You are on page 1of 5

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH USIM

DI DALAM NEGERI SEMBILAN


SAMAN NO: FSU/02/2019 TAHUN 2019

ANTARA

MOHD ZAKUAN BIN MANSOR PLAINTIF


(NO. K/P: 880205-05-5631)
DENGAN
NUR QASEH BINTI AZHAR DEFENDAN
(NO. K/P: 920419-05-5788)

PENGHUJAHAN BERTULIS PLAINTIF

Dengan izin Yang Arif,

PENDAHULUAN

1. Hujahan ini difailkan oleh peguam bagi Plaintif, MOHD ZAKUAN BIN MANSOR
(NO. K/P: 880205-05-5631) bagi memenuhi arahan Mahkamah agar
memfailkan hujahan secara bertulis setelah perbicaraan penuh yang lalu pada
16 April 2019. Semoga hujahan ini dapat membantu Mahkamah ini membuat
keputusan sewajarnya.

2. Plaintif dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah ini agar hujahan ini
dapat merujuk kepada kertas-kertas kausa yang telah difailkan ke Mahkamah,
eksibit-eksibit yang telah ditandakan dan juga keterangan saksi-saksi semasa
perbicaraan.

3. Seorang saksi telah hadir memberi keterangan bersumpah di Mahkamah bagi


pihak Plaintif:-
(a) MOHD ZAKUAN BIN MANSOR (NO. K/P: 880205-05-5631)

4. Pihak Defendan juga mengemukakan seorang saksi bagi memberi keterangan


bersumpah di Mahkamh iaitu:-
(a) NUR QASEH BINTI AZHAR (NO. K/P: 920419-05-5788)
Yang Arif,

5. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah untuk mendapatkan balik


pemberian-pemberian pertunangan atau nilainya yang telah diberikan oleh
Plaintif atas alasan bahawa Defendan telah memutuskan petunangan. Plaintif
juga menuntut ganti rugi apa-apa wang yang telah dibelanjakan sebagai
persediaan perkahwinan daripada Defendan untuk kerugian yang terpaksa
dialami oleh beliau akibat putus tunang tersebut.

ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN

6. Plaintif dengan ini menghujahkan isu-isu yang perlu diputuskan oleh


Mahkamah ini iaitu:-
(a) Sama ada Plaintif mempunyai hak di sisi undang-undang untuk
mendapatkan balik pemberian-pemberian pertunangan atau nilainya yang
telah diberikan oleh Plaintif dan berhak menuntut ganti rugi akibat putus
tunang tersebut?
(b) Sama ada Defendan adalah pihak yang telah memutuskan petunangan?;

Yang Arif,

(a) Sama ada Plaintif mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mendapatkan balik
pemberian-pemberian pertunangan atau nilainya yang telah diberikannya kepada
Defendan dan berhak menuntut ganti rugi akibat putus tunang tersebut?

7. Plaintif bagi menjawab persoalan ini dengan rendah diri menghujahkan bahawa
Mahkamah perlu kembali kepada Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003,

“Jika mana-mana orang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum


Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada dengan
sendirinya atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan
berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah,
sedangkan pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak
yang mungkir adalah bertanggungan untuk memulangkan pemberian-
pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang
yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau bagi pihak yang satu lagi
sebagai persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian itu boleh dituntut
melalui tindakan dalam Mahkamah.”

8. Plaintif menghujahkan bahawa dalam kes ini kontrak pertunangan itu tidak
dipertikaikan lagi iaitu pertunangan itu berlaku dalam satu majlis rasmi dan
mengikut adat orang melayu yang diadakan di rumah Defendan pada 14
Februari 2018.

9. Seksyen 4 EUUKINS diperuntukan kecuali sebagaimana diperuntukan dengan


nyata selainnya Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang Islam yang
tinggal dalam Negeri Smbilan dan bagi orang yang bermastautin dalam Negeri
Sembilan tetapi tinggal di luar Negeri Sembilan.

10. Justeru, Plaintif menghujahkan bahawa tindakannya terhadap Defendan untuk


untuk mendapatkan balik pemberian-pemberian pertunangan atau nilainya
yang telah diberikannya kepada Defendan dan menuntut ganti rugi apa-apa
wang yang telah dibelanjakan sebagai persediaan perkahwinan daripada
Defendan untuk kerugian yang terpaksa dialami oleh beliau akibat putus
tunang tersebut adalah selaras dengan hak dan kepentingan yang telah
diberikan dan dijamin di bawah undang-undang.

Yang Arif,

(b) Sama ada Defendan adalah pihak yang telah memutuskan petunangan?

11. Plaintif mendakwa Defendan telah memutuskan pertunangan mereka tanpa


pengetahuan Plaintif dan melangsungkan perkahwinan bersama orang lain
selepas tempoh enam bulan pertunangan. Plaintif menyatakan bahawa beliau
mengetahui perkahwinan Defendan dan suaminya daripada rakan Plaintif,
bukan dari Defendan sendiri. Setelah itu, Plaintif datang menemui Defendan
untuk membuktikan berita tersebut dan Defendan tidak menafikan

12. Tetapi Defendan mendakwa bahawa ibu Plaintif telah datang dan memutuskan
pertunangan mereka semasa Plaintif sedang bertugas di Sarawak, dua bulan
selepas daripada tarikh pertunangan. Walaupun begitu, Defendan tidak dapat
mengemukakan bukti ketika kejadian tersebut berlaku.
13. Plaintif menyatakan bahawa sepanjang tempoh beliau masih lagi menghubungi
Defendan, beliau tidak dimaklumkan oleh Defendan bahawa ibu beliau telah
datang dan memutuskan pertunangan mereka. Plaintif juga tidak dimaklumkan
berkenaan barang hantaran yang diberi kepada Defendan tidak perlu
dipulangkan atas arahan ibu Plaintif sendiri.

14. Dalam keterangan yang diberi oleh Defendan, beliau menggunakan barang
hantaran yang diberi oleh Plaintif untuk perkahwinannya tanpa kepastian dari
Plaintif sendiri. Defendan tidak berusaha untuk menanyakan Plaintif dan hanya
mengharapkan ibu Plaintif untuk memberitahu.

15. Oleh itu, Plaintif dengan rendah diri menyatakan bahawa persoalan yang perlu
diputuskan adalah sama ada benar atau tidak.

KESIMPULAN

Dengan izin Yang Arif,

1. Berdasarkan hujahan di atas adalah jelas bahawa Plaintif mempunyai hak yang
tidak boleh disangkal untuk mendapatkan balik pemberian pertunangan atau nilainya
yang telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan dan menuntut ganti rugi apa-apa
wang yang telah dibelanjakan sebagai persediaan perkahwinan daripada Defendan
untuk kerugian yang terpaksa dialami oleh beliau akibat putus tunang tersebut.
Alasan Defendan menggunakan pemberian hantaran tersebut setelah mendapat
arahan daripada ibu plaintif adalah tidak relevan kerana tidak dapat dibuktikan
sepenuhnya.

2. Justeru, adalah dipohon supaya permohonan untuk mendapatkan balik pemberian


pertunangan ganti rugi perbelanjaan akibat Defendan memutuskan pertunangan
dibenarkan.
Bertarikh pada haribulan , 2019

………………..…………..
Peguam Syarie Plaintif

Penghujahan Bertulis Plaintif ini telah difailkan oleh Tetuan FAZZ & Partners
Peguam Syarie Plaintif yang beralamat di Jalan Utama Impian 1/2, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. (Tel No.: 06-707 0105/ Fax No.: 06-707 0106)

You might also like