You are on page 1of 1

UJIAN 1 LAW 683

November 2016

Jawab 2 ( Dua) daripada soalan-soalan berikut


1. Wujudnya konsep hijab dalam hukum perwarisan Islam adalah kerana adanya
keutamaan diberi kepada waris-waris yang paling dekat hubungan darahnya
dengan si mati .
Berasaskan pernyataan di atas, beri penjelasan mengenai konsep hijab dan
siapakah antara ahli keluarga si mati yang akan dihijab secara hirman dan
nuqsan dan mengapa mereka di hijab; nyatakan perbedaan antara hijab dan
larangan (mamnu)dalam perwarisan.
( 10 markah)
2. Jelaskan maksud pusaka (al-tarikah) dalam Islam dan nyatakan sebab-sebab
dan syarat sesuatu harta pusaka itu boleh diwarisi serta perkara-perkara yang
perlu diselesaikan dengan menggunakan harta pusaka si mati sebelum
pembahagiannya boleh dilakukan dan mengapa pembayaran hutang si mati
lebih diutamakan daripada pelaksanaan wasiat.
( 10 markah)
3. Huraikan konsep fardhu dan asabah dalam hukum perwarisan harta pusaka
Islam dan senaraikan ahli waris fardhu dari kalangan lelaki dan siapakah
antara waris-waris yang boleh bertukar status daripada mewarisi pusaka
secara fardhu kepada asabah .
(10 markah)
4. Selesaikan pembahagian harta pusaka berikut mengikut kehendak hukum
faraidh.:
a. Seorang lelaki mati meninggalkan dua orang isteri , lima orang anak
perempuan dan dua orang abang seibu, seorang abang seibu sebapa
dan ibu Harta pusaka tinggalan si mati ialah sebuah rumah bernilai
RM 200.000.dan harta alih yang juga bernilai RM 200,000.
(5 markah)
b. Seorang lelaki bujang mati meninggalkan ibu, bapa, nenek dan adikadik yang terdiri dar 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Harta
pusaka tinggalanya ialah sebua kereta bernilai RM 30,000, wang tunai
sebanyak RM10,000, pakaian dan koputer riba bernilai RM 5,000.
( 5 markah)

You might also like