You are on page 1of 8

Tugasan 1: Ulasan Kritis (individu) : (25%)

Secara individu, hasilkan satu ulasan kritis tidak melebihi 1000 patah perkataan
berkaitan Seni dalam Pendidikan sebagai learning tool dengan merujuk kepada
satu artikel daripada sumber seperti jurnal atau majalah berkala oleh penerbit yang
berwibawa.

Tugasan ini perlu merangkumi:


1. Ringkasan berkaitan isi penting artikel.
2. Hujah dan ulasan anda berkaitan kekuatan dan kelemahan perbincangan/
penulisan artikel berkaitan SDP sebagai learning tool.
3. Penilaian sejauh mana maklumat dalam artikel boleh membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berkesan, bersandarkan bukti bahan bacaan. Rujuk
pelbagai sumber untuk memantapkan lagi hujah.
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN……………………………………………………………… 1

2.0 ARTIKEL YANG DIPILIH………………………………………………….. 1

3.0 RINGKASAN ISI KANDUNGAN………………………………………….. 1

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN……………………………………….…. 2

5.0 PENILAIAN MAKLUMAT DALAM ARTIKEL …………………………….. 3

6.0 KESIMPULAN……………………………………………………………….. 4

RUJUKAN

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi seni visual, seni pergerakan dan seni
muzik. Pengajarannya yang dilaksanakan menggabungkan pelbagai jenis unsur seni
dan berbeza daripada pendekatan tradisional. Guru akan mementingkan perasaan
estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi dan imaginasi
di kalangan murid.

2.0 ARTIKEL YANG DIPILIH


Satu artikel yang bertajuk “Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan
Prasekolah Malaysia” telah dipilih daripada sumber jurnal Universiti Kebangsaan
Malaysia untuk menghasilkan satu ulasan kritis. Jurnal ini merupakan hasil kajian
dan kertas cadangan oleh Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran mengenai persepsi ibu
bapa dan guru prasekolah terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif.

3.0 RINGKASAN ISI KANDUNGAN


Kajian tinjauan ini ditujukan kepada guru prasekolah dan ibu bapa yang mempunyai
anak yang berumur 6 tahun di Sibu, Sarawak. Kedua-dua kumpulan sampel tersebut
dikaji persepsi terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif, manakala untuk kajian
kefahaman pelaksanaan aktiviti seni kreatif, ia hanya ditumpukan kepada guru
prasekolah sahaja. Selain itu, perbandingan skor min juga dilaksanakan masing-
masing berdasarkan lokasi sekolah dan jenis sekolah.

Melalui pengedaran borang soal selidik, telah menunjukkan kedua-dua pihak


tersebut bersetuju tentang kepentingan aktiviti seni kreatif dalam pendidikan
prasekolah. Dalam konteks ini, persepsi guru prasekolah yang tinggi terhadap
kepentingan aktiviti kreatif tidak akan dipengaruhi oleh faktor lokasi sekolah dan jenis
sekolah. Walau bagaimanapun, ibu bapa dari prasekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) memberi pemarkahan persepsi yang paling rendah berkaitan
kepentingan aktiviti seni kreatif. Tahap pendidikan yang lebih rendah mungkin
merupakan salah satu penyebab yang menyumbang kepada skor tahap persepsi
yang rendah itu. Jika diteliti dan ditelusuri, guru prasekolah KPM jelas mempunyai
tahap kefahaman yang lebih tinggi sekiranya dibandingkan dengan guru prasekolah
swasta. Hal ini kerana kebanyakan guru prasekolah swasta tidak pernah dilatih
kemahiran keguruan atau didedahkan kaedah pelaksanaan aktiviti seni kreatif.

Tambahan pula, kajian ini mendapati bahawa persepsi guru prasekolah yang
tinggi terhadap kepentingan aktiviti seni kreatif tidak membawa kesan kepada
kefahaman pelaksanaannya yang tinggi. Kebanyakan responden menganggap
pelaksanaan aktiviti seni kreatif dalam kelas sebagai satu tugas yang mencabar.
Jadi, guru prasekolah adalah perlu untuk dilatih dan diberi kursus atau bengkel untuk
meningkatkan kefahaman terhadap perlaksanaannya sebagai bahan bantu mengajar
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Menurut pengkaji lagi,
kesedaran ibu bapa dan guru prasekolah merupakan kehendak semasa dalam
pendidikan kerana kerjasama kedua-dua pihak tersebut mampu mendorong kepada
proses PdP yang lebih berkesan.

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN


Berdasarkan pendapat pengkaji dalam artikel, pelaksanaan aktiviti seni kreatif
memiliki banyak kekuatan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama,
aktiviti-aktiviti seni kreatif yang diperkenalkan dijadikan sebagai “alat” dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu memperkembangkan domain
intelek, afektif, psikomotor dan emosi-sosial kanak-kanak (Edwards, 2006). Dalam
konteks ini, aktiviti seni kreatif melibatkan pengajaran secara penerokaan,
pengembangan kreativiti, proses berfikir secara kritis dan merangsang pembinaan
keyakinan diri yang utuh. Melalui pembelajaran tersebut, murid-murid digalakkan
untuk menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan masalah.
Contohnya, murid-murid akan meneroka dan mencari jawapan sendiri terhadap
masalah tertentu sehingga membina konsep kendiri.

Jika diteliti dan ditelusuri, terdapat guru yang tidak memanfaatkan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) dalam proses PdP dan mereka masih mengamalkan kaedah
pengajaran secara tradisional yang lebih berpusatkan guru (Ab. Halim, 2010). Untuk
memperjelas lagi, guru yang mengaplikasikan pendekatan tradisional tersebut gemar
memperbanyakkan latih tubi kemahiran 3M sehingga mengabaikan peranan murid
sebagai penjana idea. Maka, menurut penulis lagi, aktiviti seni kreatif mesti
dilaksanakan agar semua murid mendapat peluang yang sama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana aktiviti seni kreatif biasanya mampu
menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif sama ada secara
berkumpulan ataupun secara individu. Jadi, pendekatan PdP perlulah dirancang dan
dikelolakan secara teliti. Contohnya, empat pendekatan PdP diutamakan iaitu
pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu
dan penggunaan ICT dalam pembelajaran (KPM, 2003).
Tambahan pula, perancangan aktiviti seni dalam pendidikan mampu melahirkan
seseorang guru yang kreatif dan inovatif. Fakta ini boleh disokong dengan
pandangan Pahlawi Web Al. Mei (2007) bahawa seni adalah hasil daripada kreatif
dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan
sederhana. Dalam usaha tersebut, guru perlulah melakukan pengolahan idea agar
merancang satu aktiviti seni kreatif yang bersesuaian dengan kemampuan serta
kepelbagaian kecerdasan murid-murid. Sekiranya seseorang guru sentiasa melatih
diri dalam menjana idea, sudah tentu bahawa pengetahuan sedia ada boleh
diperbaharui dari semasa ke semasa di mana ia adalah berguna terhadap
keberkesanan PdP.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dikenal pasti daripada


perbincangan tersebut. Berdasarkan kajian dalam artikel, pelaksanaan aktiviti seni
kreatif mudah dipengaruhi oleh kawalan masa. Bersandarkan bukti tinjauan yang
dilakukan oleh Nur Raihan Mohd Yusof (2018), kebanyakan guru menghadapi
masalah waktu pengajaran dan pembelajaran yang tidak mencukupi. Hal ini
bermaksud guru terpaksa menyelesaikan aktiviti seni kreatif dalam masa yang
singkat. Pada masa yang sama, guru juga perlu memastikan murid-muridnya sama
ada mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Sekiranya guru tidak menguruskan
masa pelaksanaan aktiviti seni kreatif secara sistematik, sudah tentu bahawa murid-
murid tidak akan mempelajari apa-apa ilmu dalam kelas.

5.0 PENILAIAN MAKLUMAT DALAM ARTIKEL YANG BOLEH MEMBANTU


DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Setelah membaca artikel tersebut, sudah mendapati bahawa guru-guru sepatutlah


diberi kursus atau bengkel untuk meningkatkan kefahaman terhadap pelaksanaan
aktiviti seni kreatif. Memetik pandangan oleh Noami Flynn (2007), pengetahuan
subjek dan pengalaman pedagogi pasti membantu keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Melalui penglibatan dalam kursus atau bengkel, guru berpeluang
untuk berinteraksi dan berkongsi idea dengan pakar lain. Maka, guru mampu
meningkatkan profesion keguruan kerana memperoleh ilmu pengetahuan yang
berguna untuk meneroka aktiviti seni yang kreatif.

Bukan itu sahaja, pihak guru dan ibu bapa sewajarnya sedar akan kepentingan
aktiviti seni kreatif secara serentak. Ini merupakan kehendak semasa terhadap
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti mana yang disarankan
oleh Muhamad Iqmal (2007) dan Mohamad Ali (2007), sekolah perlu mempunyai
hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa kerana kejayaan sistem
pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana semua elemen itu dapat
berfungsi, saling melengkapi dan membantu antara satu sama lain. Melalui
kerjasama antara kedua-dua pihak tersebut, mutu proses pembelajaran kanak-kanak
barulah dapat ditingkatkan sama ada di rumah ataupun di sekolah.

Tambahan pula, aspek utama dalam pembelajaran adalah pengukuhan yang


memberi rangsangan kepada pelajar (Elliot et al., 2000). Dengan itu, beliau
menegaskan bahawa seseorang guru perlulah kreatif mencari kaedah untuk menarik
minat pelajar bagi meningkatkan mutu pembelajaran. Jadi, kreativiti seseorang guru
dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk
memotivasikan murid-murid dalam proses pembelajaran. Seperti yang dikatakan
oleh Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
(2015), kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran
kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini.
Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa guru perlulah berfikir di luar kotak agar
mampu merancang satu proses PdP yang unik dan kreatif secara tidak langsung
meningkatkan pencapaian akademik di kalangan murid-murid.

6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Seni dalam Pendidikan (SDP) merupakan satu bidang yang
perlu dipandang serius dan tidak boleh diketepikan dalam kurikulum sekolah. Semua
pihak terutamanya guru sepatutnya menjadikannya sebagai learning tool dengan
mengoptimakan aktiviti seni kreatif demi perkembangan domain intelek, afektif,
psikomotor dan emosi-sosial di kalangan murid-murid.
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri. (2010). Amalan pengajaran guru pendidikan Islam berkesan
berteraskan konsep Mu’allim. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(1), 43-
56.

Cohen L., Manion L. & Morrison K. (2000). Research Methods in Education. London:
Routledge Falmer.

Dr.Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir A.A, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd,
Hartini Kana & Sunizah Ali. (2015). Seni Dalam Pendidikan. Selangor: Sasbadi
Sdn. Bhd.

Edwards, L. C. (2006). The creative arts: a process approach for teachers and
children. (4th ed.). New Jersey: Pearson.

Elliot, S.N. (2000). Educational Psychology. Ed.ke-3. McGraw Hill Book Co:
Singapore.

En Selamat bin Haji Mon. (2015). INOVASI DAN KREATIVITI DALAM


PEMBELAJARAN & PENGAJARAN [BAHAGIAN 1]. Dimuat turun pada 9
Februari 2020. Daripada http://srikukup.pontian.edu.my/mainsite/index.php/201
5/01/inovasi-dan-kreativiti-dalam-pembelajaran-pengajaran-bahagian-1/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan.

Ling Pik Kuong & Hasnah Toran. (2010). Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam
Pendidikan Prasekolah Malaysia. Jurnal: Educationist. 4(1), 35-47.

Merriam, S.B. (1998). Qualitative research and case study application in education.
San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Mohd Aizat Abu Hassan. (2018). TINJAUAN MASALAH GURU DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL. Dimuat
turun pada 9 Februari 2020. Daripada file:///C:/Users/User-
PC/Downloads/TINJAUANMASALAHGURUDALAMPENGA
JARANDANPEMBELAJARANPENDIDIKANSENIVISUAL.pdf

Muhammad Iqmal Abdullah. (2007). “Tujuh Cara Tingkatkan Hubungan Sekolah


Dengan Ibu bapa.” Pendidik. 43 . 40 – 41.

Naomi Flynn. (2007). “What do effective teachers of literacy do?:subject knowledge


and pedagogical choices for literacy”. In Literacy. 41(3), 137-146.

Nik Noorlyha Nik Mohame. (2014). Seni Dalam Pendidikan. Dimuat turun pada 8
Februari 2020. Daripada https://www.slideshare.net/niknoorlyhanikmohamad/sen
i-dalam-pendidikan-33434288

You might also like