You are on page 1of 108

Asas Penyelidikan

Unit 1

Pengenalan Kepada Penyelidikan

Pendahuluan
Hampir kesemua disiplin ilmu memerlukan pengkajian atau penyelidikan khususnya
dalam usaha menambahbaik atau memperkayakan lagi khazanah keilmuan dalam
bidang masing-masing. Justeru perlulah seseorang itu sebelum mendalami ilmu
penyelidikan dalam bidang pengkhususannya mengetahui dan memahami berkaitan
sumber ilmu pegetahuan, sifat umum sains dan peranan teori dalam proses asas
penyelidikan.

Sumber Pengetahuan/ilmu pendidikan


Sebarang pendapat atau pengalaman seseorang individu mahupun pakar sebenarnya
tidak boleh dijadikan asas utama atau panduan sumber ilmu pengetahuan yang sahih.
Hanya maklumat yang didasari kepada kajian saintifik boleh dijadikan asas kepada
pembinaan teori atau hipotesis. Justeru memerlukan kepada inkuiri saintifik dalam
mendapatkan sebarang maklumat khususnya yang terkini dalam dunia pendidikan.

Sifat Umum Sains


Sains diperihalkan sebagai kaedah inkuiri yang membolehkan penyelidik mengkaji
fenomena yang dikehendaki. Setiap kenyataan yang diutarakan bukanlah berdasarkan
andaian semata-mata, tetapi berasaskan kepada bukti-bukti yang konkrit serta nyata.

Andaian Sains
Universal Determinism – semua yang berlaku ada penyebabnya (sebab-akibat).
Pengetahuan yang boleh dipercayai hanya boleh ditemui melalui dapatan atau
pemerhatian yang langsung dan mempunyai tujuan spesifik (pemerhatian empirikal).

1
Asas Penyelidikan

Sifatnya adalah berobjektif dan spesifik serta berfokus kepada bukti yang nyata dan
bukannya sesuatu yang abstrak.

Teori Saintifik
Pengintegrasian kenyataan dalam suatu sistem supaya semua kenyataan terpencil
memberi sesuatu makna. (akan dibincangkan lebih lanjut dalam unit 5)

Kekangan Pendekatan Saintifik bagi bidang Pendidikan (Sains Sosial)

a) Kekompleksan Fenomena: Kajian sains sosial biasanya mengkaji sesuatu yang


sifatnya adalah abstrak seperti persepsi dan sikap. Justeru bukanlah satu perkara yang
mudah untuk mengukur variabel kajian dengan tepat dan sah. Oleh itu memerlukan
kepada ketelitian khususnya ketika pembinaan instrumen kajian agar betul-betul boleh
mengukur variabel kajian.
b) Kerumitan Pemerhatian: Sekiranya kajian yang dijalankan meibatkan pemerhatian,
kemungkinan terdapat faktor-faktor pengganggu lain yang tidak dapat dikawal oleh
pengkaji.
c) Interaksi Subjek dan Pemerhati: Apabila menjalankan kajian, berkemungkinan
berlakukan interaksi antara subjek kajian dengan pengkaji (pemerhati). Justeru boleh
menganggu kesahan dan kebolehpercayaan data yang dikutip.
d) Kesukaran Kawalan: Tidak seperti bidang sains tulen yang melaksanakan eksperimen
di dalal makmal di mana variabel-variabel kajian boleh dikawal dan dimanipulasi, kajian
sains sosial sukar berupaya untuk mengawal variabel-variabel kajian.
e) Masalah Pengukuran: Begitu juga dengan instrumen yang digunakan untuk mengukur
sesuatu variabel, bukanlah sesuatu yang bersifat konkrit, contohnya seperti dalam
bidang sains yang menggunakan termometer (darjah celsius) untuk mengukur suhu,
namun bukanmudah untuk mengukur minat dan sikap terhadap sesuatu perkara
sepertimana yang dijalankan dalam bidang sains sosial.

Apakah yang anda faham tentang konsep asas penyelidikan?


2
Asas Penyelidikan

Unit 2

Penyelidikan Pendidikan

Pendahuluan
Penyelidikan merupakan tatacara yang teratur yang digunakan oleh individu untuk
menambahkan ilmu pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu
secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah
tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru (Ahmad Mahzan, 1983).
Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai
sesuatu fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu
merupakan kebenaran yang muktamad mengenai sesuatu fenomena tersebut. Fakta-
fakta baru atau fakta-fakta yang tidak diperoeh semasa penyelidikan dijalankan mungkin
akan timbul kemudian dan keadaan ini akan mengubah keputusan penyelidikan.
Natijahnya ilmu pengetahuan khususnya berkaitan dengan ilmu aplikasi akan sentiasa
berubah dar masa ke semasa (Mohd. Sheffie, 1987).
Justeru, bolehlah dinyatakan bahawa kajian merupakan usaha mencari data yang
akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk memecahkan sesuatu
persoalan tertentu, atau mungkin juga hanya sekadar ingin mengetahui samada
wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan atau fenomena itu.

"... in carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to
try to show something that was not known before. However small, however modest the
hoped for claim to knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and
self-critically, the search for knowledge is research..." (Bassey, 1990)

Dari segi sejarah perkembangan penyelidikan, jelas membuktikan penyelidikan

3
Asas Penyelidikan

adalah satu langkah sistematik yang mengkaji perhubungan di antara pembolehubah.


Langkah sistematik ini merupakan elemen yang terpenting didalam konsep asas
penyelidikan. Seseorang mungkin melakukan sesuatu kajian ataupun pemerhatian,
tetapi tindakan tersebut tidak akan membawa sebarang makna yang berkesan sekiranya
proses langkah sistematik diabaikan.
Secara umumnya penyelidikan pendidikan bermaksud pendekatan saintifik ke atas
kajian berkaitan masalah atau isu yang berkaitan dengan pendidikan. Boleh juga
ditakrifkan sebagai tatacara untuk memperoleh atau mendapatkan maklumat yang
dipercayai dan sahih serta berguna tentang proses pendidikan.
Penyelidikan pendidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur
dan bersifat objektif, bukan subjektif dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan lain
perkataan, penyelidikan yang bersandarkan kepada pertimbangan fakta dan logik
pemikiran manusia. Logik pemikiran manusia tentulah berdasarkan apa yang ditanggap
oleh pancaindera manusia.
Menurut Gay (1992), kajian mempunyai rasional yang tertentu ke arah
menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Weber (1993) menekankan
bahawa kajian dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan.
Secara kesimpulan, tujuan membuat kajian adalah berasaskan beberapa sebab.
Pertamanya, membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku
(prediction). Kemudian dengan melaksanakan kajian akap dapat menyediakan maklumat
yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan
terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Seterusnya dengan kajian juga
akan berupaya membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program
(improvement). Selain itu, dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau
organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk
memperbaiki kelemahan yang ada.
Kajian juga berfungsi untuk emberi penjelasan (explanation) iaitu kajian dapat
menjelaskan fenomena yang dikaji. Fungsi lain ialah menyediakan deskripsi sesuatu
fenomena (description) iaitu dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang
dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji. Menyediakan maklumat
statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya seperti kepada pembuat dasar. Akhirnya
dengan melaksanakan kajian akan dapat membantu menyelesaikan masalah ( problem

4
Asas Penyelidikan

solving) iaitu dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang
timbul.

Perkembangan Penyelidikan Pendidikan


Penyelidikan atau kajian pendidikan moden dianggarkan bermula sekitar tahun 1897
apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel berkaitan pencapaian ejaan pelajar-
pelajar. Dalam artikel tersebut, Rice mendapati kurangnya berkesanan penggunaan
kaedah latih tubi untuk mengajarkan kemahiran mengeja.

Abad ke-20 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam kajian. Dalam tempoh
1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan
pesatnya. Pada tahun 1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang
diperbaiki dan dimajukan oleh Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian
Kecerdasan Stanford-Binet.

Setelah itu, ujian kecerdasan digunakan pula dalam bidang pendidikan. Penggunaan
kaedah statistik dalam kajian pendidikan bermula apabila para penyelidik pendidikan
menghadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914)
berpendapat “Jika sesuatu benda wujud, ia wujud dalam jumlah tertentu. Jika ia wujud
dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur.” Ini telah menggalakkan penyelidik mengunakan
kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperoleh data yang perlu bagi pelbagai aspek kajian
pendidikan.

Antara tahun 1920 hingga 1945, penemuan alat-alat pengukuran bagi kajian
pendidikan berlaku dengan pesatnya apabila munculnya penerbit-penerbit swasta yang
membekalkan instrumen-instrumen ujian dan kajian. Pada tahun 1935, Fisher
memperkenalkan reka bentuk berstatistik pelbagai varian ( multivariate). Ini
membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti penggunaan
pelbagai variabel dalam kajian.
Sehubungan dengan itu, sejak tahun 1945 pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk
menilai semula kajian pendidikan. Pengukuran kajian pendidikan dibina melalui
pembaikan ke atas kaedah dan reka bentuk kajian untuk menghasilkan maklumat kajian
yang boleh dipercayai. Penilaian kritis terhadap kajian pendidikan menghasilkan lebih

5
Asas Penyelidikan

banyak kaedah statistik baru untuk digunakan dalam kajian pendidikan bagi
menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik.

Ciri-ciri Penyelidikan Pendidikan

1. Penyelidikan adalah empirikal (berdata)


Kajian yang dijalankan mengumpulkan data daripada subjek kajian dan seterusnya
melakukan analisis secara saintifik untuk mendapatkan dapatan yang benar.
2. Penyelidikan adalah sistematik
Kajian yang dilaksanakan haruslah mengikut prosedur dan proses kajian yang betul
sama ada kuantitatif atau kualitatif, mahupun gabungan keduanya.
3. Penyelidikan adalah sah (valid)
Kajian juga perlu melalui proses kesahan sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan
untuk memastikan dapatan dan rumusan boleh digunapakai dan bermakna.
4. Penyelidikan adalah bolehpercaya (reliable)
Kajian yang dijalankan mestilah boleh dipercayai daripada aspek proses dan juga
instrumennya agar boleh mengukur variabel yang ingin dikaji.
5. Penyelidikan adalah pelbagai pendekatan (forms)
Penyelidikan pendidikan boleh dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan
iaitu sama ada berbentuk eksperimen, bukan eksperimen, kuantitatif, kualitatif dan
menggunakan pelbagai kaedah seperti borang soal selidik, temubual, pemerhatian dan
sebagainya.

Ciri-ciri Tambahan
1. Menambahkan ilmu pengetahuan
Melalui pemerhatian, pengumpulan data/maklumat tentang sesuatu fenomena dan
mengeluarkan prinsip-prinsip yang teguh untuk menerangkan fenomena tersebut
dengan menyatakan sebab dan akibatnya.
2. Bergantung semata-mata kepada logik penakulan akal manusia dan mesti
berdasarkan kepada fakta semata-mata atau andaian-andaian yang dianggap
munasabah menurut proses pemikiran manusia.
3. Mesti boleh diulangi oleh penyelidik lain dengan menggunakan kaedah yang sama

6
Asas Penyelidikan

atau boleh diulangi secara empirikal.


4. Laporan secara objektif (tanpa emosi) dengan bahasa yang tegas.

Langkah-langkah utama dalam penyelidikan


Kenalpasti masalah dan nyatakan objektif
Cadangkan hipotesis atau penyelesaian
Kumpulkan keterangan/data
Analisis data
Melaporkan keputusan

Tujuan penyelidikan.
1. Membantu manusia memahami sesuatu masalah.
2. Membina satu ilmu baru dengan penemuan yang diterokai.
3. Menyampaikan idea dan maklumat kepada ahli masyarakat melalui laporan yang
jelas.
4. Menilai laporan penyelidikan dan mengendalikan penyelidikan yang serupa (jika ada)
untuk mendapatkan bukti yang lanjut oleh penyelidik lain.
5. Data yang dikumpulkan melalui penyelidikan dipergunakan sebagai asas untuk
membuat keputusan oleh orang yang menjalankan penyelidikan atau pihak lain
(penaja).

Proses Sistematik dalam Penyelidikan


Definisi
Penyelidikan sebagai satu proses sistematik mengutip dan menganalisa maklumat (data)
untuk satu tujuan (McMillan dan Schumacher, 1997). Penyelidikan juga sebagai satu
proses yang sistematik, terkawal, empirikal, dan kritikal tentang sesuatu fenomena
semulajadi berasaskan teori dan hipothesis yang berkaitan (Kerlinger, 1986). Kriteria
utama dalam mensaintifikkan penyelidikan ialah perkara yang dikaji mesti diteliti,
maklumat disandarkan kepada bukti2 empirikal, menepati unsure logic dan rasional dan
segala dakwaan dapat dibuktikan dengan data.

7
Asas Penyelidikan

Apakah yang dimaksudkan ‘sistematik?’


Berasaskan beberapa langkah seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
menyediakan satu kerangka dan mengenalpasti andaian (assumptions/conditions).
2. Meninjau maklumat berkaitan
bagaimana penyelidik lain menjalankan kajian atau menangani masalah yang sama?
3. Mengutip data
memerlukan satu perancangan yang seboleh-bolehnya dikawal (control)
4. Menganalisa data
sesuai dengan objektif/soalan/hipotesis kajian
5. Membuat rumusan
berdasarkan data yang diperolehi berdasarkan kepada kerangka konsepsual / teori
kajian

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas mungkin bertindan tindih. Contohnya dalam


kajian kuantitatif, hipotesis ditentukan sebelum mengutip data. Manakala, dalam kajian
kualitatif, hipotesis atau teori dihasilkan setelah data dikutip.

'Dakwaan' dalam Kajian


Bila membuat kajian, penyelidik ingin membuat kenyataan mengenai sesuatu yang
dikaji. Biasanya ini adalah dalam bentuk dapatan/ kesimpulan yang dinyatakan dalam
bentuk laporan kajian. Dapatan ini merupakan satu 'claim' (dakwaan) atau tuntutan
ilmu. Adakah sesuatu dakwaan itu benar? Apakah data/ bukti yang digunakan untuk
menyokong claim tersebut? Penyelidik harus memberi perhatian serius kepada persoalan
ini sebab ia menyentuh dua isu penting dalam kajian, iaitu kesahan dan
kebolehpercayaan yang berhubung langsung dengan isu reka bentuk kajian.

Kesahan berasaskan kepada bukti/data yang ada dan persoalannya ialah adakah
data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat dakwaan. Kesahan adalah perlu untuk
mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran
boleh dibuat pada dua peringkat iaitu terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu
soal `internal validity’ dan diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external

8
Asas Penyelidikan

validity’.

Sebelum data ditafsir, sudah tentu ianya dianalisis. Dengan demikian, isu keesahan
ada hubungan dengan analisis data, sungguhpun hubungan ini adalah ` indirect’.
Dengan demikian sebelum kita membuat 'claim' pastikan data yang ada bersesuaian dan
mencukupi dengan 'claim' yang ingin dibuat. Sama ada data yang kita kutip adalah
sesuai dan mencukupi sudah tentu sekali ada hubungan langsung dengan rekabentuk
kajian yang kita rancang dan laksanakan. Jika data yang ada konsisten (bersesuaian dan
mencukupi) dengan 'claim' yang dibuat, ini tidak sekali gus bermakna 'claim' itu harus
dipercayai.

Kebolehpercayaan (reliability) merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang


digunakan untuk membuat dakwaan. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan
menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskan 'claim' yang dibuat.

Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung
dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan
keutuhan data yang dipungut tidak dipertikaikan.

Kesahan Penyelidikan Pendidikan


Lazimnya terdapat 2 jenis kesahan dalam penyelidikan pendidikan iaitu:
1. Kesahan dalaman:
Menjelaskan setakat manakah dapatan kajian boleh diinterpretasikan dengan tepat.
Dengan kata lain, bagaimanakah hasil penyelidikan boleh ditafsirkan dengan tepat. Ada
kaitannya dengan dengan metodologi kajian seperti pemilihan dan penggunaan
instrumen, pemilihan sampel daripada populasi atau sekiranya melibatkan eksperimen
akan merujuk kepada intervensi yang dilakukan.

2. Kesahan Luaran:
Setakat mana dapatan kajian boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi
dan/atau situasi lain. Dalam hal ini kesahan dalaman merupakan prasyarat kerana jika
ianya tidak betul, generalisasi pun tidak betul. Tambahan pula, kesahan luaran hanya

9
Asas Penyelidikan

bergantung kepada situasi dan tujuan kajian. Dalam kajian sains sosial atau pendidikan,
tahap kesahan dalaman atau luaran bagi setiap kajian tidak akan sempurna (100%).
Biasanya ditetapkan pada tahap 95% ataupun 99%.

Contoh Kesahan
1. Kesahan Dalaman

Suatu kajian menilai kesan tiga jenis bahan pengajaran terhadap prestasi pelajar sains.
Tiga guru dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Ketiga-tiga guru ini
mengajar di tiga buah sekolah yang berlainan; guru pertama mengajar sebuah kelas,
guru kedua mengajar empat kelas, sementara guru ketiga mengajar tiga kelas saja.
Dalam sebuah sekolah berkaitan, murid-murid diasingkan ke dalam kelas-kelas mengikut
pencapaian mereka tahun sudah, dan secara kebetulan guru yang terpilih dalam sekolah
ini mengajar kelas-kelas yang berkeupayaan tinggi.

Setiap guru mengguna satu jenis bahan pengajaran selama 9 minggu. Ketiga-tiga guru
mengguna bahan yang berlainan dan seorang guru hanya mengguna satu jenis bahan.
Di penghujung sembilan semua murid diuji pencapaian mereka melalui suatu ujian.
Setiap guru mengguna ujian mereka sendiri. Purata pencapaian murid yang mengguna
setiap jenis bahan pengajaran dipuratakan.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang keberkesanan setiap jenis bahan
pengajaran?

2. Kesahan Luaran

Suatu kajian dijalankan untuk mengetahui kesan pendedahan visual kepada simbol tak
menentu (lima huruf berurutan rambang). Penyelidik mendapatkan 10 sukarelawan dari
pelajar-pelajar pasca siswazah PLUMS. Terdapat 10 tempoh pendedahan, maka dua
sukarelawan digunakan bagi setiap tempoh.

Setiap pelajar didedahkan kepada 20 simbol, dan selepas setiap tempoh, pelajar

10
Asas Penyelidikan

dikehendaki menjanakan semua 20 simbol. Skor pencapaian dihitung berdasarkan


bilangan simbol yang dijanakan dengan betul.
Katakan hasil kajian menunjukkan bahawa lebih lama tempoh pendedahan lebih tinggi
skor pencapaian.
Apakah populasi atau suasana di mana hasil ini boleh digunapakai?

Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan bermaksud ketekalan ( consistency) kajian dan setakat mana kajian
boleh di ulang semula (replicated). Terdapat dua jenis kebolehpercayaan iaitu:

1. Kebolehpercayaan dalaman bermaksud kutipan data, analisis dan interpretasi akan


tekal (consistent) jika situasi (condition) yang sama diberi.

2. Kebolehpercayaan luaran bermaksud penyelidik lain boleh mengulang semula sesuatu


kajian dalam 'setting' yang sama dan memperoleh dapatan yang sama.

Secara umum, kebolehpercayaan kajian berkaitan dengan boleh ulang semula dan
ketekalan metodologi, situasi dan dapatan.

Klasifikasi Penyelidikan
Terdapat 2 jenis penyelidikan pendidikan iaitu Penyelidikan Asas ( Basic Research) dan
Penyelidikan Gunaan (Applied Research). Pemilihan dan penggunaan jenis penyelidikan
adalah bergantung kepada objektif atau matlamatnya.

Types of Research :
Exploratory studies - to explore or investigate little understood phenomena and discover
the important underlying patterns, themes, and factors which affect them.
Explanatory studies - the researcher is interested in explaining the forces causing a
particular phenomenon, and in identifying important events, beliefs, attitudes, and/or
policies which might be shaping the phenomenon.
Predictive studies - involves the planned investigation of the outcome of a particular
prediction or set of predictions.

11
Asas Penyelidikan

The main purposes of research is to develope new knowledge.

1. Penyelidikan Asas:
Dijalankan jika tujuannya untuk menambah (extension) ilmu dalam bidang yang dikaji.
Dapatannya tidak digunakan serta merta tetapi digunakan sebagai asas untuk kajian
lain/baharu. Objektif utamanya ialah semata-mata untuk menambahkan ilmu
pengetahuan manusia. Selain itu penyelidikan jenis mempunyai tujuan intelek untuk
memperkembangkan ilmu pengetahuan dan berdasarkan keinginan untuk mengetahui
sesuatu. Termasuk juga dalam kajian ini adalah penyelidikan tentang alam sekelilingnya
tanpa tujuan khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contohnya
penyelidikan tentang mukabumi, dasar lautan, angkasa lepas dan cakerawala. Kajian ini
bersifat statik sekiranya teori yang ditemui tidak dapat diuji oleh ahli penyelidik
penyelidikan gunaan. Jika diuji dan tidak tepat/benar, para penyelidik penyelidikan asas
akan melakukan semula penyelidikan asas untuk memperbaiki model atau teori mereka.

2. Penyelidikan Gunaan:
Dijalankan jika tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah serta merta ( solution).
Selain itu penyelidikan ini bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan baru tentang
sesuatu aplikasi atau amalan untuk faedah dan manfaat manusia. Di samping itu juga
bertujuan untuk mengumpul maklumat atau pengetahuan yang akan digunakan
seterusnya. Tidak semestinya menggunakan teori sebagai titik tolak dan teori itu lahir
dari penyelidikan asas.
Contoh yang paling relevan dalam bidang pendidikan adalah Kajian Tindakan. Kajian
Tindakan dijalankan oleh guru, pentadbir atau professional di sekolah itu sendiri untuk
membuat keputusan tentang masalah harian yang dihadapi. Dapatan kajian tindakan
tidak bertujuan untuk generalisasi tetapi kegunaan sendiri.

Empirik
Merupakan satu ciri utama penyelidikan pendidikan. Istilah 'Empirisme' adalah satu
doktrin di mana semua pengetahuan diterbitkan dari pengalaman panca indera dan

12
Asas Penyelidikan

merupakan bukti mengambil bentuk data. Tugas penyelidik melibatkan pengumpulan


data, menyusun, menganalisis, menguji hipotesis, membuat laporan dan perbincangan
serta rumusan akhir .

Jelaskan 2 ciri utama penyelidikan pendidikan.


Unit 3

Etika Penyelidikan

Etika dalam penyelidikan pendidikan


Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/kod atau satu set prinsip/nilai
moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para
penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan
penyelidikan.

Kod etika penyelidikan


Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik
seperti berikut:

1) Mendapat Kebenaran (informed consent)


Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.
‘Informed Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah
memahami beberapa perkara berikut:
- Matlamat dan tujuan kajian
- Apa yang dikendaki oleh responden
- Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam
penyelidikan.
- Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat
- Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk

13
Asas Penyelidikan

memberi
kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian
mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.

2) Penglibatan (Participation)
- Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan
masalah yang mungkin timbul dalam kajian.
- Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam
penyelidikan tersebut.
- Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa
kesan negatif
- Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan
mengikut prosedur tertentu.

3) Kerahsiaan (Confidentiality)
- Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat
dijamin berkesan.
- Perlindungan hak responden diutamakan.
- Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.
- Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam
komuniti penyelidikan
4) Anomiti
- Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti
responden.
5) Rundingan (Negotiation)
Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:
- Mendapat kebenaran dari institusi
- Mendapat kebenaran untuk access data
- Penggunaan data
- Penulisan laporan
- Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

14
Asas Penyelidikan

Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh penyelidik?


- Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk
menjalankan kajian.
- Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua
sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.
- Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang
akan diiukti untuk ‘clearing’ data ‘field’ berkait dengan peserta seperti
transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam
laporan akhir atau teks umum.
- Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.
- Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau
draf
laporan atau transkrip temubual.
- Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.
- Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.
- Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.
- Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

Mengapakan penyelidik perlu mematuhi etika penyelidikan?

15
Asas Penyelidikan

Unit 4

Paradigma & Pendekatan Penyelidikan

Pendahuluan
Dalam konteks kajian pendidikan, lazimnya penyelidik boleh berpegang kepada dua
pendekatan atau tradisi kajian, iaitu kajian kuantitatif atau kajian kualitatif. Kajian
kuantitatif adalah kajian di mana data yang dikumpul berbentuk angka (nombor)
manakala dalam kajian kualitatif, datanya bukan dalam bentuk nombor. Namun begitu
kedua-dua bentuk kajian ini adalah berasaskan pendekatan saintifik dan berdasarkan
pada data atau bukti empirikal.

Asas atau strategi pemilihan pendekatan kajian tersebut bergantung kepada tujuan
dan persoalan kajian. Misalnya dalam kajian tentang keberkesanan pengajaran guru
cemerlang dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kajian boleh dijalankan
menggunakan kedua-dua pendekatan kajian tersebut.

Kajian kuantitatif memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran


variabel-variabel. Antara perkara yang boleh dipilih sebagai variabel tersebut ialah
persekitaran/latar belakang keluarga, tahap pendidikan, pengalaman bekerja dan lain-
lain yang berkaitan. Jika dilihat dari sudut kajian kualitatif pula, isu boleh diterokai

16
Asas Penyelidikan

dengan meneliti perkara-perkara seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi


dengan pelanggan dari perspektif responden kajian. Data boleh dikumpul melalui
pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang berkaitan.

Kajian kuantitatif ialah pendekatan deduktif berasaskan pengujian terhadap sesuatu


andaian (hipotesis) dengan menggunakan varaibel-variabel tertentu manakala kajian
kualitatif merupakan pendekatan induktif di mana data yang dikumpul digunakan untuk
memahami sesuatu fenomena sosial yang dipilih. Lumrahnya kajian kualitatif tidak
bermula dengan pembinaan hipotesis atau mengukur varaibel.

Walaupun kebiasaannya pendekatan yang digunapakai dalam melaksanakan kajian


pendidikan adalah kuantitatif atau kualitatif ataupun gabungan kedua-duanya (mix-
metod). Namun penggunaan mix-metod belum lagi luas digunapakai disebabkan oleh
kesukaran untuk menggabungkan kedua-dua paradigma yang pada dasarnya berlainan
antara satu dengan lain. Pemilihan pendekatan adalah bergantung kepada fenomena
atau permasalahan yang ingin dikaji. Walau apapun pilihan yang dibuat, matlamatnya
adalah sama iaitu untuk membina khazanah ilmu dan/atau menyelesaikan masalah
semasa.

Perkaitan antara soalan kajian dan pendekatan sangat penting. Soalan-soalan kajian
yang berbeza memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza untuk menjawabnya. Jenis
soalan kajian berkait rapat dengan kaedah kajian yang digunakan. Perlu diingat bahawa
kaedah kajian harus dipilih sesudah soalan kajian dikenal pasti dengan tujuan
mengelakkan penyelidik mengutamakan kaedah kajian lebih daripada soalan kajian.

Inkuiri
Berikut adalah beberapa pendekatan inkuiri dalam penyelidikan pendidikan:

A. Pendekatan ‘Positivist’

- Proses penyelidikan dilakukan secara objektif

17
Asas Penyelidikan

- Menggunakan instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu

- Data dianalisis secara numerik dan juga secara statistik

- Bersifat Kuantitatif

- Untuk mendapatkan penjelasan

- Membuat pembuktian atau mengesahkan

- Untuk membuat generalisasi

B. Pendekatan ‘Interpretive’

Proses penyelidikan yang dilakukan untuk membolehkan penyelidik memahami


fenomena yang dikaji melalui penelitian kepada subjek yang yang ada dalam fenomena
itu

Makna dan kefahaman diperolehi melalui pentafsiran secara subjektif melalui


pemerhatian, dokumen atau temubual

C. Pendekatan ‘Critical’

- Mengkaji nilai-nilai yang ada dalam sesuatu masyarakat bagi

- Menentukan perkara-perkara yang kurang sesuai diamalkan

- Tugas penyelidik mengutarakan pandangan dan cadangan untuk perubahan

Perbandingan Penyelidikan Kuantitatif (PKT) dan Kualitatif (PKL)


1. Penyelidikan PKT menerangkan sesuatu fenomena dengan nombor manakala
penyelidikan PKL menerangkan sesuatu fenomena dengan perkataan.
2. PKT membuat rumusan daripada prinsip yang umum kepada situasi yang spesifik

18
Asas Penyelidikan

(induktif) manakala PKL membuat rumusan daripada situasi yang spesifik kepada yang
umum (general conclusion)
3. PKT berasaskan positivism atau kaedah saintifik. Penekanan adalah kepada fakta,
hubungkaitan dan sebab-akibat manakala PKL berasaskan paradigma semulajadi
Memahami fenomenon Penentuan perhubungan,
(naturalistsosial
) dan dijalankan dalam 'setting' semulajadi. dan kesan ( meanings) yang
punca Maklumat
Penyiasatan holistik Tumpuan kepada
diperolehi khusus (specific) untuk 'setting' tersebut (deduktif).
Spesifik konteks pembolehubah individu
4. PKT sangat menekankan
Peserta-pemerhati teori sebagai asas kajian
Bebasdan teori ini tidak berubah
konteks
manakala Pemerihalan naratif
PKL tidak menekankan teori sebagai asas(pengitlakan)
kajian kerana teori atau model
Peranan bebas penyelidik
boleh dihasilkan, berubah, ditukar atau dimodifikasi semasa menjalankan
Analisis Statistik kajian.
KUALITATIF
5. PKT fokus pada pemboleh ubah dan faktor manakala PKL fokus KUANTITATIF
khusus pada sesuatu
Eksperimen
konteks (context-specific
Ethnografi ).
Eksperimen kuasi
Sejarah
Tinjauan

Kuantitatif VS Kualitatif
Perbezaan antara dua pendekatan ini berpunca dari andaian falsafah masing-masing.

19
Asas Penyelidikan

Penyelidikan Kuantitatif

20
Asas Penyelidikan

Penyelidikan Kualitatif

Definisi Penyelidikan Kuantitatif


Inkuiri tentang sesuatu masalah berdasarkan pengujian teori yang dibentuk daripada
pembolehubah, diukur dengan nombor, dan dianalisis dengan prosedur statistik untuk
menentukan sama ada teori tersebut benar dan boleh digeneralisasikan (Creswell,
1994).

Satu proses formal, berobjektif dan bersistematik yang menggunakan data berangka
untuk mendapatkan maklumat tentang dunia ini (Burns & Grove dalam Cormack, 1991).

Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif


1. Memberi angka kepada hubungan antara pembolehubah (numerikal)
2. Mengesahkan fakta, anggaran dan hubungan (melibatkan ujian hipotesis)
3. Sangat berstruktur
4. Saiz populasi dan sampel yang besar

21
Asas Penyelidikan

5. Representatif dan boleh digeneralisasikan

Jenis-jenis Variabel / Pembolehubah


1. Variabel Bebas (Independant Varaible)
Merupakan variabel yang berdiri sendiri dan tidak (tidak perlu) bersandar dengan
variabel lain.
2. Variabel Bersandar (Dependant Variable)
Merupakan variabel yang bersandar kepada variabel bebas kajian. Variable ini tidak
boleh berdiri sendiri.
3. Variabel Penganggu (Intervening Variable)
Merupakan variabel yang boleh mengubah keputusan asal (biasanya bagi hubungan
antara variabel) apabila ia wujud bersama atau diletakkan di antara variabel kajian.
Berfungsi sebagai moderator atau mediator.

Hampir kesemua perkara atau fenomena yang ingin dikaji boleh bertindak sebagai
variabel bebas atau variabel bersandar dalam satu-satu kajian. Penentuan sama ada
ianya berperanan sebagai varaibel bebas atau bersandar bergantung kepada tajuk,
soalan atau objektif kajian.

Jenis Penyelidikan Kuantitatif


1. Tinjauan
Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar
digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang
hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif (boleh digunakan
dalam kajian kuantitatif dan kualitatif) biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi
tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang
menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan.
Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untuk
mengkaji perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu dikonseptualisasikan
kepada bebas, bersandar, dan kawalan (covariate). Tinjauan korelasi adalah
berdasarkan logik eksperimen. Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal
secara fizikal pembolehubah-pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas.

22
Asas Penyelidikan

1.1 Deskriptif
Juga disebut sebagai eksplotari atau perihalan. Tidak melibatkan kajian inferensi dan
kebiasaannya melibatkan jumlah varaibel yang sedikit. Hanya melaporkan aspek
demografi responden atau variable kajian dengan menggunakan kekerapan (frekuensi),
peratus dan nilai skor min (purata) sahaja. Tidak melibatkan pengujian hipotesis.

1.2 Perbandingan
Kajian ini boleh melibatkan satu atau lebih variabel. Menggunakan statistik inferensi
seperti Ujian-t dan ANOVA Sehala. Kebiasaannya membuat perbandingan sesuatu
variabel berdasarkan fator demografi seperti jantina, umur, latar belakang keluarga dan
sebagainya. Perbandingan menggunakan nilai skor min bagi setiap kumpulan yang
dibandingkan. Melibatkan pengujian hipotesis.

1.3 Hubungan
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara sekurang-kurangnya dua varaibel
(satu variabel bebas dan satu variabel bersandar). Menggunakan analisis seperti korelasi
Pearson untuk menganalisis hubungan antara kedua varaibel kajian. Aspek yang boleh
dilihat adalah adakah terdapat hubungan yang signifikan? Berapakah kekuatan
hubungan?, dan Adakah hubungan itu positif atau negatif?

1.4 Pengaruh
Kajian ini boleh melibatkan dua atau lebih variabel. Kebiasaannya melibatkan satu
variabel bersandar dan satu atau lebih variabel bebas. Menggunakan analisis seperti
Regresi untuk melihat pengaruh variabel bebas terhadap variabel bersandar kajian.
Sepertimana kajian hubungan, kajian regrasi juga boleh mengukur kekuatan pengaruh
variabel bebas terhadap variabel bersandar kajian.

2. Eksperimental
Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak ( random
assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri 'treatment' yang berbeza.
'Treatment' merupakan pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan ( manipulated).

23
Asas Penyelidikan

Kemudian kita bandingkan hasil atau kesannya ke atas sesuatu pembolehubah


bersandar. Tujuannya ialah jika terdapat perbezaan antara kumpulan dalam
pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh pembolehubah
bebas. Perkaitan ini adalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-kumpulan ini
tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum treatment. Syarat
tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-pembolehubah
kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin.
Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialah teknik
padanan (matching) di mana peserta diagihkan secara satu demi satu mengikut ciri-ciri
yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang agak sama.
Tetapi teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurang praktikal kerana terlalu banyak
ciri untuk dipadankan secara seimbang.
Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak ( random
assignment). Teknik ini adalah berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun ia tidak
menjamin kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia memaksimumkan probabiliti bahawa
mereka tidak berbeza secara sistematik ( no systematic differences). Cara mengawal
pembolehubah kawalan dengan teknik ini dikatakan kawalan secara fizikal ( phisical
control of extraneous variables ). Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan,
maka penyelidik akan menggunakan kawalan secara statistik ( statistical control of
variables). Ini dilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat dilakukan.

3. Kuasi-eksperimental
Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalan fizikal ke atas
pembolehubah-pembolehubah kawalan biasanya kurang dapat dilakukan. Umpamanya,
dalam kebanyakan penyelidikan dalam pendidikan, kajian biasa merupakan kajian 'field
study' di mana peserta kajian adalah sedia ada dan kita tidak dapat mengagihkan
peserta secara rawak kepada kumpulan-kumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat
membuat agihan secara rawak (tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara
fizikal), maka reka bentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau
bukan eksperimen di mana kawalan ke atas pengaruh pembolehubah kawalan dilakukan
secara statistikal (statistical control).

Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu

24
Asas Penyelidikan

dalam 'natural setting'. Penyelidik boleh mentadbirkan rawatan kepada kumpulan sedia
ada dan mengukur variabel dependent sama ada selepas rawatan (posttest), atau
sebelum dan selepas rawatan. Maka perbandingan antara kumpulan masih boleh
lakukan. Cuma rawatan ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak
dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi ( natural setting).

4. Kajian Ex-pos Facto (After the fact)


Kajian ex-post facto berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang
sudah berlaku. Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:
“Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of
independent variables because their manifestations have already occurred or because
they are inherently not manipulable”.
Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun
beliau tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang
mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.

Penyelidikan Kualitatif

Satu usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri.
Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian secara
neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang ditempuhi.
Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam
mengenai kehidupan sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah:

- Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya


- Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji
- Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih
- Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam
- Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)

25
Asas Penyelidikan

Penyelidikan kualitatif mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri tersebut dapat


membezakannya daripada penyelidikan kuantitatif. Antara ciri yang berkaitan adalah
seperti yang berikut:
- Penyelidik merupakan instrumen atau alat kajian utama untuk mengumpul data dalam
situasi yang sebenar;
- Penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif untuk menerangkan sesuatu fenomena yang
sedang berlaku dengan meneroka permasalahan dalam fenomena yang dikaji. Data
kajian boleh dalam bentuk naratif dan gambar. Dapatan kajian boleh mengandungi
sedutan-sedutan kata responden yang dipetik daripada transkrip temu bual responden,
nota kerja lapangan, pita video, gambar, dokumen peribadi, memo dan rekod rasmi;
- Pengumpulan data dilaksanakan secara berterusan kerana penyelidikan ini memberi
penekanan kepada proses dan hasil kajian;
- Penganalisisan data dilakukan secara induktif. Matlamat penyelidik bukan untuk
menguji atau mengesahkan hipotesis, tetapi membina kesimpulan daripada data yang
dikutip, dan;
- Membuat tafsiran adalah proses paling penting dalam penyelidikan kualitatif kerana
penyelidik berhasrat untuk mengetahui dan memahami perspektif responden terhadap
sesuatu fenomena yang dikaji. Ketepatan penakrifan bergantung kepada tahap
pemahaman penyelidik terhadap budaya responden.
Jenis Penyelidikan Kualitatif

a) Kajian Kes
Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami dengan mendalam
tentang subjek yang dikaji, memfokus kepada proses berbanding output, dan lebih
menekankan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Selain itu,
kajian kes juga boleh melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu
masyarakat, satu bilik darjah mahupun satu sekolah.
Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks
tertentu dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek
tertentu dalam sempadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan
fenomena yang menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu
kajian kes. Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena

26
Asas Penyelidikan

semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar. Kajian kes adalah suatu strategi
kajian komprehensif, bukannya suatu tektik pengumpulan data (Yin, 1994). Namun
begitu, ia juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian
tentang suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980). Di samping
itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau
suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988).
Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan
untuk menghuraikan 'bagaimana' atau `mengapa' tentang sesuatu fenomena. Pemilihan
kajian kes juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena
yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka
kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian
ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994)
Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kajian Kes Penerokaan, Kajian Kes
Deskriptif dan, Kajian Kes Penerangan. Salah satu daripada jenis tersebut boleh
digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian.
Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus.
Setiap langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam
dilakukan. Hal ini perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks
khusus yang biasanya terbatas. Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang
untuk mendapat data yang secukupnya mungkin tidak tercapai.
Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya,
seperti bentuk kes, latar belakang sejarah, konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan
politik, lain-lain yang berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake,
1994). Kedua, data yang dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini
membolehkan data diurus dan dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau
tema tertentu. Ketiga, daripada data yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajian
dibina. Akhir sekali, keseluruhan laporan kajian ditulis mengikut suatu format yang
sesuai.

b) Kajian Etnografi
Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya mereka.

27
Asas Penyelidikan

c) Kajian Sejarah
Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa lepas
yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada masa
sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang.

d) Kajian Naratif
Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia
membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan kepada makna yang
ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan mereka.

e) Penyelidikan Tindakan
Definisi dan konsep
• Kajian yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu masalah sosial
(Lewin,1946)
• Satu pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti pengajran dan
pembelajaran (Elliot, 1981)
• Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan amalan pendidikan
oleh golongan yang terlibat dalam pendidikan (Ebbutt, 1995)

Ciri-ciri penyelidikan tindakan


• Matlamatnya perubahan yang positif akan berlaku pada akhir penyelidikan
• Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial, masyarakat, pendidikan
• Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa
• Berkaitan dengan tugasan harian
• Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri
• Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian
• Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners)
• Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik
• Ada tindakan praktikal & intervensi (treatment)
• Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan kualitatif
• Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis)

28
Asas Penyelidikan

• Lebih berfokus kepada proses berbanding output


• Tidak digunakan untuk menguji hipotesis

Kepentingan penyelidikan tindakan


1) Untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran
2) Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik
3) Memperbaiki keadaan tempat kerja
4) Meningkatkan kepuasan bekerja
5) Peluang untuk membuat perubahan ke arah peningkatan profesionalisme (hasil
pengupayaan)
6) Pembangunan profesionalisme

Perbezaan Ciri-ciri Kajian Kuantitatif dan Kajian Kualitatif

Jadual berikut menunjukkan perbezaan-perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan


pendekatan kualitatif.

Perbezaan Ciri-ciri Kajian Kuantitatif dan Kajian Kualitatif


Perkara Kuantitatif Kualitatif
Istilah yang Eksperimental Etnografi
berkaitan dengan ‘Hard data’ Kerja lapangan
pendekatan Perspektif luaran ‘Soft data’
Empirikal ‘Symbolic Interaction’
Positivist Perspektif dalaman
Fakta sosial ‘Naturalistic’

29
Asas Penyelidikan

Statistik Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian turut serta
‘Phenomenological’
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes
Ekologikal

Konsep utama Pemboleh ubah Makna


Mengoperasi Definisi Pemahaman sejagat
Kebolehpercayaan Definisi situasi
Hipotesis Kehidupan harian
Kesahan Pemahaman
Kesignifikanan statistik Proses
Replikasi Rundingan
ramalan bertujuan praktikal
pembinaan sosial
‘Grounded Theory’

Gabungan teori Structural functionalism ‘Symbolic Interaction’


Realism, Positivism ‘Ethnomethodology’
Behavioralisme ‘Phenomenology’
‘Logical Empiricm’ Budaya
‘Systems Theory’ Idealisme

Gabungan Akademik Psikologi Sosiologi


Ekonomi Sejarah
Sosiologi Anthropologi
Sains politik

Matlamat Menguji teori Membina konsep

30
Asas Penyelidikan

Memperjelaskan fakta Memerihal realiti pelbagai


Perihalan statistik ‘Grounded Theory’
Hubungan antara variabel Meningkatkan pemahaman
Ramalan

Reka bentuk Berstruktur Terbuka kepada perubahan


Ditentukan lebih awal Fleksibel
Formal Umum
Spesifik Membuat tekaan terhadap cara
Prosedur kajian yang terperinci kajian

Penulisan cadangan Panjang lebar Ringkas


kajian Terperinci dan jelas fokusnya Spekulatif
Prosedur spesifik dan terperinci Mencadangkan bidang kajian
Tinjauan bahan kajian yang yang hendak dikaji
mendalam Ditulis selepas mendapat
Ditulis sebelum data dipungut sebahagian daripada data
Menyatakan hipotesis Tinjauan bahan kajian tidak
mendalam
Pernyataan pendekatan yang
umum

Data Kuantitatif Diskriptif


Koding boleh dikira Dokumen peribadi
Kiraan dan ukuran Nota kerja lapangan
Pembolehubah yang boleh Gambar
didefinisikan Pendapat perseorangan
Statistik Dokumen rasmi
Bahan-bahan artifak

Sampelan Besar Kecil


Berstrata Tidak mewakili populasi
Kumpulan kawalan Persampelan teoritikal

31
Asas Penyelidikan

Tepat
Pemilihan secara rawak
Mengawal pengganggu variabel

Teknik / kaedah Eksperimen Permerhatian


Tinjauan Mengkaji pelbagai dokumen dan
Temubual berstruktur artifak
Kuasi eksperimental Pemerhatian turut serta
Pemerhatian berstruktur Temubual tidak berstruktur
Set data
Hubungan dengan Jangka pendek Empati
responden Hubungan tidak akrab Menekankan unsur kepercayaan
Mengekalkan status sebagai Kesamarataan
penyelidik dan responden Hubungan mesra
Responden sebagai rakan
Mengutamakan keobjektifan

Alat Kajian Inventori Alat perakam suara


Soal selidik ‘Transciber’
Indeks Penyelidik bertindak sebagai
Komputer alat kajian
Skala
Skor ujian

Analisis data Deduktif Berterusan


Dilaksanakan selepas pungutan Model, tema dan konsep
data Induktif
Statistikal Analisis bersifat induktif
‘Constant Comparative method’
Permasalahan dalam Mengawal variabel yang lain Mengambil masa panjang
menggunakan Prosedur yang rigid Kesukaran menyaring data
pendekatan Kesahan Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji responden yang

32
Asas Penyelidikan

besar jumlahnya
* Perbezaan ciri ini adalah berdasarkan Bogdan dan Biklen (1992:50-52)

Apaka paradigma atau pendekatan penyelidikan yang terbaik? Bincangkan.

Unit 5

Teori dan Hipotesis

Teori
Teori adalah satu set konstruks (konsep) yang saling berkaitan, definisi, pernyataan
(propositions) yang menggambarkan satu fenomena secara sistematik dengan
menunjukkan hubungan antara pembolehubah bertujuan untuk menerangkan ( explain)
dan meramalkan fenomena tersebut (Kerlinger, 1986).

Teori juga adalah set andaian berkenaan sebab kepada sesuatu fenomena dan
keterangan bagaimana sebab tersebut bertindak. Andaian teori akan menguji hipotesis
kajian. Istilah sinonim ialah hipotesis dan model. Hipotesis ialah satu kenyataan spesifik
menguji hubungan atau korelasi dalam kajian empirikal. Model ialah implementasi
khusus perspektif teori yang umum. Ciri utama teori ialah mempunyai asas yang kukuh
untuk meyakini bahawa sesuatu fenomena berlaku dalam situasi tertentu dan teori

33
Asas Penyelidikan

berupaya diuji sebagai kaedah empirikal. Penbentukan teori melalui langkah (i)
menjelaskan skop teori, (ii) membiasakan diri dengan literatur, (iii) membina teori, (iv)
membuat ramalan, dan (v) menguji data secara empirikal.

Sabitha (2005) menjelaskan pengertian teori ialah satu set pernyataan yang abstrak
dan umum yang disokong oleh syor (atau hipotesis yang dibuktikan). Berdasarkan
pengertian tersebut, beliau menegaskan bahawa teori dan hipotesis adalah dua hal yang
tidak dapat dipisahkan kerana teori itu sendiri disokong melalui hipotesis. Beliau juga
berkata teori adalah satu set kenyataan mengenai perkaitan antara beberapa variabel.
Oleh yang demikian, sesuatu teori itu mestilah boleh diuji dan merupakan sesuatu yang
benar atau sebaliknya sehinggalah ia dibuktikan.

Sekiranya teori didefinisikan sedemikian, apa pentingnya teori dalam sesuatu kajian
atau penyelidikan? Sesuatu teori yang baik dapat menjelaskan kepada kita tentang
sesuatu fenomena. Ia memandu kita untuk mengisi jurang literatur yang dikenal pasti
sama ada mendalami sesuatu fakta yang telah diketahui atau menjelaskan perkara-
perkara yang masih kabur. Justeru, Sabitha (2005) menyarankan 3 peranan utama
teori: Pertama, mengorganisasikan pengetahuan dan menjelaskan hukum. Kedua,
meramal hukum yang baru. Ketiga, menjadi panduan untuk penyelidikan.
Hipotesis terbina melalui permasalahan yang ditemui dalam kajian literatur. Soalan
dirangka untuk dijadikan hipotesis. Setiap hipotesis menyediakan jawapan yang sesuai
dengan soalan yang dikemukakan. Terdapat hipotesis besar dan hipotesis kecil. Ia
dibentuk dalam rangka hipotesis nul (Ho) dan hipotesis alternatif (Ha). Kebenaran
hipotesis perlu diuji yang bertitik tolak daripada soalan penyelidikan. Melalui hipotesis,
bentuk data dan bagaimana diperolehi dan bagaimana pembolehubah berkait rapat
dapat ditentukan. Kajian dipandu oleh satu hipotesis atau pelbagai hipotesis yang dibuat
oleh penyelidik.

Peranan Teori
1) Mewujudkan suatu kerangka sebagai titik tolak kerja penyelidikan.
2) Mengenalpasti faktor-faktor genting.
3) Membolehkan kita saling mengaitkan semua facet penyelidikan secara sistematik.

34
Asas Penyelidikan

4) Membolehkan kita mengenal pasti jurang ilmu, kelemahan dan ketakkonsistenan


yang memerlukan penyelidikan tambahan.
5) Peranannya memberikan satu kerangka ( framework) atau asas untuk meyelesaikan
masalah kajian.
6) Panduan tentang pelbagai dimensi kajian, faktor-faktor yang terlibat, jurang ( gap),
kelemahan dan ketidaktekalan kajian.
7) Panduan untuk menguji sesuatu generalisasi.

Ciri Teori yang Baik


1) Boleh diuji – tidak bercanggahan dengan cerapan dan ilmu sedia ada
2) Kecukupan – boleh menerangkan fenomenon yang dikaji secukupnya.
3) Keitlakan – lebih tinggi tahap keitlakan lebih meluas kegunaannya
4) Parsimoni – prinsip yang mengatakan teori mestilah dinyatakan dalam bentuk yang
seringkas mungkin.

Jelaskan kepentingan hipotesis dalam sesuatu kajian.


Unit 6

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

5.1 Menyatakan masalah kajian

Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan
pokok yang kita akan kaji.

5.2 Menetapkan objektif kajian

Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dalam
sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga menggambarkan pembolehubah yang
terlibat dalam sesuatu penyelidikan.

35
Asas Penyelidikan

5.3 Membentuk soalan kajian

Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas, tepat dan
berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang jelas kepada
proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan penyelidikan

5.4 Menghasilkan hipotesis kajian

Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu yang
dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dan sebagainya seperti kajian
experimental, kuasi-experimental atau korelasi.

5.5 Melakukan tinjauan literatur

Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario,


perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Ia
membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif dan persoalan kajian.
Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan dapatan-dapatan
kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan dapatan kajiannya.

5.6 Merancang kaedah kajian


Menentukan instrumen dan prosedur pelaksanaan kajian secaraa lengkap dan
komprehensif.

5.7 Mereka bentuk kajian

Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantatitaif yang


akan digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan. Penyelidik juga perlu
menentukan apakah teknik pengumpulan data.

5.8 Menentukan prosedur persampelan

Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang betul perlu
dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri
populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji.

36
Asas Penyelidikan

5.9 Membina instrumen kajian

Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau


membuat pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan. Jika
instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan.

5.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat beberapa


kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk dan
kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga perlu ditentukan.
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi) alat pengukuran.

5.11 Menentukan prosedur pengumpulan data

Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang dikumpul
adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar persoalan, isu,
fenomena atau kes yang dikaji.

5.12 Mengumpul data

Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip.
Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat berbagai strategi
dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam
penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri
kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk
generalisasi.

5.13 Menganalisis data

Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan
menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau
hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya. Analisis
secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan sama ada
objektif kajian dicapai atau tidak.

37
Asas Penyelidikan

5.14 Membincang hasil kajian

Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan


dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan,
penambahbaikan,cadangan dan Implikasi penyelidikan.

5.15 Melaporkan kajian

Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan
tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. Dalam laporan
penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latarbelakang kajian,
objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian, terangkan rekabentuk kajian,
cara data di analisis, penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan
yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti.

Ringkasan Proses Kajian

Tanpa mengira apakah kaedah kajian yang digunakan, semua penyelidik melibatkan diri
dalam aktiviti kajian yang agak sama. Secara amnya sesuatu kajian melibatkan 5
langkah asas seperti dalam Jadual berikut:

Proses Asas Proses Catatan


Mengenal pasti fokus/ Bacaan awal dan tinjauan
isu/masalah Pernyataan masalah kajian awal yang luas perlu
Persoalan kajian /hipotesis dilakukan untuk
Definisi istilah memahami isu
Tinjauan literatur /fokus/masalah yang ingin
Kerangka konsep kajian dikaji atau difahami.
Perbincangan dan
pemikiran perlu fokus,

38
Asas Penyelidikan

khusus dan perinci atau


didefinisikan sendiri
Pembinaan kerangka
konsep menentukan skop
kajian dan akan
memudahkan
perbincangan kelak.

Metodologi kajian Komponen perancangan


-rekabentuk kajian adalah standard dan boleh
-persampelan berubah mengikut jenis
-instrumentasi kajian atau rekabentuk
Merancang strategi -prosedur kajian yang dibina.
kajian -kaedah analisis data Rekabentuk kajian harus
berpotensi menjawab
(Langkah 1 & 2 terkandung semua persoalan dan
dalam kertas cadangan hipotesis kajian dengan
kajian) menyakinkan.
Melaksanakan kerja lapang Prosedur kajian mungkin
mengikut rancangan sambil perlu diubahsuai mengikut
mengumpul data reality dan keadaan kerja
lapang
Melaksanakan strategi
Pengumpulan data harus
mengikut prosedur yang
tepat dan sah

Mengumpul dan Analisis Data dikumpul, disusun Pengumpulan dan


data dan dianalisis mengikut penyusunan sebaik-
kaedah analisis yang sesuai baiknya setelah dikumpul
semasa kerja lapang.
Data dianalisis mengikut
kaedah yang dikenal pasti.
Membuat intepretasi.

39
Asas Penyelidikan

Membuat taksiran dan Kesimpulan harus


kesimpulan berdasarkan dapatan
Membuat kesimpulan / Menjawab soalan kajian kajian sahaja
generalisasi Membincangkan implikasi
(Refleksi) dapatan kajian
Mencadangkan tindakan
atau kajian lanjutan

Tajuk Kajian
Menentukan variabel (pembolehubah) kajian.
a) Satu variabel (univariate) : kajian yang hanya mengkaji satu variabel / fenomena
sahaja. Kebiasaannya dilaksanakan pada peringkat sarjana muda.
b) Dua variabel (bivariate) : kajian yang mengkaji dua variabel / fenomena.
Kebiasaannya dilaksanakan pada peringkat sarjana.
c) Banyak variabel (multivariate) : kajian yang mengaji lebih daripada dua variabel /
fenomena. Kebiasaannya dilaksanakan pada peringkat doktor falsafah.
Pemilihan Tajuk
Seseorang penyelidik seharusnya mampu memilih topik yang baik dan pada masa yang
sama mampu menjana soalan kajian yang relevan, signifikan dan menyumbang kepada
dunia akademik.

Proses Pemilihan Tajuk


Pilih tajuk - Soalan Penyelidikan Spesifik - Sorotan literatur - Bincang/Percambahan idea
dengan penyelia / rakan penyelidik - Objektif dan Spesifik - Fikirkan dan tetapkan tujuan
atau hasil yang diinginkan dari kajian ini - Fikirkan had/limitasi seperti masa, kos, dan
akses kepada bahan (kelulusan pihak berwajib, isu etika, dan kepakaran)

Faktor-faktor pertimbangan pemilihan tajuk


a) Minat dalam masalah yang ingin dikaji. Pengkaji perlu mengkaji sesuatu
permasalahan atau fenomena yang diminati serta mempunyai pengetahuan yang agak
mendalam dalam isu dan permasalahan tersebut.

40
Asas Penyelidikan

b) Keaslian tajuk atau fenomena kajian ( originality). Tajuk yang dipilih perlulah juga
mempunyai unsur keaslian iaitu tidak menciplak sepenuhnya kajian terdahulu. Walaupun
dalam bidang pendidikan kebanyakan fenomena yang ingin dikaji sememangnya telah
banyak dikaji oleh pengkaji terdahulu, namun aspek persekitaran boleh menjadikan
fenomena tersebut berbeza dengan kajian terdahulu. Jangan sekali-kali melakukan
jenayah Plagarisme.

c) Kepentingan masalah dari segi teori dan amalan pendidikan. Tajuk kajian perlulah
mempunyai kaitan dengan sekurang-kurangnya satu daripada pelbagai teori yang ada di
dalam dunia pendidikan. Sebaik-baiknya juga relevan dengan model-model yang
dibangunkan daripada teori-teori tersebut. Seterusnya tajuk kajian yang dipilih juga
boleh memperbaiki atau menambah baik amalan pendidikan semasa.

d) Boleh diselidiki (researchable). Penyelidik perlu memastikan bahawa tajuk kajian


boleh dilaksanakan daripada pelbagai aspek seperti kos (masa, tenaga, dan kewangan),
keselamatan, sensitiviti, akses kepada dapatan maklumat dan lain-lain perkara yang
perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu kajian dijalankan.

e) Etika Penyelidikan. Penyelidik perlu mengikuti dan mematuhi segala etika


penyelidikan yang telah ditetapkan dan diamalkan. Sebagai contoh penyelidik perlu
mendapatkan data kajian dengan cara yang betul dan tepat derta melaporkan hasil
kajian dengan jujur tanpa memanipulasi atau mengubah dapatan analisis kajian.

Pemilihan masalah penyelidikan


Pernyataan masalah perlulah jelas dan berfokus kepada isu dan masalah yang
sebanarnya. Kebiasaannya dalam satu kajian yang melibatkan lebih daripada satu
variabel, pernyataan masalah perlulah lebih berfokus serta bertumpu kepada variabel
bersandar kajian sebagai permasalahan utama yang ingin dikaji. Kemudian baharulah
dikaitkan variabel bersandar tersebut dengan variabel-varaibel bebas lain di dalam
kajian tersebut.

Pemilihan masalah kajian ini adaah sangat kritikal dalam sesuatu kajian kerana

41
Asas Penyelidikan

ianya akan mempengaruhi hala tuju, proses atau pendekatan penyelidikan yang akan
digunakan, dan akhirnya dapatan dan rumusan sesuatu kajian.

Untuk memudahkan penyelidik mencari tajuk atau masalah kajian, penyelidik


digalakkan untuk membuat pembacaan kepada jurnal, artikel atau tesis penyelidikan
khususnya yang terkini untuk mendapatkan maklumat berkaitan fenomena semasa yang
berlaku. Dengan melakukan sorotan literatur ini juga dapat membantu penyelidik untuk
memilih tajuk kajian yang masih relevan, signifikan dan memberikan sumbangan kepada
dunia pendidikan.

Penilaian masalah kajian


Perkara berikut perlu diberikan perhatian ketika memilih dan menulis permyataan
masalah:
a) Wujudkah pernyataan masalah?
b) Adakah masalah boleh diselidiki?
c) Adakah fenomena boleh disiasat dengan pengumpulan dan analisis data?
d) Adakah latar belakang masalah diberikan?
e) Adakah kepentingan kajian dari segi pendidikan diberikan?
f) Adakah pernyataan masalah merangkumi variabel dan perkaitan spesifik yang dikaji?
g) Adakah pembolehubah diberikan takrif operasi (definisi operasional)?

Sumber-sumber Masalah Kajian


a) Pengalaman: Peribadi atau individu lain yang relevan dengan bidang pendidikan,
berdasarkan kepada penglibatan atau pemerhatian.

b) Deduksi dari Teori: Kadangkala teori boleh memberikan idea atau input dalam
pemilihan masalah kajian yang mungin berkaitan dengan fenomena yang ingin dikaitkan
atau dikaji.

c) Kajian lampau (sorotan literatur): Kebiasaannya kajian-kajian terdahulu mampu untuk


memberikan maklumat berguna kepada penyelidik dan memberikan rangsangan minda

42
Asas Penyelidikan

kepada penyelidik untuk mencari dan memilih tajuk serta pernyataan masalah yang
sesuai untuk dikaji.

d) Replikasi: Mungkin juga berlaku keadaan di mana perkara atau fenomena yang ingin
dikaji mempunyai persamaan dengan kajian penyelidik terdahulu. Bagi kajian di
peringkat sarjana muda dan sarjana secara kerja kursus, replikasi adalah dibenarkan.
Ianya bermaksud mengambil idea atau variabel kajian penyelidik lain yang pernah
dijalankan di satu lokasi lain (khususnya luar negara), dan kemudiannya menjalankan
kajian tersebut di tempat penyelidik.

e) Langkah / Kajian Lanjutan: Masalah kajian juga boleh diperoleh rentetan daripada
kajian lalu yang pernah dilaksanakan. Ini bermakna kajian terdahulu memberikan ruang
kepada penyelidik selepasnya untuk membuat kajian susulan yang mungkin dapat
memperbaiki atau membuat penambahbaikan kepada proses atau hasil dapatan kajian.

Contoh Soalan yang Baik & Kurang Baik

1) Contoh Soalan kurang baik dan tidak boleh diuji, tidak saintifik.
Patutkah seks diajar di sekolah?
Patutkah integrasi kaum diajar di sekolah?

2) Tajuk am, bukan Persoalan Penyelidikan


Masalah dadah
Keharmonian kaum dan kaum

3) Set Pembolehubah bukan persoalan


Gangsterisme dan pembelajaran

4) Kurang Jelas
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan gangsterisme?

43
Asas Penyelidikan

Maka, perlu lebih spesifik


Adakah fenomena gansterisme di sekolah telah meningkat?

Soalan yang Baik

1) Soalan Penerokaan
Adakah fenomena gansterisme di sekolah-sekolah Kuala Lumpur telah meningkat?

2) Soalan Deskriptif
Adakah pelajar-pelajar dari keluarga miskin lebih berkemungkinan mengalami masalaah
pembelajaran.

3) Soalan Penjelasan
Adakah pelajar-pelajar yang mengalami gangguan emosi akibat dari penceraian ibu-
bapa lebih mengalami kerumitan pembelajaran?

4) Soalan Penyelidikan  Hipotesis


Tersirat dalam soalan penyelidikan
Jawapan tentatif kepada soalan penyelidikan.
Tentukan pembolehubah tak bersandar dalam soalan penyelidikan.

Sorotan Literatur
Sorotan literatur merupakan satu proses yang dapat memberikan penambahan ilmu
pengetahuan khususnya kepada 'body of knowledge' pengkaji. Namun ramai yang
terkeliru da tersilap apabila melaksanakan proses sorotan literatur. Yang pasti sorotan
literatur bukanlan semata-mata satu ringkasan ( summary) pembacaan daripada pelbagai
sumber rujukan yang dibaca.
Ianya adalah suatu pengenalpastian, melokasi dan analisis dokumen yang
mengandungi maklumat yang berkaitan dengan masalah penyelidikan, yang dilakukan
secara sistematik. Dengan melaksanakan sorotan literatur yang komprehensif, pengkaji

44
Asas Penyelidikan

akan memperoleh data-data sekunder yang berguan untuk menyokong penyelidikan


yang akan dijalankan. Sorotan literatur juga adalah pengelasan dan penilaian penyelidik
berkaitan satu-satu tajuk, kemudiannya disusun dengan dipandu oleh konsep seperti
objektif penyelidikan atau soalan kajian serta masalah dan isu yang kita akan tangani.
Selain itu sorotan literatur adalah merupakan suatu pernyataan tentang apa yang telah
diterbitkan oleh penyelidik dan sarjana yang telah diperakukan kesahan dan
kebolehpercayaannya. Tujuan kita ialah untuk menyampaikan kepada pembaca apa
pengetahuan dan idea yang telah diterima umum, kekuatan dan kelemahannya.

Penilaian Sorotan Literatur

a) Adakah ianya komprehensif?


b) Adakah ia relevan?
c) Adakah sumbernya sumber primer ?
d) Adakah analisisnya kritikal – perbandingan (persamaan dan perbezaan)?
e) Adakah penulisannya koheren ?
f) Wujudkah perbincangan tentang implikasi sorotan ?
Sorotan literatur melakukan yang berikut:
a) Disusun sekitar dan berkaitan secara langsung dengan persoalan penyelidikan yang
dibangunkan.
b) Mensistesis hasil lampau dalam suatu ringkasan tentang apa yang diketahui dan apa
yang tidak diketahui (a-state-of-the-art)
c) Mengenal pasti perkara/isu utama dan kontroversi dalam literatur
d) Merumuskan soalan yang memerlukan penyelidikan lanjutan

Ringkasnya literatur adalah bertujuan untuk mengenal pasti :

a) Ilmu-ilmu dan maklumat yang telah disahkan dengan konkrit; atau


b) Apa yang dianggap masih bersifat tentatif dan boleh berubah,
c) Apa yang mempunyai sokongan data atau sebaliknya,
d) Model atau teori baru yang membolehkan kita mensintesis pengetahuan yang
berbeza-beza dan berupaya meramal masa depan dengan baik; dan

45
Asas Penyelidikan

e) Indikator kepada sesuatu perkara yang belum diketahui yang boleh memanfaatkan
kepada penyelidikan lanjutan.

Namun Berpotensi Secara Negatif Sebagai:

a) Retorik: Sesuatu yang tidak didasari dengan sokongan data yang konkrit, hanya
berdasarkan andaian atau sesuatu terlalu ideal untuk diaplikasikan.
b) Spekulasi: Kenyataan awal yang dibuat tanpa merujuk kepada sumber-sumber yang
benar dan sah.
c) Dapatan yang tidak sah daripada kajian yang TIDAK dirancang dan direkabentuk
dengan baik,
d) Duplikasi usaha untuk menyeleweng atau melaksanakan pelbagai bentuk plagarisme.

"Whether the research literature helps you gain perspective of the problem or
clouds your vision will depend on how you search, how you critique, and how
well you integrate previous individual studies"

Fungsi Sorotan Literatur

a) Justifikasi munasabah kepada kajian pengkaji – mengenal pasti apa yang telah dikaji
mengenai usaha kerja pengkaji, dan seterusnya apa yang perlu dikaji untuk
menambahbaik kajian terdahulu.
b) Dapat menjamin bahawa variabel yang relevan dan penting tidak ditinggalkan.
c) Memberikan rasional kepada hipotesis pengkaji.
d) Justifikasi kepada pemilihan rekabentuk dan kaedah penyelidikan yang dipilih.
e) Rasional bagi kaedah pensampelan dan instrumen kajian yang digunakan,
f) Merangsang dan menggalakkan percambahan minda dan perbincangan.

Antara Tujuan Sorotan Literatur

a) Meletakkan setiap kajian ke dalam konteks sumbangan kepada pemahaman topik


yang disorot.

46
Asas Penyelidikan

b) Memperihalkan perhubungan setiap kajian antara satu dengan yang lain.


c) Mengenalpasti cara baru untuk menganalisis dan mentafsir, serta menerangkan
tentang jurang dalam penyelidikan lampau.
d) Menyelesaikan konflik di antara kajian-kajian lampau yang mungin bercanggah.
e) Membuka dan mengarahkan jalan ke hadpan untuk penyelidikan lanjutan.
f) Meletakkan kajian penyelidik dalam konteks ilmu sedia ada.

Sorotan literatur yang baik akan menjamin

a) Variabel kajian yang relevan dan penting tidak tertinggal


b) Membantu pembinaan kerangka teori/konseptual dan hipotesis
c) Meningkatkan tahap 'testability' dan 'replicability' dapatan kajian
d) Pernyataan masalah boleh dilaksanakan dengan tepat, spesifik. dan jelas.
e) Megurangkan mengalami risiko 'reinventing the wheel'
f) Masalah yang diselidiki dianggap relevan dan penting oleh komuniti para saintis.

Sorotan literatur membolehkan

a) Perincian tentang motivasi penyelidikan


b) Perihal latar belakang penyelidikan
c) Perihalan tentang apa yang telah dikaji orang lain – tanda aras untuk kerja kita
d) Perbincangan komprehensif tentang idea-idea utama sehingga dan tak termasuk idea
'brilliant 'anda – untuk menunjukkan keaslian
e) Demonstrasi kemantapan anda tentang topik kajian

Beberapa tips untuk penulisan sorotan iteratur


a) Masukkan yang relevan saja (anda sudah baca dan faham)
b) Susun mengikut idea bukan penerbitan
c) Untuk menjamin aliran idea yang koheren
d) Untuk mengarah ke kerangka teori dan hipotesis anda
e) Jangan ringkaskan saja atau memetik kandungan

47
Asas Penyelidikan

Mengapa dilakukan sorotan literatur?


a) Untuk mengenalpasti jurang literatur.
b) Mengelakkan 'reinventing the wheel'
c) Untuk melanjutkan apa yang telah dicapai oleh orang lain
d) Untuk mengenalpasti orang lain yang bekerja dalam bidang yang sama
e) Untuk mengembangkan bidang ilmu anda dalam topik berkaitan
f) Untuk memberi konteks intelektual untuk kerja anda, meletakkan kerja anda dalam
kontek kerja orang lain
g) Mengenalpasti pandangan bercanggahan
h) Meletakkan kerja anda ke dalam perspektif
i) Demonstrasi bahawa anda boleh mengakses kerja-kerja lampau dalam bidang anda
j) Mengenalpasti maklumat dan idea yang relevan
k) Mengenalpasti kaedah yang relevan

Skop penulisan sorotan literatur

Masalah yang biasa dihadapi adalah sama ada anda tidak tahu bila untuk berhenti atau
tidak menghasilkan sesuatu yang mencukupi untuk dipertimbangkan secara serius

Panduan
a) Lebih banyak tidak semestinya lebih baik
b) Bidang yang banyak dikaji memerlukan fokus yang lebih kecil
c) Bidang kajian baru memerlukan skop yang lebih meluas

Menjalankan Sorotan Literatur: Strategi


Pembangunan sorotan literatur memerlukan empat tahap:
a) Perumusan masalah,
b) Pencarian Literatur,
c) Penilaian Data,

48
Asas Penyelidikan

d) Analisis dan tafsiran.

Langkah-langkah Sorotan Literatur

Pencarian --> Penilaian/Pengabstrakan -->Penintegrasian

Mencari Literatur Penyelidikan

Apakah carian yang baik?


Tujuan: : Peringkat Sarjana Muda, Sarjana, atau Doktor Falsafah
Kesukaran: Terlalu sempit (narrow') vs. Terlalu luas (wide)

Alatan Carian
* Web search engines – Google Scholar, Alta Vista, Excite, HotBot, NorthernLight etc.
* Pangkalan Data – EBSCO, Proquest, ScienceDirect, JSTOR, ERIC, etc

Mensasar Carian
* Mentakrif tajuk – sinonim, kata kunci
* Tentukan alatan carian – EBSCO, ERIC, PsycINFO, Proquest atau Google Scholar
* Simpan nota terperinci tentang carian sebenar
* Imbas abstrak yang ditemui
* Jika hasil permulaan tidak memadai, fokuskan carian seperti carian ' Snowball' atau
carian kompleks

Penilaian Artikel Jurnal


Tujuan artikel, Jenis Jurnal, Organisasi kandungan, Tarikh artikel, Bibliografi, Kegunaan,
Autoriti, Liputan, Audiens.

Penilaian Sorotan Literatur


a) Adakah komprehensif?
b) Adakah relevan?

49
Asas Penyelidikan

c) Adakah sumber primer ?


d) Adakah analisis kritikal – membuat persamaan dan perbandingan ?
e) Adakah ditulis dengan koheren ?
f) Wujudkah perbincangan tentang implikasi sorotan ?

Contoh-contoh penulisan sorotan iteratur


Sorotan yang lemah
Suatu siri perenggan berbentuk:
Green (1975) menemui….”;
Pada tahun 1978, Black melakukan eksperimen dan mendapati bahawa …”;
Kemudian Brown (1980) menjelaskan perkara ini dalam …”;
Tidak mempamerkan sama ada pemahaman atau keupayaan untuk menilai literatur.

Sorotan yang Lemah


Siri perenggan berbentuk:
There seems to be general agreement on X (for example, White 1987, Brown 1980,
Black 1978, Green 1975) but Green (1975) sees X as a consequence of Y, while Black
(1978) puts X and Y as … While Green’s work has some limitation in that it …., its main
value lies in …

Strategi Penulisan
Contoh: (samb.)
An important instance in which all of these challenges converge occurs with the concept
of “Y” in the description of the system…
Specific problem considered for the research

Strategi Penulisan
Contoh: (samb.)
Without doubt, one of the most widely discussed of these… is … Like most fundamental
issues in A, this question leads to challenges at several levels of thought. At the
philosophical level this issue poses questions about…. At the physical level we are forced
to examine…. At the mathematical level many questions are raised about the

50
Asas Penyelidikan

completeness and logical consistency…

Unsur-unsur Sorotan Literatur

1) Overview tajuk, isu atau teori yang dipertimbangkan,


2) Pembahagian penerbitan kepada kategori tertentu,
3) Penjelasan bagaimana setiap penerbitan adalah serupa atau berbeza dengan yang
lain,
4) Kesimpulan.

Strategi Penulisan
1) Dari am kepada spesifik
Contoh:
Despite the undisputed success of X, many important problems and questions remain
unanswered (see for example A, 1973): the measuring process cannot be satisfactorily
satisfied formally; there are great mathematical stumbling blocks to attempt to make X
consistent with the assumptions of ….., just to name a few .

Penulisan Sorotan Literatur


Kemungkinan besar anda akan menulisnya beberapa kali
Memfokus sorotan Literatur
Mula – kelihatan seperti suatu survey
Versi akhir – berasaskan konsepsualisasi kerja anda

Mengorganisasi Sorotan Literatur Anda


Ianya bukanlah suatu tambahan/tempekan tetapi sebahagian penting keseluruhan kerja
anda. Maka, mestilah ditulis dalam konteks bidang.
Kemudian, mengambil kira jangkaan pembaca yang ingin tahu bagaimana kerja anda
sepadan dengan literatur.
Memberi justifikasi mengapa anda melakukan apa yang anda ingin lakukan.
Membina kerangka teori dan metodologi anda.
Susuanan mengikut kronologi biasanya bukan yang terbaik.

51
Asas Penyelidikan

Tiada satu cara yang paling betul atau tepat untuk menyusun – bergantung kepada
kajian anda.
Mestilah ditakrifkan dengan dipandu konsep dan tujuan kajian serta masalah dan isu
yang relevan dengan kajian yang dilaksanakan. Ia bukanlah suatu senarai deskriptif
bahan atau siri ringkasan dan seharusnya mempamerkan kemahiran anda dalam dua
bidang iaitu mencari maklumat dan penilaian yang kritikal.

Apakah kesannya jika penyelidik tidak mengikuti prosedur kajian?

Unit 7

Rekabentuk Penyelidikan

Pendahuluan
Rekabentuk penyelidikan adalah satu perancangan penyiasatan secara saintifik.
Penyelidik akan merekabentuk suatu strategi dalam usaha untuk mengetahui sesuatu.
Dua aspek utama rekabentuk penyelidikan adalah spesifikasi tepat tentang apa yang
ingin diketahui dan menetapkan cara terbaik untuk mengetahui apa yang ingin
diketahui. Juga boleh dijelaskan sebagai suatu pelan untuk memilih sumber dan jenis
maklumat yang bakal digunakan untuk menjawab persoalan penyelidikan. Rekebentuk
penyelidikan juga akhirnya akan membina suatu kerangka untuk menetapkan
perhubungan antara variabel kajian. Malah juga disebut sebagai suatu ' blueprint' yang

52
Asas Penyelidikan

merangkakan setiap prosedur daripada hipotesis ke analisis data.

Secara umumnya terdapat dua jenis rekabentuk penyelidikan iaitu eksperimen dan
bukan eksperimen. Kebanyakan kajian dalam bidang pendidikan menggunakan
rekabentuk bukan eksperimen. Antara contoh kajian berbentuk ini adalah tinjauan dan
bersifat deskriptif. Sehubungan dengan itu, unit ini akan membincangkan beberapa
perkara asas dalam terutamanya penyelidikan bukan eksperimen seperti kaedah
penyelidikan, instrumentasi, pensampelan dan analisis data. Namun rekabentuk
eksperimen juga akan dijelaskan secara ringkas.

Jenis Penyelidikan
Penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis:
1) Kajian rentas (cross sectional) iaitu satu penyelidikan yang dilaksanakan pada satu
masa tertentu, yang biasanya sekali sahaja kutipan data pada masa yang singkat)
daripada beberapa kawasan atau lokasi. Contohnya penyelidikan yang dijalankan
terhadap 100 orang pelajar daripada kawasan bandar dan luar bandar berkaitan
motivasi dan gaya pembelajaran mereka dengan menggunakan borang soal selidik.

2) Longitudinal iaitu penyelidikan yang dilaksanakan dengan mendapatkan data secara


berperingkat dan mengambil masa yang lama. Contohnya penyelidikan yang dijalankan
untuk melihat peningkatan pencapaian pelajar pintar daripada tingkatan satu
sehinggalah pelajar itu menduduki peperiksaan SPM.

Prinsip Rekabentuk Penyelidikan


Berikut adalah beberapa prinsip rekabentuk penyelidikan yang perlu difikirkan;
- Tujuan rekabentuk penyelidikan
- Jawapan kepada soalan penyelidikan,
- Mengawal varians
- Cara mengawal varians
- Perawakan (randomization)
- Memasukkan keadaan atau pembolehubah sebagai variabel bebas

53
Asas Penyelidikan

- Memastikan keadaan atau faktor pemalar


- Penyesuaian (adjustment) berstatistik

Ciri-ciri Rekabentuk Penyelidikan yang Baik


- Bebas dari 'bias'
- Bebas dari 'Confounding'
- Kawalan ke atas pembolehubah luaran – extraneous
- Kesesuaian analisis statistik untuk ujian hipotesis

Rekabentuk Eksploratori
- Kajian eksploratori biasanya digunakan untuk membangunkan hipotesis atau persoalan
untuk penyelidikan lanjutan.
- Kajian formal untuk menguji hipotesis atau jawab soalan penyelidikan yang
dikemukakan
- 3 jenis utama - Eksplorasi, Deskripsi, and Penjelasan
a) Eksplorasi : Untuk memberikan kebiasaan ( familiarity) awal tentang topik
Tujuan:
- Memenuhi 'curiosity' dan keinginan untuk lebih memahami sesuatu
- Menguji kemungkinan (feasibility) menjalankan kajian yang lebih terperinci
- Membangunkan kaedah yang bakal digunakan dalam suatu kajian terperinci
Kaedah: Kumpulan Tumpuan (focus group)
Kelemahan: Jarang memberi jawapan yang memuaskan kepada persoalan
penyelidikan kerana masalah 'representativeness'.

b) Deskripsi
Tujuan:
- Memperihalkan keadaan dan peristiwa
- Menjawab persoalan “Apa”
Contoh:
Banci – untuk memperihalkan secara tepat dan persis pelbagai ciri populasi
'Gallup Poll' – semasa kempen pilihan raya memperihalkan niat pemilihan para
pengundi

54
Asas Penyelidikan

Tinjauan pasaran – memperihalkan mereka yang mengguna, atau akan


mengguna sesuatu produk tertentu
Dua aspek yang perlu diberikan perhatian adalah kualiti perihalan dan keitlakan
perihalan.

c) Penjelasan
Tujuan:
- Menjelaskan sesuatu fenomenon/peristiwa
- Memahami “Mengapa”
Contoh: Mengapa demonstrasi anti-nuklear berakhir dengan keganasan dengan polis

* Kebanyakan kajian akan mempunyai unsur-unsur ketiga-tiga tujuan.

Unit Analisis
Merupakan apa atau siapa yang dikaji.
Unit-unit yang dikaji untuk mewujudkan perihalan khusus bagi semua unit dan untuk
menerangkan perbezaan antara mereka

Unit Analisis: Individu


Merupakan unit analisis bagi kebanyakan penyelidikan sains sosial termasuklah
pendidikan.
Kajian deskriptif yang mempunyai individu sebagai unit analisisnya, biasanya bertujuan
untuk memperihalkan populasi yang merangkumi individu berkenaan.
Kajian Penjelasan bertujuan untuk menemui dinamik sosial yang beroperasi dalam
populasi berkaitan.
Individu sebagai unit analisis boleh dicirikan dari segi keahlian mereka dalam kumpulan
sosial berkaitan.

Unit Analisis: Kumpulan


Tidak sama dengan mengkaji individu dalam suatu kumpulan contohnya seperti geng,

55
Asas Penyelidikan

pasukan, keluarga atau komuniti.

Unit Analisis: Organisasi


Kumpulan sosial yang formal contohnya organisasi sekolah atau syarikat. Sebuah
syarikat boleh dicirikan dari segi saiznya, prestasinya, dan lain-lain.
Contoh kumpulan sosial lain ialah seperti Kolej, Jabatan Akademik atau Pasaraya

Unit Analisis: Artifak Sosial


Merupakan produk 'social beings' atau kelakuan mereka. Contohnya:
a) Objek sosial – buku, puisi, karya seni, kereta, bangunan, jenaka, penemuan saintifik,
b) Interaksi sosial adalah suatu lagi kelas artifak sosial yang boleh digunakan sebagai
unit analisis seperti perkahwinan, persahabatan, kes mahkamah, race riots, public
hearings dan sebagainya.

Ringkasan Unit Analisis


1) Tidak penting bagaimana anda mengelaskan unit analisis kajian: Apa yang penting
ialah anda tahu APA unit analisis kajian anda
2) 'Ecological fallacy' – Bahaya membuat kesimpulan tentang individu sebagai unit
analisis sedangkan yang diperiksa ialah kumpulan
3) 'Reductionism' – merujuk kepada had yang keterlaluan ke atas jenis konsep dan
variabel yang dipertimbangkan sebagai punca dalam menjelaskan pelbagai kelakuan
manusia.
4) Pakar sosiologi mungkin mengkaji pembolehubah sosiologi seperti nilai, norma,
peranan, dan lain-lain.
5) Pakar ekonomi mungkin mengkaji pembolehubah ekonomi saja – seperti permintaan
dan bekalan, dan sebagainya.
6) Pakar psikologi mungkin mempertimbangkan pembolehubah psikologi saja seperti
jenis personaliti, trauma, dan lain-lain.

Populasi dan Pensampelan


Sampel ialah unit atau kumpulan (individu, institusi, tempat, atau fenomena) yang
menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah

56
Asas Penyelidikan

sekolah mempunyai 1000 orang pelajar Perdagangan, maka kumpulan tersebut dikenali
sebagai populasi dan 250 orang pelajar daripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu
penyelidikan, maka 250 orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel.

Kebiasaannya, keinginan pengkaji adalah untuk menyelidik populasi yang telah


dikenal pasti dalam sesuatu penyelidikan. Bagaimanapun, faktor-faktor seperti saiz
populasi yang terlalu besar, kepelbagaian ciri demografi dan meliputi kawasan yang luas
menyukarkan pengkaji untuk berbuat demikian. Aktiviti mencari dan menghubungi
semua ahli populasi akan memakan masa dan perbelanjaan yang tinggi. Oleh yang
demikian, pengkaji terpaksa memilih sampel untuk diselidiki.

Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat daripada
dapatan yang diperoleh hasil pengkajian saintifik ke atas sampel. Rajah berikut
menjelaskan konsep populasi dan sampel.

Populasi Sasaran

Populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan asas
untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat
diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal
(Fraenkel dan Wallen, 2006).

Populasi Capaian

Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan


pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan

57
Asas Penyelidikan

kajian.

Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran, populasi capaian dan sampel
adalah seperti berikut:

Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan Peta


Minda terhadap Pencapaian Perdagangan Tingkatan Empat di Johor.

Populasi sasaran: semua pelajar tingkatan empat di Johor

Populasi capaian: semua pelajar tingkatan empat di daerah Batu Pahat, Johor

Sampel: 10 % pelajar tingkatan empat di daerah Batu Pahat, Johor.

Pensampelan

 Pensampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat,


atau fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji.
 Pensampelan merupakan proses memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat,
atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan
besar (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih.
 Tujuan pensampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu
populasi (orang, institusi, tempat, atau fenomena).
 Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan
populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna
pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan
membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut.
 Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili
pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

Prosedur Pensampelan
Terdapat dua jenis prosedur pensampelan iaitu:

 Pensampelan kebarangkalian (secara rawak)


 Pensampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

58
Asas Penyelidikan

Pensampelan Kebarangkalian (secara rawak)


Prosedur pensampelan kebarangkalian adalah kebiasaannya dilaksanakan dalam
penyelidikan secara kuantitatif. Prosedur pensampelan jenis ini dilaksanakan dengan
memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai
semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian. Setiap ahli dalam populasi
mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Sebelum prosedur pensampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu


mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi.
Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah
persampelan rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan
kebarangkalian.

Persampelan Rawak Mudah (Simple Random Sampling)

Persampelan rawak mudah merujuk kepada andaian bahawa setiap unit/objek/ elemen/
responden mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel tanpa sebarang
bias pemilihan. Setiap unit/objek/elemen/responden perlulah diberikan peluang untuk
pilihan. Pengkaji mempunyai satu senarai kerangka populasi yang lengkap dan setiap
sampel akan dipilih secara rawak. Rajah berikut menunjukkan contoh pensampelan
rawak mudah.

59
Asas Penyelidikan

Persampelan Sistematik (Systematic Sampling)

Persampelan bersistematik menetapkan cara yang lebih mudah untuk mendapat atau
memilih sampel contoh, nisbah sampel kepada populasi ialah 1 : 10 (100 : 1000).
Merupakan kaedah yang lebih efisien. Ataupun memilih angka-angka yang genap
sahaja, seperti 10,20,30 dan seterusnya. Rajah berikut menunjukkan contoh
pensampelan bersistematik.

60
Asas Penyelidikan

Persampelan Rawak Berstratifikasi (Stratified Random Sampling)

Pemilihan responden dalam kelompok atau strata tertentu yang mewakili populasi kajian

sekiranya diandaikan wujud perbezaan-perbezaan tertentu dalam kumpulan atau strata


yang berlainan. Kumpulan-kumpulan pembolehubah yang bermakna yang membolehkan
pengkaji membuat perbandingan mengenai isu-isu tertentu. Rajah berikut menunjukkan
contoh pensampelan rawak berstratifikasi.

61
Asas Penyelidikan

Persampelan Rawak Berstratifikasi Bernisbah/Berkadaran (Proportional


Stratified Random Sampling)

Kaedah ini pengkaji harus menentukan bilangan sampel yang perlu diambil berdasarkan
kepada jumlah populasi. Pemilihan berdasarkan nisbah populasi. Rajah berikut
menunjukkan contoh pensampelan rawak berstratifikasi berkadaran.

Persampelan Rawak Berstratifikasi Tidak Bernisbah / Berkadaran


(Disproportional Stratified Random Sampling)

Berstratifikasi bernisbah kadangkala menyebabkan jumlah sampel dalam sesuatu strata


itu terlalu kecil, maka analisis statistik yang berkesan sukar dijalankan. Boleh dilakukan
melalui proses yang sama seperti persampelan rawak berstratifikasi bernisbah. Rajah
berikut menunjukkan contoh pensampelan rawak berstratifikasi tidak berkadaran.

62
Asas Penyelidikan

Pensampelan Berkluster (Cluster Sampling)

Kluster bermaksud kelompok. Semua kluster mempunyai ciri yang sama tetapi ahli di
dalam setiap kluster adalah pelbagai. Sebagai contoh negeri, daerah, dan zon. Sampel
daripada satu atau beberapa kluster sahaja sudah memadai untuk memastikan sampel
yang dipilih adalah representatif. Rajah berikut menunjukkan contoh pensampelan
berkluster.

63
Asas Penyelidikan

Persampelan Rumpun Pelbagai Tahap (Multistage Cluster Sampling)

Kajian yang dilakukan memerlukan pengkaji mengambil sampel yang besar seperti
kajian untuk sebuah negeri ataupun negara mahupun populasi yang besar. Seterusnya
memerlukan pengkaji membuat perancangan dalam memilih sampel akhir. Rumpun di
sini merujuk kepada entiti yang boleh berupa kelompok, kumpulan, strata atau
organisasi yang melibatkan unit-unit heterogeneous (pelbagai). Rajah berikut
menunjukkan contoh pensampelan pelbagai/multi ahap.

Pensampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)


Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh pengkaji
dalam penyelidikan menggunakan pendekatan kualitatif. Pensampelan bukan
kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal
pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti pendapat guru-guru di


sekolahnya tentang suatu dasar yang diperkenalkan. Beliau memilih 30 orang guru
daripada populasi guru seramai 150 orang yang sedang mengajar di sekolahnya. Guru-
guru tersebut dipilih berdasarkan kriteria berikut; (a) berpengalaman mengajar kurang
daripada 3 tahun, (b) ahli koperasi sekolah, (c) tidak pernah dikenakan tindakan

64
Asas Penyelidikan

tatatertib. Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka


terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel penyelidikan pengetua.

Rajah berikut menunjukkan beberapa jenis persampelan kebarangkalian dan


persampelan bukan kebarangkalian.

Jenis persampelan bukan kebarangkalian


1) Persampelan Mudah (Convenience Sampling)

Persampelan mudah dikenali juga sebagai pensampelan secara kebetulan atau


pensampelan kesediaan. Di bawah pensampelan mudah, pengkaji memilih mana-mana
subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya. Persampelan jenis ini biasanya
digunakan dalam temu bual.

Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui pendapat peserta


seminar tentang keberkesanan program seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji
menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat dengannya

65
Asas Penyelidikan

yang ditemuinya. Dalam kes ini, pengkaji menemui 10 orang peserta yang berada di
bahagian hadapan dewan seminar secara kebetulan. Peserta-peserta lain terutamanya
peserta yang berada di bahagian belakang dewan tidak mempunyai peluang untuk
ditemu bual. Kebarangkalian peserta-peserta yang dipilih adalah berbeza, walaupun
pengkaji tidak mempunyai apa-apa kriteria pemilihan responden, dan pemilihan tidak
dibuat secara sengaja, pengkaji tidak dapat menganggarkan ralat persampelan kerana
prosedur persampelan mudah bukan merupakan persampelan rawak. Rajah berikut
menunjukkan contoh pensampelan mudah.

Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling)

Persampelan tujuan merujuk kepada prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek


yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan
pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian
lain dalam populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden.

Sebagai contoh, jika pengkaji ingin mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar


sekolah tentang akibat buruk merokok, dan hanya subjek-subjek kajian yang merokok
sahaja yang dipilih sebagai responden. Maka, pengkaji telahh memilih subjek kajian
berdasarkan tujuan atau kehendaknya. Dalam kes ini, responden-responden kajian
adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok, yang tidak mewakili seluruh
populasi pelajar di sekolah. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak dan hasil
kajiannya tidak dapat digeneralisasi kepada seluruh populasi pelajar di sekolah kerana

66
Asas Penyelidikan

sampel tersebut tidak mewakili semua pelajar dalam populasi berkenaan. Keputusan
kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian yang dipilih sahaja. Rajah berikut
menunjukkan contoh pensampelan bertujuan.

3) Persampelan Kuota (Quota Sampling)

Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak berlapis
yang bukan kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji memilih subjek
berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi. Ia adalah berbeza
dengan persampelan rawak berlapis kerana dalam persampelan rawak berlapis, subjek
dipilih secara rawak dalam kumpulan-kumpulan berlapis. Persampelan kuota sebaliknya
dilakukan ke atas kumpulan subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu,
responden kajian merupakan subjek-subjek berlapis yang dipilih secara kebetulan.
Dengan erti kata lain, pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori
oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan sehingga bilangan
bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi, dan prosedur ini diteruskan
untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain sehingga semua kategori
dipenuhi.

Sebagai contoh, pengkaji ingin mengenal pasti pendapat pelajar kursus komputer
tentang keberkesanan program komputer di sekolah. Pengkaji membahagikan pelajar-
pelajar kepada dua kategori iaitu kategori pelajar yang sering menggunakan komputer
sekolah (tiga atau lebih daripada tiga kali seminggu) dan kategori pelajar yang kurang
menggunakan komputer di sekolah (kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji

67
Asas Penyelidikan

memilih 30 orang pelajar untuk setiap kategori berdasarkan kepada kriteria "siapa yang
ditemui dahulu dipilih, sehingga kedua-dua kategori dipenuhi". Dalam kes ini, walaupun
pengkaji memilih satu peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak
dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Oleh itu,
keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah
prosedur persampelan kajian ini.

4) Persampelan Dimensional

Persampelan dimensional (Dimensional Sampling) biasanya digunakan dalam kajian


kes. Hanya sebilangan kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati pengkaji,
dijadikan sebagai responden kajian. Persampelan dimensional digunakan untuk
mengurangkan masalah saiz sampel dalam prosedur persampelan kuota. Di bawah
persampelan ini, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri (faktor-faktor atau variabel bebas) yang
diminati dalam populasi dan memilih sekumpulan kecil (sekurang-kurangnya seorang)
responden yang mempunyai semua ciri tersebut.

Sebagai contoh, dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan pegawai-
pegawai lelaki dan perempuan sebuah organisasi yang bertaraf pekerjaan yang tetap,
sementara dan kontrak. Jadual di bawah menunjukkan subjek yang dipilih dengan
prosedur persampelan dimensional. Jadual berikut menunjukkan contoh pensampelan
dimensional.

Berdasarkan jadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih


berdasarkan pemilihan secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri tersebut
yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian.

68
Asas Penyelidikan

5) Persampelan Kes Kritikal

Prosedur persampelan kes kritikal (Critical case sampling) digunakan apabila kajian
dilakukan ke atas kes-kes yang spesifik, yang melibatkan tingkah laku yang aneh, luar
biasa atau jarang dijumpai. Persampelan kes kritikal ini biasanya digunakan untuk kajian
kulitatif atau kajian kes yang bertujuan menyelidik individu atau kumpulan yang unik.
Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk mengkaji kes-kes berikut;

 seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di sebuah tadika


 beberapa penghuni rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang didiami
mereka mengalami tanah runtuh
 cara seorang korporat mencapai kejayaan walaupun merupakan individu yang
kurang upaya

Prosedur persampelan ini digunakan dalam kajian bertujuan untuk memahami dan
mempelajari secara mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius, yang
mendatangkan kesan kepada masyarakat. Sampel kes kritikal yang digunakan juga
dikenali sebagai sampel kes ekstrim.

6) Persampelan Variasi Maksimum

Dalam persampelan variasi maksimum (maximum variation sampling), individu-individu


atau kumpulan individu dipilih untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi dalam
sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai nilai selanjar.
Sebagai contoh, kumpulan pekerja tahap IQ tertinggi dan kumpulan pekerja tahap IQ
terendah dalam sesebuah organisasi dipilih sebagai sampel variasi maksiimum dalam
kajian yang bertujuan untuk menyelidik perhubungan antara tahap IQ dan produktiviti
pekerja-pekerja.

7) Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)

Persampelan bola sajli atau snow ball sampling merujuk kepada prosedur persampelan
iaitu, responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-
ciri yang sesuai untuk kajian. Prosedur persampelan ini digunakan terutamanya apabila
pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai

69
Asas Penyelidikan

ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil
subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau
diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam
populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan
berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua responden yang dikehendaki.
Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak
diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau
tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah
organisasi yang terlibat dengan kes jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan ke atas
guru-guru yang terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau kajian ke atas
pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara aktif dalam politik. Walaupun prosedur
persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai digunakan pada keadaan-
keadaan di mana prosedur persampelan lain tidak sesuai digunakan. Rajah berikut
menunjukkan contoh pensampelan bola salji.

Terangkan kepentingan memilih teknik pensampelan yang tepat dalam


kajian

70
Asas Penyelidikan

Unit 8

Analisis Data

Jenis Data
Sebelum diterangkan berkaitan analisis data dengan lebih lanjut, pengkaji perlu terlebih
dahulu mengetahui jenis-jenis data yang digunakan dalam penyelidikan agar tidak
tersilap memilih jenis analisis data yang bersesuaian. Berikut adalah jenis-jenis data
penyelidikan:
a) Nominal iaitu data jenis klasifikasi atau kategori seperti jantina (lelaki/perempuan)
dan
warna lampu isyarat (merah, kuning, hijau).
b) Ordinal iaitu data kategori yang disusun ( ranking) atau mengikut keutamaan seperti
kedudukan dalam kelas atau mengklasifikasikan jenis-jenis makanan daripada yang
paling diminati kepada yang paling tidak diminati.
c) Selang (Interval) iaitu mengukur jarak antara dua poin dalam satu skala. Selain itu
nilai
‘0’ yang tidak absolute seperti ukuran suhu dalam celcius. Dalam kajian pendidikan
pula contoh yang biasa ditemui adalah skala Likert 5 poin.
d) Nisbah (Ratio) iaitu sepertimana skala selang tetapi nilai ‘0’ yang hakiki ( absolute)
seperti ukuran tinggi (sentimeter atau meter). Dalam kajian pendidikan pula contoh
yang biasa ditemui adalah markah peperiksaan (1-100%).

Analisis Data
Kebiasaannya analisis data berstatistik adalah berkaitan secara langsung dengan
penyelidikan kuantitatif. Analisis data secara kuantitatif melibatkan proses seperti yang
ditunjukkan dalam rajah berikut:

71
Asas Penyelidikan

Pengkodan Data (Data Coding)


Data coding merupakan proses penyusunan secara sistematik data mentah (yang ada
dalam soal selidik) ke dalam bentuk yang mudah dibaca oleh perisian seperti SPSS.
Contoh: Kenyataan item soal selidik
Guru menyampaikan isi pelajaran dengan jelas.
1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju

Pemindahan / Memasukkan Data ke Komputer (Data Entering)


Data entering adalah memindahkan data yang telah di ubah menjadi kod ke perisian
komputer seperti SPSS.

Pembersihan Data (Data Cleaning)


Data cleaning adalah memastikan bahawa seluruh data yang telah dimasukkan kedalam
perisian adalah sesuai dengan yang sebenarnya. Di sini pengkaji memerlukan ketelitian
dan ketepatan data. Caranya adalah dengan possible code cleaning, contingency
cleaning, dan modifikasi (melakukan pengkodan kembali data asal).
Possible code cleaning adalah melakukan pembaikan kesalahan pada kod yang jelas
tidak mungkin ada akibat salah memasukkan kode. Contoh: jenis jantina hanya terdiri
dari dua kod, iaitu kod 1 untuk lelaki dan kod 2 untuk perempuan, atau kod 0 untuk
lelaki dan kod 1 untuk perempuan, atau sebaliknya kerana variabel ini berskala nominal.

72
Asas Penyelidikan

Namun, dalam kod yang dimasukkan kedalam perisian, tertera kod 7. Maka kod ini
adalah salah dan perlu dilihat semula pada borang soal selidik yang asal.
Sementara itu contingency cleaning lebih rumit dibandingkan dengan possible code
cleaning. Kesalahan ini terjadi akibat adanya struktur soal selidik yang perlu dijawab
secara khusus oleh sebahagian orang saja, sedangkan yang lain tidak. Contohnya
pertanyaan tentang jumlah anak yang dimiliki oleh seorang perempuan. Pertanyaan ini
khusus ditanyakan pada perempuan. Namun, adakalanya terdapat pula kekeliruan
sehingga responden lelaki pun turut menjawabnya.
Modifikasi adalah melakukan pengkodan semula (recode) data yang asa. Contohnya
ternyata jenis kelamin seperti kod di atas, iaitu 1 untuk laki-laki dan 2 untuk perempuan
diubah menjadi kod 0 untuk laki-laki dan 1 untuk perempuan.

Pelaporan Data (Data Output)


Data output adalah hasil pengolahan data. Bentuk hasil pengolahan data tersebut
adalah sebagai berikut.
1. Numerikal (dalam bentuk angka)
Hasil pengolahan data yang yang berupa numerikal dapat dilaporkan dalam bentuk
jadual kekerapan dan peratus.
Contoh jadual frekuensi:
Jantina Frekuensi Peratus
Lelaki 125 62.5%
Perempuan 75 37.5%
Jumlah 200 100%

Contoh lain:
Jantina Tahap Pendidikan
Keseluruhan
Rendah Menengah IPT
Lelaki 75 (60.48%) 35 (28.23%) 14 (11.29%) 124 (100%)
Perempuan 35 (44.87%) 12 (15.39%) 31 (39.74%) 78 (100%)
Keseluruhan 110 47 (23.27%) 45 (22.28%) 202 (100%)
(54.46%)

2. Grafik (dalam bentuk gambar)

73
Asas Penyelidikan

Pelaporan data dengan menggunakan grafik atau gambar lebih menarik (bergantung
kepada keperluan atau format laporan) jika dibandingkan pelaporan data dengan
menggunakan jadual. Namun pelaporan data menggunakan gambar atau grafik juga
memiliki kelemahan, iaitu kemungkinan adanya informasi yang hilang. Pelaporan grafik
perlu memberi penekanan tahap pengukuran yang diguna pakai. Penggunaan grafik
yang tepat berdasarkan tahap pengukuran dapat dilihat pada jadual berikut:
Skala Grafik
Nominal Pai, Bar
Ordinal Pai, Bar
Selang Histogram, Poligon
Nisbah Histogram, Poligon, Stem-leaf plots, Scatter Plots

Penganalisisan data (Data Analizing)


Penganalisisan data merupakan suatu proses lanjutan dari proses pengolahan data
untuk melihat bagaimana menginterpretasikan data, kemudian menganalisis data dari
hasil yang sudah ada pada tahap hasil pengolahan data. Penjelasan lebih lengkap
tentang pengujian statistik dan cara-cara mengujinya boleh dirujuk dengan lebih lanjut
pada buku-buku statistik. Namun begitu unit seterusnya akan mengemukankan
beberapa cara analisis data menggunakan perisian SPSS. Analisis terhadap hasil
pengolahan data dapat berbentuk sebagai berikut.
1. Analisis Univariat iaitu analisis univariat adalah analisis terhadap satu variabel.
2. Analisis Bivariat iaitu melibatkan dua variabel seperti analisis hubungan antara vsatu
variabel bebas dengan satu variabel bersandar.
3. Analisis Multivariat iaitu melibatkan lebih daripada dua variabel sama ada melihat
hubungan ataupun pengaruh variabel-variabel bebas terhadap variabel bersandar.

Pengujian Hipotesis
Langkah selanjutnya dalam bahagian analisis ini adalah bagaimana melakukan pengujian
terhadap hipotesis yang telah dinyatakan sebelumnya. Ada beberapa tahap yang harus
dilakukan dalam melakukan pengujian hipotesis, iaitu:
1. Menyatakan/menetapkan hipotesis.
2. Menetapkan ujian statistik yang akan digunakan.
3. Menentukan tahap signifikan (contohnya 0.05 atau 0.01).

74
Asas Penyelidikan

4. Melaksanakan analisis statistik (contohnya menggunakan perisian SPSS).


5. Membuat laporan dan kesimpulan.

Jenis Analisis Data


a) Deskriptif
Tujuan utamanya adalah untuk 'explore' data, membuat ringkasan dan rumusan iaitu
dengan melihat kekerapan variabel kajian (data) seperti nilai min, median, dan mod. Di
samping itu untuk melihat kecenderungan memusat ( central tendency) bagi mengukur
normaliti.
Laporannya dilaksanakan dengan melihat/menggunakan kekerapan (frekuensi),
peratus atau skor min serta sisihan piawai. Di smping itu boleh dilihat dan dilaporkan
dalam bentuk ayat, jadual, graf, atau carta.

b) Inferensi
Bermaksud dapatan kajian yang diperoleh memberikan jawapan kepada soalan kajian
secara keseluruhan (mewakili keseluruhan populasi). Sehubungan dengan itu
memerlukan kepada proses pensampelan yang tepat dan betul. Di samping itu, analisis
data yang digunakan juga harus selari dengan soalan/objektif/hipotesis kajian.
Pendekatan dan metod yang digunapakai mestilah betul dan mengikut proses yang
sepatutnya. Contohnya melihat perbezaan, hubungan dan pengaruh. Contoh-contoh
analisis secara ringkas menggunakan perisian SPSS akan dikemukakan dalam unit
seterusnya.
Jadual berikut menunjukkan jenis analisis data menggunakan perisian SPSS yang
kebiasaannya sesuai digunapakai untuk mengukur atau menguji soalan / hipotesis
kajian.

Objektif / Soalan / Hipotesis Analisis Data SPSS


Melihat kekerapan, peratus, Deskriptif, frekuensi, skor min, sisihan piawai
persepsi, tahap dan klasifikasi
Mengenalpasti perbezaan Ujian-t, ANOVA Sehala
Melihat hubungan Korelasi Pearson
Melihat pengaruh Regresi mudah, Regresi berganda

75
Asas Penyelidikan

Mengapakah penyelidik perlu mengetahui jenis data kajian yang digunakan?

Unit 9

Pengenalan SPSS

76
Asas Penyelidikan

SPSS merupakan satu perisian statistik yang dapat membantu khususnya berkaitan
analisis dan mengintrepetasi data. Penggunaannya tidak terhad kepada bidang sains
sosial, malah digunakan juga oleh penyelidik dalam bidang sains tabie. SPSS berupaya
menganalisis data daripada yang paling mudah ( univariate) seperti analisis deskriptif
sehinggalah kepada yang lebih kompleks dan melibatkan banyak atau pelbagai variabel
(multivariate) iaitu statistik inferensi seperti MANOVA dan regresi berganda.

Namun, modul mudah dan ringkas ini hanya akan menumpukan kepada beberapa
analisis deskriptif asas dan analisis infrerensi terpilih sahaja iaitu yang kebiasaannya
digunapakai dalam penyelidikan pendidikan. Modul ini sesuai menjadi rujukan kepada
pelajar daripada peringkat ijazah sarjana muda sehinggalah ke peringkat doktor
falsafah. Ianya juga sesuai kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar mengenai analisis
atau penakulan data berstatistik.

Muka Depan SPSS


Terdapat hanya dua muka (view) iaitu ‘data view’ dan ‘variable view’ seperti yang boleh
dilihat dalam ilustrasi 1 dan 2 di bawah.

Ilustrasi 1: Variabel view

Di dalam ‘variable view’, semua variabel iaitu aspek demografi seperti id, jantina dan
lain-lain dan juga item-item soal selidik, mahupun ujian pra dan pasca (sekiranya ada)
ditaip dalam ruang seperti yang dapat dilihat dalam ilustrasi di atas. Variabel perlulah
diisi terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya iaitu mengisi data-data kajian di dalam

77
Asas Penyelidikan

‘data view’. Setelah diisi pada lajur ‘name’, langkah seterusnya adalah melabelkan atau
memberikan kenyataan setiap item khususnya item-item soal selidik di lajur ‘label’.
Setelah itu, variebel tersebut hendaklah diberikan makna, kerana SPSS hanya akan
membaca nombor dan penyelidik perlu tahu makna atau maksud bagi setiap angka atau
nombor tersebut.

Contohnya, bagi variabel jantina, perlulah dikasifikasikan jantina lelaki atau perempun.
Maka langkah yang perlu diambil adalah:
- Klik pada ruang/lajur ‘values’, kemudian berikan angka 1 bagi lelaki dan angka 2
bagi perempuan (value = 1, label = lelaki; value = 2, label = perempuan).
- Setelah itu, klik OK.
- Sila lihat ilustrasi berikut:

Begitu juga bagi variabel lain seperti item-item soal selidik yang menggunakan skala
Likert perlulah di berikan ‘value’ dan ‘label’. Contohnya masukkan angka 1 dalam petak
‘value’ dan taip ‘sangat tidak setuju’ dalam petak ‘label’. Kemudian, klik OK. Untuk lebih
jelas, sila lihat ilustrasi di bawah:

78
Asas Penyelidikan

Langkah seterusnya adalah memasukkan (key-in) data-data kajian seperti maklumat


demografi iaitu jantina, jenis sekolah dan lain-lain. Begitu juga dengan respons-respons
yang telah diberikan oleh responden bagi setiap item kajian (sama ada 1,2,3,4, atau 5).
Sila rujuk ilustrasi 2 di bawah;

Ilustrasi 2: Data View

79
Asas Penyelidikan

Sebelum analisis data bagi setiap variabel dijalankan, item-item bagi setiap variabel
perlulah digabungkan agar mendapat satu skor min (purata) bagi setiap variabel kajian.
Contohnya sekiranya item PTK (pembelajaran terarah kendiri) terdiri daripada 16 item,
maka item-item tersebut hendaklah digabungkan/disatukan. Langkah-langkahnya adalah
seperti berikut:
- Klik butang ‘Transform’ dan klik ‘Compute Variable’
- Sila lihat ilustrasi di bawah.

- Kemudian taip dalam ruang ‘target variable’, nama variabel kajian (contohnya
PTK).
- Pilih ‘All’ dalam petak ‘Function Group’, dan pilih ‘Mean’ dalam petak ‘Functions

and Special Variables’, dan klik pada petak .


- Kemudian taip atau pindahkan item-item berkenaan ke dalam kurungan yang
ada tanda soal (?). Pastikan selepas setiap item hendaklah diletakkan koma (,)
sehinggalah item yang terakhir. Kemudian tutup dengan penutup kurungan.
Kemudian klik OK.

80
Asas Penyelidikan

- Untuk lebih jelas, sila lihat ilustrasi berikut:

- Klik semula ‘Variable View’ dan anda boleh lihat nama variabel tersebut (PTK)
dan lain-lain variabel yang telah di ‘compute’, selepas item kajian yang terakhir.
Lihat ilustrasi berikut:

81
Asas Penyelidikan

Membahagikan (Split) Fail

Sekiranya penyelidik ingin membahagikan analisis data mengikut kategori/kumpulan,


data-data tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Langkahnya adalah;
- Klik butang ‘Data’ dan pilih ‘Split File’. Sila rujuk ilustrasi berikut.

- Kemudian, klik ‘Compare groups’ dan masukkan variabel (demografi) yang


dikehendaki. Kemudian pilih ‘Sort the file by grouping variables’, dan klik OK.
Contohnya jenis sekolah (jenissek). Sila lihat ilustrasi berikut:

82
Asas Penyelidikan

Analisis Deskriptif

Lazimnya dalam kajian pendidikan atau sains sosial, data akan dianalisis dan dilaporkan
secara deskriptif terlebih dahulu sebelum analisis inferensi dilaksanakan dan dilaporkan.
Tujuannya adalah agar penyelidik melaporkan dahulu perihal aspek demografi kajian
dan dapatan-dapatan lain secara umum. Selain itu, analisis deskriptif akan dapat
memberikan gambaran awal mengenai kajian yang telah dijalankan. Biasanya analisis
deskriptif akan dilaporkan mengggunakan kekerapan, peratus, skor min, sisihan piawai
dan menggunakan jadual atau carta.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:


- Klik butang ‘Analyze’, pilih ‘Descriptive Statistics’, dan pilih ‘Frequencies’

83
Asas Penyelidikan

- Kemudian dalam kotak ‘Frequencies’, pilih variabel demografi dan masukkan ke


dalam ruang/petak ‘Variable’. Kemudian klik OK.
- Sebagai contoh sila lihat ilustrasi berikut;

- Daripada ‘Output’ di bawah, jadual ‘Statistics’ menunjukkan terdapat seramai 407


responden dalam kajian ini. Kesemua data yang telah dimasukkan adalah sah
(valid), dan tiada data yang hilang atau bermasalah (missing). Maka dapatan
analisis seterusnya bolehlah dibaca dan dihuraikan.
- Seterusnya boleh dilihat pada jadual ‘Frequency’, terdapat seramai 171 (42%)
responden lelaki dan 236 (58%) responden adalah perempuan. Jumlah
keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 407 orang.

84
Asas Penyelidikan

Seterusnya pilih ‘Descriptives’ untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai bagi
varaibel-variabel kajian. Langkah-langkah adalah;
- Masukkan variabel yang dikehendaki dalam petak ‘Variables’. Contohnya PTK,
Motivasi, dan Pengajaran.
- Kemudian klik ‘Option’. Sila lihat ilustrasi berikut:

- Kemudian pilih ‘Mean’, ‘Std deviation’, ‘Minimum’, dan ‘Maximum. Kemudian Klik
‘Continue’. Sila rujuk ilustrasi berikut:

85
Asas Penyelidikan

- Output berikut menunjukkan dapatan secara deskriptif. Apa yang perlu diihat oleh
penyelidik ialah nilai min (Mean) dan sisihan piawai (Std. Devation). Nilai skor min bagi
variabel PTK adalah tertinggi berbanding motivasi dan pengajaran. Nilai sisihan piawai
tidak boleh melebihi 1.0 melainkan sekiranya melibatkan jumlah sampel yang besar
(>1000)

Selain itu juga fungsi analisis deskriptif adalah untuk melihat atau memastikan bahawa
data bagi setiap variabel kajian tertabur secara normal (normaliti). Ini adalah antara
pra-syarat sebelum analisis statistik parametrik boleh dijalankan ke atas data-data
kajian. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

86
Asas Penyelidikan

Klik Analyze -> Descriptive Statistics -> Explore

Kemudian pilih variabel yang ingin diukur/dilihat normalitinya (contohnya motivasi)

Kemudian klik Plots, dan pilih dalam kotak Descriptive, Stem and Leaf dan Histogram.
Kemudian klik Continue. Kemudian klik OK.

87
Asas Penyelidikan

Jadual berikut menunjukkan normaliti taburan data bagi variabel motivasi. Pengkaji
hanya perlu merujuk kepada nilai skor min, sisihan piawai, skewness (kepencongan) dan
kurtosis (puncak). Nilai skewness hendaklah berada antara -1 dan +1, manakala nilai
kurtosis hendaklah berada di antara -3 dan +3. Berdasarkan Jadual berikut, boleh dilihat
data bagi variabel motivasi adalah tertabur secara normal. Justeru analisis statistik
parametrik boleh dilaksanakan ke atas varaibel kajian ini (motivasi).

Seterusnya untuk membuktikan data bagi variabel motivasi tertabur secara normal, kita
boleh merujuk kepada rajah histogram berikut. Rajah histogram berbentuk seperti

88
Asas Penyelidikan

loceng (bell shape), maka menyokong bahawa sememangnya data variabel motivasi
adalah tertabur secara normal. Begitu juga dengan rajah-rajah lain yang menunjukkan
data varaibel motivasi tertabur secara normal.

89
Asas Penyelidikan

90
Asas Penyelidikan

Analisis Inferensi
1. Melihat Perbezaan
Untuk melihat perbezaan bagi variabel motivasi berdasarkan jantina pelajar (2 kumpulan
iaitu lelaki dan perempuan), ujian-t tidak bersandar akan digunakan. Langkah-
langkahnya adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut.

91
Asas Penyelidikan

Jadual berikut menunjukkan keputusan bagi perbezaan motivasi pelajar berdasarkan


jantina. Pengkaji hanya perlu melihat nilai skor min dan sisihan piawai bagi pelajar lelaki
dan perempuan dalam jadual pertama dan seterusnya melihat nilai Sig. (2-tailed) dalam
jadual kedua. Sekiranya nilai Sig. (2-tailed) kurang daripada 0.05, maka ini bermaksud
terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Keputusan bagi
jadual di bawah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi variabel
motivasi antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu nilai skor min pelajar perempuan
adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Justeru hipotesis nol (Ho) adalah ditolak.

92
Asas Penyelidikan

Untuk melihat perbezaan bagi variabel motivasi berdasarkan pendapatan ibubapa


pelajar, ANOVA Sehala akan digunakan. Ini adalah kerana pendapatan ibubapa
dibahagikan kepada 3 kategori/kumpulan. Ujian-t hanya boleh menguji perbezaan bagi
dua kategori sahaja. Langkah-langkahnya adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah
berikut.

93
Asas Penyelidikan

Klik Post-Hoc. Fungsinya adalah untuk mengenalpasti perbezaan yang wujud antara
kategori-kategori yang teribat (sekiranya signifikan), dan ikut langkah seterusnya seperti
berikut:

Kemudian klik Option, dan ikut langkah seperti berikut:

94
Asas Penyelidikan

Akhirnya, klik OK, maka keputusan output seperti berikut akan diperoleh. Dapatan
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifkan bagi variabel motivasi pelajar
berdasarkan pendapatan ibubapa. Maka hipotesis nul (Ho) adalah gagal ditolak
(diterima). Ini adalah kerana nilai Sig. dalam Jadual ANOVA lebih besar daripada 0.05
iaitu 0.377. Jadual Multiple Comparison hanya akan dirujuk sekiranya terdapat
perbezaan yang signifikan.

95
Asas Penyelidikan

2. Melihat Hubungan (Korelasi)


Untuk melihat hubungan antara variabel-variabel kajian yang terlibat, analisis korelasi
Pearson akan digunakan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Klik Analyze -> Correlate -> Bivariate

96
Asas Penyelidikan

Kemudian masukkan varaibel yang berkenaan ke dalam kotak Variables. Contohnya


Motivasi dan Pengajaran. Pastikan kotak Pearson telah ditanda. Kemudian klik OK.

Output berikut akan diperoleh, dan menunjukkan nilai Sig. (2-tailed) adalah kurang
daripada 0.01. Ini bermakna terdapat hubungan yang signifikan antara variabel
pengajaran (guru) dengan motivasi (pelajar). Maka hipotesis nul (Ho) ditolak. Jadual
juga menunjukkan kekuatan hubungan adalah pada 0.344 (hubungan yang lemah).
Hubungan juga adalah positif, iaitu semakin baik pengajaran guru maka semakin

97
Asas Penyelidikan

bermotivasi pelajar.

Correlations

Motivasi Pengajaran

1 .344**
Pearson Correlation
.000
Motivasi Sig. (2-tailed)

407 407
N
**
Pearson Correlation .344 1

.000
Pengajaran Sig. (2-tailed)

407 407
N
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Apakah perbezaan antara analisis deskriptif dan inferensi?

Unit 10

Format Penulisan Proposal Kuantitatif


Kertas Projek / Disertasi / Tesis

98
Asas Penyelidikan

Bab 1 Pengenalan
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar belakang
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Soalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Operasional
1.10 Rumusan

Bab 2 Sorotan Literatur


2.1 Pendahuluan
2.2 Huraian lanjut variabel kajian
(Teori-teori dan Model-model yang relevan)
2.3 Kajian lalu yang berkaitan
2.4 Kerangka konsepsual kajian
2.5 Rumusan

Bab 3 Metodologi Kajian


3.1 Pendahuluan
3.2 Populasi dan Pensampelan
3.3 Instrumen Kajian
3.4 Analisis Data
3.5 Rumusan

Bab 4 Dapatan Kajian


4.1 Pendahuluan
4.2 Dapatan Deskriptif
4.3 Dapatan Inferensi (berdasarkan hipotesis)

99
Asas Penyelidikan

4.4 Rumusan

Bab 5 Perbincangan, Cadangan dan Kesimpulan


5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan berdasarkan variabel @ soalan/objektif kajian @ hipotesis kajian
5.3 Implikasi kajian
5.4 Cadangan Kajian Masa Depan
5.5 Rumusan

Tulis satu proposal kajian yang lengkap secara ringkas.

[Contoh Kertas Kajian/Jurnal]


Pengaruh Dimensi Kepimpinan Instruksional Pengetua
Terhadap Komitmen Kerja Guru di Sabah

Muhamad Suhaimi bin Taat, Phd

100
Asas Penyelidikan

Universiti Malaysia Sabah


Mazlan Minhat
SMK Putatan, Sabah

Abstrak

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat pengaruh


dimensi-dimensi amalan kepemimpinan instruksional pengetua terhadap
komitmen kerja guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Penampang,
Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan
kaedah tinjauan. Kajian ini melibatkan 182 orang guru yang telah dipilih
secara rawak berstrata dan mudah. Instrumen borang soal selidik yag
ditadbirkan adalah berasaskan kepada dimensi kepemimpinan instruksional
Model Hallinger dan Murphy (1987). Data kajian dianalisis secara deskriptif
dan inferensi menggunakan perisian SPSS 19.0. Dapatan utama kajian
menunjukkan dimensi 'menggalakkan perkembangan profesionalisme' dan
dimensi 'menyediakan ganjaran kepada pelajar' menyumbang secara
signifikan sebanyak 29.4% terhadap komitmen kerja guru. Dapatan kajian
juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan vagi variabel
komitmen kerja berdasarkan tempoh perkhidmatan guru. Kajian
menunjukkan guru yang mempunyai pengalaman mengajar antara 16-20
tahun menunjukkan skor min yang tertinggi berbanding yang lain. Namun,
secara umumnya skor min komiten kerja guru adalah pada tahap yang baik
iaitu melebihi skor min 4.0. Diharapkan dapatan kajian ini akan dapat
memberikan input berguna kepada penambahbaikan sistem pendidikan
negara.

Kata kunci: Kepimpinan Instruksional, Komitmen, Ganjaran,


Profesionalisme

Latar belakang Kajian


Matlamat pendidikan sekolah pada asalnya ialah untuk menjalankan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Kepemimpinan sekolah dipertanggungjawabkan untuk
mewujudkan serta mengekalkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran. Pengetua
merupakan pemimpin sekolah yang penting. Antara jenis kepemimpinan yang menjadi
pilihan para penulis termasuklah kepemimpinan instruksional yang sangat relevan dengan
organisasi sekolah. Namun oleh kerana sifat organisasi sekolah hari ini yang semakin
kompleks, pengetua biasanya terperangkap dengan kerja-kerja biasa dan rutin seperti
melayan tetamu, membaca dan menjawab surat, serta kerap menghadiri mesyuarat.

Menurut Norezan (2008), pada masa ini perhatian dan komitmen sepenuhnya
tidak dapat diberikan oleh pemimpin. Pemimpin sering kali terpaksa meninggalkan
sekolah dan menyebabkan perjalanan aktiviti instruksional sukar dikawal. Hal ini juga
pernah dilaporkan sebelum ini oleh Mohd Hasani (1995) dalam Mohd Nor (2004),
bahawa kerja-kerja ke arah mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

101
Asas Penyelidikan

hampir tidak termasuk dalam jadual kerja pengetua. Laporan ini menyokong kajian
Martin dan Willower (1981) dalam Jimmny (2001) yang mendedahkan kurangnya masa
yang diperuntukkan terhadap kepemimpinan instruksional oleh pengetua. Dalam
pengurusan hariannya, pengetua juga terbeban dengan program-program peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan agensi-agensi luar. Hal ini menyebabkan usaha-usaha
dalam meningkatkan prestasi akademik bukan lagi menjadi agenda terpenting dan
terancang (Ayob, 2004).
Bagi Ishak (2004), kepemimpinan instruksional tidak boleh diabaikan sama sekali
oleh pengetua kerana tugas utama seorang pengetua sekolah ialah memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar tanpa diganggu oleh perkara-perkara yang
tidak diingini. Hal ini dipersetujui oleh Ayob (2004) yang menyatakan bahawa fungsi
utama pengetua sebagai pemimpin instruksional adalah menjadi pemimpin dan pengurus
kurikulum iaitu perlu memberi keutamaan terhadap peruntukan kewangan, perlaksanaan
program, penyeliaan dan pemantauan serta segala aktiviti yang menyokong
kecemerlangan pengajaran guru-guru di kelas. Beliau juga menyatakan bahawa
penyertaan pengetua di dalam proses penyeliaan pengajaran guru-guru di dalam kelas
adalah satu usaha menzahirkan kepimpinan instruksional dalam pengurusan sekolah
berkesan.
Namun permasalahannya, ramai pengetua kini didapati hilang sentuhan
pengajaran apatah lagi kepimpinan pedagogi disebabkan pelbagai subjek mengalami
perubahan dari segi kandungan atau pendekatan. Kesibukan pengetua menyebabkan
mereka tertinggal sesi taklimat dan pendedahan tentang sebarang perkembangan tersebut.
Hal ini menjadi batasan kepada pengetua sebagai pakar rujuk dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya apabila pengetua menjalankan pencerapan pengajaran dan
pembelajaran terhadap guru-guru (Ayob, 2005; Juhana, 2007).
Beberapa kajian empirikal telah menunjukkan komitmen kerja guru dipengaruhi
oleh polisi pentadbiran sekolah dan suasana tempat kerja (Baron & Green, 1990).
Sokongan pihak pentadbir dapat meningkatkan prestasi kerja serta komitmen dan
kepuasan kerja yang tinggi (Miskel, 1997; Abdul Muin, 1993). Manakala terdapat guru
yang dibebankan dengan terlalu banyak tugas yang tidak berbentuk akedemik akan
menghilangkan komitmen mereka dalam kerja-kerja berbentuk profesional (Ball &
Goodson, 1985).
Selain itu, penyelidik juga ingin mengetahui adakah terdapat hubungan amalan
terhadap fungsi-fungsi kepemimpinan instruksional pengetua ini dengan tahap komitmen
kerja guru kerana menurut Abd Rahim (2000), semua agenda yang hendak dilaksanakan
di sekolah memerlukan komitmen guru sebagai penentu sama ada agenda yang dirancang
itu akan dijayakan atau sebaliknya. Komitmen guru juga dikaitkan dengan guru yang
komited dengan profesionnya dan bersedia untuk mengajar dengan baik dan menjalankan
tugas yang lain dengan baik (Mohd Shatar et al., 2006).
Penyelidik meneliti kepemimpinan pada peringkat sekolah kerana percaya
bahawa sifat organisasi sekolah sekarang adalah halangan kepada peningkatan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, dan yakin bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran boleh diperbaik dengan bantuan para pemimpin di sekolah (Ramaiah,
1992). Tugas-tugas ke arah mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
hampir tidak termasuk dalam jadual kerja mereka (Mohd Hasani, 1995). Abdul Shukur
(1996) menyatakan bahawa, apa yang berlaku ialah pengetua sekarang lebih tertumpu

102
Asas Penyelidikan

kepada proses kuasa daripada proses dalaman iaitu ramai yang terlibat dengan tugas-
tugas di luar sekolah. Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, penyelidik ingin
menjalankan satu tinjauan tentang amalan kepemimpinan instruksional pengetua dan
tahap komitmen kerja guru di sekolah-sekolah menengah di daerah Penampang.
Penyelidik juga akan melihat setakat manakah pengaruh amalan kepemimpinan
instruksional pengetua ini terhadap tahap komitmen kerja guru.

Soalan Kajian
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan komitmen kerja guru berdasarkan jantina?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan komitmen kerja guru berdasarkan tempoh
perkhidmatan?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi-dimensi kepimpinan
instruksional pengetua dengan komitmen kerja guru?
4. Adakah terdapat pegaruh yang signifikan dimensi-dimensi kepimpinan instruksional
pengetua terhadap komitmen kerja guru?

Hipotesis Kajian
Ho1 Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan variabel komitmen kerja guru
berdasarkan jantina.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan variabel komitmen kerja guru
berdasarkan tempoh perkhidmatan
Ho3 Tidak terdapat hubungan yang sigifikan antara dimensi-dimensi kepimpinan
instruksional pengetua dengan komitmen kerja guru.
Ho4 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan dimensi-dimensi kepimpinan instruksional
pengetua terhadap komitmen kerja guru.

Definisi Operasional
a) Instruksional
Istilah ‘instruksional’ berasal dari perkataan instruction dalam bahasa inggeris, iaitu dari
kata dasar instruct yang bermaksud ‘ajar’. Istilah ‘instruksional’ adalah kata kerja yang
bererti ‘pengajaran’ atau ‘proses mengajar sesuatu’. Ia adalah proses, bentuk atau cara
penyampaian maklumat oleh seseorang kepada orang lain. ‘Pengajaran boleh berbentuk
arahan, tunjuk cara, penerangan lisan dan bukan lisan, atau bentuk-bentuk lain yang
bertujuan membolehkan orang lain memahami, memulakan, atau menjalankan sesuatu
aktiviti, tindakan atau tugas.

b) Kepemimpinan Instruksional Pengetua


Menurut DeBevoise (1984), kepemimpinan instruksional didefinisikan sebagai meliputi
semua tindakan yang diambil oleh pengetua atau wakilnya bagi mempertingkatkan
perkembangan pembelajaran murid-murid. Greenfield (1987), pula menjelaskan bahawa
kepemimpinan instruksional merupakan tindakan-tindakan yang diambil oleh pengetua
dengan tujuan untuk mempertingkatkan keadaan pembelajaran di sekolahnya.
Dalam kajian ini, kepemimpinan instruksional pengetua bermaksud segala tingkah
laku dan peranan yang menjadi amalan pengetua terhadap fungsi-fungsi kepemimpinan
instruksional yang menjurus kepada pengurusan yang dapat meningkatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dengan tujuan untuk mencapai matlamat

103
Asas Penyelidikan

sekolah. Kepemimpinan instruksional ini juga adalah seperti yang dicirikan dalam Model
Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy (1987).

c) Komitmen Kerja
Komitmen kerja adalah sifat individu yang berhubungkait dengan kesetiaan dan ketaatan
dan keinginan seseorang pekerja sebagai ahli dalam organisasi dan sanggup memberikan
tenaga untuk organisasi dan profesional (Mohd Nor, 2004). Komitmen pekerja ialah suatu
keinginan daripada dalaman diri seseorang pekerja untuk terus bekerja bersungguh-
sungguh, bertanggungjawab dan sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk
melaksanakan tugas sebaik mungkin.

d) Komitmen Kerja Guru


Menurut Rauch (1981), komitmen terhadap kerja adalah berdasarkan kepada kepercayaan
seseorang berkaitan dengan organisasi atau profesional. Guru yang mempunyai komitmen
pula menggunakan pengetahuan, pengalaman dan kemahirannya untuk difokuskan
kepada kemajuan akademik pelajar untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan efisien. Dalam kajian ini komitmen kerja guru bermaksud komitmen guru
terhadap profesionnya dan organisasi sekolah.

Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data dengan menggunakan
borang soal selidik. Instrumen amalan kepimpinan instruksional pengetua diambil dan
diubahsuai daripada instrumen “Principal Instructional Management Rating Scale”
(PIMRS) yang direkabentuk oleh Hallinger dan Murphy (1985) dan digunakan dalam
kajian Andy (2007). Instrumen ini mempunyai 11 dimensi kepimpinan instruksional di
mana setiap dimensi ini mempunyai lima item pernyataan. Jumlah item kesemuanya
adalah 55 item. Respons diberikan dalam bentuk “Likert” berskala lima iaitu daripada
(1): ”Tidak pernah” sehingga (5): ”Selalu”. Dimensi komitmen kerja guru pula
mengandungi konstruk-konstruk yang berperanan menunjukkan penglibatan,
penghayatan, minat, apresiasi, kebolehan, kekuatan, keputusan yang bijak dan nilai kerja
yang tinggi. Kesemua kunstruk tersebut mencerminkan tahap keselesaan dan komtmen
dalam profesion keguruan. Instrumen yang mengandungi 17 item ini diadaptasi daripada
kajian Collarelli dan Bishop (1990) dan Mohd Nor (2004). Kedua-dua instrumen
mempunyai nilai kebolehpercayaan melebihi 0.90. Responden pula adalah guru sekolah
menengah di daerah Penampang, Kota Kinabalu Sabah seramai 250 orang daripada
jumlah populasi keseluruhan seramai 594 orang, yang dipilih dengan menggunakan
teknik pensampelan bertujuan dan rawak mudah. Penyelidik menggunakan perisian SPSS
(t-test, ANOVA Sehala, korelasi dan regresi berganda) untuk menguji hipotesis-hipotesis
kajian.

Dapatan Kajian

Ho1 Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan variabel komitmen kerja
guru berdasarkan jantina.

104
Asas Penyelidikan

Ujian-t tidak bersandar yang telah dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor
min yang signifikan antara guru lelaki dan perempuan bagi variabel komitmen kerja. Ini
adalah kerana nilai sig. (0.265) adalah lebih besar daripada 0.05. Justeru Ho 1 telah gagal
ditolak. Dapatan ini dengan jelas menunjukkan bahawa guru lelaki dan perempuan sama-
sama memiliki komitmen kerja yang seimbang. Analisis lanjut dapatan kajian boleh
dirujuk pada Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Ujian-t Tidak Bersandar

Jantina N Min SP Sig.


Komitmen Lelaki 56 4.3444 .47458 .265
Perempuan 126 4.2414 .60753

Ho2 Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan variabel komitmen kerja
guru berdasarkan tempoh perkhidmatan

Jadual 2: Analisis ANOVA Sehala (Komitmen)

Tempoh Perkhidmatan N Min SP F Sig


1-5 Tahun 55 4.1722 .53169 3.654 0.007
6-10 Tahun 58 4.1430 .67007
11-15 Tahun 27 4.3791 .41220
16-20 Tahun 21 4.5742 .51278
20 Tahun Ke atas 21 4.4594 .43010
Keseluruhan 182 4.2731 .56954
Analisis ANOVA Sehala yang dijalankan menunjukkan nilai sig. = 0.007. Justeru Ho 2
telah ditolak. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi variabel
komitmen kerja guru berdasarkan tempoh perkhidmatan. Ujian post hoc yang dijalankan
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru yang berkhidmat 1-5 tahun
(4.17) dengan 16-20 tahun (4.57). Seterusnya dapatan juga menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara guru yang berkhidmat 6-10 tahun (4.14) dengan 16-20
tahun (4.57). Kedua-dua dapatan tersebut jelas menunjukkan bahawa guru yang
berkhidmat 16-20 tahun memiliki komitmen yang lebih tinggi berbanding guru-guru yang
berkhidmat 1-5 tahun dan 6-10 tahun.

Ho3 Tidak terdapat hubungan yang sigifikan antara dimensi-dimensi kepimpinan


instruksional pengetua dengan komitmen kerja guru.

Analisis korelasi yang dijalankan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
dimensi-dimensi kepimpinan instruksional dengan komitmen kerja guru. Kesemua
hubungan adalah pada arah positif dan bermagnitud sederhana. Justeru hipotesis nol ke
tiga (Ho3) adalah ditolak. Analisis lanjut hubungan antara variabel-variabel terlibat boleh

105
Asas Penyelidikan

dirujuk pada Jadual 3 berikut:

Jadual 3: Analisis Korelasi Pearson

Dimensi Gaya Kepimpinan Instruksional Komitmen


Merangka_matlamat .436(**)
Memperjelaskan_matlamat .477(**)
Mencerap .414(**)
Menyelaras_kurikulum .493(**)
Memantau_kemajuan .413(**)
Mengawal_waktu .358(**)
Mengekalkan_kenampakan .453(**)
Memberi_insentif_guru .433(**)
Menggalakkan_peningkatan_profesionalisme .513(**)
Menetapkan_standard_akademik .468(**)
Menyediakan_ganjaran_pelajar .498(**)

** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hujung).

Ho4 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan dimensi-dimensi kepimpinan


instruksional pengetua terhadap komitmen kerja guru.

Untuk melihat pengaruh variabel-variabel bebas tersebut terhadap variabel bersandar


kajian, analisis regresi berganda dengan menggunakan teknik 'stepwise' telah digunakan.
Keputusan analisis menunjukkan peramal dimensi Menggalakkan Peningkatan
Profesionalisme dan peramal dimensi Menyediakan Ganjaran Kepada Pelajar
menyumbang secara signifikan terhadap komitmen kerja guru. Berdasarkan nilai beta (β),
keputusan kajian membuktikan sumbangan yang signifikan peramal Menggalakkan
Peningkatan Profesionalisme [β = 0.320, t = 3.433, p = 0.001] dan peramal Menyediakan
Ganjaran Kepada Pelajar [β = 0.262, t = 2.817, p = 0.005]. Keputusan analisis juga
menjelaskan varians peramal Menggalakkan Peningkatan Profesionalisme menyumbang
pengaruh sebanyak 26.3% dan peramal Menyediakan Ganjaran Kepada Pelajar
menyumbang pengaruh sebanyak 3.1%. Justeru sumbangan kedua-dua peramal tersebut
terhadap komitmen guru adalah sebanyak 29.4%. Maka Ho4 telah ditolak. Keputusan
ujian regresi berganda tersebut boleh dirujuk pada Jadual 4 berikut.

Jadual 4 : Pekali Regresi Stepwise Menggalakkan Peningkatan


Profesionalisme dan Menyediakan Ganjaran Kepada Pelajar
Terhadap Komitmen Guru

Variabel β t P
Peningkatan Profesionalisme 0.320 3.433 0.001
Menyediakan Ganjaran 0.262 2.817 0.005

Huraian:
Peningkatan Profesionalisme Menyediakan Ganjaran
R2 = 0.263 106 R2 = 0.294
∆ R2= 0.263 ∆ R2= 0.031
F = 63.822 F = 7.936
Asas Penyelidikan

Perbincangan dan Kesimpulan

Secara keseluruhannya guru-guru dalam kajian ini memiliki komitmen yang tinggi dalam
melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Namun
terdapat perbezaan yang signifikan antara guru-guru veteran (16-20 tahun) dengan guru-
guru yang agak baharu (kurang 10 tahun). Guru-guru lama menunjukkan komitmen yang
lebih tinggi berbanding guru-guru baharu. Dapatan ini jelas menyangkal tanggapan atau
dakwaan sesetengah pihak bahawa guru-guru lama kurang komited dalam menjalankan
tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa wujud hubungan yng signifikan antara semua
dimensi amalan kepemimpinan instruksional pengetua dengan komitmen kerja guru-guru
di sekolah-sekolah menengah di daerah Penampang, Sabah walaupun pada tahap yang
rendah. Walaupun korelasi yang rendah namun kesemua dimensi atau fungsi
kepemimpinan instruksional pengetua harus diberi perhatian serius kerana ia mempunyai
hubungan yang relevan dalam mempengaruhi akademik pelajar. Ini menunjukkan jika
tahap kepemimpinan instruksional pengetua bekualiti tinggi, terdapat kebarangkalian
pencapaian akademik pelajar juga tinggi. Secara tidak langsung, dapatan kajian ini dapat
menjelaskan mengapa sekolah-sekolah menengah di daerah ini menunjukkan pencapaian
akademik hanya pada tahap yang rendah dan sederhana sahaja.

Seterusnya, kajian ini mendapati hubungan yang lemah antara dimensi


kepemimpinan instruksional pengetua dari aspek mengawal dan melindungi waktu
pengajaran dengan komitmen kerja guru dan terdapat hubungan yang lebih kuat dengan
aspek atau fungsi membudayakan perkembangan staf untuk guru. Keputusan analisis
regrasi juga menunjukkan peramal dimensi Menggalakkan Peningkatan Profesionalisme
dan peramal dimensi Menyediakan Ganjaran Kepada Pelajar menyumbang secara
signifikan terhadap komitmen kerja guru. Sehubungan dengan itu, dapatan-dapatan
tersebut jelas menunjukkan bahawa pengetua berkeupayaan meningkatkan komitmen
guru-guru melalui amalan menggalakkan peningkatan profesionalisma kepada guru-guru.
Di dalam mengejar kecemerlangan sekolah, pengetua harus menyedari peranan penting
yang dimainkan oleh guru-guru dalam melaksana dan merealisasikan rancangan strategik
sekolah untuk mencapai matlamat sekolah yang ditetapkan. Kecemerlangan sekolah juga
amat bergantung kepada komitmen guru yang tinggi dan berterusan. Oleh itu, pengetua
sekolah perlulah mengambil kira penggalakkan peningkatan profesionalisma sewajarnya
kepada guru-guru dalam amalan kepemimpinan instruksionalnya. Sekiranya pengetua
mempunyai amalan kepemimpinan instruksional yang baik dan guru-guru pula
mempunyai komitmen kerja yang tinggi, tidak mustahil sekolah-sekolah di Penampang
dapat mencapai status sekolah berprestasi tinggi (SBT) selaras dengan rancangan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan sekolah-sekolah di seluruh
negara.

Rujukan

Ayob J. (2005). Pengetua Sekolah yang Efektif. Siri Pengurusan Sekolah. Betong: PTS

107
Asas Penyelidikan

Professional Publishing Sdn. Bhd.


Andi Audryanah, M. N. (2007). Kepimpinan Pengajaran dan Efikasi Kendiri Pengetua
Sekolah Menengah dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Sekolah.
Tesis: Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Sukor, N. R. (2004). Peranan pengalaman mengajar dan hubungan antara
komitmen terhadap profesion dengan prestasi kerja. IJMS 11 (Special Issue,185-
196): Universiti Utara Malaysia.
De Bevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional leader.
Educational Leadership, 41, 14-20.
Hallinger, P., dan Murphy, J. (1985). Instructional Leadership and School Socio-
Economic Status: A Preliminary Investigation. Administrator’s Notebook. 31(5): 1-
4.
Hallinger, P., dan Murphy, J. (1987). Assessing and Developing Principal Instructional
Leadership. Education Leadership. 45(1): 54-62.
Ishak, M. (2004). Apakah yang Tertulis dalam Khazanah Tulisan Ilmiah tentang Tret,
Tingkah Laku dan Tindakan yang Diperlukan untuk Menjadi Seorang Pengetua
yang Berkesan? Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Nasional Pengurusan
dan Kepimpinan Pendidikan ke-12.
Juhana, Z. (2007). Hubung Kait Kesibukan Pengetua dengan Tahap Kepimpinan
Pengajaran yang Diamalkan di Sekolah Menengah di Zon Bandar Muar. Tesis
Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Nor, J. (2004). Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan
Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan antara Sekolah Berkesan
dengan Sekolah Tidak Berkesan. Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia
Ramaiah, A. L. (1999). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS
Buku Sdn. Bhd.

Apakah yang anda faham tentang metodologi kajian ini?

108

You might also like