You are on page 1of 14

KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR TERHADAP CIRI-CIRI UNSUR


DALAM JADUAL BERKALA MENGGUNAKAN “PERIODIC MASTER”

SMK AGAMA KENINGAU


BEG BERKUNCI NO.2 89009 KENINGAU, SABAH
AFIQAH BINTI BASRAN
afiqah691@gmail.com

0
SENARAI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1 SENARAI KANDUNGAN 1
2 PENGHARGAAN 2
3 ABSTRAK 3
4 1.0 PENGENALAN 3
5 2.0 FOKUS KAJIAN 5
6 2.1 TUJUAN KAJIAN 5
7 3.0 TINJAUAN AWAL 6
8 4.0 ONJEKTIF KAJIAN 6
9 4.1 OBJEKTIF AM 6
10 4.2 OBJEKTIF KHUSUS 6
11 5.0 KUMPULAN SASARAN 7
12 6.0 KAEDAH KAJIAN 7
13 6.1 INSTRUMEN MENGGUMPUL DATA 7
14 7.0 INTERVENSI KAJIAN 8
15 8.0 DAPATAN KAJIAN 9
16 8.1 REFLEKSI PEMERHATIAN AKTIVITI 11
17 8.2 UJIAN 11
18 8.3 REFLEKSI PEMERHATIAN KENDIRI 11
8.4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
19 9.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN 12
20 10.0 RUJUKAN 13

1
PENGHARGAAN

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurnia-Nya dapat saya selesaikan
kajian tindakan yang merupakan salah satu tanggungjawab saya sebagai seorang
pendidik melaksanakannya bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran
saya setiap hari.
Sejuta penghargaan buat pengetua SMK Agama Keningau, Datin Hasnah
Mohd. Yakob kerana dengan usaha dan kesungguhan beliau membantu serta
memberikan peluang kepada semua guru di sekolah ini menjalankan kajian tindakan
dalam program 1 Guru 1 Kajian Tindakan. Sekalung pengahargaan juga ditujukan
kepada ketua bidang Sains dan Matematik Cikgu Rolita Gibon yang sentiasa memberi
dorongan kepada guru-guru dibawah bidang Sains dan Matematik bagi menyiapkan
kajian tindakan yang telah dirancang. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak
terhingga ditujukan kepada Cikgu Zulkifle Mohamad dan Cikgu Wirda Diyana Wan
Ibrahim yang sentiasa memberikan semnagat, tunjuk ajar serta pementoran
berterusan dalam menjayakan kajian tindakan ini. Akhir sekali, penghargaan terima
kasih juga saya tujukan kepada rakan guru dan ahli keluarga yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak dalam menyiapkan kajian tindakan ini.

2
Meningkatkan penguasaan murid terhadap ciri-ciri unsur dalam Jadual Berkala
menggunakan “Periodic Master”

Afiqah binti Basran


SMK Agama Keningau
Afiqah691@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah pemahaman murid mengenai ciri – ciri
unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Keningau
dengan menggunakan “Periodic Master”. “Periodic Master” merupakan satu bahan bantu
mengajar yang digunakan bagi membantu pelajar memahami sifat kimia dan sifat fizik unsur-
unsur yang terdapat dalam Jadual Berkala. Tinjauan awal berdasarkan pemerhatian dan temu
bual mendapati pelajar Tingkatan 4 keliru dan sukar untuk memahami sifat-sifat unsur apabila
merentasi kala dari kiri ke kanan. Walaupun topik ini telah dipelajari semasa ditingkatan 1,
pelajar masih belum dapat menguasainya dengan baik. Oleh yang demikian, pengkaji
menggunakan reka bentuk kajian tindakan dan menggumpul data menggunakan temu bual serta
ujian yang dianalisis secara deskriptif dan naratif. Kumpulan sasaran perlaksanaan kajian ini
ialah seramai 8 orang murid Tingkatan 4 daripada kelas 4 Al-Mujaddid pada tahun 2023. Dapatan
data kajian yang telah dijalankan menunjukkan perlaksanaan intervensi yang digunakan ini
telah berjaya meningkatkan penguasaan murid Tingkatan 4 dalam menentukan ciri-ciri unsur
dalam Jadual Berkala serta dapat menambahbaik amalan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas tanpa menjejaskan elemen isi kandungan DSKP kurikulum yang
telah ditetapkan.

Kata Kunci: Jadual Berkala, sifat fizik, sifat kimia, Periodic Master

1.0 Pengenalan

Jadual Berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia
yang diketahui dalam bentuk jadual. Setiap unsur disenaraikan mengikut nombor atom
dan simbol kimia. Topik Jadual Berkala ini diperkenalkan dalam matapelajaran Sains
seawal di Tingkatan 1. Topik ini diajar dalam bab 6 Jadual berkala sub-topik 6.1
Pengelasan Unsur. Seterusnya topik ini didalami semasa di Tingkatan 4 dalam bab 8
Unsur dan Bahan pada sub-topik Jadual Berkala Unsur Moden. Namun begitu, pelajar
seringkali mengalami masalah dalam memahami maklumat-maklumat yang diberikan
dalam Jadual Berkala. Antara maklumat yang perlu diintepretasi dalam Jadual Berkala
termasuklah nombor proton, jisim atom relatif, kumpulan, kala, sifat logam, sifat oksida
dan sifat kekonduksian elektrik unsur yang terdapat dalam Jadual Berkala. Oleh
kerana terlalu banyak maklumat yang wujud dalam satu jadual, berlaku kekeliruan
kepada pelajar untuk memahami seterusnya mengingati sifat-sifat unsur tersebut.
Disamping itu, tingkah laku pasif juga ditunjukkan oleh pelajar apabila merujuk Jadual
Berkala yang terdapat di dalam buku teks.

3
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati perlunya
saya melakukan kajian tindakan bagi menangani masalah pemahaman sifat unsur
dalam Jadual Berkala ini. Melalui pembacaan kajian sebelum ini, saya mendapati teori
yang sesuai diaplikasikan bagi masalah yang dihadapi adalah Cognitive Load Theory
(CLT) yang boleh dijadikan asas kepada guru begi menyediakan sumber pengajaran.
CLT membantu memahami cara memproses maklumat dan bagaimana beban
kognitif mempengaruhi pembelajaran. Guru boleh menggunakan CLT untuk mencipta
sumber pembelajaran yang bermakna dan memunimumkan beban kognitif. CLT
memberikan beberapa garis panduan bagi menyediakan sumber pembelajaran.
Antaranya:

1. Menggunakan bahasa yang jelas dan padat sesuai dengan tahap pemahaman
pelajar. Elakkan bahasa yang rumit dan menggelirukan pelajar.

2. Pecahkan maklumat yang kompleks kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah
untuk diproses.

3. Sediakan sokongan yang sesuai untuk membantu pelajar memahami konsep


baharu seperti gesaan atau isyarat untuk membimbing pemikiran mereka.

4. Gunakan alat bantu mengajar visual seperti gambar, carta dan graf membantu
memudahkan pelajar menuyusun maklumat dengan lebih teratur.

5. Kurangkan gangguan yang tidak perlu yang boleh mengalihkan perhatian pelajar
daripada objektif pembelajaran utama.

6. Berikan peluang kepada pelajar untuk berlatih menggunakan pengetahuan baharu


melalui kuiz atau latihan penyelesaian melalui perbincangan kumpulan.

Dengan menggunakan CLT guru boleh mencipta pengalaman pembelajaran


yang menarik, berkesan dan menggalakkan pembelajaran pelajar (Asma & Dallel,
2020)

4
Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif untuk membina sebuah bahan
bantu mengajar yang menarik bagi membantu meningkatkan pemahaman dan
motivasi pelajar. Menurut Bakhir, Zazril, & Zamri, (2007) bahan bantu mengajar
bertindak sebagai satu alat yang mampu memberikan keseronokkan serta minat yang
lebih mendalam terhadap sesuatu pengajaran yang dilakukan.Oleh itu, saya membina
sebuah inovasi yang dinamakan sebagai “Periodic Master” yang diperbuat daripada
beberapa kepingan kertas berlamina yang lebih menarik. “Periodic Master”
memisahkan berberapa maklumat yang terdapat dalam Jadual Berkala asal kepada
berberapa Jadual Berkala berasingan mengikut sifat-sifat unsur yang ada. Saya telah
menjalankan kajian ini terhadap 8 orang pelajar daripada kelas 4 Al-Mujaddid tahun
2023 di SMK Agama Keningau selama 1 bulan. Semasa pengajaran dan
pembelajaran saya mendapati pelajar-pelajar ini sering keliru dan agak ketinggalan
daripada rakan kelas yang lain. Mereka juga tidak menunjukkan minat yang tinggi
kerana mempercayai bahawa topik ini merupakan topik yang sukar.

2.0 Fokus Kajian

Kajian ini berfokus kepada menambahbaik amalan pengajaran saya dalam


topik Jadual Berkala Unsur Moden sekaligus meningkatkan pemahaman dan minat
pelajar dalam topik ini. Berdasarkan pemerhatian dan latihan yang diberikan, pelajar
menunjukkan tahap penguasaan yang kurang memuaskan. Kajian ini penting untuk
dijalankan bagi membantu mengatasi masalah amalan pengajaran saya dalam
meningkatkan pemahaman pelajar berkaiatan Jadual Berkala.

2.1 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar memahami ciri-ciri unsur
dalam Jadual Berkala menggunakan “Periodic Master”.

5
3.0 Tinjauan Awal

Masalah merupakan satu perkara yang perlu dicari jalan penyelesaiannya. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran harian, guru menulis refleksi sebagai garis
pandauan penambahbaikan pengajaran yang lepas. Berdasarkan refleksi pengajaran
yang telah dicatatkan pengkaji mendapati berberapa masalah yang berlaku semasa
pdpc dijalankan. Pengkaji memilih topik Jadual Berkala kerana terdapat masalah yang
agak serius daripada berberapa pelajar berkenaan topik tersebut.

Selepas membuat pemerhatian dan penilaian hasil kerja pelajar, pengkaji


mendapati terdapat kekurangan dalam amalan pengajaran guru yang menyebabkan
sebilangan pelajar tidak mencapai objektif pengajaran sepenuhnya. Antara masalah
yang dihadapi adalah pelajar tidak dapat memahami ciri-ciri unsur yang ditunjukkan
dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Pelajar sering kali keliru dan merasa susah
dalam topik tersebut. Selain itu, pelajar juga dilihat tidak seronok dalam mempelajari
topik berkenaan. Oleh itu, pengkaji mengambil inisiatif bagi meningkatkan kualiti
amalan pengajaran didalam kelas agar dapat mengatasi masalah yang dihadapi.
Pengkaji membina satu bahan bantu mengajar iaitu “Periodic Master” sebagai usaha
meningkatakan kefahaman pelajar.

4.0 Objektif Kajian

4.1 Objektif Am

Kajian ini untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam topik Jadual Berkala Unsur
Moden Sains Tingkatan 4 seterusnya menambahbaik amalan pengajaran guru di
dalam kelas.

4.2 Objektif Khusus

1. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ciri-ciri unsur dalam Jadual Berkala


Unsur Moden menggunakan “Periodic Master”

2. Membantu meningkatkan prestasi pelajar semasa menjawab soalan topik Jadual


Berkala menggunakan “ Periodic Master”

3. Menambahbaik amalan pengajaran di dalam kelas melalui penggunaan bahan


bantu mengajar “Periodic Master”

6
5.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dijalankan di SMK Agama Keningau iaitu seramai 8 orang pelajar daripada
kelas 4 Al-Mujaddid yang terdiri daripada 5 orang pelajar perempuan dan 3 orang
pelajar lelaki.

6.0 Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan rekabentuk Model Kemmis & McTaggart
(1988) yang melibatkan perancangan (plan), tindakan(act), pemerhatian (observe)
dan refleksi(reflect). Model kajian Kemmis dan McTaggart ini mempunyai lingkaran
atau kitaran berulang. Sekirannya lingkaran pertama menunjukkan hasil yang tidak
signifikan, pengkaji boleh membuat lingkaran seterusnya (Bahagian Perancangan dan
Penyelidakan Dasar Pendidikan Malaysia KPM, 2008).

Model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart telah menjadi garis panduan
yang berguna kepada kajian saya. Model ini menekankan proses kitaran
perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi dimana dapat membantu pengkaji
menambahbaik amalan pengajaran dan membangun intervensi yang berkesan bagi
menangani masalah dalam bidang ini (kemmis& McTaggart, 1988). Melalui proses
berulang, pengkaji dapat membuat keputusan berasaskan bukti dan memperbaiki
amalan pengajaran dari masa ke masa serta memberi kesan positif kepada hasil
pembelajaran pelajar.

6.1 Instrumen Menggumpul Data

Bagi mengumpul data dalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa instrumen
seperti Pemerhatian, Temubual dan Ujian.

7
7.0 Intervensi Kajian

Pengkaji menggunakan warna yang berlainan bagi mewakili sifat kimia dan sifat fizik
unsur-unsur dalam Jadual Berkala. Pengkaji mengaplikasi konsep “semakin legap
warna yang ditunjukkan, semakin kuat sifat yang dibawa oleh unsur tersebut”

8
Langkah-langkah penggunaan “Periodic Master”

SILA IMBAS VIDEO MANUAL PENGGUNAAN PERIODIC MASTER

8.0 Dapatan Kajian

8.1 Refleksi Pemerhatian Sepanjang Aktiviti:

Selepas aktiviti pembelajaran ini selesai pada ketika itu, saya berasa amat
gembira kerana pelajar dapat belajar dalam keseronokan dan kelihatan amat
bersemangat lain daripada kelas yang sebelum ini. Mereka dapat memahami sifat-
sifat unsur dalam jadual berkala dengan lebih cepat. Mereka mampu menerangkan
semula ciri-ciri unsur dalam Jadual Berkala melalui pembentangan secara individu
dengan baik. Selain daripada itu, mereka juga dapat menjawab soalan yang saya
berikan secara spontan dengan betul. Mereka juga bersemangat untuk menggunakan
“Periodic Master” dalam proses ulangkaji pada masa akan datang. Menurut Abdullah
et al., (2021) penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru mampu membuat pelajar
fokus kepada pengajaran.

SILA IMBAS VIDEO REAKSI PELAJAR MENGGUNAKAN PERIODIC MASTER

9
Saya juga mendapatkan respon pelajar mengenai BBM yang dibangunkan:

Pelajar 1 “sangat membantu membezakan unsur, saya tertarik dengan


alat tersebut kerana mempunyai cara yang cukup mudah bagi
membezakan sifat logam mengikut warna, saya bagi 5 bintang”
Pelajar 2 “senang ingat, paling faham berbeza semasa belajar di
tingkatan 1, warna yang menarik membolehkan saya senang
ingat, 10/10”
Pelajar 3 “alat yang dicipta oleh cikgu afiqah sangat membantu dalam
memahami jadual berkala, alat ini mudah digunakan, 5 bintang”
Pelajar 4 “mudah faham, kaedah yang sangat sesuai bagi murid yang
kurang berminat membaca buku teks macam saya, mantap”
Pelajar 5 “boleh diingat mengikut perubahan warna, warna menarik, lebih
mudah difahami, 11/10”
Pelajar 6 Saya amat berterima kasih kepada cikgu afiqah kerana telah
mengenalkan saya dengan alat ciptaannya, tanpa alat ini, pasti
sukar untuk saya dan kawan-kawan memahami”
Pelajar 7 “lebih ringkas dan jelas, mudah faham dan ingat melalui warna,
menarik, 5/5”
Pelajar 8 “periodic master boleh membantu saya belajar dengan lebih
cepat, dapat membuatkan saya semakin faham, saya berasa
seronok sekali belajar menggunkan periodic master”

8.2 Ujian

Selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan “Periodic Master” dijalankan,


pelajar diminta untuk menjawab soalan yang terdapat dalam buku teks berkenaan
topik Jadual Berkala Unsur Moden.

BIL PELAJAR JANTINA MARKAH (MARKAH KESELURUHAN: 5)


1 Pelajar 1 PEREMPUAN 5
2 Pelajar 2 PEREMPUAN 5
3 Pelajar 3 PEREMPUAN 5
4 Pelajar 4 PEREMPUAN 4
5 Pelajar 5 PEREMPUAN 5
6 Pelajar 6 LELAKI 4
7 Pelajar 7 LELAKI 5
8 Pelajar 8 LELAKI 5

10
8.3 Refleksi Kendiri Sepanjang Aktiviti

Semasa aktiviti dijalankan pelajar kelihatan bersemangat dan amat seronok


dengan pengajaran dan pembelajaran menggunakan “Periodic Master” ini. Bahan ini
membantu pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar juga menunjukkan
kolaborasi antara pelajar yang sangat baik. Disamping itu, pelajar juga giat bersoal
jawab dan berbincang bersama guru. Pelajar kelihatan lebih bersemangat untuk
mendalami sub-topik yang diajar serta sub-topik yang seterusnya. Terdapat pelajar
yang bersyukur dan berterima kasih diatas bahan bantu mengajar yang disediakan
kerana memudahkan mereka memahami Jadual berkala dengan cara yang lebih
menarik.

8.4 Analisis Dapatan Kajian

Pengkaji membuat analisis secara diskriptif dan naratif menggunakan semua


data dapatan kajian yang mana menunjukkan peningkatan pada semua pelajar.
Pelajar berjaya meningkatkan pemahaman terhadap ciri-ciri unsur dalam jadual
berkala. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi 8 orang pelajar memberikan
respon yang positif. Mereka menyatakan sebelum menggunakan bahan bantu
mengajar ini, mereka berasa tidak tertarik dan tidak senorok untuk belajar
terutamanya dalam tema penerokaan unsur dalam alam subjek Sains. Selain itu,
stigma yang mengatakan bahawa sub-topik ini sukar dipelajari juga mengganggu
pelajar untuk meneroka dan mendalami bab ini. Namun begitu, pelbagai perubahan
positif didapati selepas pengkaji menggunakan “Periodic Master” dalam proses
pengajaran dan pembelajaran topik Jadual Berkala. Pelajar menyatakan bahawa alat
ini bahan ini sangat membantu dan memudahkan mereka memahami ciri serta sifat
unsur yang terdapat dalam jadual berkala. Reaksi yang positif seperti bersemangat
dan aktif juga ditonjolkan pelajar semasa pdpc menggunakan bahan ini. Disamping
itu, pelajar juga merasa kaedah ini lebih ringkas dan jelas. Penggunaan warna dalam
menunjukkan kekuatan serta pengurangan ciri sesuatu unsur amatlah membantu
pelajar disamping menarik perhatian dan minat pelajar.

11
Tambahan pula, data daripada latihan yang diberikan pelajar juga
menunjukkan kesan positif hasil daripada penggunaan inovasi “Periodic Master” ini.
Semua pelajar menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam menjawab latihan yang
diberikan. Hal ini menunjukkan “Periodic Master” merupakan satu alat yang berkesan
dalam membantu pelajar memahami topik Jadual Berkala dengan lebih baik. Selain
daripada itu, amalan pengajaran guru juga dapat ditingkatkan dengan adanya bahan
maujud yang menarik seperti “Periodic Master” ini. Hal ini selari dengan dapatan yang
diperolehi Jasmi dan Tamuri (2011) yang menyatakan bahawa bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran harian, bahan bantu mengajar yang tepat perlu digunakan
sesuai dengan prestasi dan kebolehan pelajar. Selain itu, usaha mewujudkan bahan
bantu mengajar yang kreatif daripada pelabagai sumber mampu meningkatkan
kemahiran dan keyakinan guru semasa mengajar (Farihah Hussian, Nik Mohd Rahimi,
Maimun Aqsha Lubis, 2018)

9.0 Rumusan dan Perbincangan

Oleh yang demikian, saya dapat merumuskan bahawa bahan bantu mengajar
“Periodic Master” ini berjaya memberikan impak yang besar kepada saya dan pelajar.
Melalui kajian tindakan ini saya berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi yang
berkesan. Dalam sesi pembelajaran, guru boleh menentukan pendekatan, kaedah
dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan,
kebolehan dan isu yang dialami pelajar. Strategi yang dipilih oleh guru harus dapat
membantu pelajar menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik perhatian
serta menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Melalui kajian tindakan pengkaji
dapat menjalankan penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran
seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran (Shukye, 2020).

Kajian tindakan merupakan suatu proses yang berterusan, walaupun hasil


kajian tindakan ini menunjukkan dapatan yang positif kerana terdapat peningkatan
amalan pengajaran guru serta kefahaman pelajar, penambahbaikan bahan bantu
mengajar serta strategi masih banyak perlu diperbaiki bagi meningkatkan lagi kualiti
pengajaran dan pencapaian pelajar. Inovasi bahan bantu mengajar “Periodic Master”
yang dibina masih perlu diperbaiki dari masa ke masa agar dapat memberikan impak
yang lebih besar kepada kemajuan pendidikan di nagara ini.

12
10.0 Rujukan

Abdullah, R., Noorlizawati, W., Mat, W., Jusoh, A., Pendidikan, U., Idris, S., & Malim,
T. (2021). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) dalam Subjek Tema “
Penjajahan di Asia Tenggara pada Abad ke - 19 ,” 1, 1–13.

Asma, H., & Dallel, S. (2020). Cognitive Load Theory and its Relation to Instructional
Design: Perspectives of Some Algerian University Teachers of English,
11(December), 110–127.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementrian Pelajaran


Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan.

Bakhir, N. M., Zazril, M., & Zamri, I. (2007). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan.

Farihah Hussian, Nik Mohd Rahimi, Maimun Aqsha Lubis, M. Z. J. (2018). Amalan
Bahan Bantu Pengajaran Guru Dalam Practice Of Teaching Aids In The
Teaching Of Integrated Grammar Curriculum Early In, 134–145.

Jasmi, K. A., & Tamuri, A. H. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia, 3(1), 59–74.

Shukye, L. Y. (2020). Analisis Perkaitan Kajian Tindakan Dengan Keberkesanan


Pengajaran dan Pembelajaran Kajian Tempatan, 1–16.

13

You might also like