You are on page 1of 7

JENIS-JENIS ITEM OBJEKTIF

Soalan Ujian Objektif

1. bentuk soalan
• Bilakah Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel?
____________________
• Berapa gramkah dalam 1 kilogram?
_______________________________

2. bentuk kenyataan

• Perdana Menteri Malaysia yang keempat ialah


_____________________________
• Air menjadi pepejal pada suhu
____________________________

Item Ujian Objektif

• merupakan item respons tetap memilih satu jawapan


daripada beberapa jawapan yang disediakan.

• mengandungi pokok soalan dan beberapa pilihan


jawapan bagi setiap item.

Jenis-jenis Item Objektif

1. Item betul/salah
• Ikan paus ialah satu jenis mamalia
Betul/Salah
• Kelantan terletak di pantai timur Semenanjung
Betul/Salah

2. Item Padanan
• Item ini biasanya mengandungi dua kumpulan
objek/perkara yang berkaitan.
• Calon dikehendaki memilih jawapannya dengan
memadankan objek/perkara yang berkaitan.

3. Item Pengelasan

Mengandungi dua kumpulan objek/perkara yang


berkaitan. Calon dikehendaki memilih jawapan yang
berkaitan dengan menulis huruf atau angka

Contoh:
Diberi senarai nama negara. Klasifikasi kepada dua
kategori: negara Timur dan negara Barat

4. Item Aneka Pilihan

Mengandungi satu pokok soalan dan beberapa pilihan


jawapan. Pokok soalan itu boleh berbentuk soalan,
ayat tidak lengkap, atau kenyataan dengan beberapa
pilihan jawapan (jenis item cantuman).

Harus mempunyai pokok soalan yang jelas dan


pengganggu-pengganggunya adalah hampir sama
dengan pilihan jawapan yang betul.

(i) Item aneka pilihan berbentuk soalan.


Contoh:
Apakah eksport yang utama Malaysia?
A motosikal C pendingin hawa
B sayur D getah

(ii) Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

Contoh:
Dia berusaha untuk _________________ semua
syair yang ditulisnya.

A memberikan C menghadiahkan
B membukukan D menjualkan

(iii) Item Cantuman –


Contoh:
(a) Jenis cantuman yang sesuai/tidak sesuai

Biarlah dia ___________________ dari sini.

I pergi II berlalu
III pulang IV kembali

A I dan II sahaja C II, III dan IV


sahaja
B I dan III sahaja D I, II, III dan IV

(b) Jenis urutan


Susunkan haiwan-haiwan berikut supaya
menjadi satu jenis rantai makanan

I katak II nyamuk
III burung helang IV ular
A II, I, IV & III C I, II, III & IV
B II, IV, I & III D II, III, I & IV
Panduan Pembinaan Item Objektif

(a) Pokok soalan


• harus ditulis dalam bahasa yang mudah difahami.
• bentuknya boleh ditulis dalam ayat soalan atau ayat yang
tidak lengkap.
• Kesukarannya hendak mengikut aras kemahiran yang
ditentukan dalam JPU.
• Pokok soalan yang berbentuk negatif haruslah
dikurangkan atau dielakkan langsung.
• Jika bentuk negatif terpaksa digunakan perkataan seperti
‘bukan’ atau ‘tidak’ harus ditulis dalam bold atau
digariskan.
• Rajah dan carta dalam pokok soalan mesti disertakan
dengan tajuk yang berkaitan.

(b) Pilihan jawapan


• hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan, misalnya,
jika calon dikehendaki memberi satu angka dalam
jawapan, maka semua pilihan jawapan harus ditulis dalam
bentuk angka sahaja
• Elakkan ulangan perkataan yang sama dalam setiap
pilihan jawapan
• Adakan bilangan pilihan yang berpatutan.
• Pastikan hanya ada satu jawapan pilihan yang betul
sahaja.
• tulis pengganggu-pengganggu serupa dengan pilihan
jawapan yang betul,
• jawapan pengganggu dibentuk seolah-olah diterima
sebagai jawapan betul,
• angka dalam pilihan-pilihan jawapan disusun mengikut
turutan menaik di antara pilihan A, B, C dan D.
• Pengganggu seperti ‘tidak ada jawapan’ atau ‘semua di
atas’ harus dielakkan atau dikurangkan.
• Pastikan semua pilihan jawapan disusun secara menaik

(c) Struktur item


• haruslah dibentuk mengikut format yang biasanya
diamalkan.

Kelebihan-Kelebihan Ujian Objektif

1. Ia mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana


jawapan yang sama akan diberi markah yang sama
oleh sesiapa yang memeriksanya.

2. Ia juga mempunyai ciri kebolehpercayaan kerana


banyak item/soalan boleh ditadbirkan dalam masa yang
berpatutan.

3. Ia dapat menguji banyak topik atau bidang terdapat


dalam sesuatu mata pelajaran, mempunyai ciri kesahan.

4. Item/soalan boleh meliputi aras kemahiran


daripada peringkat pengetahuan hingga peringkat analisis.

5. Calon-calon yang lemah penggunaan bahasanya juga


boleh menjawab item/soalan objektif itu dengan mudah.

6. Ujian objektif ini adalah mudah ditadbirkan serta


mudah diperiksa, mempunyai ciri kebolehtadbiran.
7. Ujian objektif adalah lebih sesuai digunakan sebagai
ujian sumatif kerana ia dapat menguji banyak bidang
dalam satu masa yang berpatutan, mempunyai ciri
kebolehpercayaan.

8. Keputusan-keputusan ujian objektif mudah ditafsirkan


dengan analisis item supaya ujian yang berbeza
kesukaran dapat dibina, mempunyai ciri
kemudahtafsiran.

Kelemahan-Kelemahan Ujian Objektif

1. Sukar membina item/soalan untuk menguji bidang


kognitif di peringkat yang lebih tinggi, seperti analisis,
sintesis dan penilaian.

2. Perlu menggunakan banyak masa dan perbelanjaan


untuk membina item/soalan yang bermutu tinggi

3. Menggalakkan calon yang tidak tahu menjawab


meneka

4. Ujian objektif adalah kurang sesuai digunakan dalam


penilaian formatif.

5. Ia tidak dapat menguji kemahiran calon menyusun dan


menghuraikan ideanya dalam tulisan.

6. Calon yang telah berlatih menjawab item/soalan


objektif dalam tahun-tahun lain akan dapat
meningkatkan prestasinya dalam ujian objektif yang
diberi kemudian.

7. Calon yang bijak tidak harus belajar banyak. Mereka


boleh menggunakan cara ‘menolak’ pilihan yang
dianggap salah dan meneka pilihan yang
berkemungkinan betul.

Soalan Tutorial 15:


Apakah penggunaan JPU/JSU?

Soalan Tutorial 16:


Bincangkan kesesuaian soalan objektif dalam pengujian di
pendidikan tinggi.

You might also like