You are on page 1of 18

1

1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada
penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya, latarbelakang kaum
dan keturunan. Antara kelompok kaum utama yang mewujudkan keperlbagaian
kelompok di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Di Borneo melebihi 30 suku
etnik yang mempunyai pelbagai budaya dan cara hidup yang unik dan bervariasi
antara satu sama lain. Sekolah menjadi medan uatam bagi murid-murid dari
pelbagai kaum dan latarbelakang ini untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan
mesra budaya. Murid-murid ini yang terdiri daripada kelompok-kelompok berbeza,
diharapkan hormat-menghormati serta berkerjasama antara satu sama lain untuk
mewujudkan satu kelas yang mesra budaya.
Sekolah berperanan sebagai institusi yang memberi pendidikan kepada para
pelajar tidak kira latarbelakangnya. Pendidikan yang sama disampaikan untuk
semua dimana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran
dan pembelajaran. Pembangunan pendidikan pada peringkat awal adalah sangat
penting untuk melahirkan generasi yang kita hendak. Jadi pendidikan di Malaysia
memberikan tumpuan pendidikan awal kepada pembinaan sekolah di bandar dan
kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah di bandar dipenuhi dengan
pembekalan kemudahan infrastruktur yang baik dan lengkap, guru terlatih dan
sumber yang mencukupi. Tetapi adakah kemudahan-kemudahan yang sama seperti
sekolah di bandar dibekalkan kepada sekolah di luar bandar? Catatan kedaifan yang
diambil oleh M. Hifzuddin (2009) menyatakan bahawa sekolah-sekolah pendalaman
negeri Sarawak-bangunan sekolah dibina daripada kayu, tidak ada kemudahan
bekalan air dan elektrik, terpaksa menaiki bot atau melalui jalan balak untuk sampai
sekolah. Walaupun negara kita menuju ke hadapan untuk mencapai Wawasan 2020,
tetapi kita masih tersekat di masalah-masalah yang begini. Di sinilah, warga
pendidik muda memainkan peranan yang sangat penting supaya mengeluarkan
generasi yang bermutu walaupun menghadapi banyak cabaran dan dugaan.
Kejayaan kepimpinan guru akan menetukan kejayaan sesebuah organisasi kecil
yang dipimpinnya.


2

2.0 TUGASAN A: PENULISAN ESEI DESKRIPTIF DAN REFLEKTIF
2.1 Budaya
Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama penganutnya. Manusia itu sendiri yang telah membentuk budaya
dan mengembangkan budaya dan seterusnya telah mengikut perkembangan
masyarakat itu sendiri. Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain kerana budaya tersebut telah dicipta, diubahsuai atau ditukar
berdasarkan pengalaman, peredaran masa serta lokasi.
Perkataan budaya berasal daripada daripada cantuman perkataan Sanskrit
dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit): kecergasan fikiran dan akal dan daya (Melayu):
kekuatan fikiran dan akal. Apabila digabungkan menjelaskan maksud bahawa
budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga
dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani
sesuatu permasalahn dan seterusnya berupaya menyelasaikan permasalahan
tersebut. Penyelesaian yang diambil diterima oleh semua ahli masyarakat dan ini
menjadi satu amalan budaya dalam kehidupan mereka.
Dalam Dictionary of Philosophy (1996) turut menjelaskan maksud budaya
sebagai The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences,
modes of perception, and habits of thought and activity. Amalan yang dibentuk ini akan
menentukan hala tuju bersama dalam masyarakat yang berkenaan. Menurut E.B
Tylor menjelaskan budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan
sebarang bentuk kebiasaan.
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran,
akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh
didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan,
adat resam, sikap dan nilai.


3

2.2 Mesra Budaya
Perkataan mesra bermaksud keselesaan, keceriaan dan kegembiraan. Ianya
mengambarkan hubungan dalam kalangan manusia. Kemesraan wujud dan terjalin
apabila manusia berhubungan dan dalam hubungan tersebut nilai-nilai murni
menjadi pegangan dan amalan lalu terbina persefahaman, toleransi dan hormat-
menghormati. Manakala budaya dapat difahami sebagai suatu nilai amalan dan
perlakuan yang diterima pakai oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi
kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut
(Noriati A. Rashid; 2011). Jadi usaha-usaha untuk mewujudkan satu persekitaran
yang menggalakkan penerimaan dan menghormati perlakuan adalah sangat
penting. Ini dapat melahirkan satu suasana yang berproduktif, inovatif, kreatif dan
dapat mengawal kehidupan lebih daripada apa yang dijangkakan. Jadi, pembinaan
persekitaran yang mesra budaya mewujudkan perasaan selesa dan gembira kepada
warga sekolah iaitu, guru dan murid untuk belajar dan berkerja dalam persekitaran
yang kondusif.
Persekitaran yang mesra budaya bukannya terjadi secara semula jadi kerana
manusia sebagai penghuni mempunyai berbagai budaya serta tingkah laku. Jadi
guru sebagai pihak yang mempunyai kuasa membina persekitaran yang mesra
budaya di sekolah, maka para pendidik merancang pelan yang berkesan yang
pentingnya di sekolah-sekolah pendalaman. Menurut Azizah & Sharifah (1992),
pendidikan semestinya menjadi agen yang penting dalam pembangunan luar bandar
dan pendalaman. Sharifah (2000), mencatatkan bahawa bagi pelajar sekolah luar
bandar, guru adalah tempat mereka bergantung untuk meningkatkan kualiti pendidik.
Menggalakkan mesra budaya dalam kalangan generasi muda ini tidak hanya
berfokus kepada interaksi sihat antara budaya yang berlainan, tetapi juga memberi
tumpuan kepada tahap sosiolisma sesuatu kelompok budaya. Ini kerana, murid di
sekolah-sekolah pendalaman yang mempunyai kekurangan infrastuktur dan
peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat
mencapai tahap akedemik dan nilai sosiolisme/ komunikasi yang rendah. Walaupun
kebanyakan kawasan pendalaman mempunyai masyarakat daripada etnik kaum
atau budaya yang sama, tetapi apabila mereka terdedah kepada dunia luar, mereka
gagal untuk beradaptasi. Ini menyebabkan murid-murid dari luar bandar gagal untuk
4

menerima amalan yang digunapakai. Masalah-masalah sebigini sangat kerap
berlaku di sekolah pendalaman kerana masyarakat kawasan itu kurang terdedah
kepada dunia luar dan tahap pemikiran yang lemah dan pasif. Oleh itu, bagi
melahirkan suasana mesra budaya dari segi mengeratkan perpaduan dan
meningkatkan nilai sosiolisme serta meningkatkan tahap akedemik, guru haruslah
mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dan integrasi
dalam kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah terutamanya apabila mereka
terletak di pendalamnya.

2.3 IMPLIKASI POSITIF
2.3.1 Murid
Impak positif yang boleh didapati melalui melaksanakan kelas mesra budaya oleh
seorang guru adalah menarik minat murid dalam pembelajaran. Biasanya murid-
murid yang berada di kawasan pendalaman sentiasa mempunyai minat yang kurang
untuk belajar, antara puncanya adalah ibu bapa yang kurang pengetahuan tentang
pembelajaran dan kebaikan pendidikan kepada anaknya. Ada di mereka yang tidak
ada keperluan pembelajaran seperti pensel, buku dan lain-lain dan tiada dorongan
untuk belajar. Faktor kemiskinan dalam kalangan ibu bapa luar bandar
menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat peluang pendidikan yang sempurna.
Di sini jika guru yang peka akan memahami tingkahlaku pelajar yang terdiri dari
pelbagai status (di luar bandar), kaum, latarbelakang dan agama dan merancang
aktiviti p&p mengikut kebolehan mereka. Dengan guru yang berpeka terhadap
kepelbagaian ini, tiada ada murid yang merasakan diri mereka tersisir di bilik darjah.
Mengenali pelajar dengan lebih dekat membolehkan guru memahami keperluan dan
mengenali mereka dengan lebih dekat. Dengan itu, murid tidak akan rasa tersisir
dan kesamarataan dapat dirasai antara semua mereka. Sekolah juga akan menjadi
tempat yang lebih bermakna kepada sebilang besar murid. Sifat guru yang tidak
berpilih kasih ke atas pelajar berdasarkan kecerdasan atau kaum, melahirkan satu
kepercayaan terhadap guru kerana, bagi murid mereka berfikir bahawa ada orang
yang mengambil berat tentang mereka. Ini menyebabkan, murid-murid tidak duduk
secara pasif, maka mengambil bahagian dalam aktiviti p&p dengan aktif dan
5

menghargai harga diri dan menghargai kepelbagaian budaya. Ini melahirkan satu
kelompok yang mesra budaya.
Selain itu, guru yang berjaya melaksanakan kelas yang mesra budaya juga
berjaya membina murid yang keintelektualan tinggi, sosial dan perkembangan
sahsiah. Menurut Kamaruddin (1989), peranan guru akan lebih berkesan jika guru
mengikuti perubahan sosial kerana guru akan dapat meyakinkan masyarakat.
Kewibawaan guru dalam merancang aktiviti p&p untuk kelas yang mempunyai murid
dari pelbagai status dan budaya perlulah pelbagaikan dan merancang supaya
semua murid dapat mengambil bahagian. Ini dapat menghapuskan sikap
perkauman, diskriminasi dan prijudis. Melalui ini, murid yang menduduki dalam kelas
sosial yang tinggi, akan terima penglibatan murid dari sosio budaya yang miskin dan
suasana berinteraksi di antara murid berlaku secara harmonis, saling menghormati
serta bantu membantu supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan
berkesan. Ini menunjukkan melalui kelas yang mesra budaya dan saling
menghormati guru dapat memperkembangkan sahsiah murid. Dengan ini, murid
yang duduk dalam kelas sosial yang bawah membina keyakinan diri untuk terlibat
dalam proses p&p tanpa rasa segan. Selain itu, dengan guru yang menghargai idea
murid-murid sebagai satu idea yang bernilai tanpa mengetepikan, akan
meningkatkan keyakinan murid untuk menyumbangkan idea-idea yang terpendam.
Ini meningkatkan keintelektualan murid dan secara tidak sedar sifat sosial antara
pelajar dapat juga meningkat.

2.3.2 Guru
Dengan guru sendiri berjaya dalam mewujudkan satu kelas yang bermesra budaya
di sekolah pendalaman yang mempunyai kemudahan yang kurang, mereka rasa
bahawa mereka sudah mencapai kejayaan dalam cita-cita dan kerjayanya sebagai
seorang guru. Ini meningkatkan motivasi dan minat guru terhadap profesyen yang
memilih. Profesion perguruan merupakan bidang yang memerlukan guru bertugas di
mana juga penempatan yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kadang-kadang guru yang tidak pernah bersemuka dengan kawasan luar bandar
ditempatkan di sekolah pendalaman hulu Sarawak dan Sabah. M.Hifzuddin (2009)
mencatat kedaifan sekolah-sekolah di pendalaman negeri Sarawak- bangunan
6

sekolah dibina daripada kayu, tiada kemudahan air dan elektrik, terpaksan menaiki
bot yang mengambil masa yang berjam-jam untuk sampai ke sekolah. Keadaan
seperti ini cepat mengakibatkan guru kehilangan motivasi untuk mengajar. Tetapi
apabila guru itu sendiri mengambil ini sebagai satu cabaran, dan mengadaptasikan
kehidupan itu, guru mula berjaya secara emosi. Kebolehan dan kekreatifan guru
mengajar menggunakan kemudahan yang ada pada kawasan itu membolehkan
murid-murid berkerjasama dengan guru untuk belajar. Ini memupuk satu hubungan
yang baik antara murid dengan guru dan ini mewujukkan suasana yang bermesra
budaya. Dengan ini guru meningkatkan motivasi untuk mengajar murid-murid yang
tidak ada latarbelakang pendidikan dan rasa minat pada guru. Guru-guru seperti ini
sangat diperlukan oleh negara kita untuk mewujudkan masyarakat yang
berpendidikan tidak kira agama, budaya dan latar belakangnya.
Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini guru berjaya
menghasilkan iklim bilik darjah yang kondusif. Persekitaraan pembelajaran yang
kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan
menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Ini dapat merangsang minat murid dan
semangat murid untuk terus belajar. iklim sekolah juga merupakan faktor asas dalam
membentuk para pelajar menjadi insan yang optimis, berani, bermoral dan berjaya
dalam bidang ekonomi. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin
merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Dalam usaha ke arah
menyediakan persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira ciri fizikal
sesebuah bilik darjah, faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang
dilaksanakan. Melalui persekitaraan bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat
melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan suasana harmoni yang bermesra
budaya. Selain itu, pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan
menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala ponteng
sekolah. Jadi apabila guru benrjaya membentuk iklim bilik darjah yang kondusif di
sekolah luar bandar ianya akan mengubah cara kehidupan mereka kepada
sistematik seperti yang mengamalkan di sekolah. Walaupun mereka dari
latarbelakang yang miskin atau tidak moden tetapi dengan mengikut amalan di bilik
darjah mereka dapat mengubah cara kehidapan mereka mengikut perubahan masa.

7

2.2.3 Masyarakat
Secara automatiknya, apabila guru berjaya membentuk satu kelas yang
mesra budaya, maka pastilah satu generasi yang perpaduan akan melahirkan.
Ballantine (1997) memetik Henry (1996) mengatakan bahawa apabila kanak-kanak
melangkah ke bangunan sekolah, mereka membawa beg dari rumah yang berisis
dengan cita-cita, motivasi, tekanan, kekuatan dan kelemahan mental dan fizikal,
adakalanya kesan penderaan, rasa tidak selamat dan berbagai lagi. Jadi guru
seolah-olahnya mempunyai tanggungjawab yang penuh atas setiap ilmu yang
diberikan supaya melahirkan individu yang kualiti. Hal ini sangat penting pada
sekolah di kawasan pendalaman. Ini kerana, bagi pelajar sekolah luar bandar, guru
adalah tempat mereka bergantung untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Punca
kemiskinan, kekurangan pengetahuan tentang pembelajaran mengakibatkan ibu
bapa terlalu bergantung kepada guru. Oleh itu, guru yang berjaya memahami
latarbelakang murid dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berasaskan perbezaan budaya murid adalah membentuk satu generasi yang
mesra budaya. Ini kerana murid-murid mula menghormati nilai-nilai yang ada pada
budaya lain. Guru bukan sahaja mengajar dengan penuh seronok, murid diasuh
untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat
pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama-
sama. Ini memupuk kewujudan satu budaya yang perpaduan ke arah pembentukan
perpaduan kebangsaan.








8

2.4 IMPLIKASI NEGATIF
2.4.1 Murid
Disamping melihat kepada kesan positif jika guru berjaya melaksanakan kelas
mesra budaya, malah kita masih dapat melihat kesan-kesan atau implikasi negatif
yang berlaku jika guru gagal untuk melaksanakan kelas mesra budaya. Jika guru
tidak berjaya membina kelas yang mesra budaya dengan sifatnya yang yang pilih
kasih, tidak menerima pandangan atau idea murid-murid dan berat sebelah
menyebabkan murid-murid mudah dianggap bahawa mereka tidak berkeupayaan
untuk menghasilkan idea-idea yang bernilai. Terutamanya murid-murid dari kawasan
pendalaman. Kebiasaanya mereka tidak mempunyai latar belakang keluarga yang
berpendidikan. Jadi guru yang berperanan untuk meningkatkan ilmu dan
membetulkan miskonsepsi yang ada pada murid-murid itu. Tetapi, apabila guru yang
mengajar tidak mengambil insiatif yang wajar untuk mengajar dengan memahami
latarbelakang mereka akan gagal untuk menarik minat murid. Ada juga guru yang
tempatkan dalam kawasan pendalaman yang berpandangan rendah terhadap
budaya yang diamalkan dan menyebabkan tidak beri perhatian kepada kemajuan
murid. Walaupun mereka mengajar tetapi murid tidak minat kerana hubungan mesra
antara guru dengan murid tidak wujud. Ini menyebabkan mereka rasa terpinggir di
bilik darjah oleh guru. Berpunca daripada ini, mereka kehilangan minat dalam
belajar. Ini juga menyebabkan budaya mereka yang tidak berpendidikan akan
berkekalan dan tidak menuju ke arah maju.
Selain itu, jika guru gagal dalam membentuk kelas yang mesra budaya, murid
lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam gejala sosial. Ini kerana apabila murid
sudah tidak minat pada pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka tidak akan
tumpu pada pengajaran. Mereka mencari tempat yang mendapat tumpuan. Punca
daripada itu, mereka mula ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru.
Jika guru masih tidak menumpu perhatian maka, mereka lebih cenderung untuk
membuat masalah yang berat pengaruh oleh rakan sebaya yang tidak baik.
Kesimpulannya apabila guru tidak memberi tumpuan atau memahami kehendak
murid maka mereka gagal untuk menarik perhatian murid dan gagal untuk membina
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

9

2.4.2 Guru
Punca daripada kegagalan guru itu sendiri untuk membentuk kelas yang
mesra budaya, mereka tidak dapat membentuk sekolah yang kondusif. Walaupun
kawasan pendalaman tidak mempunyai kemudahankemudahan yang asas seperti
yang berada di sekolah di bandar tetapi, niat guru yang bertanggungjawab dan setia
pada kerjayanya boleh membentuk kelas yang ceria dengan bahan yang ada.
Seperti contoh, di sekolah hulu pendalaman kemudahan meja dan kerusi tidak
memenuhi kesempurnaan. Tetapi, jika guru mempunyai inisiatif untuk memikirkan
menarik minat murid dalam keadaan yang tidak selesa, mereka boleh buat ruang
yang kecil dengan ada tikar di bawah dan buat satu sudut untuk melepak dan
membuat kerja rumah. Ini memberi rasa kesepunyaan pada murid terhadap kelas
dan membentuk mesra budaya. Tetapi jika guru tidak mempunyai inisiatif seperti
yang dinyatakan dan mengajar dalam keadaan yang tidak selesa pada murid maka,
murid tidak lagi memberi tumpuan dan keadaan kelas menjadi huru hara. Sharifah
(2000) melihat kebisingan suasana sekeliling, ditambah dengan kebisingan murid-
murid sendiri menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dibuktikan oleh
kajian yang dilakukan oleh Ting dan Ahmad Sabri (2011), Orang Asli Gua Musang,
sentiasa dalam keadaan yang bising disebabkan oleh murid-murid Orang Asli
sentiasa bermain di luar kelas, menyebabkan sekolah berada dalam keadaan tidak
kondusif. Jadi kegagalan guru untuk menangani keadaan seperti ini, menyebabkan
mereka tidak berjaya membentuk suatu bilik darjah yang kondusif.
Murid juga tidak menghormati guru, jika guru tidak ada hubungan yang mesra
bersama dengan murid. Menurut Jones (1995), pencapaian akedemik dan tingkah
laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru-murid. jika murid mula tidak
menghormati guru, mereka tidak juga memberi penumpuan pada pengajaran. Ini
mengakibatkan pencapaian akedemik murid rendah. Guru juga kehilangan motivasi
untuk mengajar jika murid tidak memberi tumpuan pada pengajaran mereka. selain
itu, jika guru tidak menunjukkan teladan yang baik hadapan murid-murid akan juga
mengurangkan profesionalisme guru. Contohnya, jika guru datang lewat ke bilik
darjah, sifat pilih kasih dan lain-lain. Perkara ini juga mengurangkan rasa tidak
hormat terhadap guru dan guru gagal menjadi idola anak muri mereka sendiri.

10

2.4.3 Masyarakat
Guru juga mengakibatkan kesan negatif kepada masyarakat jika tidak berjaya
membina kelas yang mesra budaya. Hal yang penting berpunca daripada kegagalan
guru mewujudkan kelas mesra budaya pada masyarakat adalah membina jurang
komunikasi antara budaya dan ganggu perpaduan negara. Seperti contoh dalam
sekolah-sekolah hulu negeri Sabah dan Sarawak, murid-murid dalam sekolah itu
terdiri daripada kelompok yang sama kerana penduduk kampung tersebut dari etnik
yang sama. Jadi, mereka kurang terdedah kepada dunia luar yang terdiri daripada
pelbagai budaya. Ada di kalangan mereka tidak pernah nampak masyarakat Cina
dan India yang jarang nampak di hulu pendalaman. Jadi, jika guru yang mengajar
murid-murid dari kumpulan sebegini, guru perlu menerapkan kepelbagaian etnik di
Malaysia dan memberi gambaran mengenai cara hidup dan budaya lain supaya
murid-murid mempunyai gambaran mengenai kepelbagaian etnik di Malaysia. Ini
juga membentuk rasa hormat-menghormati budaya lain walaupun mereka tidak
pernah nampak. Guru juga boleh menamal poster yang menunjukkan kepelbagaian
budaya di Malaysia di sudut bacaan mereka. Tetapi jika guru tidak menyentuhi
mengenai kumpulan etnik dan perpaduan di Malaysia dalam pengajaran, maka
apabila murid itu keluar dari rumah seperti untuk meneruskan pengajian, mereka
tidak dapat bergaul bersama masyarakat yang pelbagai budaya. Ini berpunca
daripada mereka tidak biasa dengar tentang masyarakat yang pelbagai budaya.
Maka komunikasi antara mereka akan berkurang, dan ini berpunca mereka sendiri
berasa terpinggir antara rakan sebaya. Ini menambah jurang perpaduan yang
diingini oleh negara kita. Jadi, guru berperanan penting dalam mewujudkan nilai
perpaduan dari kecil untuk melahirkan negara yang aman dan damai.






11

2.5 PELAN TINDAKAN
Manusia hidup dalam persekitaraan yang berbeza dari segi amalan agama, tradisi
budaya, cara kehidupan. Maka ini perbezaan ini melahirkan individu yang berbeza.
Jadi setiap pelajar yang melangkah ke sekolah membawa budaya masing-masing,
maka tidak hairan jika berlaku persalahfahaman antara murid. Guru mempunyai
peranan yang penting untuk mengatasi masalah ini dengan membentuk kelas
mesra budaya dan persekitaran sekolah yang mesra budaya.
Antara pelan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah dengan
mengeratkan hubungan antara mereka dengan murid. Terutamannya, apabila
ditempatkan di kawasan pendalaman, guru perlu berinteraksi mesra dengan murid
dan masyarakat di sekitar kawasan itu. Ini kerana kebiasaanya murid di kawasan
pendalaman, mempunyai sifat yang kurang yakin dan rendah diri kerana tidak mahir
dalam komunikasi dengan individu lain. Guru juga harus faham maksud sebenar
budaya murid dan komuniti setempat kerana tidak berlaku stereotaip dan
prasangkan. Guru hendak kenal budaya-budaya murid, bahasa, tradisi, agama,
latar belakang dan struktur keluarga. Ini kerana guru akan lebih peka kepada
kepelbagaian pelajar-pelajarnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan
dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Seperti contoh, guru yang ditempatkan
di kawasan Sabah dan Sarawak boleh meraikan perayaan mereka bersama dengan
komuniti mereka seperti Sambutan Hari Gawai dan guru sentiasa membuat lawatan
sosial ke rumah setiap murid mengeratkan hubunga murid dan guru. Interaksi
antara guru dengan murid berlaku secara berterusan di dalam dan di luar bilik
darjah. Suasana ceria seperti ini membentuk kelas yang mesra budaya, kerana
murid percaya bahawa ada orang yang mengambil berat tentangnya. Menurut
Sharifah Alwiah (1995) hubungan guru murid merupakan titik tolak kepada sistem
pendidikan. Kelayanan guru terhadap murid-muridnya seperti sedia membantu,
sentiasa memuji, berlaku adil, memberikan markah atau gred yang sepatutnya,
bersabar, senang didampingi akan menyebabkan guru tersebut disukai. Ia secara
tidak langsung memberi minats serta motivasi kepada murid-murid untuk belajar
bersunggu-sungguh untuk berjaya.
Selain itu, guru juga boleh merancang strategi mewujudkan kurikulum mesra
budaya. Pada awal tahun guru perlu merancangan aktiviti-aktiviti tahuan yang perlu
12

dibuatkan, selain rancangan pengajaran yang berkaitan kokurikulum seperti Malam
Kebudayaan, Kem Motivasi Diri dan lain-lainnya. Contohnya, dalam Malam Seni
Budaya acara-acara seperti tarian, nyanyian, pertunjukan fesyen pakaian tradisional
pelbagai kaum diadakan. ia dapat memberi peluang kepada semua murid untuk
membuat persembahan. Justeru, murid-murid dapat mengenali dan mengetahui
secara mendalam tentang kebudayaan pelbagai kaum. Penglibatan murid dalam
aktiviti yang luar kurikulum menarik minat murid untuk mengambil bahagian.
Manakala, sekolah-sekolah hulu yang mempunyai jumlah bilangan murid yang
kurang boleh melakukan aktiviti-aktviti sebigini dengan berkolaborasi dengan
sekolah yang berdekatan untuk menambah kemeriaan program tersebut. Semasa
saya menyertai Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada semester 2 di SJK(T)
Sungai Palas, Pahang yang mempunyai bilangan murid kurang iaitu, hanya 13 murid
di keseluruhannya. Semasa saya membuat sesi soal jawab dengan guru penolong
kana sekolah dia menyatakan bahawa ada aktiviti yang tertentu mereka merancang
dan bergabung dengan sekolah lain seperti Kem Kepimpinan dan Kem Unit
Beruniform. Kaedah ini boleh meningkatkan sifat keaktifan murid dalam mengambil
bahagian sesuatu program dan meningkatkan nilai sosiolisma. Secara langsung ini
memupuk nilai berkerjasama dan hormat menghormati antara murid yang berbeza
latarbelakang. Dengan itu guru berjaya membentuk persekitaran sekolah yang
mesra budaya. Komunikasi murid juga menambah baik dan mereka membina
keyakinan diri dalam untuk berhadapan dengan situasi yang baru.
Selain itu, kawasan sekolah yang selamat serta ceria memang penting untuk
memberikan motivasi kepada murid-murid dan ini membentuk persekitaran sekolah
mesra budaya. Guru di sekolah pendalaman perlu ambil inisiatif yang sungguh untuk
membina satu persekitaran sekolah yang ceria. Pembinaan ini bukan hanya ada
pada satu insan guru tetapi kerjasama oleh semua guru boleh berjaya membentuk
satu kawasan yang selamat. Walaupun kawasan sekolah-sekolah di kawasan luar
bandar dan pendalamn yang menpunyai bangunan, kelas serta lain-lain kemudahan
yang tidak selesa atau tidak mencukupi , tetapi pengurusan guru dengan baik dari
segi kekemasan dan kebersihan mengurangkan kebebanan murid. Guru juga boleh
membentuk kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memberi
tajaan untuk sekolah bagi menambahbaik infrasturktur sekolah tersebut. Seperti
contoh Projek Hostel Astro dibawah program Astro Kisah telahpun berjaya membina
13

bangunan asrama pada sekolah yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang
sangat rendah. Projek Hostel ASTRO ini memberi fokus yang lebih kepada kawasan
hulu pendalaman Sabah dan Sarawak. Projek ini berjalan secara berperingkat itu
tidak hanya tertumpu kepada pembinaan bangunan hostel, tetapi untuk
meninhkatkan mutu pendidikan. Selama ini melalui projek ini terdapat banyak
sekolah dapat faedah antaranya adalah Sek. Kebangsaan Sungai Paku, Kapit,
Sarawak, Sek. Kebangsaan Magandai, Kota Merudu, Sabah, Sek. Kebangsaan
Malindau,Ranau,Sabah.
(http://www.hmetro.com.my/articles/AstroKasihbinahostel/Article)
Murid-murid yang mengalami kesukaran pengankutan, menghadapi cabaran
dengan menaiki bot berjam-jam dan berjalan kaki untuk belajar menjadi keuntungan
yang tinggi melalui projek sebigi. Dalam kata lain, mereka bangga dengan
kemudahan fizikal yang terdapat di sekolah tersebut jika sekolah itu ceria dan
selamat. Ini meningkatkan rasa kesepunyaan pada kelas mereka. Dengan ini guru
berjaya mewujud suasana mesra budaya sambil meningkat minat dalam akedemik.
Ini kerana, para muridnya sayang akan sekolah jika guru sedia sekolah yang
selamat serta ceria dan sikap itu menyebabkan mereka belajar bersungguh-
sungguh.
Selain itu, kepakatan guru dalam merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai juga akan memastikan kelas yang mesra budaya dan
persekitaran sekolah yag mesra budaya. Apabila mula mengajar pada kelas yang
baru, guru perlu mengambil malumat mengenai semua murid mengenai
latarbelakang keluarga, mengenalpasti gaya pembelajaran murid dimana
pembelajaran interaktif atau kinestatik perlu diambil kira. Ini dapat guru merancang
aktiviti p&p mengikut kebolehan tahap setiap murid. Guru boleh meningkatkan
penglibatan dan penumpuan murid dalam kelas dengan merancang p&p belajar
sambil main, bahan pengajaran yang releven budaya, pengajaran secara
konstekstual, fokus pada pengalaman dan pengetahuan murid, penggunaan
pendekatan kolaboratif dan koperatif dan membina persekitaran yang bebas tetapi
terkawal membantu murid untuk mudah memahami kandunganya. Ini
membangunkan keintelektual, sosial, perkembangan sahsiah setiap murid. dengan
membina insan yang positif dalam murid, guru berjaya membentuk murid yang
14

bersahsiah dan bermoral. Menghargai pandangan murid, sifat yang adil, mesra,
tegas dan sifat kepimpinan yang terancang guru membolehkan murid menghormati
guru dan menerima pandangan guru. Pemahaman antara murid dengan guru ini
membentuk kelas yang aman kerana masing-masing memenuhi kehendak pihak
sebelah untuk mencapai apa yang diinginkan. Ini membentuk kelas yang bermesra
budaya.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh mewujudkan sudut pameran di dalam
kelas atau satu sudut yang khas, seperti mempamerkan baju tradisional etnik di
Malaysia. Selain itu boleh menampal carta mengenai budaya masyarakat Malaysia
didalam kelas. Ini membolehkan murid-murid yang datang dari budaya yang
berlainan boleh membaca dan memahami, amalan budaya lain. Dengan ini, apabila
mereka keluar dari rumah untuk tujuan meneruskan pendidikan, mereka tidak rasa
pelit terhadap budaya yang diamalkan oleh orang lain. Ini meningkatkan rasa
menghormati budaya orang lain dan membolehkan eratkan lagi hubungan
perpaduan dari pelabagai kaum rakyat.

3.0 PENUTUP
Persekitaran yang mesra budaya bukannya terjadi secara semula jadi kerana
manusia sebagai penghuni mempunyai berbagai budaya serta tingkah laku.
Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang
menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat
nasional dan global. Jadi, sinilah peranan guru sangat diperlukan untuk
menguruskan bilik darjah yang mesra supaya dapat membentuk suasana yang
kondusif untuk murid yang terdiri dari pelbagai kaum di Malaysia.




15

TUGASAN B: PENULISAN ULASAN KRITIKAL
Ahli Kumpulan: Noraini Anur
Nur Izni Syamimi
Selvi a/p Segaran

4.0 Ulasan Kritikal Artikel
Faktor Menularnya Gengsterisme
Oleh Zulikha Ahmad, SMK Sungai Udang, Melaka

4.1 Ringkasan Artikel
Artikel ini ditulis oleh Zulikha Ahmad, mengenai Faktor Menularnya Gengsterisme
dalam kalangan remaja. Dalam penulisannya, penulis menerangkan beberapa faktor
yang menyebabkan penularan gengsterisme dari aspek keluarga, rakan sebaya,
persekitaran tempat tinggal, peranan media massa dan faktor agama. Dari aspek
keluarga, penulis memfokuskan kepada peranan ibu bapa yang mengabaikan anak-
anak kerana memberi tumpuan yang lebih kepada ekonomi keluarga. Penulis juga
mengaitkan pengaruh rakan sebaya dengan faktor penularan gengsterisme yang
mana apabila remaja tidak dapat mengawal diri, mereka mudah terjebak dan
pengaruh negatif rakan sebaya. Di samping itu, penulis juga mengambil kira faktor
persekitaran fizikal remaja sebagaimana dalam artikel ini, penulis lebih
memfokuskan kepada tempat tinggal. Media massa turut memainkan peranan yang
sangat penting sehingga menyebabkan remaja terjebak dalam fenomena ini. Faktor
agama juga dilihat sangat penting bagi mencegah penularan gengsterisme dalam
kalangan remaja.



16

4.2 Ulasan Isu
Dalam artikel ini, faktor pertama yang dikemukakan ialah peranan ibu bapa.
Ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam
memastikan anak-anak terlibat dalam fenomena gengsterisme. Mereka haruslah
bijak membahagikan masa supaya anak tidak berasa terabai yang akhirnya
menyebabkan mereka terjebak dalam gengsterisme.
Tidak dinafikan lagi bahawa, remaja banyak meluangkan masa bersama
rakan-rakan ,contohnya di sekolah. oleh itu, kebanyakan perlakuan dan tingkah laku
seseorang individu remaja banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya tidak kira
sama ada positif dan negatif. Jika mereka memilih rakan yang negatif, mereka lebih
cenderung untuk terlibat dalam gengsterisme dengan meniru tingkah laku negatif
rakan sebaya tersebut. Hal ini bertepatan dengan pendapat tokoh Albert Bandura
(1925-) yang menyatakan, manusia secara semula jadi belajar melalui proses
peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan,
mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman
daripada perlakuan.
Penulis ini cuba menjelaskan bahawa persekitaran fizikal rumah yang tidak
selesa seperti kecil dan sempit menyebabkan remaja lebih suka meluangkan masa
di luar rumah. Kesannya, remaja lebih mudah terdedah kepada budaya negatif
termasuklah gengsterisme.
Media massa dan media elektronik banyak mempertontonkan dan
memaparkan perkara negatif seperti aksi-aksi ganas, pertuturan kasar dan
sebagainya. Sesuai dengan fitrah remaja, penuh dengan rasa ingin tahu dan ingin
mencuba baru sehingga menyebabkan mereka terjebak dalam kancah
gengsterisme.
Didikan agama yang kukuh dalam diri remaja boleh menjadi pendinding yang
boleh mencegah remaja dalam melibatkan diri dalam budaya gengsterisme. Dengan
didikan agama yang kuat, remaja dapat mengawal diri serta dapat membezakan
baik atau buruk sesuatu tingkah laku. Didikan agama juga merupakan asas kepada
pembentuk sahsiah dan akhlak yang terpuji. Oleh itu, didikan agama yang kukuh
17

perlu diterapkan dalam setiap individu sejak di awal lagi bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya.

4.3 Kekuatan Penulisan Artikel
Didapati bahawa, penulis artikel ini menggunakan laras bahasa yang mudah
difahami. Artikel ini dipetik daripada majalah Dewan Siswa yang mana dikhususkan
untuk pelajar sekolah menengah. Jadi, penggunaan laras bahasa ini dianggap
sesuai dengan tahap kognitif pelajar sekolah menengah. Tetapi ianya juga sesuai
sebagai bahan bacaan untuk murid sekolah rendah kerana perkataan yang
disusunkan senang difahami dan tidak rumit. Dalam keseluruhan artikel, penulis
banyak mengutarakan hujah-hujah mengenai faktor-faktor menularnya gengsterisme
dari aspek keluarga, rakan sebaya, tempat tinggal, media massa dan elektronik
serta didikan agama. Di akhir penulisan artikel sekali lagi menegaskan hujah-hujah
yang telah diutarakan. Ini boleh meyakinkan pembaca mengenai isu yang telah
dibicarakan.

4.4 Kelemahan Penulisan Artikel
Secara keseluruhannya, pada permulaan artikel, penulis tidak menerangkan
apa itu yang dimaksudkan dengan gengsterisme dan fenomena gengsterisme di
Malaysia. Hal ini menyebabkan pembaca tidak mendapat gambaran awal mengenai
situasi yang ingin dikupas. Selain itu, penulis hanya mengutarakan fakta semata-
mata. Tiada penerangan yang jelas di selit untuk mengukuhkan fakta yang telah
diberikan. Di samping itu, fakta yang diberikan tidak disertakan dengan bukti-bukti
yang kukuh seperti dapatan kajian, pendapat tokoh dan sumber-sumber rujukan lain
yang boleh dipercayai.
Jika dilihat pada perenggan ketiga artikel ini, didapati bahawa penerangan bagi
menjelaskan fakta mengenai pengaruh rakan sebaya tidak koheren langsung
dengan fakta yang dinyatakan. Contohnya, pada awal perenggan, penulis
menyentuh mengenai pengaruh rakan sebaya akan tetapi di pertengahan perenggan
18

penulis menyatakan tentang sikap remaja sendiri yang menyebabkan mereka terlibat
dalam budaya negatif gengsterisme.







4.5 Cadangan Penambahbaikan
Pertama sekali, seelok-eloknya, penulis mengupas tentang isu dan fenomena
gengsterisme di Malaysia. Dengan ini dapat menarik perhatian dan minat pembaca
mengenai isu yang mengenai isu yang bakal dikupaskan secara terperinci serta
memberi gambaran awal terutamanya pelajar sekolah menengah supaya mereka
berminat untuk mengambil tahu mengenai isu-isu semasa di persekitaran mereka.
Sebaik-baiknya, penerangan dan penjelasan kepada fakta disertakan dengan
bukti-bukti yang kukuh dan kuat. Sebagai contoh, menyelit hasil dapatan kajian
pendapat tokoh, sumber-sumber dari buku internet, jurnal dan lain-lain lagi. Hal ini
dapat membantu penulis mendapat keyakinan daripada pembaca mengenai isi
semasa yang dikupas.
4.6 Kesimpulan
Kesimpulannya, artikel ini boleh dianggap sebagai artikel yang baik. Walau
bagaimanapun artikel ini masih boleh diperbaiki dari segi isi kandungan dan juga
cara penulisan untuk menjadikannya lebih menarik.

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang
kerana kesilapan bergaul dengan rakan yang salah dapat menyebabkan seseorang
remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan pengaruh kuat rakan ini akan
menyebabkan sebilangan diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Sikap
remaja sendiri penting untuk mengelakkan diri mereka daripada terbabit dalam
gengsterisme. Mereka yang terlibat dalam aktiviti ini ialah remaja yang masih tidak
mempunyai haluan dan terkapai-terkapai mencari jalan kehidupan.

You might also like