You are on page 1of 24

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR FELDA PONTENG

SEKOLAH : SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AIR TAWAR, KOTA


TINGGI, JOHOR

ASMA NABIHAH BINTI ABD RAHMAN

Laporan Projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

Judul : FAKTOR-FAKTOR PELAJAR FELDA PONTENG SEKOLAH : SATU KAJIAN DI


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR TAWAR, KOTA TINGGI.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya : ASMA NABIHAH BINTI ABD RAHMAN


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan


Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi meklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

__________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: No 186, Jalan Punai,, P.M. DR HJ MOHD SAID BIN HJ ISHAK
FELDA Bukit Batu, Nama Penyelia
81020 Kulai, Johor..

Catatan : * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“”Saya akui karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan : ………………………….
Nama Penyelia : P M DR HJ MOHD SAID BIN HJ ISHAK
Tarikh : 15 MAC 2004
PENGHARGAAN

‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurniaan rahmatnya
dapatlah pengkaji menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Dalam
kesempatan ini, pengkaji iugin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada penyelia bagi projek ini, Prof Madya Dr Hj Mohd Said Bin Hj Ishak di atas
bimbingan, tunjuk ajar dan kesabaran beliau sepanjang tempoh menyiapkan Laporan
Projek Sarjana Muda ini.

Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan


Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Air Tawar, Kota Tinggi, Johor, guru-guru yang banyak membantu dan pelajar-pelajar
yang terlibat dalam projek ini.

Seterusnya, sekalung terima kasih buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian


Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor
dan sahabat-sahabat seperjuangan tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam) yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam usaha
menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, dipohon agar bantuan dan kerjasama yang telah diberikan oleh
pihak-pihak yang terlibat akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda oleh
Allah s.w.t. Amin.
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor pelajar FELDA ponteng


sekolah yang melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 di Sekolah Menengah Air Tawar,
Kota Tinggi Johor terlibat dalam kajian deskriptif ini.. Pengkaji menggunakan perisian
Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.01 untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan menunjukkan faktor sikap ibu bapa dan
penjaga pelajar FELDA, faktor tekanan pelajar FELDA dan media massa adalah antara
penyebab pelajar FELDA ponteng sekolah. Pengkaji juga telah mengemukakan
beberapa cadangan bagi mengurangkan masalah ponteng sekolah. Kajian ini diharapkan
dapat membantu semua pihak yang terlibat bagi merangka jalan penyelesaian kepada
permasalahan ini.
ABSTRACT

This study is to identify the factors due to the absentence of pupils from FELDA
of form 1, 2 and 4 from Sek. Men. Keb. Air Tawar, Kota Tinggi were selected as
respondents. The survey data were analysed using Statistical Packages for Social
Sciences.(SPSS) version 11.01 in order to get the frequency, percentage and the mean.
The result show that all the three factors contribute to the absentce of the students. The
threee factors are attitude of the parents or gauidance, tension and mass media. At the
end of the study, some suggestion were given to reduce the problem. Hopefully the
study will help the policy maker to solve the problem.
SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 5
1.8 Definisi Istilah dan Operasional 5
1.9 Kesimpulan 7

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8
2.2 Masalah Disiplin Pelajar Sekolah Di Malaysia 8
2.3 Masyarakat FELDA 10
2.4 Kajian Lapangan Mengenai Faktor-faktor Yang
Mendorong Pelajar FELDA Ponteng Sekolah 12
2.4.1 Faktor Keluarga 13
2.4.2 Faktor Rakan Sebaya 14
2.4.3 Faktor Guru 15
2.4.4 Faktor Sikap Individu 17
2.4.5 Faktor Tekanan 18
2.5 Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan Faktor-Faktor
Pelajar Ponteng Sekolah 22
2.6 Kesan Ponteng Terhadap Pelakunya 22
2.7 Kesimpulan 23

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Populasi Kajian 25
3.4 Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 26 3.5.1
Bahagian A 27 3.5.2
Bahagian B 27
3.6 Prosedur Kajian 28 3.6.1
Kajian Rintis 29
3.6.2 Tujuan Kajian Rintis 29
3.6.3 Kajian Sebenar 29 3.7
Analisa Data 30
3.8 Jangka Masa Kajian 31
3.9 Kesimpulan 31

BAHAGIAN EMPAT

BAB 4 ANALISA KAJIAN

4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 33
4.2.1 Umur, Jantina dan Tingkatan Responden 33
4.2.2 Tempat Tinggal Responden 34
4.2.3 Pekerjaan Bapa/Penjaga 34
4.2.4 Pekerjaan Ibu 35
4.2.5 Pendapatan Bapa/Penjaga 36
4.2.6 Pendapatan Ibu 37
4.2.7 Pendapatan Ibu Bapa Penjaga 37
4.2.8 Bilangan Adik Beradik 38
4.2.9 Perkaitan Pendapatan Keluarga Dengan
Bilangan Adik Beradik 39
4.2.10 Peratus Kekerapan Responden
Ponteng Dalam Sebulan 40
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 41
4.3.1 Analisa Mengikut Setiap Item Soal
Selidik 42
4.3.1.1 Mengenalpasti Sama Ada
Faktor Sikap Ibu Bapa Penjaga Pelajar
FELDA Mendorong Pelajar FELDA
Ponteng Sekolah. 42
4.3.1.2 Mengenalpasti Sama Ada
Faktor Tekanan Mendorong Pelajar FELDA
Ponteng Sekolah 48
4.3.1.3 Mengenalpasti Sama Ada
Faktor Tekanan Mendorong Pelajar
FELDA Ponteng Sekolah 53
4.4 Perbincangan Dapatan Kajian 59
4.4.1 Faktor Demografi Pelajar 59
4.4.1 Hubungan Demografi Pelajar Dengan
Faktor Mendorong Pelajar FELDA
Ponteng Sekolah 61
4.4.2 Faktor Mendorong Pelajar FELDA
Ponteng Sekolah Dari Aspek Sikap
Ibu Bapa/Penjaga 62
4.4.3 Faktor Mendorong Pelajar FELDA
Ponteng Sekolah Dari Aspek Tekanan Pelajar 63
4.4.4 Faktor Mendorong Pelajar FELDA
Ponteng Sekolah Dari Aspek Media Massa 60
4.5 Rumusan 64
4.6 Kesimpulan 64
BAHAGIAN LIMA

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan 66
5.3 Kesimpulan 67

5.4 Cadangan 68
5.4.1 Kementerian Pendidikan 68
5.4.2 Sekolah 68
5.4.3 Ibu Bapa atau Penjaga 69
5.4.4 Media 69
5.5.5 Pihak Pengurusan FELDA 69
5.5 Cadangan Kajian Masa Depan 70
5.6 Kesimpulan 70

BIBILIOGRAFI 72
LAMPIRAN 76
SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Responden 26


3.2 Jadual Mengenai Pembahagian Skala Likert 27
3.3 Tahap Skor Min 27
3.4 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi 28
4.1 Tempat Tinggal Responden 34
4.2 Taburan Responden Mengikut Kelompok Pekerjaan
Bapa Atau Penjaga 34
4.3 Taburan Responden Mengikut Kelompok Pekerjaan
Ibu 35
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelompok
Pendapatan Bapa 36
4.5 Taburan Responden Mengikut Kelompok
Pendapatan Ibu 37
4.6 Taburan Responden Mengikut Kelompok
Pendapatan Ibu Bapa 38
4.7 Taburan Responden Mengikut Kelompok Bilangan
Adik Beradik 38
4.8 Taburan Responden Mengikut Kelompok Berkaitan
Pendapatan Keluarga Dan Bilangan Adik Beradik 39
4.9 Peratus Kekerapan Ponteng Dalam Sebulan 40
4.10 Item 1 42
4.11 Item 2 43
4.12 Item 3 44
4.13 Item 4 45
4.14 Item 5 45
4.15 Item 6 46
4.16 Item 7 47
4.17 Item 8 48
4.18 Item 9 49
4.19 Item 10 49
4.20 Item 11 50
4.21 Item 12 50
4.22 Item 13 51
4.23 Item 14 52
4.24 Item 15 52
4.25 Item 16 53
4.26 Item 17 54
4.27 Item 18 54
4.28 Item 19 55
4.29 Item 20 56
4.30 Item 21 56
4.31 Item 22 57
4.32 Item 23 58
4.33 Item 24 58
SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Tatacara Kajian Yang Dilaksanakan 30


SENARAI SINGKATAN

FELDA Federal Land Deveplopment Autority


SMK Sekolah Menegah Kebangsaan
SS Sangat Setuju
S Setuju
KS Kurang Setuju
TS Tidak Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
SPSS Statistical Packages for Social Sciences
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah merupakan salah satu institusi untuk menimba ilmu bagi pelajar yang
berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun. Sekolah juga merupakan institusi penting
untuk memupuk nilai yang dikehendaki pada generasi akan datang.

Namun begitu, sekolah menengah luar bandar sering dikaitkan dengan


masalah disiplin pelajar. FELDA (Federal Land Development Autority) atau
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan juga merupakan kawasan luar bandar.yang
dimajukan. Penubuhan FELDA di bawah Akta 1956 telah memberi satu implikasi
yang amat baik dalam meningkatkan taraf hidup golongan miskin daripada luar
bandar. Jika dilihat kepada matlamat dan juga peranan yang dimainkan oleh FELDA,
ia telah menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang lebih maju, produktif dan juga
berdisiplin dalam meningkatkan taraf hidup golongan terbabit. Namun, sampai
bilakah kesenangan ini akan dikecapi sekiranya generasi pewaris tidak mampu
membantu menaik taraf masyarakat FELDA itu sendiri?

FELDA kini sering dikaitkan dengan masalah remaja yang hilang arah tuju
apabila terlibat dengan pelbagai salah laku seperti penagihan dadah, ponteng sekolah,
merokok di kalangan pelajar sekolah, pengangguran di kalangan belia dan berbagai
lagi.(http://www.ypkdt.org.my/ypk/felda.htm). Ini disebabkan mereka tidak
mendapat didikan yang secukupnya kerana ponteng sekolah. Menurut Mohd Salleh
Lebar (1998:47), dalam bukunya yang bertajuk “Disiplin Pelajar Sekolah”, sekolah
merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal yang berperanan membentuk
2

pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi seimbang
dari segi mental dan juga rohani.

Walau bagaimanapun, masalah ponteng menjadi semakin serius walaupun


KBSM yang digubal telah dilaksanakan pada 1989. Salah laku ponteng ini diikuti
oleh salah laku lain yang menjadi salah laku berat seperti membakar sekolah,
bergaduh dengan guru dan budaya samseng di sekolah.

Sewajarnya fenomena seperti ini tidak berlaku. Langkah-langkah


membanteras gejala ponteng ini perlu diambil dengan segera bagi membendung
masalah ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Rancangan Tanah FELDA merupakan komuniti penempatan semula yang


terdiri daripada sebahagian besar orang-orang melayu. Dari struktur dan organisasi
Rancangan Tanah FELDA disusun rapi, dirancang lengkap dengan pelbagai
prasarana serta berbagai lembaga dengan tujuan membantu masyarakat FELDA
mengecap hidup yang lebih selesa dalam semua bidang. Komuniti FELDA adalah
komuniti tertutup iaitu hanya untuk peneroka dan keluarga sahaja. Namun, pada
masa yang sama, ia turut tercakup dalam arus pembangunan negara dengan pelbagai
unsur-unsur luaran. Rancangan FELDA telah memberi persepsi buruk pada
masyarakat apabila terlibat dengan masalah sosial seperti penagihan dadah, ponteng
sekolah, merokok dan sebagainya. Persoalannya, sebagai komuniti yang terancang
rapi dan tertutup, kenapakah penularan itu tidak terbendung? Ini kerana, mereka
mudah terpedaya dengan pengaruh luar.

Gejala ponteng sekolah perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia
membawa implikasi kurang sihat kepada pelajar. Salah laku ponteng akan diikuti
oleh salah laku berat. Menurut Foziah Abd Rahman (1999:3) dalam kajiannya yang
bertajuk “ Masalah Ponteng Sekolah Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak”, pelajar
3

yang ponteng sekolah akan mencapai satu tahap yang tidak dapat dikawal lagi oleh
guru mahupun ibu bapa. Tingkah laku mereka ini telah menjadi gangguan, dan
keadaan ini dikenali sebagai penyelewengan tingkah laku.

Menurut Aspar Ahmad (1992: 32) dalam kajiannya bertajuk “Satu Tinjauan
Mengenai Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Ponteng Sekolah Berlaku Di Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah Munshi Ibrahim, Labis, Johor Darul Takzim” mendapati
84% daripada responden.beliau tidak lulus dalam peperiksaan pada tahun 1991.
Angka ini meningkat sebanyak 6% daripada tahun sebelumnya. Ini membuktikan
pencapaian akademik pelajar merosot seterusnya akan membentuk masa depan yang
kabur. Kita memerlukan generasi pewaris yang mantap dari segi rohani, jasmani,
emosi dan intelek untuk membentuk negara maju yang berdaya saing. Bagi tujuan
tersebut, kita memerlukan pelajar hadir ke sekolah untuk menerima segala
pendidikan formal yang disusun khas untuk memastikan pelajar menerima pelajaran
yang secukupnya.

Oleh itu, pengkaji merasakan perlunya mengetahui faktor-faktor yang


mendorong pelajar luar bandar, FELDA khususnya terjebak dalam gejala ponteng
sekolah kerana FELDA dibina untuk menaik taraf golongan miskin. Malaysia amnya
dan FELDA khususnya memerlukan generasi pewaris yang berkaliber dan mampu
memimpin negara pada masa akan datang.

1.3 Pernyataan Masalah

FELDA merupakan salah satu kawasan tanah rancangan kerajaan yang


dikategorikan sebagai luar bandar, di mana kajian terdahulu menyatakan sekolah luar
bandar mencatat angka tertinggi berkaitan salah laku ponteng sekolah. FELDA
sering dikaitkan dengan pelbagai salah laku seperti dadah dan lumba haram. Perkara
seumpama ini tidak akan berlaku sekiranya penduduk FELDA mendapat didikan
secukupnya sama ada di sekolah atau di mana-mana institusi pendidikan. Untuk
4

membendung masalah ini, kita perlu tahu faktor-faktor yang menyebabkan pelajar
FELDA ponteng sekolah agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor pelajar FELDA


ponteng sekolah. Fokus utama dalam kajian ini ialah:-

1.4.1 Mengenalpasti sama ada faktor sikap ibu bapa/penjaga pelajar FELDA
mendorong pelajar FELDA ponteng sekolah.

1.4.2 Mengenalpasti sama ada faktor tekanan yang dihadapi pelajar FELDA
mendorong pelajar FELDA ponteng sekolah.

1.4.3 Mengenalpasti sama ada faktor media massa mendorong pelajar FELDA
ponteng sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif, persoalan yang akan dikaji ialah seperi berikut:-

1.5.1 Adakah faktor sikap ibu bapa/penjaga pelajar FELDA mendorong pelajar
FELDA ponteng sekolah?

1.5.2 Adakah faktor tekanan yang dihadapi pelajar FELDA mendorong pelajar
FELDA ponteng sekolah?

1.5.3 Adakah faktor media massa mendorong pelajar FELDA ponteng sekolah?
5

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengesan faktor-faktor pelajar FELDA ponteng


sekolah. Ini adalah kerana masalah ini dilihat sebagai punca berlakunya masalah
disiplin yang lain seperti merokok, bergaduh, dan sebagainya. Dengan adanya kajian
ini, diharap banyak pihak yang akan mengambil inisiatif untuk mengatasinya dan
bersesuaian dengan faktor-faktor tersebut.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 Sekolah Menengah


Kebangsaan Air Tawar sahaja. Pelajar yang dikaji adalah pelajar yang terlibat dalam
gejala ponteng sekolah yang telah dikesan melalui buku rekod kehadiran mereka.
Hanya 3 faktor yang dikaji iaitu faktor sikap ibu bapa atau penjaga pelajar FELDA,
tekanan pelajar FELDA, dan faktor media massa dalam mempengaruhi pelajar
FELDA ponteng sekolah.

1.8 Definisi Istilah dan Operasional

1. Faktor

Perkataan ‘Faktor’ bermaksud unsur atau sebab yang menyumbang


kepada sesuatu hasil. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002: 348)

Faktor yang dikaji dalam kajian ini adalah faktor sikap ibu bapa atau
penjaga FELDA, tekanan pelajar FELDA dan media massa dalam
mendorong pelajar FELDA ponteng sekolah.
6

2. Pelajar FELDA

‘Pelajar’ membawa maksud orang yang belajar (seperti murid, prnuntut di


maktab dsb), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu) (Kamus Dewan
Edisi Ketiga, 1994: 18)

‘FELDA’ adalah singkatan bagi Federal Land Development Autority atau


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Pelajar FELDA yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pelajar yang
bermukim di FELDA dan terlibat dengan salah laku ponteng sekolah.

3. Ponteng Sekolah

‘Ponteng’ membawa maksud lari daripada tugas (Kamus Dewan Edisi


Ketiga, 2002: 1050)

‘Sekolah’ pula ialah tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima
dan memberi pelajaran, masa belajar di sekolah. (Kamus Dewan Edisi
Ketiga, 2002: 1211)

‘Ponteng Sekolah’ yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pelajar tidak
hadir ke sekolah tanpa sebarang surat akuan sakit ataupun surat akuan ibu
bapa yang menyatakan sebab pelajar tidak hadir ke sekolah. Bagi
memudahkan kajian ini, pengkaji memilih pelajar yang tidak hadir
berpandukan rekod kedatangan pelajar.
7

1.9 Kesimpulan

Berdasarkan keterangan dalam bab ini, ternyata bahawa gejala ponteng


sekolah perlu dipandang serius oleh semua pihak. Gejala ini bukan sahaja memberi
kesan negatif kepada pelajar yang melakukannya tetapi juga kepada negara untuk
jangka masa panjang. Semoga hasil kajian ini dapat membantu pihak yang berkenaan
khususnya FELDA dalam merangka jalan penyelesaian bagi memastikan pewaris
FELDA pada masa akan datang bersifat daya saing dan lebih berdedikasi dalam
mengusahakan tanah rancangan FELDA.

You might also like