You are on page 1of 35

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DALAM PERKARA TUNTUTAN MUT’AH


KES MAL NO: 14100-016-0003- 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL
(NO. K/P: 750506-14-2026) …PLAINTIF
DENGAN

HADI ZAMANI BIN BIDIN


(NO. K/P: 720308-14-6165) …DEFENDAN
SAMAN

Kepada:

HADI ZAMANI BIN BIDIN


Unit No. B-06-12, PV12,
Platinum Lake Condominium,
No. 6, Jalan Langkawi,
Setapak,
53306 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Anda dengan ini disaman supaya hadir sendiri atau melalui Peguam Syarie sendiri atau melalui
Peguam Syarie anda di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
pada……….....haribulan…………..2021, pukul………..pagi/petang untuk menjawab suatu
tuntutan terhadap anda oleh pihak Plaintif yang dinamakan diatas, yang butir-butirnya ada
dinyatakan dalam pernyataan tuntutan yang diendorskan di sini.

AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ingkar hadir ke Mahkamah pada hari ini dan masa yang
telah ditetapkan, Mahkamah boleh terus mendengar dan memutuskan tanpa kehadiran anda.

DAN AMBIL PERHATIAN bahawa jika anda ingin membela diri terhadap tuntutan ini, anda
hendaklah memfailkan di Mahkamah ini dan menyampaikan kepada Plaintif suatu pembelaan
dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh tersebut.

Bertarikh pada haribulan 17 OGOS 2021, 2021.

…………………….
Hakim/Pendaftar

SAMAN ini telah difailkan oleh Shahir Amri & Co. Peguam Syarie Plaintif yang beralamat
penyampaian di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Utama, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor.
Tel: 013-7689345, 012-4952063
(Ruj. Kami: SACO/SYA/0001/2021)
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

DALAM PERKARA TUNTUTAN MUT’AH


KES MAL NO: 14100-016-0003-2021

ANTARA

ROHAYA BINTI ISMAIL


(NO. K/P: 750506-14-2026) …PLAINTIF
DENGAN

HADI ZAMANI BIN BIDIN


(NO. K/P: 720308-14-6165) …DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif dalam kes ini. ROHAYA BINTI ISMAIL (NO K/P: 750506-14-2026)
berumur 46 tahun yang beralamat penyampaian di Unit No. 17-36-3, Majestic
Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.

(Satu Salinan Kad Pengenalan Plaintif dilampirkan sebagai “Lampiran A”)

2. Defendan dalam kes ini, HADI ZAMANI BIN BIDIN (NO K/P: 720308-14-
6165) berumur 49 tahun yang beralamat penyampaian di Unit No. B-06-12,
PV12, Platinum Lake Condominium, No. 6, Jalan Langkawi, Setapak, 53306
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Defendan merupakan bekas suami Plaintif pada masa material.

4. Plaintif dan Defendan telah berkahwin secara sah menurut hukum syara’ pada
12 Rabiul Awal 1418 bersamaan 07-07-1997 dan telah berlaku perceraian
talak tiga (3) diluar Mahkamah yang telah disahkan di hadapan Mahkamah
Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13-01-2021
melalui Kes Mal No: 14001-054-0140-2021.

(Satu Salinan Sijil Perceraian Bil No: 7465/2021 dilampirkan sebagai


“Lampiran B”)
5. Hasil perkahwinan Plaintif dan Defendan tidak dikurniakan cahaya mata.

6. Sebagai rekod, Plaintif tidak pernah disabitkan nusyuz oleh mana-mana


Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan/atau mengikut
Hukum Syarak.

7. Plaintif juga menjelaskan bahawa perceraian tersebut sebenarnya bukan atas


kehendak dan kemahuan Plaintif kerana pada peringkat awal perkahwinan,
Plaintif mengharapkan rumah tangga mereka kekal hingga akhir hayat.
Namun, perkahwinan yang telah dibina antara Plaintif dan Defendan sejak 24
tahun lalu tidak dapat juga dipertahankan dan roboh jua akhirnya.

8. Plaintif sangat berkeyakinan dan percaya bahawa Defendan adalah seorang


yang berkemampuan dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk
memenuhi tuntutan Plaintif berdasarkan kepada pendapatan yang dimiliki
oleh Defendan dan fakta-fakta yang berkaitan dengannya.

(Plaintif bersedia membuktikan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang


berkaitan pada hari perbicaraan kelak)

9. Di antara lain alasan-alasan tuntutan mut’ah oleh Plaintif terhadap Defendan


adalah sepertimana berikut:-

A) PLAINTIF DICERAIKAN TANPA SEBAB YANG PATUT OLEH DEFENDAN

10. Plaintif menyatakan disini bahasa Plaintif diceraikan tanpa alasan yang jelas.
Pertengkaran yang berlaku antara Plaintif dan Defendan pada hari perceraian
berlarutan sehingga Defendan terus melafaz cerai dengan talaq tiga (3)
terhadap Plaintif. Plaintif sangat terkejut dengan tindakan Defendan menerima
tamparan hebat apabila rumah tangga yang telah dibina selama 24 tahun
musnah dalam masa yang singkat.
11. Plaintif menyatakan disini bahawa tindakan Defendan dilihat terburu-buru
dengan mengambil jalan mudah terus menceraikan Plaintif dengan talaq tiga
(3) tanpa memikirkan perasaan dan keadaan yang bakal dilalui oleh Plaintif di
hari mendatang selepas perceraian tersebut.

B) TINDAKAN DEFENDAN SERING PULANG KERJA LEWAT, SKANDAL


DENGAN PEREMPUAN, OBSES DENGAN DUNIA HIBURAN, BERJUDI
DAN MINUM ARAK SEHINGGA MABUK.

12. Defendan sejak kebelakangan ini sering mengunjungi pusat-pusat hiburan


seperti pusat karaoke dan pub dan pulang kerja lewat dalam keadaan mabuk
kesan daripada minuman arak. Tindakan Defendan ini memberi imej negatif
terhadap Plaintif dan Defendan yang pulang dalam keadaan mabuk apabila
dilihat oleh jiran tetangga, dalam masa yang sama meminum arak juga jelas
diharamkan dalam syariat agama Islam. Hal ini sangat menganggu emosi
Plaintif kerana penantian Plaintif akan kepulangan Defendan setiap hari dari
tempat kerja namun Defendan sering berfoya-foya di pusat-pusat hiburan
hingga lewat malam serta pulang dalam keadaan mabuk dan tidak terurus.
Plaintif juga sangat risaukan keselamatan Defendan yang memandu dalam
keadaan mabuk yang boleh menyebabkan kemalangan terhadap dirinya atau
orang lain.

13. Defendan juga banyak menghabiskan wang gajinya dengan aktiviti perjudian.
Plaintif cuba untuk menegur Defendan dengan sikap dan kelakuan Defendan,
namun tidak diendahkan sebaliknya teguran tersebut sering diakhiri dengan
pertengkaran. Plaintif juga kini menjadi ragu-ragu dengan hasil wang Defendan
dalam menyara keluarga.
14. Plaintif lebih tertekan apabila Defendan didapati menjalin hubungan skandal
dengan perempuan tidak dikenali yang jelas membuatkan Plaintif sangat sedih
sedangkan Plaintif seorang isteri yang patut dicintai kerana kesetiaan Plaintif
dan sentiasa menjaga kebajikan Defendan di rumah.

C) PLAINTIF MENGALAMI TEKANAN PERASAAN AKIBAT PERBUATAN


DEFENDAN.

15. Plaintif telah mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat sikap
Defendan yang tidak bertanggungjawab. Plaintif sama sekali tidak menyangka
bahawa perkahwinan yang dibina sejak 24 tahun lalu roboh. Sebagai seorang
wanita, kesan yang diterima akibat perceraian tersebut adalah lebih besar
berbanding dengan apa yang terpaksa ditanggung oleh pihak lelaki.

16. Setiap kali memikirkan perkara-perkara seperti ini, Plaintif akan merasa
tekanan yang amat sangat. Bebanan yang terpaksa dipikul tidaklah semudah
mata orang yang memandang. Kredibilitinya sebagai seorang wanita baik-baik
pastinya tercalar disebabkan oleh tindakan tidak bertanggungjawab Defendan
ini.

17. Tekanan perasaan yang dialami oleh Plaintif makin kronik apabila Defendan
menuduh Plaintif mempunyai hubungan sulit dengan jiran Plaintif yang
merupakan suatu tuduhan tidak berasas sehingga berlaku pertengkaran antara
Plaintif dan Defendan lalu Defendan melafazkan cerai terhadap Plaintif.

18. Sejak perceraian yang berlaku, Plaintif hilang tempat bergantung kerana
sepanjang 24 tahun perkahwinan dengan Defendan, Plaintif bergantung hidup
dan kasih sayang kepada Defendan selaku suami. Oleh yang demikian Plaintif
sentiasa taat kepada Defendan sepenuhnya.
D) PLAINTIF TIDAK PERNAH DIISYTIHARKAN NUSYUZ OLEH MANA-MANA
MAHKAMAH SYARIAH.

19. Sepanjang Plaintif bergelar isteri kepada Defendan, belum pernah ada mana-
mana pihak yang mengisytiharkan Plaintif telah nusyuz terhadap Defendan.
Plaintif tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
Defendan sebagai suami ketika dalam tempoh perkahwinan.

20. Walaupun tidak diberi layanan yang adil sebagaimana yang sepatutnya diterima
oleh Plaintif mengikut Hukum Syarak, Plaintif tidak pernah sesekali cuba
mengambil tindakan yang melampaui batas atau mendesak Defendan dengan
perkara-perkara yang keterlaluan. Kesemua ini adalah jelas untuk membuktikan
bahawa Plaintif adalah seorang isteri yang baik, menjaga maruah suami serta
tidak berlaku nusyuz.

E) TAHAP PENDIDIKAN DAN TARAF KEHIDUPAN PLAINTIF

21. Tuntutan Mut’ah yang dibuat oleh Plaintif ini adalah berpadanan dan berpatutan
dengan melihat tahap pendidikan dan kehidupan Plaintif.

22. Plaintif telah berjaya menamatkan pendidikannya di peringkat Sarjana dalam


bidang Pengurusan Perniagaan (Master in Business Administration). Dengan
pendidikan bertaraf ini, Plaintif mampu untuk melonjak ke tempat yang lebih
tinggi dalam kerjayanya sekiranya Plaintif tetap kekal dalam dunia kerjaya.

23. Plaintif pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Doktor


Falsafah di Berlin. Walaubagaimana pun, Plaintif terpaksa menolak tawaran itu
kerana Plaintif sudah berkahwin dengan Defendan dan ingin memberi tumpuan
dalam menjaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada
Defendan.
24. Bapa Plaintif merupakan seorang ahli perniagaan berpangkat Dato’ manakala
ibu Plaintif adalah seorang pengerusi sebuah persatuan kebajikan dan dikenali
ramai. Keluarga Plaintif akan turut terpalit dengan berita perceraian Plaintif.
Oleh yang demikian, ia amat penting untuk Plaintif mendapat pampasan yang
sewajarnya kesan dari perceraian ini.

F) SUMBANGAN DAN KEDUDUKAN PLAINTIF DALAM PERKAHWINAN

25. Sebelum Plaintif berkahwin dengan Defendan, Plaintif mempunyai kerjaya


sebagai seorang Pegawai Eksekutif di Petroleum Nasional Berhad
(PETRONAS). Walaubagaimana pun setelah berkahwin, Plaintif mengambil
keputusan untuk meletakkan jawatan dengan tujuan untuk menjaga dan
menjalankan tanggungjawab sebagai Isteri sepenuh masa kepada Defendan.

26. Sepanjang perkahwinan Plaintif telah menjalankan tanggungjawab sebagai


isteri dengan baik dan sentiasa patuh serta taat kepada perintah Defendan
sebagai suami. Segala keperluan serta keinginan Defendan sebagai suami
tidak pernah gagal dilaksanakan oleh Plaintif.

27. Plaintif telah menjadi tulang belakang kepada Defendan dalam menyokong
Defendan sehingga berjaya sebagai seorang Eksekutif Pemasaran dan tanpa
sokongan dan pengorbanan Plaintif, Defendan tidak akan mampu untuk berjaya
sehingga ke tahap ini.

G) DEFENDAN YANG BEKERJA SEBAGAI EKSEKUTIF PEMASARAN DI


SYARIKAT SIME DARBY MALAYSIA ADALAH SEORANG YANG
BERKEMAMPUAN UNTUK MEMBAYAR TUNTUTAN PLAINTIF.
28. Sepanjang perkahwinan, Defendan bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di
Syarikat Sime Darby Malaysia berpendapatan RM30,000 sebulan dan
tambahan elaun bulanan serta bonus tahunan yang boleh mencecah sehingga
RM600,000.000 setahun. Defendan adalah berkemampuan untuk membayar
jumlah mut’ah yang dituntut oleh Plaintif. Namun, Defendan hingga kini masih
gagal dan/atau enggan memberikan mut’ah kepada Plaintif sedangkan ianya
merupakan satu kewajipan ke atas suami yang menceraikan isterinya yang
telah ditetapkan oleh hukum syarak.

(Satu Salinan Penyata Gaji Defendan Bulan 12/2020 dilampirkan sebagai


“Lampiran C”)

29. Plaintif percaya jumlah mutaah yang dituntut adalah relevan berdasarkan
tempoh perkahwinan selama 24 tahun dengan Defendan yang sudah pasti
telah melalui pelbagai ujian dan keperitan dalam berumah tangga sepanjang
tempoh tersebut serta pendapatan tahunan Defendan sebanyak
RM600,000.00 .

H) MUT’AH YANG DITUNTUT ADALAH UNTUK MEMBANTU PLAINTIF


DALAM MENGHARUNGI KESAN DAN AKIBAT DARI PERCERAIAN.

30. Tuntutan-tuntutan ini difikirkan patut memandangkan Plaintif bakal menjalani


kehidupan hari-hari mendatang sebagai seorang perempuan yang telah
ditinggal suaminya sedangkan Plaintif sudah terbiasa dengan kehidupan
bersama suami disisi selama 24 tahun. Hal ini semestinya berlaku kepada
perempuan yang telah tinggal bersama suaminya dalam suatu tempoh yang
lama namun tiba-tiba ditinggalkan suaminya, sudah tentu sangat menganggu
emosinya dalam kehidupan sehariannya apabila berhadapan dengan
masyarakat kelak.
31. Pemberian mut’ah bukan sahaja wajib kerana kehilangan kasih, tetapi bertujuan
menutup rasa malu dialami Plaintif, menghindarkan fitnah dan sebagai asas
memulakan hidup bersendirian. Plaintif yang dicerai akan berasa malu dan
mungkin menerima prasangka buruk masyarakat sekeliling. Untuk
menghilangkan prasangka buruk bahawa plaintif diceraikan bukanlah kerana
keaiban yang ada pada dirinya, maka mut’ah diwajibkan ke atas suami.

32. Sekalipun Plaintif berkali-kali disakiti dan sangat tertekan dengan sikap
Defendan, namun Plaintif tetap taat kepada Defendan selaku suami dan
bersabar dengan tindakan Defendan. Plaintif sentiasa berusaha
mempertahankan rumah tangga Plaintif dan Defendan daripada kepincangan
rumah tangga dan tidak pernah berhasrat untuk menuntut perceraian atau
fasakh daripada Defendan atas tindakan-tindakan Defendan kerana Plaintif
sentiasa berharap suatu masa Defendan akan berubah dan meninggalkan
sikap-sikap buruknya dan membaiki semula hubungan Plaintif dan Defendan
seperti sebelum ini. Namun, harapan Plaintif hancur apabila berlaku
pertengkaran lalu Plaintif terus diceraikan dengan talaq tiga (3).

33. Oleh yang demikian, berdasarkan alasan-alasan tersebut, Plaintif dengan


rendah diri memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini perintah-perintah
sebagaimana berikut:

a) Mahkamah memerintahkan Defendan untuk membayar Mut’ah


sebanyak RM 1,000,000.00 seperti yang diperuntukkan dalam
seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984;

b) Kos tindakan sebanyak RM1,000.00 dikenakan ke atas Defendan;


c) Lain-lain relief yang difikirkan patut dan suaimanfaat oleh Mahkamah
yang Mulia.

Bertarikh pada haribulan 17 OGOS 2021 , 2021.

…………..………………

Peguam Syarie Plaintif

PERNYATAAN TUNTUTAN ini telah difailkan oleh Shahir Amri & Co. Peguam Syarie
Plaintif yang beralamat penyampaian di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia
Utama, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 013-7689345, 012-4952063
(Ruj. Kami: SACO/SYA/0001/2021)
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
(Seksyen 26)

SIJIL PERAKUAN CERAI

Bilangan Daftar Cerai : 7465/2021


Bilangan Daftar Surat Perakuan Nikah : 5000/1997
Bilangan Daftar Surat Perakuan Rujuk : TIADA MAKLUMAT
Bilangan Kes Mal : 14001-054-0140-2021
Tarikh Akad Nikah : H 7 JULAI 1997 M 12 RABIUL AWAL 1418
Tarikh Ruju’ : TIADA MAKLUMAT
Tempat Pernikahan : KUALA LUMPUR
Nama Suami : HADI ZAMANI BIN BIDIN
No. Kad Pengenalan / Pasport : 720308-14-6165 Bangsa : MELAYU
Tarikh Lahir : 8 MAC 1972 Warganegara : MALAYSIA
Alamat : NO. B-06-12, PV12, PLATINUM
LAKE CONDOMINIUM NO. 6, JALAN LANGKAWI,
SETAPAK, 53306 KUALA LUMPUR, WILAYAH
PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
Pekerjaan : EKSEKUTIF PEMASARAN
Nama Isteri : ROHAYA BINTI ISMAIL
No. Kad Pengenalan / Pasport : 750506-14-2026 Bangsa : MELAYU
Tarikh Lahir : 6 MEI 1975 Warganegara : MALAYSIA
Alamat : UNIT NO. 17-36-3, MAJESTIC TOWER,
MONT KIARA PALMA, JALAN 1/170C,
MONT KIARA 50480 KUALA LUMPUR
Pekerjaan : TIDAK BEKERJA
Jenis Perceraian : Raj’ie / BAIN (Bain Sughra/ BAIN KUBRA/ Bain
Muabbad)
Talaq ke : PERTAMA Jumlah Talaq : TIGA
Bayaran Tebus Talaq (jika ada) : -
Cara Bercerai : Dengan Kebenaran Mahkamah / TANPA KEBENARAN
MAKAHKAMAH
Tempat Bercerai : MAHKAMAH RENDAH WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tarikh Cerai : H 13 JANUARI 2021 M 29 JAMADIL AWAL
1442
Cerai dalam Suci/ Haid/ Mengandung : SUCI

………………………………..
Pendaftar
LAMPIRAN C
Sime Darby Motors City,
No. 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor

PENYATA GAJI BAGI BULAN DISEMBER 2020


Kod Pekerja 23456 Nama Pekerja Hadi Zamani Bin Bidin
Jabatan Pemasaran Pusat Kos 2367 No. PF 77869943
Lokasi Petaling Jaya Jawatan Eksekutif Pemasaran No. ESI
No. Kad Pengenalan 720308-14-6165 No. Akaun Bank 8793445667 No. EPS
Tarikh Penyertaan 1/1/1997 Jantina L
Pendapatan Jumlah Tahun hingga Potongan Jumlah Tahun hingga
(RM) Kini (YTD) (RM) Kini (YTD)

GAJI POKOK 30, 000 360,000 Dana Simpanan


Elaun Sewa Rumah 6,337.50 76,050 - KWSP
Pengangkutan 1,800 21,600 (pekerja 9%, majikan 8,100 97,200
Pembayaran Balik Kos 2,250 27,000 18%)
Perubatan - PERKESO
Pembayaran Balik Kos 3,500 30,000 (pekerja 1%, majikan 900 10,800
Telefon 2%) Tanggungan
Elaun Shif Malam 4,980 42,760 Kos
Bonus 0 120,000 Makan Tengahari 116.83 1,401.96
Elaun Khas 3,816 45,792 Tanggungan Kos Pengangkutan
Cukai Pendapatan (3%) 250 3,000
900 10,800
Jumlah Pendapatan 52,683.50 723,202 Jumlah Potongan 10,266.83 123,201.96

Bayaran Bersih RM 42,416.67

Dalam Perkataan Empat Puluh Dua Ribu, Empat Ratus Enam Belas Ringgit dan Enam Puluh Tujuh Sen Sahaja.
WAKALAH PEGUAM SYARIE
BORANG MS 5
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Subseksyen 34 (2) )

WAKALAH PEGUAM SYARIE

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14100-016-0003 TAHUN 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL …PLAINTIF
(NO. K/P : 750506-14-2026)
DENGAN
HADI ZAMANI BIN BIDIN …DEFENDAN
(NO. K/P : 720308-14-6165)

Saya ROHAYA BINTI ISMAIL (NO. K/P : 750506-14-2026) yang beralamat di Unit No. 17-36-
3, Majestic Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.
dengan ini melantik MUHAMMAD SHAHIR BIN ISMAIL dari TETUAN SHAHIR AMRI & CO untuk
mewakili saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan
dengannya.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021.

…………………………...
PLAINTIF

Saya MUHAMMAD SHAHIR BIN ISMAIL dengan ini menerima perlantikan yang disebut
terdahulu.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021. Shahir


…………………………...
PEGUAM SYARIE

Di hadapan saya,

…………………………...
HAKIM/PENDAFTAR

WAKALAH ini disediakan oleh TETUAN SHAHIR AMRI & CO Peguam Syarie Plaintif yang beralamat
penyampaiannya di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Utama, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor. Tel : 013-7689345/012-4952063. Email : www.shaamri21@gmail.com
BORANG MS 5
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Subseksyen 34 (2) )

WAKALAH PEGUAM SYARIE

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14100-016-0003 TAHUN 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL …PLAINTIF
(NO. K/P : 750506-14-2026)
DENGAN
HADI ZAMANI BIN BIDIN …DEFENDAN
(NO. K/P : 720308-14-6165)

Saya ROHAYA BINTI ISMAIL (NO. K/P : 750506-14-2026) yang beralamat di Unit No. 17-36-
3, Majestic Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.
dengan ini melantik NUR AMIRA BINTI ZARUDDIN dari TETUAN SHAHIR AMRI & CO untuk
mewakili saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan
dengannya.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021.

…………………………...
PLAINTIF

Saya NUR AMIRA BINTI ZARUDDIN dengan ini menerima perlantikan yang disebut
terdahulu.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021. Amirah


…………………………...
PEGUAM SYARIE

Di hadapan saya,

…………………………...
HAKIM/PENDAFTAR

WAKALAH ini disediakan oleh TETUAN SHAHIR AMRI & CO Peguam Syarie Plaintif yang beralamat
penyampaiannya di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Utama, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor. Tel : 013-7689345/012-4952063. Email : www.shaamri21@gmail.com
BORANG MS 5
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Subseksyen 34 (2) )

WAKALAH PEGUAM SYARIE

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14100-016-0003 TAHUN 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL …PLAINTIF
(NO. K/P : 750506-14-2026)
DENGAN
HADI ZAMANI BIN BIDIN …DEFENDAN
(NO. K/P : 720308-14-6165)

Saya ROHAYA BINTI ISMAIL (NO. K/P : 750506-14-2026) yang beralamat di Unit No. 17-36-
3, Majestic Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.
dengan ini melantik NURUL FARHANAH BINTI YAHYA dari TETUAN SHAHIR AMRI & CO untuk
mewakili saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan
dengannya.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021.

…………………………...
PLAINTIF

Saya NURUL FARHANAH BINTI YAHYA dengan ini menerima perlantikan yang disebut
terdahulu.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021. NurulFarhanah


…………………………...
PEGUAM SYARIE

Di hadapan saya,

…………………………...
HAKIM/PENDAFTAR

WAKALAH ini disediakan oleh TETUAN SHAHIR AMRI & CO Peguam Syarie Plaintif yang beralamat
penyampaiannya di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Utama, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor. Tel : 013-7689345/012-4952063. Email : www.shaamri21@gmail.com
BORANG MS 5
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Subseksyen 34 (2) )

WAKALAH PEGUAM SYARIE

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14100-016-0003 TAHUN 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL …PLAINTIF
(NO. K/P : 750506-14-2026)
DENGAN
HADI ZAMANI BIN BIDIN …DEFENDAN
(NO. K/P : 720308-14-6165)

Saya ROHAYA BINTI ISMAIL (NO. K/P : 750506-14-2026) yang beralamat di Unit No. 17-36-
3, Majestic Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.
dengan ini melantik FARHANA BINTI AHMAD JAMALUDDIN dari TETUAN SHAHIR AMRI & CO
untuk mewakili saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan
dengannya.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021.

…………………………...
PLAINTIF

Saya FARHANA BINTI AHMAD JAMALUDDIN dengan ini menerima perlantikan yang
disebut terdahulu.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021. Farhana


…………………………...
PEGUAM SYARIE

Di hadapan saya,

…………………………...
HAKIM/PENDAFTAR
BORANG MS 5
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Subseksyen 34 (2) )

WAKALAH PEGUAM SYARIE

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14100-016-0003 TAHUN 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL …PLAINTIF
(NO. K/P : 750506-14-2026)
DENGAN
HADI ZAMANI BIN BIDIN …DEFENDAN
(NO. K/P : 720308-14-6165)

Saya ROHAYA BINTI ISMAIL (NO. K/P : 750506-14-2026) yang beralamat di Unit No. 17-36-
3, Majestic Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.
dengan ini melantik MUHAMAD KHAIRUL AMRI BIN MOHD RAFEE dari TETUAN SHAHIR AMRI
& CO untuk mewakili saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang
berhubungan dengannya.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021.

…………………………...
PLAINTIF

Saya MUHAMAD KHAIRUL AMRI BIN MOHD RAFEE dengan ini menerima perlantikan yang
disebut terdahulu.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021. KhairulAmri


…………………………...
PEGUAM SYARIE

Di hadapan saya,

…………………………...
HAKIM/PENDAFTAR

WAKALAH ini disediakan oleh TETUAN SHAHIR AMRI & CO Peguam Syarie Plaintif yang beralamat
penyampaiannya di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Utama, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor. Tel : 013-7689345/012-4952063. Email : www.shaamri21@gmail.com
BORANG MS 5
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Subseksyen 34 (2) )

WAKALAH PEGUAM SYARIE

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14100-016-0003 TAHUN 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL …PLAINTIF
(NO. K/P : 750506-14-2026)
DENGAN
HADI ZAMANI BIN BIDIN …DEFENDAN
(NO. K/P : 720308-14-6165)

Saya ROHAYA BINTI ISMAIL (NO. K/P : 750506-14-2026) yang beralamat di Unit No. 17-36-
3, Majestic Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.
dengan ini melantik RUFAIDAH BINTI MOHD PARID dari TETUAN SHAHIR AMRI & CO untuk
mewakili saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan
dengannya.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021.

…………………………...
PLAINTIF

Saya RUFAIDAH BINTI MOHD PARID dengan ini menerima perlantikan yang disebut
terdahulu.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021. Rufaidah


…………………………...
PEGUAM SYARIE

Di hadapan saya,

…………………………...
HAKIM/PENDAFTAR

WAKALAH ini disediakan oleh TETUAN SHAHIR AMRI & CO Peguam Syarie Plaintif yang beralamat
penyampaiannya di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Utama, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor. Tel : 013-7689345/012-4952063. Email : www.shaamri21@gmail.com
BORANG MS 5
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Subseksyen 34 (2) )

WAKALAH PEGUAM SYARIE

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14100-016-0003 TAHUN 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL …PLAINTIF
(NO. K/P : 750506-14-2026)
DENGAN
HADI ZAMANI BIN BIDIN …DEFENDAN
(NO. K/P : 720308-14-6165)

Saya ROHAYA BINTI ISMAIL (NO. K/P : 750506-14-2026) yang beralamat di Unit No. 17-36-
3, Majestic Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.
dengan ini melantik SAUDAH BINTI ABDUL HADI dari TETUAN SHAHIR AMRI & CO untuk
mewakili saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan
dengannya.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021.

…………………………...
PLAINTIF

Saya SAUDAH BINTI ABDUL HADI dengan ini menerima perlantikan yang disebut
terdahulu.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021. Saudah


…………………………...
PEGUAM SYARIE

Di hadapan saya,

…………………………...
HAKIM/PENDAFTAR

WAKALAH ini disediakan oleh TETUAN SHAHIR AMRI & CO Peguam Syarie Plaintif yang beralamat
penyampaiannya di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Utama, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor. Tel : 013-7689345/012-4952063. Email : www.shaamri21@gmail.com
BORANG MS 5
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Subseksyen 34 (2) )

WAKALAH PEGUAM SYARIE

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14100-016-0003 TAHUN 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL …PLAINTIF
(NO. K/P : 750506-14-2026)
DENGAN
HADI ZAMANI BIN BIDIN …DEFENDAN
(NO. K/P : 720308-14-6165)

Saya ROHAYA BINTI ISMAIL (NO. K/P : 750506-14-2026) yang beralamat di Unit No. 17-36-
3, Majestic Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.
dengan ini melantik NUR THOYIBAH BINTI OMAR dari TETUAN SHAHIR AMRI & CO untuk
mewakili saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan
dengannya.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021.

…………………………...
PLAINTIF

Saya NUR THOYIBAH BINTI OMAR dengan ini menerima perlantikan yang disebut
terdahulu.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021. NurThoyibah


…………………………...
PEGUAM SYARIE

Di hadapan saya,

…………………………...
HAKIM/PENDAFTAR

WAKALAH ini disediakan oleh TETUAN SHAHIR AMRI & CO Peguam Syarie Plaintif yang beralamat
penyampaiannya di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Utama, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor. Tel : 013-7689345/012-4952063. Email : www.shaamri21@gmail.com
BORANG MS 5
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Subseksyen 34 (2) )

WAKALAH PEGUAM SYARIE

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI MALAYSIA


DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SAMAN NO: 14100-016-0003 TAHUN 2021

ANTARA
ROHAYA BINTI ISMAIL …PLAINTIF
(NO. K/P : 750506-14-2026)
DENGAN
HADI ZAMANI BIN BIDIN …DEFENDAN
(NO. K/P : 720308-14-6165)

Saya ROHAYA BINTI ISMAIL (NO. K/P : 750506-14-2026) yang beralamat di Unit No. 17-36-
3, Majestic Tower, Mont Kiara Palma, Jalan 1/170C, Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur.
dengan ini melantik WAN NURUL HANI BINTI W SIDI dari TETUAN SHAHIR AMRI & CO untuk
mewakili saya dalam kes ini dan untuk hadir dalam prosiding yang berhubungan
dengannya.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021.

…………………………...
PLAINTIF

Saya WAN NURUL HANI BINTI W SIDI dengan ini menerima perlantikan yang disebut
terdahulu.

Bertarikh 17 haribulan 08 , 2021. WanNurulHani


…………………………...
PEGUAM SYARIE

Di hadapan saya,

…………………………...
HAKIM/PENDAFTAR

WAKALAH ini disediakan oleh TETUAN SHAHIR AMRI & CO Peguam Syarie Plaintif yang beralamat
penyampaiannya di B-6-6A, Blok B, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Utama, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor. Tel : 013-7689345/012-4952063. Email : www.shaamri21@gmail.com

You might also like