan membaca banyak sumber buku yang berkaitan dengan seni dalam
pendidikan. Melalui pembacaan, saya akan dapat membetulkan kelemahan saya yang saya
hadapi selama ini. Saya juga akan menggunakan sumber internet sebagai rujukan
tambahan untuk mendapatkan idea dalam melaksanakan tugasan yang melibatkan projek
seperti menghasilkan boneka dengan menggunakan bahan kitar semula. Melalui cara ini,
saya akan meningkatkan ilmu dan idea saya untuk membuat sesuatu projek yang berkaitan
mata pelajaran seni dalam pendidikan.
Selain itu, kelemahan seterusnya ialah saya mengambil masa yang banyak untuk
membuat sesuatu tugasan. Apabila pensyarah saya memberi tugasan dalam bentuk slaid
atau projek, saya membuat tugasan tersebut dengan mengambil masa yang banyak. Ia di
sebabkan saya tidak tahu bagaimana membuat tugasan tersebut sekali gus tugas-tugas
sesuatu tajuk mata pelajaran ini sedikit rumit. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, saya
akan merancang jadual kerja untuk menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan. Saya

SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO

930126-10-6021

juga akan meminta bantuan daripada kawan saya jika saya menghadapi masalah semasa
membuat sesuatu tugasan yang berkaitan subjek ini. saya akan berbincang dengan kawan
saya dan sekali gus saya akan membetulkanya kelemahan yang ada pada diri saya.
Kesimpulannya, mata pelajaran seni dalam pendidikan sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Seni dalam pendidikan dapat memupuk
minat murid dan keinginan untuk mengetahui sesuatu semasa pembelajaran subjek ini,
seterusnya, seni dalam pendidikan juga menjadkan proses pengajaran dan pembelajaran
menyoronokan dalam kalangan kita. Oleh itu, semua pihak terutamanya guru harus
menambahkan ilmu dalam subjek ini dan harus merancang dan menyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan dengan berkesan dalam kalangan
murid. Tugasan ini secara tidak langsung telah membuka mata dan minda saya bahawa
seni pada hari ini bukan hanya menjurus kepada hiburan sahaja, malahan mampu untuk
menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih hidup dan menarik.

SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO

930126-10-6021

BIBLIOGRAFI

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Teori kecerdasan pelbagai, Kementerian Pendidikan


Malaysia, Kuala Lumpur.

Modul Seni Dalam Pendidikan. (2011). Cyberjaya, Kuala Lumpur, IPGKPM

Saiman, I.B. (2014). Seni Dalam Pendidikan, Off Jalan Yew, Kuala Lumpur : Free Horizons
Sdn. Bhd.

"Noor Afifah Azizan." : KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL. N.p., n.d. Web. 30 July
2014.<http://noorafifahazizan.blogspot.com/2013/10/kepentingan-pendidikan-senivisual.html>.

"SENI DAN PENDIDIKAN." SENI DAN PENDIDIKAN. N.p., n.d. Web. 21 Aug. 2014.
<http://shydatulhushna.blogspot.com/>.

You might also like