You are on page 1of 12

Ciri-Ciri Kajian Yang Baik

• Ciri-ciri penyelidikan yang baik diertikan sebagai ciri-


ciri yang berasaskan prinsip saintifik dan etika.
• Antara ciri-ciri saintifik ialah : penjelasan
(explanation), ramalan (preditiction), corak (pattern),
pengulangan (repetition), replikasi (replication) dan
kuantifikasi (quantification).
• Selain itu, ciri-ciri am seperti objektiviti, keesahan,
kebolehpercayaan, kebolehtadbiran serta
kebolehtafsiran juga penting untuk sesuatu
penyelidikan. Semua penyelidikan yang baik mesti
mematuhi nilai atau kod etika
Penjelasan (Explanation) & Ramalan
(Prediciton)
• Matlamat unggul sesuatu penyelidikan dijalankan ialah
untuk memajukan penjelasan dan ramalan tentang
sesuatu fenomena fizikal atau sosial.
• Dengan kata-kata lain, tujuan atau pernyataan masalah
penyelidikan tentang apa yang ingin dijelas atau
diramalkan mestilah amat jelas.
• Angkubah-angkubah yang ingin dijelaskan serta hubungan
antara satu sama lain dalam suatu fenomena yang ingin
dikaji mesti dinyatakan secara eksplicit. Justeru itu,
hipotesis sama ada dalam bentuk diskriptif atau causal
mestilah spesifik, nyata dan boleh diuji.
Fenomena Yang Bercorak Dan
Berulang (Patterned and Repetitious
Phenomena)
• Sehubungan dengan ciri penjelasan dan ramalan, fenomena yang
dikaji dalam sesuatu penyelidikan haruslah mempunyai corak
yang berulang-ulang.
• Jika sesuatu fenomena kajian itu tidak berstruktur, tidak
mempunyai ciri-ciri sistematik dan tidak mempunyai hubungan
yang tekal, sudah tentunya penjelasan dan ramalan tidak boleh
dibuat dengan kepastian yang tinggi.
• Peristiwa yang wujud hanya sekali sahaja tidak boleh dijelaskan
dengan darjah verifikasi yang kuat. Pendek kata, fenomena kajian
yang baik mesti manpu dikaji oleh pengkaji lain kerana fenomena
berkenaan mempunyai corak yang boleh diramal dan dijelaskan
serta wujud dalam keadaan lain dan berulangan.
Replikasi (Replication)

• Supaya sesuatu kajian itu dianggap baik, kajian tersebut mesti


mampu direplikasikan oleh pengkaji sendiri dan pengkaji lain.
• Hanya selepas sesuatu pemerhatian dikesan berulang kali, barulah
kita menganggap kajian itu saintifik dan boleh dipercayai. Justeru
itu, kajian yang baik menetap dan menerangkan spesifikasi
metodologinya agar dapat dijalankan semula oleh pengkaji-
pengkaji lain.
• Sifat ini mempunyai kaitan dengan ciri empiris iaitu sesuatu kajian
sama ada metodologi atau fenomena yang ingin dikaji boleh
diulangi oleh pengkaji yang lain. Ini memastikan bahawa
penemuannya boleh disahkan semula atau ditolak.
Kuantifikasi (Quantification)

• Mengikut Forcese & Richer, ‘Quantification refers to the assignment of


numerical values to the phenomena under investigation’ (11973:10).
Kajian yang baik mengkaji fenomena yang dapat dihuraikan; apa yang
boleh dihuraikan sebaik-baiknya boleh diukur.
• Lantaran itu, fenomena kajian yang baik dapat kuantifikasikan melalui
angkubah-angkubahnya.
• Semakin halus ukuran angkubahnya, semakin tinggi kekuatan hubungan
statistikal yang mampu dibuktikan.
• Hipotesis yang dibentuk berasaskan angkubah-angkubah yang
measureable lebih mantap dan boleh dianalisa dengan pelbagai kaedah
statistik.
• Contohnya sekiranya pengkaji ingin menghuruai dan mengklasifikasikan
motivasi pekerja, maka mesti adanya instrumen untuk mengukur
konstruk tersebut dan hasilnya dalam data yang boleh diuji
Konseptualisasi : Abstrak Dan Operasi

• Selanjut daripada ciri kuantifikasi, konsep-konsep dalam sesuatu kajian yang wujud dalam bentuk
abstrak mestilah boleh dioperasikan secara validnya. Apabila kita operasikan sesuatu konsep, kita
menetapkan unsur-unsur konsep tersebut dalam bentuk yang boleh ditanggap dan diukur atau
angkubah-angkubahnya.
• Pengoperasian konsep abstrak atau konstruk yang valid merupakan pengoperasian yang
mempunyai keesahan konstruk yang tinggi. Dengan kata-kata lain, angkubah-angkubah yang
dibentuk untuk mewakili konstruk betul-betul menepati had dan spesifikasi konstruk tersebut.
• Mengikut Zetterberg, terdapat tiga kemungkinan kesilapan dalam proses pengoperasian
konstruk. Yang pertamanya, angkubah yang dipilih tidak merangkumi pengertian konstruk.
Contohnya jika secara konsepsinya, kelas sosial diertikan sebagai pendapatan bulanan dan
kesedaran seseorang tentang keanggotaannya dalam sesuatu hirarki manakala angkubah yang
dipilih untuk kelas sosial hanya mengambil kira pendapatan bulana sahaja. Kesilapan yang kedua
yang mungkin timbul ialah di mana pengoperasiannya mempunyai ruang lingkup yang lebih luas
daripada konstruknya. Contohnya angkubah-angkubah yang dipilih untuk mengoperasikan kelas
sosial tadi termasuk pendapatan, kesedaran dan tahap pendidikan. Akhirnya, kesilapan ketiga
ialah pengoperasian yang tidak menepati langsung konstruk yang dimaksudkan. Contohnya
angkubah untuk kelas sosial ialah warna kulit di mana orang berkulit putih dianggap kelas tinggi
manakala orang berkulit hitam dianggap kelas bawahan.(Zetterberg, 1965:114-20
Model, Hipotesis Dan Teori

• Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa penyelidikan yang


baik biasanya menggunakan pendekatan deduksi berdasarkan
model, hipotesis dan teori. (Gay & Diehl, 1996: 77) Penyelidikan
yang memaju dan mencabar model, hipotesis dan teori yang sedia
wujud akan menganjakkan paradigma dan menghasilkan model,
hipotesis dan teori baru.(Kuhn,1962)
• Justeru itu, mengikut Newman, ‘There is no evidence… that a
single scientific discovery ever was made by induction as
conceived by Bacon. On the contrary it is quite clear that to
engage in research without the stimulus and guidance of
hypotheses, rules, preconceptions, anticipations, control criteria
and the like is a hopeless if not indeed frivolous activity (Newman,
1961, Vol. 1, 91). Jelasnya, satu ciri penyelidikan yang baik ialah
ianya berasaskan paradigma teori dan model yang sedia ada.
Objektiviti/Keobjektifan

• Objektiviti merupakan sifat penganggapan yang tidak dipengaruhi


oleh emosi atau prasangka seseorang. Dalam pernyataan masalah,
pengkaji mestilah memastikan bahawa fahamannya terhadap
masalah adalah sama dengan fahaman pengkaji-pengkaji lain.
Begitu juga dalam pemilihan kaedah, teori dan rujukan
literaturnya. Sekiranya terdapat bukti bahawa terdapat kaedah
yang lebih baik daripada kaedah yang ingin dijalankannya, maka
dia mesti sedia menerimanya.
• Supaya data yang diperolehi mempunyai keesahan yang tinggi,
soalan-soalan atau item-item dalam instrumen (soal selidik) mesti
mempunyai objektifan yang tinngi. Ini bererti soalan itu tidak
berbentuk ambiguous tetapi memberi interpretasi yang sama
kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
• Bagi peringkat pungutan, analisa dan laporan data, emosi
dan kepentingan pengkaji dan sponsornya harus
diketepikan agar laporan dapat dibuat dengan
objektifnya.
• Begitu juga dalam pemilihan sampel atau subjek kajian
pengkaji mestilah mematuhi rancangan yang telah
ditetapkan dan tidak mengubahnya untuk menyesuaikan
sampel agar dapat memenuhi kepentingan diri.(Forcese &
Richer, 1973:16)
• Untuk memastikan bahawa sampel yang dipungut adalah
objektif dan tidak biased, maka terdapat berbagai-bagai
kaedah persampelan seperti persampelan rawak,
persampelan kluster, persampelan sistematik dan
persampelan rawak berstrata. (Gay & Diehl, 1996: 128
Kebolehpercayaan & Keesahan
Pengukuran
• Aras pengukuran data dalam sesuatu penyelidikan boleh
berbentuk nominal, ordinal, interval atau ratio. Penyelidikan yang
baik akan seboleh-bolehnya menggunakan aras ukuran yang tinggi
iaitu data interval atau ratio. Ini adalah kerana analisa statistik
seperti ujian paramatriks yang lebih teliti dan rapi boleh dilakukan
terhadap data interval atau ratio.
• Justeru itu, sekiranya perhubungan causal dikaji, adalah
pentingnya data interval atau ratio dipungut.
• Sehubungan dengan itu, ciri kebolehpercayaan dan keesahan
pengukuran amat perlu diamati oleh pengkaji. Semakin tinggi sifat
kebolehanpercayaan dan keesahan sesuatu analisa dan pungutan
data, semakin tepat dan baik sesuatu penyelidikan. (Forcese &
Richer, 1973:73)
Faktor Etika
• Setiap penyelidikan mestilah memastikan kaedah,
kandungan dan tujuan tidak melanggar kod etika
pengkaji, norma dan nilai-nilai sejagat seperti agama.
• Sekira sesuatu kajian memenuhi semua ciri dan prinsip
saintifik tetapi tidak beretika mana sudah tentunya
penyelidikan demikian dianggap kurang baik. Contohnya
penyelidikan yang memanipulasi manusia atau cuba ‘play
god’ seperti clone manusia dan sebagainya.
• Isu yang berkaitan dengan isu etika ialah kejujuran
pengkaji. Pengkaji mesti menunjukkan segala usahanya
untuk memastikan bahawa setiap langkah penyelidikan
dilaksanakan dengan jujur dan segala data yang diperolehi
adalah tepat

You might also like