You are on page 1of 4

3.

7 Kajian Rintis

Kajian rintis dilaksanakan terlebih dahulu untuk menguji instrumen kajian. Ia bertujuan untuk
memastikan kesesuaian instrumen yang digunakan dari segi tahap kesukaran memahami dan
menjawab soalan, penggunaan bahasa dan bagi menentukan kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen tersebut. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik,
Kedah melibatkan 100 orang pelajar. Jawapan yang diperolehi dianalisis dan hasil kajian tersebut
digunakan bagi memperbaiki lagi rekabentuk kajian dan mutu instrument.

3.7.1 Kebolehpercayaan

Bagi menilai kebolehpercayaan, nilai Alpha Cronbach digunakan. Nilai Alpha Cronbach
menghampiri 1 menunjukkan bahawa tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil kajian
rintis ini mendapati bahawa untuk bahagian B(Item Guru), Bahagian C (Item
Kurikulum), Bahagian D (Item Objektif), Bahagian E (Item Masa Pengajaran) dan
Bahagian F ( Item Kemudahan dan Peralatan) mencapai tahap kebolehpercayaan iaitu
item-item atau soalan-soalan yang dibuat ada kaitan antara satu sama lain dan boleh
diterima pakai.

Namun demikian, item-item di semua bahagian telah diubahsuai, ditambah dan diuji
semula untuk meningkatkan taraf kebolehpercayaan dan mutu item-item tersebut agar
dapat mengukur apa yang dikehendaki dalam kajian.Hasil dari pengubahsuaian dan
penambahan terhadap item-item tersebut mendapati bahawa tahap kebolehpercayaan
telah meningkat. Ini dapat dilihat dalam Jadual 3.6 seperti dibawah.

Jadual 3.6: Tahap kebolehpercayaan item-item kajian

Faktor Bil. Item Alpha


Guru 10 0.83
Kurikulum 10 0.84
Objektif 6 0.82
Masa Pengajaran 10 0.75
Kemudahan dan Peralatan 6 0.76
3.7.2 Kesahan

Kesahan dibuat bertujuan untuk melihat sama ada item-item boleh mengukur apa yang
seharusnya diukur. Kesahan dinilai dengan Item-total Correlation. Kesahan dapat dillihat
melalui hasil kajian rintis yang dibuat pada jadual disetiap bahagian.

Berdasarkan jadual di bawah, didapati bahawa item-item untuk bahagian B(Item Guru)
mempunyai tahap kesahan yang tinggi dan boleh mengukur apa yang dikehendaki dalam objektif
kajian. Ini dapat dilihat pada soalan-soalan tersebut bermula dari B1 hingga B10 yang
mempunyai alpa yang tinggi iaitu antara 0.79 hingga 0.82.

Jadual 3.7: Item-total Correlation untuk bahagian B(Item Guru)

Item r
B1 .82
B2 .81
B3 .82
B4 .82
B5 .81
B6 .81
B7 .79
B8 .80
B9 .82
B10 .79

Jadual 3.8 menunjukkan 10 item yang terdapat dalam bahagian C (Item Kurikulum). Didapati
bahawa item-item yang dibentuk di bahagian C mempunyai tahap kesahan yang tinggi dan dapat
mengukur apa yang hendak dikaji. Ini dapat dilihat pada soalan-soalan tersebut bermula dari C1
hingga C10 yang mempunyai alpha yang tinggi iaitu antara 0.81 hingga 0.85.
Jadual 3.8: Item-total Correlation untuk bahagian C (Item Kurikulum)

Item r
C1 .81
C2 .81
C3 .82
C4 .81
C5 .81
C6 .83
C7 .85
C8 .83
C9 .83
C10 .85

Berdasarkan jadual di bawah, didapati bahawa item-item untuk bahagian D(Item Objektif)
mempunyai tahap kesahan yang tinggi dan boleh mengukur apa yang dikehendaki dalam objektif
kajian. Ini dapat dilihat pada soalan-soalan tersebut bermula dari D1 hingga D6 yang mempunyai
alpa yang tinggi iaitu antara 0.78 hingga 0.81.

Jadual 3.9: Item-total Correlation untuk bahagian D(Item Objektif)

Item r
D1 .78
D2 .78
D3 .81
D4 .77
D5 .79
D6 .80

Jadual 3.8 menunjukkan 10 item yang terdapat dalam bahagian E (Item Masa Pengajaran).
Didapati bahawa item-item yang dibentuk di bahagian E mempunyai tahap kesahan yang tinggi
dan dapat mengukur apa yang hendak dikaji. Ini dapat dilihat pada soalan-soalan tersebut
bermula dari E1 hingga E10 yang mempunyai alpha yang tinggi iaitu antara 0.71 hingga 0.75.
Jadual 3.8: Item-total Correlation untuk bahagian E (Item Masa Pengajaran)

Item r
E1 .73
E2 .75
E3 .71
E4 .74
E5 .72
E6 .74
E7 .71
E8 .74
E9 .74
E10 .73

Berdasarkan jadual di bawah, didapati bahawa item-item untuk bahagian F(Item Kemudahan
dan Peralatan) mempunyai tahap kesahan yang tinggi dan boleh mengukur apa yang dikehendaki
dalam objektif kajian. Ini dapat dilihat pada soalan-soalan tersebut bermula dari F1 hingga F6
yang mempunyai alpa yang tinggi iaitu antara 0.78 hingga 0.81.

Jadual 3.9: Item-total Correlation untuk bahagian D(Item Objektif)

Item r
F1 .74
F2 .71
F3 .74
F4 .72
F5 .71
F6 .77

You might also like