You are on page 1of 27

ABDUL BAI TH AFKAR BI N RUSLAN

MUHAMMAD NAQI UDDI N BI N MUSTAPAKAMAL


Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan
Semasa Mengumpul Data
Pensampelan, kesahan, kebolehpercayaan, bias
Pensampelan dan bias
Kesahan:
- Kritikan luaran (keaslian data)
- Kritikan dalaman (ketepatan data)
- Data triangulation
Kebolehpercayaan generalisasi data



Sampel Kajian
Sampel kajian pula ialah responden-responden
kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi.
Penetapan populasi kajian adalah penting dalam
kajian disebabkan populasi akan menentukan
bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita
pilih serta perbelanjaan kajian.

PERSAMPELAN SECARA RAWAK
Lazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam
penyelidikan bersifat kuantitatif. Persampelan
kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel
daripada suatu populasi yang mempunyai peluang
yang sama sebagai sampel

Jenis Persampelan secara Rawak
Persampelan rawak mudah
Persampelan rawak berstrata
Persampelan rawak sistematik
Persampelan rawak kelompok

PERSAMPELAN SECARA BUKAN RAWAK
Lazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam
penyelidikan bersifat kualitatif. Persampelan bukan
kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel
daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti
berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Jenis Persampelan secara Bukan Rawak
Persampelan pertimbangan nilai
Persampelan selesa
Persampelan kuota
Persampelan snowball


Kebolehpercayaan dan Kesahan
"Kesahan" dan "kebolehpercayaan" merupakan dua
aspek yang berbeza daripada kepercayaan kajian.
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan
ketekalan dalaman Kajian atau alat ukur dalam
mengukur sesuatu konsep atau aspek. Sekiranya
penyelidik yang lain melakukan penyelidikan yang sama,
keputusan yang diperolehi adalah sama. Ataupun soalan
yang sama di beri pada masa yang berbeza, jawapan yang
diperolehi bagi soalan tersebut tetap sama
Tiga jenis kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan
Kestabilan Kesetaraan
Ketekalan
Dalaman
KESTABILAN
Ukuran ketekalan mengikut peredaran masa bagi
sampel yang sama iaitu alat kajian berkenaan boleh
digunakan sepanjang masa.
KESETARAAN
Ukuran kesetaraan antara skor bagi dua ujian yang
setara iaitu ujian yang berbeza tetapi mengukur
kandungan yang sama.
KETEKALAN
Tunjukkan keseragaman antara item dalam ujian
(item dan skor ujian)


Kesahan
Kesahan merujuk kepada sejauh mana Kajian mengukur
apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika pensyarah
memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan
tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana,
ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur
kefahaman membaca.
Jenis kesahan
Terdapat empat (4) jenis kesahan, iaitu
kesahan kandungan (content validity),
kesahan hubungan kriteria (criterion-related
validity),
kesahan konstruk (construct validity) dan
Kesahan muka (face validity).

Kesahan Kandungan
Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu
ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur.
Kesahan kandungan sesuatu ujian adalah penting dalam kajian
disebabkan, sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah
ujian yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar
responden bagi kandungan yang diukur.
Kesahan Hubungan Kriteria
Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu
kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan
(predictive validity).
Kesahan serentak ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya
menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang
dihasilkan oleh alat lain yang diambil serentak. Contohnya, satu
ujian dibina untuk mengukur perkara yang sama, dikatakan lebih
mudah dan lebih cepat digunakan berbanding dengan ujian sedia.
Kesahan serentak boleh dikira dengan mencari korelasi antara dua
skor ujian-ujian ini.
Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu
berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan
skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil kemudian.
Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur pencapaian
Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan SPM Matematik.
kesahan ramalan boleh dikira dengan mencari korelasi antara skor
ujian dan gred M.

Kesahan Konstruk
Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana
sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu
konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi
tertentu. Contohnya, alat yang dibina untuk
mengukur konstruk "rajin" sepatutnya dapat
mengukur konstruk ini dengan baik. Kesahan
konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami
maksud konstruk tertentu (misalnya, maksud
"rajin") dan mengetahui ciri-ciri orang yang
mempunyai konstruk ini (misalnya, ciri-ciri orang
yang "rajin").

Kesahan Muka
Kesahan muka bukanlah kesahan seperti yang
dijelaskan, tetapi lebih kepada suatu alat/ujian
"nampak pada permukaannya" dapat mengukur apa
yang hendak diukur. Contohnya, bagi alat yang
mengukur konstruk "rajin", kita sepatutnya nampak
item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang
"rajin". Kesahan muka akan memberi keyakinan
kepada responden terhadap item-item yang hendak
dijawab, bagaimanapun, kesahan muka mempunyai
kelemahan tertentu, disebabkan responden boleh
meneka jawapan yang "positif" kepada konstruk
yang hendak diukur.




(b) Triangulasi
Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan
umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta,
navigasi dan latihan militer.
Dalam sains sosial, triangulasi digunakan untuk
tujuan pengesahan. Dalam triangulasi juga,
beberapa strategi pengutipan data digunakan untuk
mengukur sesuatu konsep.
Masalah berkaitan kebolehpercayaan dan kesahan
boleh dikurangkan melalui triangulasi.

Denzin (1978) mengenal pasti empat (4) kategori
triangulasi:
1. Triangulasi data yang melibatkan pengutipan
pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang
sama.
2. Triangulasi penyelidikan yang melibatkan
pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati
tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.
3. Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan
Iebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena
yang sama.
4. Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan
pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang
sama.

Kajian kualitatif, mustahak bagi kita menggunakan
teknik yang berbeza untuk mengumpul data. Kita
juga perlu menggunakan strategi yang berbeza untuk
menyelidik fenomena yang sama. Untuk
memperoleh kebolehpercayaan dan kesahan, kita
tidak boleh mengenepikan penggunaan triangulasi,
sebab cara ini dipercayai Iebih berkesan jika
digunakan dalam kajian kualitatif.

You might also like