You are on page 1of 25

1

Berdasarkan teori-teori perlakuan jenayah yang anda pelajari, bincangkan


fenomena jenayah yang berlaku di Malaysia hari ini, adakah sistem keadilan
jenayah di Malaysia mampu membendung perlakuan jenayah secara
keseluruhannya
PENGENALAN
Jenayah mempunyai pelbagai takrifan. Walaubagaimanapun secara umumnya ia
bergantung kepada dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan juga
kodnorma yang wujud dalam sesuatu budaya. Jenayah juga dapat ditakrifkan sebagai
suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yangmembahayakan masyarakat dan segala
perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan
orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara.
Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau
kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri
atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah. Berdasarkan Kamus Dewan
Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan kejahatan (spt mencuri, merompak,
membunuh, dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang. Menurut Oxford Dictionary
pula, Jenayah boleh didefinisikan sebagai An action or omission which constitutes an
offence and is punishable by law. Oxford Dictionary juga turut mendefinisikan Jenayah
sebagai An action or activity considered to be evil, shameful, or wrong. Di dalam
kamus Collins English Leaners Dictonary menyebut makna jenayah atau crime itu ialah
action which is against the law sebagai contoh perbuatan merompak dan membunuh
dianggap sebagai jenayah. Menurut Islam, definisi jenayah boleh ditinjau daripada
melalui istilah yang diberikan oleh ulama antaranya:
2

Menurut pengertian umum : Jenayah ialah kesalahan dan perbuatan yang
dilarang disisi undang-undang syara dan pesalah dikenakan hukuman hudud,
qisas atau tazir.(Prof Madya Dr. Mat Saad Abd Rahman,1989).
Iaitu segala perbuatan jahat yang dilakukan dengan tujuan untuk menceroboh
harta benda, kehormatan, anggota dan tubuh badan manusia serta semua
kesalahan yangmeliputi perbuatan jahat baik kesalahan tersebut berkaitan
dengan hak Allah dan hak manusia.
Jenayah dalam pengertian lain bermaksud seorang mukallaf yang melakukan
perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang disuruh
dengan menderhakai syariat Islam dan hukum Allah.
Menurut pendapat Imam Al-Mawardi : Jenayah ialah segala perbuatan yang
diharamkan oleh syara dengan hukuman hudud, qisas dan tazir.
Menurut istilah jumhur fuqaha, jenayah ialah sesuatu perbuatan yang
diharamkanoleh syara sama ada ia dilakukan terhadap diri manusia, anggota
badan serta harta,serta semua kesalahan yang merangkumi hukuman hudud,
qisas dan tazir(Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd Rahman).
Apabila membincangkan mengenai konsep jenayah maka sebenarnya kita tidak boleh
lari daripada membincangkan konsep jenayah dalam konteks yang lebih besar dan
menyeluruh iaitu Kriminologi atau Criminology. Kriminologi adalah suatu bidang
pengkajian mengenai jenayah yang mencangkupi dua persoalan utama iaitu siapakah
yang dimaksudkan dengan penjenayah dan apakah motif utama mereka melakukan
jenayah(Carey, 1978). Namun begitu, bagi sesetengah pengkaji yang mengkaji bidang
ini merasakan bahawa adalah perlu untuk meluaskan skop pengkajian seperti
3

memasukkan elemen-elemen lain seperti pembuatan undang-undang jenayah,
pelanggaran undang-undang jenayah dan reaksi ketika melanggar undang-undang
tersebut(Carey, 1978). Justeru bidang pengkajian jenayah ini bukan sahaja
merangkumi persoalan-persoalan seperti apa itu penjenayah dan apakah motif seorang
penjenayah, namun ia sebenarnya merangkumi perspektif yang lebih besar secara
tidak langsung merangkumi aspek Politik, Ekonomi dan Sosial. Dalam memahami
perlakuan jenayah atau devian seseorang penjenayah terdapat teori-teori yang telah
dikemukakan oleh pengkaji bidang Kriminologi yang meyakini bahawa perlakuan
jenayah yang dilakukan oleh seseorang itu adalah berdasarkan teori yang mereka
kemukakan.

TEORI-TEORI JENAYAH
Terdapat banyak teori-teori yang dikemukan oleh para pengkaji bidang
Kriminologi yang diyakini membawa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah atau
terjebak dengan perlakuan devian. Teori-teori tersebut dapat dikelaskan kepada 5
bahagian :
Choice Theory
Trait Theory
Social Structure Theory
Psychodinamic Theory


4




Choice Theory
Choice Theory turut dikenali sebagai Rational Choice Theory adalah merupakan
antara teori yang muncul dalam menerangkan bagaimana seseorang manusia itu boleh
menjadi terjebak dengan perlakuan jenayah atau perlakuan yang devian. Teori ini mula
dipelopori oleh Cesare Beccaria yang merupakan seorang ahli falsafah daripada Itali
yang hidup pada abad ke-18. Di bawah teori ini, terdapat beberapa teras yang menjadi
asas kepada teori ini:
Manusia memilih untuk bertingkah laku termasuk tingkah laku jenayah atau
devian
Pilihan kepada tingkah laku manusia itu boleh dikawal melalui hukuman yang
berat.
Lebih berat sesuatu hukuman tersebut maka lebih berkesanlah ia dalam
mengawal tingkah laku manusia daripada terlibat dengan tingkah laku jenayah
atau devian.
Menurut Rational Choice Theory ini perlakuan yang melanggar undang-undang atau
melakukan jenayah ini berlaku apabila seseorang itu telah menimbangkan beberapa
faktor sebelum seseorang itu melakukan jenayah iaitu antaranya faktor-faktor dalaman
seperti wang, keseronokan, dendam dan keberanian serta faktor persekitaran seperti
keadaan mangsa jenayah adakah dikawal atau tidak dan keefisienan pihak berkuasa di
sesuatu tempat(Siegel,,1998). Kecenderungan untuk melakukan sesuatu jenayah
5

bergantung kepada pertimbangan yang dibuat berdasarkan kedua-dua faktor tersebut.
Selalunya, kecenderungan untuk melakukan jenayah juga bergantung kepada faktor
lokasi seperti faktor ekonomi iaitu apakah mangsa yang tinggal atau lalu di sesuatu
kawasan yang ingin dirompak adalah mereka dari golongan yang berada atau tidak dan
sejauh manakah ia dijaga oleh pihak berkuasa. Misalnya, sebuah kajian dibuat
mengenai jenayah kecurian di kawasan-kawasan perumahan mendapati pencuri-
pencuri tidak akan melakukan jenayah mencuri di kawasan yang dikawal atau dironda
secara kerap oleh pihak polis atau pihak berkuasa(Rengert and Wasilchick, 1985).
Malah, kajian lain juga mendedahkan jika pihak polis mula menumpukan perhatian
kepada kawasan-kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi, maka para
penjenayah akan mula berpindah dan menumpukan perhatian ke tempat yang kurang
diberi perhatian oleh pihak polis yang dianggap sebagai selamat oleh penjenayah
untuk melakukan jenayah mereka yang selalunya disebut sebagai Crime
Displacement(McIver, 1981).
Rational Choice Theory melihat perlakuan jenayah sebagai Offense Specific
Crime dan Offender Specific Crime(Siegel, 1998). Offense Specific Crime merujuk
kepada perlakuan jenayah yang dilakukan oleh seseorang penjenayah setelah
mengambil kira faktor-faktor seperti ganjaran selepas melakukan sesuatu jenayah,
peluang untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap polis. Offender Specific Crime
pula merujuk kepada perlakuan jenayah yang dilakukan setelah pelaku menimbang
faktor-faktor seperti kemahiran yang ada untuk melakukan jenayah, motif untuk
melakukan jenayah, keperluan untuk melakukan jenayah serta keberanian seseorang
untuk melakukan jenayah. Seseorang itu mungkin tidak akan melakukan jenayah jika
6

kehendak yang ingin dicapai boleh didapati bukan dengan cara melakukan
jenayah(Philips & Votey, 1987). Secara ringkasnya Rational Theory ini adalah
merupakan teori yang dikemukakan berdasarkan andaian bahawa seseorang itu
mempunyai pilihan sama ada ingin melakukan jenayah atau tidak. Faktor dalaman dan
persekitaran seseorang akan mempengaruhi pertimbangan atau pilihan seseorang
sama ada ingin melakukan jenayah atau tidak.

Trait Theory
Trait Theory atau juga dikenali sebagai Teori Biologi adalah merupakan teori
yang berdasarkan anggapan bahawa faktor keturunan seseorang juga mempengaruhi
seseorang untuk terlibat dalam perlakuan jenayah atau devian. Trait Theory
dikemukakan oleh Cesar Lombroso merupaka teori yang sememangnya berdasarkan
kaedah saintifik atau biologi manusia dalam menentukan apakah sebab manusia itu
terlibat dalam perbuatan jenayah atau devian. Teori ini juga beranggapan bahawa
seseorang itu akan cenderung menjadi penjenayah jika bapa atau ibunya adalah
penjenayah. Justeru menurut teori ini kebarangkalian untuk seseorang itu menjadi
penjenayah adalah tinggi jika dia berketurunan penjenayah. Namun begitu, Lombroso
bukanlah satu-satunya individu yang mengembangkan teori ini sebaliknya ia turut
dikembangkan oleh Raffaele Garofalo(1852-1934) yang menegaskan bahawa ciri-ciri
fizikal atau perlakuan seseorang boleh juga menjadi trait-trait yang boleh diasosiasikan
dengan penjenayah atau Delinkuens. Beliau memberikan contoh banduan dipenjara
sanggup mengetepikan rasa sakit ketika mereka mencacah tattoo di badan mereka
7

dianggap sebagai antara trait-trait yang boleh diasosiasikan dengan penjenayah atau
Delinkuens(Garofalo, 1914).
Menjelang abad ke-20, pengkajian terhadap bidang kriminologi ini didominasi
oleh golongan ahli akademik yang berasal daripada disiplin ilmu sosiologi. Mereka
berpendapat bahawa jenayah yang berlaku mempunyai kaitan dengan faktor-faktor
sosial persekitaran sekaligus menolak pendekatan biologi dalam menerangkan
bagaimana sesuatu jenayah atau bagaimanakah seseorang itu boleh terlibat dengan
jenayah. Namun begitu, menjelang dekad 1970-an, muncul terma Sociobiology yang
menekankan kepentingan genetic dan biologi dalam diri manusia dalam membentuk
kemahiran sosial manusia(Siegel, 1998). Pengkaji bidang sosiobiologi ini berpendapat
genetik atau Gene yang terdapat dalam kromosom manusia adalah merupakan
komponen yang paling berpengaruh dalam membentuk perilaku atau tingkah laku
seseorang. Justeru, para pengkaji kriminologi berpendapat jika seseorang yang
mewarisi gene daripada seorang penjenayah maka individu tersebut mempunyai
kecenderungan untuk terlibat dalam perlakuan jenayah atau devian di masa hadapan.
Namun begitu, pengkaji dalam bidang ini tidak menolak faktor persekitaran sebagai
faktor pendorong dalam melakukan jenayah di mana kombinasi antara trait manusia
dengan faktor persekitaran sebenarnya boleh membentuk pola tingkah laku
manusia(Siegel, 1998). Selain itu, pengkaji yang berpegang kepada teori ini juga
berpendapat kefungsian otak dan mental manusia serta proses pembelajaran sosial
termasuk tingkah laku jenayah atau devian sebenarnya berpunca daripada proses
pembelajaran atau Learning Process.

8





Social Structured Theory
Faktor motivasi dalam melakukan jenayah oleh seseorang tidak semuanya
didorong oleh faktor-faktor biologikal atau pilihan individu itu sendiri. Kadang kala
ketidakadilan struktur sosial itu sendiri memungkinkan perlakuan jenayah atau devian
itu dilakukan oleh seseorang.Para pengkaji kriminologi yang percaya pada teori ini
cenderung mengatakan bahawa ketidakadilan di dalam struktur ekonomi terutama dari
segi kelas ekonomi yang berbeza adalah merupakan punca utama kepada berlakunya
jenayah. Di dalam teori ini, kuasa ekonomi merupakan antara faktor penolak bagi
manusia untuk terlibat dengan jenayah. Di dalam hal ini, golongan kelas bawahan yang
dianggap sebagai kumpulan yang berisiko kerana mereka adalah golongan yang
sentiasa dihimpit dengan kuasa ekonomi yang sentiasa menghambat mereka sekaligus
menyebabkan sesetengah daripada mereka terlibat dengan jenayah atau tingkah laku
yang devian. Selain itu, terdapat golongan remaja yang tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya sentiasa terdedah dengan pergaulan yang bebas tanpa batasan sekaligus
menyebabkan mereka berisiko untuk melakukan perbuatan jenayah(Siegel, 1998).
Di bawah teori ini terdapat tiga lagi teori kecil yang berada di bawah teori ini iaitu
yang pertamanya Social Disorganization Theory . Di bawah teori kecil ini beranggapan
bahawa keadaan di bandar terutama di pinggir bandar yang terletaknya penempatan
9

untuk mereka yang miskin yang menghadapi masalah seperti tidak ada pekerjaan,
keciciran sekolah bagi kanak-kanak dan bilangan keluarga yang terdiri daripada ibu
tunggal(Siegel, 1998). Mengikut teori ini kecenderungan untuk melakukan jenayah
adalah tinggi bagi mereka yang terdiri daripada komuniti ini. Teori kecil yang kedua pula
adalah Strain Theory yang beranggapan bahawa setiap manusia mempunyai
kehendak masing-masing. Namun kadangkala mereka gagal untuk mencapainya
kerana disebabkan faktor kemiskinan yang menyelubungi diri seseorang yang
memaksa seseorang itu melupakan impiannya. Menurut Strain Theory ini, mereka ini
akan berasa marah dan kecewa kerana tidak dapat untuk mencapai kehendak mereka
sekaligus akan menyebabkan mereka untuk mula melakukan jenayah bagi mencapai
kehendak mereka. Bagi teori yang seterusnya pula ialah Cultural Deviance Theory.
Cultural Deviance Theory adalah merupakan kesan daripada dua teori yang
sebelumnya. Menurut teori ini, pembinaan perlakuan yang devian atau jenayah adalah
kesan daripada perilaku yang ditunjukkan di dalam Strain Theory itu tadi yang
digabungkan dengan keadaan persekitaran kehidupan di dalam Social
Disorganizational Theory maka ia akan menjadikan seseorang itu cenderung untuk
melakukan jenayah.

Psychodinamic Theory
Di bawah Teori Psikoanalisis ini, Sigmund Freud mengemukakan bahawa
fikiran manusia merangkumi 3 lapisan iaitu Conscious, Pre-Conscious dan
Unconscious. Lapisan Conscious atau lapisan sedar menurut Freud hanya merangkumi
sebahagian kecil daripada minda manusia. Ini kerana Sigmund Freud berpendapat
10

bahawa minda manusia yang sedar hanya merangkumi sebahagian kecil daripada
keseluruhan minda manusia atau disebut sebagai Conscious State(Freud, 1946). Di
bawah keadaan minda sedar manusia sentiasa peka dengan persekitaran sekeliling
dan memberikan tindak balas serta mampu untuk untuk berinteraksi dan memberi
reaksi kepada orang

atau individu sekeliling. Sebagai contoh, apabila seseorang itu merasa lapar atau
dahaga maka pada waktu ini secara automatiknya minda akan mengisyaratkan bahawa
kita perlu makan atau minum untuk menghilangkan rasa lapar tersebut. Pre-Conscious
atau minda separa sedar pula adalah merupakan sebahagian daripada pembahagian
minda menurut Sigmund Freud. Minda separa sedar atau Pre-Conscious Mind juga
merangkumi sebahagian kecil daripada minda manusia mengandungi memori namun ia
tidak wujud dalam keadaan sedar. Memori tersebut selalunya mengandungi perbuatan
rutin yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut. Dibawah keadaan separa sedar
atau Pre-Conscious State memori yang disimpan di sini begitu mudah dibawa ke dalam
tahap minda sedar(Freud, 1946). Minda separa sedar juga dikenali sebagai tempat
menyimpan memori yang mudah diakses di mana memori yang disimpan di sini mudah
untuk diakses atau diingati oleh seseorang individu tersebut. Memori yang berada di
dalam minda separa sedar ini mudah untuk dibawa atau dipindahkan ke minda sedar.
Sebagai contoh, manusia tidak perlu untuk menghafal nama atau tarikh lahirnya sendiri
namun apabila ditanya secara spontan kita dapat menjawabnya dengan tepat. Minda
tidak sedar atau Unconscious Mind adalah merupakan bahagian minda yang paling
besar menurut gambaran minda manusia oleh Sigmund Freud. Di bawah minda tidak
11

sedar ini mengandungi memori, perasaan dan pemikiran yang bersifat liar atau
membenci misalannya pemikiran seksual. Etos dan Thanatos adalah dua jenis naluri
yang liar terdapat dalam minda tidak sedar ini. Etos adalah jenis naluri untuk hidup
sementara Thanatos adalah jenis naluri untuk mati.Di bawah minda tidak sedar ini,
selalunya mengandungi perasaan atau memori yang liar yang tidak boleh diterima oleh
masyarakat. Menurut Freud, adalah perlu untuk mengawal perasaan atau memori yang
liar ini daripada berpindah ke bawah minda yang sedar seterusnya dapat mengawal
tingkah laku mereka. Sebagai contoh, Jika seorang bapa bertindak memarahi anaknya
lantaran memukulnya. Anak individu tersebut mungkin akan merasa marah dan
mungkin akan timbul keinginan untuk membunuh bapanya. Keinginan yang timbul
merupakan antara contoh perasaan yang berada di bawah peringkat minda tidak sedar
atau pun disebut sebagai Unconscious State.Ini tidak bermakna segala maklumat atau
yang berada di bawah Unconscious Mind boleh dikatakan sebagai tidak berguna
namun ianya disimpan kerana ia terlalu liar dan berkuasa dan boleh memberikan
pengaruh yang signifikan terhadap diri seseorang individu. Selain itu, di bawah Freud
juga membahagikan personaliti manusia kepada kepada tiga struktur yang terbentuk di
dalam minda manusia(Siegel, 1998) iaitu Id, Ego dan Superego. Sigmund Freud
menyimpulkan Id sebagai The Originality Aspect of Personality, Rooted on the biology
of the individuals. Freud juga menambah di bawah Id juga mengandungi naluri seksual
yang tidak sedar dan naluri agresif. Naluri-naluri ini kadang kala akan berfungsi dan
mempengaruhi seseorang individu mengikut situasi yang sedang terjadi pada ketika itu.
Sebagai contoh, kita pasti pernah mengalami sesuatu situasi dimana kita membenci
atau bersikap kasar terhadap insan-insan yang kita sayang seperti ibu bapa kita atau
12

mungkin secara seksual kita akan tertarik dengan mereka yang sombong dan garang
ketika kita sedang bergaduh dengan individu tersebut. Sigmund Freud juga
menyimpulkan Id sebagai naluri manusia yang paling primitif dan liar. Ia juga
merupakan naluri yang mula-mula sekali dibentuk dalam diri manusia. Id menurut
Sigmund Freud juga sentiasa ingin dipuaskan kehendaknya dan ia beroperasi
berdasarkan Pleasure Principle. Di bawah Pleasure Principle Id sentiasa mahu
setiap kehendaknya dipenuhi dengan segera tidak kira sama ada ia bertentangan oleh
norma-norma atau tidak. Sebagai contoh, seorang bayi akan menangis apabila berasa
lapar dan tidak akan berhenti menangis selagi tidak dipenuhi kehendaknya. Dunia yang
didiami yang oleh manusia sememangnya membataskan manusia daripada berbuat
sesuka hati kerana wujudnya norma-norma dan undang-undang yang membataskan
nafsu liar manusia yang dijana oleh Id. Manusia mungkin akan bertindak di luar batasan
atau bertindak secara melampau jika Id tidak dikawal. Oleh itu, maka Sigmund Freud
telah mengemukakan elemen Ego sebagai penyeimbang kepada Id. Ego menurut
Sigmund Freud adalah aspek atau elemen yang tersusun berbanding Id. Ego berfungsi
untuk menyempurnakan kehendak Id namun pada masa yang sama cuba
menyempurnakannya secara realistic dan rasional. Ego berfungsi apabila ia ingin
memberi petunjuk yang realistic kerana keperluan dan kehendak manusia memerlukan
kesesuaian apakah keperluan dan kehendak seseorang manusia itu seiringan atau
bersesuaian dengan norma-norma dan undang-undang yang wujud di atas muka bumi
ini. Superego adalah elemen ketiga yang berada dalam minda manusia menurut
gambaran minda Sgmund Freud. Superego adalah satu elemen yang digunakan oleh
Sigmund Freud untuk menggambarkan bahagian minda-minda yang mengandungi nilai-
13

nilai moral yang dipelajari atau diteladani daripada orang-orang yang berada di
sekeliling kita. Nilai-nilai tersebut biasanya didapati hasil daripada pemerhatian kita
terhadap tingkah laku orang di sekeliling kita atau nilai-nilai tersebut diajarkan oleh ibu
bapa kepada anak-anak mereka ketika mereka masih kecil. Sigmund Freud menambah
Superego juga mengandungi dua komponen besar iaitu, Conscience dan Ego-Ideal .
Conscience adalah elemen yang mengandungi gambaran bentuk hukuman atau
denda jika kita melakukan sesuatu yang salah atau bertentangan dengan norma. Ego-
Ideal adalah satu elemen yang mengandungi ganjaran. Kedua-duanya akan berfungsi
apabila seseorang individu itu melakukan kesalahan atau kebaikan. Sebagai contoh,
apabila seseorang itu melakukan kebaikan maka Ego-Ideal akan memainkan peranan
dimana ia mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan kerana tahu sudah
pasti aka nada ganjaran jika mereka melakukan kebaikan tersebut. Namun begitu,jika
kita melakukan sesuatu yang salah maka secara tidak langsung Conscience akan
mula berfungsi dengan membuat kita merasa bersalah kerana melakukan perkara yang
salah sama ada dari segi norma atau undang-undang. Superego berperanan penting
dalam mengimbangi pengaruh Id yang sememangnya liar dan sentiasa ingin dipenuhi
keperluannya serta untuk mempengaruhi Ego agar sentiasa bertindak secara positif
dan rasional. Walaupun begitu, Superego juga mengandungi elemen negatif seperti
ingin menjadi terlalu dominan diantara ketiga-tiga elemen tersebut. Sebagai contoh, jika
seseorang kanak-kanak telah diajar oleh ibu bapanya bahawa perhubungan seks dalam
kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang sangat negatif maka besar
kemungkinan apabila kanak-kanak tersebut apabila dewasa nanti kanak-kanak itu nanti
akan berasa malu untuk bergaul dengan mereka yang berlainan gender dan sukar
14

untuk mempunyai hubungan cinta apabila dewasa kelak. Namun itu tidak bermakna
bahawa mereka menyukai kaum sejenis cuma mereka akan sedikit kekok atau malu
apabila ingin berhubungan dengan mereka yang daripada gender yang berlainan.
Apabila dikaitkan dengan perlakuan jenayah, maka boleh disimpulkan bahawa
perbuatan jenayah sebenarnya didominasi oleh peranan Id yang berjaya
mempengaruhi Ego agar bertindak menurut kehendaknya sekaligus mengetepikan
peranan Superego yang menjadi penghalang semulajadi dalam menbendung perlakuan
liar dan devian dalam personaliti manusia. Justeru, menurut teori ini, manusia juga
mempunyai bentuk-bentuk personaliti yang liar yang jika tidak dikawal akan
menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan perlakuan jenayah atau devian.

Labelling Theory
Labelling Theory of Crime adalah sesuatu teori yang mengandaikan bahawa perlakuan
jenayah itu lahir sebenarnya berpunca daripada proses perlabelan dan stigmatisasi
masyarakat terhadap seseorang yang berperilaku devian yang akhirnya menyebabkan
seseorang itu melakukan jenayah akibat daripada proses perlabelan dan stigmatisasi
yang dilakukan oleh masyarakat terhadap seseorang itu. Frank Tannenbaum (1938)
dalam bukunya Crime and the Community mengandaikan Labelling Theory sebagai :
The process of making a criminal through process of tagging, defining, identifying,
segregating, describing, emphasizing, evoking the very traits that are complaints
ofThe person become the thing describe as beingThe way out is a refusal to
dramatize the evil (Frank Tannenbaum, 1938: 19-20)
Jelas di sini proses melabel dan menstigmakan seseorang yang melakukan perbuatan
devian menurut sesuatu masyarakat adalah faktor yang kuat yang menyebabkan
15

seseorang yang dilabel dan distigmakan itu terlibat dengan jenayah. Howard Becker
(1963) telah mengemukakan andaian bahawa perlakuan devian adalah perlakuan yang
dicipta oleh sesuatu masyarakat di mana mereka yang terlibat dengan perbuatan
devian ini secara tidak langsung akan dilabel sebagai Outsiders dan sekali gus akan
diasosiasikan dengan perlakuan jenayah. Ini akan menyebabkan masyarakat akan
mula melabel dan menstigmakan seseorang berdasarkan perbuatan devian yang
dilakukan biarpun pelaku kesalahan tersebut telah menyesal dan tidak melakukannya
lagi. Kesan daripada itu, maka seseorang yang dilabel itu lama-kelamaan akan menjadi
seperti yang telah dilabel dan distigmakan oleh masyarakat kepada dirinya. Secara
ringkasnya, teori ini mengandaikan bahawa penjenayah atau individu yang terlibat
dengan perlakuan devian adalah sebenarnya lahir daripada reaksi masyarakat yang
terhadap sesuatu perbuatan yang diterima sebagai perbuatan yang devian yang
akhirnya akan menyebabkan pelaku yang melakukan perbuatan devian tersebut akan
dilabel dan distigmakan seterusnya menyebabkan pelaku tersebut cenderung untuk
melakukan jenayah.






16







PERKAITAN TEORI JENAYAH DENGAN FENOMENA JENAYAH DI MALAYSIA
Trend jenayah di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan
peningkatan dalam beberapa kategori jenayah yang dikategorikan kepada dua iaitu
Jenayah Indeks dan Jenayah Bukan Indeks. Namun begitu, penurunan Jenayah Indeks
secara keseluruhannya dapat dilihat menerusi statistik yang dikeluarkan Polis Diraja
Malaysia(PDRM) dalam tempoh 2012-2013.

KONTINJEN
JENAYAH INDEKS
JAN DIS
2012
JAN - DIS
2013
+/- %
PERAK 8, 545 7, 429 -1,116 -13.1
KEDAH 10,100 8,636 -1,464 -14.5
MELAKA 4,764 4,186 -578 -12.1
SARAWAK 10,382 9,191 -1,191 -11.5
PERLIS 974 831 -143 -14.7
NEGERI SEMBILAN 6,563 5,993 -570 -8.7
JOHOR 19,068 17,105 -1,963 -10.3
17

PAHANG 5,619 5,257 -362 -6.4
KELANTAN 6,053 5,737 -316 -5.2
SABAH 6,046 5,772 -274 -4.5
KUALA LUMPUR 23,022 22,319 -703 -3.1
PULAU PINANG 8,399 7,936 -463 -5.5
TERENGGANU 3,505 3,610 105 3.0
SELANGOR 40,629 43,060 2,431 6.0
MALAYSIA 153,669 147,062 -6,607 -4.3
(Sumber daripada Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia, Perbandingan Jenayah Indeks
Januari- Disember 2012-13)
Di bawah Jenayah Indeks ia terbahagi kepada dua iaitu jenayah kekerasan dan jenayah
harta benda. Jenayah kekerasan yang melibatkan jenayah seperti rogol, mencuri,
merompak, samun bersenjata serta membunuh. Jika diperhatikan jenayah-jenayah
tersebut boleh dikaitkan dengan teori-teori jenayah yang dibincangkan sebelum ini.
Mengambil contoh jenayah rogol yang berlaku yang melibatkan rogol saudara kandung
sendiri atau dikenali dengan istilah Haruan Makan Anak (Inces) yang semakin
berleluasa sejak kebelakangan ini adalah merupakan kebejatan sosial yang sedang
dihadapi oleh masyarakat Malaysia pada hari ini. Dalam satu kejadian yang dilaporkan
oleh Berita Harian melaporkan bahawa seorang budak perempuan telah menjadi
mangsa rogol atau hamba seks kepada bapanya selama hampir 12 tahun (Berita
Harian, 6 September 2013). Jika diamati perbuatan yang dilakukan oleh bapa kepada
budak tersebut amatlah tidak berperikemanusiaan. Ini kerana tugas seorang bapa
kandung adalah untuk melindungi anaknya daripada sebarang gangguan sama ada dari
segi fizikal, mental dan seksual. Apa yang boleh diperhatikan ialah kerakusan bapa
kepada mangsa yang gagal untuk mengawal nafsu sehingga membuatnya hilang
pertimbangan dan akhirnya bertindak menjadikan anaknya sebagai hamba seks selama
18

12 tahun. Jika diperhatikan jenayah rogol secara sumbang mahram atau Inces ini
boleh dikaitkan dengan teori psikodinamik yang dikemukakan oleh Sigmund Freud. Di
bawah Teori Psikodinamik ini, Freud telah membahagikan personaliti kepada 3
bahagian iaitu Id, Ego dan Superego. Dalam teori ini, elemen Id dianggap sebagai
naluri yang paling liar dan mempunyai ciri-ciri yang sukar dikawal serta naluri yang
mengandungi kehendak seksual yang kuat. Dalam menghubungkaitkan Teori
Psikodinamik dengan jenayah rogol yang berlaku interaksi antara ketiga-tiga naluri
tersebut iaitu Id, Ego dan Superego berlaku dan apa yang terjadi ialah elemen Id telah
mengatasi elemen Superego sekaligus mempengaruhi Ego yang berperanan sebagai
pemutus antara Id dan Superego. Dalam hal ini, Superego gagal mempengaruhi Ego
agar bertindak mengikut norma-norma moral sebaliknya Id berjaya mempengaruhi Ego
sekaligus telah menyebabkan bapa tersebut telah merogol anaknya sendiri kerana
elemen Superego gagal menangani kerakusan elemen Id yang sememangnya
mempunyai kecenderungan seksual yang tinggi liar dan sukar dikawal. Selain itu ia
juga beroperasi di bawah elemen Pleasure Principle yang sememangnya perlu
dipuaskan kehendaknya. Jika dibincangkan menurut perspektif Islam pula, Teori Fitrah
atau Kecenderungan boleh digunakan untuk menerangkan bagaimana kejadian rogol
ini boleh berlaku. Mengikut Islam kecenderungan itu mungkin ada persamaan dengan
istilah fitrah. Menurut Kamus Dewan istilah fitrah ditakrifkan sebagai satu sifat
semulajadi atau kecenderungan dan juga sebagai perasaan keagamaan (Kamus
Dewan, 1996). Berdasarkan perspektif Islam, hubungan fitrah dengan lingkungan
persekitaran ketika mempengaruhi perkembangan manusia tidaklah neutral,
sebagaimana pandangan empirisme yang menganggap bayi yang baru lahir sebagai
19

suci bersih dari kecenderungan (potensi) baik dan buruk (Zaizul Ab. Rahman, 2011).
Menurut Arifin (1994) fitrah adalah sesuatu potensi kecenderungan dasar yang sudah
ada pada diri manusia untuk berkembang. Potensi dasar itu berkembang secara
menyeluruh (integral) yang akan menggerakkan keseluruhan aspek-aspek personaliti
secara saling mempengaruhi di antara satu sama lain menuju ke arah tujuan tertentu.
Menurutnya aspek-aspek fitrah terdiri daripada komponen-komponen dasar (bakat,
instinct, nafsu, karakter dan intuisi) yang bersifat dinamik dan bertindak balas terhadap
pengaruh persekitaran termasuk pengaruh pendidikan.
KEBERKESANAN SISTEM KEADILAN JENAYAH DI MALAYSIA
Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia berakar umbi sejak daripada zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi pada awal abad ke-15 yang dikenali sebagai Hukum
Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang digubal berlandaskan hukum-
hukum Islam (Mariyan Salim, 2005). Kedatangan British di Tanah Melayu membawa
bersamanya undang-undang Inggeris khususnya Common Law of England dan the
rules of equity. Ia dibawa masuk melalui Charter, melalui peguam-peguam dan hakim-
hakim yang terlatih di England dan kemudiannya melalui undang- undang bertulis
seperti ordinan, enakmen , kanun (code), kaedah dan peraturan (Abdul Hamid
Mohamad, 2001). Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada tahun 1956, Civil
Law Act 1956 dikanunkan. Ia memperuntukkan bahawa common law of England dan
the rules of equity seperti yang berkuatkuasa di England pada 7 April 1956 hendaklah
di pakai, melainkan jika ianya didapati tidak sesuai dengan keadaan di sini. Demikian
juga dengan undang-undang perdagangan. (Peruntukan ini juga terpakai di Sabah dan
Sarawak, tetapi tarikhnya berlainan) (Abdul Hamid Mohamad, 2001). Di Malaysia,
20

peruntukan terhadap kesalahan jenayah ada diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan
dan Kanun Prosedur Jenayah dimana pesalah yang melakukan jenayah adalah
tertakluk kepada hukuman yang sudah tertakluk kepada kedua-dua kanun ini.
Mengambil contoh jenayah rogol, jenayah rogol diklasifikasikan sebagai satu kesalahan
dibawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan definisi bagi
kesalahan jenayah rogol. Hukuman bagi kesalahan rogol merangkumi hukuman penjara
dan sebatan terhadap pesalah rogol. Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan
kesalahan bagi merogol di mana perogol yang didapati bersalah dikenakan hukuman
penjara tidak kurang daripada 5 tahun penjara dan tidak melebihi daripada 20 tahun
penjara serta hukuman sebatan. Jika diteliti hukuman bagi jenayah rogol ini mempunyai
tujuan yang tertentu antara bertujuan untuk memberi pengajaran kepada anggota
masyarakat yang lain agar tidak mengulangi atau melakukan jenayah yang sama
seperti yang dilakukan oleh pesalah. Selain itu penggubalan beberapa akta lain yang
bertujuan untuk mengawal perlakuan jenayah di Malaysia turut diadakan seperti Akta
Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 2013) (Akta 297) yang memberi kuasa kepada
polis untuk menahan mana-mana individu yang berupaya untuk menjejaskan
ketenteraman awam di dalam negara untuk tempoh dua tahun tanpa bicara. Ini
membolehkan pihak polis mengambil langkah pencegahan awal dalam mengenal pasti
mana-mana individu yang berisiko kepada keselamatan negara dan dianggap
mengancam ketenteraman awam ditahan terlebih dahulu dan berada di dalam tahanan
untuk tempoh 2 tahun. Selain itu, di dalam komponen Sistem Keadilan Jenayah di
Malaysia terdapatnya Institusi Mahkamah yang berperanan sebagai tempat yang
adanya kuasa dalam sistem keadilan jenayah. Selepas tangkapan oleh pihak polis
21

dibuat, pesalah akan dihadapkan ke mahkamah untuk menentukan sama ada suspek
bersalah atau tidak bersalah. Mahkamah menentukan bentuk hukuman yang akan
dijatuhkan kepada pesalah dan membuat keputusan tentang bagaimana agensi
keadilan jenayah lain mengurus bidang mereka. Di Malaysia, Institusi Mahkamah
terbahagi kepada 2 iaitu Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan. Mahkamah
Atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi
di dalam hierarki mahkamah di Malaysia diikuti Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi Malaya (bagi semenanjung Malaysia) dan Mahkamah Tinggi bagi Sabah dan
Sarawak. Mahkamah Bawahan pula adalah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Sesyen. Bagi jenayah yang berat, perbicaraan akan dilakukan di Mahkamah
Tinggi sebagai contoh jenayah membunuh di mana jika didapati bersalah maka pesalah
akan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Bagi Mahkamah Bawahan pula
kesalahan jenayah yang lebih kecil yang akan dibicarakan di sini. Institusi Penjara juga
adalah merupakan sebahagian daripada sistem keadilan jenayah di Malaysia di mana
ia merupakan institusi yang berada di bawah kawalan Jabatan Penjara Malaysia. Di
Malaysia, Institusi Penjara dijadikan tempat menghukum pesalah yang melakukan
kesalahan selain untuk tujuan Pencegahan (Deterence), Pemulihan (Rehabilitation) dan
Pengawalan (Societal Protection) (Lillyquist M.J. , 1980). Secara ringkasnya, Malaysia
sememangnya telah mempunyai sistem keadilan jenayah yang boleh membendung
perlakuan jenayah di Malaysia. Penggubalan undang-undang yang dikuatkuasakan
oleh pihak polis, keberkesanan Institusi Mahkamah serta Institusi Penjara
sememangnya menjamin keberkesanan sistem keadilan jenayah di Malaysia.

22








KESIMPULAN
Secara ringkasnya, perlakuan jenayah sememangnya berpunca daripada
pelbagai faktor seperti yang dikemukakan oleh teori-teori jenayah yang dibincangkan di
atas. Namun begitu, adanya sistem keadilan jenayah yang berkesan boleh
membendung kejadian jenayah daripada terus berleuasa. Namun begitu, kita harus
ingat bahawa jenayah tidak boleh dilenyapkan terus walaupun penguatkuasaan yang
dilakukan amat ketat. Hal ini kerana sebagai manusia, kita mempunyai pelbagai
kelemahan. Jika menurun pun indeks jenayah, tidak dapat dinafikan jenayah masih juga
berlaku dan kadangkala ia tidak dilaporkan atas pelbagai faktor sekaligus menyumbang
kepada perangkaan gelap jenayah iaitu jenayah yang berlaku namun tidak dilaporkan.



23









BIBLIOGRAFI
Prevention Crime Act 1959 (Amendments 2013), L.N. 85/1959 Stat. (1959 ).

Penal Code, Act A327; P.U. (B) 139/1976 Stat. (1976).

A., Freud. (1946). The Ego and the Mechanism of Defence New York International
Universities Press.

Becker, Howard S. (1963). Outsiders: Study in the Sociology of Devian. New York: Free
Press.

Carey, James T. (1978). Introduction To Criminology. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice
Hall Inc.

David J. Carver, Michael J. Wallace, John Cameron. (1979). Collins English Learners
Dictionary. Glasgow: Press of the Publisher.

Garofalo, Raffale. (1914). Criminology. Boston: Little Brown.

Kelly, Donn Bryne and Kathryn. (1981). An Introduction to Personality. Englewood
Cliffs, N.J.: Prentice Hall.

M.J., Lillyquist. (1980). Understanding and Changing Criminal Behavior. New Jersey:
Prentice Hall.

24

Malaysia, Polis Diraja. (2012-2013). Perbandingan Jenayah Indeks Januari- Disember
2012-13.

McIver, John. (1981). Criminal Mobility: A Review of Empirical Studies. In S. H. G.
Rengert (Ed.), Crime Spillover. Beverly Hills, CA: Sage Publication.

Pustaka, Dewan Bahasa dan. (1996). Kamus Dewan Ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Pustaka, Dewan Bahasa dan. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman, Prof. Madya Dr. Mat Saad Abdul. (1989). Undang-undang Jenayah Islam:
Jiwamas Printers SDN.BHD.

Rahman, Zaizul Ab. (2011). Faktor-Faktor Dalaman Penyebab Berlakunya Jenayah
Rogol menurut Ulama Islam di Malaysia. Jurnal HADHARI UKM.



Salim, Mariyan. (2005). Undang Undang Laut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Siegel, Larry J. (1998). Criminology 6th Ed. Belmont, CA: Wadsworth Publishing
Company.

Tannenbaum, Frank. (1938). Crime and the Community. Boston: Ginn.

Votey, Lloyd Philips & Harold. (1987). The Influence of Police Intervention and
Alternatives Income Sources on the Dynamic Process of Choosing Crime as a
Career. Journal of Quantitative Criminology 3, 251-274.

Wasilchick, George Rengert & John. (1985). Suburban Burglary: A Time and Place for
Everything. Springfield, Illnois: Charles C. Thomas.

12 tahun jadi hamba seks bapa. (2013). Berita Harian.












25

You might also like