You are on page 1of 9

PENGANTAR ILMU SAINTIFIK

SEMESTER 1 2018/2019

TAJUK SOALAN: BAHASKAN OBJEKTIF DAN MATLAMAT


KAJIAN SAINTIFIK DALAM BIDANG SAINS SOSIAL.

NAMA NO.MATRIK
ROZIMA JOHN BA18110260
NUUR FATIN NABILA BINTI ROMLI BA18110353
1.0 PENDAHULUAN

Sains Sosial merupakan kajian saintifik terhadap fenomena sosial. Sains Sosial
mengikut A New Dictionary of Sociology (Mitchell.1979) secara amnya digunakan
untuk pengajian dan pengkajian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat
dalam sesuatu penempatan1. Bidang sains sosial terbahagi kepada banyak bidang
yang merangkumi pengkajian yang meluas dan tidak mengkaji bidang yang dikaji
oleh bidang Sains Tabii’.

Sains sosial merangkumi pelbagai bidang termasuk psikologi, sosiologi, sains politik,
sejarah, psikologi dan antropologi. Istilah sains sosial ini memberi penekanan kepada
penggunaan kaedah yang ilmiah atau saintifik method dalam penelitian terhadap
hubungan yang kompleks antara manusia.

Menurut J.F Forrester (1982) pula menyatakan bahawa pengajian sosial ialah kajian
tentang masyarakat dan tujuan untuk membantu masyarakat memahami dunia di
mana mereka harus berada dan bagaimana itu terjadi 2. Sains sosial ialah disiplin
akademik yang mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya atau
mempelajari kehidupan sosial atau lebih tepat mempelajari pola tingkah laku yang
lazim pada kelompok-kelompok manusia (Rohana Yusof 1996: Asas Sains Sosial dari
Perspektif Sosiologi)3.

Di Britain, sains sosial pada mulanya dikaitkan dengan kerja sosial yang merangkumi
kursus-kursus akademik yang bertujuan melatih pekerja dalam bidang kebajikan
masyarakat. Kini istilah sains sosial digunakan dengan meluas di seluruh dunia.
Disebabkan pengetahuan tentang manusia dan masyarakat kini bertambah dengan
begitu meluas. Namun tiada sesiapa pun yang dapat mempelajari tentang manusia
dan hubungannya dengan kemasyarakatan secara keseluruhannya.

Kajian saintifik ialah satu penyelidikan yang dijalankan secara sistematik, tersusun
dan mempunyai punca permasalahan yang jelas serta pemboleh ubah yang mampu
dikawal4. Kajian saintifik bersifat empirikal disebabakan memerlukan bukti tentang
pernyataan-pernyataan yang dibuat melalui analisis data dan maklumat yang
dikumpul.

1
A New Dictionary of Sosciology.Mitchell 1979
2
Studies In Social Physchology. J.F Forrester 1982.
3
Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Rohana Yusof 1996
4
https://www.scribd.com/document/249433800
Objektif pula bermaksud sesuatu yang khusus yang ingin dicapai iaitu kata lainnya ialah
tujuan5. Objektif harus dibuat untuk memulakan sesuatu penyelidikan atau pengkajian
tentang sesuatu benda. Kewujudan objektif membolehkan seseorang individu atau pengkaji
akan lebih mudah untuk memfokuskan kajian skop kajian yang hendak dikajinya. Objektif
juga penting dalam sesuatu pengkajian bagi memudahkan pembaca atau penyelidik lain
memahami keseluruhan kajian berkenaan.

Matlamat dapat ditakrifkan dengan pembentukan satu motor atau visi dengan tujuan untuk
menyelesaikan atau mendapatkan sesuatu.  Matlamat ialah keadaan di mana sesuatu
perancangan perlu dicapai. Ia juga merujuk kepada hasil yang dicapai apabila sesuatu
perlakuan dapat diselesaikan6. Kita merancang pergerakan untuk berbuat sesuatu. Setiap
individu harus mempunyai matlamat dalam kehidupannya begitu juga dengan penyelidikan
ilmiah yang mana matlamat penting utuk merancang perjalan dan cara pengkajian dilakukan
agar semua objektif dapat dicapai sesuai dengan pokok penyelidikan.

Maka, dapat diertikan bahawa esei ini akan membahaskan kepentingan objektif dan
matlamat dalam sesuatu pengkajian dalam bidang sain sosial secara khususnya.

5
Kamus Dewan Edisi Keempat
6
http://wansaranghae.blogspot.com/2015/10/topik-menetapkan-objektif-dan-matlamat
1.0 ISI
1.1 OBJEKTIF

Objektif utama dalam bidang kajian saintifik adalah untuk membimbing


seseorang individu atau penyelidik mempelajari kaedah kajian saintifik agar
mampu untuk memahami keadaan atau perkara yang hendak diselidikinya
dengan lebih tepat. Jika seseorang penyelidk tidak mempunyai objektif yang
jelas sebelum memulakan pengkajian saintifik yang hendak dilakukannya, hal
ini akan membuatkan kesukaran semasa mencari rujukan atau bahan yang
sesuai dengan pokok kajiannya.

Seterusnya, tujuan lain dalam kajian saintifk ialah untuk mengkaji fizikal,
sosial, perkembangan kebudayaan dan tingkah laku manusia (Alan Bryman :
2003)7. Dalam bidang sains sosial kajian saintifik sangat sesuai kerana
method ini sangat berkesan dan sistematik. Maka adalah lebih mudah untuk
menjalankan kajian agar tidak terpesong dari permasalahan utama kajian.

Selain itu, objektif lain kajian saintifik dalam bidang sains sosial ialah adalah
untuk mengkaji makhluk manusia dari aspek fizikal dan tatacara mereka
berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh sesuatu budaya tersebut
(Ismail Yusoff: 2018)8. Objektif ini wujud dalam kajian saintifik disebabkan
melalui penyelidikan sebegini akan lebih memudahkan untuk para penyelidik
atau pegkaji untuk membuat kajian dan mendapatkan data yang lebih tepat
dan sahih.

Selanjutnya, tujuan kajian saintifik yang lain ialah untuk menjelaskan


persamaan dan perbezaan yang dialami oleh makhluk manusia melalui sesuai
kajian yang dilakukan. Setiap masyarakat yang ada di sesuatu penempatan
tentunya mempunyai perilaku , kebudayaan, pegangan dan fahaman masing-
masing.

7
Social Science Research Methods. Alan Bryman 2003
8
Pengenalan Sains Sosial Edisi Kedua. Ismail Yusoff 2018
Melalui kajian ini akan lebih mudah untuk sesuatu penyelidikan tentang
perbandingan dan persamaan tentang sesuatu budaya dilakukan. Malah,
kewujudan objektif begini juga akan membantu dan menarik minta golongan
pembaca atau pengkaji akan datang untuk melakukan pengkajian seterusnya.

Penggunaan kaedah saintifik dapat membantu menyeragamkan pendekatan


yang digunakan untuk memahami jenis-jenis maklumat yang sangat berbeza-
beza. Kaedah saintifik juga membolehkan data-data sains sosial direplikasikan
dan disahkan dalam mana-mana keadaan yang berbeza dan dikaji oleh
pelbagai pengkaji9.

Melalui replikasi eksperimen, generasi baru sains sosial boleh mengurangkan
kesilapan dan memperluaskan kebolehpakaian teori-teori yang digunakan. Ia
juga membenarkan teori untuk diuji dan disahkan dan bukannya daripada
sekadar menjadi andaian palsu dan tidak dapat disahkan kebenarannya

Akhir sekali, objektif dalam kajian saintifik juga adalah untuk mengenalpasti
permasalahan dan perkembangan yang wujud dalam sesuatu konteks
kemasyarakatan. Disebabkan kajian keseluruhan dalam bidang sains sosial
adalah untuk mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan manusia dan perlakuan
mereka, maka kebanyakan objektif yang digunakan tertumpu untuk
penyelidikan dan pengkajian terhadap manusia.

9
https://www.scribd.com/doc/247909006/Kepentingan-Kaedah-Saintifik-Kepada-Sains-Sosial
1.2 MATLAMAT

Dalam kajian saintifk juga terdapat matlamat-matlamt yang telah ditetapkan


untuk menjadikan pergerakan penyelidikan dapat diselesaikan dengan baik
dan bermaklumat. Antara matlamat dalam kajian saintifik ialah, untuk
mencari jalam penyelesaian melalui kebenaran. Kajian saintifik merupakan
kaedah kajian yang mendapatkan maklumat terus daripada sumber dan
pelakunya.Maka dengan itu kebenaran daripada hasil kajian tidak dapat
dipertikaikan.

Selain itu, matlamat lainnya adalah untuk menghasilkan dan mengumpulkan


bahan-bahan untuk kegunaan penyelidikan pada masa hadapan. Penyelidikan
atau pengkajian yang dilakukan pada hari in sangat penting untuk dijadikan
rujukan dan panduan dalam membuat pengkajian yang seterusnya bagi para
penyelidik yang baru. Mereka juga akan lebih mudah untuk mendapatkan dan
menyusun dengan baik draf pengkajian mereka berdasarkan contoh kajian
yang lepas.

Seterusnya adalah untuk pengujian semula. Setiap cadangan yang telah diuji
harus berkali-kali diuji untuk mendapatkan keputusan akhir yang memuaskan
dan setiap tahap mempunyai cara untuk membetulkan sebarang kesilapan
sekiranya berlaku dalam prosedur kajian10.

Setiap penggunaan pernyataan yang khusus dan globalik adalah untuk


penyelidikan yang berfakta. Walaupun bukti dan sumber yang diperoleh
dalam kajian saintifik berasal dari pelakunya sendiri atau sumber pertama,
nama ujian untuk mengsahihkan pernyataan-pernyataan yang dibuat
haruslah dilaksanakan.

10
Understanding Social Science. Roger Trigg 2001
Matlamat yang selanjutnya dalam kajian saintifik ialah untuk menilai hasil
penyelidikan dan mengendalikan penyelidikan yang serupa pada masa akan
datang. Jika sesuatu penyelidikan menggunakan kaedah kajian saintifik dan
prosedur penghasilannya dilihat lebih mudah dan sistematik.

Maka, untuk penyelidikan selanjutnya, tentulah akan lebih mudah untuk


dikendalikan oleh penyelidik yang lain jika mempunyai pokok permasalahan
kajian yang sama. Sebagai contoh, iaitu jika adanya sesuatu penyelidikan
sebelum ini yang berkaitan perkara yang hendak dikaji oleh seseorang
penkaji baru, maka mereka akan menggunakan bukti atau pernyataan yang
sedia ada untuk menyiapkan kajian mereka.

Hasil dapatan dan matlamat akhir dalam kajian saintifik bagi bidang sains
sosial adalah untuk mewujudkan satu sumber baru dalam pengkajian ilmiah.
Hal ini disebabkan pengetahuan yang sedia ada berubah-ubah sifatnya dan
sukar untuk dipastikan kesahihannya.

Matlamat dalam kajian saintifik yang dapat dilihat secara terus adalah untuk
membaiki alam manusia dan kemasyarakatan mereka 11. Setiap kelompok
masyarakat yang hidup di bumi ini memiliki corak penempatan dan
kebudayaan mereka tersendiri. Hal inilah yang membuat cabang penyelidikan
dalam bidang sains sosial menjadi sangat penting dan bermanfaat untuk
dijadikan sumber panduan dalam mempelajari pembudayaan setiap
kelompok-kelompok yang dikaji.

11
Philosophies Of Social Science. Gerard Delanty 2003.
2.0 PENUTUP

Kesimpulannya, bidang sains sosial pada ketika ini dipandang rendah oleh
sesetengah individu yang masih kurang memahami sepenuhnya kelebihan dan
gungsi bidan ini. Walau bagaimanapun, bidang sain sosial ini mempunyai sumbangan
besar dalam bidang penyelidikan ilmiah yang berkaintran dengan kemajuan dan
perkenbangan ketamaduanan manusia. Malahan, bidang sains sosial juga telah
dipandang sama taraf dengan bidang sains Tabi’i apabila kemajuan yang mendadak
berlaku dalam semua aspek kehidupan manusia. Namun begitu, apapun tanggapan
sesorang individu atau pengkaji tentang beberapa elemen dan aspek yang disentuh
sebentar tadi adalah berlandaskan kefahaman dan penerimaan individu tersebut.
Masa depan bidang sains sosial dan para saintis sosial adalah bergantung kepada
kedinamikan bidang itu sendiri dan kecerdasan dan keprihatinan para pengamalnya.

RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisis Keempat

Geoffrey Duncan Mitchell. A New Dictionary Of Sociology ( 1979) . Science Sosial


Dictionaries Anglais. Routledge & Kegan Paul.

Rohana Yusof. Penyelidikan Sains Sosial (2003). Bentong: PTS Publication and
Distributors Sdn Bhd.

Rohana Yusof. Asas Sains Sosial dari Perspektif Sosiologi (1996). Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ismail Yusoff. Pengenalan Sains Sosial Edisi Kedua (2018). Kedah: Universiti Utara
Malaysia.

Alan Bryman. Social Science Research Methods (2003). Oxford University Press.

J.F Forrester. Studies In Social Physchology (1982).

Roger Trigg. Understanding Social Science (2001).

Gerard Delanty. Philosophies Of Social Science (2003).

https://www.scribd.com/doc/247909006/Kepentingan-Kaedah-Saintifik-Kepada-
Sains-Sosial

https://www.scribd.com/document/249433800

You might also like