You are on page 1of 3

Kajian kes :

Menghasilkan bahan Multimedia Interaktif untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Sains yang bertopik Sistem Solar dengan berpandukan Model ADDIE. Di akhir proses
Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ), pelajar-pelajar berupaya untuk :-
1. Memahami sistem suria.
2. Mengenalpasti nama-nama planet dalam sistem suria.
3. Mengenalpasti kedudukan dan susunan planet dalam sistem suria.

MODEL ADDIE

Model ADDIE ini merupakan model asas bagi rekebentuk dan carta aliran kerja bagi model-
model rekabentuk yang lain. Pemilihan dibuat berlandaskan kriteria dan kelebihan model ini.
Antara kelebihan model ini adalah ia menyediakan carta aliran kerja langkah demi langkah yang
dapat membantu pembangun perisian merekabentuk dan merangka langkah kerja dengan lebih
teratur dan tersusun. Proses-proses yang terdapat didalam rekabentuk model ADDIE ini juga
memudahkan pembangun perisian untuk menilai dan meperbaiki perisian yang dibina.
Model ADDIE mempunyai lima pembahagian utama iaitu (1) Analisis, (2) Rekabentuk,
(3) Pembangunan, (4) Implimentasi, dan (5) Penilaian.
Berikut merupakan huraian secara terperinci mengenai model ADDIE sekaligus menjadikan
prinsip ikutan dalam menghasilkan bahan Multimedia Interaktif ini.

1.1 Analisis
Analisi atau “Analyze” bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu Mutimedia
Interaktif diperkenalkan. Kenapa rekabentuk pembelajaran dan pengajaran ini
diperlukan? Apakah ilmu-ilmu yang perlu ada kepada pelajar sebelum Multimedia
Interaktif itu boleh digunakan? Juga melihat kesesuaian isi kandungan Multimedia
Interaktif kepada pelajar dan adakah ia sesuai untuk kegunaan individu atau
kumpulan? Perlu difikirkan juga logistik sesuatu Multimedia Interaktif yang
dihasilkan, adakah ia boleh diakses di internet atau pun disebarkan melalui CD dan
DVD.

1.2 Rekabentuk
Rekabentuk atau “Design” pula bermaksud menentukan dan mereka kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan. Contohnya Multimedia Interaktif
tersebut mungkin akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, penerokaan,
penyelesian masalah, permainan, simulasi, perbincangan, latihan dan praktikal,
tutorial, demonstrasi atau secara pembentangan. Alat yang digunakan juga perlu
ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video, komputer, internet dan
sebagainya.
Apakan objektif? Apakah strategi yang akan digunakan dalam membangunkan
pengajaran supaya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran?
Rekabentuk perisian mesti bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasaran.
Kesesuaian di sini bermaksud perisian yang dibina hendaklah mengikut sukatan
pelajaran mata pelajaran Sains yang bertopik Sistem Suria. Maklumat yang ingin
disampaikan mesti menepati objektif pengajaran yang dicapai.
Rekabentuk antaramuka pengguna mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran. Setiap
skrin paparan dalam perisian mestilah dapat menarik perhatian, mempertingkatkan
pembelajaran dan daya ingatan semula pengguna.

1.3 Pembangunan
Pembangunan atau “Develop” ialah proses menghasikan Multimedia Interaktif yang
telah direkabentuk. Seperti membina dahulu papan cerita, kemudian membentuk
grafik yang diperlukan, menentukan pula bahasa pengaturcaraan, membuat ujian
Multimedia Interaktif yang dihasilkan dan menyebarkan bahan tersebut. Proses
pembagunan perisian melibatkan aplikasi pengaturcaraan, gubahan atau pengarangan,
teks, grafik, audio video dan segala aspek-aspek yang telah dirancangkan. Dalam
fasa pembangunan ini, membangun akan menentukan kesesuaian interaksi,
rangsangan-rangsangan dan audio-audio yang digunakan.
Pertimbangan beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan
perisian Multimedia Interaktif ini. Antaranya adalah seperti berikut :
i. Penggunaan eleman-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, animasi dan
video yang menarik serta bersesuaian dapat meningkatkan minat pengguna perisian
Multimedia Interaktif ini. Rekaan latar belakang antaramuka yang baik juga dapat
mempengaruhi cara penggunaan sepanjang aplikasi digunakan.
ii. Pembangunan perisian juga perlu mengambil kira pengguna yang kurang mahir
menggunakan perisian Multimedia Interaktif dengan menyediakan ikon bantuan
pengguna. Ikon bantuan akan membimbing pengajar menggunakan perisian ini
dengan kaedah pembelajaran kendiri sebelum pengajaran dilakukan. Perisian yang
menyebabkan pengguna sesat merupakan perisian yang tidak mempunyai
perancangan yang rapi.

1.4 Implimentasi
Impliment atau “Implement” berperanan untuk membuat “pilot test” terhadap
Multimedia Interaktif yang telah dihasilkan. Misalnya beberapa sampel atau pelajar
telah dipilih bagi menggunakan Multimedia Interaktif tersebut.

1.5 Penilaian
Penilaian atau “Evaluate” pula mempunyai dua jenis penilaian utama iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan
serta memperbaiki tahap keberkesanan Multimedia Interaktif yang telah direka.
Contohnya meningkatkan mutu Multimedia Interaktif selepas ujian “pilot”.
Manakala penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan pembelajaran
dan pengajaran yang telah dihasilkan. Misalnya satu kajian dibuat untuk menilai
berapa peratuskah objektif yang tercapai setelah proses penggunaan Multimedia
Interaktif tersebut selesai digunakan.

By : Avengers5 (Luke , Kak ida, Cda, Nisa and Zura)

You might also like