You are on page 1of 5

Undang-Undang Acara Sivil Dan Jenayah.

ASL 2192.
Siti Aisyah Sabrina Binti Mohd Saad.
PID18265.

Cari satu kes sivil dan keluarkan 5 perkara penting sebelum memulakan sesuatu kes.

 Nama Kes.
FAUZI ABDULLAH lwn. MAHZUZ MOHAMAD & YANG LAIN
MAHKAMAH MAJISTRET, PASIR MAS
MOHD IZUDDIN MOHD SHUKRI MAG
[GUAMAN SIVIL N0: DJ-A73KJ-217-10/2017]
20 APRIL 2018

 Pengenalan.

Kes ini adalah kes ganti rugi terhadap satu kemalangan yang telah berlaku. Kemalangan
ini adalah melibatkan plaintif yang menunggang motorsikal no. pendaftaran WLA 6264
dengan sebuah motorsikal no. pendaftaran DCA 6901 yang di tunggang oleh defendan
pertama. Defendan kedua pula adalah pemilik berdaftar motorsikal yang di tunggang oleh
defendan pertama. Kemalangan ini telah berlaku pada 14.11.2016 jam lebih kurang 4.15
petang di kawasan berhampiran simpang 4 pangkal Kala, Pasir Mas.

1) Kausa Tindakan.

 Kausa tinadakan dalam kes ini adalah apabila terjadinya kecuaian dan kerosakan
serta kecederaan yang di alami oleh plaintif dan defendan.

 Kecuaian plaintif terbukti berdasarkan daripada dakwaan defendan iaitu, apabila


sampai di tempat kejadian tiba-tiba motorsikal yang di tunggang oleh plaintif yang
berada di hadapan beliau tanpa memberikan sebarang isyarat telah membelok ke
kanan jalan dan melintangi laluan beliau. Oleh kerana dalam jarak yang terlalu
dekat defendan tidak sempat untuk mengelak dan telah terlanggar motorsikal
plaintif.
 Maka kausa tindakan terhadap plaintif adalah dia cuai kerana tidak memberi
sebarang isyarat ketika membelok dan palintif juga tidak menunjukkan sebarang
tanda-tanda untuk membelok kerana dia tidak mendekati tepi jalan yang
kebiasaannya akan dilakukan oleh seseorang apabila dia menghampiri tepi jalan
untuk membelok lalu dengan tindakan plaintif itu menyebabkan defendan tidak
sempat untuk mengelaknya. Menurut plaintif kerosakan motorsikal beliau adalah
fork hadapan bengkok, rim hadapan bengkok, mudguard hadapan pecah, raga
kemek dan cermin sisi hadapan pecah. Menurut plaintif lagi akibat daripada
kemalangan tersebut beliau telah mengalami kecederaan patah jari kaki ke lima
sebelah kanan dan luka-luka di seluruh tubuh.

 Manakala kecuaian defendan pula terbukti berdasarkan dakwaan plaintif iaitu,


semasa kejadian plaintif sedang menghala ke Kg. Pangkal Kala plaintif telah
memberi isyarat untuk ke kanan dan masuk ke tengah jalan untuk membelok ke
simpang sebelah kanan. Dengan secara tiba-tiba motorsikal yang di tunggang oleh
defendan dari arah belakang telah melanggar motorsikal beliau. Keadaan
kemalangan ini adalah kedudukan defendan ialah di belakang plaintif dan manakala
plaintif di depan defendan.

 Maka secara wajar dan logiknya defendan semestinya dapat melihat kesemua
pergerakan yang dilakukan oleh plaintif akan tetapi dia cuai kerana tidak
memberikan perhatian yang penuh serta tidak berhati-hati semasa memandu
motorsikalnya sebaliknya memandu dengan sambil lewa dan tambah-tambah lagi
defendan juga tidak mempunyai lesen kenderaan maka dia memandu tanpa lesen
pada hari kejadian. Dalam kemalangan tersebut motorsikal defendan telah
mengalami kerosakan di bahagian fork absorber, pemijak gear, pedal minyak dan
pecah nombor pendaftaran belakang dan defendan juga telah mengalami
kecederaan putus urat kaki keting kiri, remuk tulang kaki kanan dan luka di
bahagian badan.

2) Locus Standi.

 DAPATAN MAHKAMAH ATAS ISU LIABILITY.

 Setelah meneliti versi keterangan mengenai kemalangan oleh kedua-dua pihak dan
setelah meneliti semua keterangan yang di kemukakan, mahkamah dapati pihak
plaintif telah berjaya membuktikan kes ini diatas imbangan kebarangkalian ke atas
defendan. Pihak defendan di dapati cuai dan bertanggungan 100 peratus di dalam
kemalangan ini.
 Berdasarkan kes rujukan, Noorianti Binti Zainol Abidin v. Tang Lei Nge [1990] 2
CLJ Rep 545; [1990] 2 MLJ 243 telah di nyatakan sepertimana berikut: "it has also
been said in the the event of two conflicting stories the trial judge should not
approach the case upon the basis of considering which of two conflicting stories he
should believe but rather on the basis of considering which version is inherently
probable or improbable".

 Setelah meneliti semua keterangan yang di kemukakan, mahkamah dapati di dalam


kes ini versi kemalangan pihak plaintif adalah "inherently probable". Menurut
keterangan defendan kedudukan motorsikal beliau selepas kemalangan adalah di
tempat tandaan "W" dan tempat kemalangan pula adalah di tempat tandaan "Z".
Mahkamah berpendapat keterangan defendan adalah tidak munasabah kerana dua
tempat tersebut adalah agak jauh. Defendan juga tidak memberikan keterangan
kenapa motorsikal beliau jatuh di tempat tersebut selepas kemalangan.

 Mahkamah juga dapati daripada keterangan defendan sendiri pada masa kejadian
beliau menyatakan bahawa motorsikal beliau berada di belakang motorsikal plaintif.
Oleh itu mahkamah berpendapat secara munasabahnya kemalangan ini berlaku
apabila defendan tidak sempat mengelak motorsikal plaintif yang membelok ke
arah simpang jalan seperti mana keterangan plaintif.

 Versi defendan adalah "improbable" kerana defendan yang berada di belakang


seharusnya dapat melihat motorsikal plaintif yang berada di hadapan beliau.
Kerosakan motorsikal defendan di bahagaian fork absorber hadapan juga
menyokong keterangan plaintif yang mana defendan telah secara tiba-tiba datang
dari arah belakang dan melanggar motorsikal plaintif.

 Tambahan pula, di dalam kes ini defendan tidak mempunyai lesen memandu.
'Inference' yang boleh di buat adalah defendan tidak mempunyai kelayakan dan
kemahiran atau kecekapan yang secukupnya untuk memandu kerana defendan
tidak pernah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib, dan oleh kerana tidak
mempunyai kemahiran/kecekapan pemanduan yang secukupnya defendan pada
waktu kemalangan telah gagal untuk "exercise reasonable duty of care" yang mana
jika defendan mempunyai kemahiran/kecekapan pemanduan yang betul
kemalangan tersebut boleh di elakkan. Berdasarkan alasan-alasan yang telah di
berikan mahkamah berpendapat bahawa defendan di dalam kes ini bertanggungan
100%. Maka di dalam kes ini plaintif mempunyai hak untuk membuat tindakan di
mahkamah ke atas defendan.
3) Had Batasan Masa.

 Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta 333. Lesen memandu Seksyen
26. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, tiada seorang
pun boleh memandu sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihalan,
di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang
membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan
itu, dan tiada seorang pun boleh mengambil kerja atau membenarkan seseorang lain
memandu sesuatu kenderaan motor di jalan melainkan jika orang yang diambil
kerja atau dibenarkan memandu itu adalah pemegang sesuatu lesen memandu
sedemikian. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga
ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

 Seterusnya, menurut Akta Had Masa 1953, secara umumnya, had masa untuk
mengambil sesuatu tindakan sivil dalam mahkamah adalah terhad kepada 6 tahun
sahaja. Maka di dalam kes ini had batasan masanya masih lagi dibenarkan kepada
plaintif untuk mengambil tindakan Mahkamah ke atas defendan.

4) Bidangkuasa Mahkamah.

 AKTA MAHKAMAH RENDAH 1948, Mahkamah Majistret dan Sesyen.

 Di dalam kes ini perbicaraan Mahkamah bersidang di Mahkamah Majistret Pasir


Mas, Kelantan. Maka ianya tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Rendah,
iaitu Mahkamah Majistret Kelas 2. Berdasarkan Seksyen 2, Akta Mahkamah
Rendah. Ianya memperuntukkan, mempunyai bidangkuasa untuk mendengar
tuntutan yang tidak melebihi RM 10,000,00.

 Berdasarkan kes ini juga, setelah Mahkamah memberi keputusan terhadap kos-kos
ganti rugi Am dan ganti rugi Khas, jumlah keseluruhan yang defendan harus
membayar kepada plaintif ialah sebanyak RM 24,502. Menurut jumlah ini tuntutan
plaintif adalah tidak melebihi RM 10,000,00.

5) Pihak-Pihak (Parties).

 Plaintif : Fauzi Abdullah.


 Defendan : Mahzuz Mohamad dan satu yang lain.
 a) Of the age majority: Dalam kes ini, ianya tidak menyatakan umur plaintif dan
defendan-defendan akan tetapi boleh dilihat dari fakta kes yang kesemua mereka
sudah berada pada umur yang umum untuk memandu sesebuah kenderaan di atas
jalan raya.

 b) In his right mind: Dalam kes ini, menurut segala keterangan palintif dan
defendan-defendan, semasa kejadian mereka semua berada di dalam keadaan yang
waras dan sedar akan kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan dan faham apa
yang sudah mereka alami.

 c) Acting personally or in a representative capacity: Berdasarkan daripada kesemua


keterangan plaintif dan defendan-defendan, mereka hanyalah bertindak sendiri dan
tidak diwakili oleh sesiapa sebagai wakil mereka semasa di hari perbicaraan di
Mahkamah.

You might also like