You are on page 1of 49

[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH (3) DI JOHOR


BAHRU

DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

[PERBICARAAN JENAYAH NO 45B-08-06/2016]

PENDAKWA RAYA

LAWAN

1. MOHD NOIN SARPIN


2. UMARAZHAR MOHD NOIN

Abstrak: Sesuatu sabitan adalah sah meskipun ianya berdasarkan


keterangan rakan sejenayah yang tidak disokong. Keterangan
saksi rakan sejenayah perlu kredibel dan Mahkamah yakin
dengan kebenaran keterangan tersebut.

UNDANG-UNDANG JENAYAH: Homisid salah yang tidak terjumlah


kepada pembunuhan - Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan - Mangsa
dipukul dan dibelasah keseluruhan anggota badan - Mangsa
ditinggalkan di tempat kejadian selepas dibelasah - Kecederaan
parah - Kecederaan pendarahan pada selaput otak - Sama ada
kecederaan yang dialami tertuduh secara lazimnya cukup untuk
mengakibatkan kematian kepada si mati - Sama ada kematian mangsa
dilakukan secara niat bersama

KETERANGAN: Saksi - Rakan sejenayah - Kebolehterimaan - Sama


ada sabitan adalah sah meskipun ianya berdasarkan keterangan
rakan sejenayah yang tidak disokong - Sama ada keterangan saksi
rakan sejenayah perlu kredibel dan Mahkamah yakin dengan
kebenaran keterangan

1
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

[Kedua-dua tertuduh disabitkan bersalah dan dijatuhkan


hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap.]

Kes-kes yang dirujuk:

Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17 HC (dirujuk)

Dato Hj Azman Mahalan v. PP [2007] 3 CLJ 495 HC (dirujuk)

Duis Akim & Ors vs. PP [2013] 9 CLJ 692 FC (dirujuk)

Mohd Yasser Shaik Mahmad v. PP [2017] 5 CLJ 44 CA (dirujuk)

Mahadzir Yusuf & Anor v. PP [2010] 1 LNS 1258 CA (dirujuk)

Nathan v. Public Prosecutor [1972] 1 LNS 99 HC (dirujuk)

Ng Yau Thai v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 257 SC (dirujuk)

PP v. Mohd Azam Basiron & Anor [2010] 9 CLJ 1 CA (dirujuk)

PP v. Ramli Shafie [2002] 8 CLJ 846 HC (dirujuk)

PP v. Tan Chye Joo & Anor [1988] 1 LNS 174 HC (dirujuk)

PP v. Willey Salleh [2017] 1 LNS 1704 CA (dirujuk)

Re Wee Swee Hoon,Deceased; Lim Ah Moy & Anor v. Ong Eng Say
[1953] 1 LNS 92 HC (dirujuk)

Wong Kok Wah v. Regina [1955] 1 LNS 169 HC (dirujuk)

Yap Ee Kong & Anor v. Public Prosecutor [1980] 1 LNS 117 FC


(dirujuk)

Perundangan yang dirujuk:

Akta Keterangan 1950, ss. 133, 136, 145, 154

2
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

Kanun Tatacara jenayah, ss. 173 (m)(i), 402B

Kanun Keseksaan, ss. 34, 299 (b), 300(c), 302, 304(a)

Sumber lain yang dirujuk:

Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes, Jil 2

ALASAN PENGHAKIMAN

[1] Kedua-dua tertuduh, Mohd Noin Bin Sarpin (‘OKT 1’) dan
Umarazhar Bin Mohd Noin (‘OKT 2’) di dalam kes ini telah
dipertuduhkan dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana
melakukan bunuh terhadap seorang Muhammad Bin Madani (si
mati).PERTUDUHAN

[2] Pertuduhan asal terhadap mereka adalah sepertimana berikut:

“ Bahawa kamu bersama-sama pada 26.2.2016 antara jam lebih


kurang 6.30 petang hingga jam lebih kurang 7.30 petang
bertempat di Ladang Kelapa Sawit Boniseng, Jalan Loji Air
Sultan Iskandar, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri
Johor Darul Takzim dalam mencapai niat kamu telah melakukan
bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap penama
Muhammad Bin Madani (No. K/P: 630805-01-5215) dan dengan
itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah sekyen yang
sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

[3] Kemudiannya pada 11.9.2017, pihak pendakwaan telah


mengemukakan satu pertuduhan pindaan terhadap pertuduhan tersebut
dengan meminda waktu kejadian sepertimana berikut:

Bahawa kamu bersama-sama pada 26.2.2016 jam lebih kurang


6.30 petang hingga jam 10.20 malam pada 27.2.2016 bertempat

3
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

di Ladang Kelapa Sawit Boniseng, Jalan Loji Air Sultan


Iskandar, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor
Darul Takzim dalam mencapai niat kamu telah melakukan bunuh
dengan menyebabkan kematian terhadap penama Muhammad
Bin Madari (No. K/P: 630805-01-5215) dan dengan itu kamu
telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan
dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

[4] Kedua-dua Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap


pertuduhan yang dibacakan dan minta satu perbicaraan diadakan.

FAKTA KES PENDAKWAAN:

[5] Untuk membuktikan kes mereka pihak pendakwaan telah


memanggil 21 saksi kesemuanya untuk memberi keterangan bagi
pihak Pendakwaan. Bagi saksi-saksi pakar dan pegawai penyiasat, atas
persetujuan pihak-pihak, mereka telah memberi keterangan melalui
pernyataan saksi di bawah s. 402B Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

[6] Di dalam keterangan pihak Pendakwaan, menurut Muhammad


Fikree Bin Mohd Zabri (SP4) yang merupakan satu-satunya saksi mata
yang melihat kejadian OKT1 dan OKT2 yang terlibat memukul si
mati. OKT1 merupakan bapa angkat kepada SP4 manakala OKT2
adalah anak kepada OKT1. Si mati seorang lelaki Melayu yang agar
berumur, warga Malaysia. Ketiga-tiga mereka iaitu Tertuduh dan SP4
adalah nelayan. Manakala SP4 adalah anak angkat kepada OKT1 dan
dia selalu tinggal dengan OKT1.

[7] Menurut keterangan SP4, bahawa pada 26.2.2016 jam lebih


kurang 4 petang, dia bersama OKT1 dan OKT2 telah nampak si mati
yang sedang buka kayu piling untuk letak barang dekat tepi Jalan Kg
Sentosa. Kemudian mereka bertiga berhenti di tempat tersebut, turun

4
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

daripada kereta dan OKT1 menariknya masuk ke dalam kereta ke


bahagian penumpang belakang kiri sebuah kereta proton saga
putih/biru JHT 8433 untuk dibawa ke sebuah ladang sawit di Jalan
Loji Sultan Iskandar Ulu Tiram.

[8] Sesampai di ladang tersebut kedua-dua OKT1 telah memukul si


mati dengan menggunakan tangan dan kaki dengan cara tumbuk dan
sepak di bahagian badan, muka, kepala, kaki dengan menggunakan
kaki dan tangan dengan kuat. SP4 juga menyatakan OKT2 ada
menggunakan lighter untuk melecurkan badan si mati. Menurut SP4
semasa kejadian memukul oleh kedua-dua OKT itu dia berada di
belakang kereta Proton Saga Putih tersebut dalam jarak 7-8 kaki
sambil merakamkan video selama lebih kurang 5 minit kejadian
memukul tersebut. SP4 mengatakan kejadian kedua-dua OKT
memukul si mati berlaku selama setengah jam tetapi ada keadaan
kejadian pukul memukul ada berhenti-berhenti (tidak berterusan)
apabila mereka mahu bertanya kepada si mati.

[9] Menurut SP4 lagi semasa dipukul si mati dilihat diam dan tidak
buat apa-apa dan juga tidak cuba melarikan diri dari tempat kejadian.
Sepanjang 30 minit dipukul, keadaan si mati mula-mula duduk
sehingga terbaring. Keadaan terbaring lagi lama berbanding keadaan
duduk. Sewaktu si mati terbaring, si mati masih lagi dipukul bertubi-
tubi menggunakan kaki, tangan, terajang dan tumbuk oleh OKT1 dan
OKT2. Mereka kemudiannya meninggalkan si mati di tempat kejadian
semasa waktu Maghrib. Menurut SP4 lagi, dia ada disuruh oleh OKT1
untuk memukul si mati dan dia ada memukul sekali di belakang si
mati.

[10] Setelah selesai kejadian membelasah si mati itu, si mati yang


dalam keadaan terbaring telah ditarik oleh OKT1 dan OKT2 dan
disandarkan di pokok. Pada masa itu si mati sudah tidak memakai
baju. Bajunya dibuka oleh OKT2 semasa si mati sedang dipukul oleh

5
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

OKT1 dan OKT2. Akhir sekali setelah dipukul, si mati dalam keadaan
tersandar dekat pokok kelapa sawit dalam keadaan kritikal atau tidak
bermaya tetapi si mati masa itu masih keadaan sedar kerana dia boleh
lagi menggerakkan badan tetapi tiada cakap apa-apa.

[11] Menurut SP4 lagi, kejadian OKT memukul si mati berpunca


dengan kejadian sebelum ini di mana OKT2 dan isteri baru yang
pulang daripada Econsave, OKT2 hampir terlanggar si mati kerana si
mati main lintas jalan sahaja. OKT2 pada masa itu telah tekan brek
menyebabkan anak OKT2 yang baru sebulan lahir terjatuh ke tempat
pemijak di bahagian penumpang hadapan keretanya dan ekoran itu si
mati ada mengejar OKT2 lalu OKT2 berhentikan kereta dan si mati
telah menunjukkan isyarat ‘fuck’ menggunakan tangan pada OKT2.
OKT2 juga ada ceritakan kepada SP4 bahawa si mati ada ceroboh
rumah OKT2 dan menghendap isteri OKT2 mandi di bilik air. Ekoran
kejadian ini OKT2 telah menceritakan peristiwa tersebut kepada
ayahnya (OKT1) dan ini menimbulkan kemarahan mereka dan
berhasrat mencari si mati bagi tujuan mengajar dan membelasah dia
ekoran perbuatannya tersebut.

[12] Selepas kejadian memukul si mati itu, kedua-dua OKT serta SP4
telah pergi ke rumah OKT1 untuk kemas barang-barang untuk pergi
menjaring di laut. Pada 26.2.2016 jam 8.30 malam mereka telah
berada di laut sehingga 27.2.2016 jam 2.00 pagi dan selepas itu
mereka pagi terus ke rumah OKT1. Pada masa tersebut SP4
memberitahu dia ada menunjukkan rakaman telefon bimbit yang
mengandungi rakaman video kejadian memukul tersebut kepada
Sakinah (SP19 iaitu anak tiri OKT1), Nasarudin (bapa tiri SP4) dan
Masshila (kakak ipar SP4). Malangnya menurut SP4 rakaman video
tersebut telah hilang. Semasa SP19 memberi keterangan pada pada
masa pemeriksaan utama oleh pihak Pendakwaan, dia mengatakan
bahawa dia juga telah melihat rakaman video tersebut sebagamana
diceritakan oleh SP4. Akan tetapi semasa pemeriksaan balas oleh

6
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

peguam bagi pihak tertuduh dia telah memberi keterangan yang


berbeza. Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak
Pendakwaan untuk memeriksaan SP19 pada peringkat pemeriksaan
semula. Prosedur membenarkan pihak Pendakwaan memeriksa balas
SP19 ini telah dipertikaikan oleh pembelaan dan ini akan
dibincangkan kemudian.

[13] Berbalik kepada keadaan si mati selanjutnya, pada keesokan


harinya (27.2.2016) pada jam lebih kurang 6.10 petang, ketika Razali
bin Ramin, seorang pengawal keselamatan (SP1) sedang membuat
rondaan di sekitar kawasan ladang jagaanya di divisyen Boniseng.
Beliau telah ternampak seorang lelaki yang tidak berbaju (si mati) dan
seluar pendek si mati dilondehkan sehingga ke paras lutut, terbaring
di tepi jalan di kawasan ladang. SP1 mendapati orang itu masih hidup
seperti nyawa-nyawa ikan berdasarkan keadaan pernafasan orang
tersebut. SP1 kemudian menghubungi Balai Polis Scientex
memaklumkan tentang penemuan tersebut.

[14] Tidak lama kemudian Kpl. Abdul Hamid bin Osman (SP2) telah
menerima panggilan telefon dari SP1 yang memaklum perkara
tersebut. SP2 kemudian telah datang ke tempat kejadian dengan
menaiki motosikal. SP2 juga mendapati si mati masih hidup tetapi
seperti nyawa-nyawa ikan dan beliau terus menghubungi Kpl Razak
bin Mohd Noor (SP3) untuk datang ke tempat kejadian dengan
membawa Land Rover pasukan. Melihat keadaan ini mereka berdua
membawa si mati pergi ke Hospital Waqaf An-Nur, Pasir Gudang.
Semasa di hospital tersebut si mati telah dirawat oleh Dr. Max
Mulwan bin Mulyadi (SP13). Semasa di Hospital Waqaf An-Nur, si
mati telah diberikan rawatan awal dan badannya dibersihkan. Setelah
itu si mati dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan
menggunakan ambulans. Tiada keterangan apa yang telah terjadi
selepas si mati di bawa ke Hospital Sultan Ismail tetapi satu laporan
polis dibuat terhadap kematian si mati oleh polis yang bertugas di HSI

7
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

melaporkan kematian si mati. Laporan Bedah Siasat (P16) yang


disediakan oleh Dr Rohayu binti Shahar Adnan (SP12) dicatitkan si
mati telah meninggal dunia pada 27.2.2016 jam 10.45 malam. Bedah
siasat oleh SP12 menyatakan bahawa si mati telah meninggal dunia
akibat pelbagai pukulan dengan menggunakan objek tumpul. Mayat si
mati telah dicamkan oleh anak si mati, SP5 (anak si mati) serta SP6
(anak saudara si mati) sebelum bedah siasat dilakukan.

[15] Selain itu, sebuah kereta Proton Iswara Aeroback 1.3 berwarna
kelabu, bernombor pendaftaran WJN 1578 yang digunakan oleh
perayu turut dirampas. Beberapa ekshibit antaranya beberapa helai
rambut atau bulu telah diambil daripada beberapa tempat dalam
kenderaan tersebut dan sebuah telefon bimbit Nokia.

Elemen Pertuduhan Untuk Membuktikan Satu Kes Prima Facie

[16] Untuk Membuktikan Satu kes prima facie terhadap kedua-dua


tertuduh bagi kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan dengan niat bersama, maka pihak Pendakwaan perlu
membuktikan elemen-elemen berikut, iaitu:-

(i) kematian si mati;

(ii) Kematian si mati adalah disebabkan oleh kecederaan-kecederaan


yang dialami oleh si mati;

(iii) OKT-OKT telah menyebabkan kecederaan-kecederaan yang


menyebabkan kematian si mati;

(iv) Tindakan yang menyebabkan kematian si mati dilakukan dengan


niat di bawah Seksyen 300 (a),(b),(c) atau (d) Kanun Keseksaan

(a) perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mendatangkan


satu kematian;

8
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

(b) perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk mendatangkan


kecederaan pada badan mangsa yang diketahui berkemungkinan
akan menyebabkan kematian pada orang itu;

(c) jika perbuatan itu dilakukan bertujuan untuk mencederakan


badan seseorang itu dan kecederaan yang diniatkan itu cukup
dalam keadaan yang biasa akan mendatangkan kematian kepada
orang itu; atau

(d) jika orang yang melakukan perbuatan itu mengetahui bahawa


ianya satu perbuatan yang sangat merbahayakan nyawa
seseorang yang boleh menyebabkan kematian orang itu, atau
kecederaan itu akan berkemungkinan menyebabkan kematian
dan perbuatan itu dilakukan secara tanpa memikirkan ianya akan
membawa risiko kepada kematian atau kecederaan tersebut., dan

(v) OKT-OKT mempunyai niat bersama dalam menyebabkan kematian


si mati.

Dapatan Mahkamah Ini Pada Akhir Kes Pihak Pendakwaan

[17] Berikut merupakan dapatan Mahkamah ini terhadap elemen


pertuduhan sebagaimana kehendak s. 302 Kanun Keseksaan dengan
bersandarkan fakta kes pihak Pendakwaan.

Kematian Si Mati

[18] Saksi Ahmad Sukrie Bin Muhammad (SP5) menyatakan si mati


adalah bapa beliau. Saksi ini telah mengecamkan mayat bapanya di
Hospital Sultan Ismail Johor Bahru sebelum bedah siasat dilakukan ke
atas mayat bapa beliau. Kematian si mati turut disahkan oleh Pegawai
Penyiasat, ASP Mohd Zuhaili Bin Saleh (SP21) yang telah
menjalankan semakan cap jari si mati dan mengenal pasti identiti si

9
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

mati. Saksi mengesahkan mayat adalah seorang lelaki berbangsa tidak


dikenali bernama Mohd Bin Madari No KP: 630805-01-5215
beralamat di No 154F Kg Cahaya Baru Masai Johor. Ini turut
disokong oleh keterangan SP14 yang telah membuat laporan maklumat
pertama sejurus selepas si mati meninggal dunia pada 27.10 2017 jam
10.20 malam.

[19] Dr Rohayu, (SP12) adalah seorang Doktor Pakar Perubatan


Forensik yang bertugas di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau
telah memberi sebahagian besarnya melalui pernyataan saksi
(PSSP12). Menurut beliau pada hari yang sama si mati meninggal
dunia, beliau telah diminta untuk menjalankan bedah siasat keatas
mayat si mati. SP12 telah menjalankan bedah siasat keatas mayat si
mati pada malam yang sama. Saksi SP12 mengesahkan kematian si
mati berdasarkan kepada kecederaan dan dapatan semasa bedah siasat
dijalankan dianggarkan di antara jam 7 hingga 10 malam pada
27.2.2016. Beliau telah menyediakan laporan bedah siasat (eksibit
P16) yang menjelaskan sebab kematian si mati dari aspek perubatan.

[20] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan tersebut di atas, saya


berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan
kematian si mati, Mohd Bin Madari No KP: 630805-01-5215 dalam
kes ini.

10
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

Kecederaan-Kecederaan Yang Dialami Oleh Si Mati

[21] SP12 (Pakar Patologi) di dalam pernyataan saksi bertulis beliau


(PSSP12) menyatakan pemeriksaan luaran tubuh si mati lelaki Melayu
berkulit gelap dan terdapat kesan artifak selepas kematian seperti
digigit semut di badan dan kedua-dua belah peha. Terdapat
kecederaan luka lelasan dan lebam pada bahagian kepala, kedua-dua
belah telinga, dagu, kedua-dua rahang, belakang badan, lengan kiri
dan kanan, lutut kanan dan kedua-dua belah tulang kering.

[22] SP12 telah menyediakan satu laporan bedah siasat keatas si mati
(eksibit P16) yang menjelaskan bahawa punca kematian si mati adalah
disebabkan oleh Multiple Blunt Force Trauma bahagian dalaman dan
berdasarkan hasil pemeriksaan terhadap si mati mendapati kecederaan
kepada bahagian dalaman berikut yang menyebabkan kematian, iaitu:

(i) Terdapat pendarahan pada selaput otak iaitu subarachloid;

(ii) Terdapat kesan lebam pada otot pernafasan iaitu diagfram,


lebam pada pancreas dan juga lebam pada jantung;

(iii) Kesan-kesam lebam adalah impak daripada kecederaan


disebabkan oleh daya trauma tumpul kepada kepala, dada
dan abdomen si mati.

(iv) SP 12 menyifatkan kekuatan daya pukulan yang dikenakan


adalah kuat memandangkan ianya mencederakan organ
dalaman.

(v) Kecederaan dalaman tersebut adalah fatal dan boleh


menyebabkan kematian.

(vi) Kecederaan si mati boleh disebabkan oleh sebarang objek


tumpul termasuk kaki dan tangan.

11
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

(vii) Luka-luka di tulang kering, belakang badan bersesuaian


dengan luka mempertahankan diri.

(viii) Di betis kanan ada luka akibat terbakar.

(ix) Kecederaan dalaman yang dialami adalah disebabkan


trauma tumpul dan dipercayai melibatkan apa-apa objek
tumpul termasuk kaki dan tangan.

[23] Menurut Pakar ini lagi, si mati mengalami pelbagai kecederaan


tumpul di seluruh badan serta kecederaan mempertahankan diri di
bahagian atas dan bawah badan. Kecederaan ini menunjukkan si mati
terbaring dalam keadaan mempertahankan diri semasa kecederaan
trauma disebabkan ke atas si mati. Terdapat juga tanda-tanda bergelut
dikenakan ke atas si mati disebabkan oleh jari untuk memegang si
mati. Terdapat juga kecederaan peri mortem terbakar di bahagian
bawah kanan badan. Punca kecederaan disebabkan oleh daya trauma
tumpul kepada kepala, dada dan abdomen si mati.

[24] Saya dengan itu mendapati bahawa kecederaan-kecederaan


kepada si mati telah dikenakan keatas si mati dan bukannya dilakukan
oleh si mati sendiri atau kematian kerana semulajadi. Oleh itu elemen
kedua pertuduhan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Siapa Menyebabkan Kecederaan dan Kematian Si mati

[25] Keterangan saksi mata SP4 dengan jelas melihat kedua-dua


tertuduh telah membalasah si mati bertubi-tubi dan menceritakan
secara terperinci kejadian tersebut. SP4 menyatakan bahawa sesampai
mereka di ladang sawit tersebut, OKT2 kemudian menarik si mati dari
kereta dan letakkan si mati di atas tanah merah berpasir. OKT2 dahulu
yang memukul si mati di bahagian badan tepi perut tapi tidak ingat
belah kanan atau kiri dengan cara menumbuk pakai tangan. Si mati
dipukul bertubi-tubi selama setengah jam oleh OKT1 dan OKT2

12
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

secara berhenti-berhenti (tidak berterusan). Mereka telah memukul si


mati di bahagian badan, muka, kepala, kaki dengan menggunakan kaki
dan tangan dengan kuat.

[26] Keadaan si mati semasa itu dalam keadaan lemah dan tidak
boleh bangun. Sepanjang 30 minit dipukul, keadaan si mati mula-mula
duduk sehingga terbaring. Keadaan terbaring lagi lama berbanding
keadaan duduk. Sewaktu si mati terbaring, si mati masih lagi dipukul
bertubi-tubi menggunakan kaki, tangan, terajang dan tumbuk oleh
OKT1 dan OKT2. OKT2 juga ada menggunakan lighter untuk
melecurkan badan si mati. Akhir sekali setelah dipukul, si mati dalam
keadaan tersandar dekat pokok kelapa sawit dalam keadaan kritikal
iaitu dalam keadaan tak mampu berbuat apa-apa dia cuma tersandar
dekat pokok kelapa sawit. Sewaktu tersandar, si mati dalam keadaan
sedar kerana si mati ada menggerakkan badan.

[27] Di dalam pemeriksaan balas terhadap saksi SP4, pembelaan


tidak mencabar fakta bahawa kedua- dua tertuduhlah orang yang telah
menyebabkan kecederaan-kecederaan seperti yang dinyatakan oleh
SP12 tersebut. Apa yang dipersoalkan oleh pembelaan ialah lebih
kepada bahawa SP4 turut sama memukul si mati pada ketika itu dan
ketika mereka meninggalkan si mati di tempat tersebut si mati masih
lagi hidup dan bernyawa. Mereka berdua juga tidak berniat hendak
membunuh si mati tetapi sekadar mengajar arwah.

[28] Berdasarkan di atas, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan


telah membuktikan kedua-dua tertuduh adalah orang yang
menyebabkan kecederaan terhadap si mati. Telah juga terbukti melalui
keterangan SP4 bahawa kecederaan Multiple Blunt Force Trauma
bahagian dalaman tersebut yang disebabkan oleh dipukul bertubi-tubi
menggunakan kaki, tangan, terajang dan tumbuk oleh OKT1 dan
OKT2. Kecederaan yang dialami si mati sedemikian adalah selari
dengan perbuatan memukul yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh

13
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

dan kecederaan ini telah menyebabkan sebagaimana dizahirkan oleh


pakar SP12. Sekaligus ini membawa maksud bahawa kematian si mati
adalah disebabkan oleh kedua-dua tertuduh. Isu sama ada SP4 turut
sama terlibat akan dibincang memukul si mati sebagai seorang rakan
sejenayah (accomplice) akan dibincangkan kemudian.

Mens rea

[29] Dalam hujahannya, peguambela tidak mempertikaikan tiga


elemen utama telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Juga tidak
dipertikaikan tentang kematian si mati diakibatkan daripada
kecederaan yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh. Apa yang
dipertikaikan oleh peguambela adalah mengenai elemen niat untuk
membunuh si mati. Dihujahkan kedua-dua tertuduh tidak mempunyai
niat untuk membunuh si mati disebabkan tujuan mereka membawa si
mati ke tempat kejadian untuk mengajar si mati dengan memukul si
mati dengan menggunakan tangan dan kaki sahaja tanpa menggunakan
apa-apa senjata tajam atau berbahaya. Tujuan untuk mengajar si mati
kerana si mati dikatakan pernah menunjukkan isyarat lucah kepada
OKT2 dan terdapat kejadian yang menyebabkan anak OKT2 terjatuh
di ruang kaki di dalam kereta seperti diceritakan oleh SP4. Pihak
pendakwaan sebaliknya menghujahkan bahawa tindakan OKT1 dan
OKT2 memukul si mati dilakukan dengan niat di bawah Section 300
(c) Kanun Keseksaan. Seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan menyatakan
seperti berikut:

(c) dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang


cukup untuk menyebabkan kematian dalam keadaan biasa.”

[30] Niat di bawah proviso ini tidak perlu dibuktikan secara


keterangan langsung (direct evidence) tetapi boleh melalui inferens.
Bagi kes bunuh contohnya, niat boleh dibuktikan melalui motif, jenis
senjata yang digunakan, kecederaan dan di bahagian anggota mana

14
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

kecederaan itu dilakukan sama ada di “vital organ” atau tidak, (Lihat
kes Duis Akim & Ors vs. PP [2013] 9 CLJ 692; [2014] 1 MLJ 49 dan
beberapa kali ianya dilakukan, kelakuan (conduct) Tertuduh dan lain-
lain.

[31] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada 3 jenis niat yang
perlu dibuktikan Pendakwaan dan pihak Pendakwaan hanya perlu
membuktikan salah satu daripadanya sahaja seperti berikut:-

“Bahawa dalam menyebabkan kecederaan ke atas mangsa, OKT


telah sama ada -

(a) dengan niat untuk menyebabkan kematian; atau

(b) dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang


mana OKT mengetahui boleh menyebabkan kematian; atau

(c) dengan niat untuk menyebabkan kecederaan badan yang


cukup untuk menyebabkan kematian dalam keadaan biasa.”

[32] Di dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17; [1956] 1
MLJ 237, HakimThomson J menyatakan:

“Intention is a matter of fact which in the nature of things


cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by
inference from the surrounding circumstances.”

[33] Sebagai panduan yang lebih jelas bagi pemakaian s. 300(c)


Kanun Keseksaan, wajar dirujuk kes Mohd Yasser bin Shaik Mahmad
v. Public Prosecutor [2017] 4 MLJ 250:

[14] From a bare reading of section 300(c) of the Penal Code,


it is clear that murder may also be committed if the accused
intentionally causes an injury to a person which injury, in the

15
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

ordinary course of nature, is sufficient to cause death. Under


that limb (c) to section 300 of Penal Code, an intention to kill
on the part of an accused person is not a pre-requisite which the
prosecution would otherwise have to prove in order to secure a
conviction for a murder charge.

[15] Therefore, to sustain a charge of murder under limb (c) to


section 300 of the Penal Code, the prosecution must lead
evidence from a medical doctor to testify in Court to the effect
that the injury sustained by the deceased and intentionally
caused by the accused, was sufficient in the ordinary course of
nature to cause death to the victim. That test is an objective test.

[18] Limb (c) under section 300 of our Penal Code is in pari
materia with the 3rd Iimb of the Indian Penal Code. It has been
observed by Ratanlal and Dhirajlal, in “The Law of Crime”,
that in order to establish a case against the accused under this
particular limb, the prosecution had to prove, first, that the
accused person had intentionally caused bodily injury or
injuries onto the deceased’s person; and secondly, that the
injury so inflicted on the deceased was sufficient in the ordinary
course of nature to cause death. (Refer to the case of Faquira v.
State of Uttar Pradesh AIR [1955] All 321). The same learned
authors further observed as follows:

“From the fact that the injury caused is sufficient in the


course of nature to cause death, it does not conclusively
follow that the offender intended to cause an injury of that
nature. The one does not conclusively prove the other.”.

[19] The authors concluded, on the true interpretation of that


clause 3 to section 300 of the Indian Penal Code, as follows:

16
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

“To attract the provisions of clause thirdly of Section 300,


I.P.C. the prosecution should prove that the injuries on the
person of the deceased were caused with an intention to
inflict those injuries and none of the injuries was caused
unintentionally. It should also be further proved that the
injuries caused to the deceased were sufficient in the
ordinary course of nature to cause his death.” [See, the
case of Shiv & Ors v. State of Madya Pradesh [1988] 3
Crimes 8].”

[34] Berpandukan kepada nas di atas, untuk Mahkamah menerima


pemakaian s. 300 (c) sebagaimana disarankan oleh pihak Pendakwaan,
pembuktian melalui keterangan secara perubatan melalui pakar adalah
penting untuk menunjukkan niat yang tersirat oleh perbuatan tertuduh
tersebut. Mahkamah telah meneliti secara keseluruhan keterangan
pihak Pendakwaan untuk memastikan sama ada Tertuduh mempunyai
niat untuk membunuh si mati atau hanya untuk mencederakan si mati
sahaja. Mahkamah ini memutuskan bahawa intipati niat ini telah
berjaya dibuktikan oleh Pendakwa Raya berdasarkan perbuatan
tertuduh dengan dipadankan keterangan pakar SP12 dengan kepada
alasan-alasan seperti di para-para berikut.

[35] Menurut SP4 si mati dipukul di bahagian badan, muka, kepala,


kaki dengan menggunakan kaki dan tangan oleh OKT1 dan OKT2
dengan kuat. Si mati dipukul bertubi-tubi oleh kedua-dua OKT. Si
mati dipukul selama setengah jam. Selama setengah jam dipukul,
keadaan si mati mula-mula duduk sehingga terbaring. Keadaan
terbaring lagi lama berbanding keadaan duduk. Sewaktu si mati
terbaring, si mati masih lagi dipukul bertubi-tubi menggunakan kaki,
tangan, terajang dan tumbuk oleh OKT1 dan OKT2. Akhir sekali
setelah dipukul, si mati dalam keadaan tersandar dekat pokok kelapa
sawit dalam keadaan kritikal.

17
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

[36] Keterangan Patologi SP12 pula yang menjalankan Post-Mortem


menyatakan bahawa punca kematian adalah Multiple Blunt Force
Trauma kerana terdapat gabungan kecederaan 3 organ iaitu:
pertamanya terdapat pendarahan pada selaput otak iaitu subarachloid;
Terdapat kesan lebam pada otot pernafasan iaitu diagfram, keduanya
lebam pada pancreas dan juga lebam pada jantung. Dan akhir sekali
turut menemui bahawa si mati mengalamai stroke pendarahan otak
kanan dan penyakit hati yang kronik. Walaubagaimanapun kedua-dua
penyakit ini tidak membawa kepada kematian.

[37] Menurut SP12 lagi kesan-kesam lebam adalah impak daripada


kecederaan trauma tumpul di bahagian luaran. Kecederaan-kecederaan
tersebut adalah fatal (bagi pendarahan pada selaput otak serta lebam
pada jantung dan organ pankreas) dan cukup untuk menyebabkan
kematian. Sementara kecederaan pada lengan dan kaki tidak fatal.
Lokasi kecederaan dan luka-luka di bahagian belakang badan dan
tulang kering menunjukkan si mati dalam keadaan baring dalam
keadaan mengerekot (fetal position) dipercayai mempertahankan diri.
Selain itu terdapat luka melecur di bahagian bawah badan

[38] SP12 juga mengatakan di dalam kes ini, kematian adalah


immediate death di mana kematian adalah lebih kurang 24 jam selepas
daripada Trauma Tumpul tersebut. Berdasarkan kedudukan luka dan
kecederaan di bahagian depan dan belakang badan, ianya
menunjukkan lebih daripada seorang penyerang terlibat.

[39] Menurut SP12 lagi, disebabkan terdapatnya lebam pada jantung,


meskipun si mati segera dibawa ke hospital setelah dicederakan, si
mati tetap akan mati. Pukulan yang dikenakan terhadap si mati adalah
kuat mengambilkira kecederaan terhadap organ dalaman (pendarahan
selaput otak dan kesan lebam pada otot pernafasan iaitu diagfram,
lebam pada pancreas dan juga lebam pada jantung). Pada pandangan
Mahkamah ini, dapatan Dr Pakar (SP12) ini bahawa kecederaan lebam

18
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

di jantung yang dialami si mati, meskipun segera dibawa ke hospital


dan diberikan rawatan, akan tetap menyebabkan kematian si mati ini
adalah dapatan objektif yang membawa maksud sama “dengan niat
untuk menyebabkan kecederaan badan yang cukup untuk menyebabkan
kematian dalam keadaan biasa.”

[40] Berdasarkan keterangan SP12 lagi, kecederaan yang dialami


oleh si mati adalah disebabkan oleh trauma tumpul bertalu-talu yang
kuat yang dikenakan ke atas si mati sehingga mencederakan organ
dalaman (pendarahan selaput otak dan lebam pada pancreas dan
jantung). Oleh itu walaupun dikatakan niat kedua-dua tertuduh
sekadar mengajar akan tetapi tindakan mereka memukul si mati, telah
menyebabkan kecederaan teruk tersebut yang mana ianya adalah fatal
dan cukup untuk menyebabkan kematian si mati. Keadaan ini selari
dengan pemakaian s. 300(c) Kanun Keseksaan bagi pembuktian
kesalahan membunuh.

[41] Perbuatan kedua-dua tertuduh memukul si mati sedemikian


adalah selari dengan kecederaan yg dialami oleh si mati yg mana
selari dengan dapatan oleh SP12 mengenai sebab kematiannya.
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa
elemen niat telah berjaya dibuktikan di bawah Seksyen 300 (c) Kanun
Keseksaan terhadap kedua-dua OKT walaupun Pakar Patologi SP12
tidak menyebut secara spesifik perkataan di dalam proviso s. 300 (c)
tersebut.

Niat Bersama Dalam Menyebabkan Kematian Si Mati

[42] Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan :

34. When a criminal act is done by several persons, in


furtherance of the common intention of all, each of such persons

19
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

is liable for that act in the same manner as if the act were done
by him alone.”

[43] Untuk mengguna pakai s. 34 Kanun Keseksaan, kehadiran di


tempat kejadian jenayah tidak diperlukan tetapi kehadiran di situ bagi
tujuan memudahkan atau membantu kesalahan itu sendiri membentuk
penyertaan sebenar dalam tindakan jenayah tersebut. Adalah penting
bahawa perlu ada keterangan niat bersama, atau keterangan yang
daripadanya anggapan niat bersama untuk melakukan kesalahan yang
sebenarnya telah dilakukan boleh sewajarnya dibuat. Dalam kes ini,
Mahkamah mendapati bahawa keterangan ikut keadaan yang
dikemukakan membuktikan, tanpa keraguan munasabah, bahawa
kedua-dua Tertuduh adalah orang yang melakukan kesalahan tersebut
dalam lanjutan niat bersama kedua-dua mereka.

[44] Seksyen 34 Kanun Keseksaan mengkehendaki pihak pendakwaan


untuk mengemukakan keterangan (samada secara direct atau
circumstantial) dan hendaklah sebelum berlakunya sesuatu jenayah
itu. Dan sesuatu jenayah tersebut adalah hasil daripada “in
furtherance of the common intention which presupposes permutation
or pre-concept of mind.”

[45] Intipati di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan diterangkan di


dalam Buku Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes (Vol 1) di muka
surat 116 :

“8. Common intention, essential ingredient – The consensus of


minds of person to bring about certain result having criminal
propensity and participation in criminal act in some manner is
essential ingredient of common intention. To attract Section 34
of the Code, no overt act is needed on the part of the accused if
he shares the common intention with others in respect of the
ultimate criminal act, which may be done by anyone of the
accused sharing such intention.

20
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

Under the providion of S34 the essence of liability is to be found


in the existence of a common intention animating the accused
leading to the doing of a criminal act in furtherance of such
intention. Section 34 is applicable even if no injury has been
caused by the particular accused himself. For applying Section
34 it is not necessary to show some overt act on the part of the
accused.

In case of participation without overt act Section 34 can be


invoked. For invoking section 34 (i) common intention and (ii)
participation of an accused in commission of an offence are
required. The overt act is not necessary to be proved when
common intention has already been proved as it involves
vicarious liability. Further common intention is to be inferred
from facts and circumstances of each case when there is absence
of direct evidence.”

[46] Di dalam buku yang sama, di muka surat 129 menyatakan seperti
berikut:

“23. ‘In furtherance of common intention of all’ –To invoke


section 34 it must be established that the criminal act was done
by more than one person in furtherance of common intention of
all. It must, therefore, be provided that (i) there was common
intention on the part of several persons to commit a particular
crime; and (ii) the crime was actually commited by them in
furtherance of that common intention.

…The words ‘in furtherance of common intention of all’ have


been introduced as an essential part of the section, the element
of common intention prescribing the conditionunder which each
might be criminally liable when there are several actors.
‘Common intention’ is an intention to commit the crime actually
committed and each accused person can be convicted of the

21
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

crime, only if he has participated in that common intention.


‘Common intention’ implies pre-arranged plan and acting in
concert of the pre-arranged plan. Under this section a pre-
concert in the sense of a distint previous plan is not necessary to
be proved. “

[47] Berpandukan nas-nas di atas, Mahkamah ini mendapati di dalam


kes di hadapan kita ini, terdapat keterangan langsung (direct
evidence) daripada SP4 yang mengatakan, sebelum kejadian, OKT1
dan SP4 telah nampak si mati di tepi jalan di Kpg Sentosa.
Kemudiannya OKT1 telah menghubungi OKT2 dan menjemput OKT2
di rumahnya. Setelah itu, mereka menaiki kereta ke tempat si mati
sedang bekerja. Sampai di sana OKT1 telah menarik si mati masuk ke
dalam kereta dan seterusnya OKT1, OKT2 dan SP4 telah membawa si
mati ke sebuah ladang kelapa sawit (tempat kejadian) dan memukul si
mati. Setelah dipukul, si mati ditinggalkan di tempat kejadian. Dari
keterangan ini jelas nampak rancangan yang direncanakan secara
tersirat (acting in concert of the pre-arranged plan).

[48] Kedua-dua-dua Tertuduh sememangnya melakukan perbuatan


memukul si mati dan mencederakannya bagi mencapai niat yang sama
iaiatu mencederakan si mati ekoran kejadian yang lakukan si mati
sebelum kejadian tersebut bagi bagi tujuan mengajar si mati. Kejadian
tersebut telah juga menimbulkan kemarahan OKT1 dan mereka berdua
berniat mencari si mati dan memukulnya bagi tujuan mengajarnya.

[49] Berdasarkan keterangan ini Mahkamah mendapati bahawa pihak


pendakwaan telah berjaya membuktikan niat bersama kedua-dua
Tertuduh di dalam kes ini.

ISU DIBANGKITKAN OLEH PIHAK PEMBELAAN

[50] Kedua-dua peguambela terpelajar bagi kedua- dua tertuduh yang


bergabung mewakili kedua-dua tertuduh berhujah bahawa pihak

22
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap


kedua-dua tertuduh. Mereka telah menimbulkan beberapa isu yg
dihuraikan seperti berikut.

Rakan Sejenayah (Accomplice)

[51] Pembelaan berhujah bahawa SP4 yang merupakan seorang rakan


sejenayah (accomplice) dalam kes ini. Memang tidak dinafikan
bahawa SP4 merupakan accomplice di dalam kes ini. Berkenaan
dengan keberatan keterangan oleh seseorang rakan sejenayah, Seksyen
133 Akta Keterangan 1950 (AK) memperuntukkan :

“An accomplice shall be a competent witness against an accused


person; and a conviction is not illegal merely because it
proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice.”

[52] Sama ada seseorang saksi tersebut adalah rakan sejenayah atau
sebaliknya, ianya hendaklah diputuskan oleh Mahkamah (rujuk kes
Nathan v. Public Prosecutor [1972] 2 MLJ 101). Di muka surat 103,
diputuskan:

“In applying general principles regarding accomplice evidence,


it is advisable to bear in mind what was said in Public
Prosecutor v. Haji Ismail & Anor [1940] MLJ 76, ‘A magistrate
should first decidewhether a witness is an accomplice, then
determine on the evidence whether he is corroborated in any
material particular: and then, if he is not corroborated, subject
the accomplice’s evidence to a close scrutiny to satisfy himself
that, without corroboration, there is nevertheless evidence
which is credible and sufficient to establish the guilt of the
accused.”

[53] SP4 telah menyaksi sendiri bahawa si mati telah diserang oleh
kedua-dua tertuduh. Walau bagaimanapun, dia telah menyatakan

23
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

bahawa dia tidak terlibat dalam memukul si mati, tetapi hanya sekali.
SP4 ini mungkin mempunyai tujuan tersendiri untuk melepaskan diri
mereka daripada apa-apa salah laku. Oleh itu, Mahkamah memang
sedar bahawa keterangan beliau wajar dipertimbangkan dengan
berhati-hati sekiranya tiada keterangan sokongan digunapakai.

[54] Tidak dinafikan SP4 adalah merupakan saksi penting di dalam


kes ini. SP4 adalah merupakan saksi yang bersama-sama membawa si
mati ke tempat kejadian dan turut memukul si mati dan merupakan
saksi yang bersama-sama OKT1 dan OKT2 semasa kejadian.
Walaupun dari keterangan, saksi ini merupakan saksi rakan
sejenayahnya (accomplice), namun begitu tidak semestinya keterangan
SP4 tidak boleh diterima. Penilaian yang teliti dan berhati-hati dibuat
oleh Mahkamah ini terhadap keterangan SP4 agar sifat keterangan dia
tidak memprejudiskan Tertuduh.

[55] Meneliti keterangan SP4 sesuatu yang tidak dapat dinafikan, dia
memang memainkan peranan di dalam kejadian ini dari sebelum
kejadian sehingga selepas kejadian. Di dalam kes Mahadzir bin Yusuf
& Anor v. PP [2010] 1 LNS 1258 diputuskan, untuk dikatakan sebagai
seorang “accomplice”, There is participation in some manner in the
act constituting the offence by the person sought to be prosecuted”.
Melalui fakta yang dibutirkan di atas, tampak jelas akan peranan yang
dimainkan oleh SP4 dalam perlaksanaan kejadian pembunuhan itu.

[56] Panduan mengenai keterangan “accomplice”, diperjelaskan


dengan panjang lebar di dalam kes PP v. Mohd Azam bin Basinon &
Anor [2010] 9 CLJ 1, Mahkamah Rayuan menyatakan:

“If we may add, even before reaching the stage of considering


the question of corroboration and its adequacy, a presiding
judge in the first place needs to decide whether that accomplice
is a reliable witness or not. If he is not, the matter ends there,
as his evidence has to be rejected, even if the prosecution can

24
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

adduce evidence capable of being construed as corroboration


(Director of Public Prosecutions v. Kilbourne [1973] 1 All ER
440). In a given set of facts, an accused person may be
convicted premised on an accomplice’s uncorroborated
testimony pursuant to s. 133 of the Evidence Act 1950, as
corroboration is not required as a rule of law. The requirement
of corroboration is required only as a rule of practice and
prudence (Tinit & Ors v. Public Prosecutor [1964] 1 LNS 210;
Bhuboni Sahu v. King [1949] AIR 257). In a given situation too
where there exists (sic) no corroboration, a corroborative
warning is required to be administered by the court to itself
though the format is not fixed (Jegathesan v. Public Prosecutor
[1978] 1 LNS 74). It is only in rare instances a trial judge will
convict an accused person upon the uncorroborated evidence of
an accomplice (TN Nathan v. Public Prosecutor [1977] 1 LNS
127). If corroboration is needed implying that the accomplice
has passed the hurdle of reliability, such corroboration must be
independent and relates to material particulars pertaining to the
accused person’s culpability (R v. Baskerville [1916] 2 KB 658).
(Lihat kes Nathan v. PP [1872] 2 MLJ 101 dan Public
Prosecutor v. Haji Ismail & Anor [1940] MLJ 76).

[57] Dengan berpandukan nas si atas, Mahkamah ini mendapati


bahawa keterangan SP4 di dalam kes ini adalah kredible dan SP4
bercakap benar sepanjang memberikan keterangan kepada Mahkamah.
SP4 adalah saksi yang boleh dipercayai, yang mana keterangannya
adalah kukuh dan tidak tergugat walaupun berhadapan dengan
pemeriksaan balas yang bertubi-tubi. Tetapi, walaupun atas hujahan
bahawa SP4 adalah rakan sejenayah, terdapat keterangan sokongan
yang banyak untuk menyokong keterangannya. Mahkamah juga
mendapati keterangan sokongan (corroborated evidence) juga
kredibel. Prinsip undang-undang sedemikian dibentangkan dalam Kes

25
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

Yap Ee Kong & Anor v. Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 144 dirujuk,
di mana Raja Azan Shah CJ (Malaya) (pada masa itu) menyatakan di
muka surat 146:

In such a situation the principles enunciated by Lord Morris of


Borth-y-Gest in Director of Public Prosecutions v. Hester
[1973] AC 296, 315 should be applied:

“The essence of corroboration evidence is that one creditworthy


witness confirms what another creditworthy witness said…The
purpose of corroboration is not to give validity or credence to
evidence which is deficient or suspect or incredible but only to
confirm and support that which as evidence is sufficient and
satisfactory and credible: and corroborative evidence will only
fill its role if it itself completely credible evidence.’

[58] Seksyen 133 Akta Keterangan 1950 juga menyatakan sabitan


adalah sah meskipun ianya berdasarkan keterangan accomplice yang
tidak disokong. Syarat utama bagi membolehkan pemakaian prinsip
ini ialah Mahkamah mestilah berpendapat bahawa keterangan saksi
accomplice tersebut adalah kredibel dan Mahkamah yakin dengan
kebenaran keterangan oleh saksi accomplice tersebut. Sekiranya
Mahkamah berpendapat bahawa keterangan accomplice tersebut boleh
diterima tanpa terdapat keperluan untuk corroboration, Mahkamah
hendaklah menyatakan sebab sebab ia mempercayainya. Kes Wong
Kok Wah v. R [1955] MLJ 46, di muka surat 47 Spencer Wilkinson J
menyatakan:

“Whilst there is some conflict of judicial authority as to the


extent to which it is necessary for Magistrates to give reasons
for believing or disbelieving witnesses I am of opinion that in
the case of an accomplice a Magistrate should give definite
reasons for believing an accomplice without corraboration.”

26
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

[59] Oleh itu adalah penting bagi Mahkamah ini mengingatkan diri
dan memberikan amaran kepada diri akan bahaya mensabitkan
tertuduh berdasarkan keterangan yang tidak disokong (uncorroborated
evidence). Prinsip ini didasarkan kepada kes Ng Yau Thai v. Public
Prosecutor [1987] 2 MLJ 214 menyatakan:

“This is a reference under section 66 of the Courts of Judicature


Act 1964 and the certified question of law of public interest
reads:

“Whether or not the High Court was right in ruling owing to the
strenuous submission made by defence counsel at the
Magistrate’s Court on the question of the danger of accepting
the uncorroborated testimony of an accomplice, the Court must
have had the risk in its mind before accepting the
uncorroborated testimony of the accomplice without requiring
some indication in the judgment itself that the Magistrate had
this rule of caution in mind.”

[60] Akan tetapi di dalam kita sekarang ini Mahkamah mendapati


bahawa sememangnya terdapat keterangan untuk menyokong
keterangan SP4 bagi mengatakan bahawa kedua-dua tertuduh telah
pun memukul dan menyebabkan kematian si mati dalam kes ini.
Namun demikian Mahkamah boleh mensabitkan kedua-dua OKT
hanya berdasarkan keterangan SP4 semata-mata. Ini kerana
Mahkamah mempercayai keterangannya dan beliau ada saksi yang
kredibel yang dengan memerhati dan melihat sendiri demeanor saksi
ini semasa memberi keterangan. Malahan semasa SP4 disoal balas,
pembelaan tidak mempertikaian bahawa kedua-dua-dua Tertuduh telah
memukul si mati pada ketika itu tetapi memertikaikan niat mereka.

[61] Malahan Mahkamah ini mendapati keterangan SP4 bukanlah


tanpa sokongan. Terdapat sokongan keterangan keadaan sekeliling
yang telah disokong (corroborated) oleh saksi-saksi bebas

27
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

(independent) serta kredibel. Keterangan SP6 (bapa si mati) telah


mengesahkan bahawa dia tahu terdapat pergaduhan di antara OKT2
dan juga si mati beberapa hari sebelum si mati dijumpai mati. Punca
pentengkaran disebabkan OKT2 pernah hendak terlangar si mati. SP6
camkan kenderan JHT 8433 yang dipandu OKT2 serta SP6 juga
camkan OKT2 semasa kawad cam. Keterangan ini menyokong
keterangan SP4 yang menyatakan bahawa punca si mati dibelasah
adalah disebabkan OKT2 hampir terlanggar si mati, yang mana OKT 2
telah membrek kereta menyebabkan anaknya terjatuh di tempat kaki
penumpang hadapan. Selain itu juga SP21 mengesahkan bahawa
kenderaan JHT8433 digunakan oleh OKT1 dan OKT2 beberapa bulan
sebelum kejadian dan kenderaan ini digunakan untuk membawa si
mati ke tempat kejadian. SP4 juga tahu niat kedua-dua tertuduh untuk
memukul si mati bagi tujuan mengajar si mati dan ini disahkan sendiri
oleh tertuduh di dalam pemeriksaan oleh peguam.

[62] Selanjutnya, Mahkamah juga mendapati keterangan SP4


berkenaan cara si mati dipukul di bahagian badan, muka, kepala, kaki
dengan menggunakan kaki dan tangan dengan kuat oleh OKT1 dan
OKT2 mereka juga mencucur api terhadap badan si mati. telah
disokong oleh SP12 Pakar Patologi yang telah membentangkan hasil
kecederaan yang dialami oleh si mati. Keterangan SP12 sahkan
kecederaan disebabkan oleh lebih daripada seorang penyerang. Selain
itu SP12 juga mengesahkan si mati dipukul luka-luka di bahagian
belakang badan dan tulang kering menunjukkan si mati dalam keadaan
baring dalam keadaan mengerekot (fetal position) dipercayai
mempertahankan diri.

[63] SP4 menyatakan si mati dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit


(tempat kejadian) dan telah dipukul dan ditinggalkan di situ dengan
keadaan tidak bermaya. Keterangan ini disokong oleh SP1 dan SP2
yang telah menemui si mati di kawasan tersebut tidak lama selepas
itu.

28
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

Bencana Tubuh Yang Dialami Si Mati Lazimnya Cukup Untuk


Menyebabkan Kematian (Seksyen 300 (c))

[64] Pembelaan mempertikaikan bahawa pihak Pendakwaan gagal


membuktikan mana-mana unsur kesalahan membunuh di bawah s. 300
Kanun Keseksaan. Peguam bagi pihak tertuduh mempersoalkan
bahawa perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh terhadap si mati
bukan tergolong di bawah s. 300 Kanun Keseksaan tetapi jatuh di
bawah s. 299. Bagi isu ini Mahkamah telah huraikan di atas.
Ringkasannya, Pakar Patologi telah mengesahkan si mati mengalami
kecederaan pendarahan pada selaput otak iaitu subarachloid serta
lebam pada otot pernafasan iaitu diagfram, lebam pada pankreas dan
juga lebam pada jantung. Kecederaan ini adalah disebabkan daya yang
kuat serta bertubi-tubi dikenakan terhadap si mati. Dan menurut SP4
kecedaraan ini disebabkan oleh OKT1 dan OKT2.

[65] SP12 semasa ditanya oleh pihak Pendakwaan sama ada


kecederaan tersebut boleh menyebabkan kematian, beliau menyatakan
bahawa kecederaan seperti ini tidak menyebabkan kematian serta
merta (instatenous death), sebaliknya menyebabkan immediate death,
yang mana mengambil masa selama 24 jam daripada terkena trauma
tumpul untuk mati. SP12 juga menyatakan bahawa disebabkan
terdapatnya lebam pada jantung jika dibawa ke hospital untuk
mendpatkan rawatan sekalipun, si mati tetap akan mati. Mahkamah ini
bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa terdapat cukup
keterangan untuk menyimpulkan bahawa kecederaan tersebut secara
lazimnya cukup untuk mengakibatkan kematian kepada si mati.

[66] Bagi merungkai isu ini ada baiknya juga kita meneliti ulasan di
dalam buku Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes (Vol 2) yang
menyatakan seperti berikut di muka surat 1448:

29
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

“(4) Intention to cause bodily injury likely to cause death:


Clause (b) of Section 299 and clause (3) of Section 300 – The
difference between clause (b) of section 299 and clause (3) of
section 300 is one of degree of probability of death which
determines whether the culpable homicide is of the gravest,
medium or the lowest degree. The word ‘likely’ in clause (b) of
section 299 conveys the sense of ‘probable’ as distinguished
from a mere possibility. “The distinction is fine but real, and, if
overlooked, may result in miscarriage of justice”. (Emphasis
supplied). The words “bodily injury”….sufficient in the ordinary
course of nature to cause death mean that death will be the
“most probable” result of the injury having regard to the
ordinary course of nature.

[67] Mahkamah ini selari pendapat dengan hujahan pihak


Pendakwaan bahawa berdasarkan otoriti di atas, adalah didapati
kematian si mati adalah di tahap sangat tinggi, berdasarkan
kecederaan tubuh badan si mati sebagaimana dapatan pakar patologi
SP12 yang mana disebabkan oleh OKT-OKT.

[68] Selanjutnya s. 299 Kanun Keseksaan, explanation (2)


menyatakan:

“Where death is caused by bodily injury, the person who causes


such bodily injury shall be deemed to have caused the death,
although by resorting to proper remedies and skillful treatment
the death might have been prevented.”

[69] Berdasarkan penerangan tersebut, sesuatu kesalahan itu adalah


tergolong di bawah Seksyen 299 (b) Kanun Keseksaan sekiranya
sesuatu kecederaan boleh menyebabkan kematian, dan jika diberikan
ubat serta rawatan yang berkesan, kematian tersebut boleh dielakkan.
Akan tetapi di dalam kes kita sekarang ini didapati perbuatan yang
dilakukan kedua-dua tertuduh ini tidak tergolong di bawah Seksyen

30
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

299 (b) memandangkan terdapat keterangan yang jelas daripada Pakar


Patologi SP12 yang mengesahkan bahawa kecederaan lebam di
jantung yang dialami si mati, meskipun segera dibawa ke hospital dan
diberikan rawatan, akan tetap menyebabkan kematian si mati.

[70] Undang-undang jenayah pada umumnya menganggap bahawa


setiap orang mempunyai niat akibat perbuatan sengajanya, nyata atau
legap, termasuk pengabaian, melainkan dia boleh menunjukkan
tindakan atau pengabaian itu telah dilakukan olehnya, secara tidak
sengaja atau secara cuai, atau tindakan atau pengabaian telah
dilakukan olehnya apabila beliau bukan dalam kawalan fikirannya,
kerana keadaan-keadaan itu akan sama ada betul-betul atau secara
sebahagiannya menegatifkan niat jenayah (mens rea atau fikiran
bersalah) dari pihaknya. Atau terdapat satu perbuatan mencelah
berikutnya kepada tindakan-tindakan atau pengabaian yang
dipersoalkan. Tanpa keadaan-keadaan itu, dia mesti dianggap
mempunyai niat akibat tindakan dan pengabaiannya. Dalam konteks
keadaan-keadaan nyata dalam kes sekarang ini, kedua-dua tertuduh
mempunyai niat mencederakan tubuh badan si mati dengan
memukulnya bertubi-tubi di dada dan kepala si mati, iaitu satu
bahagian kritikal anatomi manusia.

Isu niat di bawah Seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan

[71] Mengenai isu sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya


membuktikan elemen s. 300 (c) Kanun Keseksaan, perkara ini telah
dibincangkan juga dengan panjang lebar di atas yang mana niat dalam
menyebabkan kecederaan yang boleh membawa kepada kematian
hendaklah dilihat secara objektif, bergantung kepada daya pukulan
yang dikenakan, senjata digunakan, organ yang disasarkan atau
bahagian badan yang dipukul dan lain-lain lagi.

31
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

[72] Berdasarkan keterangan saksi-saksi, terdapat cukup keterangan


berkenaan niat kedua-dua Tertuduh yang menyebabkan kecederaan
pada badan si mati yang cukup untuk menyebabkan kematiannya.
Keterangan ini juga disokong dengan dapatan Pakar patologi SP12
yang mengatakan kecederaan lebam di jantung yang dialami si mati,
meskipun segera dibawa ke hospital dan diberikan rawatan, akan tetap
menyebabkan kematian si mati. Walaupun secara khususnya SP12
tidak mengatakan (c) dengan niat untuk menyebabkan kecederaan
badan yang cukup untuk menyebabkan kematian dalam keadaan biasa.
Akan tetapi dapatan sedemikian pada pandangan Mahkamah memberi
pengertian yang sama.

Kebenaran Memeriksa Balas SP19 Di Bawah Seksyen 154 Akta


Keterangan 1950 .

[73] Pihak pembelaan ada membangkitkan isu di mana semasa SP19


dipanggil dan memberikan keterangan, keterangan yang diberikan
oleh SP19 ini semasa di peringkat pemeriksaan balas adalah
bertentangan dengan keterangan yang diberikan kepada pihak
pendakwaan semasa pemeriksaan utama. Oleh itu pihak pendakwaan
memohon kepada Mahkamah untuk satu permohonan pemeriksaan
balas SP19 di bawah Seksyen 154 Akta Keterangan 1950 serta
pemeriksaan balas terhadap previous statementnya di bawah Seksyen
145 Akta Keterangan 1950. Permohonan ini untuk pemeriksaan balas
ini dibuat semasa pemeriksaan semula SP19 dan dibenarkan oleh
Mahkamah tanpa merujuk kepada pernyataan terduhulu (prevous
statement) waluupun telah dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa
Raya pada ketika itu.

[74] Mahkamah juga dikatakan telah tersalah arahan apabila


memutuskan bahawa semata-mata perbezaan keterangan di Mahkamah
semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas cukup untuk

32
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

membenarkan saksi ini diperiksa balas dan tanpa dimaklumkan secara


spesifik oleh pendakwaan isu yang manakah dimaksudkan beliau
sebagai percanggahan itu. Pihak pembelaan mempertikaikan tatacara
Mahkamah ini membenarkan permohonan pihak Pendakwaan untuk
memeriksa balas SP19 adalah salah kerana keterangan yang diberikan
kepada pihak Pendakwaan semasa pemeriksaan utama tidak tergolong
kepada pernyataannya terdahulu (previous statement) di bawah
Seksyen 145 Akta Keterangan 1950 dan tidak mematuhi gariskan
panduan seperti yang dihuraikandi dalam nas-nas berikut:

i) Yuen Chun Yii v. PP [1997] 3 SLR 57 dimuka surat 64, di


mana YAA Yow Pung How sebagaimana berikut sebagaiman
dirujuk oleh peguam bagi pihak pembelaan :

[28] Section 156 EA itself does not say how such ‘cross-
examination’ should take place. In this regard, some useful
guidelines have been laid down by Brown J in Re Wee Swee
Hoon, deceased; Lim Ah Moy & Anor v. Ong Eng Say [1953]
MLJ 123. Brown J opined that it was sufficient that the witness
had contradicted what he had said in his former statement in
relation to a material issue in the case. His Honour went on to
say (at ):

When a witness has given an answer or answers, which the party


calling him knows to be in conflict with some statement or
evidence which he has previously made or given, the proper
procedure, in my opinion, is for counsel then to ask him (as was
done in this case) whether he had made a statement (or gave
evidence) at a certain place on a certain date. Having heard his
answer (whatever it may be) no further questions should be put
at that stage. But counsel should then hand to the judge the
statement (or record of the evidence), and apply for leave to
cross-examine him under the provisions of [s 156 EA]. The

33
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

judge, having given the other side an opportunity of seeing the


document and making his submissions on the application, will
then give his ruling. That, in my view, is the proper procedure,
in a situation of this kind. [Emphasis added.]

[29] The highlighted portion above emphasises the need to


strictly observe safeguards for the adverse party. Indeed, the
primary safeguard is that the defence should be allowed to view
the statement sought to be referred to. Irrespective of whether
the correct procedure was under s. 161 EA (refreshing memory)
or s. 156 EA (cross-examining one’s own witness), the defence
was entitled to view the statement.

(ii) Re Wee Swee Hoon,deceased; Lim Ah Moy & Anor v. Ong


Eng Say [1953] MLJ 123 dimana mahkamah meletakkan
prosedurnya sebagai :

“Having heard his answer (whatever it may be) no further


questions should be put at that stage. But Counsel should then
hand to the Judge the statement (or record of the evidence), and
apply for leave to cross-examine him under the provisions of
section 155 of the Evidence Ordinance. The Judge, having given
the other side an opportunity of seeing the document and
making his submissions on the application, will then give his
ruling. That, in my view, is the proper procedure, in a situation
of this kind.”

[75] Oleh itu Peguam merumuskan daripada keputusan di atas


tatacara yg betul bagi membenarkan sesuatu memeriksa balas saksinya
sendiri adalah:

a) Penyataan yang diberikan oleh saksi berlainan dengan


pernyataan yang pernah diberikannya sebelum ini

34
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

b) Pihak yang ingin bertanya hendaklah bertanya kepada


saksi itu sama ada beliau pernah memberikan penyataan sebegitu
sebelum ini

c) Mahkamah hendaklah dirujuk dengan penyataan saksi itu


yang terdahulu

d) Pihak yang ingin memeriksa balas hendaklah memohon


kepada mahkamah untuk menyoal balas saksi

e) Pihak yang berlawanan hendaklah dirujuk dengan


pernyataan terdahulu tersebut. Dan Mahkamah seterusnya
menggunakan penilaian dan budi bicara seterusnya boleh
membuat keputusan pada permohonan tersebut.

[76] Saya amat bersetuju bahawa tatacara bagi membenarkan


permohonan sesuatu pihak tersebut untuk pemeriksaan balas saksi
sendiri adalah seperti garis panduan yang dihuraikan di dalam kedua-
dua nas di atas bagi keadaan yang melibatkan pernyataan yang
terdahulu (previous statement) dibuat yang diberikan kepada pihak
polis dan statement ini tergolong di bawah maksud s. 136 AK. Akan
tetapi harus diingat di sini bahawa apa yang dinyatakan di dalam kes
tersebut hanyalah salah satu panduan yang wajar diikuti bagi keadaan
yang melibatkan pernyataan yang terdahulu (previous statement) yang
telah diberikan kepada pihak polis semasa siasatan.

[77] Akan tetapi di dalam kes kita sekarang, ia amat berbeza kerana
ia tidak melibat kepada pernyataan terdahulu (prevous statement), ia
melibatkan keterangan saksi pendakwaan yang telah memberi
keterangan pada peringkat pemeriksaan balas yang secara terang-
terangan di hadapan Mahkamah ini bertentangan dengan
keterangannya semasa pemeriksaan utama. Pada pandangan saya,
Mahkamah ini tidak perlu lagi mematuhi garis panduan di dalam
kedua-dua nas yang dinyatakan di atas kerana tiada apa-apa

35
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

pernyataan yang terdahulu (previous statement) atau rekod keterangan


(record of evidence) perlu dikemukakan oleh pihak Pendakwaan pada
masa tersebut. Ini kerana rekod keterangan tersebut sudah ada di
dalam pengetahuan semua pihak dan telah pun direkodkan.

[78] Keperluan untuk mengemukakan pernyataan terdahulu kepada


Mahkamah dan juga kepada pihak lawan kerana kedua-dua pihak
(Mahkamah dan pihak lawan) tidak mengetahui apakah pernyataan
(statement) yang dibuat saksi tersebut kepada pihak polis sebelum ini.
Akan tetapi keadaan ini amat berbeza di dalam kita sekarang ini.
Mesti dingatkan di sini berdasarkan pembacaan s. 154 AK yang
menyebut:

“Question by party to his own witness

The court may, in its discretion, permit the person who calls a
witness to put any questions to him which might be put in cross-
examination by adverse party.”

[79] Tiada di mana-mana di dalam Akta Keterangan ini menyatakan


cara mana budi bicara harus dijalankan oleh Mahkamah untuk
membenarkan pemeriksaan balas saksi sendiri. Apa yang adalah untuk
membenarkan budi bicara ini hanyalah garis panduan di dalam
beberapa nas yang semuanya merujuk kepada pernyataan terdahulu
(previous statement). Mahkamah ini berpendapat pada peringkat ini
tidak perlu lagi menentukan apakah isu yang dikatakan berbeza dan
ingin diperiksa balas pendakwaan. Ini kerana Mahkamah ini telahpun
mengetahui dan sedar sendiri akan percanggahan keterangan tersebut
pada masa tersebut tanpa perlu melihat pernyataan saksi kepada pihak
polis sewaktu siasatan. Malahan percaggahan ini juga turut disedari
dan ketahui oleh semua pihak di dalam prosiding ini pada masa
tersebut.

36
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

[80] Pihak Pendakwaan berhujah bahawa tujuan SP19 dipanggil pada


asalnya adalah untuk mendapatkan keterangan sokongan
(corroborated evidence) terhadap keterangan saksi rakan sejenayah
SP4, di mana keterangan SP4 menyatakan rakaman video telefon
bimbit tentang kejadian si mati dipukul ada ditonton dengan jelas oleh
saksi SP19. Perkara ini juga disahkan oleh SP21 berdasarkan hasil
siasatannya. Semasa SP19 dipanggil, keterangan yang diberikannya
semasa pemeriksaan utama kepada pihak pendakwaan menyokong
kepada keterangan SP4 ini. Walau bagaimanapun, keterangannya
semasa pemeriksaan balas adalah berlainan dengan keterangan yang
diberikan semasa pemeriksaan utama. Itu menjadikan saksi SP19 ini
seorang saksi yang belot (hostile).

[81] Di dalam kes Re Wee Swee Hoon,deceased, [1953] MLJ 123,


diputuskan bahawa keperluan untuk pihak memeriksa balas saksinya
timbul bilamana saksi bertukar menjadi hostile, dalam cara saksi
memberi keterangan menunjukkan dia tidak berniat menyatakan
perkara yang benar. Di dalam kes Dato Hj Azman Bin Mahalan v.
Public Prosecutor [2007] 4 MLJ 142, VT Singham J menyatakan
bahawa persoalan samada seseorang saksi itu adalah saksi yang
hostile adalah untuk diputuskan oleh Hakim dan Hakim akan
memutuskan samada saksi tersebut boleh dipercayai (creditworthy)
atau tidak setelah saksi tersebut diuji di kandang saksi dengan cara
pemeriksaan balas. Keterangan oleh saksi hostile tidak perlu ditolak
secara keseluruhannya hanya kerana ianya tidak memihak kepada
pendakwaan kerana Mahkamah boleh bergantung kepada beberapa
bahagian (certain portion) keterangannya jika didapati memuaskan
hati mahkamah sebagai keterangan yang benar.

[82] Kebenaran untuk pemeriksaan balas terhadap saksi oleh pihak


yang memanggilnya di bawah Seksyen 154 Akta Keterangan 1950
boleh dilakukan di ketiga-tiga peringkat pemeriksaan. Ini dinyatakan

37
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

oleh Augustine Paul J dalam kes PP v. Ramli Bin Shafie [2002] 6 MLJ
153 yang menyatakan sepertimana berikut:

“The permission to treat a witness as hostile can be made at any


of the three stages of examination (see BN Chobe v. Sami Ahmad
[1969] 1 Andh LT 32). An application for recalling a witness
whose examination is over for the purpose of treating him as
hostile and cross-examine him will not be allowed (see
Ammathayarammal v. Official Assignee AIR [1933] Mad 137;
PK Das v. State [1971] ILR 2 Cal 392). The inconsistencies in
the evidence of PW3 are therefore matters that go only to her
credibility as a witness.”

[83] Tujuan utama untuk dibuat pemeriksaan balas adalah untuk


menguji kebenaran saksi tersebut. Di dalam kes PP v. Tan Chye Joo &
Anor [1989] 2 MLJ 253 dinyatakan sepertimana berikut:

“The object of the cross-examination under s. 154 of the


Evidence Act is only to test the veracity of the witness. The
grant of the permission to cross-examine is not an adjudication
by the court adverse to the veracity of the witness. Whether the
testimony of the witness should be rejected in whole or in part
depends on the result of the cross-examination.

The witness did not deny the statement he made to the police. He
maintained that his evidence in court was the truth. He
explained that he said he never entered the room upstairs
because he was frightened as something had been recovered
there. I found his explanation to be reasonable. I therefore did
not wholly reject his evidence.”

[84] Apabila seseorang saksi itu didapati sebagai saksi belot (hostile)
tidak semestinya kesemua keterangannya hendaklah ditolak, akan
tetapi keterangannya yang disokong dengan keterangan lain boleh

38
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

diterima. Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes PP v. Ramli Bin Shafie
[2002] 6 MLJ 153 dinyatakan:

“It must be observed that even in the case of a witness who has
been declared hostile so much of his evidence which is
corroborated by other evidence can be accepted (see Laxman
Sahu v. State of Orissa [1990] Cr LJ 821; Asokan v. State of
Kerala [1981] Ker LJ (SN) 34 Ker (DB).”

[85] Di dalam kes baru-baru ini di Mahkamah Rayuan, kes PP v.


Willey Anak Salleh [2017] 1 LNS 1704 CRIMINAL APPEAL NO: Q-
05(LB)-232-09/2015, Abdul Karim Abdul Jalil J memutuskan
sepertimana berikut:

[20] The learned DPP contended that the court still have the
discretion to accept part and reject part of the evidence and not
to reject PW12’s evidencein its entirety. Upon consideration of
the authorities, we cannot agree totally with such proposition.
Depending on the results of the cross examination, the
discretion lies with the trial judge whether to reject in whole or
in part the evidence of the witness. It is to be recalled that in PP
v. Tan Chye Joo [1989] 2 MLJ 253, Wan Adnan J (as he then
was) said that:

“The object of the cross examination under section 154 of the


EA is only to test the veracity of the witness. The grant of the
permission to cross examine is not an adjudication by the court
adverse to the veracity of the witness. Whether the testimony of
the witness should be rejected in whole or in part depends on
the result of the cross-examination.”(Emphasis added)

[86] Mahkamah ini telah membenarkan pihak Pendakwaan memeriksa


balas SP19. Berikut dipeturunkan isi keterangan semasa pemeriksaan
balas SP19 tersebut oleh pihak Pendakwaan:

39
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

a) OKT 1 dan ibu SP19 mula berkahwin pada sekitar tahun


2015.

b) Tidak setuju mengenali SP4 sejak 2015, sedangkan OKT1


berkahwin dengan ibunya pada tahun tersebut. SP 19
hanya mengenali SP4 melalui OKT1.

c) Setuju mengenali SP4 tidak sampai 10 tahun. SP19 setuju


dia menipu di Mahkamah bila menyatakan telah mengenali
SP4 selama 10 tahun.

d) SP19 setuju ada memberikan keterangan kepada pihak


polis melalui pegawai penyiasat ASP Zuhaili.

e) SP19 setuju pihak polis ada memberikan statement untuk


dibacakan kembali. Bila SP19 tidak boleh membaca,
Pegawai Penyiasat ada bacakan kembali keterangan yang
diberikan SP19. SP19 setuju dia mendengar dengan teliti
semasa Pegawai Penyiasat membacakan keterangan yang
diberikan. SP19 setuju apa yang dibacakan oleh Pegawai
Penyiasat adalah keterangan yang diberikan oleh SP19
sendiri.

f) SP19 tidak setuju ada menurunkan tandatangan pada


keterangan yang diberikan kepadapegawai penyiasat.

g) SP19 tidak setuju ada sepina diserahkan kepadanya dan


beliau ada turunkan tandatangan pada sepina tersebut.
SP19 tidak setuju bahawa tandatangan pada sepina adalah
sama dengan tandatangan pada keterangan yang diberikan
kepada pegawai penyiasat.

h) Setuju OKT1 bekerja sebagai nelayan.

40
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

i) SP19 tidak setuju mempunyai hubungan yang baik dengan


OKT1 dan OKT2 sedangkan SP19 setuju:

a. OKT 1 menyara perbelanjaan SP19 dan ibunya;

b. OKT1 yang uruskan makan dan pakai SP19 dan


ibunya;

c. SP19 dan ibu bergantung sepenuhnya kepada OKT1;

d. OKT 1 tidak pernah membuat perkara tidak baik


terhadap SP19

[87] Berkenaan dengan rakaman video yang diceritakan oleh SP19


kepada peguam semasa pemeriksaan balas:

e. Tidak setuju SP4 yang mengambil rakaman video;

f. Setuju durasi rakaman video di antara 5 hingga 10


minit;

g. Tidak setuju durasi rakaman video yang ditonton


oleh SP19 hanya 3 minit;

h. Setuju merasa kasihan melihat rakaman video


tersebut;

i. Tidak setuju SP4 tidak kelihatan dalam rakaman


video tersebut

j. Setuju bahawa suara SP4 ada kedengaran dalam


rakaman video tersebut.

k. Bersetuju terdapat video lain yang dia telah lihat.

[88] Di sini Mahkamah ini memutuskan bahawa berdasarkan hasil


pemeriksaan balas terhadap SP19, keterangan SP19 semasa

41
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

pemeriksaan utama adalah benar dan boleh diterima. Ini kerana


Mahkamah mendapati keterangan SP19 semasa pemeriksaan utama
telah menyokong (corroborate) keterangan SP4 dalam kes ini dan
kedua-dua-dua tertuduh tidak menafikan telah memukul si mati.
Selain itu didapati, berdasarkan jawapan sewaktu pemeriksaan balas,
SP19 mempunyai kepentingan untuk berpaling tadah apabila diperiksa
balas oleh Peguam bagi tujuan menyelamat ayah tirinya (OKT1) dan
anak ayah tirinya (OKT2) dari dikenakan hukuman di dalam kes ini.
OKT1 lah orang yang menyara hidup SP19 dan ibu kandung sebelum
ini.

Dapatan Mahkamah Pada Akhir kes pihak Pendakwaan

[89] Satelah membuat penilaian maksima terhadap keterangan yang


dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah ini mendapati
bahawa suatu kes prima facie telah dibuat terhadap kedua-dua
Tertuduh di mana pihak Pendakwaan telah mengemukakan keterangan
kukuh yang membuktikan setiap satu elemen kesalahan yang jika tidak
dipatahkan atau diterangkan akan wajarkan suatu sabitan. Elemen
kesalahan tersebut ialah:

(a) Mangsa adalah Muhammad Bin Madani telah mati.

(b) Kematian si mati adalah akibat dari kecederaan yang


dialami olehnya; dan

(c) Kedua-dua Tertuduh telah menyebabkan kematian si mati


atau mendatangkan kecederaan tubuh terhadap si mati yang
mana kecederaan sedemikian pada lazimnya boleh
menyebabkan kematian si mati.

(d) Kematian si mati dilakukan secara niat bersama di bawah


s. 34 Kanun Keseksaan.

42
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

[90] Mahkamah ini juga mendapati bahawa satu penemuan fakta dan
undang-undang bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan menjurus
kepada pembuktian di bawah s. 300 (c) Kanun Keseksaan khususnya
dari keterangan saksi pakar patologi iaitu SP12. Oleh yang demikian
kedua-dua Tertuduh diperintahkan untuk membela diri terhadap
Pertuduhan Pindaan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan
dibaca dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan. Ekoran dapatan ini,
kedua-dua OKT telah diterangkan 3 opsyen pembelaan sebagaimana
menurut KTJ. Mereka telah memilih untuk memberi keterangan secara
bersumpah dari kandang saksi.

BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PEMBELAAN

[91] Pada penghujung kes pembelaan, Mahkamah telah


dipertanggungjawabkan untuk memutuskan segala keterangan yang
telah dikemukakan pada sepanjang perbicaraan, samada pihak
pendakwaan telah membuktikan kes di sebalik keraguan yang
munasabah. Seksyen 173 (m)(i) Kanun Tatacara jenayah menyatakan:

“At the conclusion of trial, the Court shall consider all the
evidence adduced before it and shall decide whether the
prosecution has proved its case beyond reasonable doubt”

Pembelaan OKT1

[92] Secara ringkas pembelaan OKT1 adalah seperti berikut: Pada


tarikh 26.2.2015 jam 5.30 petang, OKT1 ingin pergi ke laut bersama
anak angkatnya Fikree (SP4) menaiki kereta JHT 8344 milik
majikannya, Zaini. Tiba di laut di Kongkong, OKT1 dan SP4
membatalkan hasratnya ekoran bot mereka terkandas disebabkan air
laut surut. Kedua-dua mereka kemudiannya bertolak pulang ke rumah
di Kg Sentosa. Semasa dalam perjalanan pulang, kedua-dua mereka

43
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

telah nampak Mat, iaitu si mati. OKT1 ingin berhenti di tempat


tersebut untuk memukul Mat walau bagaimanapun dihalang oleh SP4.
SP4 kemudiannya mencadangkan OKT1 untuk mengambil Umar,
OKT2 terlebih dahulu. Punca kepada OKT1 tidak berpuas hati dengan
si mati adalah disebabkan si mati dikatakan memecah masuk ke dalam
rumah anaknya iaitu OKT2.

[93] SP4 kemudiannya menghubungi OKT2 mengarahkan OKT2


bersiap dan memberitahu mereka telah ternampak si mati. Setelah
menjemput OKT2 di rumahnya, ketiga-tiga mereka menuju ke tempat
si mati berada. Sampai di tempat si mati berada, SP4 dan OKT2 telah
menarik si mati masuk ke dalam kereta dan diletakkan bersama SP4 di
bahagian tempat penumpang belakang kereta bersama-sama SP4. Di
dalam kereta, SP4 dikatakan telah menjerit dan memaki si mati
menyebabkan si mati ketakutan. Si mati kemudiannya dibawa ke
Ladang Kelapa Sawit Boniseng (‘tempat kejadian’). Sampai di sana
OKT2 dan SP4 telah menarik keluar si mati daripada kenderaan
tersebut.

[94] Si mati kemudiannya telah dipukul oleh SP4 dan OKT2. Pada
masa yang sama OKT1 telah menyoal si mati tentang kejadian si mati
memecah masuk ke dalam rumah OKT2. Apabila si mati tidak
menjawab, SP4 dan OKT2 memukul si mati bertubi-tubi menggunakan
tangan dan kaki selama lebih kurang 2 minit. Kemudian si mati minta
diberikan air dan mereka telah memberikannya kepada si mati. OKT1
kemudian menyoal lagi si mati mengenai kejadian pecah rumah
tersebut namun si mati masih mendiamkan diri. SP4 dan OKT2
memukul si mati di keseluruhan badan menggunakan tangan dan kaki
selama lebih kurang 2 minit. Selepas dipukul, keadaan si mati
dikatakan oleh OKT1 sebagai tidak teruk sangat. Si mati dikatakan
boleh balik dan berjalan kaki. Si mati dalam keadaan masih hidup dan
disandarkan di pokok kelapa sawit.

44
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

[95] OKT1 mengatakan bahawa dia hanya memukul si mati sebanyak


2 kali sahaja disebabkan tangannya retak dan baru mendapatkan
rawatan di hospital. OKT1 juga memberitahu bahawa semasa si mati
disoal, ada 2 lelaki bangsa asing melalui tempat kejadian dan OKT1
telah berjumpa dengan kedua-dua lelaki tersebut dan menerangkan
bahawa mereka sedang mengajar si mati yang telah memecah masuk
ke dalam rumah orang.

[96] Selepas meninggalkan si mati di tempat kejadian, OKT1 telah


menghantar OKT2 ke rumahnya dan kemudian telah pergi ke laut
bersama-sama dengan SP4. Kemudiannya pada 28.2.2015, jam lebih
kurang 9.00 malam, OKT1 dan SP4 telah ditangkap oleh pihak polis.
OKT1 memaklumkan bahawa si mati dipukul bertujuan untuk
memberi pengajaran kepada si mati kerana memecah masuk ke rumah
OKT2. Dan dia tiada niat untuk membunuh si mati. OKT1 tiada
persediaan untuk membawa si mati ke tempat kejadian untuk dipukul.
OKT1 turut memberitahu Mahkamah beliau tiada perancangan untuk
memukul si mati sebaliknya ianya berlaku secara kebetulan. OKT1
menyatakan tiada sasaran spesifik disasarkan pada badan si mati
semasa si mati dipukul. OKT1 tiada niat untuk mencederakan si mati
di mana kecederaan tersebut membawa kepada kematian si mati. OKT
juga mengatakan bahawa mereka tidak akan meninggalkan si mati di
tempat kejadian sekiranya mereka tahu keadaan si mati cedera parah
dan menyebabkan kematian.

Pembelaan OKT2

[97] Keterangan pembelaan OKT2 adalah sama dengan keterangan


OKT1 mengenai kejadian dia membawa si mati tempat kejadian dan
memukulnya pada tersebut. OKT2 juga mengatakan di tempat kejadian
tersebut SP4 dan dia sendiri telah menarik si mati keluar daripada
kereta lalu memukul si mati menggunakan tangan selama lebih kurang
2 minit. Kemudian mereka telah berhenti memukul dan menyoal si

45
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

mati tentang kejadian pecah rumah OKT2. Kemudian si mati meminta


air untuk diminum dan OKT1 telah memberikan air kepada si mati.

[98] Menurut OKT2 lagi, si mati kemudiannya membuat pengakuan


bahawa si mati telah memecah masuk rumah OKT2. OKT2
kemudiannya menumbuk muka si mati sebanyak sekali. Selepas itu,
OKT2 nampak SP4 memukul si mati dengan tangan dan menyepak si
mati di bahagian belakang badan. Selepas selesai si mati dipukul,
OKT2 memberitahu bahawa si mati mengarahkan agar dia
ditinggalkan di kawasan tempat kejadian tersebut. Si mati meminta
OKT2 agar dia disandarkan di pokok kelapa sawit di situ. Keadaan si
mati adalah lemah ketika itu. Semasa disandarkan di pokok si mati
seakan mahu tumbang. Kemudian, OKT1, OKT2 dan SP4 masuk ke
dalam kereta meninggalkan tempat tersebut. Sebelum beredar, si mati
dalam keadaan masih hidup kerana kaki masih boleh bergerak-gerak.

[99] OKT2 juga mengatakan bahawa si mati dipukul bertujuan untuk


mengajar si mati kerana dia telah pecah masuk ke rumahnya pada
malam hari sebelum kejadian di mana si mati telah umpil pintu
rumahnya dan mengintai isteri si mati sedang mandi. OKT2
menyatakan bahawa kejadian pukul si mati tidak dirancang. OKT2
tiada idea untuk mencari si mati bagi memukul si mati selepas
mendapati si mati masuk ke dalam rumahnya. OKT2 tiada
menyasarkan mana-mana bahagian badan si mati untuk dipukul dan
tidak ada niat untuk pukul si mati sehingga mati. OKT2 juga tidak
berniat menyebabkan kecederaan parah kepada si mati. Jika OKT2
tahu si mati akan mati disebabkan dipukul, OKT2 akan segera bawa si
mati ke hospital untuk

DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN

[100] Apabila saya meneliti kembali keterangan Pendakwaan dengan


dibandingkan dengan keterangan pembelaan serta secara

46
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

keseluruhannya keterangan yang ada saya percaya bahawa kedua-dua


tertuduh tidak mempunyai sebarang mens reas bahawa mereka ingin
mendatangkan bencana tubuh badan pada si mati sebagaimana
kehendak s. 300(c) Kanun Keseksaan.

[101] Kesalahan di bawah s. 302 dan juga s. 304 Kanun Keseksaan


memerlukan pembuktian niat dan pengetahuan untuk menyebabkan
kematian. Namun apa yang membezakan kedua-dua peruntukan
tersebut terletak pada tahap atau darjah kemungkinan atau
kebarangkalian untuk menyebabkan kematian.

[102] Kedua-dua tertuduh dari mula lagi pada peringkat kes


pendakwaan menyangkal dan menafikan bahawa mereka sengaja mahu
membunuh si mati tetapi sekadar mahu mengajar si mati, namun
Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah
berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di
bawah s. 300 (c) Kanun Keseksaan kerana berdasarkan dapatan SP12
dari aspek perubatan.

[103] Mahkamah ini sekarang percaya bahawa mereka berdua berniat


hanya hendak meyebabkan kecederaan tubuh badan si mati yang tidak
diketahui oleh tertuduh berkemungkinan menyebabkan kematian si
mati. Selain dari itu ada kemungkinan si mati mendapat cedera juga
kerana dipukul oleh SP4 yang turut berada di situ.. Tetapi pihak
pendakwaan telah memilih SP4 untuk dijadikan sebagai saksi
pendakwaan yang mana ini dibenarkan oleh undang-undang. Selain itu
Mahkamah juga menimbang dan mempercayai keterangan kedua-dua
tertuduh yang turut mengatakan bahawa sekiranya mereka tahu yang si
Mat itu (si mati) akan mati jika ditinggalkan di situ sudah tentu
mereka akan bawa dia ke hospital dan tidak akan biarkan mereka di
situ.

[104] Oleh itu apabila menimbang semula keterangan SP4, Dr Rohayu


(SP12) dan dibandingkan dengan keterangan pembelaan kedua-dua

47
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

tertuduh, saya juga tidak fikir perbuatan tertuduh itu dibuat dengan
niat untuk menyebabkan kecederaan kepada tubuh badan si mati yang
mencukupi dalam keadaan biasa untuk menyebabkan kematian.
Dengan yang demikian, atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas,
saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan .gagal untuk
membuktikan kes terhadap kedua-dua Tertuduh di bawah s. 302
Kanun Keseksaan. Akan tetapi berdasarkan keterangan yang ada,
perbuatan kedua-dua tertuduh yang menyebabkan kematian si mati
adalah lebih layak terjumlah di bawah s. 299 Kanun Keseksaan.

[105] Si mati tidak meninggal dunia dengan serta merta setelah di


belasah dan di tinggalkan di situ. Dia hanya meninggal dunia beberapa
jam kemudian selepas dibelasah dan dalam perjalanan ke hospital.
Walaupun di dalam Dr Rohayu (SP12) di dalam keterangannya tidak
mengatakan secara spesifik bahawa bencana tubuh yang dikenakan
terhadap si mati pada lazimnya menyebabkan kematian tetapi ada
mengatakan bahawa kecederaan yang dikenakan akan dalam
kebarangkalian besar menyebabkan kematian. Maka atas sebab ini
mens rea tertuduh tidak digambarkan dengan jelas sehinggalah
tertuduh sendiri memberi penjelasan bahawa ia adalah bukan suatu
pembunuhan.

[106] Pada hemat saya, darjah kemungkinan atau kebarangkalian untuk


menyebabkan kematian dalam kes di hadapan saya ini tidak sampai
pada tahap kesalahan bunuh di bawah s. 302 Kanun Keseksaan. Ini
membawa saya sekarang untuk menyentuh kesalahan homisid salah
yang tidak terjumlah kepada pembunuhan yang boleh dihukum di
bawah s. 304 Kanun Keseksaan. Pada peringkat ini saya sudahpun
berpuas hati dan tidak ada keraguan langsung bahawa tertuduh-
tertuduh yang memukul dan membelasah keseluruhan anggota badan
si mati dan menyebabkan kecederaan parah dan lemah ke atas si mati
dan membiarkan dia situ tanpa sebarang rawatan pada hari dan masa
yang berkenaan.

48
[2018] 1 LNS 2212 Legal Network Series

[107] Walaupun keterangan dan laporan perubatan mengatakan


kecederaan yang dialami oleh si mati boleh membawa elemen kritikal
di bawah s. 300(c) Kanun Keseksaan, namun keterangan SP4 dan
tertuduh-tertuduh sendiri yang mengatakan mereka telah memukul dan
membalasah si mati hanya mengunakan tangan dan kaki tanpa
menggunakan apa-apa senjata telah menghapuskan kes pendakwaan
atas tuduhan membunuh. Oleh itu, ini adalah kes yang layak dan
sesuai untuk meringankan pertuduhan bunuh di bawah s. 302 Kanun
Keseksaan terhadap kedua-dua tertuduh kepada satu pertuduhan
mematikan orang secara salah yang tidak terjumlah kepada membunuh
di bawah s. 304(a) Kanun Keseksaan.

[108] Oleh itu berdasarkan alasan-alasan di atas kedua-dua OKT


didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah s. 304(a)
Kanun Keseksaan. Satelah menimbang hujahan kedua-dua pihak
mengenai hukuman, Mahkamah ini mengenakan hukuman penjara 14
tahun dari tarikh tangkap dan ini adalah wajar dengan mengambil kira
elemen kepentingan awam. Hukuman ini juga satelah mengambil kira
bahawa seorang manusia telah meninggal dunia tetapi perbuatan
kedua-dua tertuduh tidak bagitu kejam dan menggerikan kerana
mereka hanya menggunakan kaki dan tangan untuk mencederakan si
mati tanpa menggunakan apa senjata.

(MAT GHANI ABDULLAH)


Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Johor Bahru

Bertarikh: 11 NOVEMBER 2018


KAUNSEL:

Bagi pihak pendakwaan - Muhammad Taufik Saberi


Bagi pihak OKT-OKT - Fazaly Ali Mohd Ghazaly; The Law Chambers
of Fazaly Ali

49

You might also like