You are on page 1of 4

LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : AZIZI BIN ISHAK

PROGRAM : PISMP RBT/PJ/BM 1

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN NANAS

NAMA PROJEK/AKTIVITI : MURAL GAYA HIDUP SIHAT KELAB DOKTOR MUDA

TEMPOH PELAKSANAAN : 22 JULAI HINGGA 23 JULAI 2013

OBJEKTIF :

1) Meningkatkan keceriaan sekolah di bahagian sudut Bilik Kesihatan.

2) Membantu meningkatkan kedatangan murid ke sekolah dengan keadaan sekolah yang

menarik.

3) Melahirkan guru yang berjiwa seni melalui khidmat masyarakat kepada warga sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN:

Projek ini merupakan projek melukis mural di dinding bangunan sekolah. Projek ini dilaksanakan

bertujuan untuk meceriakan lagi kawasan sekolah supaya kelihatan lebih menarik. Projek ini

dilaksankan oleh kami berempat dan kami telah berbincang dan bersetuju untuk bekerjasama

menyiapkan mural tersebut. Projek mural ini dilaksanakan masa minggu ketiga kami berada di

sekolah tersebut. Projek itu berjaya dilaksanakan dalam tempoh masa dua hari. Sebelum

memulakan projek tersebut kami banyak mendapatkan nasihat dan rujukan daripada guru-guru

yang berada di sekolah tersebut. Selain itu, kami juga banyak berbincang sesama sendiri bagi

mendapatkan idea yang menarik untuk menghasilkan mural yang cantik dan menarik.
Hari pertama kami mengambil masa untuk melakar lukisan diatas dinding tersebut. Sebelum

melakar lukisan diatas dinding kami telah menyiapkan satu draf lukisan di atas kertas lukisan.

Antara gambar yang kami lukis bagi projek mural ini ialah gambar murid sekolah, gambar menara

berkembar, gambar bendera dan juga gambar-gambar pemandangan yang indah. Ini merupakan

kali pertama saya melukis mural di dinding, oleh itu masih banyak lagi kekurangan dan kesilapan

yang saya lakukan. Saya banyak belajar dengan rakan praktikum saya, dan mereka semua

banyak memberi maklumat yang berguna kepada saya.

Pada hari kedua pula, saya dan rakan-rakan mewarna lukisan yang telah kami lukis. Kami

bekerjasama mewarnakan lukisan tersebut. Kami menggunakan pelbagai warna bagi

membuatkan lukisan mural tersebut kelihatan lebih menarik dan membuatkan sesiapa yang

memandang lukisan tersebut akan membuatkan mereka teruja. Saya merasa berbangga kerana

dapat menyumbangkan sesuatu yang amat bermakna kepada pihak sekolah. Segala hasil kerja

yang kami tinggalkan diharapkan dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada warga

sekolah.

Kami berharap projek ini merupakan salah satu sumbangan daripada pihak kami semua bagi

mengenang jasa baik yang warga sekolah berikan sepanjang kami berada di sekolah tersebut.

Jutaan terima kasih kepada pihak guru yang telah banyak memberi kerjasama dan tunjuk ajar

kepada kami semua.

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/Aktiviti
Antara kekuatan yang saya dapati daripada projek ini ialah ia dapat menceriakan lagi

kawasan sekolah dengan lukisan dan mural tersebut. Murid-murid dan guru akan lebih

seronok pergi ke sekolah dan melihat lukisan yang berwarna warni dan membuatkan

persekitaran sekolah lebih menarik dan juga ceria. Berdasarkan mural tersebut juga ia
dapat memberi imaginasi kepada murid dan meningkat proses berfikir mereka. Mural

tersebut juga banyak menggambarkan semangat patritiosme yang tinggi dan seterusnya

boleh dipupuk dikalangan murid-murid SK Pekan Nanas.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Antara kelemahan yang terdapat pada projek ini ialah dari segi perlaksanaan kerana

kami tidak begitu mahir membuat mural. Kami tidak mempunyai kemahiran yangtinggi

untuk melaksanakan mural tersebut tetapi kami telah mencuba sedaya upaya untuk

menyiapakan mural tersebut. Kami banyak mendapatkan nasihat dan bantuan daripada

guru-guru di sekolah tersebut untuuk mendapatkan nasihat dan idea yang boleh kami

gunnakan semasa melaksanakan mural tersebut. Selain itu, peralatan-peralatan untuk

membuat mural juga kurang memuaskan kerana tidak semua warna yang ingin kami

gunakan terdapat di sekolah tersebut tetapi kami mengambil jalan penyelesaian lain

supaya menggunakan warna yang ada.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh kami lakukan selepas ini ialah kami perlu

banyak membuat rujukan untuk mendapatkan idea bagi melukis mural tersebut. Selain

itu, saya berpendapat mural tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun supaya

ia kelihatan lebih kemas. Mural tersebut perlu dicat semula dengan menggunakan cat

liquor supaya cat tersebut akan lebih bertahan lama dan tidak pudar apabila terkena

hujan dan panas.


KESIMPULAN :

Akhir sekali saya berharap supaya projek yang kami lakukan ini dapat di manfaatkan

dengan baik oleh warga SK Pekan Nanas. Kami juga gembira kerana dapat

menyumbang sesuatu untuk pihak sekolah. Dengan adanya perubahan yang kami

lakukan untuk sekolah SK Pekan Nanas, kami semua berharap ia dapat membantu

menceriakan lagi kawasan sekolah supaya dapat menarik minat murid untuk datang ke

sekolah. Bukan itu sahaja, apabila kawasan sekolah cantik dan ceria, warga sekolah juga

akan kelihatan ceria dan gembira untuk datang ke sekolah.

You might also like