You are on page 1of 36

HBAE1403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 6 (SEPTEMBER) / TAHUN 2012

HBAE1403 MENGGAMBAR

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

YOSNIZAAN BIN JOPRI 780118016551001 780118-01-6551 019-7198024 yosnizaan@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT

HBAE1403

ARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan. Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

HBAE1403

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

Bincangkan

keperluan

dan

kepentingan

aktiviti

menggambar

kepada

perkembangan dan pertumbuhan diri kanak-kanak. Sertakan contoh-contoh hasil kerja menggambar bagi mengukuhkan jawapan dan huraian anda. [Jumlah: 40 markah]

HBAE1403

1. PENGENALAN

1.1 Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata serta merupakan gambaran mental yang jelas dan imej mental seseorang. Ia juga suatu cara untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu melalui ilustrasi serta gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Selain daripada itu,gambar yang dihasilkan berfungsi sebagai suatu artifak yang menunjukkan kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek dalam bentuk dua dimensi.

1.2 Perkembangan Kanak kanak melalui Seni Visual.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penghasilan karya melalui aktiviti menggambar oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual ini sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Selain daripada itu aktiviti menggambar juga secara langsung dan tidak langsung dapat melatih kanak kanak dalam menyelesaikan masalah yang dapat membantu perkembangan kognitif mereka. Perkembangan psikomotor juga dapat dikembangkan 4

HBAE1403

melalui aktiviti menggambar melalui teknik yang digunakan dalam menghasilkan karya. Di samping itu, dari segi sosial dan emosi kanak kanak akan dapat melatih kemahiran tersebut melalui luahan perasaan atau ekspresi karya selain dapat bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai minat yang sama. Bertitik tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan terutamanya bidang menggambar yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya aktiviti yang sesuai dapat dirancang mengikut tahap yang sesuai.

1.3 Keinginan Asas Kanak kanak. Semua orang mempunyai keinginan termasuklah kanak kanak. Kita perlu memahami keinginan mereka agar dapat merancang dan mencari pendekatan yang terbaik dalam membentuk perkembangan kanak kanak tersebut mengikut acuan yang betul. Keinginan asas kanak kanak termasuklah :-

a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung. Pujian dan sanjungan merupakan sebahagian daripada kaedah meningkatkan motivasi kanak kanak. Didalam aktiviti pendidikan seni visual, penghasilan karya oleh kanak kanak perlu mendapat kredit sewajarnya daripada guru. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak kanak hendaklah dipamerkan pada papan kenyataan di sekolah sebagai sebahagian usaha meningkatkan keyakinan diri murid selain sebagai satu bentuk penghargaan di atas usaha mereka menghasilkan karya.

b) Untuk bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami. Kegiatan melukis dijadikan sebagai landasan bagi membina persaingan yang sihat di kalangan kanak kanak. Aktiviti seperti pertandingan melukis dan mewarna sering diadakan bertujuan mewujudkan persaingan positif di kalangan kanak kanak di samping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan rakan 5

HBAE1403

sebaya. Penganjuran aktiviti sebegini memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari kaedah dan perkara baru sesame mereka.

c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan. Aktiviti melukis meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak kanak diberikan peluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan bahan lukisan seperti pensel, pen, pensel warna dan sebagainya. Kanak kanak sememangnya suka untuk mencuba. Perasaan ingin mencuba ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran bagi kanak kanak.

HBAE1403

2. ISI KANDUNGAN BIDANG MENGGAMBAR

2.1 ASAS-ASAS MENGGAMBAR Secara amnya asas asas dalm bidang menggambar adalah seperti berikut : Kandungan sesuatu objek atau hal benda dikenali Disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak kanak Kanak-kanak menggunakan pelbagai alat, bahan atau media untuk menghasilkan gambar mengikut ekspresi dengan sendiri atau bantuan. Kanak-kanak mengalami pengalaman langsung dengan deria ketika menggambar dan dapat membantu memahami idea & mengkonstruk idea baru atau menghubungkait

HBAE1403

dengan subjek-subjek lain. Mengembangkan imiginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi kanak-kanak.

2.2 MEDIA, ALAT DAN BAHAN Secara amnya dalam aktiviti menggambar terdapat dua jenis media yang digunakan iaitu media kering dan media basah. Contoh bagi media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang, lilin dan comte manakala contoh media basah adalah seperti cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik. Permukaan yang digunakan untuk menggambar pula adalah seperti kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain lain lagi manakala alatan alatan dan perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, easel atau kekuda dan alat untuk masking.

2.3 TEKNIK TEKNIK MENGGAMBAR Antara teknik-teknik menggambar adalah seperti berikut :-

1. LUKISAN Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silangmenyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya.

2. CATAN

HBAE1403

Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi Menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

3. KOLAJ Menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

4. CETAKAN Cara menghasilkan karya dengan mencetak. Terdapat pelbagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform.

5. RESIS

HBAE1403

Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum. Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan Peringkat sekolah rendah kebiasaannya menggunakan krayon. Proses batik - teknik resis

6. GOSOKAN Menggunakan krayon atau pensel dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling, dinding. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.

7. STENSILAN Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang

10

HBAE1403

dihasilkan.

8. PERCIKAN Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus gigi (jalinan bertitik) percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas. Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikkan.

9. GURISAN Dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Cara melakukannya ialah dengan mewarnakan permukaan kertas dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik untuk menghasilkan gambar atau corak. Kesan yang berlainan terhasil apabila menggunakan bahan yang berlainan

10. CAPAN Boleh digolongkan dalam kategori cetakan.

11

HBAE1403

Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Ia boleh menggunakan pelbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang dan sebagainya. Jalinan pelbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.

11. MOZEK Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastic dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

12. MONTAJ Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita. Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar dan bahan bacaan yang lain

. 2.4 KEPENTINGAN AKTIVITI MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 12

HBAE1403

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan aktiviti menggambar dapat dilihat melalui aspek berikut :(a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. (d) Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

13

HBAE1403

(e) Aspek Sosial dan Emosi Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormatmenghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

14

HBAE1403

2.5 CONTOH KARYA KANAK KANAK. 1. Lukisan

15

HBAE1403

2. Catan

16

HBAE1403

3. Kolaj

17

HBAE1403

4. Montaj

18

HBAE1403

5. Cetakan

19

HBAE1403

6. Resis

20

HBAE1403

7. Gosokan

21

HBAE1403

8. Stensilan

22

HBAE1403

9. Percikan

23

HBAE1403

10. Gurisan

24

HBAE1403

11. Capan

25

HBAE1403

12. Mozek

26

HBAE1403

3. PORTFOLIO KANAK KANAK (Sila rujuk lampiran)

27

HBAE1403

4. PERKEMBANGAN EKSPRESI KANAK-KANAK DAN KEGIATAN MENGGAMBAR Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas? Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi? Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti menggambar dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti menggambar merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses menggambar yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti menggambar juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. (a) Menggambar sebagai Medium Komunikasi Aktiviti menggambar seperti melukis merupakan bentuk komunikasi awal kanakkanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak-kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

28

HBAE1403

(b) Menggambar sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Kanak-kanak umumnya belajar sambil bermain. Bagi mereka, aktiviti bermain memberikan kepuasan di samping memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka alam sekeliling. Menggambar juga merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui aktiviti menggambar, kanakkanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Menggambar untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti menggambar dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melakukan aktiviti menggambar tanpa ragu dan bimbang kerana tidak memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti menggambar juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. 4.1 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak mula mendapat tempat di kalangan penyelidik, pengkaji, pendidik dan ahli psikologi pada awal 1900. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu. Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulangulang di dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan dengan umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik selalunya jelas berdasarkan kematangan usia mereka. 29

HBAE1403

4.2 PERKEMBANGAN ESTETIK Kita sering mengaitkan elemen estetika dengan kreativiti dan artistik. Apakah sebenarnya estetik dan bagaimanakah ianya berbeza dengan konsep kreativiti di dalam seni?

Perkembangan estetik kanak-kanak selalunya diterjemahkan melalui gerak-geri dan pergerakan badan mereka. Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika mereka merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan seni kanak-kanak tersebut, malah amat penting di dalam perkembangan pemikiran dan intelektualiti mereka. Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, mimik muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka. Walaupun perkembangan estetik kanak-kanak secara total masih belum dapat dikenal pasti, para pengkaji telah menemui beberapa pergerakan yang menjadi refleksi kepada perkembangan estetik kanak-kanak. Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

Kanak-kanak pada umur 2 hingga 4 tahun selalunya mengeluarkan isyarat-isyarat tertentu yang lebih berbaur emosi daripada rasional atau intelektualiti. Isyarat-isyarat

30

HBAE1403

biasa seperti tunduk memberi hormat atau pergerakan biasa yang dilakukan ketika beribadat mempunyai implikasi emosi. Apabila usia mereka meningkat ke tahun ketiga dan keempat, kanak-kanak menjadi lebih peka kepada gerakan-gerakan dinamik yang melibatkan imbangan, arah, konsisten, daya dan juga keintiman. Di usia ini, mereka dapat mengimbangkan diri mereka dengan baik di atas kerusi yang kecil dan mengekalkan langkah yang konsisten semasa mencuba tarian yang mudah. Mereka juga dapat membezakan kiri dan kanak, atas dan bawah. Pada umur 6 tahun, kanak-kanak tahu bahawa gerak-geri mereka juga mempunyai elemen psikologi. Contohnya meluahkan rasa sedih dengan menundukkan muka atau pun melahirkan ekspresi sedang berfikir dengan meletakkan tangan di bawah dagu. Semua pergerakan ini adalah luahan estetik mereka dan sebagai orang dewasa, pemerhatian terhadap pergerakan-pergerakan mereka akan dapat membantu kita menentukan apa yang bermain di dalam fikiran dan jiwa mereka. 4.3 PERKEMBANGAN ARTISTIK Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelas perkembangan artistik kanak-kanak. Antara model-model terkemuka telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975), Chapman (1972). Model-model ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representation. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah: (a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. 31

HBAE1403

(b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. (c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja. 4.3.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak. (a) Alatan Asas Walaupun penyediaan peralatan untuk pembelajaran seni visual di sekolah amat berkait rapat dengan peruntukan yang disediakan oleh sekolah yang telah ditetapkan oleh kementerian, setiap bilik seni di sekolah pasti menyediakan alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. Di peringkat permulaan, alatan ini sebenarnya memadai untuk merangsang minat kanak-kanak untuk melukis dan mencipta. Dengan bimbingan yang sesuai, terpulanglah kepada para pelajar untuk bermain dengan pelbagai warna dalam eksplorasi penghasilan karya kreatif mereka. (b) Gambar Satu lagi bentuk rangsangan yang efektif ialah dengan memperkenalkan gambargambar foto kepada kanak-kanak. Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. Menggunakan gambar foto di dalam pembelajaran adalah menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat khabar, majalah ataupun risalah, ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri. 32

HBAE1403

Guru perlu memahami bahawa terdapat dua objektif utama di dalam mengetengahkan gambar-gambar foto kepada kanak-kanak. Gambar foto boleh diperkenalkan sekiranya guru inginkan para pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa teknik meniru tidak akan memupuk kreativiti kanak-kanak, malah tidak ada elemen pembelajaran yang boleh didapati daripada aktiviti seperti ini. Namun, teknik imitasi merupakan antara teknik terbaik yang wajar diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal, di atas kelebihan - kelebihan tertentu. Walaupun kanak-kanak berinteraksi dengan objek alam, namun pengamatan mereka terhadap persekitaran adalah terbatas. Teknik imitasi gambar ini dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yang serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkan ketelitian. Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alam kerana mereka perlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.

5. KESIMPULAN Berdasarkan maklumat dan contoh yang diberikan dapatlah disimpulkan bahawa betapa saling kait yang amat rapat antara seni visual khusunya aktiviti menggambar dengan perkembangan kanak kanak. Perkembangan kanak kanak yang berbeza antara satu sama lain dapat dipercepatkan atau setidak tidaknya dipastikan berada di landasan yang betul dengan melibatkan kanak kanak dengan aktiviti menggambar. Perkembangan dari segi emosi dan sosial,aspek kognitif, aspek psikomotor seterusnya menjurus kea rah membina minda yang kreatif dan inovatif di samping menanamkan kesedaran rohani tentang kejadian alam dan kebesaran Maha Pencipta serta menghargai kewujudan alam semulajadi. Dari segi pembelajaran formal pula, aktiviti menggambar dapat memberikan pengalaman dan kesediaan kepada kanak kanak dalam menerima pembelajaran baru serta mampu digunakan dalam penyelesaian masalah dengan cara yang kreatif dan berkesan. 33

HBAE1403

34

HBAE1403

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Rousliluddin Ambia, Mohd. Jamel Hj, Mohd. Taslim Abd. Rahim, Manan Sarbani, (2011), Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria, (2012), Perkembangan Seni Kanak Kanak, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Rousliluddin Ambia, Mohd. Jamel Hj, Mohd. Taslim Abd. Rahim, Manan Sarbani, (2011), Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://www.teachingthinking.net/thinking/web %20resources/robert_fisher_expandingminds.htm http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/ http://zahizah4gmailcom.blogspot.com/2009/10/kreativiti-dan-kanak-kanak.html http://www.teachingthinking.net/thinking/books/robert_fisher_unlockingcreativity.htm www.ukm.my/

http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html

saiful adli, (2011), http://pansenivisual.blogspot.com/ 35

HBAE1403

Hassan Mohd. Ghazali (2011), http://senivisual2.blogspot.com/

http://www.google.com.my/imgres? hl=en&sa=X&biw=1639&bih=771&tbm=isch&prmd=imvns&tbnid=-

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html

HTTP://WAREYZSENI.BLOGSPOT.COM/2009/12/MENGGAMBAR.HTML http://imann9969.blogspot.com/2009/12/rumusan-hbae1403-psv.html http://mutiara3121.blogspot.com/2009/10/hbhe-menggambar.html

36

You might also like