You are on page 1of 30

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

INTERAKSI
5

RANGSANGAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


LUKISAN KANAK-KANAK

SINOPSIS

Kursus ini memberi tumpuan kepada rangsangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi
lukisan kanak-kanak. Topik-topik khusus ini meliputi perkembangan lukisan kanakkanak mengikut fizikal, sosial, emosi, rohani, mental dan estetika. Malahan ia juga
menjelaskan definisi dan proses apresiasi lukisan kanak-kanak berdasarkan diskripsi,
analisis dan interpretasi..

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Menjelaskan tentang ransangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan


kanak-kanak.
2. Menjelaskan tentang perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut fizikal,
sosial, emosi, rohani, memtal dan estetik.
3. Menjelaskan definisi dan proses apresiasi.
4. Membuat apresiasi lukisan kanak-kanak dari segi tajuk, pengalaman dan
penggunaan alat dan bahan
5. Membuat apresiasi karya kanak-kanak berdasarkan diskripsi, analisis dan
interpretasi
RANGSANGAN DAN
KANAK-KANAK

FAKTOR-FAKTOR

YANG

MEMPENGARUHI

LUKISAN

Setiap insan di dunia mempunyai keinginan, terutamanya kanak-kanak. Sebagai guru,


memahami keinginan mereka memberi ruang kepada kita untuk mengatur sesi
pembelajaran

serta

pendekatan

yang

digunakan

dengan

cara

yang

lebih

berkesan. Apabila tiba pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak akan lebih
cenderung untuk melukis berdasarkan apa yang mereka lihat daripada menggunakan
imaginasi sendiri. Kenapa ini berlaku?
65

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK


(a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung
Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkan motivasi
kanak-kanak. Di dalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karya oleh kanakkanak perlu mendapat kredit yang sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan
oleh kanak-kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan murid di sekolah
sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai
satu bentuk penghargaan kepada mereka di atas usaha menghasilkan karya. (b) Untuk
Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami
Aktiviti melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di
kalangan kanak-kanak. Pertandingan seperti pertandingan melukis dan mewarna sering
diadakan bertujuan untuk mewujudkan persaingan positif di kalangan kanak-kanak di
samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi denganrakan sebaya.
Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari
kaedah dan perkara baru sesama mereka. (c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan
Meluahkan Perasaan
Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti
kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak diberikan peluang untuk
meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil, pen,
pensil warna, dan sebagainya. Kanak-kanak sememangnya sukauntuk mencuba.
Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripadaproses pembelajaran bagi
kanak-kanak.

Latihan

66

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Sebagai guru, bagaimanakah pengetahuan tentang perkembangan artistik pelajar dapat


membantu meningkatkan proses pembelajaran?
Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan maklumat mengenai mengapa
kanakgemar melukis dan seharusnya telah memahami mengapa Lukisan yang
dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi dan makna yang berbeza dengan
karya yang dihasilkan oleh golongan dewasa. Karya yang dihasilkan oleh kanak-kanak
merupakan satu kaedah bagi mengenal pasti proses perkembangan mereka justeru
dan bolehgunakan pengetahuan ini untuk mengatur aktiviti yang menggalakkan
perkembangan artistik mereka. Selain daripada itu berikan peluang kepada kanakkanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan seusia dengan
mereka supaya pengalaman rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada proses
pembelajaran.
PENGALAMAN MELALUI PENGGUNAAN ALAT, MEDIA DAN ALAT BANTU
Namakan lima deria yang ada pada manusia normal, dan bagaimanakah deria-deria ini
membantu dalam kehidupan anda sehari-hari?

Ekspresi seni memerlukan medium. Seperti mana pelukis memerlukan kanvas, berus
dan warna; kanak-kanak juga perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk
dapatmerangsang daya imaginasi mereka. Harga bukanlah menjadi isu kerana kreativiti
dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. Perkara paling mudah ialah
dengan menyediakan krayon dan kertas dan kanak-kanak diberi kebebasan untuk
berkomunikasi dengan kreativiti sendiri. Membekalkan alatan sampingan untuk
merangsang minda mampu memberi anjakan motivasi dan membuatkan proses
pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Untuk menggalakkan perkembangan ini,
guru-guru seharusnya tidak terlalu bergantung kepada kreativiti kanak-kanak itu sendiri
malah haruslah memikirkan alatan bersesuaian yang boleh disediakan untuk
merangsang daya imaginasi kanak-kanak di dalam kelas.

67

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Pelbagai Jenis Alat dan Media Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik
sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif
pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis
alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang
minda kanak-kanak.
(a) Alatan Asas
Walaupun penyediaan peralatan untuk pembelajaran seni visual di sekolah amat
berkaitrapat dengan peruntukan yang disediakan oleh sekolah yang telah ditetapkan
oleh kementerian, setiap bilik seni di sekolah pasti menyediakan alatan-alatan asas
seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. Di peringkat permulaan, alatan ini
sebenarnya memadai untuk merangsang minat kanak-kanak untuk melukis dan
mencipta. Dengan bimbingan yang sesuai, terpulanglah kepada para pelajar untuk
bermain dengan pelbagai warna dalam eksplorasi penghasilan karya kreatif mereka.
(b)

Gambar

Satu lagi bentuk rangsangan yang efektif ialah dengan memperkenalkan gambargambar foto kepada kanak-kanak. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan
daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan,
pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di
dalam pembelajaran adalah menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat
khabar, majalah ataupun risalah,ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri.
Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan
gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranya
guru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam
karya lukisan mereka. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa teknik meniru tidak
akan memupuk kreativiti kanak-kanak, malah tidak ada elemen pembelajaran yang
boleh didapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik imitasi merupakan antara
teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal, di atas
68

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

kelebihan-kelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam,


namun pengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi
gambar ini dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan
imej yang

serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih

menitikberatkan ketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar
terhadap objek alam kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin
ditiru.
Satu lagi objektif memperkenalkan gambar foto ialah dengan tujuan untuk
memperkayakan tatabahasa visual kanak-kanak. Memperluaskan tatabahasa visual
dapat menajamkan ingatan visual kanak-kanak terhadap imej yang diperkenalkan,
sekaligusn meluaskan pengetahuan mereka terhadap imej-imej tersebut. Bagi
mencapai objektif ini,guru-guru digalakkan memprojeksikan gambar tersebut di
hadapan kelas agar semua pelajar mendapat gambaran yang jelas. Sekiranya
kemudahan projektor, komputer dan perisian Microsoft Powerpoint ada disediakan di
sekolah, guru bolehlah mengaplikasikan teknologi tersebut untuk tujuan ini.
Semasa dipaparkan, guru perlu memberi penerangan terperinci mengenai imej
terbabit. Contohnya dalam memaparkan imej rumah minangkabau disertakan dengan
penjelasan guru, para pelajar bukan sahaja dapat melihat bentuk dan rupa imej
tersebut, malah penguasaan tatabahasa visual mereka dikuatkan lagi dengan
pengetahuan berkenaan ciri-ciri khas rumah, budaya serta warna yang signifikan
dengan rumah tersebut. Maklumat ini seterusnya dapat dipindahkan oleh pelajar ke
dalam karya lukisan mereka.
Latihan
Bagaimanakah teknik meniru gambar foto berkemampuan untukmenajamkan daya
ingatan para pelajar terhadap imej di dalam foto?

69

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

(c)

Rakaman Video dan Penggunaan ICT Penggunaan rakaman video dan teknologi

maklumat memberikan nafas baru di dalam pembelajaran seni visual di sekolah.


Walaupun kemudahan teknologi yang disediakan di sekolah mungkin agak terhad,
sekurang-kurangnya

guru

masih

boleh

menggunakan

rakaman

video

dan

menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang
terdapat di sekolah-sekolah. Jadi, rakaman video bagaimanakah yang sesuai untuk
ditayangkan kepada para pelajar? Sekali lagi, guru harus memikirkan kesesuaian
kandungan video berdasarkan sukatan mata pelajaran pendidikan seni visual.
Sekiranya fokus guru adalah untuk mengajar proses pembuatan sesuatu bahan atau
benda, jadi rakaman video tentang proses pembuatan bahan tersebut bolehlah
ditayangkan. Contohnya, proses pembuatan batik, pasu tanah liat, wau, dan
sebagainya. Setiap satu proses yang ditayangkan perlu mendapat penerangan
sampingan daripada guru dan harus disusuli dengan sesi soal-jawab untuk menjawab
keraguan atau soalan yang bermain di fikiran para pelajar.
Walaupun di dalam pendidikan seni visual, guru akan mendemonstrasikan sendiri
proses pembuatan sesuatu bahan atau material, namun rakaman video merupakan
alternatif terbaik di atas sebab-sebab tertentu. Menayangkan rakaman video memberi
penegasan terhadap proses pengeluaran sesuatu objek. Ada kalanya guru ingin
mendedahkan pengetahuan tentang proses tertentu yang mungkin tidak dapat di
demonstrasikan di dalam kelas kerana kos yang mahal dan ketiadaan bahan-bahan.
Oleh itu dengan tayangan video, proses pembuatan sesuatu bahan masih dapat
didedahkan kepada para pelajar.Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan
digital dan elektronik dalam proses pembelajaran seni visual dan ianya memberi
pengalaman yang baru dan berbeza kepada para pelajar dan juga guru. Penggunaan IT
dalam pengajaran memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk meneroka benda.
Menggunakan

komputer

memang

menyeronokkan,

tetapi

kanak-kanak

perlu

mempunyai kemahiran untuk mengendalikan komputer terlebih dahulu sebelum mereka


dapat memanipulasikan perisian-perisian yang ada. Di dalam pendidikan seni visual,
penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet mencabar

70

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

guru untuk memikirkan alternatif kepada suasanapembelajaran yang lebih kreatif dan
menyeronokkan.
PENGALAMAN DERIA
Apakah penggunaan deria terhad kepada untuk melihat, menyentuh, mendengar,
merasa dan menghidu sahaja? Pada pendapat anda, mampukah deria mempengaruhi
cara dan gaya anda belajar?
Perasaan ingin tahu mempunyai tarikan yang kuat untuk menggalakkan kanakkanakmempelajari sesuatu. Seni memberi ruang kepada mereka untuk menjalinkan
hubungan
intim dengan dunia di sekeliling mereka. Untuk memahami persekitaran, kanak-kanak
perlu lebih peka dan ini memerlukan mereka membuka dan menajamkan setiap deria
yang dimiliki deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Umum mengetahui bahawa
setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar,
deria lihat dan deria sentuh. Kelima-lima deria ini memainkan peranan yang amat
penting di dalam kehidupan manusia sehari-hari, dan sangat-sangat diperlukan untuk
proses pembelajaran. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, guru haruslah bijak
mengasuh kanak-kanak menggunakan deria mereka. Penggunaan deria yang baik
akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif,
dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.
Pelbagai pendekatan boleh diambil oleh guru untuk merangsang penggunaan
pancaindera kanak-kanak. Dalam konteks pembelajaran, pendekatan mengadakan
perbincangan dan lawatan boleh menajamkan deria para pelajar.
Cara Belajar
Deria memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam proses pembelajaran
kanak-kanak. Namun perlu disedari bahawa setiap kanak-kanak adalah individu yang
berbeza, oleh itu tahap penggunaan serta kecenderungan mereka di dalam
penggunaan deria adalah berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain.
71

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Kecenderungan ini mempengaruhi minat kanak-kanak, cara mereka memproses dan


menterjemah

maklumat

serta medium terbaik untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Kajian-kajian yang


dijalankan mendapati bahawa terdapat tiga jenis kecenderungan utama di dalam belajar
atau tiga cara belajar: visual, auditori dan kinestetik.
Belajar Secara Visual
Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang
gemarmenggunakan

deria

penglihatan

lebih

daripada

deria

yang

lain

untuk

mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam


golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan
gambar. Semasa sesuatu pembentangan dilakukan atau semasa guru sedang
mengajar, pelajar ini suka menyalin nota dengan terperinci. Ada kalanya pelajar visual
hanya dapat belajar dengan efektif sekiranya mereka dapat melihat maklumat di dalam
format bertulis. Berhadapan dengan pelajar visual, adalah lebih berkesan sekiranya
guru dapatmemastikan bahawa memek muka serta isyarat-isyarat bukan verbal dapat
dilihat dengan jelas oleh pelajar-pelajar ini. Guru juga perlu membanyakkan paparan
visual di dalam pengajaran seperti diagram, video, carta dan pemilihan material
pembacaan sekiranya mampu biarlah mempunyai ilustrasi menarik. Guru juga
seharusnya memberi masa yang secukupnya kepada pelajar-pelajar ini untuk menyalin
informasi pengajaran dengan cara yang terperinci agar mereka dapat memahami dan
menyerap maklumat yang disampaikan.
Belajar Secara Auditori
Pelajar auditori menggunakan deria mendengar lebih daripada yang lain semasa
proses pembelajaran. Mereka lebih terangsang untuk belajar dengan medium verbal.
Semasa di dalam kelas, pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami,
dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak
memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.
Untuk mengajar pelajar auditori dengan lebih berkesan, ada beberapa teknik yang
boleh diaplikasikan oleh guru. Sekiranya ingin memberitahu sesuatu maklumat,
72

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

pastikan maklumat tersebut tidak hanya dicetak di atas kertas (yang hanya
menguntungkan pelajar visual), tetapi hendaklah dibaca dengan kuat. Galakkan
perbincangan di dalam kelas, sebarang masalah boleh dibincang dan dihuraikan
dengan jelas dan belajar untuk mendengar pendapat pelajar-pelajar. Kerja-kerja
kumpulan juga hendaklah digalakkan dijalankan melalui aktiviti-aktiviti perbincangan.
Guru juga haruslah lebih peka dengan isyarat verbal mereka semasa mengajar kerana
pelajar auditori juga mempunyai

kecenderungan untuk menterjemah maksud

tersembunyi melalui ton suara guru, kepantasan dan nada yang digunakan.
Belajar Secara Kinestetik
Pelajar kinestetik mendapatkan kemahiran melalui imitasi dan latihan. Pelajar
golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan.
Malangnya bukanlah satu kelaziman untuk guru-guru di sekolah mengajar dengan
menggunakan pendekatan ini. Ketidakserasian cara belajar dengan teknik pengajaran
guru membuatkan pelajar kinestetik tidak dapat memproses maklumat dengan baik dan
impaknya mengakibatkan mereka selalu ketinggalan di dalam kelas. Untuk pengajaran
yang lebih berkesan, golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on.
Guru juga seharusnya menganjurkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan penglibatan
langsung para pelajar atau tugasan yang berbentuk praktikal, pengajaran juga lebih
kepada demonstrasi dan bukan sekadar hanya penerangan.

Sekiranya guru

merasakan demonstrasi merupakan cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu


maklumat, pilihlah pelajar kinestetik untuk melakukan demonstrasi tersebut.
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak
mula mendapat tempat di kalangan penyelidik, pengkaji, pendidik dan ahli psikologi
pada awal 1900. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa
proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu.
Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulang73

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

ulang di dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan
dengan umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik selalunya jelas
berdasarkan kematangan usia mereka.
PERKEMBANGAN ESTETIK
Kita sering mengaitkan elemen estetika dengan kreativiti dan artistik.

Apakah

sebenarnya estetik dan bagaimanakah ianya berbeza dengan konsep kreativiti di dalam
seni?
Perkembangan estetik kanak-kanak selalunya diterjemahkan melalui gerak-geri dan
pergerakan badan mereka. Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika
mereka merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam
perkembangan seni kanak-kanak tersebut, malah amat penting di dalam perkembangan
pemikiran dan intelektualiti mereka. Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan
pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara
verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan,
memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan
estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela
kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.
Walaupun perkembangan estetik kanak-kanak secara total masih belum dapat
dikenalpasti, para pengkaji telah menemui beberapa pergerakan yang menjadi refleksi
kepadaperkembangan estetik kanak-kanak. Pergerakan estetik awal kanak-kanak
mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang
mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian
otak yang merangsang emosi. Kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun selalunya
mengeluarkan isyarat-isyarat tertentu yang lebih berbaur emosi daripada rasional atau
intelektualiti. Isyarat-isyarat biasa seperti tunduk memberi hormat atau pergerakan
biasa yang dilakukan ketika beribadat mempunyai implikasi emosi. Apabila usia mereka
meningkat ke tahun ketiga dan keempat, kanak-kanak menjadi lebih peka kepada
gerakan-gerakan dinamik yang melibatkan imbangan, arah, konsisten, daya dan juga
74

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

keintiman. Di usia ini, mereka dapat mengimbangkan diri mereka dengan baik di atas
kerusi yang kecil dan mengekalkan langkah yang konsisten semasa mencuba tarian
yang mudah. Mereka juga dapat membezakan kiri dan kanak, atas dan bawah.
Pada

umur

tahun,

kanak-kanak

tahu

bahawa

gerak-geri

mereka

juga

mempunyaielemen psikologi. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan menundukkan


muka atau pun melahirkan ekspresi sedang berfikir dengan meletakkan tangan di
bawah dagu. Semua pergerakan ini adalah luahan estetik mereka dan sebagai orang
dewasa, pemerhatian terhadap pergerakan-pergerakan mereka akan dapat membantu
kita menentukan apa yang bermain di dalam fikiran dan jiwa mereka.
PERKEMBANGAN ARTISTIK
Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelas
perkembangan

artistik

kanak-kanak.

Antara

model-model

terkemuka

telah

diformulasikan oleh Lowenfeld (1975), Chapman (1972). Model-model ini secara


umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama.
Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat
scribbling ke representation. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:
(a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat
awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis
dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan (b) Lukisan kanak-kanak dapat
memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana
ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanakkanak daripada berus dan warna.
(c)

Terdapat

pertindihan

yang

agak

ketara

di

antara

peringkat-peringkat

perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat


serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.
Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali dikaitkan
dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan idea dan
75

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-kanak ini. Albert
Einstien ( Schilpp 1949), menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak
adalah apabila mereka bermain dengan fikiran.
E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap
paling kreatif pada usia empat tahun.
Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin menarik untuk
kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti yang ada
pada diri mereka.
Apakah sifat-sifat istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita
memahami cara yang unik mereka mengalami dunia?;
Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun;
a) Bebas
b) Seronok mempelajari perkara baru
c) Sifat ingin tahu
d) Suka bermain/ keseronokkane) Peserta yang aktif
Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka
lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini bersifat mengikut, meniru

apa yang

mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya sifat orang dewasa.


Sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang sekiranya perkara yang ditunjuk oleh
ibu bapa berbeza.
Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sememangnya kreatif,
Bagaimana dikatakan persekitaran menyokong keupayaan kreativiti kanak-kanak
tersebut?
Bagaimana kreativiti ini dipupuk agar kekal dalam diri kanak-kanak ? mungkin
permulaan yang baik untuk membangunkan kesedaran kompleks dalam proses
pemikiran kreatif.

76

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Kreativiti sangat susah untuk kita fahami. Namun perkembangannya boleh dilihat dari
peringkat ke satu peringkat ketika usia kanak-kanak.
Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif( Lowenfeld 1975).
Menurut

Guilford

(1964)

menerangkan

bahawa

intelektual

atau

minda

mempunyai lima bentuk operasi yang terdiri daripada;


a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat
b) memori, yang menerima dan menyimpan maklumat
c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus
d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah
yang selari dengan pemikiran kreatif
e) penilaian,

yang

merupakan

hasil

pertimbangan

sesuatu

tindakkan.

Kepentingan Aktiviti Melukis dan Kreativiti dalam perkembangan kanak-kanak


Melukis sebagai medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi
awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur.
Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanakkanak.
Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat
membina kekuatan otot.
Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem).
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam
meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej
yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.
Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera.

77

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Setiap kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi dalam sesuatu perkara.


Kanak-kanak sangat kreatif dalam melakukan sesuatu perkara untuk memenuhi
citarasa mereka.
Sebagai contoh apabila mereka melakar atau membina sesuatu permainan
seperti melukis kereta, orang atau apa sahaja, ia datangnya daripada imaginasi
mereka sendiri.
Oleh sebab itu, hasil yang diperoleh adalah lukisan yang pelik yang tidak
terjangkau akal orang dewasa.
Seni - Bahasa pertama kanak-kanak
Kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk
pertumbuhan minda mereka.
Kanak-kanak ini tidak boleh dipisahkan dari kesenian terutama dalam kegiatan
harian mereka.

Seni membantu perkembangan kanak-kanak


Melalui seni, kanak-kanak mendapat kemahiran dan membangunkan konsep
yang meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berinteraksi dengan
persekitaran. Perkembangan kanak-kanak ini boleh dilihat dari segi:
a) Fizikal - seni membantu kanak-kanak membangunkan fizikal untuk membaiki
keupayaan untuk mengawal besar dan kecil otot dan mengawal dan membaiki
koordinasi tangan-mata.
Penyediaan pelbagai bahan dan alat membantu kanak-kanak ini meningkatkan
keupayaan mereka untuk mengawal basar dan kecil otot kanak-kanak tersebut.
Hal ini kerana keseronokan mereka mengambil alat, mangangkat barangan seni,
dan lain-lain sebenarnya automatik menyumbang kepada perkembangan fizikal.
Selain daripada itu, permainan yang melibatkan penggunaan mainan doh dan

78

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

tanah liat meningkatkan kekuatan jari. Penggunaan berus dan easel mengawal
lengan dan pergelangan tangan

b) Emosi dan sosial, seni juga membantu kanak-kanak membangunkan emosi


untuk menjadi lebih berkeyakinan.
Murid boleh berinterakasi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain
meningkatkan keyakinan diri.
Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama
didalam aktiviti kumpulan yang dibentuk.
c) Kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka.
Aktiviti dan projek seni juga mengutamakan proses, berbanding dengan hasil
akhir.
d) Kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang
menggalakkan kanak-kanak ini berfikir, malah mengembangkan minda kanakkanak yang mempunyai masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan.
Kanak-kanak sangat memerlukan tunjuk ajar daripada orang dewasa untuk
mengembangkan bakat melalui imaginasi mereka.
Sekiranya kita ingin melahirkan generasi yang berwawasan, maka "Be the
Change you want to see in the world".
PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK
Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama
dalam kerja-kerja seni seperti lukisan.

79

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-kanak, guru dapat


melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa
tampaknya.
Setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran
kanak-kanak adalah mengikut tahapnya sendiri.
Selain daripada itu, pembelajaran kanak-kanak juga berlaku melalui pemerhatian
terhadap orang lain dan peniruan dari apa yang mereka lihat dan dengar.
Kanak-kanak lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara
yang menarik perhatian mereka.
Corrado Ricci yang berbangsa Itali telah menghasilkan tulisannya di dalam buku
yang bertajuk The Art of Little Garden yang mana mengkaji beberapa lukisan
kanak-kanak.
Kanak-kanak suka mengambarkan diri mereka sebagai ibu bapa, guru-guru dan
sebagainya.
Mereka suka menggunakan daya imaginasi mereka. Mereka mempunyai
interpretasi yang berbeza dengan karya yang di hasilkan oleh orang dewasa.
Karya kanak-kanak bersifat peribadi, luahan dan ekspresif. Ini kerana lukisan
merupakan alat komunikasi awal sebelum mereka berupaya untuk bertutur.
Aktiviti lukisan dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina
kekuatan otot kanak-kanak.
PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI, ROHANI, SOSIAL, MENTAL DAN ESTETIK
Aspek Kognitif
Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama
ada daripada segi gaya mahu pun kandungan.
Aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat
penilaian dan bijak membuat keputusan.

80

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanakkanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan
kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh
dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal
dan terkawal.
Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan, sembarangan,
ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang permukaan. Contengan
terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan lebih terkawal,
boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi dengan
menunjukkan minat
Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni
memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor)
dan koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot
kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa
batasan perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas.

Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk

mengembangkan

aspek

kreativiti

mereka

kerana lukisan

artistik

mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

Kanak-kanak

boleh

mempertingkatkan

dan

menajamkan

penggunaan

pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep


pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan
seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan
lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang
mereka lihat.

81

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Aspek Sosial dan Emosi


Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat
meningkatkan keyakinan diri. Proses penyertaan ini mewujudkan kerjasama
antara kumpulan yang dibentuk.

Emosi kanak-kanak juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil
seni mereka. Kanak- kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek
yang mereka sukai atau individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin
disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz,
bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada lukisan mereka.

Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian


yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara
entiti.
Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. Walaupun pemisahan kurikulum
ini

bagus

secara

analisis,

tetapi

kanak-kanak

adalah

holistik

dan

pembelajarannya juga secara holistik.

Kanak-kanak yang menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang


boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial

LATIHAN
Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu
menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan
sukatan matapelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan
media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk meransang minda
kanak-kanak.
(a) Senaraikan EMPAT alatan asas yang boleh disediakan oleh guru pendidikan
seni visual bagi meransang minat kanak-kanak untuk melukis dan mencipta.

82

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Calvin W. Taylor (1976) percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat


dengan cara guru meransang pemikiran mereka. Melalui teorinya Multiple
Creative Talent, beliau percaya pembentukan bakat perlu sesuai dengan aktiviti
yang dijalankan di dalam kelas. Beliau membahagikan kreativiti kepada lima
peringkat utama. Huraikan LIMA peringkat utama tersebut.

Pelajar visual secara amnya dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang


gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk
mendapatkan

maklumat

semasa

proses

pembelajaran

berlaku.

Jelaskan DUA peranan yang boleh dimainkan oleh guru di dalam meransang
pelajar mempelajari secara visual
APRESIASI HASIL SENI 2 DIMENSI KANAK-KANAK
OBJEKTIF APRESIASI
a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni
b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan
c) Menghasilkan karya (produk seni)
d) Memahami seni dan hubungannya
e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni
APRESIASI
PENGENALAN
Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai
tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara
mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan
stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspekaspek kognitif. Hal ini disebabkan oleh, ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap
penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai

83

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan
aspek-aspek afektif.
Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation such as
defining, valuing and explaining Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih
luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan
sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.
Menurut Chapman (1978) if treatart if it were only a matter of learning acts an
mastering technique, we deny its value and character. Kebanyakan pendidik seni
percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat,
tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
Macfee (1961) menegaskan bahawa every culture, differences in value and
belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an
decoration
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.
Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan
disentuh.Apresiasi

seni

secara

aktif

melibatkan

penggunaan

bahasa

untuk

berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini
pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni
yang diperlukan.
Objektif apresiasi ialah memahami dan bertindak terhadap aspek seni. Selain itu,
mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni),
memahami seni dan hubungannya serta membuat dan menggunakan pertimbangan
estetik dan kualiti karya seni.
Tujuan Apresiasi dan Kritikan Seni.

84

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika,


pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung dalam hasil
senidan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasilhasillain berdasarkan persepsi visual.
Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara
kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan
dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.
Pendekatan apresiasi dan kritikan seni:
Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatan
dalam apresiasi seni iaitu dengan cara pendekatan secara logik dan pendekatan secara
psiklogi.
Pendekatan secara logik iaitu pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan
memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek
andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Cadangan
aktiviti pendekatan secara logik ialah secara penerangan membaca, mengkaji, bila
dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai- nilai estetika dan pengaruh.
Secara pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun
gambar- gambar. Secara perbandingan pula ialah analisa, penilaian, perbandingan
antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Secara penghasilan ialah
membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas,
kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.
Ciri-ciri karya arca
Arca tidak seperti mana dengan seni tampak yang lain kerana mempunyai ciri-ciri
tertentu iaitu bercirikan tiga dimensi (3D). Hal ini disebabkan oleh, arca merupakan
bentuk citra dalam susuanan tiga dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.
Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman
dan reka bentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

85

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Jenis bentuk arca


Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk
estetika. Arca bentuk berfungsi dimaksudkan dengan arca yang boleh digunakan di
samping memaparkan ciri-ciri estetikanya. Bagi arca bentuk estetika pula merupakan
bentuk cipataan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu, hanya untuk dihayati
dari aspek estetikanya.
Oleh itu, arca estetika biasanya dipamerkan di galeri, taman, atau ruang legar
kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi oleh orang ramai.
Terdapat beberapa jenis arca antaranya arca tambahan, arca asemblaj, arca luakan,
arca binaan, arca acuan, arca bergerak/arca mobil/arca kinetik, arca stabil arca
timbulan, arca dinding, arca instalasi ( pemasangan), dan arca citra tanah (seni land).
Arca-arca tersebut mempunyai perbezaan tertentu dari segi bahan yang
digunakan, dan teknik. Arca tambahan menggunakan bahan seperti tanah liat, lilin,
bahan-bahan rapuh, gangsa, tuangan simen, dan sebagainya. Arca tambahan ini
menggunakan teknik bahan lembut digunakan sebagai tempat tumpangan. Bahan
sebenar ialah gangsa tuangan atau simen. Bahan lembut boleh dipecahkan apabila
arca sebenar siap. Arca tambahan dibina pada arca utama.
Bagi arca asemblaj pula, menggunakan bahan seperti kayu logam, batu, simen,
bongkah-bongkah, plaster Paris atau bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna,
dan jalinan yang menarik, serta alat untuk menolong dan memateri. Bahagian yang
berasingan dicantumkan menjadi satu bentuk yang menarik merupakan teknik arca
asemblaj.

86

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Sejarah arca
Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk,
dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira
tahun 8000 S.M. masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani,
Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan
menggunakan bahan-bahan yang berlainan.
Pada zaman itu, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan
disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan
dan keagamaan. Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni (1475-1564), merupakan
pengarca yang teragung pada Zaman Pembaharuan iaitu lebih dikenali sebagai
Renaissance di Eropah.
Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman
sebelum Perang Dunia Kedua ialah Henry Moore (1898-1986), yang berbangsa
Inggeris dan Alberto Giacometri (1901-1966), warganegara Switzerland. Selepas
Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan
tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya kepada bahan plastik,
nilon, fabrik, dan bahan buangan lain.
Di samping teknik luakan binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan,
gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan. Terdapat juga arca yang bergerak,
berbunyi atau berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.
Arca instalasi (pemasangan) merupakan seni yang dapat bertindak terus
dengan orang yang sedang melihat atau memandang dalam tempo dan ruang tertentu
87

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

kerana arca jenis ini dicipta khas buat sementara waktu bagi tapak tertentu dalam
sesuatu pameran. Selain itu, arca ini juga merupakan karya tiga dimensi (3D) yang
memerlukan ruang yang luas untuk dihasilkan dan dipamerkan. Bahagian-bahagian
berasingan dicantum, dipasang, atau disusun menjadi satu.
Seni land (citra tanah) ialah projek seni dalam skala besar yang sering berkaitan
dengan tapak alam semulajadi tertentu. Pergerakan seni ini dapat menarik perhatian
orang ramai terhadap masalah pencemaran alam sekeliling yang bertambah serius
masa kini. Seni land menggunakan mesin atau jentera berat untuk menukar permukaan
bumi/tanah atau membungkus tapak yang sedia ada. Seni yang dipersembahkan
adalah dalam bentuk siri gambar foto atau video.
Sejarah arca di Malaysia tidak berkembang secara meluas berbanding dengan
catan. Namun, terdapat juga karya yang sangat menarik dan tersohor. Arca yang
menarik lahirnya dari minda yang kreatif dan mempunyai semangat dan kesabaran
yang tinggi. Pengarca yang memina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar
tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau,
Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Sen, Ramlan Abdullah dan ramai lagi.
Mad Annuar Ismail, Raja Shahriman Raja Aziddin, Chin Wan Kee, Wong Pei Yu,
dan lain-lain nama baru yang melopori bidang arca di Malaysia. Mereka merupakan
generasi muda yang aktif dalam kegiatan mencipta karya-karya arca.
Baharuddin Mohd Arus, John Hii, Hasnul Jamal Saidon, dan lain-lain adalah
pengarca-pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia. Laman
Asean yang terletak berhampiran Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah
taman arca yang istimewa di Malaysia. Enam buah karya arca di sini merupakan hasil
kreativiti pengarca dari Indonesia, Thaniland, Brunei Darussalam, Singapura, dan
Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke 20 penubuhan Asean.

88

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Apresiasi 3 D - Seni Arca yang dipilih.

Raja Shahriman Raja Aziddin dilahirkan pada 17 November 1967 bertempat di Kuala
Kangsar, Perak. Beliau melanjutkan pelajaran ke Dip in Art and Design (Fine Art) UTM
(Majoring Sculpture). Contoh pameran yang telah diadakan ialah pada tahun 2009 iaitu
3D to 2D : Sculpture Studies, Pelita Hati House of Art, Kuala Lumpur. Pada tahun
1992 beliau telah mengadakan pameran Young Contemporary, National Art Gallery,
Kuala Lumpur.
Raja Shahriman Raja Aziddin mahu karyanya berdiri sendiri dan dihayati oleh
penonton dengan bebas. Dalam kebebasan itu, penonton mungkin mencipta sesuatu
yang berlainan dalam kotak fikiran dan ruang pengamatan mereka.

89

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Tajuk : Persamaan Membangun atau Growing Equity.


Taman Wawasan, Public bank, Kuala Lumpur.
Jika dilihat dari sifat semulajadi manusia, pembangunan merupakan satu faktor yang
berterusan. Manusia dicipta dengan akal fikiran bagi mencapai kemajuan iaitu dari segi
rohani dan jasmani serta material dan spiritual. Setiap pembangunan harus ada
matlamat dan dalam mencapai matlamat perlu ada wawasan supaya perjalanan menuju
kepada kemajuan merupakan perjalanan yang selamat.
Arca ini menggunakan unsur rupa dengan rentak yang lembut yang
melambangkan sifat semulajadi pertumbuhan. Pada bahagian atas arca terdapat garis
tegak yang meruncing ke atas melambangkan perjalanan ke arah kemajuan. Menurut
Raja Shahriman Raja Aziddin juga fungsi yang menunjuk ke langit pada arca tersebut
kerana dalam mencapai kemajuan kita mesti tidak melupakan keagungan Tuhan.

90

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Selain itu, garisan utama yang besar melambangkan wawasan sebagai


landasan utama di dalam usaha mencapai kemajuan. Garisan pendek melintang yang
berulang-ulang di atas garis utama pula melambangkan kemajuan yang telah dicapai
dan yang akan dicapai sepanjang perjalanan menuju ke arah matlamat mencapai taraf
Negara maju. Kesemua kemajuan ini bergerak ke arah matlamat yang satu serta
berlandaskan wawasan yang sama.

Apresisi Karya 2 Dimensi

Tay Hooi Keat


Fishermen Village Oil 1956
Karya ini dihasilkan oleh Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman
Village Oil, dengan menggunakan media cat minyak. Tema dalam karya ini
menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki.
Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya postimpresionisme. Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang
kelihatan seolah-olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan
91

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan
menimbulkan keindahan apabila memandang.
Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya
ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat
sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai. Unsur ruang pula ialah
ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya beransur gelap.
Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang mendalam kepada
penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan yang dihasilkan
dengan warna garang,
PROSES APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai
proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti
apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
a) Menggambarkan (Deskripsi)
b) Menganalisa
c) Tafsiran (Interpretasi)
d) Penilaian
A. MENGGAMBARKAN
Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna,
garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.
B. MENGANALISA
i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan
stuktur
ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
iii. Menghauraikan stail sesuatu karya
92

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

C. TAFSIRAN
i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol,
unsur-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora
(ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.
D. PENILAIAN
i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian,
gubahan, teknik dan fungsi
ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,
keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.
LATIHAN

Redza Piyadasa
93

PSV 3033 KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK

Malay Couple, 1988,


Mixed media collage, 60 x 50 cm
PENILAIAN: Perbincangan lanjut
Apakah fikiran anda tentang karya ini secara keseluruhan?
Bagaimanakah anda nilai hasil kerja ini? Biasa, sederhana, ,baik dan cemerlang?
Adakah anda suka? Kenapa?
Pada pandangan anda, apakah gred yang anda akan beri terhadap karya tersebut?
Bolehkah anda kaitkan karya tersebut dengan kehidupan anda

94

You might also like