You are on page 1of 43

KESAHAN (VALIDITY) DAN

KEBOLEHPERCAYAAN
(RELIABILITY)
PENGENALAN
• Kesahan (Validity) dan kebolehpercayaan
(Reliability) instrumen amat penting bagi
mempertahankan kejituan instrumen
daripada terdedah kepada kecacatan.
• Data-data yang mempunyai nilai dan
tahap kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi dapat menghasilkan kajian
yang berkualiti.
KESAHAN (VALIDITY)
DEFINISI
• Kesahan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat itu
mengukur apa yang sepatutnya diukur, seterusnya dapat
memberi pentafsiran yang tepat terhadap data yang
diperolehi.

Contoh: Pembaris adalah alat pengukur yang valid bagi


mengukur ketinggian, tetapi ia tidak valid untuk
tujuan mengukur berat.

• Kesahan juga bermaksud persetujuan antara dua percubaan


untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan
kaedah yang berlainan.
Tujuan Kesahan Instrumen
Kesahan instrumen perlu dilakukan bagi
menjamin item-item agar bersifat;

1. Dapat dipertahankan (Defensibility)


-Hasil kajiannya tepat dan berguna

2.Ketepatan (Accuracy)
-Menjawab persoalan kajian

3. Kesesuaian (Appropriatetness)
-Relevan dengan tujuan kajian
4. Bererti (Meaningfulness)
-Memberi makna terhadap data melalui
skor.

5. Kebolehgunaan (Usefulness)
- Mampu membuat keputusan berhubung
dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan
kerana keputusan dari penilaian tersebut
boleh menyediakan maklumat yang
bermakna mengenai tajuk dan
pembolehubah yang hendak diukur untuk
menginfrenkan data kajian.
Empat Jenis Pendekatan Untuk
Menguji Kesahan

1. Kesahan Berkaitan Kandungan


2. Kesahan Berkaitan Kriteria
3. Kesahan Berkaitan Konstruk
4. Kesahan Berkaitan Akibat
1. Kesahan Berkaitan
Kandungan
• Merujuk sejauh mana alat itu mengumpul
data yang merangkumi kandungan
sesuatu bidang yang dikaji.
• Sesuatu alat pengukuran dikatakan
mempunyai kesahan kandungan yang
tinggi sekiranya alat tersebut dapat
mengukur semua isi dan kandungan
bidang.
• Teknik ini menggunakan sekumpulan
pakar rujuk bagi membuktikan ketepatan
kandungan item ketika menilai instrument.
Dua Bentuk Kesahan Kandungan

Kesahan
Kesahan Item
Pensampelan

- Merujuk kepada
- Merujuk kepada
sejauh mana sampel
sejauh mana item
ujian, dapat mewakili
ujian, relevan bagi
keseluruhan
kandungan bidang
kandungan bidang
yang berkaitan.
yang diuji
2. Kesahan Berkaitan Kriteria

Ia merujuk kepada perhubungan


antara skor yang diperoleh daripada
satu instrumen dengan skor yang
diperoleh daripada satu atau lebih
instrumen yang lain untuk melihat
bagaimana kekuatan hubungan
instrumen-instrumen tersebut.
Dua Bentuk Kesahan Kriteria

A. Kesahan Ramalan (Predictive Validity)


Merujuk kepada sejauh mana skor bagi dua
ujian yang dijalankan pada masa yang
berbeza saling berkaitan antara satu sama
lain.
Dua ujian perlu dibuat; diawal dan diakhir
semester, kemudiannya dibandingkan skor
antara keduanya. Jika kedua-dua skor tidak
jauh berbeza maka ia dikatakan
mempunyai kesahan ramalan.
Contoh:
Sejauh manakah suatu ujian kebolehan akademik
(Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia)
dapat meramalkan kejayaan akademik berikutnya
iaitu prestasi dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.
Bagi memastikan kesahan ramalan contoh di atas,
satu indikator(peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia)
akan digandingkan dengan satu ukuran lain iaitu
Peperiksaan Percubaan SPM, yang mana
penyelidik merasa yakin dapat mengukur konstruk
ini iaitu ‘prestasi akademik di sekolah menengah’.
Indeks statistik bagi kesahan ramalan ini ialah
ukuran korelasi di antara peramal(agregat dalam
Percubaan SPM) dengan kriteria (agregat dalam
SPM sebenar).
B. Kesahan Serentak (Concurrent Validity)
Merujuk kepada sejauh mana skor bagi dua
ujian yang dijalankan pada masa yang
sama atau hampir sama saling berkaitan
antara satu sama lain.
Teknik ini memerlukan bacaan index
correlation coefficient (r), yang
menunjukkan darjah perhubungan yang
wujud antara skor-skor yang diperoleh
dalam dua instrumen.
Contoh:
Sekiranya soal selidik mengenai etika kerja dibentuk
dan diberikan kepada sekumpulan penerima
bantuan kebajikan,maka soal selidik atau
pengukuran tersebut seharusnya membezakan
mereka yang tidak mahu bekerja walaupun
ditawarkan dan hanya inginkan bantuan kebajikan.
Maknanya responden yang mempunyai etika kerja
yang tinggi tidak mahu menerima bantuan kebajikan
dan inginkan kerja, sementara responden yang
mempunyai etika kerja yang rendah mahu terus
menerima bantuan kebajikan tanpa perlu bekerja.
3. Kesahan Konstruk/Binaan

• Ia merujuk kepada sejauh mana baiknya


sesebuah peralatan itu menguji sesuatu
sifat atau pun konsep.
• Ia juga mengukur sejauh mana pengukur
yang digunakan yang digunakan selaras
dengan teori-teori yang menjadi asas
kepada pembentukan instrumen
berkenaan.
Dua jenis kesahan konstruk:

A. Kesahan Konvergens
Kesahan ini boleh diperoleh dengan cara
mendapatkan keputusan korelasi di antara
soal selidik yang baru dibentuk dengan soal
selidik yang telah sedia ada yang mengukur
konsep yang sama.
Keputusannya:
Jika hasil korelasi adalah tinggi, maka
kesahan konvergens telah diperoleh kerana
kedua-dua soal selidik tadi mengukur
konsep yang sama.
Sekiranya keputusan korelasi rendah
ataupun korelasi tidak ada signifikan
langsung, ini menunjukkan soal selidik
yang baru dibentuk itu mungkin tidak
sesuai dengan teori kerana tidak
mempunyai hubungan dengan konsep
yang sama dalam soal selidik yang telah
ada.
B. Kesahan ‘Discriminant’
Kesahan ini boleh diperoleh dengan mendapatkan
keputusan korelasi di antara soal selidik yang baru
dibentuk itu dengan soal selidik yang lain telah ada
yang tidak mengukur konsep yang sama.

Keputusannya:
Sekiranya tidak ada korelasi yang signifikan
dicatatkan, ini bermakna teori konsep dalam soal
selidik baru mempunyai kesahan ‘discriminant’.
Sebaliknya jika ada korelasi yang signifikan,
bermakna konsep soal selidik yang baru tadi
tidak mengukur apa yang hendak diukur kerana ia
berkorelasi dengan konsep yang tidak sepatutnya
dalam soal selidik yang sedia ada.
4. Kesahan Berkaitan Akibat
• Merujuk kepada akibat yang berlaku daripada
ujian yang dijalankan.
• Kesahan Akibat berfungsi untuk
mengenalpasti ujian yang mendatangkan
kesan buruk terhadap guru, pelajar dan
orang yang diuji.
• Isu yang timbul adalah apakah kesan
pelbagai bentuk ujian terhadap guru,pelajar
dan orang yang diuji.
• Contoh: Bagaimana ujian yang hanya
menguji pelajar dengan items aneka pilihan
mempengaruhi pembelajaran pelajar
Faktor-faktor yang mempengaruhi
kesahan
1. Arahan ujian yang kurang jelas
2. Item ujian yang kabur dan mengelirukan
3. Perbendaharaan kata yang sukar difahami
4. Struktur ayat yang kompleks
5. Aras kesukaran yang kurang sesuai
6. Kekangan masa
7. Susunan item kurang tepat
8. Bilangan item yang tidak mencukupi
9. Susunan jawapan bagi soalan pelbagai pilihan
10. Item ujian kurang sesuai bagi aras kemahiran
yang dikehendaki.
KEBOLEHPERCAYAAN
• DEFINISI
• Merupakan darjah ketepatan dan kepersisan bagi
ukuran yang dibuat oleh sesuatu instrumen kajian.
• Semakin rendah darjah ralat bagi sesuatu
instrumen,semakin tinggi kebolehpercayaan instrument
tersebut (Ranjit kumar,1999)
• Sesuatu instrumen kajian dikatakan boleh dipercayai jika
pengukuran berulangkali yang dibuat di bawah situasi
yang tetap masih memberikan keputusan yang sama.
• Kebolehpercayaan juga bermaksud suatu nilai
ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap
item.
• Ketekalan bermaksud apabila item yang sama
diuji beberapa kali kepada subjek yang sama
pada selang masa yang berlainan tetapi
memberi skor keputusan atau jawapan yang
sama atau hampir sama .
JENIS KEBOLEHPERCAYAAN

• Terdapat 2 jenis kebolehpercayaan yang


biasa digunakan:
1.Kebolehpercayaan Luaran
*kebolehpercayaan uji-uji semula
*kebolehpercayaan bentuk selari
2.Kebolehpercayaan Dalaman
*Kebolehpercayaan ketekalan inter-
item
Kebolehpercayaan Luaran
a.Kebolehpercayaan Uji Ulang Uji/ Uji-Uji
Semula
• Ukuran pada satu waktu tertentu akan mempengaruhi ukuran
pada waktu berikutnya.
Contoh :
Responden di beri soal selidik yang sama pada 2 masa yang
berlainan.Responden akan memberi jawapan yang sama
pada kajian yang kedua.Ini Mempengaruhi kebolehpercayaan
kajian tersebut
• Penyelidik mengandaikan responden dapat mencapai
keputusan yang sama dalam ujian 1 dan ujian 2
• Sekiranya kedua-dua skor dalam ujian tersebut mempunyai
pekali yang tinggi penyelidik beranggapan alat pengukuran itu
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Kebolehpercayaan Luaran
b.Kebolehpercayaan Bentuk Selari

• Berkenaan dengan mentadbir 2 atau lebih bentuk ujian


yang dibina bagi membandingkan isi ,paras, tahap
kesukaran dan perbezaan yang hendak diukur kepada
kumpulan yang sama.
• Dua bentuk soalan yang sama (Soalan bentuk A dan B)
dijawab oleh pelajar dan ditadbir pada waktu yang sama.

• Perkara yang sama seperti yang dilakukan dalam


prosedur kebolehpercayaan uji ulang uji digunakan
tetapi susunan item dan perkataan dalam soal selidik
ditukar supaya nampak berbeza tetapi isi tetap saman.
JENIS KEBOLEHPERCAYAAN
2.Kebolehpercayaan Dalaman/Ketekalan
Dalaman
• Merujuk kepada ketekalan yang ada
keatas item-item yang mengukur konsep
atau konstruk yang khusus. Sekiranya
terdapat 10 item bagi mengukur konsep
kepuasan kerja,item-item ini mestilah
berkait antara satu sama lain.
Kebolehpercayaan Dalaman
• Kebolehpercayan ini boleh diukur melalui
dua cara :

a.Kebolehpercayaan Ketekalan inter-Item


i.Alpha Cronbach
ii.Kuder-Richardson
b.Kebolehpercayan Bahagi Dua
KEBOLEHPERCAYAAN
ALPHA CRONBACH
• Digunakan apabila ujian mempunyai skor
yang lebih daripada 2 pilihan.
• Menganalisis konsisten dalaman jika
nombor digunakan untuk menunjukkan
pilihan responden.
• Pekali alpha yang kerapkali digunakan
dalam menganggarkan kebolehpercayaan
ketekalan dalaman.
CONTOH ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN

• Seorang guru ingin mengkaji sikap 20


pelajar terhadap m/p Matematik.
• Soal selidik mengandungi 10 item.
• Menggunakan skala Likert 4-poin iaitu;
1 : Sangat Tidak Bersetuju
2 : Tidak Bersetuju
3 : Bersetuju
4 : Sangat Bersetuju
• Beliau ingin mengenal pasti
ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN ALFA
CRONBACH (OUTPUT SPSS)
Correlation Matrix

Q1 Q2 Q3 Q4 Q5 Q6 Q7 Q8 Q9 Q10

Q1 1.0000
Q2 .4113 1.0000
Q3 .4552 .1059 1.0000
Q4 -.1138 .0212 .3597 1.0000
Q5 .3965 .1265 .1949 .4949 1.0000
Q6 .4146 .3176 .2279 .0772 .2324 1.0000
Q7 .0086 -.0895 .2108 .4097 .1663 .1472 1.0000
Q8 .1190 .1192 .1548 .3244 .2363 .3456 .2194 1.0000
Q9 -.0262 -.0683 .0547 -.1884 -.1452 .0061 .1669 .3215 1.0000
Q10 .1190 .1192 .1548 .3244 .2363 .3456 .2194 1.0000 .3215 1.0000

• Reliability Coefficients 10 items

• Alpha = .7171 Standardized item alpha = .6970


ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN ALFA CRONBACH

Scale Scale Corrected


Mean Variance Item- Alpha
if Item if Item Total if Item
Deleted Deleted Correlation Deleted

Q1 21.3000 26.7474 .3958 .6918


Q2 21.2000 28.6947 .2336 .7175
Q3 20.8500 26.0289 .4150 .6884
Q4 21.8500 26.1342 .4054 .6901
Q5 21.3000 25.5895 .4520 .6814
Q6 21.3500 26.3447 .3864 .6936
Q7 21.6000 28.7789 .1999 .7244
Q8 21.1500 25.1868 .5828 .6606
Q9 21.5500 32.2605 .0089 .7286
Q10 21.1500 25.1868 .5828 .6606

Reliability Coefficients

N of Cases = 20.0 N of Items = 10


ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN

• Koefisien kebolehpercayaan bernilai 0.7171

• Lajur ‘corrected item total correlation’,


menunjukkan item 2,7 dan 9 mempunyai nilai
korelasi yang rendah dgn. Item-item lain
secara keseluruhan.

• Lajur ‘Alpha if item deleted’ memberikan


maklumat bahawa koefisien
kebolehpercayaan akan meningkat kepada
0.7175 (daripada 0.7171) sekiranya item 2
CONTOH ITEM
BIL ITEM SKALA

• 1.Guru memberikan banyak contoh penyelesaian 1 2 3 4


daripada menyuruh pelajar membuat sendiri atau
memberi jawapan
2.Guru menyelesaikan masalah di papan putih dengan 1 2 3 4
jelas,teratur dan mudah difahami

3.Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti model 1 2 3 4


untuk memberi kefahaman konsep sebelum memulakan
pengajaran
4.Guru saya sentiasa meluangkan masa berbincang dengan 1 2 3 4
pelajar
5.Guru saya selalu memberi kerja bertulis,latihan atau ujian 1 2 3 4
setelah selesai sesuatu topik yang di ajar.
BIL ITEM SKALA

• 6. Guru saya mempunyai keupayaan mengajar secara 1 2 3 4


berkesan.

7. Guru saya mempunyai keyakinan diri 1 2 3 4

8. Guru saya sentiasa membantu sehingga faham 1 2 3 4

9. Guru sentiasa memeriksa buku buku latihan saya 1 2 3 4

10. Perwatakan dan kemahiran guru mengajar menarik 1 2 3 4


minat saya terhadap subjek matematik
ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN
(NILAI KOEFISIEN)
Koefisien Hubungan
0.00 – 0.20 Tidak penting
0.20 – 0.40 Rendah
0.40 – 0.60 Sederhana
0.60 – 0.80 Sederhana penting
0.80 – 1.00 Penting
Kaedah Kuder dan Richardson

• Nilai yang tinggai mempunyai


kebolehpercayaan yang tinggi
• Pengiraan yang mudah adalah Formula
21 (selalu dirujuk sebagai KR 21)
• Dengan ini koefisien dapat dikira dengan
mudah dengan hanya bergantung kepada
asas M, nombor ujian (n) dan a.
b. Kebolehpercayaan Bahagi Dua
• Kaedah split-half ini paling asas bagi menguji
ketekalan dan kestabilan dalaman apabila ujian
mengandungi banyak item.

• Dalam kaedah ini jumlah keseluruhan item


dibahagi kepada 2 bahagian iaitu penyelidik
mengambil soalan-soalan nombor genap dan
memasukkan ke dalam satu kumpulan
manakala nombor ganjil dimasukkan kedalam
kumpulan data.
•Jumlah keseluruhan item ini dibahagi
kepada dua bahagian dan hasil kolerasi di
ambil kedua-duanya.
•Korelasi ini hanya anggaran
kebolehpercayaan bagi sebahagian hasil
ujian yang dijalankan.
•Terdapat satu tatacara statistik bagi
membandingkan keputusan yang dikumpul
dalam dua kumpulan hasil daripada
kaedah bahagi dua iaitu kegunaan kolerasi
• Kolerasi antara dua skor menggunakan formula
Spearman- Brown bagi mengira kebolehpercayaan.
• Kaedah ini di lakukan bagi perkara-perkara berikut:
i.Digunakan sebagai ujian keatas kumpulan
manusia
ii.Memecahkan hasil ujian kepada dua
bahagian
iii.Membandingkan kedua-dua hasil yang
diperolehi
• Berikut adalah contoh yang diberi daripada
formula Spearmen-Brown
• Indek Kebolehpercayaan :
Dimana r gg = pekali kolerasi antara markah butiran
bernombor genap (g) dan markah butiran
nombor ganjil (g)
• Contoh :
Apabila kolerasi separuh adalah .75, jumlah
kebolehpercayaan adalah :

Pxx" = [ (2) ( .75 ) ] / ( 1 + .75 ) = 1.5 / 1.75 = .857


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pekali kebolehpercayaan
• Panjang ujian
• Keheterogen kumpulan
• Kebolehan pelajar yang mengambil
bahagian
• Teknik menganggarkan kebolehpercayaan
ujian
• Keadaan pembolehubah yang diukur
• Batasan masa
Kesimpulan
• Seorang penyelidik perlu titik beratkan
kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu
instrumen dan data kajian
• Cadangan : teknik triangulasi (soal selidik,
temuramah,pemerhatian dan dokumen)
sebagai instrumen pengumpulan data.
• Teknik ini penting untuk kukuhkan antara
data dengan data yang lain dan bagi
mengukuhkan kelemahan data yang
dipungut.
BIBLIOGRAFI
1. Rohaya Yusof (2003). Pendidikan Sains
Sosial. PPS Publisher Sdn. Bhd :Pahang.
2. Azizi Yahya (2007). Menguasai Penyelidikan
Dalam Pendidikan. PPS Profesional Sdn. Bhd
: Kuala Lumpur.
3. Dr. Lay Yoon Hah (2009). Pengenalan Kepada
Analisis Data Komputer SPSS 6.0. Vention
Publishing Sdn. Bhd : Selangor.
4. L.R. Gay . Peter Airasian (2003). Educational
Research : Competencies For Analysis And
Application. Merril Pentice Hall : Ohio
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like