You are on page 1of 83

1.

1 PENDAHULUAN

1.2 Pengenalan

Secara fizikalnya, otak manusia terdiri daripada dua bahagian, hemisfera kiri

dan kanan. Otak kiri digunakan dalam proses pemikiran logik dan analisis iaitu apa

yang dilatih di dalam kerja-kerja sekolah yang terdiri daripada matematik, membaca

dan sains. Otak kanan digunakan dalam persepsi, intuisi emosi dan kreativiti. Otak

kanan digunakan apabila seseorang itu terlibat dalam usaha kreatif seperti

menghasilkan karya atau bahan seni. Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah

bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang

keperbadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan

alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah

pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. PSV memainkan

perkembangan sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.

Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni dan kreativiti dilihat sebagai

sesuatu yang sangat penting dalam perkembangan pembelajaran mereka. (Narimah &

Nani Menon, 2003). Aktiviti seni dan kreativiti merupakan ruang untuk memberi

peluang kepada kanak-kanak agar dapat menzahirkan imaginasi mereka dalam

bentuk yang dapat dilihat, walau dengan apa cara sekalipun. Ini termasuklah aktiviti

seni melukis, mewarna, kraf tangan, membuat binaan dan sebagainya.

Namun begitu, kemahiran psikomotor dan kognitif kanak-kanak mempunyai

tahap perkembangannya sendiri. Menurut Piaget, peringkat umur kanak-kanak di

sekolah rendah iaitu antara tujuh hingga 12 tahun merupakan peringkat operasi
1
konkrit, iaitu permulaan pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud. Maka,

tidak hairanlah sekiranya hasil karya lukisan murid di sekolah rendah tidak dapat

dihasilkan dengan benar-benar sama dengan apa yang dilihat pada dunia sebenar.

Kejayaan atau kebolehan dalam penghasilan sesuatu yang kreatif bergantung

pada pengalaman yang pernah dilalui semasa kecil dan juga disebabkan faktor

persekitaran sekeliling seperti dari sahabat handai, ibu bapa, dan jiran tetangga.

Rogers (1970) mengatakan guru tidak dapat membentuk kreativiti kanak-kanak tetapi

hanya boleh menjadi perangsang untuk membina kreativiti. Kreativiti tidak boleh

diajar, tetapi boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Jadi adalah

tugas seorang guru dalam usaha mengasah bakat dan daya kreativiti yang terdapat

didalam diri setiap murid-muridnya.

1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran.

Bagi praktikum fasa ketiga yang lalu, penyelidik telah menjalankan latihan

praktikum di sebuah sekolah di daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Penyelidik

2
telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran PSV bagi tahun satu,

empat dan lima sebanyak enam masa seminggu dan mata pelajaran Bahasa Malaysia

sebanyak empat masa seminggu.

Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan bersama-sama dengan guru

PSV bagi murid tahun 1 berkenaan, penyelidik dimaklumkan bahawa murid kelas

tersebut didominasi oleh murid yang mempunyai pencapaian yang baik dan

sederhana dalam mata pelajaran PSV dan kebanyakan murid-murid kelas ini pula

terdiri daripada dua kumpulan murid iaitu sebahagian besar bersifat pasif dan

sebahagian kecil sahaja yang aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Bukan itu sahaja, guru PSV tersebut menyediakan saya senarai nama murid-murid

kelas berkenaan yang dianggap panas dalam kelas dengan tingkah laku yang tidak

memuaskan. Melalui perbincangan dengan guru tersebut, penyelidik dapat

mempersiapkan diri dengan kaedah pengajaran yang sesuai yang perlu penyelidik

praktikkan sepanjang praktikum.

Minggu terakhir praktikum, penyelidik telah memperuntuk dua masa dengan

persetujuan guru PSV kelas berkenaan untuk mengajar murid-murid dalam proses

menghasilan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis yang terdapat pada modul

kesepuluh di dalam bidang mengenal kraf tradisional.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran yang penyelidik telah tetapkan ialah

murid-murid dapat menghasilkan kelarai anyaman bermotifkan mata bilis dengan

kemas, tepat dan betul serta dapat memahami corak motif anyaman mata bilis.

Penyelidik telah menggunakan kaedah tradisional yang sering diajar di sekolah iaitu

dengan penggunaan kertas lukisan sebagai pemidang dan kertas warna sebagai
3
kelarai untuk dianyam. Bagi penyelidik, pengunaan bahan kertas lukisan dan kertas

warna ini sudah cukup sempurna untuk memudahkan murid-murid menghasilkan

kelarai anyaman bermotifkan mata bilis.

Namun begitu, penyelidik dapat melihat bahawa sepanjang proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung, minat murid-murid semakin menurun walaupun

penyelidik menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan demostrasi dan video.

Sebahagian kecil murid memberikan perhatian dan sebaliknya ada yang bercakap

dengan rakan-rakan, menconteng meja, dan tidak kurang juga ada yang sugul dengan

meletakkan muka pada meja. Melalui pemerhatian ketika aktiviti dijalankan,

pengkaji mendapati hampir 50 peratus murid-murid menghadapi kesukaran ketika

melakukan proses menganyam dengan penggunaan bahan kertas lukisan dan kertas

warna bagi menghasilkan anyaman mata bilis yang dikehendaki mestipun telah

diberikan tunjuk ajar melalui kaedah demostrasi secara berulang kali.

Penyelidik mendapati hampir 30 peratusan murid-murid tidak dapat

menyiapkan tugasan yang diberikan dalam jangka masa yang telah ditetapkan dan

ada di antara murid-murid tidak sengaja telah terkoyakkan kertas tersebut kerana

kurangnya kemahiran menganyam. Kebanyakkan hasil yang diperolehi oleh

penyelidik agak tidak memuaskan dan tidak kemas disebabkan gam yang berlebihan

pada hasil akhir karya murid-murid. Permasalahan yang timbul membantutkan


4
proses penghasilan anyaman kelarai mata bilis yang kreatif dan berkualiti selain

membantutkan juga proses menimba pengalaman dalam penghasilan kraf anyaman

ini.

Penyelidik telah membuat kesimpulan awal bahawa salah satu faktornya

adalah kerana lokomotor halus mereka belum dapat menguasai sesuatu kemahiran

dengan baik. Ini kerana murid-murid ini masih berada di tahun satu dan kebetulan

pula ketika proses menganyam ini dilakukan murid-murid masih lagi berada di bulan

kedua persekolahan. Faktor kedua adalah disebabkan oleh penggunaan bahan kertas

lukisan dan kertas warna biasa yang kurang efektif dan senang terkoyak apabila

melakukan proses anyaman kelarai ini. Faktor ketiga, murid-murid keliru semasa

proses penyilangan motif dan corak anyaman kerana tiada panduan yang tertera

pada kertas warna tersebut.

Pelbagai persoalan yang bermain di minda penyelidik dan keadaan ini

membawa kepada pencarian kaedah efektif yang mampu digunakan bukan sahaja

untuk menghasilkan corak dan motif anyaman kelarai mata bilis sekaligus

menyelesaikan masalah menghasilkan kelarai anyaman bagi semua jenis motif atau

corak kelarai dengan mudah, cepat dan kemas yang terdapat pada bidang mengenal

kraf tradisional.

Melihat kepada situasi ini, penyelidik telah memikirkan pelbagai strategi atau

kaedah yang boleh penyelidik gunakan untuk menyelesaikan isu ini. Namun, dengan

izin Allah SWT, pada suatu hari ketika penyelidik mengemas meja di bilik,

penyelidik terjumpa boneka tangan beruang yang merupakan salah satu bahan bantu

mengajar yang digunakan oleh penyelidik untuk mengajar murid-murid

menghasilkan boneka tangan. Kemudian penyelidik teringat yang murid-murid

5
begitu aktif dan seronok ketika proses penghasilan boneka tangan. Penyelidik juga

mendapati boneka tangan beruang itu dihasilkan menggunakan kain felt yang tidak

mudah koyak. Selain itu, penyelidik juga mendapati boneka tangan beruang tersebut

tidak berbaju dan tidak berseluar. Maka tercetuslah idea di mana penyelidik mahu

menghasilkan baju untuk boneka beruang yang menggunakan teknik anyaman

bermotifkan mata bilis.

Hasilnya, penyelidik berjaya menemui satu kaedah yang bersesuaian yang

diberi nama Kit Beju singkatan bagi beruang punya baju yang boleh digunakan

bagi memudahkan murid menghasilkan kraf kelarai anyaman bermotifkan mata bilis.

Kaedah yang dipilih diharapkan bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid,

malah turut membantu murid untuk menghasilkan kraf anyaman dengan lebih baik,

kemas, kreatif dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Penyelidik juga

mengharapkan sekiranya inovasi atau kaedah ini berjaya dilakukan adalah lebih baik

inovasi ini dijadikan panduan bagi semua guru dalam mengajar menghasilkan kelarai

yang terdapat pada bidang mengenal kraf tradisional.

1.4 Refleksi Nilai Pendidikan

PSV sangat penting bagi memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan

dalam masyarakat. Masyarakat kita pula kaya dengan warisan budaya. Sebut sahaja

keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan

memasak,ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar

6
mengkuang atau pandan, anyaman kelarai, seni rumah binaan kayu atau kampung,

seterusnya seni budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya

semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Tidak ada lagi orang yang akan

menghulurkan tepak sirih apabila menyambut tetamu atau hamparan tikar

mengkuang di ruang tamu. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan

semua warisan ini. Justeru, melalui subjek PSV adalah diharapkan agar perasaan

sayang akan seni dan warisan ini akan terus dipupuk dan tidak hilang ditelan zaman.
Merujuk Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahap 1, dokumen ini

disediakan bagi memberi peluang kepada murid memupuk daya imaginasi melalui

seni visual berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk

mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan keseronokan

melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk

dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan

kecenderungan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam penyelidikan ini, anyaman menjadi fokus utama dan ianya dilihat

sebagai seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.

Pernyataan ini disokong oleh Marzita, Sadiah dan Jamilah (2007) yang menjelaskan

bahawa anyaman adalah kesenian yang bersifat lahiriah, mempunyai makna yang

dalam dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan

pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang

sebagai simbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung

dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah

hidup orang Melayu. Seni kraftangan dilihat sebagai satu hasil seni yang dicipta

untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk

7
memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan

keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari

proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan

kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk

yang indah dan menarik.

Di dalam pengajaran PSV, adalah sangat penting untuk murid-murid

memahami konsep dan proses menganyam anyaman bermotifkan mata bilis.

Permasalahan utama yang dapat diperhatikan kepada murid-murid ialah murid-murid

mempunyai kemahiran, kefahaman dan minat yang terbatas dalam penghasilan

anyaman bermotifkan mata bilis. Maka, mereka memerlukan satu gaya pembelajaran

yang sesuai untuk terus menerus memahami dan mempunyai kemahiran konsep dan

proses yang dipelajari di dalam subjek PSV. Adalah sangat penting bagi murid-murid

untuk menguasai kemahiran seperti kemahiran menganyam kerana tanpa penguasaan

kemahiran ini mereka akan lupa peninggalan warisan bangsa yang menjadi

kebanggaan negara.

Jadi, untuk mengatasi masalah kemahiran, kefahaman dan minat murid

semasa proses penghasilan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis, penyelidikan

tindakan perlu dijalankan dalam mencari penyelesaian masalah tersebut.

Penyelidikan tindakan ini adalah sebagai satu proses refleksi yang bersifat inkuiri

yang merupakan salah satu komponen penyelidikan (Ferrance, 2000). Kebiasaanya,

penyelidikan tindakan dalam kalangan guru adalah untuk mencari penyelesaian

pengajaran harian untuk meningkatkan pencapaian murid. Selain dariapda teori,

penyelidikan tindakan juga membantu guru untuk peka dengan persekitaran mereka

8
dan bagaimana guru boleh beradaptasi dengan masalah atau isu dan mengubahnya

(Ferrance, 2000).

Selain itu, guru perlu tahu apakah strategi dan aktiviti terbaik yang boleh di

lakukan untuk membantu meningkatkan minat murid dalam penghasilan anyaman

kelarai bermotifkan mata bilis. Ini akan memberi peluang kepada guru untuk

membentuk, menambahbaik amalan pengajaran dan mencipta pengajaran untuk

kejayaan bersama (Frankael dan Waleen, 2008). Penyelidikan tindakan yang dikawal

dengan sistematik menjadikan guru lebih professional, lebih berminat dalam aspek

pedagogi pendidikan dan lebih bermotivasi untuk menghubungkait penyelidikan

mereka dan minat secara holisitik (Riding, Forwell & Levy, 1999).

1.5 Rumusan

Penyelidikan ini dijalankan kerana penyelidik menyedari terhadap keperluan

dan kepentingan dalam meningkatkan kemahiran, kefahaman dan minat responden

dalam menguasai anyaman kelarai bermotifkan mata bilis bagi subjek Pendidikan

Seni Visual.

Menurut Chia (2012, seperti dinyatakan dalam Mok, 2002), penggunaan

strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat menarik minat, mengekalkan

9
perhatian, menerapkan sesuatu konsep secara berkesan dan merangsang mereka

untuk belajar dalam sesuatu mata pelajaran.

Sehubungan itu, penyelidik akan memberi tumpuan kepada penyelidikan

menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan Kit Beju

untuk meningkatkan kemahiran, kefahaman, minat, penglibatan responden secara

aktif dan seterusnya peningkatan pencapaian responden dalam mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual bagi modul penghasilan kelarai anyaman bermotifkan mata

bilis.

2.0 FOKUS PENYELIDIKAN

2.1 Pengenalan

Penyelidikan tindakan ini berfokuskan kepada pencapaian murid tahun satu

dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional dalam menghasilkan kelarai anyaman

10
bermotifkan mata bilis menggunakan Kit Beju kerana terdapat beberapa

permasalahan yang dihadapi murid. Antaranya, murid kurang mahir, faham dan

minat dalam penghasilkan kelarai anyaman bermotifkan mata bilis. Maka, ulasan

literatur adalah penting kepada penyelidik dalam membekalkan maklumat untuk

penyelidikan tindakan ini.

2.2 Isu Penyelidikan

Daripada pengalaman mengajar subjek Pendidikan seni Visual sekolah

rendah, penyelidik telah mengesan masalah yang dihadapi oleh murid semasa proses

penghasilan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis. Secara umumnya, murid-murid

tahu apa itu anyaman kerana pernah melihat anyaman di sekeliling mereka tetapi

tidak mengetahui motif corak mata bilis.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid dalam proses penghasilan kelarai

anyaman bermotifkan mata bilis yang pertama ialah murid tidak tahu bagaimana

untuk memulakan dan mengakhiri proses anyaman kelarai bermotifkan mata bilis.

Hal ini disebabkan oleh murid mempunyai kemahiran yang rendah dalam proses

penghasilan anyaman. Walaupun sudah diberi panduan dan cara demotrasi yang

berulang kali, murid masih melakukan kesilapan yang sama.

Isu penyelidikan yang kedua, murid menyalahi konsep motif corak anyaman

mata bilis. Hal ini berlaku disebabkan oleh kekurangan kefahaman mengenai motif

11
corak anyaman. Apabila murid tidak faham maka berlaku kesalahan semasa

melakukan proses penghasilan anyaman kelarai ini. Lalu murid akan berasa bosan

apabila sering ditegur oleh guru. Perkara ini menjadi alasan kepada murid-murid

untuk tidak menyiapkan hasil anyaman kelarai bermotifkan mata bilis.

Disamping itu juga, terdapat beberapa orang murid yang mempunyai masalah

seperti kertas terkoyak dan penggunaan gam yang terlalu banyak. Hal ini akan

menyebabkan hasil anyaman mereka menjadi tidak kemas dan comot. Penyelidik

mendapati bahawa kebiasaannya murid-murid akan merosot minatnya apabila

menghasilkan sesuatu yang sukar seperti menghasilkan anyaman kelarai yang

memerlukan ketelitian dan kemahiran yang tinggi, akhirnya akan membawa kepada

kesan tingkahlaku yang tidak diingini guru seperti menganggu Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP) guru dan sebagainya. Haliza, Joy & Rafidah (2008) berpendapat

bahawa tanpa penguasaan kemahiran mereka akan terus menerus gagal yang

akhirnya akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan. Maksudnya ialah apabila

murid-murid gagal menghasilkan sesuatu yang diingini secara berulang kali secara

tidak langsung akan menyebabkan kemerosotan pada minat mereka untuk

meneruskan pembelajaran dan beralih kepada sesuatu yang lain.

Berdasarkan kepada isu penyelidikan ini, perlulah ada satu kaedah atau teknik

yang boleh digunakan oleh penyelidik dalam meningkatkan pencapaian murid

supaya murid mahir menghasilkan anyaman kelarai mata bilis dan pada masa yang

sama minat murid dapat dikekalkan. Melalui intervensi Kit Beju dalam

pembelajaran penghasilan anyaman kelarai bermotifkan mata dapat membantu

murid-murid dari segi kemahiran, kefahaman dan minat murid.

12
Penggunaan Kit Beju adalah dari bahan yang tahan lasak dan tidak mudah

koyak. Hal ini, akan menyebabkan murid melakukan proses menganyam dengan

tenang tanpa perlu memikirkan kerosakan pada bahan yang digunakan. Secara tidak

langsung kemahiran menganyam murid-murid akan ditingkatkan dan murid-murid

lebih mahir kerana proses menyilangkan anyaman itu dilakukan secara berulang-

ulang kali tanpa memikirkan berlaku sebarang kerosakan pada bahan yang

digunakan.

Penggunaan Kit Beju ini juga mampu meningkatkan kefahaman mengenai

motif mata bilis. Ini kerana, pada baju beruang tersebut terdapat contoh corak

bermotifkan mata bilis. Murid hanya perlu mengikut motif corak tersebut untuk

mendapatkan anyaman mata bilis. Apabila panduan telah diberikan, perkara ini

memudahkan kefahaman murid-murid mengingati corak motif mata bilis yang

sebelum ini agak sukar diingati oleh murid-murid tahun satu ini.

Akan terlahirlah minat apabila proses menghasilkan anyaman menjadi lebih

menarik dan seronok. Kit Beju direka berkonsepkan belajar sambil bermain. Murid

yang berjaya menghasilkan anyaman mata bilis akan diberi peneguhan positif.

Murid-murid dibenarkan untuk bermain dengan boneka beruang melalui petukaran

baju dan seluar beruang yang pelbagai warnanya bertujuan menarik minat murid-

murid untuk menghasilkan proses anyaman kelarai bermotifkan mata bilis dengan

pantas dan cepat.

13
2.3 Definisi Secara Operasi

Definisi bagi Penggunaan Kit Beju dalam meningkatkan kemahiran,

kefahaman dan minat murid menganyam kelarai bermotifkan mata bilis istilah yang

digunapakai dalam penyelidikan ini ialah:

2.3.1 Kit Beju

Kit Beju ini adalah singkatan bagi Beruang Punya Baju. Di mana murid

dikehendaki menganyam menggunakan motif mata bilis di atas baju beruang yang

telah bergrid dan dilorekkan. Setelah siap murid boleh melekatkan baju tersebut di

atas badan beruang tersebut. Uniknya Kit Beju ini ianya boleh bertukar menjadi

boneka tangan, boneka tongkat serta bajunya boleh dijadikan penanda buku bagi

menarik minat murid-murid dalam menghasilkan anyaman bermotifkan mata bilis.

2.3.2 Meningkatkan

Meningkatkan boleh didefinisikan sebagai menaikkan atau meninggkan tahap

sesuatu (Kamus Dewan Edisi keempat, 2013). Dalam penyelidikan ini, perkataan

meningkat merujuk kepada proses untuk menaikkan atau meninggikan tahap

pencapaian serta kemahiran, kefahaman dan minat murid tahun 1 dalam penghasilan

kelarai anyaman bermotifkan mata bilis.

14
2.3.3 Kemahiran

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), kemahiran boleh disama

ertikan dengan kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Dalam penyelidikan

ini kemahiran bermaksud kecekapan murid-murid dalam melakukan proses anyaman

bermotifkan mata bilis dengan baik.

2.3.4 Kefahaman

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), kefahaman bererti keupayaan

atau kemampuan seseorang dalam memahami sesuatu perkara. Kefahaman selalunya

diukur melalui ujian. Dalam kajian ini, kefahaman yang diukur adalah berkaitan

dengan motif corak mata bilis. Jadi untuk menguji kefahaman mengenai anyaman

mata bilis ini penyelidik telah melakukan ujian pra dan pasca.

2.3.5 Minat

Minat didefinisikan sebagai keinginan, kesukaan atau kecenderungan kepada

sesuatu perkara (Kamus Dewan, 2013). Wan Zainura (2008) pula mendefinisikan

minat sebagai daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu memberikan

perhatian kepada seseorang, benda atau sebarang kegiatan. Penumpuan terhadap

perkara yang menarik minat akan timbul secara spontan dan individu akan

mengambil berat terhadapnya. Dalam penyelidikan ini, minat yang dimaksudkan

ialah minat responden terhadap penghasilan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis.

15
2.3.6 Murid

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), murid bermaksud orang yang

sedang belajar atau berguru. Dalam penyelidikan ini, penyelidik mendefinisikan

murid sebagai seseorang yang menimba ilmu untuk mengubah pencapaian dan minat

supaya senantiasa berterusan.

2.3.7 Anyaman

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) anyaman bermaksud proses

menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun

yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah

lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya

mudah dikeringkan dan lembut.

2.3.8 Mata bilis

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) memberikan istilah corak anyaman

berunsur haiwan berbentuk mata ikan bilis, lazimnya dianyam dengan dua warna dan

apabila dianyam untuk tikar dinamakan corak mata bilis manakala anyaman pada

bakul dan lain-lain dinamakan mata bilis.

16
17
2.4 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Penyelidikan

PSV merupakan satu mata pelajaran yang menitikberatkan kaedah. Pelbagai

kaedah telah dikemukakan oleh para sarjana bagi melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran PSV. Sebelum guru memilih sesuatu kaedah, guru perlu mempunyai

pertimbangan-pertimbangan tertentu tentang pelajar, kandungan pelajaran, objektif

pelajaran dan faktor persekitaran.

Terdapat pelbagai pandangan dari sarjana-sarjana tentang pengertian seni.

Sarjana barat, Herbert Read (1950) berpendapat seni merupakan satu penghasilan

yang menyenangkan. Bagi Nathan Knobler (1985) pengertian seni tidak terletak pada

fungsinya sebagai cerminan hidup semata-mata kerana bagi sesetengah orang, seni

berfungsi semata-mata sebagai sumber kepuasan dan intelek yang tidak memerlukan

apa-apa bidang lain sebagai rujukan. Seni juga mungkin sekadar memaparkan

sesuatu cerita yang mudah. Mungkin juga memenuhi kehendak dan keperluan untuk

mewujudkan suatu lambang atau ikon.

Lowenfeld (1975), percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.

Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka

serta mempunyai keinginan dan sifat ingin tahu. Jadi adalah menjadi tanggungjawab

guru Pendidikan Seni Visual untuk memupuk daya kreativiti murid-murid. Oleh yang

demikian, guru perlu menggunakan kaedah dan memilih aktiviti yang sesuai supaya

murid dapat meningkatkan penguasaannya di dalam subjek PSV ini.

18
Pengaruh minat yang tinggi terhadap mata pelajaran tertentu juga

mempengaruhi tahap pencapaian murid. Dalam kajian Quek (2006) juga mendapati

bahawa minat mempunyai pengaruh yang positif kepada pencapaian murid dalam

mata pelajaran PSV. Ini dapat dilihat daripada kesungguhan dan usaha yang

dilakukan oleh murid semasa mempelajari mata pelajaran PSV tersebut. Murid yang

mempunyai minat yang tinggi akan sentiasa berusaha dan rajin meningkatkan diri.

Dengan erti kata yang lain, kepuasan mereka akan hanya dapat dicapai apabila

mereka mempelajari mata pelajaran PSV dan memahaminya.

Langsing (1971) dalam bukunya Art, Artists and Art Education menyatakan

kemahiran komunikasi dapat ditingkatkan melalui aktiviti pendidikan seni yang

dilaksanakan. Kebolehan guru memberi pengalaman dan penggunaan kaedah yang

betul dapat memenuhi keperluan komunikasi murid-murid. Guru wajar memahami

dan menghayati kurikulum dan menguasai sukatan pelajaran PSV.

Menjurus kepada fokus pengkaji dalam bidang mengenal kraf tradisional,

Peter Dormer (1997) menyatakan kraf tangan dikaitkan dengan aktiviti kreativiti

berkemahiran yang berkait dengan proses membuat dekorasi atau membuat sesuatu

keatas objek dengan menggunakan tangan. Kraf tangan merujuk kepada penciptaan

sesuatu objek yang asli melalui kebolehan artis melakukan perubahan terhadap bahan

dan sejarah kewujudan kraf tangan dikenal pasti kerana keperluannya dalam

kehidupan. Pengertian ini ada kaitanya dengan pendapat Edward Lucie-smith (1981)

yang menyatakan bahawa semua proses pembuatan menggunakan tangan sama ada

untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan semata-mata adalah objek kraf tangan.

19
Penyelidikan tindakan ini berfokuskan kepada anyaman dan perkara ini

dilihat sebagai seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat

Melayu. Pernyataan ini disokong oleh Marziah, Sadiah dan Jamilah (2007), yang

menjelaskan bahawa anyaman adalah kesenian yang bersifat lahiriah, mempunyai

makna yang dalam dan kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang

melibatkan pacaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara

seimbang sebagai simbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat

berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan

falsafah hidup orang Melayu.

Seni kraftangan juga dilihat sebagai satu hasil seni yang dicipta untuk

digunakan, digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk

yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan memerlukan keaslian dan

kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur dari proses awal

hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta.

Justeru, dalam penyelidikan tindakan ini penyelidik menekankan penguasaan

kemahiran dalam membuat anyaman. Penghasilan anyaman yang kemas ini adalah

berpandukan contoh kelarai yang sedia ada namun dibantu dengan penciptaan alat

intervensi yang memudahkan penghasilan aktiviti anyaman ini. Pernyataan ini

disokong oleh Marzita et.al (2007) yang mana masyarakat Melayu dahulu tidak

didedahkan dengan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk mereka.

Pengetahuan mereka adalah berasaskan apa yang diturunkan oleh nenek moyang

mereka selain dari penerokaan melalui trial and error.

20
Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya.

Namun begitu, usaha mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar

tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui

bahasa pertuturan dan adab resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui

kehalusan kerja tanagn bermutu tinggi. Dalam merealisasikan penyelidikan tindakan

tentang pengajaran dan pembelajaran kraf tradisional ini, penyelidik menjalankan

penyelidikan tindakan berkaitan dengan anyaman yang menjadi satu inisiatif

memartabatkan kembali kraf tradisional di Malaysia. Pernyataan ini disokong oleh

Ahmad dan Zoolcaphly (2009), yang mengaitkan guru dan pembaharuan, di mana

guru merupakan agen perubahan dan pembaharuan dalam membantu murid

menyedari sesuatu perkara.

21
3.0 OBJEKTIF PENYELIDIKAN/SOALAN PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

Menurut Creswell (2008), objektif penyelidikan ditakrifkan sebagai

keseluruhan pernyataan tentang arah tuju atau halatuju bagi sesuatu penyelidikan.

Bahagian ini akan menjelaskan berkenaan objektif penyelidikan dan persoalan

penyelidikan. Objektif penyelidikan ditentukan untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh responden dalam PdP. Persoalan penyelidikan pula perlu bagi

mengukur dan menilai tahap pencapaian objektif penyelidikan yang telah ditentukan.

Selepas penyelidikan selesai dijalankan, diharap objektif penyelidikan akan tercapai

dan menjawab persoalan penyelidikan yang dinyatakan.

22
3.2 Objektif Penyelidikan

Tujuan penyelidikan ini dilakukan ialah untuk melihat pencapaian responden

Tahun 1 dalam penghasilan kelarai anyaman bermotifkan mata bilis menggunakan

Kit Beju. Penyelidikan ini penting kerana penyelidik melihat bahawa pencapaian

murid dalam penghasilan kelarai anyaman bermotifkan mata bilis adalah rendah

dimana hasil karya yang dihasilkan oleh mereka tidak memuaskan, tidak kemas serta

menyalahi konsep motif corak anyaman mata bilis. Maka, penyelidik mahu melihat

adakah dengan penambahbaikan strategi pengajaran melalui penggunaan Kit Beju

dapat membantu murid untuk meningkat pencapaiannya dalam penghasilan kelarai

anyaman bermotifkan mata bilis.

Oleh itu, penyelidikan ini telah dilakukan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

i. Penggunaan Kit Beju dapat meningkatkan kemahiran murid menganyam

dengan mudah dan kemas.


ii. Penggunaan Kit Beju dapat meningkatkan kefahaman mengenai anyaman

bermotifkan mata bilis.

iii. Penggunaan Kit Beju dapat menarik minat murid untuk melakukan proses

anyaman.

23
3.3 Soalan Penyelidikan

Penyelidikan tindakan ini dijalankan adalah untuk menjawab persoalan-persoalan

seperti berikut:

i. Adakah penggunaan Kit Beju dapat meningkatkan kemahiran murid

menganyam dengan mudah dan kemas?.


ii. Adakah penggunaan Kit Beju ini mampu meningkatkan kefahaman

mengenai anyaman bermotifkan mata bilis?


iii. Adakah penggunaan kit Beju mampu menarik minat murid untuk

melakukan proses anyaman?

3.4 Rumusan

Kesimpulannya, objektif penyelidikan yang dijalankan adalah untuk melihat

sejauh mana penggunaan Kit Beju dapat meningkatkan kemahiran, kefahaman dan

mampu menarik minat murid Tahun 1 dalam penghasilan kelarai anyaman

bermotifkan mata bilis. Melalui penetapan objektif penyelidikan dan persoalan

penyelidikan, penyelidik telah mengenal pasti kaedah dan reka bentuk penyelidikan

yang bersesuaian yang digunakan dalam proses penyelidikan yang seterusnya.

24
4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Pengenalan

Bahagian bab ini adalah berkisar mengenai kumpulan sasaran yang telah

dipilih sebagai responden dalam penyelidikan ini. Selain itu, di dalam bab ini juga

akan dihuraikan bilangan responden, jantina nama kelas, dan perkara-perkara yang

berkaitan dengannya.

4.2 Maklumat Kumpulan Sasaran

Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada empat orang murid

Tahun 1 yang bertempat di sekolah rendah di daerah Batu Pahat, Johor. Responden

penyelidik terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.

Kesemua responden merupakan responden daripada kelas yang sama. Namun begitu,

saya akan mengambil kesemua murid kelas tersebut iaitu seramai 33 orang untuk

menjalani ujian diagnostik bagi mengesan siapakah murid yang benar-benar

bermasalah dan siapakah murid yang berpotensi menghasilkan kelarai anyaman

bermotifkan mata bilis dengan baik dan menepati kehendak yang diinginkan.

Keseluruhan murid kelas ini adalah murid berbangsa Melayu dan berbahasa Melayu.

Selain itu, kebanyakkan murid di kelas ini datang dari keluarga bersosio ekonomi

sederhana.
25
Selain itu, rasional penyelidik memilih empat orang responden ialah kerana

berdasarkan ujian diagnosis yang telah dilakukan oleh penyelidik berkaitan dengan

penghasilan kelarai anyaman bermotifkan mata bilis mendapati responden telah

memperolehi gred D. Penyelidik juga membuat tinjauan melalui pemerhatian semasa

proses penghasilan kelarai anyaman bermotifkan mata bilis ini dijalankan. Penyelidik

juga telah melakukan perbincangan bersama guru kelas mengenai pencapaian

responden berdasarkan hasil kerja yang dilakukan sebelum ini yang berada di tahap

sederhana.

Jadual 1 : Pencapaian dalam ujian diagnosis

Markah Gred Tahap Pencapaian Bilangan Murid

80 100 A Cemerlang 5

79 60 B Baik 18

59 40 C Sedeharna 6

39 20 D Sangat lemah 4

19 0 E 0

Jumlah Murid 33

26
4.3 Rumusan

Kesimpulannya, dalam pemilihan kumpulan sasaran, penyelidik telah

menggunakan dokumen berkaitan seperti ujian diagnosis dan daripada ujian tersebut,

penyelidik memillih untuk mengambil 4 orang responden untuk tujuan penyelidikan

ini.

27
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Pengenalan

Penyelidikan ini ialah satu bentuk penyelidikan kes yang mana matlamat

utamanya adalah untuk melihat kesan penggunaan Kit Beju dalam meningkatkan

pencapaian dari segi kemahiran, kefahaman dan minat responden-responden Tahun 1

dalam penghasilan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis.

5.2 Tindakan Yang Dijalankan

Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam

menjalankan kajian tindakan ini. Menurut Rosinah Edinin (2011), model Kurt Lewin

biasanya digunakan apabila masalah atau isu kajian telah dikenalpasti dan

memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat digunakan. Proses

penyelidikan dijalankan seperti Rajah 1 berikut:

28
Rajah 1 : Model Kurt Lewin (1948)

Prosedur-prosedur adalah seperti berikut:

i. Merancang tindakan
ii. Melaksanakan tindakan
iii. Pemerhatian.
iv. Membuat refleksi terhadap tindakan yang dilakukan.

5.2.1 Merancang Tindakan

Langkah pertama yang telah penyelidik lakukan ialah mengenalpasti

masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid ketika melalui sesi PdP bersama-

sama penyelidik. Penyelidik telah menjalankan ujian diagnosis kepada murid-murid

29
untuk melihat kefahaman tentang pengajaran yang telah dijalankan. Untuk ujian

diagnosis, penyelidik telah menggunakan instrumen berbentuk ujian penghasilan

kelarai anyaman bermotifkan mata bilis untuk melihat kemahiran, kefahaman dan

minat. Selepas dianalisis, penyelidik mendapati bahawa terdapat beberapa masalah

yang timbul semasa proses penghasilan kelarai anyaman bermotifkan mata bilis di

bawah bidang mengenal kraf tradisional ini. Masalah yang ketara ialah responden

tidak dapat menyiapkan hasil kelarai anyaman dalam masa yang ditetapkan, hasil

anyaman tidak menepati konsep dan motif corak anyaman mata bilis, hasil anyaman

tidak kemas dan terkoyak.

Masalah ini telah dipanjangkan oleh penyelidik kepada Ketua Panitia PSV

sekolah tersebut, dan beliau menyatakan ini adalah masalah rutin yang dihadapi oleh

responden-responden setiap tahun bagi murid Tahun 1. Memang diakui bahawa

murid tidak dapat menguasai teknik menganyam dengan baik disebabkan psikomotor

halus murid masih berada pada tahap yang rendah.

Selain daripada itu, penyelidik juga memerhati tingkahlaku murid-murid

sepanjang proses perlaksanaan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis. Penyelidik

melihat kebanyakan mereka mempamerkan rasa tidak minat untuk menghasilkan

anyaman bermotifkan mata bilis ini. Ada yang mempunyai fokus yang sementara,

dan tidak kurang juga ada yang melakukan kerja-kerja lain semasa penyelidik

30
membuat demotrasi mengenai cara-cara menghasilkan anyaman semasa pengajaran

lalu. Terdapat juga beberapa orang murid secara tidak sengaja telah mengoyakkan

kertas pemidang anyaman yang dibuat daripada separuh kertas lukisan. Walaupun

sudah menunjukkan cara menganyam dengan betul berulang kali bagi setiap murid

yang bermasalah, masih terdapat kesalahan menganyam konsep corak motif mata

bilis.

Melihat kepada masalah yang telah dihadapi, penyelidik telah memutuskan

untuk membuat penyelidikan bagi melihat adakah penggunaan Kit Beju membantu

kemahiran, kefahaman dan minat murid semasa proses penghasilan kelarai anyaman

bermotifkan mata bilis. Oleh itu, penyelidik telah dapat mengenal pasti objektif

penyelidikan, persoalan penyelidikan dan juga pelan tindakan untuk penyelidikan ini.

Setelah permasalahan ini dikenal pasti, penyelidik merancang pelan tindakan

yang perlu dijalankan bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah yang difokuskan

pada fasa sebelum ini.

31
Bagi menyelesaikan masalah ini, penyelidik telah memilih untuk

menggunakan bantuan Kit Beju dalam proses PdP di bawah modul penghasilan

anyaman bermotifkan mata bilis. Penggunaan Kit Beju ini telah dipersetujui oleh

guru pembimbing disebabkan penggunaan Kit Beju ini yang lebih senang,

bermakna dan dapat memberi keseronokan kepada murid-murid yang berumur 7

tahun iaitu responden Tahun 1. Untuk mengetahui keberkesanan dalam penggunaan

Kit Beju bagi modul anyaman ini, penyelidik menentukan instrumen yang akan

digunakan bagi pengumpulan data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca, pemerhatian, dan

temu bual.

Dalam fasa ini juga, penyelidik menentukan objektif penyelidikan bagi

mengatasi masalah yang difokuskan dalam penghasilan kelarai anyaman bermotifkan

mata bilis dan menetapkan persoalan penyelidikan sebagai pengukur dalam menilai

pencapaian objektif tersebut.

5.2.2 Melaksanakan Tindakan

Sebelum menjalankan pengajaran PdP penyelidik telah menjalankan ujian

pra. Bertujuan menguji kefahaman responden mengenai anyaman bermotifkan mata

bilis. Penyelidik telah menjalankan sesi PdP kepada kesemua murid-murid Tahun 1.

32
Tujuan PdP ini dijalankan supaya responden-responden didedahkan dengan proses

penghasilan anyaman bermotifkan mata bilis. Penyelidik menjalankan PdP dengan

penggunaan Kit Beju untuk mengajar proses anyaman bermotifkan mata bilis.

Penyelidik telah melakukan demostrasi sebelum menyuruh murid-murid

menghasilkan anyaman bermotif mata bilis tersebut.

Di dalam sesi PdP ini, penyelidik telah memfokuskan beberapa perkara

penting untuk topik anyaman bermotifkan mata bilis ini. Fokus pertama adalah ingin

menguji kemahiran murid-murid semasa menganyam kelarai bermotifkan mata bilis.

Fokus kedua pula ingin menguji kefahaman murid-murid mengenai tajuk anyaman

ini. Antara soalan yang dikemukan secara spontan adalah mengenai corak motif yang

digunakan, alat bahan yang sesuai digunakan untuk melaksanakan proses anyaman

dan lain-lain lagi. Ketiga, penyelidik juga ingin melihat minat murid ketika

melakukan proses anyaman bermotifkan mata bilis.

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan penyelidik telah

menjalankan ujian pasca bagi menguji kefahaman responden mengenai anyaman

mata bilis selepas rawatan dilakukan.

5.2.3 Pemerhatian

Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan instrumen Ujian Pra,

Ujian Pasca, pemerhatian dan temu bual. Keempat-empat instrumen yang

33
digunakan ini adalah untuk mengumpul data-data bagi mengetahui kesan dan

kejayaan penggunaan kaedah Kit Beju dalam proses penghasilan anyaman

bermotifkan mata bilis.

Penyelidik menganalisis data yang dikumpul berpandukan kepada

pencapaian dalam objektif penyelidikan dan persoalan penyelidikan yang telah

ditetapkan. Bagi tujuan menjawab objektif penyelidikan pertama yang berkaitan

kemahiran responden, penyelidik menganalisis data daripada instrumen

pemerhatian. Manakala bagi menjawab objektif penyelidikan yang kedua berkaitan

kefahaman responden, Ujian Pra dan Ujian Pasca telah penyelidik gunakan. Untuk

menjawab objektif penyelidikan yang ketiga iaitu bagi mengukur minat responden

terhadap penghasilan anyaman bermotifkan mata bilis, penyelidik telah

menggunakan instrumen temubual.

5.2.4 Refleksi

Hasil analisis data yang dikumpul dalam penyelidikan ini akan dinilai dan

direflek berkaitan dengan kejayaan tindakan yang dijalankan dalam mengatasi

masalah yang difokuskan. Penyelidik menggunakan analisis data Ujian Pra, Ujian

Pasca, pemerhatian dan temu bual yang dikumpul bagi mengetahui kejayaan

penggunaan Kit Beju dalam meningkatkan kemahiran, kefahaman dan minat

responden dalam penghasilan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis.

34
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

6.1 Pengenalan

Dalam penyelidikan tindakan ini, penyelidik telah menggunakan dua jenis

data. Data tersebut berbentuk kuantitatif dan data berbentuk kualitatif. Untuk

pengumpulan data secara kuantitatif, penyelidik telah menggunakan instrumen

berbentuk ujian pra dan ujian pos manakala instrumen yang telah digunakan untuk

mengumpul data berbentuk kualitatif ialah temu bual dan juga senarai semak

pemerhatian.

6.2 Ujian

Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca merujuk kepada set ujian yang

digunakan untuk menentukan kefahaman responden dalam tajuk anyaman ini. Item-

item dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah sama iaitu terdiri daripada tiga

bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Setiap bahagian terdiri daripada dua soalan

struktur. Soalan di bahagian A merangkumi soalan kefahaman responden mengenai

perbezaan antara hasil anyaman yang baik dan kemas dengan hasil anyaman yang

kurang baik. Soalan di bahagian B pula bertujuan menguji kefahaman responden

mengenai bahan atau peralatan yang sesuai digunakan untuk proses menganyam.

Manakala soalan bahagian C, penyelidik ingin menguji kefahaman responden

mengenai motif corak anyaman mata bilis.

35
Ujian pasca ini, dilakukan kepada semua responden selepas rawatan

diberikan. Soalan yang sama seperti ujian pra telah digunakan tetapi diubah

kedudukan soalan dan jawapannya. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan penghafalan

jawapan oleh responden. Ujian pasca ini dijalankan bertujuan melihat perbezaan

pencapaian responden selepas rawatan dijalankan bagi mengenalpasti sama ada

berlaku peningkatan atau penurunan mengenai kefahaman responden di dalam topik

ini. Ujian Pra dan Ujian Pasca dijalankan dalam kalangan responden selama 15 minit

tanpa perbincangan di bilik darjah.

Rajah 2 : Responden sedang menjawab soalan pra ujian

Analisis Rajah 2 : Responden sedang memikirkan jawapan yang bersesuaian. Masa

yang diambil agak lama dalam melengkapkan jawapan bagi soalan yang diberikan.

36
Dari segi kesahan instrumen ujian, kertas Ujian Pra dan Ujian Pasca telah

disemak dan disahkan daripada aspek kandungan yang sesuai dan bertepatan dengan

Huraian Sukatan Pelajaran KSSR PSV Tahun Satu dan aspek bahasa yang

menunjukkan tatabahasa yang tepat serta penggunaan bahasa yang mudah difahami

oleh guru Panitia PSV dan guru Panitia Bahasa Melayu. Contoh soalan pra dan boleh

rujuk pada lampiran 1.

Gred pemarkahan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi setiap responden

ditentukan berdasarkan sistem gred pemarkahan yang dikeluarkan secara rasmi oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia seperti dalam Jadual 2 berikut.

Jadual 2 : Gred Pemarkahan Ujian Pencapaian SekolahRendah (UPSR)

Markah Status Tahap Pencapaian

A 80 100 Cemerlang Baik

B 79 60 Kepujian Sederhana

C 59 40 Baik Lemah

D 39 20 Lulus Sangat

E 19 0 Gagal lemah

37
6.3 Temu Bual

Instrumen temu bual digunakan bertujuan bagi menguji minat responden

mengenai anyaman bermotifkan mata bilis. Sesi temu bual telah dijalankan kepada 4

responden yang mempunyai tahap pencapaian yang teruk semasa ujian diognostik

yang telah memperolehi gred D. Temu bual yang digunakan adalah soalan separa

struktur.

Dari segi kesahan instrumen temu bual ini, soalan temu bual telah disemak

dan disahkan daripada aspek kandungan yang sesuai dan aspek bahasa yang

menunjukkan tatabahasa yang tepat serta penggunaan bahasa yang mudah difahami

oleh guru Panitia PSV dan guru Panitia Bahasa Melayu.

Sesi temu bual telah dijalankan di Studio PSV sekolah bagi proses kelancaran

semasa proses ini dijalankan. Sesi ini dijalankan dalam tempoh 3 minit hingga 5

minit melalui rakaman video penyelidik dan responden bagi memudahkan proses

transkrip perbualan temu bual. Data yang diperolehi daripada transkrip temu bual ini

digunakan untuk menyokong dapatan yang dikumpulkan daripada instrumen ujian

dan pemerhatian.

38
Rajah 3 : Salah seorang responden yang ditemubual.

Analisis rajah 3 : Gambar di atas menunjukkan sesi temubual yang telah diadakan,

bertujuan menguji minat murid dalam penghasilan anyaman kelarai bermotifkan

mata bilis.

Tujuan temu bual dilakukan adalah untuk mengetahui minat murid terhadap

proses penghasilan anyaman bermotifkan mata bilis sebelum dan selepas rawatan

dilakukan. Maklumat yang dikumpul melalui temu bual yang dijalankan dianalisis

dengan menggunakan teknik analisis kualitatif dimana maklumat dibentuk secara

sistematik dan dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami (Parson dan

Brown, 2002). Perbualan yang telah dilakukan antara penyelidik dan responden

dimainkan dan diterjemah dalam bentuk transkrip bertulis. Contoh borang temu bual

boleh rujuk pada lampiran 2.

39
6.4 Senarai Semak Pemerhatian

Salah satu instrumen kualitatif yang telah digunakan oleh penyelidik ialah

senarai semak pemerhatian. Senarai semak pemerhatian berfungsi sebagai rekod

yang akan digunakan dalam memantapkan hasil dapatan penyelidikan yang telah

dijalankan oleh penyelidik.

Penyelidik telah menukarkan instrumen berbentuk kualitatif ini kepada

bentuk kuantitatif melalui senarai semak pemerhatian untuk tujuan statistik.

Penyelidik telah menetapkan beberapa krtieria yang sebagai sokongan kepada

objektif penyelidikan penyelidik. Dapatan daripada senarai semak pemerhatian ini

dihubungkan kepada objeketif penyelidikan yang ditetapkan oleh penyelidik iaitu

peningkatan terhadap kemahiran responden terhadap proses penghasilan anyaman

kelarai bermotifkan mata bilis. Lampiran senarai semak pemerhatian boleh dirujuk

pada senarai lampiran 3.

Rajah 4 : Responden sedang menghasilkan anyaman bermotifkan mata bilis.

Analisis rajah 4 : Kelihatan responden begitu tertarik dan memberikan tumpuan

sepenuhnya semasa menghasilkan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis.

40
6.6 Rumusan

Bab ini membincangkan tentang instrumen-instrumen yang telah digunakan

oleh penyelidik dalam mengumpul maklumat berkenaan dengan penyelidikannya.

Terdapat tiga instrumen yang telah digunakan oleh penyelidik dalam mengumpul

data. Ketiga-tiga instrumen ini digunakan bertujuan menguji kemahiran, kefahaman

dan minat.

Instrumen-instrumen tersebut ialah ujian pra dan ujian pos, temu bual dan

pemerhatian iaitu melalui senarai semak pemerhatian. Sesetengah instrumen yang

telah digunakan oleh penyelidik ini digunakan untuk memastikan kebolehpercayaan

data dan triangulasi telah dihasilkan daripada beberapa sumber data yang disokong

daripada penyelidikan tersebut (Mertler, 2009).

41
7.0 KEPUTUSAN / ANALISIS DATA, INTERPRETASI DAN

PERBINCANGAN DAPATAN

7.1 Pengenalan

Bahagian ini akan membincangkan berkenaan analisis dan interpretasi data

yang telah dikumpul bagi mendapatkan keputusan kepada masalah yang difokuskan

dalam penyelidikan ini. Penyelidik akan mengulas keputusan dapatan data ini dengan

menjawab persoalan penyelidikan penggunaan Kit Beju dalam proses penghasilan

anyaman kelarai bermotifkan mata bilis yang telah ditetapkan bersama-sama dengan

objektif penyelidikan.

7.2 Keputusan

7.2.1 Analisis Data Melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bahagian ini akan membincangkan data yang diperoleh hasil daripada Ujian

Pra dan Ujian Pasca yang telah dijalankan terhadap 4 responden penyelidikan.

42
120
100 100 100 100
100
80
60 50
40 33 33 33
20
0
R1 R2 R3 R4
UJIAN PRA Column1

Rajah 5 : Perbandingan pemarkahan responden didalam Ujian Pra dan Ujian

Pasca

Setelah melihat perbandingan pemarkahan responden di dalam ujian pra dan

ujian pasca didapati terdapat peningkatan markah yang begitu ketara. Sebelum

rawatan dijalankan didapati responden masih kabur dan kurang memahami anyaman

dari segi hasil anyaman yang kemas dan kurang kemas, bahan yang sesuai digunakan

untuk menghasilkan anyaman dan konsep corak motif mata bilis.

Namun selepas rawatan dijalankan berlaku peningkatan pada ujian pasca

dalam mengukur kefahaman responden dari segi hasil anyaman yang kemas dan

kurang kemas, bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan anyaman dan

konsep corak motif mata bilis.

Hal ini menunjukkan selepas rawatan diberikan, responden mempunyai

kefahaman yang lebih baik berbanding sebelum rawatan dilakukan. Penggunaan Kit

Beju ini terbukti mampu meningkatkan kefahaman murid dalam penghasilan

anyaman bermotifkan mata bilis.

43
7.2.2 Senarai Semak Pemerhatian

Demi mengukuhkan lagi objektif kedua yang telah ditetapkan oleh penyelidik

iaitu untuk mengkaji kemahiran murid terhadap kaedah belajar sambil bermain

dalam penghasilan anyaman bermotifkan mata bilis, penyelidik telah menyediakan

satu senarai semak pemerhatian. Jadual 12 di bawah menunjukkan keputusan yang

telah penyelidik rekodkan dalam senarai semak pemerhatian berdasarkan rakaman

video semasa rawatan dijalankan.

SEBELUM RAWATAN SELEPAS RAWATAN

R1 R2 R3 R4 R1 R2 R3 R4

BI Y T Y T Y T Y T KRITERI Y T Y T Y T Y T
A
L

1 / / / / KEMAS / / / /

Gam tidak
meleleh

2 / / / / Memenuhi / / / /
konsep
corak
kelarai
mata bilis
yang betul
44
dan tepat.

3 / / / / Masa / / / /
mencukupi
Jadual 3: Senarai Semak Pemerhatian

Dapatan yang diperolehi senarai semak pemerhatian di atas menunjukkan

kemahiran responden dalam penghasilan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis.

Sebelum rawatan dijalankan responden kelihatan tidak mahir dalam penghasilan

anyaman. Dalam senarai semak menunjukkan responden tidak memenuhi kriteria-

kriteria yang dinilai seperti hasil anyaman responden tidak kemas disebabkan

terdapat lebihan gam yang berlebihan pada hasil akhir anyaman responden-

responden. Hasil anyaman responden juga tidak memenuhi konsep corak kelarai

bermotifkan mata bilis yang betul dan tepat serta masa yang diperuntukan juga tidak

mencukupi iaitu sebanyak 40 minit. Hal ini menunjukkan kaedah tradisional yang

digunakan tidak membantu responden dalam memahirkan proses penghasilan

anyaman bermotifkan mata bilis.

Selepas rawatan dilakukan didapati berlaku perubahan peningkatan dari segi

kemahiran responden dalam penghasilan anyaman bermotifkan mata bilis. Selepas

rawatan dijalankan responden kelihatan tidak mahir dalam penghasilan anyaman.

Dalam senarai semak menunjukkan responden memenuhi kriteria-kriteria yang

45
dinilai seperti hasil anyaman responden kemas disebabkan tiada terdapat lebihan gam

yang berlebihan pada hasil akhir anyaman responden-responden. Hasil anyaman

responden juga memenuhi konsep corak kelarai bermotifkan mata bilis yang betul

dan tepat serta masa yang diperuntukan juga mencukupi iaitu sebanyak 40 minit.

Walaupun, 40 minit masa yang diperuntukkan tetapi kesemua responden berjaya

menyiapkan anyaman bermotifkan mata bilis dalam masa 20 minit sahaja. Hal ini

menunjukkan penggunaan Kit Beju yang digunakan sangat membantu murid

dalam memahirkan proses penghasilan anyaman bermotifkan mata bilis.

Penyelidik mendapati bahawa semua responden mempamerkan kriteria-

kriteria kemahiran seperti dalam jadual 3 di atas di mana semasa rawatan dijalankan,

responden-responden yang terlibat memberikan perhatian dengan melakukan aktiviti

penghasilan anyaman bersungguh-sungguh dan bersama-sama dengan rakan

responden yang lain. Tambahan lagi, responden-responden juga turut mempamerkan

riak muka yang positif seperti senyum ketawa dan sebagainya. Maka, ini jelas

membuktikan bahawa penggunaan Kit Beju yang dijalankan oleh penyelidik

semasa rawatan menarik minat murid untuk menghasilkan anyaman bermotifkan

mata bilis.

46
Rajah 5 : Perbezaan hasil anyaman kelarai bermotifkan mata bilis sebelum rawatan

dan selepas rawatan.

Analisis rajah 5 : Rajah di atas menunjukkan perbezaan hasil anyaman responden

sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Berlaku perbezaan yang ketara dari segi

kekemasan dan konsep motif mata bilis. Hal ini menunjukkan kemahiran responden

semakin meningkat dengan penggunaan Kit Beju.

7.2.3 Analisis Data Melalui Transkrip Temu bual

Bahagian ini akan membincangkan dapatan data penyelidikan melalui

instrumen temu bual yang diadakan bersama 4 responden penyelidikan. Temu bual

dijalankan untuk mengukuhkan lagi dapatan penyelidikan. Soalan temu bual adalah

berbentuk secara separa berstruktur dan merupakan soalan lanjutan kepada item

soalan yang terkandung dalam soal selidik. Soal selidik ini bertujuan menguji minat

murid dalam melakukan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis. Temu bual ini telah

dilakukan sebanyak dua sesi untuk seorang responden iaitu sesi pertama sebelum

rawatan sesi kedua selepas rawatan.

47
Jadual di bawah menunjukkan transkrip temu bual yang dijalankan keatas 4 orang

responden sebelum rawatan dijalankan.

Jadual 4 : Analisis Temu bual bagi Soal Selidik Item 1

Apakah perasaan anda selepas membuat anyaman ini?


Responden Dapatan temu bual
R1 Saya rasa tidak gembira.
R2 Tak gembira.
R3 Tak suka.
R4 Tak seronok.

Jadual 5 : Analisis Temu bual bagi Soal Selidik Item 2

Adakah awak suka membuat anyaman kelarai mata bilis?


Responden Dapatan temu bual
R1 Tak suka.
R2 Tak suka.
R3 Tak suka.
R4 Tak suka.

Jadual 6 : Analisis Temu bual bagi Soal Selidik Item 3

Kenapa awak suka/ tidak suka membuat anyaman kelarai?


Responden Dapatan temu bual
R1 Susah, kertas cepat koyak.
R2 Susah nak masukkan kertas.
R3 Mudah koyak.
R4 Gam meleleh, susah.

Jadual 7 : Analisis Temu bual bagi Soal Selidik Item 4

Adakah awak mahu membuat anyaman lagi selepas ini?


Responden Dapatan temu bual
R1 Tak mau.
R2 Tak nak.
R3 Tak nak,bosan.

48
R4 Tak nak.

Jadual 4 hingga Jadual 7 menunjukkan hasil analisis data temu bual bagi Item

1 hingga Item 4 yang dilakukan sebelum rawatan ke atas responden. Analisis item ini

adalah menjurus untuk meninjau persepsi minat responden dalam penghasilan

anyaman bermotifkan mata bilis dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu

dengan menggunakan bahan kertas lukisan dan kertas warna.

Berdasarkan analisis transkrip temu bual didapati responden menunjukkan

tidak minat dan bosan terhadap pembelajaran secara tradisional. Hal ini kerana

menggunaan bahan yang tidak sesuai dan cara penyampaian yang membosankan

menyebabkan minat murid semakin berkurangan dalam melakukan aktiviti

menghasilkan anyaman bermotif mata bilis.

Jadual dibawah menunjukkan temu bual yang dijalankan keatas 4 orang responden

selepas rawatan dijalankan.

Jadual 8 : Analisis Temu bual bagi Soal Selidik Item 5

Apakah perasaan anda selepas membuat anyaman ini?


Responden Dapatan temu bual
R1 Seronok.
R2 Gembira..
R3 Suka sangat.
R4 Seronok.

Jadual 9 : Analisis Temu bual bagi Soal Selidik Item 6

Adakah awak suka membuat anyaman kelarai mata bilis?

49
Responden Dapatan temu bual
R1 Suka.
R2 Suka.
R3 Suka.
R4 Suka.

Jadual 10 : Analisis Temu bual bagi Soal Selidik Item 7

Kenapa awak suka/ tidak suka membuat anyaman kelarai?


Responden Dapatan temu bual
R1 Tak mudah koyak, gunting senang, nak buat senang.
R2 Mudah sangat, senang nak gam.
R3 Senang, suka main dengan beruang..
R4 Mudah nak buat.

Jadual 11 : Analisis Temu bual bagi Soal Selidik Item 8

Adakah awak mahu membuat anyaman lagi selepas ini?


Responden Dapatan temu bual
R1 Nak
R2 Nak.
R3 Nak.
R4 Nak.

Jadual 8 hingga Jadual 11 menunjukkan hasil analisis data temu bual bagi

Item 4 hingga Item 8 iaitu untuk menyokong hasil analisis dapatan soal selidik yang

dilakukan selepas rawatan ke atas responden. Analisis item ini adalah menjurus

untuk meninjau persepsi minat responden semasa penghasilan proses anyaman

bermotifkan mata bilis dengan menggunakan Kit Beju.

Berdasarkan analisis transkrip temu bual didapati responden menunjukkan

minat terhadap pembelajaran penghasilan anyaman bermotifkan mata bilis dengan

menyatakan perasaan suka dan seronok semasa belajar menggunakan Kit Beju. Ini

50
kerana responden dapat menghasilkan anyaman sambil bermain bersama kawan-

kawan dan menganggap aktiviti penghasilan anyaman sebahagian daripada aktiviti

bermain dan ini menimbulkan minat mereka terhadap topik yang diajar.

Malah penggunaan Kit Beju memudahkan dan membantu responden untuk

mengingat konsep dan motif anyaman bermotifkan mata bilis. Kit Beju yang

disertakan dengan gerakan boneka beruang ini menyebabkan responden makin

bersemangat sepanjang proses pembelajaran kerana responden seronok dan tidak

mengantuk apabila membuat pertukaran baju dan seluar beruang yang mempunyai

pelbagai jenis warna.

Selain itu, minat responden juga dapat dilihat melalui komitmen yang

diberikan iaitu menumpukan sepenuh perhatian dan tidak membuat kerja lain yang

tiada kaitan semasa kaedah Kit Beju ini digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP).

Berdasarkan analisis transkrip temu bual didapati penggunaan Kit Beju ini

membantu, memudahkan dan menarik minat responden semasa proses penghasilan

anyaman bermotifkan mata bilis.

Kesimpulannya, selepas penggunaan intervensi Kit Beju dalam penghasilan

anyaman bermotifkan mata bilis dilaksanakan, responden menunjukkan minat yang

mendorong kepada peningkatan pencapaian semasa proses penghasilan anyaman

bermotifkan mata bilis.

7.3 Rumusan

51
Berdasarkan triangulasi data bagi instrumen ujian (pra dan pos), pemerhatian

(video dan gambar) dan temu bual telah menunjukkan keberkesanan penggunaan

Kit Beju dalam meningkatkan kefahaman, kemahiran dan minat murid.

8.0 RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

8.1 Pengenalan

52
Bahagian ini merupakan rumusan dapatan keputusan penyelidikan yang telah

dianalisis dan rumusan penyelidik daripada pelaksanaan penyelidikan yang

dijalankan.

8.2 Rumusan / Refleksi

Dalam penyelidikan ini, penyelidik dapat merumuskan bahawa ketiga-tiga

objektif penyelidikan yang ditetapkan dapat dicapai dan juga menjawab ketiga-tiga

persoalan penyelidikan yang diutarakan. Keputusan dan analisis data menunjukkan

bahawa penggunaan Kit Beju dapat meningkatkan kemahiran dan kefahaman

responden Tahun Satu dalam penghasilan anyaman bermotifkan mata bilis. Malah

penyelidik yakin bahawa penggunaan Kit Beju ini berjaya menarik minat

pembelajaran responden dalam proses penghasilan anyaman ini. Penyelidik percaya

melalui pembelajaran yang berjaya menarik minat responden akan mampu

mewujudkan satu kejayaan melalui kefahaman yang akan memberi kesan kepada

peningkatan pencapaian dalam pelajaran. Borich dan Tombari (1997) menyatakan

apabila minat berjaya ditimbulkan, murid akan terlibat aktif dalam pembelajaran

sekaligus menjadikan pembelajaran tersebut bermakna.

53
Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan skor dalam Ujian Pasca bagi

kesemua responden dalam penyelidikan ini. Ini kerana melalui penggunaan Kit

Beju yang dijalankan penyelidik, responden lebih memahami konsep motif corak

mata bilis. Bukan itu saja, melalui penggunaan Kit Beju responden juga lebih

memahami hasil anyaman yang baik serta penggunaan alat dan bahan yang sesuai

dalam penghasilan anyaman kelarai bermotifkan mata bilis.

Selain itu, penyelidikan yang dijalankan ini juga memberi kesedaran bahawa

peranan setiap guru itu penting dalam melahirkan modal insan yang berjaya dalam

semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Oleh itu dalam

memenuhi kesemua aspek ini, guru perlulah bersedia dan mengetuai gerak mula

dengan mewujudkan satu sistem pendidikan di dalam bilik darjah yang

menyeronokkan, aktif, bermakna dan pendedahan ilmu di luar skop tumpuan sukatan

pelajaran semata-mata. Guru yang lebih berdaya kreatif dan inovatif sentiasa

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi kepelbagaian

aspek perbezaan yang wujud dalam gaya pembelajaran murid-murid. Menurut Dunn

dan Dunn (1979), seperti dinyatakan dalam Zubaidah Begam (2007), apabila gaya

pembelajaran murid dipadankan dengan kaedah, sumber dan program yang

bersesuaian, maka pencapaian akademik dan sikap murid akan meningkat.

Sebaliknya, pencapaian akademik akan merosot jika padanan antara (PdP) tidak

sesuai.

Malah saya yakin penyelidikan seperti ini sangat berguna terutama dalam

merungkai dan mendalami permasalahan (PdP) murid-murid berkaitan mata

pelajaran Pendidikan seni Visual. Permasalahan yang timbul ini perlu dalam

meningkatkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)

54
Pendidikan seni Visual dan menangkis anggapan murid yang mengatakan subjek

Pendidikan Seni Visual adalah susah dan membosankan.

Selain itu, penyelidikan penggunaan Kit Beju juga perlu diperluaskan,

bukan hanya tertumpu dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tetapi juga mata

pelajaran yang lain serta penyelidikan yang berkaitan masalah murid di luar bidang

akademik seperti permasalahan disiplin, penglibatan aktiviti ko-kurikulum dan lain-

lain. Melalui penyelidikan ini maka akan melahirkan lebih ramai guru yang

mempunyai sikap cakna dan prihatin terhadap permasalahan pengajaran dan

pembelajaran (PdP) murid-murid dapat dikembangkan.

55
9.0 CADANGAN PENYELIDIKAN SETERUSNYA

9.1 Pengenalan

Bahagian ini membincangkan cadangan penyelidikan seterusnya yang

bertujuan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui

penggunaan kaedah nyanyian yang mampu memberi paradigma baru dan pencetus

kepada prestasi murid yang lebih progresif.

9.2 Cadangan Penyelidikan Seterusnya

Melalui penyelidikan yang dijalankan ini, selepas menilai dan merefleksi

keputusan daripada analisis data empat instrumen Ujian Pra, Ujian Pasca,

pemerhatian, dan temu bual menunjukkan penggunaan Kit Beju dalam proses

penghasilan anyaman dapat meningkatkan kemahiran, kefahaman dan menarik minat

responden Tahun Satu.

Namun, penyelidik berpendapat penyelidikan ini perlu ditambah baik untuk

menghasilkan impak kepada pengajaran guru yang lebih memberangsang dan

berkesan di samping menyediakan suasana pembelajaran yang seronok, aktif, dan

interaktif serta seterusnya membantu dalam perkembangan murid-murid dalam

semua aspek seperti yang disasarkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

56
Untuk penyelidikan seterusnya, dicadangkan agar yang perlu

dilakukan adalah penglibatan lebih ramai responden dilakukan. Responden

yang dipilih tidak semestinya dari sekolah kebangsaan sahaja. Tetapi, boleh

diuji pada responden di SJKT, SJKC, SKM dan di sekolah-sekolah

pendalaman.

Bukan itu sahaja, alat intervensi Kit Beju ini juga boleh disebar luaskan

kemahirannya supaya dapat diaplikasikan pada subjek yang lain. Contohnya,

penggunaan Kit Beju ini dapat digunakan untuk subjek Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris dengan melakukan lakonan atau aktiviti-aktiviti lain. Bagi subjek

matematik pula, boleh diaplikasikan kotak sifir pada baju beruang tersebut. Hal ini

akan lebih meransang minat murid dalam menghafal sifir dengan lebih mudah. Bagi

subjek sains penggunaan watak beruang boleh ditukar kepada watak manusia dan

bahagian-bahagian organ dalaman boleh dilukis di badan manusia tersebut.

Penggunaan Kit Beju ini seterusnya perlu diaplikasikan kepada topik-topik

Pendidikan Seni Visual yang lain dan bukan hanya tertumpu pada topik anyaman

kelarai sahaja. Masalah ini perlu dipandang serius memandang kegagalan dalam

menguasai sesuatu akan membawa kepada masalah miskonsepsi yang mengatakan

Pendidikan Seni Visual adalah subjek yang susah dan membosankan dan ini akan

membantutkan perkembangan daya kreativiti dalam masyarakat kita sedangkan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menerapkan pembangunan dari segi jasmani, emosi, rohani.

Intelek dan sosial.

57
Kit Beju ini juga boleh mempelbagaikan watak kartun yang terkini seperti

Boboiboy, Upin Ipin dan lain-lain lagi. Penggunaan animasi sangat berguna

kerana animasi mampu membantu murid untuk belajar konsep yang abstrak dengan

lebih mudah dan penyataan ini disokong oleh Jamalluddin dan Zaidatun (2003) yang

menyatakan animasi memudahkan penerangan atau demonstrasi bagi konsep ataupun

sesuatu kemahiran. Ia juga membolehkan kepelbagaian deria murid dalam

pengumpulan maklumat, di samping menarik minat dan fokus murid memandangkan

pada peringkat umur mereka sangat tertarik kepada animasi berbentuk kartun seperti

Upin Ipin dan Boboiboy.

Selain itu, triangulasi data perlu dipelbagaikan bagi mengesahkan lagi

dapatan dan keputusan yang diperoleh dalam penyelidikan ini. Instrumen

pemerhatian dan catatan anekdot boleh digunakan dan ditadbir untuk

mempelbagaikan dapatan penyelidikan dan analisis ini akan dapat menyokong

keseluruhan instrumen yang ada bagi tujuan memantapkan keputusan bahawa

penyelidikan penggunaan Kit Beju dalam proses penghasilan anyaman kelarai

bermotifkan mata bilis adalah bermakna.

58
9.4 Rumusan

Kesimpulannya, penyelidik berharap dengan cadangan-cadangan ini akan

dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan bukan

sahaja kepada sukatan pelajaran pendidikan seni visual di sekolah namun turut

melebarkan jaringan impak maksimum kepada pembangunan pendidikan seni visual

dalam masyarakat dan Negara.

59
SENARAI RUJUKAN

Abd.Ghafar Md.Din.(2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur:


Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Abdullah al-Amin al-Namiy.(1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu


Khaldun dan Al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd.(2005).Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak.


Bentong: Pts Millennia Sdn.Bhd.

Amir Hassan Dawi.(2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Tanjung Malim:


Quantum Books.

Amir Shukor, Badrul.(2007).Hbae3503, Perkembangan Seni Kanak-kanak. Open


University Malaysian

Azizi Yahaya.(2007).Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur Pts


Professional Publishing Sdn.Bhd.

Borich,(1997). Artists' Books: The Book As A Work Of Art, 1963-1995. Aldershot,


England: Scholar Press.

Goh Min Lee. (2011). Penggunaan Kaedah Nyanyian dalam Penguasaan Sifir
Darab 6 Hingga 8 Murid Tahun Tiga. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
PISMP MT amb. Januari 2008, ms. 253-270, Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2011, 4 5 oktober 2011.

Hargreave, D.J. (1996). How Undergraduate Students Learn. European Journal of


Engineering Education, 21(4), 425-434.

Frankael, waleen (2008) Anatomy For Artists: A New Approach To Discovering,


Learning, And Remembering The Body, Georgetown Canada, North Light
Books.

Lansing, K.M.(1971). Art, Artist & Art Education. New York: Me Grow- Hill Book

Lowenfeld.(1975), The Meaning Of Art, London, Faber & Faber.

Kamus Dewan (Edisi Kelima)(2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurt Lewin, R.(1988). TheActionResearchPlanner. Geelong,Australia.


Marziah Puteh, Sadiah Baharom, Jamilah Omar. (2007) .Warisan Bangsa,Kuala
Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd.

60
Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunus. (2008). Peranan Guru dalam
Memupuk Kreativiti Pelajar. Retrieved 25 june 2015 from
http://www.ukm.my

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee. (1989). Latihan Mengajar Untuk Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ng Ying Shya.(2004).Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru-guru


Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi
Malaysia:Tesis Sarjana Muda.

Rosinah Edinin.(2011). Kajian Penyelidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications &


Distributors.

Noresah Baharom. (2013). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nor Ella Fadzilah Kamilan. (2012). Teknik Nyanyian dalam Mengenal, Menulis, dan
Mengira Nombor Asas 1-10. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP
Prasekolah amb. Januari 2009, ms45-55, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG
KBL Tahun 2012, 27 28 September 2012.

Portfolio Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita
Kurikulum. 9 (1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Suhana Udin. (2012). Meningkatkan Kemahiran Mengingat Huruf Idgham Maal


Ghunnah Menggunakan Gabungan Kaedah Ilustrasi Kartun, Pergerakan dan
Nyanyian. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam
amb. Januari 2009, ms. 230-242, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, 27 28 September 2012.

Quek.(2006).Sing It!. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah


amb. Januari 2009, ms. 98-11, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, 27 28 September 2012.

Wan Zainura (2008) Asas Seni Visual, Tanjong Malim, UPSI.

61
LAMPIRAN 1A

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TELOK,

BATU PAHAT, JOHOR

NAMA : ________________________________________________

TAHUN : _________________

UJIAN PRA

PENDIDIKAN SENI VISUAL

ANYAMAN

TAHUN 1

15 Minit

JANGAN BUKA KERTAS INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak tidak termasuk muka depan.


2. Ujian ini mengandungi 6 soalan.
Jawab semua soalan pada ruang yang disediakan.

BAHAGIAN MARKAH

A /2

B /2

C /2

JUMLAH /6

62
BAHAGIAN A

Jawab soalan-soalan yang berikut

1. Tandakan x bagi hasil anyaman yang baik dan kemas?

2.Tandakan x bagi hasil anyaman yang tidak kemas ?

63
/2 MARKAH
BAHAGIAN B

Jawab soalan-soalan yang berikut

1. Tandakan x bagi bahan yang boleh digunakan untuk


menganyam?

2. Tandakan x bagi bahan yang tidak boleh digunakan untuk


menganyam?

64
/2 MARKAH

BAHAGIAN C

Jawab soalan-soalan yang berikut

1. Tandakan x bagi anyaman bermotifkan mata bilis.

2. Tandakan x bagi anyaman bukan bermotifkan mata bilis.

65
/2 MARKAH

LAMPIRAN 1B

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TELOK,

BATU PAHAT, JOHOR

NAMA : ________________________________________________

TAHUN : _________________

UJIAN PASCA

PENDIDIKAN SENI VISUAL

ANYAMAN

TAHUN 1

15 Minit

66
JANGAN BUKA KERTAS INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak tidak termasuk muka depan.

2. Ujian ini mengandungi 6 soalan.

Jawab semua soalan pada ruang yang disediakan.

BAHAGIAN MARKAH

A /2

B /2

C /2

JUMLAH /6

BAHAGIAN A

Jawab soalan-soalan yang berikut

1. Tandakan x bagi anyaman bermotifkan mata bilis.

67
2. Tandakan x bagi anyaman bukan bermotifkan mata bilis.

/2 MARKAH

68
BAHAGIAN B

Jawab soalan-soalan yang berikut

1. Tandakan x bagi hasil anyaman yang baik dan kemas?

2. Tandakan x bagi hasil anyaman yang tidak kemas ?

/2 MARKAH

69
BAHAGIAN C

Jawab soalan-soalan yang berikut

1. Tandakan x bagi bahan yang boleh digunakan untuk


menganyam?

2. Tandakan x bagi bahan yang tidak boleh digunakan untuk


menganyam?

70
/2 MARKAH
71
LAMPIRAN 2 A

Borang Temu-Bual sebelum


rawatan
BI SOALAN (Menguji minat murid) JAWAPAN R1
L

1. Apakah perasaan anda tentang anyaman


kelarai yang telah dihasilkan?

2. Adakah awak suka membuat anyaman


kelarai?

3. Kenapa awak suka/tidak suka membuat


anyaman kelarai?

4. Adakah awak mahu membuat anyaman


kelarai lagi selepas ini?
BIL SOALAN JAWAPAN R2

1. Apakah perasaan anda tentang anyaman


kelarai yang telah dihasilkan?

2. Adakah awak suka membuat anyaman


kelarai?

3. Kenapa awak suka/tidak suka membuat


anyaman kelarai?

4. Adakah awak mahu membuat anyaman


kelarai lagi selepas ini?

72
BI SOALAN JAWAPAN R3
L

1. Apakah perasaan anda tentang anyaman


kelarai yang telah dihasilkan?

2. Adakah awak suka membuat anyaman


kelarai?

3. Kenapa awak suka/tidak suka membuat


anyaman kelarai?

4. Adakah awak mahu membuat anyaman


kelarai lagi selepas ini?

BI SOALAN JAWAPAN R4
L

1. Apakah perasaan anda tentang anyaman


kelarai yang telah dihasilkan?

2. Adakah awak suka membuat anyaman


kelarai?

3. Kenapa awak suka/tidak suka membuat


anyaman kelarai?

4. Adakah awak mahu membuat anyaman


kelarai lagi selepas ini?

LAMPIRAN 2 B

Borang Temu-Bual selepas


rawatan
(Menguji minat murid) 73
BI SOALAN JAWAPAN R1
L

1. Apakah perasaan anda tentang anyaman


kelarai yang telah dihasilkan?

2. Adakah awak suka membuat anyaman


kelarai?

3. Kenapa awak suka/tidak suka membuat


anyaman kelarai?

4. Adakah awak mahu membuat anyaman


kelarai lagi selepas ini?
BIL SOALAN JAWAPAN R2

1. Apakah perasaan anda tentang anyaman


kelarai yang telah dihasilkan?

2. Adakah awak suka membuat anyaman


kelarai?

3. Kenapa awak suka/tidak suka membuat


anyaman kelarai?

4. Adakah awak mahu membuat anyaman


kelarai lagi selepas ini?

BI SOALAN JAWAPAN R3
L

1. Apakah perasaan anda tentang anyaman


kelarai yang telah dihasilkan?

2. Adakah awak suka membuat anyaman


kelarai?

3. Kenapa awak suka/tidak suka membuat


anyaman kelarai?

74
4. Adakah awak mahu membuat anyaman
kelarai lagi selepas ini?

BI SOALAN JAWAPAN R4
L

1. Apakah perasaan anda tentang anyaman


kelarai yang telah dihasilkan?

2. Adakah awak suka membuat anyaman


kelarai?

3. Kenapa awak suka/tidak suka membuat


anyaman kelarai?

4. Adakah awak mahu membuat anyaman


kelarai lagi selepas ini?

75
SEBELUM RAWATAN SELEPAS RAWATAN

R1 R2 R3 R4 R1 R2 R3 R4

BIL Y T Y T Y T Y T KRITERIA Y T Y T Y T Y T

1 KEMAS

-Gam tidak
meleleh

2 Memenuhi
konsep
corak
kelarai mata
bilis yang
betul dan
tepat.

3 Masa
mengcukupi

LAMPIRAN 3

Borang senarai semak pemerhatian


(Menguji kemahiran murid)

LAMPIRAN 4

INTERVENSI AKTIVITI ANYAMAN

KIT BEJU

76
Kit Beju merupakan intervensi bahan bantu mengajar untuk membantu

meningkatkan kemahiran, kefahaman dan minat menganyam bermotifkan mata bilis

murid di dalam bidang mengenal kraf tradisional.

Kit Beju ini adalah singkatan bagi Beruang Punya Baju. Dimana murid

dikehendaki menganyam menggunakan motif mata bilis di atas baju beruang yang

bergrid dan yang telah dilorekkan mengikut corak motif mata bilis.

Terdapat motif anyaman mata bilis di baju beruang tersebut, ini

memudahkan murid untuk memahami konsep anyaman mata bilis. Bukan itu juga,

bagi meningkatkan kefahaman murid dalam menganyam Kit Beju ini telah

menekankan konsep belajar sambil bermain.

Bagi menguji keberkesanan kemahiran murid dalam penggunaan Kit Beju

penyelidik telah mereka Kit Beju ini menggunaan dari bahan yang tahan lasak. Hal

ini akan memudahkan proses anyaman murid-murid seterusnya mampu

meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menganyam bermotifkan mata bilis.

Kit Beju ini juga mampu meningkatkan minat murid dalam penghasilan

anyaman bermotifkan mata bilis. Ini kerana penciptaan Kit Beju ini berkonsepkan

belajar sambil bermain. Bukan itu saja, Kit Beju ini juga boleh dijadikan boneka

tongkat, boneka tangan, bajunya boleh dijadikan penanda buku dan yang paling

menarik baju dan seluarnya direka dengan pelbagai warna yang menarik.

77
78
79
Intervensi Kit Beju

CARA PENGGUNAAN ALAT INTERVENSI

KIT BEJU UNTUK AKTIVITI ANYAMAN

Langkah 1

Responden diberikan bahan dan alatan yang diperlukan untuk menganyam

bermotifkan mata bilis yang terdapat di dalam Kit Beju.

Rajah 6 : Setiap responden akan mendapat sehelai baju untuk dianyam.

80
Langkah 2

Responden diberi tunjuk ajar menggunakan teknik demostrasi. Responden

dikehendaki menganyam baju beruang yang sudah mempunyai corak mata bilis

menggunakan jalur anyaman yang telah diberikan.

Rajah 7 : Responden menghasilkan anyaman pada baju beruang.

Langkah 3

Responden membuat kemasan dengan menggunting lebihan jalur anyaman dan

dengan menggunakan gam uhu untuk proses menamatkan anyaman supaya jalur

anyaman tidak tertanggal dari bidang anyaman.

81
Rajah 8 : Responden membuat kekemasan bagi proses terakhir dalam

menganyam.

Langkah 4

Setelah siap menghasilakan anyaman bermotifkan mata bilis, responden dibenarkan

untuk bermain dengan boneka beruang. Responden boleh menukar baju dan seluar

beruang yang mempunyai pelbagai warna yang terdapat didalam Kit Beju.

Rajah 9 : Responden begitu seronok ketika menggayakan baju pada boneka

beruang tersebut.

82
Rajah 10 : Perbezaan hasil anyaman kelarai bermotifkan mata bilis responden

sebelum dan selepas rawatan dijalankan.

83

You might also like