You are on page 1of 28

[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM


DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
[PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45B-54-10/2017]

ANTARA

PENDAKWA RAYA

MATHIVANAN SUPARAMANIAM
[No KP: 840212-10-6029]

ALASAN PENGHAKIMAN

[1] Pertuduhan ke atas Mathivanan a/l Suparamaniam (selepas ini


dirujuk sebagai OKT) adalah seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 01/12/2016 di antara jam 0001 hours


hingga jam 1705 hours bertempat di kawasan terbiar, Telaga
Mau Serdang Lama, Jalan 18/30, Serdang dalam Daerah
Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan bagi mencapai
niat telah melakukan bunuh ke atas Tamil Vanan a/l Paradham
(KPT:841017-14-6791). Oleh yang demikian, kamu telah
melakukan satu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan”.

[2] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 16 orang saksi.


Fakta ringkas kes pihak pendakwaan adalah seperti berikut. Pada
30.11.2016 jam lebih kurang 12.30 tengah hari, Azman bin
Abdul Razat (SP7) yang bertugas sebagai polis bantuan di
Syarikat Santoria Group Bhd melihat satu
pergaduhan/pergelutan berhampiran jejantas KTM Serdang di
mana seorang lelaki telah dipukul dengan tangan dan helmet dari
jarak 50 meter oleh seseorang.

1
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

[3] SP7 telah pergi ke tempat tersebut dan cuba meleraikan


pergaduhan itu. SP7 mendapati Ielaki yang memukul mangsa
adalah OKT. SP7 mendapati mangsa mengalami pendarahan di
muka dan di kepala. SP7 cuba meleraikan pergaduhan tersebut,
tiba-tiba datang seorang lelaki india memakai baju kemeja putih
seperti pemandu teksi bercakap sesuatu dengan OKT dalam
Bahasa Tamil yang SP7 tidak fahami. Lelaki tersebut juga
memberitahu SP7 bahawa pergaduhan itu adalah masalah
keluarga dan beliau akan menyelesaikannya. Selepas itu SP7
nampak OKT kelihatan kembali tenang dan pemandu teksi
tersebut telah membawa mangsa ke lokasi yang tidak diketahui.
SP7 juga menyatakan bahawa beliau pernah beberapa kali
melihat mangsa di sekitar kawasan KTM Serdang.

Sarjan Hamidah Binti Endot (SP10) menyatakan pada 1.12.2016


jam lebih kurang 4.00 petang, beliau telah menerima panggilan
telefon dari seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai
“Afad” memberitahu bahawa beliau ternampak seorang lelaki
terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan Telaga
Hijau Serdang lama. SP10 kemudiannya telah membuat laporan
polis Serdang Report 8219116 (Ekshibit P34)

[5] ASP Rozairi Binti Osman (SP16) adalah Pegawai Penyiasat


dalam kes ini. SP16 menyatakan pada 1.12.2016 jam 6.00
petang, beliau telah dimaklumkan tentang Serdang Report
8219/16. SP16 bersama Jurugambar Konstable Kumar a/l Raja
telah pergi ke Telaga Hijau Serdang Lama, Jalan 18/30, Serdang
(tempat kejadian) bersama dengan pasukan forensik IPK
Selangor yang diketuai oleh Insp Norharman Bin Abdul Hamid
(SP3).

[6] SP3 dalam keterangannya menyatakan pada 1.12.2016 jam 7.30


petang, beliau telah sampai di tempat kejadian dan mendapati

2
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

tempat kejadian merupakan tapak projek terbengkalai yang


terletak di tepi jalan Telaga Hijau, Serdang Lama, Serdang.
Berhampiran tempat kejadian terdapat sebuah bengkel motor.
Kawasan tempat kejadian bertutup/berpagar dengan dinding
zink. Kawasan tempat kejadian adalah bersemak samun. Beliau
mendapati mayat berada dalam keadaan bogel, terlentang di atas
jalan tar di kawasan tapak projek terbengkalai.

[7] Di tempat kejadian SP3 telah mengutip barang kes yang


kemudian menyerahkannya kepada SP16 iaitu satu serpihan
plastik warna biru, satu lesen memandu vokasional Malaysia
atas nama Tamilvanan a/l Paradh aman (I/C no. 841017-14-
6791, No. siri B 525140), pemetik api warna kuning, sehelai
seluar jeans warna biru jenama ‘LOIS’ saiz 30 bersama tali
pinggang kepala besi warna jalur hitam/putih dalam keadaan
basah dan satu sikat, warna hijau, bentuk bulat.

[8] Mayat si mati telah dihantar ke Hospital Serdang. Pada


2.12.2016 jam 11.30 pagi, Dr. Mohamad Azani Bin Ibrahim
(SP9) telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mati.
Hasil pemeriksaan bedah siasat luaran, SP9 mendapati mayat si
mati menunjukkan tanda-tanda pembusukan awal seperti
pelucutan kulit dan pengembungan tubuh badan. Ulat
pembusukan juga didapati di badan si mati. Kecederaan-
kecederaan yang terdapat pada badan si mati adalah seperti
berikut:

a) Luka lebam 11x9 sm di bahagian tepi kiri kepala dan luka


lecet 3.5x1.5 sm di Iutut kiri.

b) Satu Iuka lecet 3.5x1 sm di bahagian pinggul bawah


(groin) kanan dan luka lecet 5.5x2 sm di sebelah dalam
peha kiri.

3
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

c) Tiga luka koyak berdekatan satu sama lain di bahagian atas


kepala - satu luka koyak 2.3x0.6 sm di bahagian atas kanan
kepala dan satu luka kayak 1.5x0.9 sm di bahagian atas
kepala. Luka koyak ketiga 2.3x1 sm juga didapati di
bahagian atas kepala.

d) Terdapat luka retak di tengkorak kiri belakang yang garis


retaknya telah memanjang ke kedua-dua belah kiri dan
kanan tengkorak dan berakhir di dasar tengkorak. Terdapat
kesan pendarahan otak sebelah kiri, otak tengah dan otak
kecil.

[9] Pemeriksaan dalaman bahagian leher tidak menunjukkan apa-apa


kecederaan. Bahagian dada menunjukkan tulang rusuk tujuh dan
lapan sebelah kiri dan tulang rusuk kedua sebelah kanan telah
patah. Otot sekitar tulang rusuk ini juga ada kesan lebam. Paru-
paru dan jantung tidak cedera tetapi menunjukkan tanda-tanda
pembusukan. Bahagian abdomen tidak menunjukkan apa-apa
kecederaan kepada organ-organ abdomen, cuma terdapat tanda-
tanda pembusukan. SP9 mendapati sebab kematian adalah
disebabkan kecederaan di kepala akibat trauma tumpul (head
injuries due to blunt force trauma).

[10] Berpandukan bedah siasat yang dijalankan dan keadaan mayat,


SP9 berpendapat tempoh kematian mungkin berlaku antara dua
(2) hingga tiga (3) hari sebelum bedah siasat dilakukan. SP9
juga berpendapat objek yang digunakan untuk mencederakan si
mati adalah objek yang keras dan tumpul. Pada pendapat SP9
ianya adalah tidak mustahil objek seperti helmet boleh
menyebabkan kecederaan-kecederaan tersebut.

[11] Berasaskan penemuan mayat si mati, Bahagian Siasatan Jenayah


IPD Serdang telah menubuhkan satu task force untuk mengesan
siapakah yang membunuh si mati yang diketuai oleh Insp Nor

4
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

Aisyah Binti Shasriman (SP5). Berasaskan makluman pihak


narkotik, si mati adalah seorang penagih dadah. SP5 dan
anggotanya telah mengesan dan menangkap rakan-rakan si mati
yang pernah berada dengan si mati sebelum si mati meninggal
dunia. Pada 2.12.2016, SP5 dan anggotanya telah menangkap
dua lelaki India iaitu Sri Saiman a/l Saravanakumar dan
Jeyachandaran a/l Kesavan. SP5 menyatakan kedua-dua
tangkapan ini menyatakan bahawa mereka ada nampak OKT
bersama SP14 telah menaiki motorsikal pergi ke KTM Serdang.
Di kawasan KTM Serdang telah berlaku pertengkaran. Selepas
itu si mati menaiki motorsikal bersama OKT dan SP14 (bertiga)
pergi ke tempat yang tidak diketahui.

[12] Pada hari yang sama, SP5 dan anggotanya juga telah menangkap
OKT di rumahnya. OKT telah membawa SP5 ke rumah SP14
dimana SP14 turut sama ditangkap. Selepas OKT dan SP14
ditangkap, mereka berdua telah membawa SP5 ke satu kawasan
pembinaan terbiar di kawasan Serdang. Apabila sampai di
tempat tersebut (tempat kejadian), OKT dan juga SP14 telah
menunjukkan kepada SP5 dan pasukannya helmet yang telah
disorok di kawasan timbunan zink.

[13] Pihak pendakwaan juga telah memanggil Vijeydran a/l


Muniandy (SP14). SP14 dalam keterangannya mengatakan pada
30.11.2016, semasa beliau sedang minum arak bersama dengan
OKT, OKT mengajak SP14 berjumpa dengan rakannya. OKT
telah membawa SP14 ke Stesen KTM Serdang dengan menaiki
motorsikal. Apabila sampai di kawasan KTM Serdang, mereka
menuju ke kedai makan. Apabila sampai di kedai makan
tersebut, OKT telah keluar dari kedai dan memberitahu SP14
bahawa beliau ingin menemui seseorang. Selepas itu, OKT
datang semula ke kedai tersebut bersama dengan seorang
rakannya. Selepas mereka selesai makan, SP14, OKT dan rakan

5
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

OKT telah menaiki satu motorsikal pergi semula ke kedai arak


untuk minum arak. Apabila sampai di kedai arak itu, OKT dan
kawannya telah turun dari motorsikal dan pergi ke tepi kedai dan
kemudiannya mereka menghilangkan diri dan SP14 tidak tahu
kemanakah kedua-dua mereka pergi. SP14 menyatakan beliau
tidak cam siapakah kawan OKT itu kerana sepanjang masa
beliau mendapati kawan OKT memakai helmet. SP14
mengatakan itu adalah kali terakhir beliau melihat OKT.

[14] Timbalan Pendakwa Raya telah membuat permohonan untuk


mencabar kebolehpercayaan SP14 dengan merujuk kepada
pernyataan SP14 di bawah Seksyen 112 KAJ pada bahagian yang
telah digariskan. Saya telah meneliti bahagian-bahagian yang
digariskan dan memutuskan wujudnya percanggahan yang
material antara keterangan SP14 di mahkamah dengan
pernyataannya di bawah Seksyen 112 KAJ sebagaimana yang
digariskan.

[15] Ekoran SP14 yang menyatakan bahawa beliau tidak ingat


samada beliau ada memberi pernyataan tersebut di bawah
Seksyen 112 KAJ, saya telah membenarkan permohonan
Timbalan Pendakwa Raya untuk mengadakan bicara dalam
bicara bagi menentukan samada pernyataan yang digariskan dan
dirujuk kepada saya oleh Timbalan Pendakwa Raya adalah suatu
pernyataan yang dibuat oleh SP14 di bawah Seksyen 112 KAJ.

[16] Di dalam penghakiman ini saya akan mengulaskan secara


terperinci prosedur-prosedur yang perlu diambil dalam
permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan yang mana
prosedur-prosedur ini telah diterimapakai oleh Mahkamah
Persekutuan dalam kes Krishnan & Anor (supra) [1981], (Juga
rujuk kes-kes Muthusamy v. PP [1948] 1 MLJ 57, Mathew Lim v.
Game Warden, Pahang [1960] 1 MLJ 89, Jusoh bin Awang v.

6
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

Public Prosecutor [1950] 1 MLJ 69 dan R v. Chua Eng Hong


[1937] MLJ 260)

[17] Saya memutuskan pernyataan SP14 yang dirakam oleh ASP


mohd Aizan Bin Mohd Razif (SP15) itu telah gagal mematuhi
peraturan sub-seksyen 112 (4) KAJ di mana SP15 telah gagal
memberitahul menjelaskan kepada SP14 akan peruntukkan sub-
seksyen (2) dan (3) 112 KAJ.

[18] Kemudiannya Timbalan Pendakwa Raya telah membuat


permohonan untuk memeriksa balas SP14 dan permohonan
tersebut telah dibenarkan oleh saya. Semasa pemeriksaan balas,
SP14 telah bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya
bahawa pada tarikh 29.11.2016, SP14 bersama OKT telah pergi
ke KTM Serdang. SP14 seterusnya tidak bersetuju dengan
cadangan Timbalan Pendakwa Raya semasa beliau bersama OKT
di KTM Serdang, beliau nampak OKT memukul simati dengan
menggunakan helmet. Namun SP14 seterusnya bersetuju dengan
cadangan Timbalan Pendakwa Raya bahawa dari KTM Serdang,
beliau bersama OKT dan simati telah menaiki sebuah motosikal
dan pergi ke tempat lain tetapi SP14 tidak bersetuju dengan
cadangan Timbalan Pendakwa Raya bahawa beliau bersama OKT
telah membawa si mati ke satu semak dekat Telaga Hijau KTM
Serdang. SP14 seterusnya tidak bersetuju dengan cadangan
Timbalan Pendakwa Raya bahawa pada 29.11.2016 beliau
bersama OKT, telah sama-sama memukul dan menyebabkan
kematian kepada si mati. SP14 menyatakan beliau turun dari
motorsikal, apabila sampai dekat kedai minuman arak.

[19] Semasa pemeriksaan balas SP14 oleh Peguam OKT, SP14


bersetuju dengan cadangan Peguam bahawa pada 30.11.2016
atau pada 1.12.2016 beliau dan OKT tidak ada pergi ke kawasan
terbiar di Telaga Hijau Serdang Lama. SP14 seterusnya

7
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

bersetuju dengan cadangan Peguam bahawa pada 30.11.2016


beliau tidak nampak OKT memukul sesiapa. SP14 seterusnya
bersetuju dengan cadangan Peguam bahawa pada 30.11.2016
beliau dan OKT tidak ada menggunakan helmet atau kayu untuk
memukul seseorang yang tidak dikenali. SP14 seterusnya
bersetuju dengan cadangan Peguam bahawa polis yang bawa
beliau dan OKT untuk tunjukkan helmet sebagaimana dalam
gambar-gambar, semuanya adalah lakonan semula atas arahan
pihak polis.

[20] Puan Sasiglory a/p Santhappan (SP13) adalah isteri kepada


OKT. SP13 menyatakan dalam tahun 2016 suaminya bekerja di
kedai “game online” di Serdang. SP13 menyatakan beliau
mengenali kawan OKT iaitu SP14, Sri Saiman a/l Saravana
Kumar dan Jayachandran a/l Kesavan. SP13 menyatakan kali
terakhir beliau berjumpa dengan SP14 ialah pada 30.11.2016.
Pada petang 30.11.2016, suaminya dan SP14 sampai di rumah
dan “mereka kelihatan macam nervous sikit, dan macam
tension”. OKT ada memberitahu SP13 bahawa beliau telah
bergaduh dengan kawannya. SP13 juga ada bertanya kepada
SP14 dan SP14 memberitahu, “sudah pukul” Ketika itu
suaminya memakai baju biru dan adanya sedikit koyakan di baju
suaminya tetapi SP13 tidak ingat koyakan itu di bahagian mana.
Manakala SP14 memakai baju putih dan adanya kesan darah
pada baju SP14. OKT dan SP14 mereka telah menyerahkan baju
tersebut kepada SP13 dan meminta SP13 membasuhnya. SP13
sebaliknya mengambil keduadua baju tersebut lalu
membuangnya ke dalam tong sampah. Beberapa hari selepas itu,
pihak polls telah datang ke rumahnya dan menangkap suaminya.

[21] Abdul Hail Bin Ahmad Tarmizzi (SP11) adalah ahli kimia DNA.
SP11 telah menjalankan analisa DNA ke atas sampel-sampel

8
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

yang diterima dan keputusan analisa DNA pada setiap sampel-


sampel adalah seperti berikut:

i. Profil-profil DNA lelaki telah diperolehi dari kesan


disyaki darah pada keratan kuku “R2(b)” (berlabel
“Tamil Vannan a/l Paradhaman’), rod plastik “R16”
dan helmet “R19” yang berpadanan antara satu
sama lain dan juga dengan spesimen tulang “R1”
(berlabel “Tamil Vannan a/l Paradhaman’)

ii. Satu profil DNA lelaki telah diperolehi dari kesan


disyaki darah pada baju-T “R4” yang berpadanan
dengan profil DNA dari spesimen darah “R02”
(berlabel “JEYACHANDRAN A/L KESAVAN’), ini
menunjukkan bahawa profil-profil DNA ini adalah
berasal dari individu yang sama.

iii. Satu profit DNA lelaki telah diperolehi dari kesan


disyaki darah pada baju “R8”yang berpadanan
dengan profil DNA yang diperolehi dari spesimen
darah “R03” (berlabel MATHIVANAN A/L
SUPARAMANIAM’), ini menunjukkan bahawa
kesemua profil DNA ini diperolehi dari individu yang
sama.

iv. Satu profil DNA lelaki (separa pada 10 lokus) telah


diperolehi dari kesan disyaki darah pada seluar
jeans “R9” yang berpadanan dengan dengan profil
DNA yang diperolehi dari spesimen darah “RO3”
(berlabel “MATHIVANAN A/L SUPARAMANIAM’),
ini menunjukkan bahawa kesemua profil DNA ini
berasal dari individu yang sama.

9
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

v. Satu profil DNA lelaki telah diperolehi dari kesan


disyaki darah pada seluar panjang “R13” yang tidak
berpadanan dengan profil DNA dari spesimen tulang
“RI” (berlabel “Tamil Vannan all Paradhaman’)
serta penderma spesimen darah “R01” (berlabel “Sri
Saiman a/l Saravana Kumar’), “RO2” (berlabel
“Jeyachandaran a/l Kesavan’), “RO3” (berlabel
“Mathivanan a/l Suparamaniam’) dan “RO4”
(berlabel “Vijendran a/l Muniady’) ini menunjukkan
bahawa DNA ini berasal dari individu yang berbeza.

vi. Profil DNA yang diperolehi dari kesatan pada


pemetik api “R14” adalah profil DNA separa (pada
14 lokus) yang tidak berpadanan dengan profil DNA
yang diperolehi dari spesimen tulang “R1” (berlabel
“Tamil Vannan a/l Paradhaman’) serta penderma
spesimen darah “R01” (berlabel “Sri Saiman a/l
Saravana Kumar’), “RO2” (berlabel
“Jeyachandaran a/l Kesavan’), “RO3” (berlabel
“Mathivanan a/l Suparamaniam’) dan “RO4”
(berlabel “Vijendran a/l Muniady’) serta “Lelaki Y’:
Saya menamakan penyumbang kepada profil DNA ini
sebagai “individu X”.

vii. Profil-profil DNA yang diperolehi dari kesan disyaki


darah pada kuku “R2(a)” (berlabel “Tamil Vannan
a/l Paradhaman’) adalah lemah dan tidak konklusif,
oleh itu tidak sesuai digunakan untuk tujuan
perbandingan.

[22] Jamuna a/p Pardhaman (SP1) adalah kakak kepada si mati. SP1
menyatakan Tamil Vanan a/l Pardhaman (si mati) adalah
adiknya yang belum berkahwin. Si mati bekerja sebagai

10
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

pemandu bas dan tinggal bersamanya. Kali terakhir SP1


berjumpa dengan si mati adalah pada 28.11.2016. Pada hari itu
si mati ada bercakap dengan seorang pemandu teksi dan selepas
itu si mati ada memberitahunya bahawa OKT ingin berjumpa
dengannya. Si mati telah pergi berjumpa dengan OKT pada jam
9.45 pagi dan selepas itu SP1 telah diberitahu bahawa adiknya
(si mati) telah meninggal dunia. SP1 menyatakan beliau
mengenali OKT kerana OKT telah berkawan dengan adiknya
sejak kecil lagi.

[23] Yilavasary a/p Paradhaman (SP2) adalah adik kepada si mati


yang menyatakan seminggu sebelum si mati meninggal dunia
itulah kali terakhir beliau menemui si mati. Pada 30 November
2016, beliau telah menerima panggilan telefon yang
memberitahu bahawa abangnya (si mati) telah meninggal dunia.

INTIPATI PERTUDUHAN

[24] Antara intipati penting yang perlu dibuktikan oleh pihak


pendakwaan adalah seperti berikut;

Tamil Vanan a/l Paradhaman, si mati, telah


meninggal dunia;

ii. OKT mempunyai niat untuk mendatangkan


kecederaan ke atas si mati yang pada lazimnya
kecederaan yang dilakukan terhadap si mati akan
menyebabkan kematian (limb (c) Seksyen 300 Kanun
Keseksaan);

iii. Kecederaan tersebut telah dilakukan oleh OKT.

[25] Isu utama di dalam kes ini ialah samada kecederaan-kecederaan


yang dialami oleh si mati disebabkan oleh perbuatan OKT?

11
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

[26] Saksi utama pihak pendakwaan adalah SP14. Ekoran wujudnya


percanggahan yang material dalam keterangan SP14, Timbalan
Pendakwa Raya telah membuat permohonan untuk mencabar
kebolehkepercayaan (impeach) keterangan SP14.

[27] Timbalan Pendakwa Raya juga telah membuat permohonan


untuk memeriksa balas SP14 apabila mendapati SP14 seorang
“hostile witness”.

PROSIDING MENCABAR KEBOLEHPERCAYAAN SAKSI


(IMPEACHMENT PROCEEDING)

[28] Seksyen 155 Akta Keterangan menyatakan kebolehkepercayaan


seorang saksi boleh dicabar dengan cara-cara berikut oleh pihak
lawan atau dengan izin Mahkamah, oleh pihak yang
memanggilnya;

a. dengan keterangan yang diberi oleh orang-orang yang


menyatakan bahawa mengikut pengetahuan mereka
mengenai saksi itu mereka percaya saksi itu tidak boleh
dipercayai;

b. dengan membuktikan bahawa saksi itu telah disogok, atau


telah menerkma tawaran sogokan, atau telah menerima
apa- apa dorongan rasuah lain supaya memberi keterangan;

c. dengan membuktikan bahawa penyataan-penyataan


dahulu adalah tidak konsisten dengan mana-mana
bahagian keterangannya yang boleh disangkal.

[29] Di dalam kes ini, saya mendapati Timbalan Pendakwa Raya


telah membuat permohonan untuk mencabar kebolehkepercayaan
SP14 berasaskan Seksyen 155(c). Dalam permohonan untuk
mencabar kebolehpercayaan di bawah Seksyen 155(c), pihak

12
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

pendakwaan hendaklah membuktikan wujudnya percanggahan


keterangan SP14 dalam keterangannya di Mahkamah dengan
pernyataannya di bawah seksyen 112 KAJ dengan cara
menunjukkan bahagian pernyataan-pernyataan yang wujudnya
percanggahan. Pihak pendakwaan hendaklah juga membuktikan
pernyataan tersebut dibuat oleh SP14 Rujuk kes Krishnan &
Anor v. Public Prosecutor [1981] 2 MLJ 121.

[30] Mahkamah telah menggariskan prosedur-prosedur yang perlu


diambil oleh pihak Pemohon untuk membuktikan percanggahan
tersebut sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes
Muthusamy v. PP [1948] 1 MLJ 57 yang mana prosedur ini telah
diterima pakai oleh kesemua Mahkamah. (Kes-kes Mathew Lim
v. Game Warden, Pahang [1960] 1 MLJ 89, Jusoh bin Awang v.
Public Prosecutor [1950] 1 MLJ 69 dan R v. Chua Eng Hong
[1937] MLJ 260 dirujuk).

[31] Secara ringkasnya, prosedur mencabar kebolehpercayaan saksi


(impeachment proceeding) adalah seperti berikut;

i. Langkah pertama : Atas permohonan mana-mana pihak,


Mahkamah hendaklah meneliti pernyataan saksi yang
dirujuk oleh pihak Pemohon sebagaimana yang digariskan
untuk menentukan sama ada wujudnya percanggahan
material dengan keterangan saksi di Mahkamah.

ii. Langkah kedua: Sekiranya Mahkamah mendapati tidak


wujudnya percanggahan material, Mahkamah hendaklah
menolak permohonan pihak Pemohon supaya masa tidak
terbuang (if there is no material discrepancy, the court
will so rule and no time is wasted).

iii. Langkah ketiga: Sekiranya saksi mengaku dia


memberikan pernyataan tersebut atau dibuktikan saksi

13
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

tersebut telah memberikan pernyataan tersebut,


percanggahan yang material tersebut hendaklah dijelaskan
kepada saksi dan saksi hendaklah diberi peluang secara
adil untuk menjelaskan percanggahan tersebut. Sekiranya
Mahkamah menerima penjelasan saksi, “the procedure
ends there”.

iv. Langkah keempat: Sekiranya saksi menafikan beliau ada


memberikan pernyataan tersebut, mahkamah hendaklah
mengadakan bicara - dalam- bicara( trial — within-trial)
untuk menentukan samada pernyataan tersebut adalah
dibuat oleh saksi dan penerimaan pernyataan tersebut
(proof of the statement and admissibility of the statement).

[32] Berbalik kepada kes ini, Timbalan Pendakwa Raya telah


membuat permohonan untuk memanggil Pegawai Perakam SP15
apabila SP14 menyatakan beliau tidak ingat samada beliau ada
memberikan pernyataan tersebut kerana pada masa itu beliau
dalam keadaan “khayal”. Tujuan Timbalan Pendakwa Raya
memanggil pegawai perakam adalah untuk membuktikan
pernyataan yang dirujuk kepada Mahkamah adalah pernyataan
yang dibuat oleh SP14.

[33] Pegawai perakam menyatakan beliau hanya membaca


peruntukkan seksyen 112 (2) dan (3) KAJ kepada SP14 tanpa
menerangkan maksud peruntukkan-peruntukkan tersebut kepada
SP14. Saya mendapati tindakan SP15 yang hanya membaca
amaran dibawah Subseksyen 112 (2) dan (3) kepada SP14 tanpa
memberitahu /menjelaskan peruntukan tersebut kepada SP14
menunjukkan Pegawai Perakam telah gagal mematuhi
peruntukan Subseksyen 112 (4) Kanun Acara Jenayah yang
memerlukan Pegawai Perakam memberitahu/menjelaskan kepada
saksi akan peruntukan Subseksyen (2) dan (3).

14
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

[34] Ekoran dapatan mahkamah di perenggan 36, saya memutuskan


pihak Timbalan Pendakwa Raya tidak boleh menggunakan
pernyataan tersebut untuk mencabar kebolehpercayaan
keterangan SP14.

PEMERIKSAAN BALAS SEKSYEN 145 DAN 154

[35] Apabila seorang saksi pendakwaan telah dianggap hostile


witness, pihak Timbalan Pendakwa Raya boleh membuat
permohonan untuk memeriksa balas saksi tersebut mengikut
Seksyen 145 atau Seksyen 154.

[36] Seksyen 145 adalah berkaitan pemeriksaan balas mengenai


pernyataan bertulis terdahulu. Manakala Seksyen 154 adalah
berkaitan pemeriksaan balas oleh sesuatu pihak kepada saksinya
sendiri.

[37] Kedudukan undang-undang juga adalah mantap walaupun pihak


pendakwaan telah membuat permohonan untuk mencabar
kebolehkepercayaan saksi, ianya masih tidak menghalang untuk
saksi tersebut disoal balas oleh pihak pendakwaan (the witness
whose credit is sought to be impeached should be given the right
to cross examination). (Rujuk kes Dato Mokhtar Bin Hashim &
Anor v. Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232.)

[38] Berpandukan kes Dato Mokhtar bin Hashim & Anor v. PP


(supra), saya telah membenarkan permohonan Timbalan
Pendakwa Raya untuk menyoal balas SP14. Timbalan Pendakwa
Raya tidak menjelaskan kepada mahkamah samada permohonan
untuk memeriksa balas SP14 dibuat berasaskan seksyen 154 atau
145 Akta Keterangan. ( sila rujuk kes Muniandy & Anor v. PP
[1973] 1 MLJ 179, prosedur berkaitan pemakaian seksyen 145
Akta Keterangan). (sila rujuk kes-kes PP v. Loh Keng Koh

15
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

[1967] 1 MLJ 97, Lim Teng Leng v. PP [1998] 5 CLJ 400 —


prosedur berkaitan pemakaian seksyen 154 Akta Keterangan)

[39] Keterangan SP14 semasa disoal balas oleh Timbalan Pendakwa


Raya telah diringkaskan sebagaimana di perenggan 18. Begitu
juga keterangan SP14 semasa disoal balas oleh Peguam juga
telah diringkaskan sebagaimana di perenggan 19.

[40] Isu seterusnya ialah apakah status keterangan SP14 setelah


beliau disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya?

[41] Dalam kes Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim v. PP & Anor Appeal
[2004] 3 MLJ 405, Abdul Hamid Mohamad, Hakim Mahkamah
Persekutuan memutuskan kesan daripada permohonan mencabar
kebolehpercayaan saksi (consequence of impeaching the credit
of a witness) bahawa keterangan saksi tersebut hendaklah
diketepikan (disregarded), sebagaimana yang dinyatakan di
muka surat 419 iaitu,

“..Thirdly the harshness of the effect of impeachment, ie


not only the evidence of the complainant would be
disregarded, he would also be liable to prosecution for
perjury’ (bold ditekankan).”

[42] Pendekatan kedua yang diambil oleh Mahkamah, mana-mana


saksi pendakwaan yang “hostile” yang telah disoalbalas oleh
pihak pendakwaan, kredibilitinya masih tidak hilang dan
keterangan saksi ini masih boleh digunakan oleh mana-mana
pihak bergantung kepada hasil pemeriksaan balas tersebut.
(Rujuk kes PP v. Tan Chye Joo & Anor [1988] 1 LNS 174, Hj
Elias Hanan v. Hj Md Noor Saleh [2002] 8 CLJ 448).

16
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

[43] Dafam kes PP v. Tan Chye Joo & Anor, Wan Adnan J,
menyatakan tujuan dan kesan pemeriksaan balas ke atas saksi
sendiri adalah sebagaimana berikut;

“The object of the cross-examination under section 154 of


the Evidence Act is only to test the veracity of the witness.
The grant of the permission to cross examine is not an
adjudication by the court adverse to the veracity of the
witness. Wheteher the testimony of the witness should be
rejected in whole or in part depends on the result of the
cross-examination”

[44] Didalam kes ini saya mengambil pendekatan kedua, dimana


kredibiliti SP14 masih tidak hilang dan keterangan SP14 masih
boleh digunakan ofeh mana-mana pihak dalam hujahan mereka.

[45] Seterusnya Peguambela OKT telah memohon sebahagian


daripada keterangan SP13 iaitu, “tanya suami pasal tension, dia
gaduh dengan kawan dia, dia cakap dia gaduh dengan kawan
dia nama Balan”, “Tamil Vanan dan Balan orang yang sama”,
“tidak beritahu gaduh macam mans”, “ingat atau tidak exact
words yang dia cakap” “gaduh dan pukul” “masalah tidak
tahu” “saya marah dia” “ada tiga ada nak pesan dekat dia”
agar kesemua soalan dan jawapan ini dikeluarkan (expunged)
daripada rekod Mahkamah kerana ianya bertentangan dengan
seksyen 122 Akta Keterangan.

[46] Saya mendapati seksyen 122 adalah berkaitan dengan


komunikasi dalam tempoh perkahwinan. Sesuatu komunikasi
dalam tempoh perkahwinan tidak boleh didedahkan melainkan
orang yang membuat komunikasi tersebut telah mengizinkan.
Memandangkan OKT tidak mengizinkan komunikasi tersebut,
bahagian yang dipohon oleh Peguam untuk diketepikan

17
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

sebagaimana yang dicatitkan di perenggan 45, telah


dikeluarkan/dipadamkan daripada rekod prosiding mahkamah.

[47] Walaupun sebahagian daripada keterangan SP13 sebagaimana


yang dinyatakan di perenggan 45 dipadamkan, namun begitu
setelah saya meneliti dan membaca keterangan SP13, saya masih
menerima sebahagian daripada keterangan SP13 iaitu pada
petang 30.11.2016, sewaktu suaminya dan SP14 sampai
dirumahnya, SP13 mendapati mereka kelihatan “macam nervous
sikit dan macam tension” dan terdapatnya kekoyakan sedikit
pada baju yang dipakai oleh suaminya.

[48] Berasaskan kes-kes yang dirujuk di atas, saya juga menerima


keterangan SP13 bahawa pada petang 30.11.2016, baju SP14
mempunyai kesan darah dan SP14 telah memberitahu SP13,
“sudah pukul”.

[49] Meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, saya membuat


dapatan fakta bahawa lelaki India yang dikatakan seperti
seorang pemandu teksi oleh SP7 di hadapan KTM Serdang
adalah SP14. Saya juga membuat dapatan fakta bahawa OKT dan
SP14 telah pergi ke kawasan KTM Serdang dan di kawasan
hadapan KTM Serdang telah berlakunya pergaduhan dengan si
mati. Selepas pergaduhan tersebut, OKT, SP14 dan si mati telah
menaiki motosikal pergi ke tempat kejadian. Dapatan ini adalah
berasaskan kepada keterangan SP5 yang menyatakan dua rakan
si mati yang ditangkap Sri Saiman a/l Saravana Kumar dan
Jeyachandran a/l Kesavan memberitahu SP5 mereka ada nampak
OKT bersama SP14 telah menaiki motorsikal pergi ke KTM
Serdang. Di kawasan KTM Serdang telah berlakunya
pertengkaran dan selepas itu si mati menaiki motorsikal bersama
OKT dan SP14 (bertiga) pergi ke tempat yang tidak diketahui.
Saya juga seterusnya membuat dapatan fakta bahawa OKT, si

18
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

mati dan SP14 selepas itu telah pergi ke tempat kejadian.dapatan


fakta ini berasaskan keterangan SP13 yang menyatakan pada
petang pada 30.11.2016, SP13 mendapati baju yang di pakai
oleh OKT terdapat kesan koyakan dan baju yang dipakai oleh
SP14 adanya kesan darah.

[50] Berasaskan dapatan fakta-fakta di atas, saya mendapati orang


yang membunuh si mati, ianya berkemungkinan SP14 atau OKT.

[51] Peguam bela menghujahkan bahawa sekiranya dilihat keterangan


secara keseluruhan ianya tidak akan membawa kepada satu
kesimpulan bahawa OKT yang telah menyebabkan kematian
simati, sebaliknya ianya boleh membawa kepada satu
kesimpulanan bahawa wujudnya kemungkinan SP14 adalah
merupakan individu yang sebenarnya yang telah menyebabkan
kematian simati. ini disokong oleh keterangan SP13 yang
menyatakan beliau ada diberitahu oleh SP14 bahawa simati
sudah dipukul dan terdapat kesan darah di baju SP14 yang mana
SP14 tidak dituduh bersama OKT. Saya menerimapakai dan
bersetuju dengan hujahan Peguam.

[52] Kedudukan undang-undang adalah mantap sekiranya terdapat 2


orang berada ditempat kejadian, seperti dalam kes ini, iaitu OKT
dan SP14, yang mana ianya tidak dapat dipastikan samada OKT
adalah orang yang telah mendatangkan kecederaan yang
menyebabkan si mati meninggal dunia atau SP14 adalah orang
yang telah mendatangkan kecederaan yang menyebabkan si mati
meninggal dunia, benefit of the doubt hendaklah diberi kepada
OKT.

[53] Dalam kes R v. Abbot [1955] 2 ALL ER 899 memutuskan;

“...if two people are jointly indicted for the commission of


a crime and the evidence does not point to one rather than

19
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

the other, and there is no evidence that they were acting in


concert, the jury ought to return a verdict of not guilty
against both because the prosecution have not proved the
case. if, in those circumstances, it were left to the
defendants to get out of it if they could, that would put the
onus on the defendants to prove themselves not guilty.
Finemore, J, remembers a case in which two sisters were
indicted for murder, and there was evidence that they had
both been in the room at the time the murder of the boy
committed; but the prosecution could not show that sister
A had committed the offence or that sister B had
committed the offence. Very likely one or the other must
have committed it, but there was no evidence which, and
although it is unfortunate that a guilty party cannot be
brought to justice, it is far more important that there
should not be a miscarriage of justice and that the law
should be maintained that the prosecution should prove the
case”

[54] Dalam kes PP v. Muhamad Nasir Bin Sharudin & Anor [1994] 2
MLJ 576 memutuskan ;

“Where two or more person are found in a place where an


alleged offence is said to have been committed, and if the
evidence as to the commission of the offence does not
clearly point to one or to the others, it is said that the
guilty of neither has been established.”

Mahkamah seterusnya memutuskan,

“the presence of unknown person was as reflected in the


evidence adduce, clearly cast a doubt in our mind that the
respondent was the one who caused the death of the
deceased, we would agree with the learned trial judge that

20
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

no prima facie case has been made and hence the


prosecution was entitled to an acquittal”.

(Juga rujuk kes Choo Chan Teik & Anor v. PP [1991] 1 CLJ Rep
54; [1991] 3 CLJ 2387, dan kes Samsuddin Bin Hasan & Anor v.
PP [1991] 3 CLJ 2441)

[55] Atas alasan ini sahaja saya mendapati pihak pendakwaan telah
gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT
sebagaimana pertuduhan dan mewajarkan OKT dilepas dan
dibebaskan di akhir kes pihak pendakwaan tanpa dipanggil untuk
membela diri.

[56] Namun begitu saya juga telah mempertimbangkan lain-lain isu


yang relevan.

[57] SP5 menyatakan berasaskan pandu arah oleh OKT beliau telah
ditunjuk tempat helmet yang disorok di kawasan timbunan zink,
yang mana helmet tersebut mempunyai kesan DNA si mat. Saya
mendapati seksyen 27 Akta keterangan tidak terpakai dalam kes
ini kerana SP14 menyatakan penemuan tempat helmet disorok
adalah lakonan semula oleh beliau dan OKT. Pada masa yang
sama saya juga mendapati tiadanya laporan polis atau catatan
yang dibuat oleh SP5 tentang makiumat yang menyatakan beliau
telah pandu arah oleh OKT dan SP14 ke tempat helmet tersebut
disembunyikan. (Rujuk kes PP v. Liew Sam Siong [1982] 1 MLJ
223 — the police attempted to turn an “ordinary recovery “into a
discovery).

[58] Saya mendapati tingkahlaku OKT dan SP14 yang menunjukkan


tempat helmet tersebut disembunyikan tanpa keterangan lain
boleh diterima masuk di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950
bagi dijadikan keterangan sokongan untuk membuktikan
kebersalahan OKT (rujuk kes Amathevelli a/p P.Ramasamy v.

21
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

PP [2009] 3 CLJ 109) . Namun begitu tingkahlaku OKT dan


SP14 yang menunjukkan ke arah helmet tersebut tidak
membantu kes pendakwaan kerana SP14 menyatakan tindakan
beliau dan OKT menunjukkan kearah helmet tersebut adalah
merupakan lakonan semata-mata dan bukannya seperti yang
dinyatakan oleh SP5 di mana SP5 menyatakan beliau telah
dipandu arah oleh OKT dan SP14 ke tempat helmet itu
disembunyikan.

[59] Saya bersetuju dengan hujahan Peguam OKT dalam hujahan


bertulis bahawa pengecaman identiti OKT “dock identification”
oleh SP7 tidak seharusnya diberi sebarang kewajaran di dalam
memutuskan samada wujudnya kes prima facie terhadap
pendakwaan. Keterangan SP7 yang menyatakan telah
mengadakan kawad cam tidak mencukupi untuk mahkamah
menerima masuk dock identification tersebut kerana tidak
adanya laporan kawad cam dikemukakan, pegawai yang
mengendalikan kawad cam tersebut tidak dipanggil dan gambar
kawad cam juga tidak dikemukakan. Kegagalan pihak
pendakwaan mengemukakan keterangan berkenaan kawad cam
ini telah memprejudiskan OKT kerana pematuhan prosedur
kawad cam tersebut tidak dapat dipastikan telah dipatuhi atau
tidak.

[60] SP7 dalam keterangannya menyatakan beliau telah melihat


individu yang telah memukul si mati di KTM Serdang selama
beberapa minit dan tidak pernah mengenali OKT sebelum itu.
Namun begitu, dock identification hanya dilakukan setelah 3
tahun di mana SP7 menyatakan beliau masih dapat mengecam
OKT. Saya bersetuju dengan hujahan Peguam bahawa ianya jelas
adalah mustahil untuk SP7 mengecam OKT kerana SP7 sendiri
telah menyatakan beliau tidak pernah melihat OKT sebelum itu
dan OKT juga kelihatan seperti orang biasa saja. Jadi apakah

22
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

special atau unique feature yang dimiliki oleh OKT sehingga


SP7 mampu mengecam beliau sedangkan 3 tahun telah berlaku.

[61] Malah pegawai perakam turut tidak ditawarkan di akhir kes


pihak pendakwaan. Berasaskan alasan-alasan di atas, timbul
persoalan adakah benar-benar kawad cam tersebut telah pun
dilakukan.

[62] Dalam kes Goh Kooi Pheng v. PP [2013] 1 CLJ 190 di mana
dock identification di lakukan secara kali pertama tanpa kawad,

“The first ground advanced by learned counsel for the


appellant concerned the failure by the learned trial judge
to appreciate that the identification parade held by Chief
inspector Karunaagaran (PW9) was a nullity and hence
the subsequent dock identification of the appellant by PW4
and PW8 assumed little significance. Where a witness
identifies an accused person who is not known to him in
court for the first time, his evidence is of little value
unless there has been previous identification parade
identification (see Kanan v. State of Kerala AIR 1979 SC
1127). In Arumugam Muthusamy v. PP [1998] 3 CLJ 597,
the Federal Court held that dock identification of an
accused person for the first time at the trial is
undesirable. In the instant case, the prosecution during
the trial conceded that the identification parade conducted
by PW9 was a nullity as half of the 11 participants in the
parade were teenagers compared to the appellant who was
then 40 years old. We accept the general principle that it
did not follow, just because the learned trial judge
rejected the identification at the identification parade, he
must of necessity also reject the dock identification of the
appellant (see Ong Poh Cheng v. PP [19981 4 CLJ 1). In

23
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

our view, whether the flaw occurred during the


identification parade would undermine subsequent dock
identification must depend upon the facts of the particular
case. In our judgment, in the present case, there was a
flouting of procedural requirement in the manner the
identification parade was held in that there were
significant age disparities between the persons on the
identification parade (see Mallal’s Criminal Procedure,
4 th edn, at p. 155). In our view, the manner the
identification parade was held was unfair to the appellant.
In the circumstances of the present case, we therefore
found merit in learned counsel’s contention that the
subsequent dock identification by PW4 and PW8 was of
little value or significance as was held in the case of PP v.
Mohamed Majid [19761 1 LNS 104. The identification of
the appellant was an essential matter to be proved by the
prosecution. Since the dock identification was of little
value and unreliable, it was unsafe to sustain the
appellant’s conviction. (bold ditekankan - Juga rujuk kes
Aruguman Muthusamy v. PP [1998] 3 CLJ 597)

[63] Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya mendapati dock


identification oleh SP7 secara kali pertama tanpa kawad cam
tidak membantu kes pihak pendakwaan.

[64] Pertuduhan terhadap OKT adalah pada tarikh 1.12.2016 di antara


jam 1 pagi sehingga jam 5.05 petang, OKT telah melakukan
pembunuhan terhadap mangsa. Saya mendapati ianya menjadi
tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pada tarikh
dan masa yang dinyatakan tersebut, OKT telah melakukan
pembunuhan terhadap si mati.

24
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

[65] Daripada keterangan 16 orang saksi pihak pendakwaan, saya


bersetuju dengan hujahan Peguam OKT bahawa tidak ada
seorang saksi pun yang dapat memberi pencerahan kepada
mahkamah apakah yang telah berlaku pada tarikh sebagaimana
dalam pertuduhan. Keterangan yang dikemukakan hanyalah apa
yang berlaku pada tarikh 30.11.2016. Kelompangan material ini
juga telah mencacatkan kes pihak pendakwaan kerana ianya
menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan kes pihak
pendakwaan melampaui keraguan munasabah.

[66] Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan helmet yang


dikatakan telah digunakan oleh OKT untuk memukul si mati
sehingga menyebabkan kematian mangsa. Namun begitu helmet
tersebut tidak mempunyai DNA profil OKT. Bahkan, tidak
ditemui apa-apa barang milikkan peribadi simati di dalam
milikan OKT. Barang peribadi OKT juga tidak ditemui di tempat
kejadian.

[67] Berdasarkan keterangan-keterangan dari saksi pendakwaan,


apabila dilihat secara keseluruhan dan disimpulkan, ianya jelas
menunjukkan bahawa tidak wujudnya keterangan yang menuding
kepada OKT.

[68] Di akhir kes pihak pendakwaan, adalah menjadi tugas mahkamah


untuk memutuskan samada pihak pendakwaan telah berjaya
membuktikan suatu kes prima facie sebagaimana pertuduhan ke
atas OKT. Apa yang dimaksudkan dengan perkataan “prima
facie” telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes
Looi Kow Chai v. PP [2003] 2 MLJ 65 dan kes PP v. Mohd
Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang menekankan prinsip
penilaian maksima (maximum evaluation) di akhir kes pihak
pendakwaan.

25
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

[69] Dalam kes Looi Kow Chai v. PP [2003] 2 MLJ 65, Mahkamah
Persekutuan menghuraikan maksud prima facie seperti berikut;

“It therefore follows that there is only one exercise


that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to
undertake at the close of the prosecution case. He must
subject the prosecution evidence to maximum evaluation
and ask himself the question: If I decide to call upon the
accused to enter his defence and he elects to remain silent,
am i prepared to convict him on the totality of the evidence
contained in the prosecution case? If the answer is in the
negative then no prima facie case has been made out and
the accused would be entitled to an acquittal.”

[70] Prinsip ini juga telah dirujuk dan diikuti oleh Mahkamah
Persekutuan dalam kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2006]
1 CLJ 457 di mana Mahkamah Persekutuan menekankan prinsip
maximum evaluation di dalam menerangkan maksud kes prima
facie. Di samping itu Mahkamah Persekutuan juga turut
meringkaskan beberapa langkah yang sewajarnya di ambil oleh
hakim bicara di akhir kes pihak pendakwaan untuk memutuskan
samada satu kes prima facie telah dapat dibuktikan seperti
berikut;

(I) the close of the prosecution’s case, subject the


evidence led by the prosecution in its totality to a
maximum evaluation. Carefully scrutinise the
credibility of each of the prosecution’s witnesses.
Take into account all reasonable inferences that may
be drawn from that evidence. If the evidence admits
of two or more inferences, then draw the inference
that is most favourable to the accused;

26
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series

(ii) ask yourself the question: If I now call upon the


accused to make his defence and he elects to remain
silent am I prepared to convict him on the evidence
now before me? If the answer to that question is
“Yes`, then a prima facie case has been made out
and the defence should be called. If the answer is
“No” then, a prima fade case has not been made out
and the accused should be acquitted;

[71] Berasaskan alasan-alasan di atas, setelah membuat penilaian


maksima kes pihak pendakwaan saya mendapati pihak
pendakwaan telah gagal melepasi tahap prima facie yang
dikehendaki oleh undang-undang sepertimana yang dinyatakan
di atas bagi mengaitkan OKT dengan pembunuhan sebagaimana
pertuduhan. Ekoran itu OKT dengan ini dilepas dan dibebaskan
dari pertuduhan membunuhTamil Vanan A/L Paradham.

Bertarikh : 15 JULAI 2020

(MOHD YAZID HAJI MUSTAFA)


Hakim Jenayah 5
Mahkamah Tinggi Shah Alam

KAUNSEL:

Bagi pihak pendakwaan - Shashitah Mohamed Hanifa; Kamar


Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor

Bagi pihak peguambela - Afifudin & Farah; T/n Salehudin Saidin &
Associate

Kes-kes yang dirujuk:

Muthusamy v. PP [1948] 1 MLJ 57

Mathew Lim v. Game Warden, Pahang [1960] 1 MLJ 89

27
[2020] 1 LNS 983 Legal Network Series
Jusoh bin Awang v. Public Prosecutor [1950] 1 MLJ 69

Krishnan & Anor v. Public Prosecutor [1981] 2 MLJ 121

R v. Chua Eng Hong [1937] MLJ 260

Dato Mokhtar Bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 2 MLJ
232

Muniandy & Anor v. PP [1973] 1 MLJ 179

PP v. Loh Keng Koh [1967] 1 MLJ 97

Lim Teng Leng v. PP [1998] 5 CLJ 400

Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim v. PP & Anor Appeal [2004] 3 MLJ 405

PP v. Tan Chye Joo & Anor [1988] 1 LNS 174

Hj Elias Hanan v. Hj Md Noor Saleh [2002] 8 CLJ 448

R v. Abbot [1955] 2 ALL ER 899

PP v. Muhamad Nasir Bin Sharudin & Anor [1994] 2 MLJ 576

Choo Chan Teik & Anor v. PP [1991] 1 CLJ Rep 54; [1991] 3 CLJ
2387

Samsuddin Bin Hasan & Anor v. PP [1991] 3 CLJ 2441

PP v. Liew Sam Siong [1982] 1 MLJ 223

Amathevelli a/p P. Ramasamy v. PP [2009] 3 CLJ 109

Goh Kooi Pheng v. PP [2013] 1 CLJ 190

PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457

Looi Kow Chai v. PP [2003] 2 MLJ 65

Perundangan yang dirujuk:

Kanun Acara Jenayah, s. 112 (2) (3) (4)

Akta Keterangan 1950, ss. 8, 27, 122, 145, 154, 155(c)

28

You might also like