You are on page 1of 2

KESAN DARI ISU PERKAUMAN DALAM POLITIK

Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah
faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman.
Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam
jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu
tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh
masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati.
Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan
mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei
1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat
tidak akan dapat hidup aman lagi.

Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum


di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan
lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan
Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan.
Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum, kerajaan terpaksa membelanjakan
banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara
akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga
akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan
pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka.
Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman
di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih
selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari
Malaysia.

Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun
V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan
membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu
di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab
itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya
terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan
nama baik Negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal dalam
menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan
menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang
berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.

You might also like