You are on page 1of 29

PEMARKAHAN

SEMESTER 2 2017/2018

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

(SELASA: 05.00-07.00 PM)

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN: PEMBELAJARAN MASTERI DALAM


PENGAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH UNTUK
MENINGKATKAN KEFAHAMAN TERHADAP FAKTA SEJARAH
DAN MENARIK MINAT MURID.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM


FATIN SYAFIRAH BINTI JAMIL D20141067514 ISMP SEJARAH

DISEMAK OLEH
NAMA TARIKH HANTAR
PROF. MADYA DR. ABDUL TALIB 1 MEI 2018
BIN MOHAMED HASHIM
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN 1-2
PENGHARGAAN 3
ABSTRAK 4
BAB 1

1.0 PENDAHULUAN 5
1.1 LATAR BELAKANG 5-6
1.2 PENYATAAN MASALAH 6
1.3 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN 7
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
1.4.1 OBJEKTIF UMUM 7
1.4.2 OBJEKTIF KHUSUS 7
1.5 KUMPULAN SASARAN 8
1.6 SOALAN KAJIAN 8
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN 8-9
1.8 RUMUSAN 9

BAB 2

2.0 PEMBELAJARAN MASTERI 9-10

BAB 3

3.0 KAJIAN LITERATUR 10-11

BAB 4

4.0 METODOLOGI KAJIAN 11


4.1 REKA BENTUK KAJIAN 11-12
4.2 MODEL KAJIAN TINDAKAN 12
4.3 PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN (KITARAN 1)
4.3.1 REFLEKSI AWAL 12-13
4.3.2 TINJAUAN AWAL 13
4.3.3 RANCANGAN TINDAKAN 13-14
4.3.4 PELAKSANAAN TINDAKAN 14-15
4.3.5 PEMERHATIAN KESAN PELAKSANAAN 15
4.3.6 REFLEKSI SEMULA 15
4.4 INSTRUMEN KAJIAN
4.4.1 KAEDAH PEMERHATIAN 16
4.5 PROSES PENGANALISAAN DATA 16-17

BAB 5

5.0 DAPATAN KAJIAN 17


5.1 PEMERHATIAN 17-18
5.2 AKTIVITI KAJIAN KITARAN KEDUA 19
5.2.1 REFLEKSI KITARAN GELUNG PERTAMA 19
5.2.2 MERANCANG PENAMBAHBAIKAN 19

1
5.2.3 TINDAKAN RANCANGAN 19
PENAMBAHBAIKAN 19-20
5.2.4 PENILAIAN 20
5.3 REFLEKSI TINDAKAN GELUNG KEDUA 20
5.3.1 HASIL ANALISIS PEMERHATIAN 20

BAB 6 21

6.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 21


6.1 KESIMPULAN 21
6.2 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 21-22

RUJUKAN 23

LAMPIRAN 24-29

2
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana telah membantu saya untuk
menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih
juga diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin, iaitu Puan
Mariam Binti Abu Bakar kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan
mengajar serta membuat kajian tindakan berkaitan dengan isu dan masalah yang dihadapi oleh
murid semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada pensyarah saya iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Talib bin Mohamed Hashim kerana
telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan laporan kajian tindakan ini.
Di samping itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang turut memberi dorongan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini.

3
KAJIAN TINDAKAN: PEMBELAJARAN MASTERI UNTUK TOPIK TAMADUN
AWAL DUNIA UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN TERHADAP FAKTA
DAN MENARIK MINAT MURID.
Oleh:

Fatin Syafirah Binti Jamil


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Perak, Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan kerana keperluan untuk meningkatkan kemahiran pengajaran
agar dapat memperbaiki kaedah penyampaian ilmu Sejarah kepada para pelajar.
Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan kaedah pembelajaran masteri bagi mata
pelajaran Sejarah. Tinjauan awal dijalankan melalui pemerhatian sesi pengajaran,
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) lepas yang dilihat kurang berjaya dalam
menarik minat dan memberi kefahaman kepada pelajar. Hasil pemerhatian
menunjukkan pelajar tidak berminat dan mengalami kesukaran dalam memahami
fakta sesuatu peristiwa sejarah. Bagi mengatasi masalah tersebut saya telah memilih
kelas 405 sebagai sampel kajian dengan memilih pembelajaran masteri sebagai
kaedah pengajaran. Saya telah menggunakan kaedah pembelajaran ini sebanyak dua
kali semasa proses pdpc bagi tajuk pembelajaran “Tamadun Awal Dunia”. Kaedah
ini memerlukan pelajar untuk terlibat secara aktif dalam sesi pdpc melalui kaedah
perbincangan, pembentangan dan soalan jawab. Dua aktiviti pdpc telah dirancang
dan dilaksanakan bagi melihat hasil pembelajaran dalam tempoh dua minggu.
Keputusan hasil dapatan kajian melalui pemerhatian menunjukkan bahawa bantuan
alat mengajar secara visual dapat membantu menjayakan pengaplikasian
pembelajaran masteri di dalam kelas. Melalui kaedah pembelajaran masteri, pelajar
dilihat lebih fokus,memahami dan yakin dalam menerangkan fakta.

4
1.0 PENDAHULUAN
Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran teras wajib lulus dalam peperiksaan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran Sejarah diberi penekanan supaya murid dapat
menghadapi cabaran masa depan dengan memahami peristiwa masa lalu serta menghayati
perjuangan tokoh-tokoh penting negara. Berdasarkan format Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) yang telah diperkenalkan, pelajar hendaklah boleh mencapai satu bentuk pentaksiran
yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor.Selain itu, unsur-
unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga hendaklah diterapkan dalam sesi pembelajaran.
Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang efektif merupakan ciri-ciri yang penting untuk
mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kaedah pembelajaran
masteri bagi membantu pelajar untuk memahami fakta dan menarik minat murid untuk
mempelajari Sejarah.

PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian tindakan ialah untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau


meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran dan memperbaiki situasi di
mana pengajaran dijalankan. Oleh itu, amalan memperbaiki ini telah diterapkan dalam
kalangan guru untuk memperbaiki cara pengajaran mereka semasa mengajar. Budaya
penyelidikan perlu diterapkan dan diberi penekanan dalam kalangan guru di sekolah.
Hal ini demikian kerana, melalui penyelidikan guru dapat menyelesaikan masalah dan
mengetahui punca-punca berlakunya masalah dalam pendidikan.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sejarah, masalah mengingati fakta


dan menghuraikan fakta merupakan satu perkara yang dikira agak sinonim bagi pelajar
dan guru sejarah, khususnya pelajar yang lemah untuk mengingati. Oleh itu, jalan
penyelesaikan perlu dicari untuk mengatasi masalah ini agar tidak berlanjutan. Mata
pelajaran Sejarah bukanlah mata pelajaran yang hanya untuk mengetahui peristiwa
lepas tetapi ia mempunyai kepentingan dari segi ekonomi, sosial dan politik. Oleh itu,
pendidikan sejarah tidak seharusnya dipandang enteng oleh masyarakat.

Bagi menarik minta pelajar untuk meminati dan dapat mengingati fakta sejarah
dalam ingatan jangka masa panjang penyelidikan harus dilaksanakan. Masalah utama
pelajar dalam mempelajari mata pelajaran sejarah ialah persepsi mereka terhadap

5
subjek sejarah adalah rendah. Mereka menganggap subjek ini sebagai subjek yang tidak
penting dan membosankan. Disamping itu, peratusan lulus untuk mata pelajaran ini
semakin merosot di Malaysia. Oleh itu, Kementerian Kerajaan Malaysia telah menjadi
Sejarah sebuah subjek yang wajib lulus pada tahun 2013 dalam Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM).

Kedudukan mata pelajaran Sejarah dijelaskan seperti yang berikut: “mata


pelajaran Sejarah dalam KBSM, merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari
oleh semua pelajar sekolah menengah.” (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002).
Shakila Yacob (2010) melihat langkah mewajibkan subjek Sejarah ini bertujuan untuk
memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, menonjolkan kepentingan dan kerelevanan
ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia dan memperkasakan legasi
sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari dengan
perjuangan 1 Malaysia.

Oleh itu, pelbagai alternatif perlu disediakan oleh guru untuk mengatasi
masalah ini. Jika dilihat pada hari ini pelbagai medium boleh digunakan oleh guru
untuk menigkatkan kefahaman dan menarik minat pelajar untuk meminati sejarah.
Oleh itu, guru perlu menerapkan kaedah pengajaran abad ke-21 untuk menarik minat
murid kerana guru pada masa kini perlu berhadapan dengan murid-murid yang telah
hidup dalam teknologi. Penggunaan teknlogi perlu dimanfaat untuk memastikan mata
pelajaran Sejarah akan diminati oleh pelajar.

1.2 Penyataan Masalah

Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti adalah pelajar tidak suka untuk belajar
mata pelajaran Sejarah dan tidak mengingati fakta sejarah dalam tempoh jangka masa
yang panjang. Hal ini demikian kerana, pendekatan yang digunakan oleh guru dan
aktiviti yang dijalankan di kelas tidak menarik minat murid untuk meneruskan
pembelajaran. Pendekatan yang tidak berkesan akan membangkitkan rasa tidak minat
murid untuk mempelajari subjek Sejarah. Hal ini dapat dilihat apabila guru mengajukan
soalan kepada pelajar mereka tidak dapat memberi jawapan. Maka disimpulkan
bahawa, teknik menerang tanpa menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang menarik
menyebabkan pelajar tidak tertarik untuk mengetahui peristiwa sejarah tersebut. Hal ini

6
ditambah pula dengan sikap murid itu sendiri yang tidak meminati subjek sejarah.
Mereka menganggap subjek sejarah sebagai subjek yang membosankan dan sukar
untuk mereka ingati faktanya, tajuk-tajuk, dan nama yang memerlukan penghafalan.
Pelajar juga tidak dapat mengingati fakta sejarah dalam jangka masa yang panjang.

1.3 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Hasil daripada latihan mengajar, saya mendapati pelajar tidak tertarik untuk
mempelajari mata pelajaran Sejarah kerana bagi mereka subjek sejarah adalah suatu
subjek yang membosankan. Kemudian apabila saya mengajukan soalan pelajar tidak
memberi respon. Oleh itu, saya simpulkan mereka tidak memahami pengajaran saya
dan pendekatan yang saya gunakan juga tidak berkesan. Oleh itu, kepelbagaian bahan
bantu mengajar dan aktiviti soal jawab dalam pengajaran sejarah dapat mengatasi
masalah pelajar yang sukar mengingati fakta sejarah serta dapat menarik minat murid
untuk mempelajari Sejarah. Di samping itu pengulangan fakta sejarah juga akan
membantu murid untuk meningati fakta sama ada dalam jangka masa pendek mahupun
panjang.

1.4 Objektif Kajian

Selepas kajian ini dijalankan, adalah diharpakan pelajar dapat mencapai objektif
berikut:

1.4.1 Objektif Umum

 Meningkatkan peratus murid lulus mata pelajaran Sejarah.

1.4.2 Objektif Khusus

 Membantu murid mengingati fakta-fakta sejarah.


 Membantu murid memahami fakta sejarah.
 Menarik minat murid untuk mempelajari sejarah.
 Membantu murid untuk mencapai standard pretasi yang sederhana.

7
1.5 Kumpulan Sasaran

Secara keseluruhan, batasan kajian ini adalah berfokus kepada masalah pembelajaran
pelajar. Sampel kajian ini telah diambil di Sekolah Menengah Kebangsaan Dr.
Burhanuddin iaitu pelajar tingkatan 405. Seramai 28 orang murid dalam kelas tersebut
telah menjadi sampel bagi kajian ini. Pengkaji akan melihat keberkesanan pendekatan
masteri digunakan dalam kalangan pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang rendah
serta melihat aktiviti keberkesanan aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan.

1.6 Soalan Kajian

1.6.1 Apakah kaedah yang dapat membantu murid untuk mengingati fakta-fakta
sejarah.

1.6.2 Bagaimanakah guru dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap fakta


Sejarah.

1.6.3 Bagaimanakah guru dapat menarik minat murid untuk mempelajari Subjek
Sejarah.

1.6.4 Apakah teknik yang digunakan oleh guru untuk memastikan pelajar dapat
mencapai standard prestasi yang cemerlang.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini banyak memberi manfaat kepada guru-guru sejarah, guru-guru dan pegawai
pendidikan serta bermanfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
menyusun semula kurikulum dan perancangan pendidikan agar mewujudkan suasana
penajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dapat mencapai matlamat pendidikan
Malaysia (Chua Kheng Hoe, 15:2007).

Kajian ini penting bagi guru-guru sejarah untuk membantu mereka menangani
masalah pembelajaran murid dan masalah pengajaran di kelas. Pelaksanaan kajian ini
akan menggalakkan para guru berfikir dan bertindak untuk memperbaiki kaedah
pengajaran mereka agar prestasi murid dapat ditingkatkan. Hal ini seiring dengan

8
matlamat pendidikan negara yang kini telah mewajibkan mata pelajaran sejarah lulus
dalam peperiksaan (SPM).

Kajian ini bukan sahaja membantu guru yang membuat penyelidikan tetapi ia
juga akan membantu guru-guru lain. Maklumat ini akan dijadikan panduan oleh guru-
guru lain untuk menyelesaikan masalah, mengatur strategi dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bidang masing-masing.

Di samping itu, kajian ini juga akan memberi kepentingan kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia agar dapat menyususn semula dan menilai semula keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam mencapai matlamat
meningkatkan prestasi mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar serta
meningkatkan semangat patrotisme pelajar terhadap negara.

1.8 Rumusan

Kesimpulannya pada bab ini pengkaji telah menjelaskan tujuan kajian ini dilaksanakan.
Selain itu, kajian ini akan menyatakan tempat kajian ini dijalankan dan sampel yang
digunakan terdiri daripada pelajar tingkatan 405. Kemudian pengkaji telah menjelaskan
perkara-perkara yang ingin dikaji iaitu melihat keberkesanan menggunakan pendekatan
masteri dalam pengajaran agar dapat meningkatkan ingatan murid tentang fakta sejarah
dan menarik minat murid untuk mempelajari sejarah.

2.0 Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus


kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran
Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran
mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Modul
ini bertujuan membimbing guru untuk memahami dan melaksanakan Pembelajaran
Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. (Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malysia). Pembelajaran masteri
juga merujuk kepada :-

… merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan


penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. [Bloom, 1968]

9
… berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh
menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan
sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid
itu menguasai pembelajarannya. [Bloom, 1968]

… ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu
murid untuk belajar secara konsisten … idea dan amalan ini menghasilkan
pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah
pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai
masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. [Anderson & Block, 1975]

3.0 KAJIAN LITERATUR

Pendekatan pembelajaran masteri telah digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
contohnya kajian oleh Abdull Sukor Shaari & Kalaidevi A/P Aplanaidu (2012) yang
menjalankan kajian untuk mengesan pencapaian kemahiran membaca Bahasa Melayu terhadap
murid pemulihan sekolah rendah. Kajian ini telah dijalan selama 8 minggu pada minggu yang
pertama ujian lisan dijalankan untuk mendapatkan data daripada murid, murid sebagai sample
kajian telah dibahagikan kepada kumpulan iaitu kumpulan sasaran akan diajar dengan
menggunakan pendekatan masteri, manakala kumpulan kawalan akan diajar dengan
menggunakan pendekatan konvensional.

Hasil daripada kajian yang dijalankan selama 8 minggu mendapati pendekatan masteri
memberi hasil yang positif dalam pencapaian membaca murid berbeza dengan pendekatan
konvensional menunjukkan pencapaian yang sedikit. Berdasarkan skor pencapaian murid bagi
kumpulan masteri adalah lebih besar, iaitu 13.76 jika dibandingkan dengan pertus peningkatan
pencapaian kumpulan kenvensional iaitu 5.03. Hal ini menunjukkan murid kumpulan
ekperiment dapat membina aras masteri yang lebih baik selepas rawatan diberikan. Disamping
itu, pendekatan masteri juga memberi sumbangan yang positif terhafap pencapaian murid
dalam kemahiran membaca. Dapatan ini juga menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
ujian pasca berbanding dalam ujian pra. Dapat disimpulakan juga pendekatan masteri
membantu murid untuk menguasai asas-asas kemahiran membaca.

Kemudian kajian yang dijalankan oleh Zalihar Embong, Zurina Yasak, Ahmad Esa dan
Anizam Mohamed Yusof iaitu melihat Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Masteri Secara

10
Online Bagi Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan (2009). Tujuan utama kajian ini adalah
bagi mengenal pasti prestasi pencapaian pelajar berdasarkan penggunaan pendekatan
pembelajaran masteri bagi mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan. Kajian ini memfokuskan
kepada dua aspek iaitu dari segi pencapaian pelajar dan persepsi pelajar terhadap pendekatan
pembelajaran masteri.

Daripada analisis dan perbincangan yang telah dijalankan menunjukkan terdapat


perbezaan pencapaian pelajar daripada kedua-dua kumpulan. Walau bagaimanapun, kumpulan
eksperimen yang menggunakan pendekatan pembelajaran masteri menunjukkan pencapaian
ujian pos yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan pendekatan
tradisional. Kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran masteri dapat meningkatkan
prestasi akademik pelajar. Dalam aspek pandangan pelajar pula, mereka suka diberi peluang
kedua dengan aktiviti pemulihan untuk meningkatkan kefahaman. Kesimpulannya, kajian
literatur mengenai pendek masteri dapat membantu meningkat prestasi pelajar.

4.0 METODOLOGI

4.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana
sesuatu kajian itu dijalankan. Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu
penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada
penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi
membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji.

Bagi mendapatkan data pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.


Kualitatif ialah kajian berbentuk deskriptif misalnya berbentuk lisan mahupun tulisan
tentang tingkah laku yang dapat dihayati. Antara contoh data kualitatif adalah berbentuk
temubual, analisis dokumen dan pemerhatian. Kaedah kajian kualitatif adalah berdasarkan
kepada pengumpulan dan menganalisis data bukan nombor seperti pemerhatian, temu
bual, kumpulan yang difokus dan rakaman video. Dalam kajian tindakan ini pengkaji telah
membuat pemerhatian terhadap penglibatan pelajar dalam kelas semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. kaedah ini berusaha untuk memperoleh maklumat berkualiti
dengan memberikan tumpuan terhadap sampel yang kecil (Azizah Hamzah, 2010).

11
Pendekatan kaedah ini merupakan satu usaha yang membentuk prinsip dan peraturan
umum yang mengandaikan realiti sosial sebagai objektif dan terpisah atau tidak berkaitan
dengan individu (Rohana Yusof, 2003). Kuantitatif merujuk kepada pendekatan
mengumpul data dengan tujuan untuk mengumpul maklumat yang dapat dijumlahkan iaitu
boleh dikira atau diukur.

4.2 Model Kajian Tindakan

Menurut Lewin (1948) dalam Maria (2016), kajian tindakan bermula dengan pewujudan satu
idea umum, kemudian data dicatat untuk menjelaskan atau merungkai sesuatu situasi. Oleh itu,
pelan tindakan dapat dihasilkan untk mencapai objektif bersama dengan keputusan tentang
langkah-langkah utama yang perlu dijalankan. Kemudian ia juga melibatkan fakta-fakta untuk
memantau dan menilai intervensi sebagai penilaian formatif. Menurut Maria (2016), Lewin
juga menyatakan kesemua ini boleh mewujudkan satu proses gelungan (spinal) yang
mengandungi, perancangan, tindakan, pencarian fakta tentang hasil (outcome) berdasarkan
tindakan yang diambil.

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Spiral Kemmis & Mc Taggart (1988)

4.3 Prosedur Menjalankan Kajian (Kitaran 1)

4.3.1 Membuat Refleksi Awal

Refleksi awal ialah proses mengimbas kembali pengajaran dan pembelajaran lepas di dalam
kelas. Berdasarkan pengajaran lepas guru mendapati pelajar tidak dapat mengingati fakta-

12
fakta sejarah. Perkara ini dibuktikan melalui aktivti soal jawab yang dilakukan oleh guru.
Ketika itu, pelajar tidak menjawab pertanyaan guru, semasa mereka menjawab soalan guru
mereka perlu merujuk semula buku untuk menjawab soalan guru. Maka dapat disimpulkan
murid tidak mempunyai ingatan jangka panjang untuk meningati fakta-fakta sejarah.
Seterusnya, perkara yang jelas sekali, murid-murid berasa bosan mempelajari sejarah.
Buktinya semasa guru melakukan penerangan terdapat murid yang meletakkan kepalanya
diatas meja semasa mendengar penerangan guru. Hal ini demikian kerana, guru tidak
menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menarik. Oleh itu, pengajaran sejarah
pada hari tersebut tidak mencapai objektif pembelajaran kerana pendekatan guru yang
kurang berkesan serta tidak menarik.

4.3.2 Tinjauan Awal

Berdasarkan refleksi awal terdapat masalah yang dihadapi oleh pengkaji sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Masalah ini dapat dikenal pasti melalui
pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji sepanjang proses PdPc. Tinjauan awal
mendapati pelajar tidak dapat mengingati pelajaran lepas yang sudah diajar oleh guru.
Walaupun, pelajar sudah mengimbas kembali pelajaran lepas mereka masih menunjukkan
reaksi yang menunjukkan mereka tidak faham. Walau bagaimanapun, pendekatan pengkaji
yang tidak menarik juga menjadi punca murid kurang berminat untuk meneruskan
pembelajaran pada hari tersebut. Masalah kedua yang dapat dikenal pasti ialah pendekatan
pengkaji yang kurang menarik menyebabkan murid tidak berminat untuk mempelajari
sejarah. Kemudian tempoh penerangan yang lama menyebabkan tumpuan pelajar terjejas.
Kegagalan pengkaji mengurus masa dengan sistematik menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran pada hari tersebut gagal. Masa yang tidak sistematik menyebabkan
aktivti tidak dapat dijalan dengan terancang dan aktiviti pada hari itu juga gagal dijalankan
dengan baik. Oleh itu, guru tidak dapat membuat penilaian terhadap hasil kerja murid
kerana aktiviti gagal dilaksanakan.

4.3.3 Rancangan Tindakan


Rancangan tindakan ialah rancangan guru untuk mengatasi masalah pembelajaran dan
pengajaran sejarah bagi pelajar 405. Antara aktivit yang dijalankan ialah :-

13
Aktiviti 1
1. Guru akan memberi penerangan kepada pelajar tentang maksud tamadun dengan
menggunakan kertas majung sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM).
2. Guru akan menjalankan aktiviti soal jawab untuk melihat kefahaman murid serta
tumpuan murid semasa guru melakukan penerangan.
3. Guru akan memerhatikan tindak balas murid semasa guru memberi soalan.

Aktiviti 2

1. Guru akan menjalankan aktiviti berkumpulan secara berpasangan.


2. Guru akan memberi kertas soalan kepada murid dan mereka perlu membuat
perbincangan secara berpasangan.
3. Jawapan pada kertas soalan hendaklah dirujuk pada buku teks.

Aktiviti 3

1. Guru meminta pelajar untuk membentangkan jawpan mereka dihadapan kelas.


2. Guru mengkehendaki kedua-dua ahli kumpulan untuk datang kedapan kelas, seorang
akan membaca soalan dengan menggunakan suara yang lantang, kemudian seorang lagi
akan membacakan jawapannya.
3. Setelah selesai membuat pembentangan, guru melakukan aktiviti soal jawab semula
untuk melihat keupayaan murid mengingati fakta-fakta tersebut.

Aktiviti 4

1. Guru menerangkan semula topik pembelajaran kepada pelajar.


2. Guru meminta wakil daripada pelajar untuk tampil kehadapan dan menerangkan hasil
pembelajaran yang mereka telah perolehi.
3. Pelajar akan menghuraikan hasil pembelajaran yang mereka dapat.

4.3.4 Pelaksanaan Tindakan

Aktiviti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan iaitu


semasa tempoh pdp itu sahaja.

Aktiviti 1  Guru menerangkan maksud tamadun.


 Murid mendengar penerangan guru.

14
 Guru menilai murid melalui aktiviti soal jawab
Aktiviti 2  Murid telah berbincang dalam kumpulan dan menjawab
kertas soalan yang diberi.
Aktiviti 3  Murid melakukan pembentangan secara berpasangan.
 Guru menilai mereka melalui aktiviti soal jawab.
Aktiviti 4  Guru menerangkan semula maksud tamadun.
 Guru menilai kefahaman pelajar melalui aktivti soal jawab.

4.3.5 Memerhatikan Kesan Pelaksanaan

Guru memerhatikan kesan pelaksanaan dengan menggunakan kaedah pemerhatian


secara tidak berstruktur. Guru melihat pendekatan masteri yang dilaksanakan oleh
guru tidak berjaya sepenuhnya. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti soal jwab
yang dilakukan kepada 4 orang murid semasa diakhir pembelajaran hanya 3
daripada mereka dapat menghuraikan hasil pembelajaran yang telah mereka
perolehi. Kemudian seorang pelajar perempuan tidak dapat menghuraikan hasil
pembelajaran. Walaupun guru telah membuat penerangan sebanyak 2 kali masih
terdapat murid yang tidak dapat mengingati fakta-fakta sejarah tersebut. Dapat
disimpulkan juga aktiviti yang guru jalankan kurang berkesan dan soalan yang guru
sediakan juga tidak dapat membantu murid untuk mengingati dan memahami
maksud tamadun.

4.3.6 Refleksi Semula

Setelah semua aktiviti selesai dijalankan pelajar belum dapat mengingati fakta-fakta
sejarah. Guru telah melakukan penerangan sebanyak 2 kali dan murid juga telah
membuat perbincangan dengan rakan sekumpulannya untuk menjawab kertas
soalan yang guru sediakan tetapi usaha ini masih tidak dapat memberi kesan yang
efektif kepada murid. Oleh itu, guru perlu memberi penerangan yang lebih menarik
kepada pelajar agar mereka mengingati fakta-fakta sejarah dan memahami fakta-
fakta tersebut. Proses penerangan ini juga guru perlu sediakan bahan yang lebih
menarikk seperti video. Hal ini demikian kerana, murid pada masa kini lebih gemar
jika pembelajaran dijalankan dengan menggunakan kemudahan ICT berbanding
guru membuat penerangan di dalam kelas.

15
4.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian akan digunakan 1 kaedah pengumpulan data iaitu:

4.4.1 Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian akan dilakukan oleh guru untuk melihat penglibatan murid di dalam kelas
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini bertujuan untuk
mengenal pasti keberkesanan penggunaan pendekatan masteri dalam kalangan pelajar.
Semasa menggunakan pendekatan ini guru merancang sebuah aktiviti untuk
memastikan murid mengingati fakta-fakta sejarah. Kemudian semasa mengajar guru
menggunakan pelbagai teknik seperi teknik soal jawab dan perbincangan secara
berpasangan untuk memastikan mereka dapat mengingati fakta-fakta sejarah dan
merancang aktivti yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran
sejarah.

4.5 Proses Penganalisisan Data

Masa Peristiwa Catatan


1 Guru masuk ke dalam kelas dan memberi salam.
Guru bertanya khabar murid. Kemudian pelajar
menjawab salam guru dan pertanyaan guru.
Guru juga bertanya tentang topik yang sudah
dipelajari minggu lepas. Kemudian
menerangkan topik yang akan dibincangan
semasa P&P.
2 Guru memberi penerangan tentang maksud  Aktiviti penerangan
tamadun. Setelah selesai menerangkan guru  Aktiviti perbincangan
memberi soalan kepada murid untuk membuat secara berpasangan.
penilaian terhadap murid. Kemudian murid
tidak memberi tindak balas yang positif
kepada guru. Seterusnya guru mengedarkan
kertas soalan kepada murid. Kertas soalan
tersebut perlu dibuat dalam kumpulan secara

16
berpasangan. Setiap pasangan perlu membuat
perbincangan untuk menyiapkan tugasan yang
diberi.
3. Selepas selesai membuat perbincangan, murid  Aktiviti pembentangan
dikehendaki untuk membuat pembentangan  Aktiviti soal jawab.
dihadapan kelas. Habis sahaja pembentangan  Aktiviti penerangan.
guru membuat aktiviti soal jawab untuk
menilai kefahaman mereka. Namun begitu,
daripada 4 orang wakil pelajar untuk
menghuraikan hasil pembelajaran yang
mereka dapat. Hanya 3 daripada mereka
dapat menjelaskan hasil pembelajaran yang
mereka perolehi. Kemudian seorang pelajar
perempuan tidak dapat menjawab soalan yang
guru ajukan. Kemudian guru menerangkan
semula topik tersebut secara keseluruhannya
kerana terdapat murid yang tidak dapat
menghuraikan hasil pembelajaran yang
diperolehinya.
4 Guru menyimpulkan semula hasil pembelajaran
yang perlu pelajar perolehi semasa P&P.

5.0 DAPATAN KAJIAN


Hasil dapatan kajian adalah seperti berikut:
5.1 Pemerhatian
Berdasarkan hasil pemerhatian yang dijalankan pada kelas 405 SMK Dr. Burhanuddin, Taiping
Perak. Semasa P&P dijalankan guru menerapkan aspek pembelajaran abad ke 21 seperti
melakukan perbincangan berkumpulan, membuat pembentangan dan melakukan aktiviti soal
jawab bersama murid dan guru. Guru cuba menggalakan pelajar untuk berienteraksi antara satu
sama lain agar pembelajaran berjalan lebih aktif. Namun begitu, pelajar kelas tersebut tidak
ingin menjawab soalan yang guru ajukan kepada mereka. Hal ini bermakna kaedah soal jawab
kurang berkesan bagi kelas ini. Oleh itu, guru perlu mengubah aktiviti yang yang lebih sesuai
untuk kelas ini.

17
Pemerhatian dilihat melalui aktivit yang pertama semasa proses P&P dijalankan.
Semasa guru membuat penerangan tentang maksud tamadun murid mendengar penerangan
guru. Kemudian guru telah membuat penilian secara formatif iaitu melalui aktiviti soal jawab.
Tujuan guru menggunakan aktivti soal jawab adalah untuk melihat kefahaman murid terhadap
penerangan yang dilakukan oleh guru. Namun begitu, semasa guru memberikan soalan mereka
tidak memberi sebarang respon, tetapi selepas guru mengulang semula soalan tersebut barulah
murid memberi tindakan balas dengan reaksi yang menujukkan mereka bosan dengan
pengajaran guru. Dapatan ini menunjukan bahawa pada peringkat awal pengajaran guru
mereka tidak mengingati dan memahami penerangan yang dilakukan oleh guru dan tidak
berminat untuk mempelajari maksud tamadun. Maka jelaslah bahawa murid kurang berminat
untuk mempelajari sejarah kerana pendekatan yang digunakan oleh guru sangat membosankan.

Kemudian guru membuat aktiviti yang kedua iaitu aktiviti berkumpulan secara secara
berpasangan. Semasa aktiviti ini dijalankan pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan
menjawab soalan yang telah guru sediakan. Kemudian setiap kumpulan akan melakukan
pembentangan berdasarkan soalan yang mereka dapat iaitu seorang pelajar akan membaca
soalan, manakala seorang lagi menjelaskan jawpannya. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah
untuk meningkatkan kemahiran komunikasi murid dan meningkatkan ingatan murid mengenai
fakta-fakta sejarah. Selepas selesai melakukan pembentangan guru telah membuat penilaian
semula dengan menjalankan aktiviti soal jawab. Semasa aktiviti soal jawab dijalankan guru
memanggil empat orang pelajar untuk datang kehadapan kelas bagi menghuraikan maksud
tamadun. Namun begitu, hanya tiga daripada wakil tersebut yang mampu menghuraikan
maksud tamadun. Hal ini menunjukkan bahawa pendekatan masteri yang digunakan kurang
berkesan kerana seorang pelajar yang tidak dapat menghuraikan langsung maksud tamadun.

Kesimpulannya pembelajaran pada kali ini kurang berkesan untuk meningkatkan


ingatan murid mengenai fakta-fakta sejarah. Selain itu, pendekatan ini juga tidak dapat menarik
minat murid untuk mempelajari sejarah. Hal ini demikian kerana, guru kurang menggunakan
bahan bantu yang menarik menyebabkan pelajar berasa bosan untuk mempelajari mata
pelajaran sejarah. Di samping itu, penerangan yang dilakukan oleh guru juga tidak dapat
membantu murid untuk mengingati fakta sejarah. Oleh itu, guru perlu memperbaiki cara guru
membuat penerangan dan menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik agar murid-
murid boleh mengingati fakta sejarah dan berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah.

18
5.2 Aktiviti kajian Kitaran Kedua

5.2.1 Refleksi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Gelung Pertama

Sesi PdPc yang pertama tidak dapat mencapai objektif yang telah dirancang. Hal ini kerana
teknik penerangan dan bahan bantu mengajar yang pengkaji gunakan tidak dapat menarik
perhatian pelajar untuk belajar dan memahami fakta yang yang telah disampaikan. Beberapa
masalah telah dikenalpasti ialah pengkaji tidak berjaya mewujudkan suasana yang
menyeronokkan ketika sesi PdPc tersebut berlangsung. Semasa sesi soal jawab di akhir
pembelajaran terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Setelah
tamat sesi PdPc pengkaji telah menganalisis semula teknik pengajaran yang telah digunakan.
Beberapa perkara memerlukan penambahbaikkan untuk menjadikan sesi pdpc yang seterusnya
lebih menarik dan menyeronokkan untuk membantu pelajar memahami dan mengingati fakta
dengan baik.

5.2.2 Merancang Penambahbaikan Terhadap Pembelajaran Masteri

Bagi mengatasi masalah yang telah dinyatakan, pengkaji telah membuat perancangan semula
bagi memperbaiki pengaplikasian pembelajaran masteri semasa pdpc. Antara langkah
penambaikan yang akan dilaksanakan adalah menggunakan bantuan alat bantu mengajar
tambahan seperti video dan gambar. Penggunaan video adalah untuk menarik minat pelajar
serta memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Dalam aspek memberi penerangan,
pengkaji telah memperluaskan lagi bahan bacaan dan tidak terlalu bergantung kepada buku
teks. Selain itu, pengkaji juga perlu menggunakan powerpoint bagi membantu pelajar
meringkaskan maklumat dan dapat memberi fokus terhadap isi-isi penting tajuk pembelajaran.
Di samping itu, semasa proses perbincangan untuk menjawab latihan pengkaji perlu memberi
bimbingan kepada pelajar agar perbincangan para pelajar tersebut dapat mencapai objektif
yang telah dirancang.

5.2.3 Bertindak Seperti yang Dirancang

Sesi PdPc yang seterusnya, pengkaji masih mempraktikkan kaedah pembelajaran masteri.
Walau bagaimanapun beberapa perkara telah ditambah baik supaya kekurangan semasa sesi
pdpc yang lepas tidak berulang. Semasa di set induksi pengkaji telah menayangkan video
berkenaan tajuk pembelajaran, bagi memastikan penyertaan pelajar dalam sesi pembelajaran
pengkaji telah meminta beberapa pelajar mengemukakan pendapat berkenaan video yang telah
ditayangkan. Di samping itu, semasa membuat penerangan pengkaji telah menayangkan slaid

19
powerpoint bagi membantu pelajar untuk mengenal pasti isi-isi penting berkaitan tajuk
pembelajaran. Beberapa gambar turut diperlihatkan bagi meningkatkan daya ingatan dan
kefahaman pelajar. Kemudian, semasa sesi pengukuhan, pengkaji meminta pelajar untuk
menjawab soalan melalui perbincangan kumpulan. Pengkaji telah bertindak sebagai pemudah
cara dan fasilitator bagi memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti perbincangan.
Seterusnya bagi meningkatkan lagi daya ingatan dan kefahaman pelajar terhadap tajuk
pembelajaran, wakil dari setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan.

5.2.4 Penilaian Terhadap Teknik yang Digunakan

Semasa sesi pdpc, pengkaji dapat melihat perubahan positif dalam kalangan pelajar.
Video,gambar dan slide yang ditayangkan membantu mereka untuk lebih fokus. Terdapat
beberapa orang pelajar yang mengajukan soalan kepada guru semasa membuat penerangan.
Hal ini membuktikan mereka telah tertarik untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tajuk
pembelajaran. Sesi pengukuhan melalui perbincangan kumpulan juga mengambil masa yang
singkat kerana pelajar memahami penerangan yang telah dijelaskan oleh guru. Dalam masa
yang sama, semasa sesi pembentangan pelajar juga dapat menjawab soalan yang diajukan oleh
guru dengan baik.

5.3 Refleksi Terhadap Pdpc (Gelung Kedua)

Sesi pdpc pada kali ini dilihat lebih baik dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah
dirancang. Perkara ini dikenal pasti oleh pengkaji melalui pemerhatian yang telah dibuat.

5.3.1 Hasil Ananlisis Melalui Pemerhatian

Semasa proses pdpc berlangsung, pengkaji mendapati pelajar lebih fokus dengan adanya alat
bantuan mengajar seperti video, gambar dan slide. Penglibatan pelajar dalam sesi pdpc juga
dilihat lebih aktif apabila terdapat beberapa pelajar telah bertanyakan soalan. Pada sesi
pembentangan dan soal jawab juga pelajar mampu menjawab soalan dengan baik
menggunakan ayat lengkap yang meliputi isi penting, huraian dan contoh. Tambahan lagi,
menerusi aktiviti tersebut pengkaji secara tidak langsung telah melatih kemahiran komunikasi
para pelajar untuk bercakap di hadapan kelas dan membuat penerangan kepada rakan lain.
Kaedah ini sekaligus membolehkan mereka mengingati fakta yang telah dipelajari dengan lebih
baik.

20
6.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Kesimpulan

Kajian yang saya jalankan ini adalah sebahagian daripada masalah yang saya hadapi semasa
mengajar pelajar 405. Pendekatan Masteri ini sesuai digunakan terhadap murid 405 tetapi
pelaksanaan aktiviti mestilah dijalankan dengan terancang kerana untuk memastikan pelajar
master dalam sesuatu topik perancangan untuk P&P hendaklah dijalankan dengan teliti. Hal
ini demikian kerana, mata pelajaran Sejarah mempunyai banyak fakta-fakta yang perlu pelajar
ingat dan fahami. Oleh itu, penambahbaikan perlu dilakuakan untuk memastikan pelajar
mengingati fakta-fakta sejarah dan berminat untuk mempelajari Sejarah.

Bagi mengatasi masalah pelajar yang sukar untuk mengingati dan memahami fakta
sejarah guru hendaklah merancang pelaksanaan aktiviti yang menarik agar pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Sebagai contoh guru hendaklah menggunakan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dapat menarik minat murid untuk belajar seperti
menggunakan video, gambar yang berkaitan dengan pembelajaran serta menggunakan power
point agar pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Kemudian pemilihan pendekatan yang
sesuai mengikut tahap kognitif pelajar juga perlu dititikberatkan.

Selain itu, penggunaan kaedah pembelajaran masteri ini juga perlu menitikberatkan
tentang penglibatan pelajar semasa sesi pdpc. Hal ini kerana, respon dan penglibatan pelajar
merupakan elemen yang penting untuk mengetahui sama ada kaedah tersebut berkesan atau
sebaliknya. Melalui penglibatan aktif yang diberikan oleh pelajar, mereka sekaligus akan dapat
meningkatkan kemahiran soft skills seperti kepimpinan, bertanya soalan dan berkomunikasi
dengan rakan sekelas.

6.2 Cadangan Kajian Seterusnya

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti yang berikut:

1. Menggunakan kaedah pembelajaran masteri bagi topik Sumbangan Tamadun Awal


Dunia. Tajuk ini merupakan salah satu tajuk yang panjang dalam buku teks tingkatan 4
jadi guru perlu merancang kaedah pengajaran yang pelbagai bagi membantu murid
memahami isi pembelajaran.

21
2. Memandangkan tajuk tersebut mempunyai pecahan subtopik yang banyak, guru boleh
menggunakan peta i-Think bagi memudahkan pelajar mengenal pasti isi penting,
huraian dan contoh.

Hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan, pengkaji mendapati terdapat perubahan
positif samada dalam aspek pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar. Semoga
menerusi hasil kajian ini dapat memberi manfaat dengan menjadikan pdpc bagi
matapelajaran sejarah lebih menyeronokkan.

22
RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari & Kalaidevi A/P Aplanaidu. (2012). Kesan Pendekatan Pembelajaran
Masteri Terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language
Education Journal – MyLEJ). Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 94-105.
Azizah Hamzah. (2010). Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya dalam Jurnal
Pengajian Media Malaysia, 6 (1).
Block J. H & Anderson L. W (1975), Mastery Learning in Classroom Instruction. New York:
Macmillan Publishing Co.
Bloom B. S (1968). Learning fo Mastery: Evaluation Comment (UCLA –CSIEP)

Chua Kheng Hoe. (2015). Pembangunan Patriotisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua: Perbandingan Antara Empat Jenis Sekolah.
Disertasi Ijazah yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia: Malaysia

Maria Salih, (2016). Bagaimana Menjalankan Kajian Tindakan. Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan Sains sosial. Selangor: PTS Publications &
Distributors.

Shakila Yacob. 2010. Ilmu Sejarah Membina Negara. Utusan Malaysia. 19.10. 2010.
Zalihar Embong, Zurina Yasak, Ahmad Esa dan Anizam Mohamed Yusof. (2009).
Keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Masteri Secara Online Bagi Mata Pelajaran
Teknologi Kejuruteraan. 14th International Conference on Education, 21-24 May 2009,
di Universiti Brunei Darussalam.

23
LAMPIRAN 1
Soalan Soal Jawab.
NAMA: KELAS:

JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH.

1. Apakah maksud tamadun?


- Tamadun bermaksud pencapaian yang tertinggi _________________________________
________________________________________________________________________

2. Apakah pencapaian tertinggi dalam sesebuah tamadun?


- Pencapaian yang tertinggi dalam sesebuah tamadun ialah pertanian dan perdagangan,
sistem pemerintahan, _____________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3. Apakah yang mendorong dalam perubahan kehidupan manusia?

- Perkara yang mendorong berlaku perubahan dalam kehidupan manusia ialah


_______________________ sesuatu masyarakat.

4. Apakah Bahasa yang memberi maksud tamadun?


- Antara Bahasa yang memberi maksud tamadun ialah Bahasa Yunani, ________________
________________________________________________________________________.

5. Dari segi pengertian bahasa apakah perkataan tamadun dalam perkataan Yunani?

- Perkataan tamadun dalam perkataan yunani ialah ______________________________.

6. Apakah maksud Civitas?

- Civitas bermaksud ______________________________________________________.

7. Mengikut Bahasa Yunani kemajuan sesebuah negara yang bertamadun merujuk kepada ?

24
- Kemajuan merujuk kepada kebudayaan _______________________________________
________________________________________________________________________.

8. Apakah perkataan tamadun dalam perkataan Inggeris?

- Tamadun dalam Bahasa Inggeris ialah _________________________________.

9. Apakah makud civilisation?

- Civilisation bermaksud ____________________________________________________ .

10. Mengikut Bahasa Inggeris kemajuan sesebuah negara yang bertamadun merujuk kepada?
- Kemajuan merujuk kepada pengetahuan, kepercayaan, ___________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

11. Apakah perkataan tamadun dalam Bahasa Arab?


Tamadun dalam Bahasa Arab merujuk kepada mudun _______________________________
_________________________________________________________________________.

12. Apakah maksud perkataan mudun, madain dan madana?

Perkataan Mudun, Madain, dan Madana bermaksud _____________________________

_______________________________________________________________________.

13. Apakah istilah lain bagi perkataan tamadun dalam Bahasa Arab?
Istilah lain bagi perkataan tamadun dalam Bahasa Aarab ialah Hadari dan _______________.

14. Apakah maksud perkataan Hadharah?

Perkataan Hadharah bermaksud kawasan, daerah, _______________________________

25
________________________________________________________________________.

15. Apakah maksud perkataan Hadari?


Perkataan Hadari bermaksud tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat,
_________________________________________________________________________.

16. Apakah maksud tamadun dalam Bahasa Melayu?


Maksud Tamadun dalam Bahasa Melayu ialah pencapaian kemajuan masyarakat dari segi
kebendaan__________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

17. Apakah kepentingan tamadun?


Tamadun penting bagi membina kemajuan dan ____________________________________
___________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________.

26
Lampiran 2
Soalan Kuiz
PENGENALAN

18. Apakah maksud tamadun?


- Pencapaian yang tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang.

19. Apakah pencapaian tertinggi dalam sesebuah tamadun?


- Pertanian dan perdagangan
- Sistem pemeritahan
- Pembentukan bandar
- Pengkhususan pekerjaan
- Teknologi
- Organisasi sosial
- Agama dan kepercayaan
- Tulisan dan penyimpanan rekod
- Kesenian dan kesusasteraan

20. Apakah yang mendorong dalam perubahan kehidupan manusia?


- Daya inovasi sesuatu masyarakat.

21. Apakah jenis Bahasa yang memberi maksud tamadun?


- Bahasa Yunani.
- Bahasa Inggeris.
- Bahasa Arab.
- Bahasa Melayu.

22. Dari segi pengertian bahasa apakah perkataan tamadun dalam perkataan Yunani?
- Civitas.

23. Apakah maksud Civitas?


- Bandar atau kota.

24. Dari segi Bahasa Yunani sebuah negara yang?


- Kebudayaan
- Sains
- Industri
- Sistem kerajaan

25. Apakah perkataan tamadun dalam perkataan Inggeris?


- Civilisation.

26. Apakah makud civilisation?


- Tahap pembangunan manusia.
- Organisasi yang dianggap maju.

27. Apakah tahap pembangunan yang dicapai dalam tamadun Inggeris?

27
- Pengetahuan
- Kepercayaan
- Seni
- Moral
- Undang-undang
- Adat
- Kebolehan manusia/ organisasi

28. Apakah perkataan tamadun dalam Bahasa Arab?


- Mudun
- Madain
- Madana
- Hadharah
- Hadari

29. Apakah maksud perkataan mudun, madain dan madana?


- Tinggi budi Bahasa.
- Pembukaan bandar.

30. Apakah istilah lain bagi perkataan tamadun dalam Bahasa Arab?
- Hadharah
- Hadarih

31. Apakah maksud perkataan Hadharah?


- Kawasan.
- Daerah.
- Bandar .
- Kota.
- Kampung.
- Kawasan untuk bercucuk tanam.

32. Apakah maksud perkataan Hadari?


- Rumah atau tanah yang didiami oleh masyarakat.
- Tahap kemajuan
- Memperoleh kekayaan.

33. Apakah maksud tamadun dalam Bahasa Melayu?


- Pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan.
- Perkembangan pemikiran meliputi bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain.

34. Apakah kepentingan tamadun?


- Tamadun penting bagi membina kemajuan dan kemodenan kehidupan manusia yang
teratur dalam sesebuah sistem masyarakat.

28

You might also like