You are on page 1of 13

KEPUTUSAN RINGKAS DI AKHIR KES PENDAKWAAN

[1.0]

Di dalam kes ini, Abdul Razak Bin Zainal Abidin, Orang Kena Tuduh (selepas ini
dipanggil dengan singkatan OKT) menghadapi pertuduhan seperti berikut:Bahawa kamu pada 2.12.2013 jam di antara 1 petang hingga 1.30 petang
bertempat di alamat Blok F, 127 Flat Putra Damai, Jalan PJU 1A/42 Lembah
Subang di dalam Daerah Petaling telah merogol Noraniza Binti Gumri, No. KP:
990510-10-6442 yang berumur 14 tahun 6 bulan sewaktu kejadian tanpa
kerelaannya. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang
boleh dituduh di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan.

[1.1.] Adalah menjadi prinsip undang-undang am jenayah bahawa beban membuktikan


kes adalah terletak di atas bahu pihak pendakwaan untuk membuktikan kesnya
sehingga melampaui keraguan munasabah terhadap OKT sebelum OKT boleh
diputuskan bersalah dan disabitkan dengan kesalahan seperti mana pertuduhan.
Di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Mohd Radhi Bin Yaakob v PP [1991] 6
MLJ 169 di muka surat 171, Y.A. Mohamed Azmi FJ pada masa itu menyatakan:It is well established principle of Malaysian Criminal Law that the general burden
of proof lays throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable
doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charge. There is
no similar burden place on the accused to prove his innocence.
[1.2]

Pada Peringkat Akhir Kes Pendakwaan, Mahkamah yang membicarakan suatu


kes jenayah hendaklah membuat penilaian yang menyeluruh dan maksima ke
atas kesemua keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di
hadapannya dan memutuskan samada pihak pendakwaan telah berjaya
membuktikan kes prima facie terhadap OKT di atas pertuduhan yang telah
dikenakan kepadanya seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah Kanun
Prosedur Jenayah selepas ini dipanggil KPJ. (Sila rujuk s 173 (f) dan (h) KPJ)
1

[1.3.] Di dalam kes Tan Boon Kean V PP [1995] 3 MLJ 514, Mahkamah Persekutuan
memutuskan:- .. a prima facie case is one where every essential ingredient of
the charge is established by sufficient, beyond reasonable doubt evidence and
can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side, so as to
cast a reasonable doubt on the prosecution case as to the guilt of the accused.
[1.4.] Meneliti kepada pertuduhan yang dihadapi oleh OKT, saya mendapati adalah
menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan kesemua elemen
pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan seperti berikut:1.

Bahawa pada tarikh, masa dan tempat kejadian OKT telah melakukan
hubungan seks dengan mangsa

[1.5]

2.

Bahawa berlaku kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa

3.

Bahawa kerelaan mangsa tidak relevan di dalam keadaan kes ini

Setelah meneliti, menimbangkan, menilai dan memperhalusi keseluruhan


keterangan saksi-saksi pendakwaan seramai 7 orang dan sebanyak 15 exhibit
yang telah dikemukakan dan dirujuk di sepanjang perbicaraan pada peringkat ini,
saya berpuas hati dan mendapati secara ringkasnya fakta kes pendakwaan
adalah seperti berikut:-

[1.6.] Selaku Hakim perbicaraan, saya menerima pakai dan mengambil panduan
kedudukan undang-undang seperti yang telah dinyatakan di atas. Setelah saya
menimbang, menilai dan memperhalusi keseluruhan keterangan saksi-saksi
yang telah dikemukakan di hadapan saya sepanjang perbicaraan kes ini dan
juga hujahan kedua-dua pihak Peguambela dan TPR yang terpelajar, saya
mendapati dan membuat penemuan-penemuan berikut.
[1.7]

Berhubung

dengan

isu

kerelaan,

umur

SP2

telah

dibuktikan

melalui

keterangannya, SP2 dan Ex P2 dan P3 iaitu 14 tahun 6 bulan pada waktu


2

kejadian. Oleh yang demikian, hanya satu elemen sahaja yang perlu dibuktikan
oleh pihak pendakwa.

Dalam kes-kes Brabakaran v PP (1996) 1 MLJ 64,

Chng Lian Eng v PP (1983) 1 CLJ 88 dan Syed Abu Tahir a/l Mohamed
Esmail v PP (1988) 3 MLJ 485 telah diputuskan bahawa cuma elemen
kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluan SP2 (penetration) perlu
dibuktikan berlaku pada hari kejadian. Setakat ini walaupun SP2 telah disoal
balas bertalu-talu, namun SP4 telah menjelaskan bahawa telah berlakunya
kejadian rogol iaitu kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluan SP2. SP2
telah menerangkan kejadian ini dengan begitu jelas dan kejadian itu telah
diceritakan kepada SP3, SP6 dan SP7 dengan konsisten sekali. Isu kerelaan
tidak timbul sama sekali kerana ini merupakan statutory rape iaitu jika
perempuan yang dirogol berumur 16 tahun ke bawah, ia tetap dianggap rogol
tidak kira sama ada dengan kerelaan atau sebaliknya (Seksyen 375 9f) Kanun
Keseksaan).
[1.8]

Berhubung dengan dua elemen pertuduhan iaitu bahawa OKT telah melakukan
persetubuhan dengan mangsa dan bahawa telah berlakunya kemasukan
kemaluan OKT ke dalam kemaluan mangsa, saya mendapatinya ianya boleh
didapati dengan meneliti keterangan mangsa (SP2) sendiri.

Pada penilaian

saya, keterangan SP2 telah menceritakan dengan terperinci perlakuan OKT


terhadap dirinya. SP2 melalui keterangannya mengesahkan telah berlakunya
kemasukan kemaluan OKT ke dalam kemaluannya.

Selaku Hakim bicara,

keterangan SP2 yang terperinci seperti mana di dalam perbicaraan, di dalam


keadaan kes yang dibicarakan ini jelas menunjukkan kejadian bukanlah suatu
rekaan sebaliknya ianya suatu benar telah berlaku, dilalui dan dialami sendiri.
Saya berpuas hati perlakuan OKT seperti mana yang diceritakan oleh SP2
terhadap dirinya jelas terjumlah kepada persetubuhan di mana dalam perlakuan
yang telah dinyatakan terhadap SP2 jelas telah berlakunya kemasukan
kemaluan OKT ke dalam kemaluan SP2. Bagi maksud pertuduhan di dalam kes
yang dibicarakan ini, keterangan SP2 secara khusus terhadap OKT mengenai
apa yang beliau nampak, alami dan lalui telah dinyatakan oleh SP2.
3

Bila saya dah buka baju, saya baring dan kemudian dia jolok kemaluan saya
dengan dia punya tu. Tu itu adalah telur. Saya nampak telur Pak Teh. Pak Teh
masa itu pakai kain batik tetapi masa dia jolok itu dia tak pakai. Dia buka kain
batik masa dia sedang duduk atas tilam. Semasa saya baring atas tilam, Pak
Teh baring sebelah saya. Semasa itu Pak Teh tak pakai baju. Dia masa itu
pakai kain batik. Pak Teh tanggalkan kain batik dan baring di atas saya dan
masa itu kedudukan kaki saya terkangkang dan Pak Teh cium saya di mulut.
Tangan saya kedua-dua di bawah tangan Pak Teh. Dia cium kemaluan saya.
Soalan

Semasa dia jolok adik baring atas katil, masa itu kaki adik
macamana?

Jawapan

Kaki kangkang

Soalan

Kenapa kangkangkan kaki?

Jawapan

Pak Teh suruh

Soalan

Masa kangkang kaki adik nampak kemaluan Pak Teh?

Jawapan

Saya intai. Saksi angguk tengok sikit-sikit

Soalan

Apa adik nampak?

Jawapan

Saya nampak telur. Badan Pak Teh

Soalan

Pak Teh ada pakai baju?

Jawapan

Dia pakai kain batik

Soalan

Masa dia jolok dia pakai kain batik?

Jawapan

Pakai

Soalan

Masa dia jolok macamana dia nampak telur Pak Teh?

Jawapan

Dia buka

Soalan

Jadi masa jolok dia tak pakai apa-apa?

Jawapan

Ya

Soalan

Apa yang adik nampak lagi?

Jawapan

Nampak konik

Soalan

Adik kata adik sakit, sakit di mana?

Jawapan

Saya punya pepet


4

Soalan

Dia jolok lama ke?

Jawapan

Sekejap

Soalan

Adik cakap tak, sakit?

Jawapan

Cakap

Soalan

Lagi cakap apa lagi?

Jawapan

Pedih

Soalan

Adik ada cuba buat apa-apa tak?

Jawapan

Saya nak jerit tapi dia tutup mulut saya dengan tangan

Soalan

Berjaya menjerit tak?

Jawapan

Dapat tapi tak ada orang datang tolong

Soalan

Rasa ada orang dengar tak?

Jawapan

Tak

Soalan

Kenapa?

Jawapan

Sebab sunyi di situ tak ada orang. Rumah Pak Teh tak ada orang

Soalan

Selepas jerit tak ada orang dengar, Pak Teh buat apa lagi?

Jawapan

Pak Teh tak ada buat apa-apa lagi

Soalan

Lepas itu?

Jawapan

Saya pakai baju semula

Soalan

Selepas pakai baju dan seluar Pak Teh buat apa?

Jawapan

Tak ingat

Soalan

Pak Teh pakai baju dia tak?

Jawapan

Tak pakai

Soalan

Selepas pakai baju, adik balik tak?

Jawapan

Ya, saya balik bagi tahu anak buah

Soalan

Siapa suruh adik balik?

Jawapan

Pak Teh

Soalan

Boleh camkan anak buah tadi?

Jawapan

Boleh

[1.9]

Di dalam kes yang melibatkan kesalahan seksual seperti mana kes bicara,
Mahkamah sedar tentang keperluan keterangan SP2 tersebut di atas disokong
5

oleh keterangan saksi dan keterangan bebas yang lain. Namun begitu undangundang juga tidak menghalang Mahkamah bicara ini untuk menerima keterangan
SP2 walaupun tanpa keterangan sokongan seterusnya. Mahkamah bicara boleh
mensabitkan OKT dengan kesalahan seperti mana pertuduhan. Ini jelas seperti
mana yang telah dinyatakan oleh Augustine Paul J di dalam kes Aziz Bin
Muhamad Din V PP [1996] 5 MLJ 473 iaitu:
In cases involving a sexual offence a conviction based on uncorroborated
evidence is not illegal but the rule of practice regulates the manner in which
uncorroborated evidence is to be treated, that is to say, the judge must warn
himself of the dangers of convicting on such evidence
[1.10] Di dalam keadaan kes yang dibicarakan ini, saya telah memberikan amaran
kepada diri saya mengenai bahaya mensabitkan OKT dengan keterangan SP2
semata-mata tanpa keterangan sokongan seperti mana yang dituntut oleh
undang-undang di dalam keadaan kes-kes sebegini. Selaku Hakim bicara kes
ini, saya dapati tiada sebab untuk diragui atau tidak dipercayai akan keterangan
SP2 walaupun keterangan SP2 tersebut tidak disokong oleh keterangan
sokongan dan bebas lain. Ini adalah kerana jika diteliti, keterangan SP2 telah
dengan terang menyebut OKT yang terlibat.

SP2 mengenali mangsa dan

sepanjang perbicaraan ini, pihak pembelaan langsung tidak mencabar isu


identity beliau oleh SP2
SP2 bukan hanya sekadar menamakan OKT dengan panggilan Pak Teh tetapi
telah menceritakan dengan terperinci peranan dan perlakuan OKT di tempat
kejadian terhadap dirinya. Fakta dan keterangan ini pada pertimbangan saya
menunjukkan SP2 tidak mungkin berbohong atau mereka-reka cerita terhadap
kejadian yang berlaku dan juga perlakuan OKT kepadanya
Pada hemat saya, SP2 seorang OKU tidak mungkin mampu menceritakan
secara terperinci apa yang telah diceritakan ketika memberikan keterangannya di
6

Mahkamah ini jika kejadian-kejadian tersebut tidak berlaku, dilalui dan dialami
olehnya sendiri
Di dalam keadaan kes yang dibicarakan ini, saya berpendapat adalah selamat
untuk saya menerima keterangan SP2 walaupun keterangan beliau tidak
disokong oleh keterangan-keterangan bebas yang lain kerana saya yakin dan
percaya, setelah meneliti demeanour SP2 dan keterangan keseluruhan kes ini,
Mahkamah bicara ini patut menerima keterangan SP2 sebagai seorang saksi
yang benar, berwibawa dan boleh dipercayai
[2.0]

Selanjutnya saya ingin menyatakan di dalam kes yang dibicarakan ini, walaupun
saya berpendapat adalah selamat bagi saya untuk menerima keterangan SP2
semata-mata walaupun tanpa keterangan sokongan seperti dinyatakan di dalam
penemuan saya sebentar tadi, saya juga mendapati di dalam keadaan kes yang
dibicarakan ini terdapat beberapa keterangan sokongan lain yang telah
menyokong keterangan SP2 di atas
Sebelum Mahkamah pergi lebih lanjut, Mahkamah ini memetik beberapa nas
penting berhubung dengan apakah yang dimaksudkan dengan keterangan
sokongan di dalam keadaan kes yang sedang dibicarakan ini. Antaranya di
dalam kes PP V Mardai [1950] MLJ 33 di mana diputuskan:
It would be sufficient if that corroboration consisted only of a subsequent
complaint by the complainant herself provided that the statement implicated the
accused and was made at the first reasonable opportunity after commission of
the offence

Di dalam kes Lim Guan Eng V PP [2000] 2 MLJ 577 Mahkamah Persekutuan
memutuskan:

It is our view that under s 157, a former statement made by a witness is


admissible in order to corroborate his testimony. The weight of such a statement
for the purpose of corroboration depends on the facts of a particular case. This
view is supported by a long line of decided cases
Di dalam kes Aziz Bin Muhamad Din V PP [1996] 5 MLJ 473 Augustine Paul J
menyatakan antara lain:
Corroboration is not a technical term. It simply means confirmation (see DPP V
Hester [1973] AC 296). The locus classicus on what amounts to corroborative
evidence is stated in the celebrated case R V Baskerville [1916] 2 KB 658 where
Lord Reading CJ said at pg 667: We hold that evidence in corroborating must be
independent testimony which affects the accused by connecting or tending to
connect him with the crime. In other words, it must be evidence which implicates
him, that is, which confirms in some material particular not only the evidence that
the crime has been committed, but also that the prisoner committed it. The word
implicate does not necessarily mean incriminate or inculpate, it may mean
only involve (see R V Kerim [1988] 1 Qd R 426). Ong CJ (Malaya) said in
Brabakaran V PP [1996] 1 MLJ 64 that corroborative evidence is not necessarily
restricted to the oral evidence of an independent witness.

It may be

circumstantial as well as direct (see R V Tripoli [1961] VR 186). In Doney V R


[1990] 171 CLR 207 it was held that the consistent with its role of confirming
other evidence rather than amounting itself to evidence which necessarily leads
to conviction, the corroborative evidence does not need to be proven beyond
reasonable doubt

Selanjutnya dalam kes Tan Kin Seng V PP [1997] 1 SLR 46 yang telah merujuk
kepada kes R V Redpath [1962] 46 Cr App R 319 di mana telah diputuskan:
.. in certain circumstances, evidence of distress may amount to corroboration
8

Akhirnya di dalam kes Syed Abu Tahir V PP [1988] 3 MLJ 485 telah diputuskan
antara lainnya:
In my opinion the evidence of the girl was sufficiently corroborated by the two
doctors who examined the girl and the appellant respectively. In a case of this
nature, medical evidence is sufficient to corroborate the evidence of the girl
[2.1]

Di antara keterangan-keterangan sokongan dalam kes ini adalah seperti berikut:(1)

Perlakuan (conduct) SP2 selepas kejadian iaitu setelah dirogol oleh OKT,
SP2 terus balik ke rumah dan cerita kepada SP3 setelah ditanya oleh SP3
di mana SP3 nampak SP2 dalam kelihatan muka pucat kuat kerana takut.
Susulan daripada itu, SP2 tidak tahan menyembunyikan kejadian rogol
yang berlaku dan seterusnya memberitahu SP3

(2)

SP2 telah memberitahu SP3 yang kemudiannya telah memberitahu SP6


dan SP7.

Keterangan ini adalah keterangan sokongan berdasarkan

Seksyen 157 Akta Keterangan.

Keterangan SP2 adalah selari dan

konsisten dengan keterangan SP3, SP6 dan SP7.

SP2 juga telah

memberi keterangan yang konsisten tentang apa yang telah berlaku pada
hari kejadian
(3)

Laporan polis (Ex P4) telah dibuat oleh SP2 merupakan keterangan
sokongan bahawa kejadian rogol telah berlaku. Dari segi undang-undang,
ia adalah satu keterangan sokongan berdasarkan peruntukan Seksyen
157 Akta Keterangan.

Walaupun SP2 telah disoal balas bertalu-talu

namun beliau tetap dengan keterangannya yang selari dengan Ex P4.


Laporan bukan sahaja telah dibuat malah SP2 telah memberi keterangan
bersumpah yang Mahkamah sendiri dalam meneliti demeanour beliau

semasa memberi keterangan. SP2 tetap dengan keterangannya bahawa


OKT telah merogolnya pada hari kejadian
(4)

Laporan perubatan (Ex P9), sketch (Ex P8) adalah satu keterangan
sokongan. Laporannya menunjukkan telah berlaku kemasukan yang ke
dalam kemaluan SP2. Ini selari dengan keterangan SP2 yang beliau telah
dirogol oleh OKT. Kesan koyakan baru dikesan. SP2 dirujuk ke hospital
pada hari yang sama.

Ini juga menyokong keterangan SP2 bahawa

kemaluannya sakit dan pedih setelah dirogol oleh OKT


(5)

Dalam pertuduhan kes rogol di mana kerelaan bukanlah elemen


pertuduhan, keterangan perubatan sahaja di mana ianya menunjukkan
koyakan baru boleh menyokong keterangan mangsa, Syed Abu Tahir a/l
Mohamed Esmail [1988] 3 MLJ 485

(6)

SP4 telah menjelaskan melalui gambar-gambar (Ex P1A-F) tempat di


mana kejadian rogol berlaku ke atasnya. Tempat kejadian telah disahkan
sebuah bilik dalam rumah OKT

Ringkasnya, sejurus selepas kejadian keterangan SP2 mengalami tekanan


perasaan, sedih, tertekan dn kecewa dan terus mengadu atau memberitahu SP3
dalam masa yang singkat sejurus selepas kejadian berlaku dan jelas ini adalah
merupakan subsequent complaint yang relevan dan boleh dijadikan sebagai
keterangan sokongan seperti mana yang diputuskan di dalam kes-kes di atas.
Pemberitahuan adalah dalam lingkungan jangka masa kurang dari 24 jam
selepas kejadian berlaku.

Selepas dimaklumkan, SP2 kemudiannya telah

dibawa membuat laporan polis dan seterusnya dirujuk untuk pemeriksaan doktor
[2.2]

Maka atas alasan dan penemuan-penemuan yang telah saya nyatakan di atas
saya berpuas hati kedua-dua elemen iaitu berlakunya persetubuhan dan
kemasukan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan berdasarkan
10

kepada keterangan SP2 sendiri dan juga disokong oleh keterangan-keterangan


sokongan yang lain yang telah saya nyatakan di atas
[2.3]

Berhubung dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan pada


peringkat ini yang boleh dilihat melalui pemeriksaan balas oleh Peguambela
yang bijaksana antaranya:1.

SP2 tidak dapat mengesahkan tempat tinggalnya

2.

Percanggahan mengenai siapa yang diberitahu terlebih dahulu selepas


kejadian

[2.4]

3.

Tidak dapat membuktikan kehadiran lendir-lendir

4.

Percanggahan berkenaan isu masuk rumah OKT oleh SP2

5.

Koyakan baru berlaku antara 30.11.2014 hingga 2.12.2014

6.

Laporan polis P4 bukan dibuat oleh SP2

7.

Ibu SP2 tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan mengenainya

Selaku Hakim bicara di dalam kes ini, saya telah meneliti demenour SP2 baik
ketika SP2 memberikan keterangannya semasa pemeriksaan utama mahupun
ketika di bawah pemeriksaan balas oleh Peguambela. Pada hemat saya, SP2
adalah seorang saksi yang bercakap benar jika keterangan SP2 ini diuji dengan
keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan di hadapan saya seperti mana
ujian kredibiliti saksi yang telah diterima pakai seperti di dalam kes Tengku
Mahmood V PP [1974] 1 LNS 176. Oleh sebab itu saya pada awal alasan
keputusan ini lagi telah tidak teragak-agak untuk menerima keterangan SP2
semata-mata dan bersedia untuk mensabitkan OKT dengannya walaupun tanpa
keterangan sokongan setelah memberikan amaran kepada diri saya tentang
bahaya menerima keterangan SP2 tanpa keterangannya dikorobasi oleh
keterangan-keterangan sokongan lain di dalam kes ini. Pada penilaian saya SP2
adalah seorang saksi yang konsisten dan bercakap benar

11

[2.5]

Seperti mana yang diputuskan di dalam kes Mahendran a/l Manikan V PP [1974]
4 MLJ 273 yang antara lain menyatakan:
.. The offence of rape is not continuing offence, the offence of rape is one single
act of unlawful sexual intercourse
Bagi kes ini OKT dituduh atas kesalahan rogol yang beliau telah lakukan dan
tiada kepincangan mengenai pertuduhan di sini. SP2 mengecam, mengenali
OKT dan gelaran mesra OKT sebagai Pak Teh dan mengetahui rumah OKT.
Jika SP2 tidak tahu alamat sebenar tempat tinggalnya, apa yang penting tempat
kejadian di mana kesalahan berlaku. Ketiadaan lendir dikesan, takkanlah OKT
nak biarkan lendir tersebut dilihat mereka yang saying OKT such as isteri bila
pulang ke rumah nanti. Report kejadian, mungkin betul atau tidak tetapi yang
penting ianya telah disiasat polis dan hasilnya OKT dituduh seperti mana
pertuduhan. Koyakan baru atau lama, soalan peguam adalah tentang possibility
ianya berlaku dan doktor menjawab ianya berkemungkinan dan apa yang
penting keterangan SP2 sahkan tarikh, masa dan tempat kejadian. Pembelaan
tidak pernah mencabar keterangan SP2 sebenarnya sahkan tempat kejadian.
Seperkara lagi suka saya nyatakan tentang question of opportunity. Jika dilihat
keterangan SP2 menunjukkan OKT telah mengambil kesempatan terhadap SP2
dalam ketiadaan isteri dan ahli keluarganya yang lain di rumah semasa hari dan
masa kejadian

[2.6]

Mengambil panduan di dalam ke Mahkamah Persekutuan PP V Mohd Radzi Abu


Bakar [2006] 1 CLJ 457, saya telah bertanya kepada diri saya jika pada
peringkat ini saya memutuskan untuk memanggil OKT membela diri dan OKT
memilih untuk berdiam diri, adakah saya bersedia untuk memutuskan OKT
bersalah dan mensabitkannya dengan kesalahan seperti mana pertuduhan yang
dihadapinya?

Atas alasan-alasan dan penemuan-penemuan yang telah

dinyatakan di atas maka jawapan saya kepada soalan ini adalah positif

12

Maka dengan ini saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya
membuktikan prima facie kes terhadap OKT di atas pertuduhan yang dikenakan
kepadanya.

Dengan ini saya memerintahkan OKT membela diri di atas

pertuduhan

( ZAMRI BIN HJ. BAKAR )


Hakim
Mahkamah Sesyen No. 1
Petaling Jaya

13

You might also like