You are on page 1of 27

[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA


(BIDANG KUASA RAYUAN)
[RAYUAN JENAYAH: NO.J-05(SH)-457-09/2018]

ANTARA

1. MOHD NOIN BIN SARPIN


2. UMARAZHAR BIN MOHD NOIN … PERAYU-
PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA … RESPONDEN

DIDENGAR BERSAMA
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA
(BIDANG KUASA RAYUAN)
RAYUAN JENAYAH: NO. J-05(SH)-594-12/2018

ANTARA

PENDAKWA RAYA … PERAYU

DAN

1. MOHD NOIN BIN SARPIN


2. UMARAZHAR BIN MOHD NOIN … RESPONDEN-
RESPONDEN

1
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

[Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Tinggi Malaya di Johor


Bahru
Perbicaraan Jenayah No: 45B-08-06/2016]

Pendakwa Raya

Lawan

1. Mohd Noin bin Sarpin

2. Umarazhar bin Mohd Noin]

KORAM : HAS ZANAH MEHAT, HMR


LEE SWEE SENG, HMR
NORDIN HASSAN, HMR

PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Pendahuluan

[1] Mohd Noin bin Sarpin (“Perayu Pertama”) dan Umarazhar bin
Mohd Noin (“Perayu Kedua”), iaitu bapa dan anaknya, telah dituduh
di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi kesalahan membunuh iaitu
suatu kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca
bersama seksyen 34 Kanun yang sama kerana melakukan kesalahan
berkenaan dengan niat bersama.

[2] Pertuduhan di mana kedua-dua perayu dibicarakan adalah seperti


berikut :

2
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

“ Bahawa kamu bersama-sama pada 26.2.2016 jam lebih kurang


6.30 petang hingga 10.20 malam pada 27.2.2016 bertempat di
Ladang Kelapa Sawit Boniseng, Jalan Loji Air Sultan Iskandar,
di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul
Takzim, dalam mencapai niat bersama kamu telah melakukan
bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap penama
Muhammad bin Madari (No. K/P: 630805 -01-5215) dan dengan
itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 302
Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang
sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.”

[3] Di akhir kes perbicaraan, hakim bicara mendapati kedua-dua


perayu hanya melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah
yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh dan mensabitkan
mereka dengan kesalahan di bawah seksyen 304(a) dan seterusnya
menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap kedua-dua mereka
dari tarikh mereka ditangkap.

[4] Kedua-dua perayu yang tidak berpuashati dengan keputusan


hakim bicara tersebut telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan
hukuman yang dijatuhkan.

[5] Pendakwa Raya juga telah memfailkan rayuan terhadap


keputusan hakim bicara yang hanya mensabitkan kedua-dua perayu
bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a) dan bukan atas kesalahan
yang kedua-dua perayu dituduh iaitu dibawah seksyen 302 Kanun
Keseksaan.

Kes Pendakwaan

[6] Berdasarkan saksi-saksi pihak pendakwaan yang memberi


keterangan di mahkamah dan diterima oleh hakim bicara, kes
pendakwaan dapat diringkaskan seperti berikut. Pada 26.2.2016, lebih

3
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

kurang jam 4.00 petang, kedua-dua perayu bersama Mohd Fikri bin
Mohd Zabri (SP4), menaiki sebuah kereta proton saga nombor
pendaftaran JHT 8433, yang dipandu oleh perayu kedua, telah menuju
ke Jalan Kampong Sentosa, Johor Bahru. Di tepi Jalan Kampong
Sentosa berkenaan mereka melihat Muhammad bin Madani (“simati”)
berada di situ lalu perayu kedua memberhentikan kereta yang
dipandunya. Setelah itu, perayu pertama telah menarik simati masuk
ke dalam kereta berkenaan. Seterusnya, simati telah dibawa ke sebuah
kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Loji Sultan Iskandar, Ulu Tiram,
Johor Bahru.

[7] Apabila sampai di ladang kelapa sawit tersebut, simati telah


ditarik keluar dari kereta oleh perayu kedua dan dibawa ke kawasan
ladang kelapa sawit berkenaan. Selanjutnya, kedua-dua perayu telah
memukul simati bertubi-tubi dengan tangan dan menyepak simati
dengan kaki pada bahagian badan, muka, kepala dan kaki simati
dengan kuat dan selama hampir setengah jam. Walaupun simati telah
terbaring di tanah, perayu- perayu terus memukul dan menyepak
simati. Keadaan simati ketika itu adalah lemah dan tidak bermaya.
Simati kemudiannya disandarkan di sebatang pokok sebelum perayu-
perayu dan SP4 meninggalkan simati di tempat tersebut.

[8] Semasa kejadian kedua-dua perayu memukul simati, SP4 ada


merakamkan video kejadian tersebut dengan menggunakan telefon
bimbitnya selama lebih kurang 5 minit dari belakang kereta proton
saga yang mereka naiki. Rakaman video ini ada dilihat oleh Wan Nur
Sakinah binti Muhammad Tawpik (SP19) iaitu anak tiri kepada perayu
pertama semasa SP19 dan SP4 berada di rumah perayu pertama.

[9] Berhubung dengan simati, pada 27.2.2016 iaitu sehari selepas


kejadian simati dipukul dan disepak oleh perayu-perayu, lebih kurang
jam 6.10 petang, simati telah ditemui oleh seorang pengawal
keselamatan (SP1) dalam keadaan “nyawa-nyawa ikan” iaitu dalam

4
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

keadaan kritikal lalu perkara tersebut dilaporkan kepada pihak polis.


Simati seterusnya dibawa ke Hospital Waqaf An-Nur, Pasir Gudang
dan dirawat oleh Dr. Max Muluan bin Muliadi (SP13) yang
menyatakan bahawa simati ketika itu dalam keadaan nazak dan
bernafas perlahan. Simati kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan
Sulaiman tetapi didapati telah meninggal dunia.

[10] Bedah siasat terhadap simati telah dijalankan oleh Dr. Rahayu
binti Shahar Adnan (SP12) dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital
Sultan Ismail. SP12 mendapati antara lain berlaku pendarahan selaput
otak (subarachnoid haemorrages), lebam-lebam pada otot pernafasan,
lebam pada organ pankreas dan lebam pada jantung simati. Tulang
rusuk kanan ke 7 hingga 9 dan tulang rusuk kiri yang ke 9 juga patah.
Terdapat juga kesan lebam-lebam pada badan, tangan dan kaki simati
dan juga kesan terbakar pada tubuhnya. SP12 seterusnya memutuskan
sebab kematian simati adalah “Multiple blunt force trauma” yang
boleh disebabkan oleh objek tumpul termasuk kaki, tangan atau objek
yang mempunyai permukaan keras. SP12 seterusnya menjelaskan
bahawa kecederaan pada kepala dan badan simati adalah bersifat fatal
dan kematian simati dikategorikan sebagai “immediate death” iaitu
kematian yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam. SP12 juga
menyatakan bahawa walaupun simati dibawa ke hospital untuk
rawatan, simati tidak akan dapat diselamatkan. Ini disebabkan
terdapatnya lebam pada jantung simati.

Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan

[11] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara telah membuat dapatan-


dapatan berikut berdasarkan keterangan dan kredibiliti saksi-saksi :

(i) simati disahkan adalah Muhammad bin Madari;

5
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

(ii) kematian simati adalah disebabkan oleh kecederaan-


kecederaan yang dialami oleh simati;

(iii) kecederaan-kecederaan terhadap simati tersebut adalah


dilakukan oleh perayu-perayu;

(iv) kecederaan-kecederaan terhadap simati iaitu pendarahan


pada selaput otak dan lebam pada jantung dan organ
pankreas tersebut adalah fatal dan menyebabkan kematian
pada simati. Sehubungan itu peruntukan seksyen 300(c)
Kanun Keseksaan adalah terpakai dalam kes ini.

(v) Kedua-dua perayu mempunyai niat bersama dalam


menyebabkan kematian simati.

[12] Berdasarkan dapatan-dapatan fakta yang dinyatakan, hasil dari


penilaian maksima keterangan pihak pendakwaan, hakim bicara
memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan
suatu kes prima facie terhadap kedua-dua perayu bagi kesalahan
membunuh simati seperti pertuduhan yang dikemukakan terhadap
mereka. Selaras dengan itu juga, kedua-dua perayu telah dipanggil
untuk membela diri bagi kesalahan dibawah seksyen 302 Kanun
Keseksaan.

Pembelaan perayu pertama

[13] Perayu pertama memberi keterangan secara bersumpah dan


pembelaannya dapat diringkaskan seperti berikut. Pada petang
26.2.2016, perayu pertama yang memandu kereta proton saga
bersama-sama perayu kedua dan SP4 sebagai penumpang, telah
memberhentikan kereta tersebut di tepi Jalan Kampong Sentosa lalu
perayu kedua dan SP4 telah turun dan menarik masuk simati yang
berada di tepi jalan berkenaan ke dalam kereta. Perayu pertama
kemudian membawa kereta tersebut ke sebuah ladang kelapa sawit.

6
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

Apabila sampai di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan, perayu


pertama telah memberhentikan kereta lalu perayu kedua dan SP4
menarik simati keluar dari kereta. Seterusnya, perayu kedua dan SP4
telah memukul simati dengan tangan dan menyepaknya dengan kaki.
Perayu pertama hanya menendang simati dua kali iaitu di belakang
dan peha simati dan semasa kejadian, perayu pertama hanya banyak
bertanya simati mengenai tindakan simati memecah masuk rumah
perayu kedua. Perayu pertama kemudian terus ke kereta dan melihat
perayu kedua dan SP4 menarik simati dan disandarkan di sebatang
pokok. Mereka kemudian beredar dari tempat tersebut.

Pembelaan perayu kedua

[14] Pembelaan perayu kedua pula adalah seperti berikut. Pada tarikh
26.2.2016 tersebut, perayu pertama, perayu kedua dan SP4 menaiki
kereta proton saga menuju ke Jalan Kampong Sentosa dan apabila
sampai di tepi jalan berkenaan, SP4 telah keluar dan bergelut dengan
simati. Perayu kedua kemudian keluar dan menarik masuk simati ke
dalam kereta dan membawanya menuju ke sebuah ladang kelapa sawit.
Kereta tersebut dipandu oleh perayu pertama. Di kawasan ladang
kelapa sawit tersebut, perayu kedua dan SP4 telah menarik simati
keluar dari kereta. Seterusnya, perayu kedua telah memukul simati
dan diikuti oleh SP4 yang turut sama memukul simati. Mereka
memukul simati lebih kurang satu hingga dua minit dan kemudian
perayu pertama dan perayu kedua menyoal simati mengenai kejadian
simati memecah masuk rumah perayu kedua. Semasa simati disoal,
perayu kedua ada menumbuk simati dan begitu juga SP4. Mereka
berhenti memukul simati selepas 5 hingga 10 minit. Kemudiannya,
perayu kedua dan SP4 menarik simati dan disandarkan ke sebatang
pokok. Mereka bertiga kemudian beredar dari tempat berkenaan.

7
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

Dapatan hakim bicara di akhir kes pembelaan

[15] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara sebaliknya mendapati


bahawa kedua-dua perayu tidak mempunyai niat untuk mendatangkan
kecederaan pada simati yang membolehkan seksyen 300(c) Kanun
Keseksaan terpakai. Justeru itu, kedua-dua tertuduh hanya disabitkan
dengan kesalahan di bawah seksyen 304(a) Kanun yang sama dan
dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dari tarikh mereka ditangkap.

Rayuan perayu-perayu

Perayu pertama

[16] Alasan-alasan yang dikemukakan oleh peguam perayu pertama


bagi menyokong rayuan yang difailkan adalah seperti berikut:

(i) Keterangan SP19 semasa disoal balas tidak memihak


kepada pihak pendakwaan dan ini gagal dipertimbangkan
oleh hakim bicara. Selain itu, hakim bicara tersalah arah
dari segi prosedur apabila membenarkan pihak pendakwaan
menyoal balas SP19 tanpa dirujuk terlebih dahulu
pernyataan bertulis SP19 bagi maksud menyoal balas saksi
di bawah seksyen 154 Akta Keterangan 1950;

(ii) Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Mohd Norhaizan


bin Mohd Noh iaitu pemilik kereta proton saga JHT 8834
yang digunakan dalam kejadian pada 26.2.2016 berkenaan
dan telah ditawarkan kepada pihak pembelaan telah
menimbulkan suatu inferen yang bertentangan terhadap
pihak pendakwaan di bawah seksyen 114(g) Akta
Keterangan 1950;

8
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

(iii) Hukuman 14 tahun penjara yang dijatuhkan oleh hakim


bicara terhadap perayu pertama adalah terlalu tinggi dan
tidak sepadan dengan trend hukuman berdasarkan fakta
yang hampir sama.

Perayu kedua

[17] Selanjutnya, perayu kedua pula mengemukakan alasan-alasan


berikut dalam menyokong rayuan terhadap sabitan dan hukuman
terhadapnya :

(i) Hakim bicara terkhilaf apabila menerima keterangan SP19


semasa pemeriksaan utama berhubung rakaman video
dalam telefon bimbit SP4 yang menunjukkan kedua-dua
perayu memukul simati sedangkan rakaman video tersebut
tidak dikemukakan sebagai eksibit di mahkamah;

(ii) Hakim bicara terkhilaf apabila gagal membuat inferen


yang bertentangan terhadap pihak pendakwaan yang gagal
mengemukakan rakaman video berkenaan;

(iii) Hakim bicara terkhilaf apabila gagal menolak keterangan


SP19 yang keterangannya semasa pemeriksaan balas tidak
memihak kepada kes pendakwaan;

(iv) Hakim bicara telah gagal memberi amaran kepada dirinya


berhubung penerimaan keterangan SP19 yang ketika itu
merupakan seorang saksi kanak kanak yang berumur 16
tahun semasa perbicaraan;

(v) Hakim bicara gagal mengambilkira bahawa SP19 tidak


pernah mengesahkan bahawa orang yang dipukul dala m
rakaman video yang dilihat adalah simati;

9
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

(vi) Hakim bicara terkhilaf apabila menerima keterangan SP19


sebagai keterangan sokongan SP4 yang merupakan rakan
sejenayah dalam kes kematian simati; dan

(vii) Hakim bicara terkhilaf apabila membenarkan permohonan


pihak responden di bawah seksyen 154 Akta Keterangan
1950 untuk menyoal balas SP19.

Pertimbangan dan keputusan mahkamah ini

[18] Dalam mempertimbangkan rayuan perayu-perayu dalam kes ini,


isu- isu yang bertindih iaitu isu sama yang dibangkitkan oleh kedua-
dua perayu akan diputuskan bersekali di samping isu-isu lain yang
berbeza.

Isu keterangan SP19

[19] Berhubung isu ini, perayu-perayu telah membangkitkan isu


bahawa hakim bicara terkhilaf apabila menerima keterangan SP19
semasa peringkat pemeriksaan utama tetapi menolak keterangan SP19
semasa di peringkat soal balas. Selain itu, hakim bicara juga
dikatakan tersalah arah berhubung prosedur menyoal balas saksi di
bawah seksyen 154 Akta Keterangan 1950 dan terkhilaf apabila
membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk menyoal
balas SP19.

[20] Berkaitan perkara ini, pertamanya, adalah undang-undang yang


mantap bahawa hakim bicara boleh menerima sebahagian dan menolak
sebahagian keterangan seseorang saksi berdasarkan alasan yang
munasabah dan keseluruhan keterangan yang ada. Ini telah dijelaskan
dalam keputusan-keputusan mahkamah atasan termasuk dalam kes
Mahkamah Persekutuan Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617
di mana dinyatakan seperti berikut :

10
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

“[62] It is important to note that every witness does not


remember the same thing and he does not remember accurately
every single thing that happened. There is no rule of law that
the testimony of a witness must either be believed in its entirety
or not at all. A court is fully competent, for good and cogent
reason, to accept one part of the testimony of a witness and to
reject the other (see: PP v. Datuk Harun Haji Idris (No.2)
[1976] 1 LNS 184; [1977] 1 MLJ 15 )”

(penekanan ditambah)

[21] Berhubung perkara ini juga, adalah bersesuaian diteliti


keterangan SP19 semasa di peringkat pemeriksaan utama yang antara
lain menyatakan :

(i) SP19 ada melihat rakaman video dalam telefon bimbit SP4
selama lebih kurang 3 minit yang menunjukkan kedua-dua
perayu memukul seseorang dan berhenti melihat video
tersebut kerana kasihan melihat orang yang dipukul;

(ii) Dalam rakaman video tersebut, SP19 melihat kedua-dua


perayu memukul seseorang yang dalam keadaan
mencangkung hingga orang tersebut terbaring;

(iii) Kedua-dua perayu memukul orang tersebut dengan tangan


dan kaki;

(iv) SP19 juga melihat sebuah kereta dalam rakaman video


tersebut dan apabila dirujuk gambar kereta proton saga
yang dikemukakan sebagai eksibit P6, SP19 mengesahkan
ianya seperti gambar kereta yang dilihat dalam rakaman
video berkenaan; dan

11
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

(v) Apabila ditunjukkan gambar simati, SP19 mengecam


bahawa ianya adalah gambar orang yang dipukul oleh
kedua-dua perayu.

[22] Keterangan SP19 di peringkat pemeriksaan utama ini adalah


terperinci dan selaras dengan keterangan yang diberikan oleh SP4
berhubung fakta-fakta penting.

[23] Sehubungan itu, hakim bicara dalam kes ini yang telah menelit i
keterangan keseluruhan yang ada, boleh menerima keterangan SP19 di
peringkat pemeriksaan utama dan menolak keterangan SP19 di
peringkat soal balas apabila menyatakan yang memukul simati adalah
SP4 dan kawannya. Keterangan SP19 di peringkat soal balas ini,
jelasnya, bertentangan dengan fakta dalam kes ini. Antaranya, yang
ada di tempat kejadian hanya perayu pertama, perayu kedua, SP4 dan
simati. Ini disahkan juga oleh perayu-perayu, malahan perayu perayu
dalam pembelaannya mengaku ada memukul simati. Oleh itu
keterangan SP19 di peringkat soal balas bahawa simati dipukul oleh
SP4 dan kawannya adalah ditolak dengan betul oleh hakim bicara.

[24] Di samping itu juga dapatan fakta oleh hakim bicara dalam kes
ini tidak sewajarnya diganggu tanpa alasan yang kukuh dan dalam kes
ini tiada alasan yang kukuh untuk kami berbuat demikian
memandangkan dapatan tersebut juga disokong oleh keterangan saksi-
saksi. Berhubung perkara ini adalah relevan dirujuk kepada kes
Mahkamah Persekutuan Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236
yang menyatakan :

“It is an established principle of law that when dealing with


finding of facts, the trial judge is more often than not, in a
better position to decide. The appellate court must be reluctant
to interfere with such findings, unless the facts obviously
disclose the court below had clearly and wrongly evaluated the

12
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

facts. In Lee Ah Seng & Anor v. PP [2007] 5 CLJ 1 this court


held :

The approach to be taken by an appellate court when


dealing with a trial court’s assessment on credibility of
witness is well established by high authorities. The
credibility of a witness is primarily for the trial judge. An
appellate court should always be slow in disturbing such
finding of fact arrived at by the trial judge who had
audio-visual advantage of the witness, unless there are
substantial and compelling reasons for disagreeing with
the finding. Discrepancies will always be found in the
evidence of a witness but what a judge has to determine is
whether they are minor or material discrepancies. It would
be wrong to say just because a witness may have
contradicted in his evidence or even told lies on one or
two points, his evidence should be totally rejected. In the
final analysis it is for the trial judge to determine which
part of the evidence of a witness he is to accept and which
to reject….”

(penekanan ditambah)

[25] Seterusnya adalah berhubung isu kesilapan prosedur oleh hakim


bicara dalam pemakaian seksyen 154 Akta Keterangan 1950 apabila
pernyataan saksi tidak dirujuk semasa permohonan menyoal balas
saksi oleh pihak pendakwaan. Peruntukan ini sering digunapakai
terhadap saksi yang didapati belot (hostile) dan bertujuan untuk
menentukan kebenaran keterangan yang diberikan di mahkamah. (lihat
Public Prosecutor v. Tan Chye Joo & Anor [1989] 2 MLJ 253)

[26] Berkaitan perkara ini, seksyen 154 memberi budibicara kepada


mahkamah untuk membenarkan saksi-saksi yang dipanggil untuk
memberi keterangan, disoal balas oleh pihak yang memanggilnya.

13
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

Tiada sebarang prosedur yang ditetapkan dalam peruntukan ini tetapi


nas undang undang yang digariskan oleh mahkamah atasan
memerlukan pernyataan atau rekod terdahulu saksi tersebut dirujuk. (
lihat Muniandy & Anor v. Public Prosecutor [1973] 1 MLJ 179 1 MLJ
179(FC)). Prosedurnya adalah apabila hakim bicara berpuashati
bahawa terdapat percanggahan yang material berdasarkan pernyataan
saksi dan keterangan saksi tersebut di mahkamah, kebenaran boleh
diberikan untuk saksi disoal balas. Percanggahan material tersebut
bukan percanggahan dalam satu sesi perbicaraan seperti dalam kes ini.
Rujukan kepada pernyataan atau rekod keterangan terdahulu perlu
dijadikan asas untuk permohonan menyoal balas saksi sendiri.

[27] Kembali kepada kes ini, permohonan untuk menyoal balas saksi
SP19 boleh dibuat pada mana-mana peringkat perbicaraan tetapi
hendaklah dengan menggunakan pernyataan terdahulu atau rekod
keterangan terdahulu dan ini telah gagal dilaksanakan.

[28] Walau bagaimanapun, kami mendapati kegagalan ini tidak


menimbulkan sebarang ketidakadilan kepada pihak pembelaan. Ini
adalah kerana hasil soal balas yang dilakukan terhadap SP19 tidak
memberi apa- apa hasil yang dapat membantu pihak pendakwaan,
malahan lebih memihak kepada pihak pembelaan. Sehubungan itu,
kami berpendapat, kekhilafan hakim bicara berkaitan perkara ini
adalah tidak fatal kepada kes pendakwaan atau memprejudis kes
pembelaan.

[29] Selanjutnya, keterangan SP19 dihujahkan merupakan keterangan


dari saksi kanak-kanak dan amaran bagi penerimaan keterangan saksi
ini tidak dilakukan oleh hakim bicara. Di sini, SP19 memberi
keterangan bersumpah di mahkamah dan ketika itu, SP19 berumur 16
tahun. Dalam perkara ini, keterangan menunjukkan bahawa SP19
memahami sumpah yang diambilnya iaitu untuk bercakap benar. SP19
juga bukan saksi “tender years” bagi pemakaian seksyen 133A Akta

14
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

Keterangan 1950. Apa yang penting adalah saksi kanak-kanak ini


mempunyai keterangan sokongan dari saksi lain dan dalam hal ini
adalah keterangan dari SP4. Tambahan pula, keterangan SP19 hanya
berkisar kepada rakaman video yang dilihat dalam telefon bimbit SP4.
SP19 tidak berada ditempat kejadian dan keterangan sokongan beliau
hanya terhad kepada rakaman video yang dilihatnya sahaja.
Keterangan utama dalam kes ini adalah dari saksi mata yang melihat
dan mengalami sendiri keseluruhan perkara yang berlaku yang
membawa kepada kematian simati iaitu SP4. Sehubungan itu,
ketiadaan amaran yang dibuat oleh hakim bicara tidak fatal kepada
kes pendakwaan.

[30] Berhubung perkara ini juga, adalah relevan dirujuk kes


Mahkamah Persekutuan, Tham Kai Yau & Ors v. Public Prosecutor
[1977] 1 MLJ 174 yang menyatakan seperti berikut :

“ In the present case, however, the learned trial judge did not
consider PW8, a child of ‘tender years’ and he was satisfied that
he possessed sufficient intelligence to understand the meaning
and significance of an oath. The absence of such warning
therefore was not fatal as there was in fact substantial
corroboration of the boy’s evidence. The appeal on this
ground, we thought , must therefore fail.”

(penekanan ditambah)

[31] Selanjutnya, SP19 adalah sorang saksi bebas dan bukan rakan
sejenayah dalam kes ini. Justeru itu, keterangan SP19 boleh
menyokong keterangan SP4.

15
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

Penerimaan keterangan SP4 yang merupakan rakan sejenayah


dalam kes ini

[32] Isu selanjutnya adalah berhubung penerimaan keterangan SP4


yang diputuskan oleh hakim bicara adalah rakan sejenayah dalam kes
ini. Undang-undang adalah jelas bahawa seorang rakan sejenayah
adalah saksi yang kompeten terhadap tertuduh dan suatu sabitan
berdasarkan keterangan rakan sejenayah yang tidak mempunyai
keterangan sokongan adalah sah di sisi undang-undang. Ini
diperuntukkan di bawah seksyen 133 Akta Keterangan 1950 yang
menyatakan :

“An accomplice shall be a competent witness against an accused


person; and a conviction is not illegal merely because it
proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice”

(emphasis added)

[33] Walau bagaimanapun, prinsip undang-undang melalui keputusan


mahkamah atasan juga adalah mantap bahawa hakim bicara hendaklah
memberi amaran atau mengingatkan dirinya akan bahaya mensabitkan
seseorang tertuduh berdasarkan keterangan rakan sejenayah yang tidak
mempunyai keterangan sokongan. Selanjutnya, hakim bicara perlu
mempertimbangkan sama ada keterangan yang diberikan tersebut
adalah kredibel dan mencukupi untuk membuktikan pertuduhan
terhadap tertuduh. (lihat Dalip Bhagwan Singh v. PP [1997] 4 CLJ
645 (FC), Ng Yau Thai v. Public Prosecutor [1987] 2 MLJ 214;
Nathan v. Public Prosecutor [1972] 2 MLJ 101)

[34] Kembali semula kepada kes ini, hakim bicara dalam alasan
penghakimannya telah dengan jelas memberi amaran pada dirinya atau
mengingatkan dirinya mengenai bahaya mensabitkan perayu-perayu
berdasarkan keterangan rakan sejenayah iaitu SP4 tanpa keterangan

16
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

sokongan yang lain. Ini dilihat pada perenggan 59, alasan


penghakiman hakim bicara seperti berikut :

“ 59] Oleh itu adalah penting bagi Mahkamah ini mengingatkan


diri dan memberi amaran kepada diri akan bahaya mensabitkan
tertuduh berdasarkan keterangan yang tidak disokong”

[35] Hakim bicara dalam kes ini juga mendapati bahawa SP4 adalah
saksi yang kredible, bercakap benar, boleh dipercayai dan
keterangannya adalah kukuh seperti dinyatakan di perenggan 57,
alasan penghakiman hakim bicara :

“ 57] ….Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan SP4 di


dalam kes ini adalah kredible dan SP4 bercakap benar
sepanjang memberi keterangan kepada Mahkamah. SP4 adalah
saksi yang boleh dipercayai, yang mana keterangannya adalah
kukuh dan tidak tergugat walaupun berhadapan dengan
pemeriksaan balas yang bertubi-tubi.”

[36] Sehubungan itu, sabitan terhadap kedua-dua perayu berdasarkan


keterangan SP4 sahaja adalah mencukupi dan sah di sisi undang-
undang. Ini juga selaras dengan peruntukan seksyen 134 Akta
Keterangan yang menyatakan bahawa tiada bilangan saksi tertentu
yang diperlukan untuk membuktikan sebarang fakta. Ini bermakna
keterangan seorang saksi sahaja jika dipercayai mencukupi untuk
membuktikan sesuatu fakta. (lihat Balachandran v. Public Prosecutor
[2005] 1 AMR 321; Md Zainuddin Raujan v. Public Prosecutor [2013]
4 MLJ 596).

[37] Walau bagaimanapun, keterangan SP4 ini juga disokong secara


tidak langsung dengan keterangan SP6, SP12, SP19 dan SP21. SP6
iaitu saudara simati, mengesahkan adanya pergaduhan antara simati
dan perayu kedua beberapa hari sebelum tarikh kejadian. Punca
pergaduhan adalah perayu kedua pernah hampir melanggar simati

17
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

dengan kereta yang dipandunya. Ini menyokong keterangan SP4 yang


menyatakan bahawa simati dipukul kerana perayu kedua yang hampir
terlanggar simati dan menyebabkan anak kecilnya terjatuh di tempat
kaki penumpang hadapan. Seterusnya, keterangan SP4 bagaimana
simati dipukul dengan kuat menggunakan tangan dan kaki selama
hampir 30 minit selaras dengan keterangan SP12 mengenai
kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati. SP19 pula dalam
pemeriksaan utamanya ada menyatakan bahawa beliau melihat
rakaman video dalam telefon bimbit SP4 yang menunjukkan simati
dipukul oleh kedua-dua perayu. Selanjutnya, SP21 dalam siasatannya
mengesahkan bahawa kenderaan proton saga JHT 8433 digunakan
oleh perayu pertama 6 bulan sebelum tarikh kejadian.

[38] Keterangan sokongan yang menyokong keterangan SP4 ini ada


dinyatakan dalam alasan penghakiman hakim bicara di perenggan 61,
62 dan 63. Di perenggan 61 tersebut dinyatakan :

“ 61] Malahan Mahkamah ini mendapati keterangan SP4


bukanlah tanpa sokongan. Terdapat sokongan keterangan
keadaan sekeliling yang telah disokong (corroborated) oleh
saksi-saksi bebas (independent) serta kredibel…”

[39] Jelas di sini, walaupun keterangan SP4 sahaja mencukupi untuk


mensabitkan perayu-perayu, dalam kes ini keterangan SP4 juga
disokong dengan keterangan saksi-saksi lain seperti yang dinyatakan
terdahulu.

Isu Inferen yang bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta


Keterangan 1950

[40] Pihak pembelaan juga membangkitkan isu bahawa kegagalan


memanggil pemilik kereta proton saga JHT 8834 iaitu Mohd
Norhaizan bin Mohd Noh dan kegagalan mengemukakan rakaman

18
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

video dalam telefon bimbit SP4 telah menimbulkan inferen


bertentangan terhadap kes pendakwaan.

[41] Undang-undang adalah jelas bahawa inferen bertentangan di


bawah seksyen 114(g) hanya terpakai apabila pihak-pihak
menyembunyikan atau gagal mengemukakan dokumen atau saksi yang
material dalam sesuatu kes.

(lihat Amri Ibrahim v. PP [2017] 1 CLJ 617(FC); Munusamy v. Public


Prosecutor [1987] 1 MLJ 492 (SC))

[42] Dalam kes ini, pemilik kereta proton saga, Mohd Norhaizan bin
Mohd Noh bukan merupakan saksi penting dalam kes pembunuhan
simati. Kereta proton tersebut, dalam kes pembunuhan ini, hanya
digunakan untuk mengambil dan membawa simati ke tempat kejadian.
Keterangan SP21 juga telah menunjukkan bahawa perayu pertama
menggunakan kereta tersebut 6 bulan sebelum kejadian dan
keterangan ini tidak dicabar oleh pihak pembelaan. Seterusnya, saksi
kes pembunuhan yang utama dalam kes ini adalah SP4 yang
merupakan saksi mata yang melihat kejadian kedua-dua perayu
memukul simati dengan kuat selama hampir 30 minit. Di sini tiada
sebarang kelompangan pada kes pendakwaan jika pemilik kereta
tersebut tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Oleh itu hakim
bicara tidak terkhilaf apabila tidak mengunapakai inferen
bertentangan terhadap pihak pendakwaan dalam isu ini.

[43] Begitu juga dengan rakaman video dalam telefon bimbit SP4.
Keterangan dari SP4 jelas menyatakan bahawa telefon bimbit tersebut
ditinggalkan di rumah perayu pertama semasa SP4 ditangkap oleh
pihak polis. Apabila SP4 kembali semula untuk mendapatkan
telefonnya itu, ianya telah tiada di rumah berkenaan. Di sini tiada
sebarang tindakan untuk menyembunyikan rakaman video tersebut
oleh pihak pendakwaan. Justeru itu juga, tiada inferen bertentangan

19
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

terhadap pihak pendakwaan kerana tidak mengemukakan rakaman


video tersebut.

[44] Berkaitan dengan keterangan SP19 yang melihat rakaman video


tersebut pula, ianya boleh diterima sebagai keterangan berdasarkan
apa yang SP19 lihat dan dengar seperti diperuntukkan di bawah
seksyen 60 Akta Keterangan 1950. Keterangan ini boleh diterima oleh
mahkmah walaupun rakaman video tersebut tidak dijadikan eksibit di
mahkamah. Nilai keterangan SP19 ini adalah dipertimbangkan dengan
keseluruhan keterangan terutama keterangan SP4. Oleh itu hakim
bicara tidak terkhilaf apabila menerima keterangan SP19 di peringkat
pemeriksaan utama, yang melihat rakaman video perayu-perayu
memukul simati.

Isu sabitan di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan

[45] Akhir sekali adalah berhubung keputusan mahkamah


mensabitkan perayu-perayu bagi kesalahan di bawah seksyen 304(a)
Kanun Keseksaan di akhir kes pembelaan. Isu ini adalah berhubung
rayuan pihak Pendakwa Raya yang tidak berpuashati dengan
keputusan hakim bicara tersebut.

[46] Sebelum penilaian lanjut dibuat, adalah bersesuaian diteliti


alasan- alasan hakim bicara mensabitkan perayu-perayu di bawah
seksyen 304(a) tersebut walaupun di akhir kes pendakwaan, perayu-
perayu telah dipanggil untuk membela diri bagi kesalahan di bawah
seksyen 302 Kanun Keseksaan. Malahan, hakim bicara telah membuat
dapatan pada peringkat itu bahawa elemen seksyen 300(c) telah
dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

[47] Alasan-alasan yang diberikan dalam alasan penghakiman hakim


bicara untuk keputusan yang dibuat tersebut adalah seperti berikut :

20
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

(i) Hakim bicara percaya bahawa kedua-dua perayu tidak


mempunyai mens rea bahawa mereka ingin mendatangkan
bencana tubuh pada simati sebagaimana kehendak seksyen
300(c) Kanun Keseksaan.

(ii) Kesalahan di bawah seksyen 302 dan 304 Kanun keseksaan


memerlukan pembuktian niat dan pengetahuan untuk
menyebabkan kematian.

(iii) Kedua-dua perayu menyangkal dan menafikan bahawa


mereka sengaja mahu membunuh simati tetapi sekadar
mahu ‘mengajar’ simati.

(iv) Hakim bicara percaya bahawa kedua-dua perayu hanya


berniat hendak menyebabkan kecederaan tubuh badan
simati yang tidak diketahui oleh tertuduh berkemungkinan
menyebabkan kematian simati.

(v) Keterangan SP4 dan perayu-perayu menunjukkan bahawa


simati hanya dipukul dengan tangan dan disepak dengan
kaki tanpa apa-apa senjata lain dan ini mengenepikan kes
membunuh yang dikemukakan terhadap perayu-perayu oleh
pihak pendakwaan.

[48] Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh hakim bicara,


adalah jelas sekali bahawa hakim bicara terkhilaf dalam interpretasi
dan pemakaian seksyen 300(c) Kanun Keseksaan yang menyatakan
seperti berikut :

“ 300. Membunuh orang.

Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada


ini, mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang –

(a)…..

21
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

(b)…..

(c) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak


menyebabkan bencana tubuh kepada mana -mana orang, dan
bencana tubuh yang dumaksud hendak dikenakan itu adalah
cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian;

(d)……”

(penekanan ditambah)

[49] Di bawah peruntukkan seksyen 300(c) ini, apa yang perlu


dibuktikan adalah niat untuk menyebabkan bencana tubuh atau
kecederaan terhadap simati dan bukan untuk membuktikan niat untuk
membunuh. Seterusnya jika bencana tubuh tersebut pada lazimnya,
boleh menyebabkan kematian, ianya adalah suatu kesalahan
membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

[50] Pembuktian niat untuk membunuh adalah di bawah seksyen


300(a) Kanun Keseksaan dan pembuktian niat menyebabkan bencana
tubuh yang diketahui mungkin menyebabkan kematian pula, adalah di
bawah seksyen 300(b) Kanun yang sama.

[51] Seterusnya, di bawah seksyen 300(c), niat untuk membunuh


tidak perlu dibuktikan dan hanyalah niat untuk menyebabkan bencana
tubuh dan bencana tubuh tersebut pada lazimnya menyebabkan
kematian yang perlu dibuktikan.

[52] Dalam kes yang sering dirujuk berhubung pemakaian seksyen


300(c) ini, Public Prosecutor v. Visvanathan [1978] 1 MLJ 159,
peruntukkan ini dijelaskan seperti berikut :

“ In our judgment for the application of clause (c) of section 300 of


the Penal Code, all that the prosecution need to prove is –

22
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

1. that the accused did an act which caused the death of the
deceased;

2. the said act was done with the intention of causing bodily
injury;

3. that the injury caused –

(a) was intended and was not accidental or otherwise


unintentional; and;

(b) was sufficient in the ordinary course of nature to


cause death.”

(penekanan ditambah)

[53] Dalam kes yang sama juga diputuskan seperti berikut :

“[42] under cl.(c) once the intention to cause bodily injury


actually found to be present is proved, the rest of the enquiry
ceases to be subjective and becomes purely objective and the
only question is, whether, as matter of purely objective
inference,the injury is sufficient in the ordinary cou rse of nature
to cause death. It is irrelevant and totally unneccesary to
enquire what kind of injury the accused intended to inflict. The
crucial question always is, was the injury found to be present
intended or accidental.”

(penekanan ditambah)

[54] Mahkamah ini juga dalam kes Mohd Yasser bin Shaik Mahmad v.
Public Prosecutor [2017] 4 MLJ 250 telah menjelaskan isu yang sama
seperti berikut :

“ [14] From the bare reading of s. 300(c) of the Penal Code,it is


clear that murder may also be committed if the accused

23
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

intentionally causes an injury to a person which injury, in the


ordinary course of nature, is sufficient to to cause death. Under
the limb (c) to s. 300 of the Penal Code , an intention to kill on
the part of an accused person is not a pre -requisite which the
prosecution would otherwise have to prove in order to secure a
conviction for a murder charge.”

[15] Therefore, to sustain a charge of murder under limb (c) to


s. 300 of the Penal Code, the prosecution must lead evidence
from a medical doctor to testify in court that the injury
sustained by the accused and intentionally caused by the
accused, was sufficient in the ordinary of nature to cause death
to the victim. The test is an objective test.”

(penekanan ditambah)

[55] Dalam kes ini, Dr Rahayu binti Shahar Adnan (SP12) yang
melakukan bedah siasat terhadap simati memberi keterangan bahawa
sebab kematian simati adalah Multiple Blunt Force Trauma yang
disebabkan oleh benda tumpul termasuk pukulan dengan tangan dan
kaki. Kecederaan-kecederaan yang dialami oleh simati adalah didapati
fatal kerana terdapat pendarahan pada selaput otak, lebam pada
jantung dan organ pankreas. SP12 juga menjelaskan bahawa simati
tidak akan dapat diselamatkan walaupun dibawa ke hospital untuk
rawatan. SP12 seterusnya mengkategorikan kematian simati sebagai
‘immediate death’ iaitu kematian dalam tempoh 24 jam dari
kecederaan-kecederaan yang dialami. Dalam keterangannya SP12
dengan jelas menyatakan :

“S : Sekiranya simati tersebut setelah dicederakan segera


dikejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan adakah
beliau boleh diselamatkan?

24
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

J: Disebabkan terdapatnya lebam pada jantung, jika dibawa


ke hospital untuk mendapat rawatan simati teta p akan mati
Yang Arif.”

[56] Di samping itu juga Dr. Max Muluan bin Muliadi (SP13) iaitu
doktor dari Hospital Wakaf An-Nur, Pasir Gudang yang mula-mula
memeriksa simati memberi keterangan bahawa keadaan simati ketika
itu adalah nazak dan bernafas perlahan.

[57] Berdasarkan keterangan doktor-doktor yang dinyatakan di atas,


terutama SP12, jelas menunjukkan kecederaan-kecederaan yang
dialami oleh simati pada lazimnya, akan menyebabkan kematian.
Kecederaan- kecederaan tersebut berdasarkan keterangan dan diakui
oleh perayu- perayu adalah disebabkan oleh perayu-perayu yang
dikatakan untuk ‘mengajar’ simati.

[58] Bertentangan dengan pandangan peguam perayu dalam kes ini,


kami berpendapat doktor-doktor yang memberikan keterangan tidak
semestinya secara spesifik, mengunakan ayat “dalam keadaan lazim
akan menyebabkan kematian” atau perkataan yang serupa dengannya.
Ini bukan kehendak undang-undang. Apa yang penting adalah dari
keterangan doktor yang memeriksa simati atau yang melakukan bedah
siasat terhadap simati dapat dibuat kesimpulan bahawa kecederaan
yang dialami tersebut pada lazimnya atau dalam keadaan biasa boleh
menyebabkan kematian seperti dalam kes ini.

[59] Sehubungan itu, adalah jelas bahawa seksyen 300(c) Kanun


Keseksaan bagi kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 telah
dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan oleh itu hakim bicara terkhilaf
apabila memutuskan untuk mensabitkan perayu-perayu di bawah
seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

25
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series

Kesimpulan

[60] Berdasarkan huraian di atas, rayuan perayu-perayu adalah


ditolak dan rayuan Pendakwa Raya adalah dibenarkan. Sabitan
terhadap perayu- perayu oleh hakim bicara bagi kesalahan di bawah
seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34
Kanun yang sama digantikan dengan sabitan bagi kesalahan di bawah
seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun
yang sama. Sehubungan itu juga, hukuman 14 tahun penjara yang
dijatuhkan oleh hakim bicara terhadap kedua-dua perayu diketepikan
dan digantikan dengan hukuman gantung di leher sehingga mati.

Bertarikh: 27 NOVEMBER 2020

(NORDIN HASSAN)
Hakim
Mahkamah Rayuan
Malaysia

KAUNSEL:

Bagi pihak perayu pertama - Mohd Daud Ismail & Hang Lee Ying; T/n Daud &
Co

Bagi pihak perayu kedua - Mohd Fazaly Ali & Atuffah Said; T/n The Chambers
of Fazali Ali

Bagi pihak responden - Nik Shahril Nik Ab Rahman, Timbalan Pendakwa Raya;
Jabatan Peguam Negara

Perundangan yang dirujuk:

Akta Keterangan 1950, ss. 60, 114(g), 133, 133A, 134, 154

26
[2020] 1 LNS 1754 Legal Network Series
Kanun Keseksaan, ss. 34, 300(a), (b), (c), 302, 304(a)

27

You might also like