You are on page 1of 6

EDUP3073

BUDAYA DAN
PEMBELAJARAN
TUGASAN 20/01/2021:
1. Demografi kaum dan etnik di Malaysia
2. Kepentingan Memahami Konsep Budaya Kepada Guru
DEMOGRAFI PENDUDUK
Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan
keturunan. Kumpulan terbesar rakyat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu
Melayu, Cina dan India.
DEMOGRAFI PENDUDUK
Selain itu, terdapat juga penduduk peribumi di Semenanjung Malaysia yang merupakan
Orang Asli dan secara umumnya terbahagi kepada tiga kaum terbesar iaitu Negrito, Senoi
dan Melayu Proto. Negeri Sabah mempunyai kumpulan etnik yang mempunyai pelbagai
dialek dan budaya terbesar iaitu sebanyak 32 kumpulan etnik komuniti majoritinya ialah
etnik Kadazandusun. Kumpulan lain termasuk Rungus, Bajau, Bajau Laut, Murut,
Lundayeh, Orang Sungai dan Iranun. Manakala penduduk Sarawak terdiri daripada 27
kumpulan etnik dan etnik Iban adalah etnik majoriti selain Bidayuh, Melanau dan Orang
Ulu.

(Dipetik daripada https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30114?language=my)


PERATUSAN PENDUDUK
WARGANEGARA MENGIKUT
KAUM ETNIK
Melayu (69.6%)

Cina (22.6%)

India (6.8%)

Lain-lain (1.0%)

Dipetik daripada https://www.permohonan.my/jumlah-penduduk-malaysia-terkini/


KEPENTINGAN MEMAHAMI
KONSEP BUDAYA KEPADA

GURU
Guru akan lebih berhemah dan menghormati budaya setiap kaum di Malaysia.
 Guru tidak ada sifat prasangka atau prejudis terhadap seseorang murid.
 Apabila seseorang guru menguasai kefahaman mengenai budaya sudah pasti guru tersebut lebih bersedia
untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya.
 Pengetahuan mengenai budaya pelajar banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan murid untuk belajar.
 Guru dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid dan wujudnya nilai-nilai menghormati budaya
orang lain dalam kalangan murid.
 Guru dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid melalui pemahaman konsep budaya.
SEKIAN, TERIMA KASIH!

You might also like