You are on page 1of 7

ISU PERTAMA: SAMA ADA DEFENDAN CUAI TERHADAP PLAINTIF

BERDASARKAN BUTIR-BUTIR SEPERTI YANG DIPLIDKAN DALAM


PERENGGAN 5 PERNYATAAN TUNTUTAN PLAINTIF

BEBAN PEMBUKTIAN
Puan Hakim,
1. Prinsip undang-undang matan bahawa dalam kes-kes kemalangan, beban untuk
membuktikan kecuaian pada imbangan kebarangkalian adalah pada pihak
Plaintif dan bukannya pada Pihak Defendan untuk membuktikan
ketidakcuaiannya. Prinsip tersebut dengan jelas dibincangkan di dalam kes Ng
Chui Sia v Maimon Bte Ali (1983) 1 MLJ 110.
(Pohon rujuk Tag “A” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat 1 ).
2. Dengan ini, pihak Defendan berhujah bahawa beban pembuktian adalah pada
Plaintif untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian seperti yang
diperuntukan dalam Seksyen 101 Akta Keterangan 1950.
(Pohon rujuk Tag “B” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat 4
dan 5).
3. Pihak Defendan juga merujuk Makamah Yang Mulia ini pada kes Wong Thin
Yit v Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175, YA Ong telah menyatakan bahawa
dalam tindakan kecuaian, beban pembuktian terletak sepenuhnya ke atas
Plaintif.
(Pohon rujuk Kes “C” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat 6)
4. Berdasarkan kes, Jafri Elias v. Khor Tang Seah [1992] 2 CLJ Rep 601, RK
Nathan J, berpendapat bahawa adalah tidak wajar bagi Hakim meletakkan
semua liabiliti di atas Defendan dimana Plaintif belum discaj beban
pembuktiannya di atas imbangan kebarangkalian bahawa kemalangan adalah
disebabkan oleh kecuaian Defendan secara sepenuhnya mahupun separa.
(Pohon rujuk Tag “D” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat
15).
5. Amat jelas bahawa beban untuk membuktikan telah berlakunya perlanggaran
yang disebabkan oleh tindakan terletak sepenuhnya di bahu pihak Plaintif di
atas imbangan kebarangkali sebelum beban tersebut berpindah ke atas pihak
Defendan untuk mengemukakan bukti bagi menafikannya.

1
6. Versi pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan kes dalam imbangan
kebarangkalian dan ini disokong oleh segala keterangan, rajah kasar dan kunci
dan bukti-bukti lain di tempat kejadian.
7. Defendan di dalam laporan polisnya telah menyatakan bahawa semasa beliau
sedang memandu motokar beliau, terdapat satu lubang di tengah jalan yang
terpaksa dielak namun terdapat satu motosikal dari arah bertentangan yang
ditunggang laju berdekatan dengan “double line”. (Lampiran B, muka surat
134)
8. Lakaran keluasan jalan raya di Rajah Kasar dan Kunci iaitu seluas 3-meter dan
kaki lima sebelah kiri adalah 2.5meter mempunyai keluasan yang sangat
mencukupi. Justeru beliau tidak seharusnya menunggang motosikalnya
berdekatan dengan “double line”. (Lampiran B, muka surat 113)
9. Justeru, pihak Defendan merujuk kepada Seksyen 23 Kanun Lebuhraya yang
menyatakan seorang pemandu yang baik menyesuaikan kelajuan kenderaannya
mengikut keadaan jalan raya.
(Pohon rujuk Tag “E” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat 17).
10. Berdasarkan otoriti yang dirujuk di atas, pihak Defendan berhujah bahawa
adalah amat jelas sekali faktor kelajuan merupakan suatu faktor yang relevan
dan wajib diambil kira di dalam menentukan isu liabiliti.
11. Plaintif juga menyatakan bahawa beliau adalah dalam perjalanan hendak ke
tempat kerja pada pukul 7.30 pagi dan keadaan jalan raya pada pagi tersebut
licin dan basah disebabkan hujan lebat di awal pagi. Oleh yang demikian, pihak
Defendan berhujah bahawa Plaintif menunggang motosikalnya dengan laju dan
tidak berhemat dan sebenarnya berada dalam keadaan tergesa-gesa lalu gagal
mengawal motosikalnya.
12. Merujuk kepada kes di atas, pihak Defendan berhujah bahawa Defendan tidak
seharusnya dipersalahkan di dalam kes ini. Perlanggaran tersebut adalah secara
sepenuhnya disebabkan oleh Plaintif sendiri yang telah menunggang secara laju,
berbahaya dan gagal untuk memberikan perhatian yang sepenuhnya seterusnya
mewujudkan suatu situasi yang berbahaya terhadap pengguna jalanraya yang
lain terutamanya Defendan.

ISU KEDUA: SAMA ADA TERDAPAT KECUAIAN SERTAAN OLEH


PLAINTIF
2
13. Pihak Plaintif berhujah bahawa tiada bukti untuk membuktikan bahawa Plaintif
cuai dalam kemalangan ini, dan menegaskan bahawa kemalangan ini
disebabkan semata-mata oleh kecuaian Defendan. Pihak Defendan menegaskan
bahawa kemalangan tersebut telah disebabkan pada keseluruhannya dan/atau
sebahagian adalah kecuaian Plaintif.
14. Dalam kes Diniyarif bin Fairus ‘Shaba v Jaafar bin Abu & Ors [2021]
MLJU 2190 telah merujuk kepada kes, Jones v. Livox Quarries Ltd [1952] 2
QB 608 at 615 untuk maksud kecuaian sertaan.
(Pohon rujuk Tag “F” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat
58).
15. Merujuk kepada kes diatas, pihak Defendan menegaskan bahawa Plaintif juga
telah cuai dan abai serta gagal melaksanakan tanggungjawab untuk berhati-hati
apabila Plaintif menunggang motosikalnya dengan laju meskipun jalan raya
pada masa tersebut licin.
16. Defendan telah melakukan sesuatu di luar jangkaan dan terpaksa mengelak
lubang yang besar di jalanraya tersebut namun ekoran cuaca hujan yang sangat
lebat, jarak penglihatan Defendan adalah terhad untuk menduga apa yang
berada di sekitar kawasan tersebut. Ianya bukan perbuatan yang dibuat dengan
sengaja tetapi sesuatu yang perlu dilakukan dalam masa yang singkat. Defendan
telah memandu motokar tersebut dengan penuh berhati-hati dan berhemat
semasa ingin mengelak lubang besar tersebut, namun keadaan Plaintif yang
sedang menunggang motosikalnya dengan laju serta berada terlalu dekat dengan
garisan berkembar tersebut telah menyebabkan berlakunya perlanggaran antara
Plaintif dan Defendan.
17. Atas faktor tersebut, pihak Defendan menyatakan bahawa Defendan tidak
sempat untuk mengelak daripada berlanggar dengan Plaintif meskipun
Defendan menyedari motosikal Plaintif yang berada di laluan bertentangan
dengan Defendan pada saat-saat terakhir.
18. Dalam kes Samar binti Mansor v Mustafa Kamarul Arrifin [1974] 2 MLJ
71, Mahkamah memutuskan bahawa kewajaran sesuatu kelajuan bergantung
kepada keadaan.
(Pohon rujuk Tag “G” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat
90).

3
19. Jika Plaintif menunggang motosikalnya dengan berhati-hati dan lebih perlahan,
Plaintif seharusnya dapat mengelakkan atau brek. Di gambar tempat kejadian
tiada bukti skid mark yang menunjukkan Plaintif cuba untuk mengawal dan/atau
membrek motosikalnya.
20. Dengan ini, Pihak Defendan menegaskan bahawa, kecuali keterangan Plaintif
sendiri bahawa dia menunggang motosikalnya pada kelajuan 60km/j semasa
perlanggaran itu berlaku, tiada bukti lain yang menunjukkan bahawa Plaintif
memandu dengan kelajuan 60km/j atau tidak melebihi had laju yang ditetapkan
bagi jalan raya berkenaan. Oleh itu, pihak Defendan menafikan sekeras-
kerasnya wujudnya kecuaian di pihak Defendan sahaja semasa memandu,
mengendali, mengurus dan/atau mengawal Motokar di jalanraya tersebut.
Plaintif juga telah menyumbang kepada kemalangan itu dan bertanggungjawab
atas kecuaian sumbangan.

ISU KETIGA: SAMA ADA PLAINTIF BERHAK KEPADA GANTIRUGI DAN


RELIF-RELIF SEPERTI YANG DIPLIDKAN DALAM PERENGGAN 11-12
PERNYATAAN TUNTUTAN TERSEBUT

GANTIRUGI KHAS
Puan Hakim,
21. Bagi pihak Plaintif untuk menuntut gantirugi khas, pihak Plaintif harus
membuktikan kes mereka seperti yang dikehendaki dalam kes Ong Ah Long v
Dr. S. Underwood [1983] 2 MLJ 324.
(Pohon rujuk Tag “H” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat 95).
22. Bagi kos nutrisi makanan khas dan tambahan dan vitamin (Lampiran B,
mukasurat 160 dan 161), pihak Defendan tidak bersetuju kerana tiada
diperuntukkan dalam mana-mana laporan perubatan atau surat perubatan
Plaintif bahawa nutrisi makanan khas dan tambahan dan vitamin adalah perlu
atau wajib. Tiada preskripsi oleh mana-mana doktor dalam dokumen Plaintif
dan tiada bukti perubatan bahawa makanan khas ini perlu atau akan lebih
bermanfaat kepada Plaintif.
23. Merujuk kepada Sheela Christina Nair v Regency Specialist Hospital Sdn
Bhd & Ors [2016] MLJU 1899, Mahkamah telah menyatakan bahawa plaintif
dalam kes tersebut tidak mempunyai keterangan perubatan bahawa ubat-ubat
4
tersebut adalah perlu atau keterangan lain bahawa ubat-ubat ini akan lebih
memanfaatkan plaintif.
(Pohon rujuk Tag “I” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat 113).
24. Kami menolak tuntutan Plaintif bagi ganti rugi kos nutrisi makanan khas dan
tambahan dan vitamin yang berjumlah RM281.60.

GANTIRUGI AM
Puan Hakim,
25. Kami tidak bersetuju dengan tuntutan daripada pihak Plaintif bagi tuntutan ganti
rugi amputasi kaki kanan yang berjumlah RM 90,000 atas alasan kecuaian
sertaan oleh Plaintif

ISU KEEMPAT: SAMA ADA DEFENDAN BERHAK KEPADA GANTIRUGI


DAN RELIF-RELIF SEPERTI YANG DIPLIDKAN DALAM PERENGGAN 7-
8 PERNYATAAN PEMBELAAN DAN TUNTUTAN BALAS BERTARIKH
21.06.2022

GANTIRUGI KHAS
Puan Hakim,
26. Seperti yang telah diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan dan Tuntutan Balas
pihak Defendan, kami juga menuntut gantirugi khas berjumlah RM 5,225.

GANTIRUGI AM
Puan Hakim,
27. Merujuk kepada kes, Yang Salbiah & Anor vs. Jamil Harun [1981] 1 MLJ
292,
“Tujuan ganti rugi adalah untuk mencuba sedaya mungkin, setakat yang
mampu, untuk meletakkan mangsa kembali ke kedudukan yang sepatutnya
sebelum kemalangan berlaku.”
(Pohon rujuk Tag “J” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat 122).
28. Dalam Lim Poh Choo v Camden and Islington Area Health Authority
[1979] 2 All ER 910, Lord Scarmen berkata demikian: Prinsip undang-undang
adalah bahawa pampasan amat penting bagi meletakkan pihak yang telah

5
menderita dalam kedudukan yang sama seperti yang dia akan berada jika dia
tidak melakukan kesalahan tersebut.
(Pohon rujuk Tag “K” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat
132).
29. Bagi pihak Defendan, kami menuntut ganti rugi am sebanyak RM 4,000 bagi
kecederaan fractured metacarpal pada tangan kiri, dan sebanyak RM 21,500
bagi kecederaan fractured radius and ulna pada tangan kanan, dan sebanyak RM
1,200 bagi lebam kecil pada tangan kiri dan kanan.
30. Merujuk kepada Loo Woei Siong v Ang Whan Loong & Anor [2012] MLJU
718, adalah gantirugi sebanyak RM 4,000.00 telah diawad oleh Mahkamah
memandangkan kecederaan-kecederaan bagi ‘fracture to fifth metacarpal bone
on left hand’ telah pulih.
(Pohon rujuk Tag “L” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat 147).
31. Merujuk kepada R Veerasingam a/l Ramasamy lwn Zamzuri bin Jais dan
satu lagi [2022] MLJU 1025, dalam kes ini Mahkamah berpendapat bahawa
award global adalah bersesuaian kerana kecederaan adalah pada bahagian badan
yang sama. Awad RM 21,500 telah diberikan kepada Plaintif.
(Pohon rujuk Tag “M” Ikatan Otoriti Pihak Defendan di muka surat
158).
32. Mengikut prinsip kes diatas, jumlah gantirugi am yang kami pohon daripada
Mahkamah yang Mulia ini adalah RM26,700.

KESIMPULAN
Pihak Defendan berhak kepada semua ganti rugi yang berjumlah RM 31,925.00 yang
telah diplidkan berdasarkan hujahan dan otoriti-otoriti yang telah dihujah.

Bertarikh pada 1hb Ogos 2022

FaizPartners
.....................................................
Peguamcara bagi Defendan

6
HUJAHAN BERTULIS PIHAK DEFENDAN ini difailkan oleh Tetuan Faiz and
Partners, Peguambela dan Peguamcara bagi Pihak Defendan yang beralamat di A-3A-
12, Block A, Palm Garden Apartment, Persiaran Bukit Raja, Bandar Baru Klang, 41150
Klang, Selangor. (No.Tel;05-241 1111; No. Faks; 05-241 2222)

(Ruj Kami; FP/LIT/2006/2022)

You might also like