You are on page 1of 5

3.

Prosedur penyelidikan pendidikan


3.1 Menyatakan masalah kajian
Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu
atau persoalan pokok yang kita akan kaji.

3.2 Menetapkan objektif kajian


Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin
diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga
menggambarkan
pembolehubah
yang
terlibat
dalam
sesuatu
penyelidikan.
3.3 Membentuk soalan kajian
Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah
jelas, tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi
halatuju yang jelas kepada proses penyelidikan dan meudahkannya
menulis laporan penyelidikan
3.4 Menghasilkan hipotesis kajian
Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada
sesuatu yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak
dsbnya. (Kajian Experimental, kuasi-experimental, korelasi)
3.5 Melakukan tinjauan literatur
Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik
mengetahui senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan
penyelidikan yang akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan
masalah kajian, objektif dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori
yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang
lepas boleh membantu penyelidik membincangkan dapatan kajiannya.
3.6 Merancang kaedah kajian

Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian


3.7 Mereka bentuk kajian
Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan
kuantatitaif yang akan digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan
digunakan. Penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik
pengumpulan data.
3.8 Menentukan prosedur persampelan
Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel
yang betul perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel
boleh menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes
atau sesuatu fenomena yang dikaji
3.9 Membina instrumen kajian
Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat
pengukuran atau membuat pengumpulan data. Instrumen yang sedia
ada boleh digunakan. Jika instrumen belum ada penyelidik perlu
membina instrumen yang diperlukan
3.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian
Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya.
Terdapat beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan
kandungan, kesahan konstruk dan kesahan muka. Seterusnya
kebolehpercayaan instrumen juga perlu ditentukan. Kebolehpercayaan
merujuk kepada ketekalan (konsistensi) alat pengukuran
3.11 Menentukan prosedur pengumpulan data
Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data
yang dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan
dengan benar persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.

3.12 Mengumpul data


Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data
perlu dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai
sumber. Terdapat berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk
mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang
penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri
kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan
untuk generalisasi.
3.13 Menganalisis data
Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu
dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan
persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan
dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif
dapat dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai
atau tidak.
3.14 Membincang hasil kajian
Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan
dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan
akan menghasilkan rumusan, penambahbaikan,cadangan dan Implikasi
penyelidikan.

3.15 Melaporkan kajian


Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu
menulis laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah
dilakukannya. Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian,
menerangkan tentang latarbelakang kajian, objektif kajian, persoalan
kajian atau hipotesis kajian, terangkan rekabentuk kajian, cara data di
analisis, penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangancadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti.
4

Penyelidikan Tindakan

a.

Kajian yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu


masalah sosial (Lewin,1946)
Satu pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti
P&P(Elliot, 1981)
Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan
amalan pendidikan oleh golongan yang terlibat dalam pendidikan
(Ebbutt, 1995)

b.

Ciri-ciri penyelidikan tindakan

Matlamatnya perubahan yang positif akan berlaku pada akhir


penyelidikan
Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial,
masyarakat, pendidikan
Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa
Berkaitan dengan tugasan harian
Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri
Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian
Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners)
Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik
Ada tindakan praktikal & intervensi (treatment)
Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan
kualitatif
Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis)
Lebih berfokus kepada proses berbanding output
Tidak digunakan untuk menguji hipotesis

c.

Definisi dan konsep

Kepentingan penyelidikan tindakan


Untuk menambahbaik pengajaran &pembelajaran
Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik
Memperbaiki keadaan tempat kerja
Meningkatkan kepuasan bekerja

Peluang untuk membuat perubahan


profesionalisme (hasil pengupayaan)
Pembangunan profesionalisme

ke

arah

peningkatan

You might also like