You are on page 1of 20

PENGUKURAN DAN

RALAT PENGUKURAN
Ciri-ciri Pengukuran Yang Baik
 Kesahan
Berkaitan dengan sejauh mana sesuatu ujian mengukur apa
yang sebenarnya kita ingin ukur

 Kebolehpercayaan
Berkaitan dengan ketepatan dan kejituan prosedur
pengukuran
 Kebolehgunaan (Practicality)

Berkaitan dengan faktor ekonomi, kemudahan dan


kebolehtafsiran
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kestabilan Ujian-ujian Semula

Keboleh
percayaan Setara Bentuk Selari

Antara Pengukur

Goodness
Of
Data Konsistensi Belah-dua
Dalaman
Antara Item

Kesahan

Kesahan Kesahan Kesahan


Kandungan Berasaskan- Kriteria Konstruk

Kesahan
Telahan Selari Menumpu Diskriminan
Muka
Kebolehpercayaan (Reliability)
 Keupayaan sesuatu kajian untuk memperolehi nilai yang serupa apabila pengukuran yang
sama diulangi.

 Kebolehpercayaan tidak menjamin ketepatan.

 Contoh: Berat individu


◦ Pemerhatian
◦ Guna penimbang

 Contoh: Tahap kepuasan pekerja


◦ Pemerhatian
◦ Temubual/soal selidik
◦ Lihat rekod rungutan
Kebolehpercayaan dalam penyelidikan kuantitatif -
Kaedah

1. Kaedah ujian pra-pasca


2. Kaedah pemisahan separa
3. Kaedah konsistensi dalaman
1. Kaedah ujian pra-pasca
(test-retest reliability)

 Ujian pra
 Ujian pasca
 Jika kedua-dua memberikan keputusan yang sama, maka ujian tersebut
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
2. Kaedah pemisahan separa
(split-half)
 Dalam kajian ini, item-item dalam kajian dipisahkan kepada dua
kumpulan item rawak dengan mengira jumlah skor bagi kedua-dua
kumpulan item tersebut, seterusnya menganalisis nilai korelasi di
antara kedua-dua kumpulan skor tersebut.

 Jika nilai korelasi tinggi bagi kedua-duanya, maka kebolehpercayaan


tinggi.
3. Kaedah konsistensi dalaman (internal consistency
approach)
 Mencari nilai korelasi antara skor setiap item dalam ujian dengan
jumlah skor bagi semua item dalam ujian (skor indeks ujian)

 Item-item yang mempunyai nilai korelasi yang tinggi dengan skor


indeks ujian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sebaliknya.

 Item yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah disingkir


daripada ujian.
Kebolehpercayaan dalam penyelidikan kualitatif - Kaedah

1. Kaedah triangulasi
a. Gunakan pengkaji yang berbeza untuk menyoal soalan yang sama pada waktu yang berbeza
b. Melakukan ujian pada masa-masa yang berlainan
c. Melakukan kajian di tempat-tempat yang berlainan

 Jika data tersebut sama, maka kebolehpercayaan adalah tinggi.


2. Menggunakan pengkaji peserta yang terlatih untuk membuat pemerhatian dan
laporan secara teliti dan sistematik.

3. Menggunakan pemeriksaan rakan sebaya. Membuat perbandingan antara data


kajian pengkaji dengan pendapat rakan sebaya.

4. Menggunakan alat pencatat sebagai bukti spt borang temubual, perakam video, pita
video untuk mencatatkan hasil temubual.
Memperbaiki Kebolehpercayaan
 Minimumkan punca variasi luaran
 Piawaikan keadaan/situasi pengukuran
 Perbaiki konsistensi dengan menggunakan penyelidik yang berpengalaman dan
terlatih
 Tambah item dalam ukuran atau sampel
 Perbaiki konsistensi dalaman dengan mengambilkira hanya nilai ekstreem
sahaja
Kesahan (Validity)
 Keupayaan suatu pengukuran yang dipilih mengukur nilai sebenar
konsep dalam hipotesis.
 Kesahan tinggi - apabila instrumen yang dibina benar-benar mengukur
konsep yang dinyatakan dalam hipotesis.
 Kesahan rendah - jika tidak terdapat keselarasan antara definisi
konseptual dan definisi operasional tentang suatu konsep.
 Kesahan pengukuran
◦ Konsep yang dinyatakan = konsep yang diukur
 Contoh:
◦ Jika definisi konseptual IQ ialah kepintaran. Jika pengkaji membuat definisi operasional
IQ sebagai kecerdasan emosi, maka pengkaji akan mengalami masalah untuk
meyakinkan orang ramai tentang kesahan dalam pengukuran konsep kajian.
 Pengkaji perlu mempunyai minda terbuka, objektif, faham konsep, hurai
dengan tepat.
Jenis Kesahan
Jenis Definisi
Kesahan muka Sejauh mana pengukuran dibuat dapat mengukur nilai
sebenar yang ingin diukur.
Kesahan kriteria Sejauh mana pengukuran yang dibuat dapat meramal
kriteria yang diukur.
Kesahan gagasan Sejauh mana pengukuran yang dibuat berdasarkan teori-
teori.
Kesahan Sejauh mana pengukuran yang dibuat mewakili aspek
kandungan kandungan yang diukur.
Kesahan dalaman Sejauh mana kajian menunjukkan bahawa sesuatu faktor
yang dikaji benar-benar menyebabkan perubahan kepada
subjek kajian dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain
selain daripadanya.

Kesahan luaran Sejauh mana hasil kajian dapat diaplikasikan kepada


kumpulan-kumpulan lain dalam dunia sebenar.
Kesahan Muka (Face Validity)

 Ciri sesuatu indikator yang menjadikannya sesuai untuk mengukur sesuatu


pembolehubah
Kesahan Kriteria
(Criterion-related Validity)
 Menggunakan analisis korelasi antara instrumen dan kriteria

 Contoh: peperiksaan M-Test dengan prestasi pelatih Maktab Perguruan

 Contoh: Religiosity – diukur dengan tahap kepercayaan dan


mengaitkannya dengan bukti tahap tersebut – spt. Kekerapan membaca
al-Qur’an dsb.
Kesahan Gagasan
(Construct Validity)
 Berasaskan hubungan logikal/teoretikal antara pembolehubah

 Contoh: Kajian tentang kebahagiaan rumahtangga


 Bentuk pengukur bagi kebahagiaan rumahtangga
 Bina suatu hubungan hipotetikal tentang bagaimana kebahagiaan rumahtangga
berkait dengan pembolehubah lain
 Cth: kebahagiaan rumahtangga tinggi  bertolak ansur, kurang menipu pasangan
 Uji
Kesahan Kandungan
(Content Validity)
 Sama ada indikator empirikal yang digunakan (ujian,
skala, soalan dsb) benar-benar mewakili domain makna
bagi konsep yang sedang dikaji

 Contoh: Ukuran prejudis  adakah ukuran yang


digunakan merangkumi semua aspek (dimensi) prejudis
yang wujud
Kesahan dan Kebolehpercayaan

Reliable but not Valid but not Valid and


valid reliable reliable
Ralat Pengukuran
 Punca:
1. Responden kurang memahami konsep dalam item pengukuran;
2. Pengkaji kurang memahami konsep yang diberikan oleh responden kajian;
3. Skala pengukuran yang digunakan kurang sesuai;
4. Pengkaji tidak merekodkan data dengan betul/tepat.
Cara mengurangkan ralat pengukuran
1. Mendapat purata beberapa pengukuran;
2. Mendapat nilai indeks bagi variabel yang diukur;
3. Menggunakan prosedur persampelan rawak;
4. Menggunakan alat pengukuran yang mempunyai kesahan
yang tinggi;
5. Mengelakkan penggunaan perkataan/ayat yang
mengelirukan;
6. Mengelakkan penggunaan banyak pengkaji dalam
mengendalikan pengukuran;
7. Mengurangkan bilangan subjek kajian;
8. Menyemak data dengan teliti.

You might also like