You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Terdapat banyak kes jenayah yang berlaku di Malaysia tidak dapat diselesaikan
dengan cara yang adil. Kes mencuri telah menjadi satu berita yang sememangnya akan
dicetak di dada-dada akhbar setiap hari yang telah menyebabkan banyak kesan negatif
seperti kehilangan nyawa akibat desakan mempertahankan harta pencarian keluarga.
Makna adil bererti meletakkan sesuatu pada tempatnya dan dalam kes jenayah
menyelesaikannya dengan tepat.

Kadangkala mangsa di dalam situasi pula yang dikenakan hukuman oleh jenayah
sivil yang sememangnya terdapat banyak sekali rongga dan lubang tikus yang perlu ditutup.
Kes seperti T.Gopal , bapa kepada dua anak yang mencuri susu formula bayi dipenjara dan
didenda jelas menujukkan kerapuhan sistem undang-undang sedia ada di Malaysia. Hukum
islam jelas , lengkap dan adil akan mampu mengubah situasi ini. Hukum Islam menegakkan
keadilan dan mengawal keselamatan,kehormatan dan moral manusia manusia yang
diistilahkan sebagai lima perkara wajib yang mesti dijaga agama , akal ,nyawa ,keturunan
dan harta benda.(mat saad 1989)

Kesusahan bagi undang-undang Islam dipraktikkan di Malaysia ialah


kesalahfahaman dan pernyataan kurang bijak oleh individu yang lebih sudu daripada kuah.
Lambakan pemikiran progresif yang tidak bersumberkan maklumat yang tepat dan hanya
berpandukan khabar angin jelas membawa persepsi negatif buruk tentang RUU35 yang
sepatutnya telah dilaksanakan di Malaysia yang jelas di dalam perlembagaan agamanya
rasminya ialah agama Islam. Jelas di sini terdapat perkara sensitiviti yang perlu dibaiki
terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan undang. Lihat sahaja isu dobi muslim, isu kecil
yang diapi-aikan oleh individu yang masih kebencian dan keuntungan politik.

1
2.0 Hukum Hudud

Hudud membawa definisi menahan dan mencegah .Daripada istilah hukum hudud
diperkatakan keseksaan yang menjadi ketetapan oleh nas-nas AL-Quran yang wajib
dilaksanakan sebagai hak ALLAH kerana merosakkan ketenteraman dan menganggu
keselamatan nyawa dan harta .

Dalam undang-undang islam kesemua tugas dan tanggungjawab dibahagikan


kepada dua kategori iatu hak ALLAH ( haqq ALLAH) dan satu lagi ialah hak manusia ( haqq
adami) Dalam undang-undang Islam, perkataan hadd ( jama', hudud) bermakna hukuman
yang telah ditetapkan oleh ALLAH yang terkandung dalam al-Quran atau sunnah.
Pelaksanaan undang-undang ini ialah hak ALLAH.

Dalam konteks menghukum, sesuatu hukuman yang digolongkan kepada hak


ALLAH mengandungi tiga aspek utama. Pertama hukuman ini ditetapkan untuk kepentingan
ramai, kedua ia tidak boleh diringkan atau diberatkan dan ketiga setelah dilaporkan kepada
hakim, ia tidak boleh diampunkan sama ada oleh hakim, pihak berkuasa politik atau mangsa
kesalahan itu.

Di dalam ayat Al-Quran jelas dinyatakan

"Inilah Balasan ALLAH. Janganlah kamu melampauinya

Enam kesalahan besar yang umumya diakui sebagai kesalahan hudud ialah berzina,
menfitnah zina, murtad ,meminum arak ,mencuri dan merompak. Kecuali qisas bagi
hukuman membunuh dan mencederakan , hukuman jenayah lain boleh dibuat melalui
konsep budi bicara iatu t'azir

3.0 Konsep mencuri dalam islam beserta hukumannya

Konsep fuqaha mengenai mencuri iatu mengambil harta orang lain secara senyap-
senyap. Mengambil secara bersemuka sudah dikira merompak. Hukum mencuri adalah
berdosa besar dan bertentang dengan ajaran islam. Terdapat syarat-syarat untuk
dikenakan hukuman hudud disebabkan kesalahan mencuri

Pertama adalah keadaan pencuri. Pencuri mestilah dalam keadaan baligh. Kanak-
kanak tidak boleh dikenakan hukuman potongan tangan kerana mereka masih belum
tertakluk kepada syariat Kedua ialah pencuri mestilah berakal ketika kesalahan tersebut
dilakukan Orang gila tidak boleh dikenakan hukuman mahupun mabuk kerana memakan
ubat yang mengkhayalkan .Pencuri tersebut hendak melakukan jenayah curi dengan
kerelaan hatinya sendiri. Orang yang dipaksa mencuri seperti diugut atau diancam bunuh

2
tidak dikenakan kesalahan. Pencuri juga perlu tahu pengharaman mencuri sekaligus juga
memahami hukuman yang akan dikenakan sekiranya mencuri . Orang kafir tidak wajib
dikenakan hadd kerana mereka tidak mengetahui akan sistem hukuman hudud..

Kedua ialah harta dicuri. Pertama nilai harta yang dicuri. Tujuan fuquha ialah cuba
menentukan nilai minimum harta curian ialah untuk mengelakkan pelaksanaan hukuman
hudud yang sanga berat kecuali harta curian itu mempunyai nilai yang amat tinggi. Semua
mazhab bersetuju ,jika harta curian itu tidak mempunyai nilai, hukuman ini tidak sepatutnya
dilaksanakan. Pesalah masih boleh dikenakan hukuman ta'zir tetapi bukan hukuman hadd
yang ditetapkan untuk jenayah mencuri. Hakikat perubahan dalam negara serta pertukaran
wang yang berbeza fizikal maka pemerintah negaralah yang bertanggungjawab untuk
menentukan nilai minimum berhubung dengan hukuman yang akan dijalankan tersebut.

Harta dicuri dari tempat simpanan yang sesuai. Harta bukan milik atau milik bersama
pencuri. Sekiranya pencuri adalah rakan kongsi dalam sebuah perniagaan, maka harta
tersebut ialah miliknya. Dalam kes seperti rakyat yang miskin mencuri harta kerajaan ketika
kebuluran, anak mencuri duit bapa atau hamba mencuri harta tuan, pencuri tidak akan
dikenakan hukuman kerana terdapat keraguan di mana harta terdapat ada unsur pencarian
bersama. Harta yang dicuri juga mestilah suci. Sekiranya harta seperi arak , khinzir tiada
hukuman potong tangan. Pendapat Jumhur ulama mengatakan bahawa Nabi tidak
membenarkan hukuman Hadd dikenakan kecuali barang yang dicuri diambil daripada
hiraznya. Hiraz ialah tempat menyimpan barangan di tempat selamat. Keempat-empat
mazhab ahli sunnah mengatakan bahawa untuk membuktikan pengambilan harta orang itu
mencuri mestilah dibuktikan harta itu tersimpan di tempat sepatutnya.

ketiga adalah saksi perlu terdapat saksi untuk membuktikan pencurian berlaku
sekurang-kurangnya dua orang saksi. Saksi terdiri daripada lelaki islam yang akil baligh dan
adil. Sekiranya saksi melibatkan dua perempuan dan seorang lelaki maka ia hanya boleh
mengesahkan harta namun tidak boleh mensabitkan hukuman. Keterangan saksi benar-
benar terang dan tiada keraguan. Saksi wajib mengatakan dia lihat dengan mata kasar
perbuatan tersebut. Ikrar saksi dibuat tanpa paksaan di hadapan seorang pengawai
kehakiman dan diuklangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan

Keempat ialah Qarinah bermaksud tanda atau petunjuk yang boleh mensabitkan
pesalah terlibat. Seperti contoh meallui nrakaman litar tertutup saksi ada ataupun cap jari
tertuduh memang ada di tempat kejadian.

3
4.0 Pelaksanaan hukum Hudud

Menurut Mazhab Maliki, jika pencuri itu orang kaya semasa menjalani hukuman
potong tangan, wajib memotong tangan dan membayar ganti rugi barang yang rosak itu.
Tetapi jika dia orang miskin, maka tidak wajib menggantikan barang yang telah rosak itu.
Manakala menurut Syafie dan Hambali pula hendaklah memotong tangan bersama
membayar ganti rugi barang yang telah rosak sama ada orang itu miskin atau kaya. Apabila
berulang kali mencuri, para ulamak bersepakat menyatakan wajib memotong tangan kanan
pada mencuri kali pertama. Apabila mencuri kali kedua, hendaklah dipotong kaki kiri kecuali
Hambali berkata tidak ada had lagi selepas kali ke dua. Pencuri itu hendaklah membayar
harga harta barang yang di curi dan dikenakan ta’zir serta ditahan sehingga dia
bertaubat.Sementara menurut Maliki dan Syafie pula, sekiranya pencuri mencuri kali ke tiga
maka dipotong tangan kiri dan jika mencuri kali keempat maka hendaklah dipotong kaki
kanan pula. Kemudian di ta’zirkan jika mencuri lagi.

Menurut pandangan penulis Mohamed s. Elwa yang menukis hukuman dalam


undang-undang islam dalam pandangan ibn'abbas dan 'Ata' meriwayatkan membenarkan
tangan kanan pencuri iatu dipotong untuk kesalahan pertamanya dan hukuman taz'zir
sahaja tentang hukuman mencuri seterusnya Beliau menyokong pandangan ini
berdasarkan ayat Al-Quran yang bermaksud Dan Tuhan kamu Tidak pernah terlupa iatu jika
Allah berkehendaki sesuatu yang lain dipotong pasti ALLAH mengatakan sedemkian.

Pemotongan tangan keatas seorang yang telah sabit melakukan jenayah curi oleh
mahkamah hendaklah dilakukan dengan cara yang dianggap paling mudah dan sesuai.
Menurut catatan Ibn Qudamah, orang yang akan menjalankan hukuman potong tangan
hendaklah diletakkan dalam keadaan duduk Diikat badannya agar dia tidak dapat bergerak
yang boleh membahayakan dirinya Diikat tangannya dengan meninggalkan bahagian yang
hendak dipotong iaitu pergelangan tangan Diletakkan pisau yang tajam pada pergelangan
tangan itu. Kemudian, dikejutkan pisau itu dengan kuat sehingga dapat memotong tangan
itu serta merta (sekali gus) (Sabri Abdul Rahman. 1987:134)

4
5.0 Manfaat Hudud dan implikasinya di Malaysia

Matlamat di sebalik hukuman ialah ialah pembalasan atau pencegahan dan


ditambah dengan tokoh ibnu Hazm mengatakan kita tidak seharusnya melampaui ketetapan
Al-Quran dan Sunnah tentang hukuman ini. Hukuman hudud dilakukan kerana bagi melihat
dan menimbulkan keinsafan kepada orang ramai yang bahawa hukuman ini jelas
menujukkan kesan buruk yang akan memberi kesan positif pada jangka masa panjang.
Malahan pemimpin turut tidak terkecuali dalam hukuman ini. Pentafsir al_Quran bersetuju
bahawa hukuman Hadd mesti dilaksanakan di khalayak ramai untukmencapai kesan
pencegahan sepenuhnya.

Diriwayatkan nabi bersabda bahwa sesiapa yang melakukan jenayah yang patut
menerima hukuman hadd dan menerima hukuman itu, maka ia penebus dosanya maksud
pesalah yang dihukum di dunia tidak akan dihukum di akhirat, Jelas konsep penebusan
dosa dalam islam berbeza dengan konsep penebusan dosa dalam undang-undang barat
kerana ia satu keperluan agama dan tidak boleh dianggap sebagai sebaahagian daripada
teori hukuamn dalam konteks undang-undangnya

Hukum Hudud akan meningkatkan tahap keselamatan negara dengan tertubuhnya


nundang-undang yang adil dan saksama yang akan menjamin keselamatan diri dan harta
Dalam konteks ini menarik diperhatikan bahawa hukuman yang sama untuk mencuri dalam
hukum hudud telah menghentikan semua perbuatan mencuri di wilayah Ardyone , Belfast di
Ireland. Perkara ini dilaksanakan oleh I.R.A dan difahamkan ia dilaporkan sebagai
pengadilan kasar ( rough judgment) dalam The Times.

.Hukuman hudud jelas membawa ke masa hadapan Islam yang lebih cerah kerana
tahap perkembangan sesuatu ekonomi juga bergantung kepada kadar jenayah. Pelabur
misalnya lebih yakin untuk melaburkan modal dalam negara dengan kadar jenayah yang
rendah. Selepas tahap keselamatan negara meningkat pula secara tidak langsung
masyarakat akan mendapat persepsi baik terhadap agama Islam kerana kebanyakkan kes
di Malaysia melibatkan umat orang islam. Hukum hudud menunjukkan islam agama yang
syumul sambil memecahkan pendapat bahawa yang mengatakan bahawa agama islam
tidak hanya berfokus kepada ibadah namun juga kepada kehidupan di dunia.

5
6.0 Kesimpulan

Matlamat perlaksanaan hukum Jenayah dalam islam memberikan umat islam asuhan
agama dan mencegah berkembangnya tindakan jenayah dan pertambahan bilangan
penjenayah. Hukum hudud jelas menjadi satu hukuman yang sesuai dengan perbuatan
jenayah tanpa menjejaskan hak dan kepentingan umum masyarakat. Jelas pemerintah perlu
menimbang tara bahawa untuk mengubah sesuatu jenayah bukanlah hanya dengan
menangkap dan menghukum penjenahayah namun mengubah sistem hukuman yang akan
menghapuskan penjenayah bak kata pepatah mencegah lebih penting daripada merawat.

Maka sekiranya sistem hudud ini diterapkan dalam masyarakat dan mendarah
daging , maka peraturan menjadi kebiasaan dan kebiasaan menjadi norma. Hakikatnya rasa
hormat akan undang-undang dan mengetahui undang-undang dijalankan kepada semua
orang akan menyebabkan masyarakat berasa selamat Dalam seorang ahli falsafah Amerika
mengatakan menyentuh sebuah dapur panas dan merasai kesakitan melecur menyebabkan
sesorang mengelakkan menyentuh dapur panas lagi dan rangsangan kimia ini jelas dialami
oleh pesalah yang dikenakan hukuman dipotong tangan. Maka hukuman ini jelas dalam
jangka panjang menjadikan negara Malaysia sebagai negara sifar jenayah mencuri.

6
Rujukan

Dato Dr Haron Din ( 2010) Hukum Hudud dalam perundangan islam.Kuala Lumpur. PSN
Publications

Hamid Jusof ( 1992) Kedudukan Undang-undang Islam dalam perlembagaan Malaysia.


Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Haron Din, Falsafah perundangan Islam dlm. Mohd Azam Hamzah & Md. Akhir Haji
Yacob(ed.), Falsafah dan prinsip perundangan Islam, Penerbit UKM, Bangi 1986s. 1-19

Jafril Khalil, Konsep dan falsafah perundangan Islam dlm. Siti Zalikhah Haji Md. Nor (ed), Al-
Syariah, Jilid 1, Konsep dan falsafah perundangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka,
1999, m

Mahmood Zuhdi Abd Majid, Pengantar undang-undang Islam di Malaysia, Penerbit Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 1997

Mat Saad Abd Rahman. 1989. Undnag-undang jenayah Islam Petaling jaya, Jimawas
Printers Sdn Bhd.

Mohamed S. El-Awa ( 1999) Satu Kajian Perbandingan Hukuman dalam undang-undang


Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur .

Yusuf Abdullah Dafhaq. (1994) keadilan Membawa kebahagian, Kuala Lumpur, Percetakan
zafar sdn.Bhd.

You might also like