You are on page 1of 11

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH

DALAM NEGERI PERAK, MALAYSIA

GUAMAN SIVIL NO:___________________________ 2015

ANTARA

1.”Nama”
“Alamat”
PLAINTIF-PLAINTIF

DAN

1. “Nama”
“Alamat” DEFENDAN

WRIT SAMAN
Kepada:-
1.

“Nama Defendan”
“Alamat Defendan”

Kami perintahkan kamu bahawa dalam empat belas(14)hari selepas

penyampaian writ ini kepada kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu

hendaklah menyebabkan suatu kehadiran dimasukkan untuk diri kamu dalam suatu

kausa atas guaman Plaintif dan ambil perhatian bahawa dalam keingkaran kamu

berbuat demikian, Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan penghakiman dan

pelaksanaan.

DISAKSIKAN oleh :

Pendaftar Mahkamah Sesyen Ipoh

Pada haribulan 2015.


1
...................................... ............................................
Peguamcara Plaintif-Plaintif Pendaftar,
(E/S/2139/14/S) Mahkamah Sesyen
Ipoh

Memorandum yang hendak diturunkan pada Writ

Writ ini tidak boleh disampaikan lebih daripada enam(6) bulan kalendar selepas tarikh
di atas melainkan jika diperbaharuhi melalui perintah Mahkamah.
Defendan (atau defendan-defendan) boleh hadir bersama dengan mencatatkan
kehadiran sama ada sendiri atau melalui peguamcara di Pejabat Pendaftaran
Mahkamah .
Seseorang defendan yang hadir sendiri boleh, jika dikehendakinya, memasukkan
kehadirannya melalui pos, dan borang-borang yang tertentu bolehlah didapati dengan
menghantar Kiriman Pos berharga RM 8.00 berserta sampul surat beralamat sendiri
kepada Pendaftar, Mahkamah Sesyen di Ipoh.

Pengendorsan hendaklah dbuat pada writ sebelum pengeluaran


Pengendorsan tuntutan

Tuntutan Plaintif adalah untuk………………..(sekiranya tuntutan Plaintif adalah hanya


untuk suatu hutang ataupun tuntutan jumlah yang tertentu sahaja, pengindorsan yang
berikut mestilah ditambah di kaki tuntutan itu).

Dan RM…………..(atau sekian banyak wang sebagaimana yang dibenarkan setelah


ditetapkan) untuk kos, dan juga, jika Plainitf memperolehi perintah untuk
penyampaian ganti, jumlah wang selanjutnya sebanyak RM………(atau sekian
banyak wang sebagaimana yang dibenarkan setelah ditetapkan). Sekiranya amaun
yang dituntut dan kos dibayar kepada Plaintif atau Peguamcaranya dalam tempoh 8
hari selepas penyampaian writ ini (termasuklah hari penyampaian), prosiding
seterusnya akan ditangguhkan, tetapi sekiranya ternyata daripada pengindorsan pada
writ ini bahawa Plaintif bermastautin di luar wilayah terjadual, sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, atau bertindak mengikut
perintah atau bagi pihak seorang yang bermastautin sedemikian, prosiding akan
hanya ditangguhkan sekiranya amaun yang dituntut dan kos dibayar ka dalam

2
Mahkamah dalam masa yang tersebut itu dan notis pembayaran tersebut diberikan
kepada plaintif atau peguamnya.

(Sekiranya Plaintif membawa guaman atau Defendan dibawa guaman atas wakil, hal
ini mestilah dinyatakan dalam pengindorsan tuntutan itu).

PENGINDORSAN TENTANG PEGUAMCARA DAN ALAMAT


Writ Saman ini dikeluarkan oleh Tetuan Ellan & Co, Peguambela dan Peguamcara
bagi pihak Plaintif yang beralamat ialah di No.210, 2 nd Floor, Tokio Marine Life
Building, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak (Ruj Kami: E/S/2139/14/S).

PENGINDORSAN TENTANG PENYAMPAIAN


Writ ini telah disampaikan oleh……………………dengan cara penyampaian
kediri(atau sebagaimana yang berkenaan)(nyatakan cara penyampaian atau
mengikut terma-terma suatu perintah untuk penyampaian ganti) kepada
defendan(yang saya kenali)(atau yang telah ditunjukkan kepada saya
oleh……………………)(atau yang telah mengaku kepada saya pada bahawa dia
ialah………………………..)di………………pada…… haribulan………………2015.

Diendorskan pada haribulan 2015.

……………………………
Penghantar Saman

3
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH

DALAM NEGERI PERAK, MALAYSIA

GUAMAN SIVIL NO:___________________________ 2015

ANTARA

1. PLAINTIF-PLAINTIF

DAN
1. DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN
1. Plaintif Pertama adalah seorang individu dan pada masa material mempunyai

alamat di “Alamat Plaintif”

2. Plaintif Kedua adalah isteri kepada Plaintif Pertama adalah seorang individu

dan pada masa material mempunyai alamat di “Alamat Plaintif”.

3. Defendan adalah seorang individu yang mempunyai alamat penyampaian di

“alamat Defendan”.

4. Defendan telah secara sengaja dan niat buruk membuat tohmahan-tohmahan

palsu, hasutan dan innuendo palsu terhadap Plaintif-Plaintif dalam bentuk lisan

dan bertulis.

5. Defendan juga telah dengan sengaja mereka-reka cerita tentang kelakuan

buruk Plaintif-Plaintif untuk menjatuhkan maruah Plaintif-Plaintif serta

keluarganya.

6. Defendan dan agen Defendan secara niat buruk telah memuat naik

tohmahan-tohmahan palsu, hasutan dan innuendo terhadap Plaintif-Plaintif di

4
laman social “Facebook” dan telah dipaparkan pada 9 Februari 2014, 19 Mac

2014, 22 Mac 2014, 27 Mac 2014 dan 30 Mac 2014 serta membuat tohmahan-

tohmahan palsu, hasutan dan innuendo palsu di kawasan Kampong Manjoi

serta kawasan Ipoh sekitarnya.

7. Defendan juga dengan sengaja memburuk-burukkan dan mencemarkan nama

baik Plaintif-Plaintif dengan mengutuk tingkah laku Plaintif-Plaintif sehingga

Plaintif-Plaintif menanggung kerugian yang besar.

8. Antara tohmahan-tohmahan palsu, hasutan dan innuendo palsu yang di muat

naik di laman “Facebook” oleh Defendan adalah seperti berikut:-


a) Pada 9 Februari 2014
“Air di cincang x kan putus.perumpamaan ini x boleh di pakai dh. x

payah nk cincang air cincang org tu habis cite. tutup buku”

b) Pada 19 Mac 2014


“x pernah aku jumpa manusia skejam ini. nk kata binatang manusia.

Hati penuh dgn dengki sampai sanggup ratah daging abg ipar sendiri.”

c) Pada 22 Mac 2014


“Mekanik btahu gear box rosak sebab bawa barang berat. yele dulu yg

bawa lori besar mcm anak gajah. Dh le ais cube berat.yg bawanya pun

berat. Mana le x rosak. Nk kata aku berat rasa nya x”

d) Pada 27 Mac 2014


“Kenapa le suami aku baik sangat.dh tahu adik ipar dia tipu dia, dia

boleh tolong bayar hutang ais kt coomils. banyaktu dlm 2 ribu beb.

orglain yg bhutang suami aku yg kene tanggung.dh le selama 2thn ni

rembad duit. pas tu bhutang pulak kt coomils.kenapa le manusia ni

boleh wujud dlm keluarga dan hidup aku. betul2 myusah hidup org lain.”

“klu dh rasa tamak sangat nk makan harta pusaka kamu ambil lah.itu

harta bapak hang.aku x heran.harta mak bapak aku lg banyak beb.7


5
keturunan x habis makan.slama ni pun klu aku susah, mak bapak aku

yg tolong. Korang bg susah lg adalah.”

“X de rasa perikemanusiaan. Semua org dh tahu perangai kamu. sikap

buruk kamu semakin hari semakin tserlah dan nampak. kamu rasa mcm

mana aku rasa.aku akan ingat apa yg kamu dan laki kamu buat pd aku

sampai mati.”

“Skrg 1 manjoi dh tahu perangai kamu.x payah kamu nk tunjuk baik beb.

aku akan tunggu kamu dtg melutut minta maaf pd aku dan suami aku.

Kamu yg buat hidup aku susah. nama suami aku busuk, lori ais rosak,

kene saman, makan duit haram, menipu sana sini. Nk ketegeri kamu ni

manusia jenis apa ye?”

“Kekayaan yg kamu miliki adalah kekayaan org lain.yg sanggup

meratah daging abg kamu sendiri.x payah lah nk madah dgn kata

menyindir aku.klu nk ckap add je aku.sikit lg allah akan tarik rexeki

kamu seperti mana kamu dan laki kamu buat pd keluarga aku.aku

sentiasa mdoakan nya. Amin”


e) Pada 30 Mac 2014
“Harap kan muka cantik badan pun kemain solit nya tp hati busuk mulut

celupar kurang ajar belagak pandai buat apa.sblum mngata org cermin

diri dulu.klu awak tu sempurna x pe. t.kasih pd m.anjang, ina yang

banyak bg aku kkuatan semangat supaya aku kuat melawan musuh yg

ingin mjahamkan syarikat ais cube suami aku. terima kasih allah.”

“Apalah guna lebai dikepala, apakah guna solat 5 waktu klu kita sendiri

mduakan tuhan Berkat ke rezeki kita??Apa hukumnya mduakan

tuhan?? Tuhan laknat org yg syirik..carilah rezeki yg halal jgn amik hak

6
org yg bkn kepunyaan kita.Idop xkn berkat, rezeki xkn masok, allah xkn

bkk pintu syurga tuk org2 yg meanaya org”

9. Sahabat handai, ahli keluarga serta masyarakat di sekitar Kampung Manjoi

umum mengetahui Plaintif Pertama adalah adik Ipar kepada suami Defendan

dan mempunyai badan yang besar serta bekerja memandu lori ais seperti

dipaparkan dalam laman facebook yang dimikili oleh abang iparnya.

10. Pada 22 Mac 2014 Kata-kata fitnah beserta gambar lori ais jenama HICOM

berwarna merah yang dipandu oleh Plaintif Pertama iaitu no pendaftaran: ........

dipaparkan dalam laman facebook.

11. Sahabat handai, ahli keluarga serta masyarakat di sekitar Kampung Manjoi

umum mengetahui Plaintif Kedua adalah isteri kepada Plaintif Pertama dan

merupakan adik kepada Suami Defendan dan kata-kata yang dipaparkan

dalam laman facebook tersebut adalah merujuk kepadanya.

12. Plaintif-Plaintif menyatakan tohmahan-tohmahan palsu, hasutan dan innuendo

palsu secara lisan dan bertulis tersebut adalah berunsur fitnah dan merujuk

dan difahami merujuk kepada Plaintif-Plaintif dan ia telah tersiar dan telah

dibaca oleh orang ramai.

13. Laman social “Facebook”boleh diakses oleh pemilik akaun Facebook itu

sendiri serta semua orang.“Facebook”juga adalah satu media sosial yang

bertindak sebagai bahan penyiaran yang berkesan.

14. Plaintif-Plaintif adalah orang yang berperwatakan baik serta berakhlak mulia

dan tidak pernah berkelakuan tidak bermoral dan tidak berakhlak.


15. Pernyataan tohmahan-tohmahan palsu, hasutan dan innuendo palsu secara

lisan dan bertulis tersebut bila dilihat secara keseluruhannya difahami oleh

7
mereka-mereka yang telah mendengarnya dan membacanya membawa erti

dan merujuk kepada Plaintif-Plaintif sebagai :-


a) Seorang penipu;
b) Seorang pencuri;
c) Seorang yang bermoral rendah;
d) Seorang yang mempunyai akhlak yang buruk;
e) Seorang yang busuk hati;
f) Seorang yang suka melakukan perkara-perkara syirik;
g) Seorang yang perlu dijauhi.

16. Selanjutnya tohmahan-tohmahan tersebut adalah secara langsung dan/atau


tidak langsung adalah berunsur fitnah (defamatory statement) kerana ianya
adalah palsu dan dibuat dengan niat jahat.

17. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa tohmahan-tohmahan fitnah, hasutan dan


innuendo palsu secara lisan dan bertulis tersebut telah mengakibatkan
sahabat-handai, dan masyarakat keseluruhannya menjauhkan/mengelakkan
diri darinya dan Plaintif-Plaintif dipandang jijik serta menjerumuskan Plaintif-
Plaintif dalam satu skandal.

18. Plaintif-Plaintif selanjutnya menegaskan bahawa akibat dari tohmahan-

tohmahan palsu, hasutan dan innuendo palsu secara lisan dan bertulis

tersebut telah mengakibatkan maruah dan reputasi Plaintif-Plaintif terjejas dan

Plaintif-Plaintif telah mengalami tekanan perasaan yang teruk. Plaintif-Plaintif

juga telah mengalami kesusahan dan kerugian apabila tiada sesiapa yang

ingin mengambil dia bekerja selepas daripada tohmahan-tohmahan ini

disebarkan.

19. Plaintif Pertama telah menerusi peguamcaranya menghantar suatu surat


tuntutan bertarikh .............. kepada Defendan menuntut maaf dan gantirugi
tetapi sehingga kini Defendan gagal untuk berbuat demikian.

8
20. Oleh sebab itu, Plaintif-Plaintif telah mengalami kerugian, penghinaan, tekanan
jiwa dan menuntut daripada Defendan:-
i. Gantirugi Khas;
ii. Gantirugi Am sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu

(RM500,000.00)
iii. Gantirugi Teladan;
iv. Gantirugi Teruk;
v. Faedah;
vi. Kos;
vii. Lain-lain relif yang dianggap sebagai suai manfaat oleh Mahkamah

yang mulia ini.

Bertarikh 29 haribulan Mei, 2015.

…….……………………………

Peguam bagi pihak Plaintif-

Plaintif

PERNYATAAN TUNTUTAN ini difailkan oleh Tetuan Ellan & Co, Peguambela dan
Peguamcara, bagi pihak Plaintif yang beralamat di No.210, 2 nd Floor, Tokio Marine Life
Building, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak (Ruj Kami: E/S/2139/14/S).
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH

DALAM NEGERIPERAK, MALAYSIA

GUAMAN SIVIL NO:___________________________ 2015

ANTARA

1. PLAINTIF-PLAINTIF

DAN
1. DEFENDAN

MEMORANDUM KEHADIRAN

Kepada Pendaftar,

9
Masukkan kehadiran untuk ………………………………………………………dalam
tindakan ini.

Bertarikh pada haribulan 2015

…………………………..
Peguam bagi Defendan

Tempat perniagaan…………………………………..ialah…………………………….
………………………………………………………………………………………………

Alamat untuk penyampaian kepadanya ialah…………………………………………

……………………………… ………..
(atau defendan/defendan-defendan)

Alamat defendan/defendan-defendan ialah…………………………………………..


……………………………………………………………………………………………..
Alamat untuk penyampaian kepadanya ialah …………………………………………
………………………………………………………………………………………………

Defendan/Defendan-Defendan tersebut (menghendaki atau tidak menghendaki) suatu


pernyataan tuntutan difailkan diserahkan.

ARAHAN-ARAHAN
Kepada Defendan:-

1. Potong mana-mana perenggan yang tidak berkenaan.

2. Jika kami mengakui tuntutan itu dan menghendaki masa untuk membayar atau
membayar secara ansuran bekalkan butir-butir yang dikehendaki dalam
perenggan 1.

3. Nyatakan alamat dimana notis-notis dan dokumen-dokumen lain boleh


disampaikan kepada kamu.

4. Lengkapkan dan ditandatangani notis dalam dua salinan. Sertakan preacipe


berharga RM8.00 dan poskan atau hantarserahkannya kepada Pendaftar,
Mahkamah Sesyen di Ipoh. Salinan yang satu lagi hendaklah diposkan atau
dihantarserahkan kepada Plaintif yang alamatnya untuk penyampain adalah
10
seperti pada saman itu. Notis-notis itu hendaklah sampai kepada Pendaftar dan
Plaintif tidak lewat daripada 7 hari selepas penyampaian saman ini, termasuklah
hari penyampaian.

5. Kelengahan membayar atau mengembalikan notis boleh menambahkan kos.

6. Kiriman kepada Mahkamah melalui pos mestilah melalui KIRIMAN POS ATAU
KIRIMAN WANG SAHAJA, yang kena dibayar kepada Pendaftar dan dipalang “&
CO”, BAYARAN POS MESTILAH DIBAYAR DAHULU.

7. Melainkan jika kamu bayar atau buat pengakuan dan cadangan pembayaran itu
disetujuterima, kamu mestilah hadir di Mahkamah pada hari kembalian bagi
saman.

Kepada Plaintif

8. Jika kamu memilih untuk menyetujuterima amaun yang diakui oleh Defendan dan
cadangan tentang pembayaran itu, maka kamu mestilah dalam masa 2 hari
selepas penerimaan notis ini, menghantarkan notis kepada Pendaftar dan kepada
Defendan dalam Borang 36 dan kamu kemudiannya tidaklah perlu hadir di
pendengaran dan penghakiman akan dicatatkan mengikut pengakuan dan
cadangan Defendan.

9. Jika kamu tidak memilih untuk menyetujuterima amaun yang diakui oleh Defendan
atau cadangan tentang pembayaran itu, maka kamu mestilah, dalam masa 2 hari
selepas penerimaan notis ini, menghantarkan notis kepada Pendaftar dan kepada
Defendan dalam Borang 36 dan hadir di Mahkamah pada hari pendengaran.

11

You might also like