You are on page 1of 3

Borang Sinopsis Buku

1. Nama Guru : Zakiah binti Md Yusof


2. Judul : Kaedah Penyelidikan 3. Bidang : Penyelidikan
Analisis Data Pendidikan
4. Tarikh 5. Masa :
Pembentangan :
6. Tempat
Pembentangan :
7. Buku ini ditulis oleh Fauzi Hussin, Jamal Ali dan Mohd Saifoul Zamzuri Nor
yang merupakan pensyarah di Universiti Utara Malaysia. Buku ini ditulis
sebagai rujukan bagi pelajar dan juga pegawai penyelidik di jabatan kerajaan
dan swasta. Ianya memberi panduan kepada penyelidik untuk menyediakan
kajian yang boleh meberi manfaat kepada organisasi.

Dalam Bab Analisis Data menjelaskan tentang proses menganalisa dan


memperihalkan data kuantitatif. Statistik diskriptif digunakan bagi membantu
penyelidik merumus semua trend atau kecenderungan di dalam data (min,
mod, median), serakan skor( varians, sisihan piawai dan julat). Min atau purata
merupakan statistik yang paling popular digunakan untuk menghuraikan
respon semua peserta terhadap item instrumen. Median merupakan nilai
tengah di antara semua skor manakala mod ialah skor yang mempunyai
kekerapan tertinggi. Julat skor merupakan perbezaan antara skor tertinggi
dengan terendah item dalam instrumen. Varians menunjukkan serakan skor
disekitar min. Sisihan piawai merupakan varians dikuasa duakan, ia tidak
memberikan maklumat berguna dan ia dilihat sebagai petunjuk serakan skor.
Manakala analisis data kualitatif adalah berkenaan proses menganalisa dan
memperihalkan data kualitatif. Penyelidikan kualitatif merupakan penyelidikan
interpretasi dan penyelidik perlu membina makna daripada dapatan.
Triangulasi merupakan proses sokongan bukti daripada individu yang berbeza,
jenis data, kaedah pengumpulan data dalam huraian dan tema penyelidikan
kualitatif. Semakan ahli pula ialah proses di mana penyelidik bertanya satu
atau lebih peserta dalam kajian untuk menyemak ketepatan laporan.

Dalam Bab Pengumpulan Data Kualitatif menerangkan tentang pengumpulan


data kualitatif. Saiz sampel dan bilangan tempat kajian adalah berbeza
daripada satu kajian kualitatif kepada kajian kualitatif yang lain, bergantung
kepada kajian yang dilakukan. Temu bual berlaku apabila penyelidik bertanya
satu atau lebih soalan umum atau terbuka dan kemudian merekod jawapan
peserta. Penyelidik kemudian mentranskrip dan menaip data ke dalam
komputer untuk dianalisis. Dokumen mengandungi rekod awam dan swasta
yang penyelidik kualitatif perolehi mengenai peserta di dalam kajian. Ia
termasuklah surat khabar, minit mesyuarat, jurnal peribadi dan surat.
Bahan audio visual terdiri daripada imej atau bunyi yang dikumpulkan oleh
penyelidik dalam membantu mereka memahami fenomena kajian. Imej atau
bahan visual terdiri daripada gambar foto, video, imej digital, lukisan, gambar
dan lain-lain lagi.
Dalam Bab Laporan dan Perbincangan Kajian), menerangkan tentang laporan
penyelidikan. Laporan penyelidikan merupakan kajian lengkap yang
melaporkan penyelidikan atau penerokaan masalah, mengenalpasti persoalan
untuk dikemukakan dan mengandungi pengumpulan data, analisis dan
interpretasi oleh penyelidik. Laporan ini dipersembahkan kepada pengamal
pendidikan seperti pentadbir sekolah, guru besar dan guru. Ia melaporkan
keputusan yang spesifik daripada kajian, mempersembahkan keputusan
dengan ringkas dan jelas.

Dalam bab rekabentuk kajian eksperimen menjelaskan rekabentuk


eksperimen. Eksperimen digunakan apabila penyelidik hendak mengenal pasti
kesan dan akibat di antara pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar.
Ujian pra memberikan pengukuran ke atas beberapa sifat atau ciri yang menilai
peserta eksperimen sebelum menerima rawatan.
Ujian pos dijalankan selepas rawatan bagi mengukur sifat yang dinilai bagi
peserta. Dalam bab ini juga menjelaskan jenis rekabentuk eksperimen.
Eksperimen sebenar terdiri daripada reka bentuk eksperimen paling kukuh
kerana persamaan kumpulan melalui penentuan rawak. Dalam eksperimen
sebenar, penyelidik secara rawak menentukan peserta kepada keadaaan yang
berbeza ke atas pemboleh ubah eksperimen.
Quasi-eksperimen terdiri daripada penentuan tetapi bukan merawakkan
peserta kepada kumpulan kerana penyelidik tidak boleh secara buatan
membentuk kumpulan eksperimen. Ujian pra dan ujian pos boleh diaplikasikan
ke atas rekabentuk quasi-eksperimen.

Bab Rekabentuk Kajian Korelasi menjelaskan reka bentuk korelasi. Dalam


rekabentuk kajian korelasi, penyelidik menggunakan ujian statistik korelasi
untuk menghuraikan darjah perhubungan di antara dua atau lebih pemboleh
ubah atau set skor. Seterusnya Reka bentuk penyelidikan explanatory ialah
penyelidikan di mana penyelidik berminat ke atas dua atau lebih pemboleh
ubah di mana perubahan ke atas satu pemboleh ubah menyebabkan
perubahan kepada pemboleh ubah yang lain. Reka bentuk ini melibatkan
hubungan yang ringkas di antara dua pemboleh ubah atau lebih.
Reka bentuk kajian ramalan (prediction research design) pula untuk
mengenalpasti pemboleh ubah yang akan meramal hasil atau ciri.

Rekabentuk Tinjauan pula menjelaskan berkenaan kajian tinjauan.


Kajian tinjaun ialah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif di mana penyelidik
mentadbir tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi orang untuk
menghuraikan sikap, pemdapat, tingkah laku atau ciri populasi.

Rekabentuk etnografi pula menjelaskan kajian etnografi.


Kajian etnografi merupakan prosedur kajian kualitatif bagi menghuraikan,
menganalisi dan interpretasi perkongsian budaya kumpulan dengan berkongsi
paten tingkah laku, kepercayaan dan bahasa yang dibentuk mengikut masa.
Kajian kes merupakan penerokaan mendalam mengenai sistem terbatas
berdasarkan pengumpulan data yang luas.

Bagi rekabentuk kajian Naratif menerangkan tentang kajian naratif.


Dalam reka bentuk kajian naratif, penyelidik menjelaskan kehidupan individu,
mengumpul dan bercerita mengenai kehidupan seseorang dan menulis cerita
pengalaman individu. Kajian naratif selalunya berfokuskan kajian terhadap
seorang individu, mengumpul data melalui koleksi cerita, melaporkan
pengalaman individu dan membincangkan makna pengalaman bagi individu.

Rekabentuk kajian gabuangan pula membincangkan reka bentuk kajian


gabungan. Reka bentuk kajian ini merupakan prosedur bagi pengumpulan,
analisis dan menggabungkan kedua-dua data kuantitatif dan kualitatif dalam
satu kajian untuk memahami masalah kajian.

Manakala rekabentuk kajian tindakan membincangkan tentang kajian tindakan.


Reka bentuk kajian ini merupakan prosedur sistematik yang dilakukan oleh
guru atau individu yang lain dalam setting pendidikan untuk mendapatkan
maklumat dan kemudiannya memperbaiki cara beroperasi dalam sistem
pendidikan terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :


Buku ini boleh dijadikan rujukan bagi memahami perkara-perkara penting
dalam proses menyiapkan sesuatu projek penyelidikan. Penerangan terperinci
dibincangkan dalam buku itu termasuk kaedah kajian dan analisis data. Buku
ini juga membimbing untuk menjadikan sesuatu penyelidikan mempunyai
kjesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

9. Implikasi Dalam Pendidikan :


Buku ini menghuraikan dengan lengkap mengenai kajian dalam pendidikan
yang melibatkan rekabentuk kajian dan analisis data. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, buku ini memberi panduan dan idea bagi
melakukan kajian yang berkaitan dengan penambahbaikan kaedah pengajaran
antaranya menjalankan kajian tindakan. Guru-guru boleh menjalankan kajian
tindakan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan reka bentuk kajian
yang bersesuaian untuk mengatasi masalah yang hendak dikaji. Kaedah
analisis data yang digunakan dapat membantu meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian yang dilaksanakan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………. ……………………..
(Zakiah binti Md Yusof)

You might also like