You are on page 1of 20

1.

0 Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) - Model 5 fasa Needham Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Bidang Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran : Sains : 2 Ceria : 3 Jun 2013 ( Rabu ) : 8.00 a.m. - 9.00 a.m. ( 1 jam ) : 20 orang : Tumbuhan : Pertumbuhan anak benih : 3.1 Memahami keperluan asas tumbuhan : 3.1.1 Mengenal pasti kerperluan asas anak benih untuk tumbuh iaitu air, udara dan suhu. 3.1.2 Menaakul kepentingan air, udara dan suhu kepada anak benih dengan menjalankan aktiviti. 3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Petaksiran : ( a ) Setelah menyatakan keperluan asas anak benih untuk tumbuh, guru akan mengemukakan soalan dan murid akan menunjukkan jawapan pada " mini whiteboard". ( b ) Semasa murid menjalankan aktiviti perbincangan, guru akan memantau soalan-soalan yang dibentuk serta jawapan penyelesaian yang diberi oleh murid. ( c ) Pemerhatian berterusan terhadap respon murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

( d ) Hasil kerja murid akan diguna sebagai indikator pencapaian standard pembelajaran. ( e ) Isi-isi yang dinyatakan pada "Squash Book " boleh diguna sebagai indikator pencapaian standard pembelajaran. Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah mengetahui perkaitan antara keperluan asas haiwan dengan keperluan asas tumbuhan. Elemen Merentasi Kurikulum : ( a ) Kemahiran Berfikir - Membanding beza, Menaakul ( EMK ) ( b ) Nilai-nilai Murni - Bekerjasama, sistematik ( c ) Kreativiti dan Inovasi ( d ) Teknologi Maklumat Komunikasi Kemahiran Proses Sains ( KPS ) : Memerhati dan Berkomunikasi Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) : Pasu A : Anak benih yang bercambah, Pasu B : Anak benih yang tidak bercambah, video, lima keping kad anak benih, lima belas keping kad keperluan asas anak benih untuk tumbuh, " Squash book", kertas warna, gam, gunting, pensil warna. gambar anak benih dan keperluan asas anak benih, kad soalan dan lembaran kerja. Pendekatan : Konstruktivisme 5 fasa Needham

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

ORIENTASI ( 5 MINIT )

Jawapan klu : i. Air, udara dan suhu Pasu A :

1. Guru membawa 2 kotak misteri ke dalam kelas. 2. Guru memberi klu kepada murid tentang 2 kotak misteri. Klu : i. Apakah keperluan asas tumbuhan untuk hidup?

BBM : Pasu A danPasu B EMK : 1. Kemahiran Berfikir : membanding beza KPS : Memerhati dan berkomunikasi Kaedah : Hands-On

Pasu B :

3. Selepas murid menjawab klu yang guru tanya, guru membuka 2 kotak misteri tersebut. 4. Guru memberitahu kepada murid bahawa Pasu A : anak benih yang bercambah Pasu B : anak benih yang tidak bercambah.

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5. Guru menanya soalan tentang kedua-dua anak benih dalam pasu. 6. Guru memberi penjelasan tentang keduadua anak benih dalam pasu dan tajuk.

CATATAN

PENCETUSAN IDEA ( 10 MINIT ) Tayangan video : 1. Guru membahagikan 4 orang dalam satu kumpulan kecil. 2. Guru menayang video tentang proses tumbesaran anak benih selama 20 saat. 3. Guru mengarah murid membuat perbincangan dan berkongsi idea sendiri Proses tumbesaran anak benih selepas tayangan video. 4. Guru mengarah setiap kumpulan membuat peta minda tentang keperluan asas anak benih selepas membuat perbincangan. BBM : Video EMK : 1.Nilai murni : Bekerjasama 2. Teknologi Maklumat Komunikasi KPS : Berkomunikasi Kaedah : Peta Minda

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

PENSTRUKTURAN IDEA ( 17 MINIT )

Aktiviti " Sambungan " Kumpulan 1 : 5 orang Kumpulan 2 : 15 orang 5 orang sebagai air 5 orang sebagai udara 5 orang sebagai suhu

1. Guru membawa murid ke kawasan yang lapang dan selamat. 2. Guru membahagikan murid-murid kepada

BBM : , lima keping kad anak benih, lima belas keping kad keperluan asas anak benih untuk tumbuh

2 kumpulan : Kumpulan 1 ( K 1 ) sebagai anak benih. Kumpulan 2 ( K 2 ) sebagai keperluan asas anak benih. 3. Guru akan memberi 5 keping kad anak benih yang berbeza warna kepada kumpulan 1. 4. Guru juga akan memberi 15 keping kad KPS : Memerhati dan berkomunikasi Kaedah : Permainan EMK : 1.Kemahiran Berfikir : Membanding beza 2. Nilai Murni : Sistematik

5 keping kad anak benih dan 15 keping kad keperluan asas anak benih yang berbeza warna : putih, merah, kuning, biru, dan hitam Setiap kad keperluan asas yang berwarna akan

keperluan asas kepada kumpulan 2.

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

dibahagikan kepada 3 keperluan asas anak benih iaitu air, udara dan suhu.

4. Kumpulan 2 akan diminta membuat pergerakan untuk menonjolkan keperluan asas tersebut seperti : Air : tunjuk lidah

Kumpulan 1 Udara : Tunjuk hidung Anak Benih Suhu : Melakon kesejukan badan 5. Kumpulan 1 sebagai anak benih perlu Air Suhu pergi mencari kumpulan 2 untuk mendapat keperluan asas yang cukup dan kad warna yang betul. Udara 6. Murid yang tidak dapat cari keperluan asas Kumpulan 2 yang cukup akan dikira mati dan

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN akan didenda menyanyi serta murid tersebut akan dianggap belum menguasai konsep keperluan asas anak benih. 7. Murid yang dapat cari kerperluan asas yang cukup dan kad warna yang betul akan dapat hadiah dan pujian. 8. Selepas permainan dijalankan, murid-

CATATAN

K1= K2=

murid diminta membuat perbincangan dalam kumpulan kecil. 1. Guru menunjukkan BBM " Squash Book" yang cantik kepada murid-murid. 2. Murid-murid diminta dibahagikan kepada BBM : ,Squash book ", kertas warna, gam, gunting, pensil warna

APLIKASI IDEA ( 20 MINIT )

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

BBM " Squash Book "

5 kumpulan kecil.. 3. Guru memberi gunting, kertas warna, gambar anak benih yang bercambah dan tidak bercambah serta gambaar keperluan asas anak benih kepada setiap kumpulan. 4. Murid diminta membuat satu " Squash Book " dan menulis isi- isi tentang keperluan asas anak benih.

Gambar. EMK : 1. Nilai Murni : Berkerjasama dan sistematik 2. Kreativiti dan Inovasi KPS : Berkomunikasi Kaedah : Hands-On

5.Tunjukcara oleh guru tentang pembuatan " Squash Book ". 6. Perbincangan kumpulan akan dibuat ketika penulisan isi-isi keperluan asas anak benih

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN pada " Squash Book ". 7. Guru menyemak setiap " Squash Book " yang dibuat dan membetulkan kesilapan serta mengukuhkan idea tentang keperluan asas anak benih.

CATATAN

RENUNGAN KEMBALI ( 8 MINIT )

Membuat rumusan Jawapan Kad Soalan : Air, Udara, dan suhu

1. Guru membincang dengan murid tentang keperluan asas anak benih. 2. Guru memberi lembaran kerja dan menanya murid dengan kad soalan. Contoh Kad Soalan : i. Nyatakan keperluan asas anak benih untuk tumbuh.

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Membuat rumusan Jawapan Kad Soalan : Air, Udara, dan suhu

3. Guru menayang video sekali lagi untuk mengukuhkan idea murid-murid. 4. Murid diminta membuat kesimpulan kecil tentang tajuk keperluan asas

BBM : Kad soalan, Lembaran kerja KPS : Berkomunikasi Kaedah : Hands-On

anak benih untuk tumbuh. 5. Guru membuat rumusan dan membimbing murid menjawab soalan yang terdapat pada lembaran kerja.

10

2.0 KEPENTINGAN RPH Rancangan pengajaran harian yang saya rancangkan dapat memberikan banyak manfaat kepada murid dari segi kefahaman, penguasaan konsep dan perhatian murid dapat ditarik. Melalui penggunaan model 5 fasa Needham dalam rancangan pengajaran harian saya, saya berasa model pengajaran ini amat sesuai digunakan dalam mata pelajaran Sains. Sebabnya ialah model pengajaran ini dapat memberikan bantuan kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Melalui penggunaan model ini, saya beryakin bahawa rancangan pengajaran harian saya akan dapat membantu murid membina kefahaman tentang keperluan asas anak benih. Tegasnya, rancangan pengajaran harian yang saya rancangkan akan dapat memberi banyak kebaikan kepada murid-murid. Daripada fasa 1 iaitu orientasi selama 5 minit, saya telah merancangkan guru membawa 2 kotak misteri ke dalam kelas. 2 kotak misteri yang dibawa oleh guru akan dapat menarik perhatian murid dan menimbulkan minat murid serta dapat menyediakan suasana yang kondusif dan menarik. Jadi, langkah ini telah mencapai tujuan orientasi iaitu menarik minat murid. Pada masa tersebut, murid-murid akan menggunakan kemahiran proses sains iaitu memerhati kepada pasu tersebut. Seterusnya, klu yang dibagi oleh guru kepada murid akan dapat menambah perasaan ingin tahu murid terhadap 2 kotak misteri tersebut. Dengan cara pemberian klu kepada murid, perasaan ingin tahu murid-murid akan dapat teransang secara langsung. Secara ringkasnya, pertambahan perasaan ingin tahu murid akan dapat memberi kesan kepada minat murid. Kemudian, 2 kotak misteri telah dibukakan dan guru menanya murid beberapa soalan tentang 2 pasu tersebut. Langkah ini dapat memberi peluang kepada murid

11

bebas bersuara.

Melalui kebebasan bersuara ini, murid akan dapat menimbulkan

perasaan diambil berat oleh guru. Secara langsungnya, murid akan lebih berminat terhadap pengajaran guru kerana mereka telah merasai perasaan diambil berat oleh guru. Selain itu, sesi pertanyaan soalan ini akan dapat mencabar ilmu pengetahuan murid dan pengetahun sedia ada mereka. Jadi, murid-murid akan lebih tertumpu dan berminat kepada pengajaran guru kerana ilmu pengetahuan mereka telah dicabarkan. Langkah terakhir iaitu penjelasan guru kepada murid juga dapat memberikan kebaikan kepada murid-murid seperti memenuhi perasaan ingin tahu murid, dapat mengubah konsep-konsep dalam minda murid dan sebagainya. Tegasnya, rancangan pengajaran harian yang saya rancangkan telah memberi banyak kebaikan kepada kefahaman murid. Daripada fasa 2 iaitu pencetusan idea selama 10 minit, saya telah merancangkan murid-murid dibahagikan kepada 4 orang dalam satu kumpulan kecil, Melalui langkah ini, murid lebih senang berinteraksi dan bersosial serta berkongsi idea. Seterusnya, aktiviti tayangan video kepada murid akan dapat membenarkan muridmurid sedar tentang idea terdahulu atau pengetahuan sedia ada. Melalui langkah ini, murid-murid dapat menyedar bahawa mereka telah mempunyai ilmu pengetahuan tentang keperluan asas anak benih. Kemudian, perbincangan antara murid dengan murid telah dilaksanakan. Aktiviti perbincangan ini dapat membenarkan murid-murid meluahkan idea sendiri dan berkongsi idea serta adaptasi idea orang lain. Aktivti akhirnya ialah guru mengarahkan murid-murid melukis peta minda selepas

perbincangan kumpulan. Melalui melukis peta minda, guru akan dapat mengesan pengetahuan sedia ada murid. Sebagai contoh, aktiviti perbincangan dan aktiviti 12

melukis peta minda akan dapat membantu guru lebih mudah mengesan murid-murid yang bermasalah atau murid-murid yang mengalami miskonsepsi. Secara ringkasnya, aktiviti dan langkah yang saya rancangkan dalam fasa 2 ini telah mencapai tujuan fasa pencetusan idea iaitu pengesanan pengetahuan sedia ada murid dan memberi kesedaran kepada murid-murid serta menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru. Jadi, aktiviti yang saya rancangkan dalam fasa 2 ini akan amat membantu murid menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan

pengetahuan baru serta mendapat kesedaran pengetahuan sedia ada sendiri. Daripada fasa 3 iaitu penstrukturan semula idea selama 17 minit, fasa 3 ini iaitu penstrukturan idea ini bertujuan untuk membantu murid-murid mencabar idea asal atau idea rakan dan membina struktur pengetahuan baru serta mengukuhkan konsep atau idea yang tepat. Melalui aktiviti yang saya rancangkan dalam rancangan pengajaran harian saya, aktiviti " Sambungan " dapat mencapai tujuan fasa penstrukturan idea dengan tepat dan senang. Aktiviti " Sambungan " ialah satu permainan. Menurut tokoh Brian Sutton-Smith dalam Pellegerini 1995 yang dipetik daripada buku Murid dan Alam Belajar, beliau telah menyatakan bahawa permainan merupakan satu laluan yang membolehkan murid-murid belajar dan mengenali persekitaran melalui penerokaan, proses cuba-jaya dan lakonan. Jadi, aktiviti " Sambungan " yang saya rancangkan dapat membantu murid-murid belajar tajuk keperluan asas anak benih. Sebagai contoh, murid-murid yang berlakon sebagai anak benih akan dapat mengalami masalah pemilihan keperluan asas anak benih daripada begitu banyak pilihan. Dalam keadaan ini telah menunjukkan bahawa idea asal murid senang dicabar dan akhirnya idea mereka akan dapat dikukuhkan dan struktur pengetahuan baru dapat dibina ketika 13

mereka berjaya dapat mencari keperluan asas anak benih dengan betul. Manakala murid-murid yang gagal mencari keperluan asas dengan cukupnya iaitu udara, air dan suhu, mereka akan dapat dibimbing melalui kad warna keperluan asas anak benih. Melalui cara pengesanan kad warna yang sama, murid-murid yang kurang cerdik akan lebih senang ingat apa yang guru ajar dan nyatakan. Secara langsungnya, murid yang cerdik dan murid yang kurang cerdik akan bersama-sama menguasai pengetahuan keperluan asas anak benih dengan senang melalui permainan " Sambungan ". Selain itu, pengukuhkan konsep dalam minda murid akan berlaku ketika mereka dapat mencari keperluan asas anak benih dengan cukup dan diberi pujian oleh guru. Tegasnya, aktiviti " Sambungan " ini telah mencapai tujuan fasa penstrukturan idea dan dapat membantu murid-murid membina kefahaman terhadap konsep keperluan asas anak benih. Daripada fasa 4 iaitu aplikasi idea selama 20 minit, fasa aplikasi idea ini adalah bertujuan untuk pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Jadi, saya telah merancangkan satu aktiviti yang amat sesuai dalam fasa ini iaitu aktiviti " Squash Book ". Aktiviti " Squash Book " ini memerlukan murid-murid menggunakan ilmu pengetahuan yang telah belajar menulis pada " Squash Book ". Langkah ini dapat membuktikan bahawa murid telah memahami konsep keperluan asas anak benih dan dapat mengenal pasti bahawa murid dapat menaakul kepentingan air, udara dan suhu kepada anak benih. Selain itu, murid-murid akan lebih senang mengingati isi-isi atau konsep keperluan asas anak benih kerana mereka telah menulis pada " Squash Book ". Tambahan pula, murid-murid akan lebih berminat membuat " Squash Book " kerana " Squash Book " ini adalah satu buku untuk menulis isi-isi 14

ringkas dan berwarna-warni. Tegasnya, kefahaman murid-murid terhadap konsep keperluan asas anak benih akan dapat dipertingkatkan kerana mereka pernah berfikir, menulis dan mendengar arahan ( Howard Gardner ). Daripada fasa 5 iaitu renungan kembali selama 8 minit, fasa ini adalah bertujuan untuk menyedari tentang perubahan idea murid dan murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Secara ringkasnya, fasa ini memerlukan murid membuat perbandingan antara pengetahuan asal dengan pengetahuan baru. Jadi, saya telah merancangkan aktiviti perbincangan pada fasa ini kerana aktiviti perbincangan ini dapat membenarkan murid berinteraksi dan berbincang perbezaan ilmu pengetahuan asal dengan baru. Kemudian, saya juga merancangkan sesi pertanyaan soalan dan guru tanya soalan dengan kad soalan supaya murid boleh lebih menguasai dan memahami konsep keperluan asas anak benih dengan jelas. Manakala sesi guru tanya soalan dengan kad soalan ini dapat menyenangkan guru membuat pentaksiran atau penilaian. Untuk lebih mengukuhkan idea baru mereka, saya telah merancangkan guru menayangkan video proses tumbesaran anak benih kepada murid-murid dapat dapat mengimbas kembali kesilapan sendiri. Selepas tayangan video, guru boleh membenarkan murid-murid membuat kesimpulan terakhir supaya murid-murid lebih memahami dan menguasai konsep keperluan asas anak benih. Akhirnya, guru membuat rumusan pada hari tersebut supaya mengelakkan masalah miskonsepsi berlaku pada murid-murid. Secara ringkas, semua aktiviti yang saya rancangkan dalam fasa terakhir ini akan dapat memberi kebaikan kepada murid-murid dan dapat mengukuhkan kefahaman murid-murid selama-lamanya.

15

RUJUKAN Arkib. ( 2012 ). Contoh RPH Tahun Sains 2 : Keperluan Asas Tumbuhan. Dilayari pada 18 Jun 2013, daripada

http://perjuangankudemisegulungijazah.blogspot.com/p/contoh-rancanganpengajaran-harian-kssr.html Choong Lean Keow. ( 2011 ). Murid dan Alam Belajar Edisi Ke-2 Untuk PISMP. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Linda. ( 2012 ). RPH. Dilayari pada 19 Jun 2013, daripada http://gurusayanglinda.blogspot.com/p/bbm.html Md Ariss b Abu Yamin , Sopia bt Md Yassin, Mohd Yatim b Dolir & Naziyah bt Khalid. ( 2011 ). Buku Teks Sains Tahun 2 SK. Shah Alam : DBP dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.( 2012 ). Murid dan Alam Belajar Edisi Kemas Kini. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.. Rozinati Bin Rahman. ( 2010 ). Longman Buku Sains Tahun 6. Petaling Jaya : Pearson Sdn. Bhd.. Yean. ( 2012 ). RPH SAINS TAHUN 2. Dilayari pada 18 Jun 2013, daripada http://yeancorner.blogspot.com/2012/03/rph-sains-tahun-2.html. Zurainu Mat Jasin. ( 2012 ). Konstruktivisme 5 fasa Needham. Dilayari pada 19 Jun 2013, daripada http://www.ukm.my/jpbm/pdf/79-

92%20Zuraini%20&%20Sukor.pdf

16

LAMPIRAN

17

BBM " Squash Book "

18

LEMBARAN KERJA 1 1. Apakah keperluan asas anak benih?

19

LEMBARAN KERJA 2 Sila sambungan dengan jawapan yang betul.

20

You might also like