You are on page 1of 1

SOALAN TUTORIAL MTE3073

Secara berkumpulan (3 orang), anda dikehendaki merancang satu sesi pengajaran Matematik
Tahun 3 KSSR selama 1 jam mengikut format Model Proses Kreatif Terarah. Perhatian harus
diberikan kepada penggunaan kaedah dan teknik yang sesuai untuk topik yang telah ditetapkan
serta berpusatkan murid (Rujuk senarai di bawah). RPH hendaklah disediakan menggunakan
perisian MS PowerPoint dan perlu dibentangkan.
[10 markah]
SENARAI KUMPULAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Kumpulan Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Menulis ayat matematik bagi
operasi darab.
Menulis ayat matematik darab apabila diberi
kumpulan tiga-tiga, enam-enam, tujuh-tujuh,
lapan-lapan dan sembilan-sembilan berbantukan:
(a) objek,
(b) gambar,
(c) garis nombor.

Menulis operasi darab yang sama jawapannya
dengan operasi darab yang diberi dengan
mengubah susunan nombor yang didarabkan.

Melengkapkan ayat matematik
darab.
Membina sifir tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan,
100 dan 1000 dengan berpandukan:
(a) objek,
(b) gambar,
(c) garis nombor.

Melengkapkan ayat matematik darab yang
melibatkan sifir tiga, enam, tujuh, lapan,
sembilan, 100 dan 1000.

Mendarab dua nombor.
Mendarab sebarang dua nombor, tiga digit dan
satu digit:
(a) tanpa mengumpul semula,
(b) dengan mengumpul semula.

Mendarab sebarang dua nombor dengan
pelbagai strategi pengiraan.

Menyelesaikan masalah
harian.
Mereka cerita berdasarkan ayat matematik darab
yang diberi.

Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan
pendaraban dua nombor.

You might also like