You are on page 1of 2

Setakat mana tangkapan sebenar dan tangkapan konstruktif relevan dalam KTJ?

Semua seksyen adalah peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah kecuali dinyatakan sebaliknya.

1. S15(1) memperuntukan 3 cara tangkapan iaitu menyentuh, mengurung badan orang yang hendak
ditangkap atau orang yang hendak ditangkap itu menyerahkan dirinya melalui percakapan atau
tingkah lakunya.

2. Tetapi dalam kes Shaaban v Cheong Kam Fook,mahkamah telah membincangkan apa yang
terjumlah kepada suatu tangkapan yang sah tanpa merujuk kepada s15(1) tetapi telah merujuk
kepada kes common law Alderson v Booth.

3. Kes Shaaban telah membincangkan 3 keadaan yang terjumlah kepada tangkapan iaitu apabila
pegawai polis menyatakan dengan jelas bahawa dia sedang membuat tangkapan, pegawai polis
mengunakan kekerasan untuk menahan pergerakan seseorang, atau, pegawai polis menyatakan
dengan perkataan atau tingkah laku akan menggunakan kekerasan jika perlu untuk menahan
pergerakan seseorang itu.

4. Menurut s15, tangkapan sebenar adalah merujuk kepada tangkapan menurut kaedah 1 dan 2 dalam
s15, iaitu memerlukan tindakan positif oleh orang yang melakukan tangkapan tersebut, contohnya
digari atau ditahan secara fizikal dalam tanpa pergerakan bebas . Ini boleh dilihat dalam kes Salleh
bin Saad dimana tertuduh telah dibawah ke pejabat Kastam untuk rekod pernyataan.

5. Manakala tangkapan kostruktif merujuk kepada tangkapan menurut kaedah 3 dalam s15, iaitu
memerlukan tindakan positif dari orang yang hendak ditangkap itu sendiri yang juga merupakan
keadaan proposisi ketiga kes Shaaban. Ini juga boleh dilihat dalam kes Johari bin Abdul Kadir
dimana tangkapan ke atas tertuduh dikatakan telah berlaku semasa tertuduh dibawa turun dari
bus, maka pengakuan tertuduh semasa di balai berkenaan beg berisi ganji adalah miliknya
perlukan pernyataan beramaran.

6. Dalam tatacara jenayah, Mahkamah mempunyai 2 pandangan berbeza dalam mentafsirkan jenis
tangkapan sebelum hak orang kena tangkap bermula iaitu tangkapan sebenar dan tangkapan
konstruktif dan ia adalah penting untuk menentukan hak orang kena tangkap dibawah
Perlembagaan dan Kanun Tatacara Jenayah bermula. Contohnya: Hak orang kena tangkap untuk
diberitahu sebab ditangkap menurut Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan dan s28A. Hak untuk
dibawa ke hadapan Majistrat menurut Perkara 5(4) Perlembagaan Persekutuan untuk
permohonan reman jika siasatan tidak dapat selesai dalam tempoh 24 jam- s28 . Hak untuk diwakili
peguam Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan dan s28A(2)(b). Penerimaan pernyataan
beramaran, iaitu tangkapan sebenar diperlukan sebelum amaran diberi dan tangkapan konstruktif
adalah memadai bagi amaran perlu diberi. Walaupun s113 KTJ baru tiada peruntukan ini, namun
Akta lain seperti Aktan Dadah Berbahaya dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah masih
memerlukan pernyataan amaran diberikan supaya pernyataan tertuduh diterima sebagai
keterangan.

7. Sesetengah kes putuskan perlu ada tangkapan sebenar untuk hak-hak orang kena tangkap bermula
seperti dalam kes Salled bin Saad, dimana Mahkamah telah menerima keterangan yang diberikan
oleh tertuduh sebelum tertuduh dibawa ke pejabat Kastam untuk rekod pernyataan . Mahkamah
menyatakan tangkapan sebenar hanya bermula apabila tertuduh dibawa ke Pejabat Kastam, bukan
semasa penggeledahan rumah tertuduh.

8. Manakala dalam kes Johari bin Abdul Kadir tangkapan konstruktif adalah memadai untuk hak
tertuduh bermula, iaitu semasa tertuduh dibawa turun dari bas bersama beg seterusnya dibawa ke
balai Dalam kes ini, Mahkamah telah menolak penerimaan keterangan tertuduh yang diberikan
dibalai berkenaan pengakuan beg berisi ganja adalah miliknya kerana tiada amaran diberikan
semasa tertuduh memberikan pernyataan itu.

9. Walau bagaimanapun, setiap keputusan adalah dibuat berdasarkan kepada fakta setiap kes dan
pencapaian berdasarkan fakta tersebut tidak boleh dijadikan sebagai undang-undang yang ketat –
Kang Ho Soh.

You might also like