You are on page 1of 25

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

PENGETAHUAN BAKAL GURU SAINS TENTANG PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SESSI PENGAJIAN : 2008/2009

SAYA :

NORMI ZULFA BT MOHD ISHA (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hak milik Universisti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universisti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( ) SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap :


NO.1 MESS PEGAWAI, JABATAN PERTANIAN SEBERANG PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK Tarikh : 29 APRIL 2009

(TANDATANGAN PENYELIA)
MEOR IBRAHIM B KAMARUDDIN Nama Penyelia

Tarikh : 29 APRIL 2009

CATATAN: *

Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Tandatangan

: __________________________________

Nama Penyelia : EN MEOR IBRAHIM B KAMARUDDIN Tarikh : 29 APRIL 2009

PENGETAHUAN BAKAL GURU SAINS TENTANG PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL

NORMI ZULFA BT MOHD ISHA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

ii

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: ____________________________ : NORMI ZULFA BT MOHD ISHA : 29 APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Tuhanku Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan pada-Mu Ku syukuri atas setiap anugerah-Mu yang tidak ternilai Hanya kepada-Mu aku berserah dan memohon pertolongan

Teristimewa buat abah dan ibu yang disayangi Mohd Isha Bin Mohd Ariffin dan Normah Bt Maatan

Kasih sayangmu adalah segala-galanya bagiku Doa dan restumu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku Tiap langkah kuingati pengorbananmu

Kakak dan adik-adik yang dikasihi Normi Zulaika, Normi Zarifah dan Normi Zafirah

Semoga beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat

Para pensyarah yang dihormati Terima kasih atas ilmu yang diberikan Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan

Sahabat-sahabat yang diingati Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat di hati selamanya Semoga kejayaan milik kita bersama

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan hingga ke noktah terakhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) yang dihormati, En. Meor Ibrahim Bin Kamaruddin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, semangat dan sumbangan idea yang cukup bernas sepanjang menyiapkan laporan PSM ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan buat para pensyarah di Fakulti Pendidikan,
UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan sepanjang tempoh menyempurnakan kajian ini.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang diberikan, diberkati oleh Allah SWT. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

ABSTRAK

Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Pengetahuan guru tentang peraturan dan langkah keselamatan di dalam makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan bakal guru Sains Universiti Teknologi Malaysia tentang peraturan dan keselamatan makmal. Tiga aspek utama yang dikaji ialah peraturan am, teknik penggunaan peralatan dan cara pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains. Kajian yang dijalankan berbentuk diskriptif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 44 orang pelajar tahun 3 dan 4 Kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains diambil sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science Version 16.0 (SPSS V16.0 for Windows) berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru sains secara keseluruhan tentang peraturan dan keselamatan makmal adalah tinggi (min 3.87). Beberapa cadangan kajian juga dikemukakan pada akhir kajian ini.

vi

ABSTRACT

Laboratory activities are central to the teaching of science. Adherence to laboratory safety rules is very important to ensure smooth teaching and learning process, besides avoiding any untoward accidents. The objective of this research is to determine the level of knowledge of student teachers from UTM in the safety of laboratory. Three main aspects of the safety were investigated: The general rules, The techniques on using apparatus and The techniques of handling chemicals. A set of questionnaire was used to collect data. 44 Year Three and Four Bachelor of Science and Science Education students were involved as the sample of this research. The data obtain was processed by using Statistical Packages for Social Science Version 16.0 software (SPSS V16.0 for windows), and presented as frequencies, percentages and means. The result of this research showed that the teachers knowledge about the rules and safety of the laboratory was high (mean 3.87). Some suggestions were given at the end of this research.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS AKUAN PENYELIA MUKA DEPAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xi xii

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

1 3 6 7 7

1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Penyataan Masalah 1.4 1.5 Objektif Kajian Persoalan Kajian

1.6 1.7 1.8 1.9

Kepentingan Kajian Batasan Kajian Skop Kajian Daftar Istilah

7 9 9 10

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2

Pengenalan Kepentingan Amali dalam Matapelajaran Sains

12 12

2.3 2.4 2.5

Kepentingan Mengutamakan Keselamatan Makmal Peraturan makmal Sains Kaedah Penyimpanan Bahan Kimia dan Radas

14 15 17

2.6

Bahan-bahan Kimia Berbahaya di dalam Makmal

18

2.7 Teknik Pertolongan Cemas 2.8 Kajian Tahap Pengetahuan Tentang Peraturan dan Keselamatan Makmal 2.9 Penutup

19 19

20

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 3.1 Rekabentuk Kajian

22 22

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.4 Prosedur Kajian 3.5 Kajian Rintis 3.6 Analisis Data 3.7 Penutup

23 23 25 26 27 28

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Responden Mengikut Jantina 4.2.2 Responden Mengikut Aliran SPM 4.2.3 Responden Mengikut Umur 4.3 Analisis Bahagian B dan Perbincangan 4.3.1 Analisis Tahap Pengetahuan Secara Keseluruhan 4.3.2 Analisis Aspek Peraturan Am Di Dalam Makmal 4.3.3 Analisis Aspek Teknik Pengendalian Peralatan Di Dalam Makmal Sains 4.3.4 Analisis Tahap Pengendalian Bahan Kimia Di Dalam Makmal Sains 4.4 Penutup

29 29

30 30 31 31 32

33

35

38

40

KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN

KAJIAN LANJUTAN

5.1 Pengenalan 5.2 Kesimpulan 5.3 Implikasi Kajian 5.4 Cadangan Tindakan 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 5.6 Penutup

41 41 43 45 46 48

RUJUKAN

49

LAMPIRAN

54

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

HALAMAN

3.1 3.2 3.3 3.4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Bilangan Responden Mengikut Kursus Kategori Item Berdasarkan Bentuk Penyataan Skala Likert 5 Mata Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Aliran Semasa SPM Taburan Responden Mengikut Umur Taburan Min Tiga Aspek Yang Dikaji Taburan Min Bagi Aspek Peraturan Am Di Dalam Makmal Taburan Min Bagi Aspek Teknik Pengendalian Peralatan Di Dalam Makmal Taburan Min Bagi Aspek Cara Mengendalikan Bahan Kimia Di Dalam Makmal Sains

23 25 25 28 30 30 31 32 33

4.6

36

4.7

38

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A B C

Borang Soal Selidik


Analisis Kebolehpercayaan Pengesahan Status Tesis

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Salah satu cabaran yang perlu ditangani bagi merealisasikan Wawasan 2020 menyentuh secara khusus kepentingan sains dan teknologi iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi di masa hadapan. Bagi mencapai cabaran ini, negara perlu menyediakan rakyat yang kreatif dan berketrampilan dalam sains dan teknologi

Penekanan terhadap mata pelajaran sains dan teknologi diterap secara khusus dalam pendidikan di sekolah pada masa kini. Ini menjadi cabaran kepada para guru bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang dapat menyumbang kepada tamadun sains dan teknologi. Sebagai pelaksana kurikulum pendidikan sains, para pendidik perlu memikul tanggungjawab bersama bagi melatih bakal-bakal saintis atau mensainskan masyarakat supaya ianya seiring dengan wawasan negara.

2 Mereka yang terlibat dalam sektor sains sudah tentu tidak dapat berpisah daripada melakukan kerja-kerja amali di dalam makmal. Ini kerana makmal adalah tempat di mana segala teori dipraktikkan serta menguji dan mencipta segala produk baru berasaskan sains.

Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang

mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan makmal sains sekurangkurangnya 80 minit setiap minggu.

Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelakkan berlakunya sebarang kecelakaan.

Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal. Seperti yang kita sedia maklum, di dalam makmal sains terdapat banyak bahan kimia yang berbahaya dan peralatan makmal yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya tidak digunakan dengan betul.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan setiap makmal sains di sekolah perlu diurus dan diselenggara dengan baik adalah bagi mengelakkan pembaziran dan memudahkan pencarian bahan kimia dan peralatan yang diperlukan untuk pengajaran. Ini adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

3 1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam setiap yang dilakukan, perkara yang perlu diutamakan adalah keselamatan dan sentiasa mengelak daripada berlakunya kemalangan. Tidak ada perkara yang lebih penting daripada keselamatan dan mengelakkan berlakunya kemalangan di rumah, sekolah, kolej, universiti, kilang, lebuhraya, dan tempat

rekreasi (Hein et al., 1986). Oleh itu keselamatan di makmal juga perlu dititikberatkan kerana risiko berlakunya kemalangan di makmal juga adalah tinggi.

Kemalangan akan mengakibatkan kehilangan harta dan nyawa atau setidaktidaknya akan menyebabkan kesakitan. Dengan itu, keselamatan di dalam makmal perlu diberi perhatian apabila menjalankan kerja-kerja di dalam makmal.

Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri ke 4 pernah menyuarakan tentang keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Menurut beliau keselamatan dan kesihatan adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang dan prihatin. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk membentuk negara maju masyarakat perlulah dididik supaya peka dengan keperluan keselamatan dan kesihatan.

Jadi keselamatan di dalam makmal yang keadaan kerjanya boleh mendatangkan pelbagai bahaya juga tidak dapat dikecualikan. Perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan terhadap keselamatan di dalam makmal bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda.

Satu buku panduan pengurusan dan keselamatan makmal sekolah telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Buku ini bertujuan membantu guru matapelajaran sains dan pihak pentadbir untuk memastikan bahawa pelajar di bawah jagaanya dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam makmal sains dengan selamat.

4 Jadi, amalan dan kesedaran tentang keselamatan makmal perlu dipupuk di dalam diri setiap pengguna makmal. Keselamatan di dalam makmal hanya akan terjamin sekiranya semua pengguna makmal sedar dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Dengan itu setiap pengguna makmal khasnya guru-guru perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan tentang kepentingan keselamatan dan mengamalkan budaya kerja yang teratur, berdisiplin dan selamat. Selain itu, budaya kerja secara bekerjasama perlu diwujudkan bagi menjamin keselamatan diri, orang lain dan harta benda di dalam makmal.

Menurut ahli-ahli sains, kerja-kerja amali yang dilakukan di makmal adalah bertujuan untuk menguji kebenaran teori yang dipelajari di dalam kelas di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk memperkembangkan kemahiran manipulatif mereka.

Selain itu kerja-kerja amali juga bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar menyelesaikan masalah dalam pelajaran melalui penyiasatan. Di mana, aktiviti penyiasatan ini akan memperkembangkan kemahiran berfikir dan kemahiran sainstifik dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Semasa menjalankan aktiviti penyiasatan di dalam makmal sains, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Guru dan pelajar tidak boleh semata-mata masuk ke dalam makmal dengan hanya mengetahui konsep-konsep asas sains sahaja. Mereka perlu memastikan tempat melakukan aktiviti penyiasatan tersebut berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Terdapat banyak kejadian kemalangan di makmal telah dilaporkan sejak tahun 1988 lagi. Antaranya kemalangan yang telah dilaporkan adalah kejadian letupan saluran gas di makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (Utusan Malaysia, 2004), pemanasan merkuri oksida yang menyebabkan merkuri masuk ke

5 dalam badan seorang pelajar di Connecticut High School, dua orang pelajar mengalami kecederaan yang serius kerana memasukkan potassium dikromat ke dalam sebuah bekas yang mengandungi soda, dan kematian seorang ahli teknikal akibat terdedah kepada asid hidroflurik pada tahun 1995 (Watson, 2000).

Di dalam KBSM, mata pelajaran sains wajib di ambil oleh semua pelajar sama ada pelajar aliran sains atau pun tidak. Pelajar-pelajar ini akan terlibat dengan banyak aktiviti-aktiviti di dalam makmal sains. Ini kerana kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran sains melibatkan banyak akiviti amali dan demonstrasi oleh guru dan pelajar. Ini bermaksud para pelajar dan guru akan terdedah secara langsung kepada risiko kemalangan semasa berada di makmal sains sekolah. Antara risiko yang mungkin dihadapi oleh guru dan para pelajar melibatkan penggunaan bahan kimia beracun, bahan mudah terbakar, bahan kimia mengakis, penggunaan radas kaca dan sebagainya.

Kemalangan di dalam makmal akan berlaku sekiranya guru dan para pelajar tidak mengambil berat terhadap keselamatan di dalam makmal, kurang pengetahuan tentang kemahiran mengendalikan radas, mengubah kaedah eksperimen sesuka hati dan sebagainya.

Menurut Poh Swee Hiang (1999a), langkah yang baik untuk mengurangkan kadar kemalangan industri adalah dengan memberi pendedahan awal kepada penuntutpenuntut di bangku sekolah mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Ini bermakna pendidikan di sekolah merupakan langkah awal yang sangat penting dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan di makmal sains dan di tempat kerja kelak.

Peraturan dan langkah-langkah keselamatan di makmal ini haruslah diingatkan oleh guru kepada para pelajar dari masa ke semasa. Guru-guru juga harus memastikan para pelajar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan di makmal sains bagi mengelakkan

6 berlakunya kejadian kemalangan yang tidak diingini.

Selain itu, guru dan para pelajar perlu tahu serba sedikit tentang prosedur sekiranya berlaku kecemasan dan cara memberi pertolongan cemas. Guru dan para pelajar juga seharusnya tahu bahawa semasa berlaku kecemasan mereka tidak seharusnya gugup dan sentiasa bertenang bagi mengelakkan kejadian yang lebih rumit berlaku.

Dengan berbekalkan pengetahuan tentang peraturan akeselamatan di dalam makmal dan langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi, guru akan dapat mengelakkan dirinya dan para pelajar daripada mengalami kemalangan semasa berada di makmal sains.

Kemalangan yang berlaku di makmal sains biasanya disebabkan kecuaian dan kejadian yang di luar jangkaan. Oleh itu, aspek pengurusan dan keselamatan makmal hendaklah diberi perhatian oleh pihak pentadbir makmal sains dan pihak sekolah sendiri. Ini kerana, jika kita melihat semula kejadian kemalangan yang pernah berlaku di makmal sains kebanyakkanya adalah disebabkan pengurusan dan keselamatan makmal yang tidak terurus dan ketidaksedaran tentang tanggungjawab oleh pengguna makmal sendiri. Justeru satu kajian harus dijalankan bagi memastikan semua bakal guru sains tahu tentang peraturan dan keselamatan makmal sains.

1.3

Penyataan Masalah

Aktiviti penyiasatan yang dilakukan di makmal sains mendedahkan para pelajar dan guru kepada risiko yang tinggi untuk menghadapi kemalangan. Guru sains yang tidak berpengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal akan menjadi

7 salah satu penyebab berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan bakal guru sains tentang peraturan dan keselamatan di makmal sains.

1.4

Objektif

Objektif kajian ini dijalankan adalah : 1. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai peraturan am di dalam makmal sains sekolah. 2. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai teknik penggunaan peralatan di dalam makmal sains sekolah. 3. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai cara pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains sekolah.

1.5

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif seperti di atas, kajian ini dijalankan untuk memberikan jawapan bagi persoalan-persoalan berikut: 1. Apakah tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai peraturan am di dalam makmal sains sekolah? 2. Apakah tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai teknik penggunaan peralatan di dalam makmal sains sekolah? 3. Apakah tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai cara pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains sekolah?

8 1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat memberi faedah kepada pihak-pihak yang berkenaan. Di antara pihak tersebut adalah para pelajar Program Pendidikan Sains, para pensyarah, pihak Fakulti Pendidikan serta pihak Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian ini akan menggambarkan tahap pengetahuan bakal guru sains tentang peraturan dan keselamatan di dalam makmal sains.

Dapatan kajian ini akan membantu bakal guru-guru sains bagi mempersiapkan diri mereka dengan pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal sebelum mengajar di sekolah. Selain itu, bakal-bakal guru sains dapat menilai tahap pengetahuan mereka tentang peraturan dan keselamatan makmal. Ini adalah penting bagi memastikan tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal mereka selaras dengan hasrat kurikulum matapelajaran sains yang diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum.

Selain daripada itu, para pensyarah dapat menggunakan hasil dapatan kajian ini bagi melengkap silibus pengajaran mereka. Para pensyarah akan dapat menyediakan kaedah pengajaran baru bagi matapelajaran Pendidikan Amali Sains dan Pengurusan dan Keselamatan Makmal yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan.

Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak Fakulti Pendidikan dalam menyemak kembali kurikulum berkaitan pengurusan, peraturan dan keselamatan makmal yang dipelajari oleh pelajar di fakulti tersebut. Semakan ini meliputi aspek perubahan cara pengendalian kelas dan jumlah kredit yang diambil. Ini bagi memastikan para guru yang dilahirkan daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia telah dilengkapi dengan pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal.

9 1.7 Batasan Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik hanya membataskan kajian kepada perkaraperkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas dan di luar kemampuan penyelidik untuk melaksanakannya. Batasan kajian merangkumi perkara berikut : 1. Kesahihan kajian bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan. 2. Respondan yang dipilih hanya terhad kepada pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia sahaja.

1.8

Skop Kajian

Di dalam kajian ini, tahap pengetahuan bakal guru sains dalam tiga aspek diukur. Aspek-aspek tersebut adalah: 1. Tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai peraturan am di dalam makmal sains sekolah. 2. Tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai teknik penggunaan peralatan di dalam makmal sains sekolah. 3. Tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai cara pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains sekolah.

Data yang dikumpul adalah dalam bentuk kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada para pelajar dari kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains (SPN). Kajian ini dilaksanakan di sekitar Fakulti Pendidikan.

10 1.9 Daftar Istilah

Beberapa takrifan yang digunakan dalam kajian ini oleh adalah untuk menerangkan maksud khusus berkaitan kajian ini.

1.9.1

Keselamatan

Keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil daripada perubahan tingkah laku manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan bahaya yang seterusnya akan mengurangkan kemalangan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).

1.9.2

Keselamatan Makmal

Menurut Kamaruzzaman(1997) keselamatan makmal bererti tempat kita menjalankan tugas dan kerja harian di dalam makmal hendaklah sentiasa terpelihara, diawasi dan terhindar daripada bencana.

1.9.3

Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) pengetahuan bermakna perihal mengetahui sesuatu. Dalam kajian ini pengetahuan bermaksud pengetahuan bakal guru sains tentang peraturan dan keselamatan makmal.

11 1.9.4 Makmal Sains

Makmal sains adalah kawasan yang dikhaskan untuk melakukan kerja-kerja yang melibatkan amali dan ujikaji. Makmal mestilah bersih, ceria, tersusun rapi, mempunyai peralatan yang lengkap dan selamat.

1.9.5

Bakal Guru Sains

Bakal guru sains di dalam kajian ini merujuk kepada pelajar tahun 3 dan 4 kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains. Pelajar-pelajar ini telahpun menamatkan latihan mengajar dan telah selesai mengikuti Kursus Pendidikan Amali Sains dan Kursus Pengurusan dan Keselamatan Makmal.

1.10

Penutup

Aspek keselamatan di dalam makmal adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua guru. Untuk memastikan keadaan di makmal sentiasa selamat dan terhindar daripada bahaya setiap guru sains seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang peraturan dan keselamatan makmal.

You might also like