You are on page 1of 26

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014

1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang berbliang bangsa dan pelbagai kaum. Menurut kajian carta yang akhirnya tentang taburan peratus pendudukan mengikut kumpulan etnik Malaysia ( 2010 ), kaum Bumiputera mempunyai 67.4 %, Kaum Cina mempunyai 24.6 %, kaum india mempunyai 7.3 % dan kaum lain-lain mempunyaai 0.7 %.

Carta : Taburan pendudukan kumpulan etnik Malaysia, 2010 Negara yang berciri berbilang bangsa dan mempunyai pelbagai kaum akan menghasilkan pelbagai budaya dan adat resam tertentu. Akhirnya, peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 telah berlaku disebabkan perselisihan kefahaman antara pelbagai kaum, budaya dan adat resam dalam Malaysia pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun masalah tersebut telah

diselesaikan tetapi perasaan dendam terhadap kaum yang lain telah tertanam dalam hati kaumnya. Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar-dasar untuk mengeratkan jalinan hubungan antara kaum. Selain itu, dasar-dasar yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk

menghasilkan masyarakat yang berbudi bahasa dan saling menghormati budaya tersendiri serta mewujudkan hubungan mesra antara satu sama lain.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


Sebagai guru yang bertanggungjawab dan berbudi bahasa serta memahami konsep budaya kepada setiap kaum, kami perlu menghasilkan blik darjah mesra budaya dalam kalangan murid-murid supaya murid-murid dapat saling memahami budaya kaum sendiri dan budaya kaum yang lain. Jadi, guru adalah berperanan yang paling penting untuk mewujudkan jalinan hubungan yang mesra dan mewujudkan semangat saling menghormati budaya yang berbeza dalam kalangan murid-murid. Menurut Datuk Mustapa Long, beliau mengharap pengurusan IPG, pensyarah dan penuntut berkenaan dapat bekerjasama dengan pendudukan luar bandar atau pendalaman termasuk orang Asli untuk menghasilkan kelas mesra budaya dan persekitaran sekolah mesra budaya. Selain itu, menurut objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dasar tersebut adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsan, berteraskan budaya pendudukan asli ( Melayu ) dan agama Islam. Daripada kedua-dua matlamat atau pandangan, kami dapat menganalisis bahawa guu adalah memainkan peranan yang penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan murid-murid dengan cara menwujudkan kelas budaya mesra. Tegas, sebagai guru wajib pandai menguruskan murid-murid dengan baik dan mengelakkan murid -murid tanpa terlibat dalam perselisihan kefahaman kebudayaan antara kaum.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


2.0 2.1 KELAS MESRA BUDAYA DEFINISI KELAS MESRA BUDAYA Perkataan " mesra" diberikan definisi bahawa keselesaan, keceriaan dan kegembiaraan. Sekiranya manusia dengan manusia berhubung dan mengamalkan nilai-nilai murni serta menjadi pegangan dan amalan, perasaan kemesraan akan wujud dalam kalangan manusia dengan manusia. Menurut Kamus Dewan ( 2007 ), budaya adalah didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Selian itu, Kamus Dewan ( 2007 ) juga menyatakan bahawa kebudayaan adalah dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak,

berkelakuan dan berfikir. Manakala menurut Asmad ( 1990 ), Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. Bu membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya. Oleh itu, kelas mesra budaya adalah diberi definisi bahawa bilik darjah yang dapat diwujudkan keselesaan dan kegembiraan melalui usaha guru dan interaksi murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ( Woolfolk, 2001 ). Beliau juga mengatakan bahawa hubungan sosial dalam kalangan murid-murid dapat dipupukan dengan baik akan menwujudkan perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum, dipetik daripada buku budaya dan pembelajaran oleh Woolfolk, 2001. Tegasnya, saya dapat menyimpulkan bahawa kelas mesra budaya adalah bermaksud kelas yang dapat mewujudkan nilai-nilai saling

menghormati dan mewujudkan jalinan hubungan yang erat dalam kalangan murid-murid di dalam kelas melalui usaha guru.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


2.2 SENARIO KELAS MESRA BUDAYA BERDASARKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Sepanjang masa menjalanikan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) daripada sem 1 hingga sem 4, saya dapat melihat senariosenario bilik darjah yang berbeza dan realiti di sekolah. Saya berasa bernasib naik kerana saya telah pilih sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chio Min, Sekolah Kebangsaan Batu Pecah dan Sekolah Kebangsaan Badlisah di kawasan Kulim, Kedah. Sepanjang masa menjalani PBS, gambaran bilik darjah yang biasa dan bilik darjah yang berciri mesra budaya telah dijumpai oleh saya. Jadi, saya dapat menmbezakan antara kedua-dua bilik darjah iaitu daripada segi persekitaran fizikal dan sosioemosi dalam kalangan murid-murid. Sebagai contoh, murid-murid akan lebih semangat dan aktif di bilik darjah mesra budaya berbanding dengan muridmurid di dalam kelas yang biasa. salah satu contoh yang saya boleh nyatakan ialah murid-murid berciri kurang berkomunikasi dan tidak berdisiplin dalam kelas yang biasa.

2.3

CARA MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA DI KAWASAN PENDALAMAN Bagi cara mewujudkan kelas mesra budaya di kawasan pendalaman, saya mencadangkan guru boleh bermula menguruskan bilik darjah dari segi persekitaran fizikal. Sebagai contoh, guru boleh mengaturkan susunan mejameja yang berbentuk kelompok untuk memudahkan murid-murid

berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala dari segi persekitaran sosioemosi, penyusnan bentuk meja-meja telah memberi kesan secara terus kepada emosi murid-murid seperti kelihatan muka murid-murid akan lebih ceria berbanding dengan murid-murid yang berduduk sendiri di kelas. Jadi, pelbagai cara mewujudkan kelas mesra budaya wajib dilaksanakan oleh guruguru kepada murid-murid di dalam kawasan pendalaman supaya murid-murid lebih bersungguh-sungguh belajar dan berdisiplin serta berbudi bahasa.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


3.0 IMPLIKASI POSITIF JIKA GURU BERJAYA MELAKSANAKAN KELAS MESRA BUDAYA

Gambar rajah pengurusan bilik darjah mesra budaya Melalui gambar rajah di atas, pengurusan bilik darjah sebagai kelas mesra budaya adalah begitu susah payah kerana ianya telah merangkumi banyak aspek-aspek seperti persekitaran fizikal, persekitaran sosioemosi dan sebagainya. Pada pandangan saya, banyak implikasi positif sekiranya guru berjaya melaksanakan kelas mesra budaya di kawasan pendalaman. Salah satu 5

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


implikasi yang saya dapat mengesankan ialah minat belajar terhadap murid akan meningkat dalam kelas yang berciri mesra budaya. Sebagai contoh, bilik darjah yang mesra budaya akan menghasilkan jalinan hubungan yang erat antara murid dengan guru. Disebabkan hubungan yang erat antara murid dengan guru, murid-murid lebih mempercayai kepada guru berbanding dengan ibu bapa. Jadi, segala maklumat yang diberikan oleh guru kepada murid akan dipercayai 100 % dan dihargainya. Melalui contoh di atas, guru berjaya melaksanakan kelas mesra budaya akan memberi implikasi yang baik kepada murid-murid. Di samping itu, guru yang berjaya melaksanakan kelas mesra budaya akan terus mempengaruhi kepada guru-guru masing-masing. Salah satu kesan yang positif saya dapat mengesankan ialah guru tersebut akan lebih berkeyakinan dan bersemangat mengajar kerana kejayaan pengajaran dan pembentukan kelas mesra budaya merupakan salah satu cabaran yang tinggi. Sebagai contoh, guru akan mengajar murid-murid di kawasan pendalaman dengan sepenuh usaha dan hatinya sekira\ kelas mesra budaya diwujudkan dengan berjaya dan jalinan hubungan yang erat dapat dikekalkan. Tegasnya, kejayaan mewujudkan kelas mesra budaya akan mempengaruhi secara terus kepada kedua-dua pihak iaitu guru dengan murid masing-masing. Justeru, guru yang berjaya mewujudkan kelas mesra budaya akan dapat meningkatkan imej sekolah tersebut. Sebagai contoh, kelas mesra budaya akan menghasilkan perasaan selesa, tenteram, mesra dan riang di kalangan murid-murid. Menurutkan kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana dirasakan sekolah selesa, yang baik di mana riang keadaan dengan

persekitarannya

tenteram,

mesra,

pembelajaran yang lancar. Selain itu, Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah untuk menghasilkan kelas mesra budaya. Disebabkan iklim yang baik, prestasi murid dan semangat belajar dapat dipupuk dalam kalangan murid-murid. Akhirnya, prestasi murid-murid akan dapat tinggi dan mengharumkan nama sekolah dan meningkat imej sekolah tersebut.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


Seterusnya, kejayaan mewujudkan kelas mesra budaya di kawasan pedalaman juga boleh memberikan kesan positif kepada ibu bapa dengan guru. Salah satu kesan postifi dapat diwujudkan ialah ibu bapa dapat memberi kerjasama dengan sepenuhnya kepada guru sekiranya anak-anak mereka melakukan kesalahan seperti mencuri dan sebagainya. Antara jenis

kerjasama ibu bapa kepada guru ialah kebenaran hukuman yang kecil pada murid. Pada zaman masa terkini, ibu bapa tidak memberikan kebenaran atau kerjasama kepada guru disebabkan mereka terlalu manja kepada anaknya dan akhirnya akan mengakibat masalah murid sering berlaku dengan tanpa mengatasinya. Jadi, guru yang berjaya melaksanakan kelas mesra budaya akan dapat mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa dan menghasilkan hubungan yang baik dengan ibu bapa untuk mengatasi masalah anaknya. Tambahan pula, masyarakat akan dapat manfaat positif sekiranya guru berjaya melaksanakan kelas mesra budaya. Pada pandangan saya, masyarakat pada masa depan akan lebih perpaduan dan berbudi bahasa kerana murid-murid yang pernah menduduki kelas mesra budaya akan bertumbuh menjadi orang dewasa. Kemudian, budak-budak yang pernah menduduki kelas mesra budaya akan menghasilkan masyarakat yang berbudi bahasa, mesra dan perpaduan. Jadi, guru yang berjaya melaksanakan kelas mesra budaya akan dapat memberi implikasi positif kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum atau warna kulit. Dari segi pandangan negara, guru yang berjaya melaksanakan kelas mesra budaya akan dapat membantu pihak kerajaan mencapai sesuatu matlamat negara. Salah satu matlamat negara yang terkini ialah pencapaian Satu Bangsa, Satu Melaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2009. Sebagai contoh, guru yang berjaya melaksanakan kelas mesra budaya akan menghasilkan muridmurid yang berbudi bahasa, memahami saling menghormati dan bersifat bertolak ansur. Lama-kelamaan, budak-budak ini akan menjadi orang dewasa dan bersifat baik serta berciri kemesraan. Melalui tingkah laku budak-budak tersebut, pencaipan Satu Bangsa, Satu Malaysia akan dicapai dengan mudah dan realiti serta bukan hanya mimpi lagi. Tegasnya, ianya memberi banyak

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


manfaat dan implikasi positif kepada murid, guru, ibu bapa, sekolah, masyarakat dan negara. Secara ringkasnya,

Nagara

Masyarakat

Ibu Bapa

Sekolah

Guru

Murid

Gambar Rajah secara ringkaa tentang pihak-pihak yang terlibat dalam implikasi positif sekiranya guru berjaya melaksanakan kelas mesra budaya

Kesimpulannya, guru yang berjaya melaksanakan kelas mesra budaya akan memberi implikasi positif dan kesan positif kepada murid, guru, sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara. Secara ringkasnya, murid-murid merupakan watak yang penting dalam pelaksanaan kelas mesra budaya. Sekiranya , kelas mesra budaya dapat diwujudkan, ianya akan mengakibatkan murid-murid lebih semangat, mesra, lebih senang memahami budaya masing-masing dan berbudi bahasa.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


4.0 IMPLIKASI NEGATIF JIKA GURU BERJAYA MELAKSANAKAN KELAS MESRA BUDAYA Pada pendapat saya, implikasi negatif wujudkan pada setiap lapisan dari murid hingga negara sekiranya guru gagal melaksanakan kelas mesra budaya. Masalah disiplin dan nilai tdak menghormati budaya kaum lain akan wujudkan dalam kalangan murid sekirannya guru gagal melaksanakan kelas mesra budaya. Sebagai contoh, guru gagal melaksanakan kelas mesra budaya akan mengakibatkan kegagalan kawalan kelas dan murid. Lamakelamaan, murid-murid akan tidak menghormati guru-guru dan saling bergaduh dengan rakan yang berbeza kaum. Sepanjang masa menjalani PBS, saya telah dapat melihat dan mengalami kelas yang tidak terkawal. Dalam kelas yang tidak terkawal tersebut, murid-murid berbising dan tidak bermoral serta tidak mengamalkan nilai saling menghormati antara satu sama lain. Jadi, kegagalan melaksanakan kelas mesra budaya.akan memberi kesan negatif dan implikasi negatif terhadap murid-murid. Jadi,guru wajib berhati-hati dan merancangkan pelaksanaan kelas mesra budaya terhadap murid-murid supaya murid-murid lebih berdisiplin, bermoral dan mengeahui menghormati budaya orang lain. Di samping itu, kegagalan pelaksanaan kelas mesra budaya juga akan memberi implikasi negatif atau kesan negatif kepada guru. Salah satu contoh yang saya lihat semasa PBS ialah guru tersebut akan tidak semangat mengajar dan bersifat malas atau kurang keyakinan serta kurang minat mengajar. Akhirnya, perlakuan ini mengakibatkan murid-murid tidak berminat belajar, tidak pandai memahami budaya orang lain, tidak pandai bersosial dan tidak berdisiplin. Selain itu, saya juga dapat memerhati seorang guru yang gagal melaksanakan kelas mesra budaya. Beliau telah melakukan " talk and do " tanpa menghirau soalan murid-murid kerana beliau sudah tidak berminat mengajar dan tiada semangat mengajar lagi. Sebagai guru pelatih yang bertanggungjawab dan pandai memahami menghormati budaya antara satu sama lain, saya berasa malu dan kecewa terhadap guru-guru tersebut. Jadi,

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


kegagalan pelaksanaan kelas mesra budaya akan memberikan kesan yang besar kepada guru dan murid. Justeru, imej sekolah dan budaya sekolah akan terganggu sekiranya kegagalan pelaksanaan kelas mesra budaya oleh guru. Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Menurut Terry dan Kent ( 1993 ), beliau mentakrifkan budaya sekolah sebagai " realiti dalaman ". Manakala Gary (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai, "beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality." Maksudnya ialah budaya sekolah telah menggambarkan bahawa tingkah laku dan disiplin murid-murid dalam keadaan melayan dan menghormati orang lain. Secara ringkasnya, kegagalan pelaksanaan kelas mesra budaya akan mempengaruhi budaya sekolah dan imej sekolah. Salah satu contoh yang saya boleh bagi ialah prestasi murid-murid akan menurun dan tidak berdisiplin.Tegasnya,

kegagalan pelaksanaan kelas mesra budaya terbabit banyak pihak seperti guru, murid, ibu bapa dan sekolah. Seterusnya, kegagalan pelaksanaan kelas mesra budaya akan mengakibatkan kehilangan keyakinan daripada ibu bapa terhadap guru. Lama-kelamaan, ibu bapa akan tidak memberi kerjasama kepada guru tersebut kerana keupayaan guru tersebut tidak boleh dipercayai. Kemudian, ianya juga akan menganggu lapisan masyarakat dalam Malaysia. Sebagai contoh, murid-murid yang tidak dapat diajar dalam kelas mesra budaya akan bersifat sombong dan tidak tahu menghormati budaya orang lain. Sikap yang negatif terhadap murid-murid akan mengakibatkan masyarakat semakin runtuh dan tidak teratur. Lama-kelamaan, matlamat Malaysia iaitu " Satu Bangsa, Satu Malaysia " tidak akan tercapai kerana rakyat Malaysia akan tidak tahu menghormati budaya antara satu sama lain dan peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum akan berlaku lagi. Jadi, guru wajib berhati-hati merancang dan melaksanakan kelas mesra budaya dalam kalangan murid supaya melahirkan masyarakat yang saling menghormati budaya tersendiri. 10

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


5.0 PELAN TINDAKAN Pada pendapat saya, langkah untuk memastikan kelas mesra budaya dan persekitaran mesra budaya dapat dijalankan dengan lancar dan baik adalah memerlukan masa yang panjang dan lama. Jadi, saya telah mencadangkan beberapa pelan tindakan selama setahun untuk memastikan kelas mesra budaya dan persekitaran sekolah mesra budaya dapat dijalankan dengan lancar. Jadual di bawah telah menggambarkan idea-idea aktiviti yang dicadangkan oleh saya. Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun July Ogos Septemper Oktober Aktiviti-aktiviti Sambutan Hari Deevapali Sambutan Hari Tahun Baru Cina Hari Sukan Hari Keibubapaan Gotong Royong Lawatan ke muzium kebudayaan Sambutan Hari Raya Puasa Sambutan Hari Kebangsaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pertandingan Nyanyian

Pada bulan pertama iaitu Januari, saya mencadangkan murid-murid boleh menyambutkan hari Deevapali dengan rakan India dalam kelas. Pendedahan sambutan hari Deevapali dapat membenarkan murid-murid lebih mudah memahami budaya India di dalam Malaysia. Selain itu, aktiviti sambutan hari Deevapali akan dapat mengeratkan hubungan antara murid India dengan murid yang berbeza kaum. Lama-kelamaan, sifat ingin tahu terhadap murid-murid akan diransangkan untuk mengetahui pantang larang budaya India dan cuba mengelakkan melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh orang India. Jadi, saya percayai bahawa sambutan hari deevapali akan dapat meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap budaya India dan kelas mesra budaya akan diwujudkan secara langsung.

11

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


Pada bulan kedua iaitu Februari, saya mencadangkan murid-murid bersambut hari Tahun Baru Cina bersama-sama di kelas. Sambutan hari tahun Baru Cina akan dapat membenarkan murid-murid yang berbangsa lain lebih memahami budaya Cina. Melalui sambutan Tahun Baru Cina, muridmurid akan lebih menghormati budaya rakan Cina dan mengelakkan melakukan perbuatan pantang larang orang Cina seperti perkataan " Sueh" bermaksud malang, ianya tidak boleh dicakap pada hari Tahun Baru Cina. Pada bulan Mac, hari sukan adalah dicadangkan oleh saya kepada murid-murid menyertainya. Melalui sukan, hubungan murid dengan murid akan dieratkan dengan cara persaingan yang positif seperti pertandingan lari pecut dan sebagainya. Melalui persaingan yang positif, kelas mesra budaya akan lebih mudah dijalankan dan dilaksanakan dalam kalangan murid-murid. Pada bulan April, saya mencadangkan aktiviti sambutan Hari Keibubapaan dialksanakan. Hari Keibubapaan adalah biasa dilaksanakan dalam sekolah Cina. Hari Keibubapaan ini adalah bermaksud memerlukan ibu bapa berteman anak-anak mereka belajar dan pertanyaan maklumat keluarga. Saya percayai bahawa Hari Keibubapaan ini akan meningkatkan kefahaman kebudayaan antara satu sama lain melalui komunikasi ibu bapa yang berbeza bangsa. Sebagai contoh, ibu bapa boleh berkongsi idea mereka terhadap budaya mereka tersendiri kepada bangsa lain supaya perselisihan faham dapat dikurangkan serta hubungan antara murid dengan ibu bapa, ibu bapa dengan murid, ibu bapa dengan murid dan murid dengan murid dapat

dieratkan. Melalui sambutan Hari Keibubapaan, murid-murid dan ibu bapa dapat lebih memahami budaya masing-masing dan saling menghormati

antara satu sama lain. Lama-kelamaan, kelas mesra budaya dapat diwujudkan secara langsung. Pada bulan Mei, saya mencadangkan aktiviti gotong-royong

dilaksanakan. Sebabnya ialah aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama antara murid dengan murid tanpa mengira bangsa, kaum atau warna kulit. Pertandingan kumpulan yang rajin boleh

diperkenalkan kepada murid-murid supaya murid-murid dapat berkerjasama membersihkan di kawasan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan 12

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


mendapat hadiah atau gelaran kumpulan yang rajin . Melalui aktiviti gotongroyong ini, murid-murid akan dapat menghayati semangat kerjasama dengan rakan. Sekiranya semangat kerjasama diwujudkan, kelas mesra budaya akan lebih senang dilaksanakan dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan tanpa halangan. Pada bulan Jun, lawatan ke muzium kebudayaan dicadangkan oleh saya pada masa hari cuti. Bulan Jun merupakan hari cuti pertengahan tahun. Jadi, lawatan ke muzium kebudayaan dirancangkan supaya murid-murid dapat menyenangkan hatinya dan menambahkan ilmu pengetahuan muridmurid terhadap kebudayaan di Malaysia. Melalui lawatan ke muzium kebudayaan, murid-murid akan dapat mengetahui kebudayaan Malaysia kita iaitu budaya India, budaya Melayu, budaya Cina dan budaya lain-lain. Melalui pengalaman lawatan ini, murid-murid akan lebih menghargai dan

menghormati rakan yang berbeza bangsa. Pada bulan July, saya mencadangkan pelaksanaan sambutan Hari Raya Puasa di dalam kelas untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pantang larang budaya Melayu dalam kalangan murid-murid. Sebagai contoh, murid-murid dapat menanya soalan pantang larang murid-murid tentang budaya Melayu seperti tidak boleh makan di depan budak Melayu dalam tempoh masa Hari Raya Puasa. Bagi menghormati murid Melayu, mereka akan tahu mengelak menunjukkan gerakan makan makanan di depan budak Melayu. Melalui pertanyaan terhadap budak Melayu, budak yang bukan Melayu akan lebih berhati-hati dalam tempoh masa Hari Raya Puasa. Melalui murid-murid yang bersikap bertolak ansur, budak Melayu akan dapat memahami kepekaan budak yang bukan Melayu. Lama-kelamaan, jalinan hubungan antara budak Melayu dengan budak bukan Melayu akan dapat dipupuk dengan baik dan saling menghormati budaya masing-masing dengan tanpa diskriminasi kaum. Tegasnya, sambutan Hari Raya Puasa dapat menggambarkan pantang larang budaya Melayu kepada murid-murid secara langsung dan memberi kesedaran kepada murid-murid Melayu dan muridmurid bukan Melayu.

13

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


Pada bulan Ogos, saya mencadangkan pihak sekolah boleh menyambut Hari Kebangsaan Malaysia pada hari 30 Ogos sebelum hari tersebut. Sambutan Hari Kebangsaan dapat menunjukkan bahawa kami masih menghayati budaya masing-masing dan sentiatsa saling menghormati antara satu sama lain. Hari Kebangsaan adalah bersimbol perpaduan rakyat di Malaysia dengan tanpa kiraan bangsa, kaum dan warna kulit. Melalui sambutan ini, murid-murid akan dapat mengetahui matlamat Malaysia dengan lebih mendalam iaitu perpaduan diutamakan. Kemudian, kelas mesra budaya akan lebih mudah dijalankan kerana murid-murid telah mementingkan unsur perpaduan dalam kelas dan bersikap tolak ansur antara satu sama lain. Pada bulan September, saya mencadangkan pelaksanaan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menggambarkan keriahan hari budaya Melayu kepada murid-murid. Melalui sambutan Hari Raya Aidilfitri, murid-murid yang berlainan kaum akan dapat menghayati keriahan budaya Melayu pada hari tersebut dan dapat mengetahui sedikit sebanyak ilmupengetahuan budaya Melayu. Melalui pendedahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, jalinan hubungan antara budak Melayu dengan budak yang berbeza kaum akan daapt dipupuk dengan baik dan masalah perselisihan faham akan dikurangkan serta kelas mesra budaya dapat dijalani dengan mudah. Pada bulan Oktober, sebagai guru yang bakat nyanyi, saya mencadangkan pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan nyanyian yang bertema kebudayaan kami. Melalui pertandingan ini, murid-murid dapat melihat budaya yang berlainan melalui nyanyian atau tarian masing-masing. Disebabkan kefahaman budaya orang lain, murid-murid akan lebih berdisiplin dan akan menghormati orang lain serta menghayati budaya orang lain. Kesimpulannya, semua cadangan tindakan pelan saya adalah berasaskan " Hands-On and Minds-On ". Kesemuaan cadangan saya adalah memerlukan murid-murid mengalami perkara tersebut dan menilai sendiri serta mendisiplinkan sendiri melalui aktiviti. Menurut Willian Glasser, sesiapa yang pernah mengalami situasi yang sebenar akan belajar lebih banyak daripada teori iaitu " We learn 80 % what of we experience, we will remember it easily ". 14

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


6.0 6.1 ARTIKEL GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH ULASAN KRITIKAL TENTANG CARA PENULISAN Artikel yang kami petik daripada surat khabar utusan yang bertajuk gangguan seksual di sekolah (rujuk lampiran A). Secara rumusnya, artikel ini adalah mengenai tentang isu gangguan seksual yang sering berlaku di sekolah tanpa pengetahuan orang ramai. Berdasarkan analisis kami, cara penulisan adalah berbentuk gaya berita. Gaya ini adalah gaya penulisan untuk berita di halaman muka surat kabar atau buletin berita yang disiarkan television. Kebiasaanya isi kandungan yang ingin disampaikan di awal perenggan adalah isi penting, dan isi yang kurang penting adalah ditulis di akhir perenggan. Bentuk penulisan ini bertujuan untuk memberitahu orang ramai secara terperinci. Cara penulisan ini adalah lebih mengutamakan informasi penting yang hendak disampaikan pada awal. Namum demikian, kami berpendapat bahawa cara penulisan dalam artikel tersebut dengan memberi informasi dan kesedaran mengenai gangguan seksual di sekolah secara langsung. Selain itu, kami berasa senang dan selesa membaca dengan cara huraian tersebut dalam artikel tersebut dengan contoh pelbagai jenis seksual yang berlaku. Cara ini membolehkan orang ramai lebih faham dengan apa yang dimaksudkan dengan gangguan seksual. Tambahan pula, cara penulisan dalam artikel tersebut juga memberi cadangan penambahbaikan dari beberapa aspek seperti pada setiap lapisan masyarakat mengenai masalah tersebut. Walaubagaimanapun, kami berpendapat bahawa cara penulisan harus memasukkan isu-isu semasa yang berlaku pada masyarakat sekarang supaya pembaca lebih mengambil berat mengenai isu gangguan sexual yang sering berlaku di sekolah tetapi kurang diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, kemasukan berita yang benar dalam penulisan dapat menyaranakan orang ramai seperti ibu bapa, guru, murid dan masyarakat untuk mengatasi masalah tersebut dan bukan mengambil isu ini dengan sikap hangat-hangat tahi ayam sahaja. 15

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


6.2 ULASAN KRITIKAL TENTANG ISI KANDUNGAN Berdasarkan perenggan pertama artikel tersebut, kami bersetuju bahawa gangguan seksual semakin menjadi- jadi dewasa kini. Ianya boleh berlaku dimanamana sahaja tanpa mengira tempat dan masa

memandangkan keadaan masyarakat sekarang yang kurang peka atas keselamatan diri masing- masing. Pada perenggan seterusnya pula, kami juga bersetuju bahawa sesiapa sahaja jua boleh menjadi mangsa gangguan seksual ini memandangkan si pelaku gangguan seksual ini bersifat terdesak dan ingin melepaskan nafsu mereka walaupun pada kanak- kanak yang kecil. Kami juga bersetuju bahawa tempat yang selamat perlu disediakan di sekolah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi Pada perenggan seterusnya pula, kami bersetuju bahawa masih terdapat segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa yang masih tidak tahu bagaimana gangguan seksual ini boleh berlaku dan cara untuk menanganinya. Jika semua pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa tahu bagaimana bentuk gangguan seksual dan cara mengatasinya, kami percaya kes gangguan seksual akan menurun dengan drastic kerana telah diambil langkah pencegahan bagi mengelakkannya daripada berlau. Setursnya, kami juga bersetuju bahawa kebanyakkan pemangsa sebenarnya terdiri daripada rakan- rakan pelajar itu sendiri yang belajar di sekolah yang sama. Ini kerana, kemungkinan yang besar untuk pelajar yang sama sekolah melakukan gangguan seksual berbanding pelajar sekolah lain yang mungkin terletak berjauhan. Kami juga bersetuju bahawa gangguan seksual akan menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Ini akan menyebabkan mereka malu dan takut untuk berhadapan di khalayak ramai. Masalah ponteng sekolah boleh berlaku, danini akan menyebabkan mereka mengalami keciciran dalam pelajaran. Kami juga bersetuju, ibu bapa dan gurulah yang paling berupaya melihat beberapa perubahan ke atas tingkahlaku pelajar terbqabit dan seterusnya menyiasat kebarangkalian berlakunya kes gangguan seksual atas pelajar berkenaaan. Kami juga bersetuju pada perenggan yangseterusnya yang menyatakan bahawa mereka akan melawan arahan ibubapa dan 16

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


bersikap kurang ajar. Malah ada yang lari daripada rumah. Ini kerana apabila hati mereka gelisah akibat diganggu secara seksual, mereka akan lebih senang marah dan berdarah panas. Mereka juga akan menyalahkan ibubapa kerana gagal menghalang gangguan seksual itu daruipada berlaku. Kami juga bersetuju dengan pernyataan ynag seterusnya yang menyatakan bahawa mereka kelihatan takut, cemas dan sering kelihatan termenung semasa sesi pembelajaran. Ini kerana mereka murung dan sering memikirkan nasib mereka pada masa akan dating. Selain itu, kemungkinan juga mereka takut insiden yang sama akan berulang sekali lagi. Pada perenggan seterusnya, kami bersetuju bahawa akibat daripada kemurungan yang dialami, mangsa remaja akan mengambil dadah dan rokok bagi mengembalikan mood mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk melupakan tragedy hitam yang dialami, termasuk membunuh diri.

17

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


6.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP ARTIKEL Melalui perbincangan kami, kami telah menyimpulkan bahawa faktor keruntuhan ahklak remaja mengakibatkan kes-kes ganguan seksual berllaku di sekolah. Walaubagaimana artikel ini telah menyatakan banyak penanda-

penanda masalah gangguan seksual di sekolah tetapi artikel tersebut tidak menyatakan bagaimana mengatasi masalah tersebut. Jadi, kami telah mencadangkan bahawa artikel tersebut perlu menyenaraikan strategi mengatasi masalah gangguan seksual di sekolah. Berikut beberapa saranan:

6.3.1 Peranan ibu bapa Peranan ibu bapa adalah memainkan peranan penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut supaya mengelakkan masalah tersebut berlaku. Justeru, ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Kemudian, ibu bapa hendaklah menggunakan sebahagian daripada masa seharian bersama anakanak mereka dengan memberikan kasih sayang dan mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Tambahan pula, ibu bapa juga boleh mempertingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah dan sanggup menerima kelemahan diri serta bertabah. Tegasnya, Ibu bapa adalah role model kepada anak dan menampilkan sikap yang baik kepada anaknya.

18

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


6.3.2 Mewujudkan sistem perundangan di sekolah Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh

menimbulkan rasa takut di kalangan

pelajar sekolah, di samping

mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

6.3.3 Penguatkuasaan Undang-Undang Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Pihak sekolah boleh menjemput pihak polis memberi taklimat kepada murid-murid untuk memberitahu undang-undang Malaysia dan juga mendisiplinkan murid-murid. Selain itu pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis untuk mengelakkan kes rogol berlaku di kawasan sekolah.

6.3.4 Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah kepada murid-murid yang bermasalah. Pada pandangan kami, kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Sekiranya kaunselor-kaunselor dalam yang berkelayakan pelaksanaan dan dan

berpengalaman

dilantik

memantapkan

keberkesanan kaunseling tersebut, masalah-masalah di sekolah akan dikurangkan secara automatik.

6.3.5. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga memainkan peranan yang amat penting dalam pencegahan masalah gangguan seksual berlaku. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya supaya ibu bapa dapat mengetahui keadaan anakanak mereka di dalam sekolah. Ibu bapa wajib bersikap terbuka untuk menerima teguran daripada guru. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI 19

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


7.0 KESIMPULAN Secara ringkasnya, saya akan berusaha mewujudan kelas mesra

budaya di kawasan pedalaman supaya murid-murid mengetahu saling menghormati budaya masing-masing tanpa diskriminasi kaum. Selain itu, pelan tindakan yang dirancangkan akan banyak mempengaruhi murid-murid di dalam kelas. Sekiranya pelan tindakan dirancang dan dijalankan dengan baik, kelas mesra budaya akan lebih senang diwujudkan dalam sekolah. Akhirnya, sebagai guru yang memahami budaya kaum orang lain dan bertanggungjawab, saya akan berusaha mewujudkan kelas mesra budaya di mana sekolah yang saya ajar.

20

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


RUJUKAN A) LAMAN WEB ARTIKEL GANGGUAN SEKSUAL. ( 2012, MEI 20 ). Diakses daripada Arkib, Utusan Online :http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0520&sec=Keluarga& pg=ke_02.htmsan online Malaysia. BILIK MESRA BUDAYA. ( 2011, OGOS 11 ). Diakses daripada Kickstory : http://www.kickstory.net/2011/08/bilik-darjah-mesra-budaya.html KELAS MESRA BUDAYA. ( 2012, MEI 19 ). Diakses daripada Scribd : http://www.scribd.com/doc/27268735/Bilik-Darjah-Mesra-Budaya KRITERIA PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA. ( 2013, MAC 7 ). Diakses daripada Arif AirfAce, Slideshare : http://www.slideshare.net/ArRunBird/kriteria-pembinaan-persekitaran-bilikdarjah-yang-mesra-budaya PELAN TINDAKAN. Diakses daripada EPU GOVERMENT : http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ad3b32bf-32ca4b11-a4b1-82d020bb05ee&groupId=283545 PELAN TINDAKAN. Diakses daripada MOHE GOVERMENT : http://www.mohe.gov.my/transformasi/fasa2/psptn-fasa2.pdf PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA. ( 2012, OGOS 29 ). Diakses daripada Naim Manaf, Slideshare : http://www.slideshare.net/naimuddin/pembinaanpersekitaranbilikdarjahyangmesrabudaya

21

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


B) BAHAN BUKU RUJUKAN Meng, E. A. (1987). PEDAGOGI UNTUK BAHAN GURU . Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Noriati A.Rashid, Boon Ping Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid. (2011). BUDAYA DAN PEMBELAJARAN. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Carol,SW & Mignano, A.J(2003). ELEMENTERY CLASSROOM MANAGEMENT.(3RD ED) : McGraw Hill. Cheyney, A.B. (2003). TEACHING CHILDREN OF DIFFERENT CULTURES IN THE CLASSROOM.(2ND ED).: Bell&Howell, Columbus, Ohio. Woolfolk (2001). EDUCATIONAL PSYCHOLOGY.( 8TH ED.). Boston: Allyn and Bacon

C) SUMBER BERITA Sarawak, Utusan Malaysia. (2012, Mei 20). Gangguan Seksual.

22

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014

LAMPIRAN

23

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


Lampiran A Dikutip daripada ARKIB : 20/05/2012, utu http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0520&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm san online Malaysia. GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH GANGGUAN seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah, kawasan awam atau tempat kerja. Risiko tersebut juga boleh berlaku di sekolah. Mangsanya boleh jadi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah atau remaja sekolah menengah. Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini. Sekolah perlu menyediakan tempat yang selamat untuk belajar. Malangnya terdapat segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa yang masih tidak tahu bagaimanakah gangguan seksual ini boleh berlaku di sekolah dan apakah yang perlu dibuat untuk menanganinya. Contoh jenis-jenis gangguan seksual pelajar di sekolah: * Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah. * Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah. * Membuat perlakuan atau isyarat lucah * Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah. * Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan seksual. * Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan seksual. * Melakukan sentuhan yang berunsur seksual. * Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar. * Menyebar khabar angin berunsur seksual.

24

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


PemangsaKajian menunjukkan bahawa majoriti pemangsa sebenarnya rakan-rakan pelajar itu sendiri yang sama-sama belajar di sekolah. Jenis gangguan yang paling popular adalah 'ejekan seksual' ke atas pelajar perempuan. Gangguan kepada pelajar lelaki pula berlaku di asrama dan biasanya bercorak perlakuan homoseksual atau onani. Terdapat segelintir pemangsa (minoriti) yang terdiri daripada kakitangan sekolah atau pekerja khidmat kontrak. Mereka sanggup mengetepikan nilai moral dan etika profesionalisme dengan meminta imbuhan seks sebagai balasan di atas sesuatu pertolongan yang akan diberi. Gangguan seksual menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Perasaan malu dan takut menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri. Bagaimanapun, ibu bapa dan guru boleh melihat beberapa perubahan ke atas tingkah laku pelajar terbabit bagi menyiasat kebarangkalian berlakunya kes gangguan seksual tersebut. Panduan ibu bapa dan guruPada peringkat awal, tekanan emosi menyebabkan mangsa merasa malu dan rendah diri, ditambah dengan khabar angin cepat tersebar dalam kalangan pelajar lain. Ini menyebabkan mereka mencari alasan untuk ponteng sekolah atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Mangsa yang tinggal di asrama penuh pula akan meminta untuk ditukarkan ke sekolah harian. Di rumah mangsa kelihatan murung dan kerap menyendiri. Adakala mangsa cepat melenting dan membuli adik yang lebih kecil.

25

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2014


Mereka juga melawan arahan ibubapa dan bersikap kurang ajar. Malah ada yang lari dari rumah. Ini disebabkan oleh perasaan marah pelajar terhadap ibubapa yang dituduh sebagai gagal menghalang gangguan seksual tersebut. Di sekolah pula mangsa kelihatan cemas dan takut. Mereka selalu kelihatan termenung semasa sesi pembelajaran dan akibatnya prestasi akademik menurun secara mendadak. Kadang-kadang mereka mengadu sakit kepala atau perut. Ada juga yang mengalami histeria. Ini berlaku di bawah sedar apabila mereka tidak mampu meluahkan masalah secara terbuka. Bagi pelajar remaja pula, mereka cenderung untuk belajar menghisap rokok atau mengambil dadah. Dalam kes pencabulan seksual atau perkosaan, perubahan tingkah laku yang ditunjukkan berbeza mengikut umur. Kanak-kanak biasanya tidak membenarkan ibu bapa menyentuh bahagian bawah semasa membersihkan diri. Mereka mengadu sakit di kawasan kemaluan atau anal. Apabila diperiksa tanda kecederaan seperti kemerahan dan pengeluaran cairan dari kemaluan boleh dilihat. Pelajar remaja pula biasanya gagal menyembunyikan tanda-tanda kehamilan sekiranya ia berlaku. Perubahan bentuk badan, penambahan berat dan muntah-muntah pastinya mengundang kecurigaan. Ibu bapa terutamanya dinasihatkan untuk bertanya tarikh haid terakhir pelajar. Trauma yang dialami oleh remaja yang mengandung luar nikah ini boleh menyebabkan kemurungan teruk dan percubaan membunuh diri.

26

You might also like