You are on page 1of 7

Jenis-Jenis Soalan Subjektif (a) Soalan jenis tindak balas terhad Soalan jenis tindak balas terhad memerlukan

n calon menjawabnya dengan jawapan pendek. Calon boleh menulis jawapannya dalam satu frasa, satu ayat atau satu kenyataan yang ringkas sahaja. Biasanya, soalan jenis tindak balas terhad ini dimulakan dengan perkataan seperti Apakah, Berikan, Nyatakan, Senaraikan, Terangkan, Takrifkan, tulis dan sebagainya. Contoh: 1. Takrifkan sekolah bestari dengan menggunakan satu ayat sahaja 2. Beri dua ciri Kurikulum Bestari (i) _______________________________ (ii) _______________________________ (b) Soalan jenis tindak balas lanjutan memberi peluang kepada calon menjawab secara bebas dengan menulis apa sahaja yang difikirkan bebas. calon boleh memberikan jawapan mengikut kefahaman dan pendapat sendiri dalam beberapa ayat atau perenggan. boleh menguji aras kemahiran yang lebih tinggi seperti peringkat analisis, sintesis dan penilaian. dimulakan dengan perkataan seperti Huraikan, Bincangkan, Terangkan, Bandingkan, Bezakan, Nilaikan, Ringkaskan, Rencanakan, Tunjukkan, Bagaimanakah, Mengapakah, Rancangkan dan sebagainya.

Contoh: 1. Huraikan kelebihan dan kelemahan ujian formatif 2. Bagaimana kita boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia? 3. Mengapakah kita harus belajar Bahasa Inggeris? Pembinaan Ujian Subjektif (a) Pada peringkat permulaan, guru harus membentuk suatu JPU/JSU untuk menentukan skop dan aras kemahirannya yang hendak diuji. (b) Berdasarkan kepada JPU, guru menggubal soalansoalan berbentuk esei itu mengikut prinsip-prinsip pembinaan soalan seperti berikut: (i) Tugas soalan yang disediakan hendaklah lengkap dan jelas. Calon seharusnya memahami dengan jelas apa yang dikehendaki daripada soalan. Tentukan jenis soalan esei yang akan digubal.

(ii)

(iii) Pastikan perkataan-perkataan yang digunakan adalah setaraf dengan peringkat pencapaian bahasa calon. (iv) Gunakan perkataan-perkataan seperti terangkan, huraikan, bezakan, bandingkan, gubahkan, nilaikan dan sebagainya untuk menunjukkan aras kemahiran soalan yang ditentukan.

(v) Pastikan soalan yang digubal boleh menguji kefahaman dan pencapaian calon mengikut sukatan pelajaran yang ditentukan. (vi) Setiap soalan harus ditunjukkan dengan markah yang diperuntukkan. Peruntukkan markah bagi setiap soalan juga membantu calon membahagikan masa yang berpatutan untuk menjawab soalan-soalan itu. (c) Untuk meninggikan kebolehpercayaan, guru harus menggubal bilangan soalan yang berpatutan.

(d) Tentukan masa yang berpatutan untuk ujian subjektif (e) Pastikan arahan-arahan bagi ujian subjektif jelas dan tepat. Ini membantu calon memilih bilangan soalan dengan tepat tanpa ketinggalan sebarang soalan yang dikehendaki menjawab. (f) Seberapa yang boleh, janganlah memberi soalan pilihan

(g) Sediakan satu skim pemarkahan bagi setiap soalan dalam ujian subjektif. Cara menyediakan skim pemarkahan boleh merupakan analitik atau holistik. (h) Semak semula soalan-soalan jenis esei yang telah digubal mengikut suatu senarai semak supaya memastikan bahawa soalan-soalan itu adalah bebas daripada sebarang kesilapan.

Senarai Semak Pembinaan Ujian (i) Adakah bentuk ujian ini paling sesuai untuk mengukur objektif pengajaran?

(ii) Adakah setiap soalan itu dikaitkan dengan beberapa objektif pengajaran? (iii) (iv) Adakah tugasan (task) soalan itu jelas? Adakah arahan itu jelas?

(v) Adakah soalan itu baru, mencabar serta menggalakkan daya pemikiran pelajar? (vi) Adakah soalan itu sesuai dari segi aras kesukaran dan peruntukan masa (vii) Adakah maklumat yang terkandung dalam soalan padat, ringkas dan jelas? (viii) Adakah pilihan-pilihan itu terbatas? (ix) (x) Sudahkah skim pemarkahan itu disediakan? Adakah mesyuarat penyelarasan dirancangkan?

Soalan Esei Penjenisan soalan oleh Weidemann


1.

What, Who, When, Which and Where

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

List Outline Describe Contrast Compare Explain Discuss Develop Summarize Evaluate

Kelebihan-Kelebihan Soalan Subjektif (a) Soalan subjektif adalah lebih mudah digubal. Ia tidak perlu gunakan lebih banyak masa untuk menyediakannya. (b) Soalan subjektif adalah sesuai digunakan dalam banyak mata pelajaran (c) Ia sesuai digunakan untuk mengukur aras kemahiran yang lebih tinggi daripada peringkat analisis hingga peringkat penilaian.

(d) Ia boleh menguji kebolehan calon menyusun, menganalisis dan mengintegrasikan idea-idea yang diperolehi. (e) Oleh kerana pilihan jawapan tidak diberikan peluang untuk meneka jawapan dikurangkan. (f) Memandangkan soalan subjektif memerlukan calon menggunakan perkataan-perkataan sendiri untuk menyatakan jawapannya, peluang untuk meniru jawapan calon yang lain adalah dapat dikurangkan.

(g) Soalan subjektif adalah berguna untuk mengesan punca kelemahan, kesalahan tafsiran dn kesalahan konsep yang dipelajari. (h) Oleh kerana soalan subjektif memerlukan calon menulis jawapan dengan perkataan sendiri, ujian subjektif akan memberi peluang kepada calon untuk latihan kemahiran menulis. Kelemahan-Kelemahan Soalan Subjektif (a) Bidang yang hendak diuji adalah terbatas. (b) Oleh kerana tidak ada banyak soalan subjektif diberikan, calon boleh meramal soalan-soalan. (c) Soalan subjektif adalah kurang sesuai digunakan untuk menguji pencapaian calon dalam banyak topik yang dipelajari.

(d) Sekiranya tujuan ujian adalah mengukur pengetahuanpengetahuan sahaja dalam sesuatu bidang. (e) Ujian subjektif mungkin mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang rendah, memandangkan bilangan soalan subjektif yang boleh diberikan adalah terhad. (f) Pemeriksaan kertas jawapan mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

(g) Ia juga mungkin mempunyai keobjektifan yang rendah kerana kesulitan memeriksa jawapan dengan tepat. Pemeriksa mungkin dipengaruhi oleh kesan halo atau kesan horn jika dia telah mengenal identiti calonnya atau prestasi calon dalam soalan-soalan yang baru diperiksa. (h) Ujian subjektif adalah mempunyai kemudahtafsiran yang rendah. Jika skim permarkahan bagi setiap soalan berlainan, adalah sukar bagi kita mencari indeks kesukaran dan indeks diskriminasinya. Soalan Tutorial 17 Apakah jenis soalan yang sesuai untuk digunakan di institusi pendidikan tinggi? Mengapa? Soalan Tutorial 18 Bincangkan keboleh-percayaan (i) soalan objektif (ii) soalan subjektif

You might also like