You are on page 1of 11

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN: FAIL BUKU

SMK ELOPURA 2, SANDAKAN

1.0

KATEGORI
Sekolah Menengah

2.0

TAJUK KAJIAN TINDAKAN


FB (Fail Buku)

3.0

SINOPSIS KAJIAN TINDAKAN


Fail Buku (FB)

merupakan satu kaedah yang digunakan oleh guru dalam

mengumpul bahan edaran, latihan, mind map, bahan pengurusan grafik dan pelbagai
bahan berkaitan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sebelum wujudnya kaedah FB ini, para pelajar diwajibkan untuk menggunakan


dua buah buku iaitu buku nota dan buku latihan. Pelbagai masalah dihadapi oleh guru
apabila pelajar seringkali memberikan pelbagai alasan seperti tersalah membawa buku,
tertinggal buku, buku dipinjam dan sebagainya.

Situasi sebegini seringkali terjadi dan ini secara tidak langsung akan mengubah
mood guru dan kaedah P&P yang sepatutnya telah dirancang. Akibatnya masa akan
dibazirkan dengan mengurus pelajar bermasalah ini sama ada dengan motivasi atau
dendaan.
1

4.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 39 orang pelajar Tingkatan 3 Al Farabi yang terdiri daripada 23
orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan.

5.0

LATAR BELAKANG
5.1

KEDUDUKAN SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DILAKSANAKAN


Sebanyak dua buah buku latihan telah digunakan oleh para pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah. Buku tersebut terdiri daripada buku latihan dan buku
global untuk menulis nota serta mencatat perkara-perkara penting berkaitan
Sejarah.

Buku-buku ini akan digunakan mengikut kesesuaian P&P pada masa


tersebut. Kebiasaanya, pelajar akan menggunakan buku global untuk menulis nota
dan mencatat maklumat penting. Pada akhir P&P pelajar akan diberikan tugasan
yang perlu disiapkan dalam buku latihan.

Kedua-dua proses sangat mudah dilihat secara kasarnya, namun segalanya


akan berubah pada hari berikutnya apabila pelbagai alasan akan diberikan oleh
pelajar apabila gagal menyiapkan tugasan yang diberikan. Implikasinya proses
Guru Mengajar Murid Pelajar akan terganggu.

5.2

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI


REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di tingkatan 3
Al Farabi, masalah yang sering dihadapi adalah pelajar tidak menyiapkan latihan
yang diberikan. Antara alasan yang sering digunakan oleh pelajar, ialah ;
5.2.1 Pelajar tidak membawa buku latihan
5.2.2 Buku tertinggal
5.2.3

Buku hilang

5.2.4

Buku dipinjam oleh rakan

5.2.5

Terlupa kerja rumah

5.2.6

Tidak tahu mahu buat

5.2.7

Guna buku baru

5.2.8

Bahan edaran tercicir

5.2.9

Susah mahu lekat edaran

5.2.10 Guru perlu menyemak latihan murid dengan segera


5.2.11 Buku latihan yang bertimbun di atas meja guru
Akibatnya, guru tidak dapat memeriksa hasil tugasan pelajar untuk menilai
kefahaman pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.

6.0

OBJEKTIF KAJIAN TINDAKAN


Selepas kajian ini selesai dijalankan, para pelajar diharap akan mencapai objektif berikut.

6.1

Objektif Umum

Fail Buku menjadi sumber rujukan untuk menilai keberkesanan dalam


pengajaran dan pembelajaran.
3

6.2

Objektif Khusus

Membantu pelajar menyiapkan latihan secara sistematik

Masa yang diperuntukkan digunakan dengan maksimum untuk pengajaran


dan pembelajaran

7.0

Membudayakan amalan menyiapkan latihan tanpa alasan

Senang disemak, senang disimpan & menyahut cabaran 5S

TARIKH PELAKSANAAN & CARA PELAKSANAAN


7.1

Tarikh Pelaksanaan
Pelaksanaan kajian tindakan bermula sejak sesi persekolahan pada bulan Januari
dan akan berakhir pada bulan November

7.2

Cara Pelaksanaan
7.2.1

Fail akan dibeli oleh pelajar mengikut ketetapan guru (jenis fail)

7.2.2

Fail akan dibawa oleh pelajar setiap kali proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan

7.2.3

Pelajar akan mengisi isi kandungan fail dari semasa ke semasa


mengikut tugasan yang diberikan

7.2.4

Tugasan yang telah disemak akan disimpan seperti sistem Fail


Timbul (tugasan terkini akan diletakkan di hadapan fail)

8.0

KAJIAN TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN


8.1

Bentuk Bahan
Bahan kajian tindakan yang digunakan dalam program ini lebih berfokuskan
kepada fail sebagai penggerak utama dalam memudahkan bahan atau tugasan
diselia dengan lebih baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

8.2

Pengendalian
Kajian tindakan ini untuk memudahkan guru memantau tugasan pelajar.
Bukan itu sahaja malahan turut memudahkan pelajar kerana hanya perlu
membawa Fail Buku apabila adanya sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar
tidak lagi membeikan alasan kerana sekiranya mereka tertinggal fail, tugasan
masih boleh dilaksanakan pada hari berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran
kerana hanya memerlukan kertas kajang atau bahan pengurusan grafik yang akan
diberikan oleh guru.

8.3

Perbelanjaan
Duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli tiga buah buku latihan,
boleh digunakan untuk membeli sebuah fail yang harganya lebih murah.

9.0

BENTUK KEJAYAAN
9.1

Pengurangan Kos Operasi


Walaupun kaedah Fail Buku masih memerlukan kos untuk membeli fail,
namun kos tersebut adalah gantian daripada pembelian buku latihan yang
sepatutnya dibeli oleh pelajar.
5

9.2

Penjimatan Masa
Penjimatan masa dapat dihasilkan melalui penggunaan fail kerana guru tidak
perlu lagi menyelesaikan masalah pelajar. Masa pengajaran dan pembelajaran
dapat digunakan dengan maksimum dalam menguasai kemahiran bahasa. Semua
tugasan pelajar lebih mudah disimpan dan disemak.

9.3

Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Guru/Pelajar


Tugasan pelajar dapat dihantar mengikut keperluan dan guru mudah untuk
menyimpan tugasan dalam fail guru. Fail guru tersebut mudah dibawa untuk
membuat semakan tugasan berbanding dengan menggunakan buku yang berat dan
kuantiti yang banyak. Guru sangat berpuas hati apabila semua tugasan pelajar
dapat diselia dengan baik dan cepat. Pelajar juga tidak menghadapi masalah
dengan buku latihan, seterusnya mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
berkesan.

9.4

Memudahkan Tugas Guru


Semua tugasan pelajar lebih mudah disimpan dan disemak. Guru juga
dapat memberikan tugasan, walaupun masih terdapat tugasan pelajar yang belum
disemak. Guru juga tidak lagi perlu membawa pulang buku yang berat untuk
diperiksa kerana semua tugasan dalam bentuk helaian. Malahan meja guru lebih
kemas menepati program 5S kerana tiada lagi lambakan buku latihan di atas
meja.

9.5

Pelajar Tahu Apa Yang Perlu Dibuat


Di dalam indeks tugasan, semua tugasan pelajar akan disenaraikan.
Walaupun pelajar tidak hadir ke sekolah, pelajar masih boleh merujuk indeks
tugasan rakan-rakan mereka untuk mengetahui tugasan yang telah diberikan

9.6

Penggunaan 3 Dalam 1
Semua tugasan boleh disimpan dalam satu fail. Contohnya; peta, soalan
ujian, mind map, borang pengurusan grafik, penulisan esei, struktur dan
sebagainya.

9.7

Menimbulkan Motivasi
Fail yang kemas dan menarik akan menimbulkan motivasi untuk berjaya.
Ini kerana, di dalam fail terdapat profil pelajar yang mengandungi gambar pelajar,
nama ibu bapa dan pekerjaan mereka serta kronologi keputusan pencapaian
pelajar. Profil ini akan menjadi mobiliti dan kesedaran kepada pelajar untuk
berubah supaya lebih baik dari apa yang telah dicapai oleh ibu bapa mereka.

9.8

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Bersesuaian dengan konsep MMI bagi memastikan peningkatan
keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep Guru Mengajar dan Murid
Belajar. Ini proses pengajaran dan pembelajaran tetap akan berjalan seperti biasa
walaupun guru mata pelajar berkursus, bermesyuarat atau tiada di sekolah. Ini
kerana, guru penganti dan pelajar telah diberikan maklumat dan tugasan yang
perlu dibuat terlebih dahulu.
7

10.0

PENUTUP
Konklusinya, adalah diharapkan agar kajian tindakan ini dapat mencapai objektif
yang telah ditetapkan demi meningkatkan prestasi pelajar, seterusnya memudahkan tugas
guru yang semakin mencabar dan bertambah. Selaras dengan kepentingan Sejarah
sebagai mata pelajaran wajib lulus, fail buku penting untuk mengubah persepsi pelajar
tentang sistem pendidikan yang banyak menggunakan buku latihan ke arah yang lebih
inovatif dan efektif serta memerlukan perubahan yang lebih kompetitif.

Disediakan oleh:

SHAMSUDDIN BIN FRANS


Guru Cemerlang Sejarah
8

LAMPIRAN A

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ELOPURA 2


WDT 136, PEJABAT POS RUMAH PERSEKUTUAN
90500, SANDAKAN, SABAH.
Tel: 089-632601 / Fax: 089-632934

MAKLUMAT DIRI PELAJAR


NAMA

TINGKATAN

BANGSA

JANTINA

NAMA BAPA

PEKERJAAN

NAMA IBU

PEKERJAAN

CITA-CITA

NO. TELEFON

ALAMAT

PENCAPAIAN PELAJAR
MATA PELAJARAN
SEJARAH

MARKAH UJIAN / PEPERIKSAAN


UJIAN 1

SEMESTER 1

UJIAN 2

SEMESTER 2

Dengan ini saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperolehi keputusan yang
cemerlang dalam Sejarah demi kebahagian diri dan keluarga saya.

Tandatangan Pelajar
Nama:
9

LAMPIRAN B
Nama :

Ting:

INDEKS SEMAKAN TUGASAN PELAJAR


TARIKH
TUGASAN

SENARAI TUGASAN

TARIKH
HANTAR

TARIKH
PERIKSA

CATATAN

10

11

You might also like