You are on page 1of 12

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


FB-100-03:2012 PERAKAUNAN
PROGRAM

TAHAP DAN SEMESTER 3 ( SEMESTER 2 )

KOD DAN TAJUK


BAK 2043 : HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN 1
KURSUS

K1 MENGUMPULKAN DOKUMEN DAN MAKLUMAT DAFTAR


HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

K2 MENGEMASKINI DAFTAR HARTANAH, LOJI DAN


PERALATAN

K3 MENYEDIAKAN SENARAI DRAF HARTANAH, LOJI DAN


NO. DAN TAJUK PERALATAN
KOMPETENSI
K4 MENGIRA SUSUT NILAI HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

K5 MENGIRA NILAI BUKU BERSIH (NBB) HARTANAH, LOJI


DAN PERALATAN

K6 MENYEDIAKAN JADUAL SUSUT NILAI HARTANAH, LOJI


DAN PERALATAN

NO.KOD KSKV BAK 2043 /KP(1/4)


Muka Surat : 1 Drp / 12
NO.KOD NOSS FB-100-03:2012-C05/P(1/4)

TAJUK: MENGUMPULKAN DOKUMEN DAN MAKLUMAT DAFTAR HARTANAH, LOJI DAN


PERALATAN

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih dalam menguasai pengetahuan dan
kefahaman mendapatkan dokumen daftar hartanah, loji dan peralatan.

PENERANGAN

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 1/12


MENDEFINISI ISTILAH HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

(a) Hartanah, Loji dan Peralatan (Properties, Plant and Equipment)

 Sebagai harta / aset tetap yang dipegang oleh sesebuah perusahaan untuk digunakan dalam
pengeluaran barangan dan perkhidmatan, disewa kepada orang atau organisasi lain, atau
untuk tujuan pentadbiran atau penyelenggaraan dan dijangka akan digunakan lebih
daripada satu tempoh pelaporan (tempoh perakaunan). Harta tersebut tidak bertujuan untuk
dijual.

(b) Susut nilai

 Ukuran bagi kesusutan, penggunaan atau kehilangan bagi sesuatu aset, sama ada ia timbul
daripada penggunaan, perubahan masa atau keusangan teknologi dan perubahan pesanan.
Ia dianggap sebagai belanja perniagaan.

(c) Peruntukan susut nilai / susut nilai terkumpul

 Jumlah susut nilai yang terkumpul, iaitu jumlah susut nilai yang direkod bagi sesuatu aset
setakat tarikh pelaporan. Ia dianggap liabiliti kerana tanggungan kepada perniagaan.

(d) Nilai buku bersih

 Nilai aset bukan semasa selepas kos aset tolak peruntukan susut nilai aset
(Nilai buku bersih aset = Nilai kos Aset – Peruntukan susut nilai aset)

(e) Jangka hayat / usia guna

 Ialah tempoh sesuatu aset digunakan sehingga dilupuskan atau digantikan.


 Jangka hayat kegunaan sesuatu aset lazimnya berasas pada salah satu daripada faktor-
faktor yang berikut:
(i) Dijangka haus fizikal dan lusuh (seperti kenderaan dan mesin tertentu)
(ii) Keusangan teknologi (contohnya komputer)
(iii) Undang-undang atau halangan-halangan lain ke atas penggunaan aset (seperti aset
pajakan)

(f) Pelabelan aset (asset tagging)

 Label / tag yang bernombor siri / kod bar yang mempunyai maklumat aset. Ia digunakan
untuk menjejaki aset tetap, mendapatkan maklumat / laporan aset dengan pembaca kod bar
mudah alih.
 Contoh-contoh cara pelabelan aset:

(i) Destructible asset tags

(ii) Metal asset tags

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 2/12


(iii) Void asset tags

(iv) Barcode asset tags

MENGENALPASTI JENIS HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

Bil. Perkara Contoh


(a) Aset nyata Mempunyai kewujudan fizikal
Tidak mempunyai kewujudan fizikal seperti paten, hak cipta dan
(b) Aset tidak nyata
tanda niaga.
Segala mesin yang besar, gedung, kilang, jentera, pelantar
(c) Loji dan mesin
minyak
(d) Kenderaan bermotor Lori, kereta, van, kapal, motorsikal dll
Mesin fotostat, mesin faksimili, telefon, mesin pemotong kertas,
(e) Peralatan pejabat
mesin kira, pencetak dll
(f) Perabot Sofa, meja, almari, kerusi dll.
(g) Lengkapan dan lekapan Kipas angin, pendingin hawa dll.
(h) Peralatan komputer Komputer meja, komputer riba dll
(i) Ubahsuai Naik taraf bangunan, pembesaran / peluasan bangunan dll
Premis perniagaan, kedai perniagaan, tanah perniagaan, hutan,
(j) Tanah dan bangunan
lombong, kuari
(k) Papan tanda Papan tanda perniagaan
MENERANGKAN SEBAB-SEBAB / FAKTOR-FAKTOR BERLAKU SUSUT NILAI

Bil. Sebab / faktor Akibat Contoh

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 3/12


(a) Kemerosotan fizikal atau  Pendedahan kepada unsur Kenderaan, kelengkapan dll.
kerosakan fizikal semula jadi seperti
matahari, hujan, angin dan
yang menyebabkan
hakisan, berkarat, reput
dan busuk.
 Akibat penggunaan seperti
pakai, koyak, pudar dan
buruk.`

(b) Faktor Ekonomi  Perubahan teknologi yang Komputer, kenderaan, mesin


mengakibatkan aset dan kelengkapan
berkenaan mengalami
kejatuhan nilai atau usang,
ketinggalan zaman kerana
model baru yang lebih
canggih, efisyen, moden
dan menjimatkan
diperkenalkan dalam
pasaran.

(c) Peredaran masa  Bagi aset yang mempunyai Aset-aset dalam pajakan, hak
usia yang telah ditetapkan cipta dan hak paten (hak cipta
oleh undang-undang, nilai yang mengakibatkan usia
aset ini semakin berkurang gunanya semakin singkat)
apabila tempoh
pajakannya semakin
pendek.

(d) Pengurangan /  Aset semula jadi atau Lombong, kuari, hutan dan
penghabisan sumber alam akan telaga minyak
mengalami penurunan
daya pengeluaran apabila
terus diusahakan.

MENGENALPASTI KAEDAH SUSUT NILAI

Sesuatu kaedah pengiraan susut nilai yang dipilih haruslah diguna secara tekal (prinsip ketekalan)
supaya perbandingan antara tempoh-tempoh dan antara syarikat-syarikat lebih mudah dilakukan.
Penggunaan kaedah susut nilai boleh berbeza antara satu jenis aset tetap dengan satu jenis aset tetap
yang lain. Terdapat 4 jenis kaedah pengiraan susut nilai iaitu

(a) Kaedah garis lurus

 Mengandaikan corak hasil yang diperolehi sama rata bagi setiap tempoh
penggunaannya. Oleh itu, amaun belanja susutnilai juga harus menjadi sama rata.
 Juga dikenali sebagai kaedah ansuran tetap / kaedah peratus atas kos / kaedah kadar
rata.
 Adalah kaedah yang paling senang digunakan dan kebanyakan syarikat mengamalkan
kaedah ini. Apabila kaedah ini digunakan, jumlah belanja susutnilai yang direkod di
sepanjang usia guna aset adalah sama bagi setiap tahun.

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 4/12


(b) Kaedah baki berkurangan

 Kaedah ini termasuk dalam kumpulan susut nilai tercepat kerana kos aset
disusutnilaikan dengan kadar yang lebih cepat daripada nisbah dalam kaedah garis
lurus.
 Kaedah ini kadangkala disebut sebagai kaedah baki berkurangan dua kali. Ini kerana
kadarnya akan berganda dua kali daripada kaedah garis lurus. Ia dikira seperti berikut:

(i) Kirakan kadar susut nilai seperti kaedah garis lurus dengan mengambil 100%
dibahagikan dengan tahun usia guna. Daripada contoh sebelum ini, misalnya
kadar susut nilai garis lurus ialah 100% / 5 = 20%. Jadi, kadar susut nilai baki
berkurangan ialah 2 x 20% = 40%.
(ii) Bagi mengira amaun susut nilai bagi mana-mana tahun, nilai bakian TIDAK
diambil kira. Pengiraan susut nilai dibuat dengan mendarabkan baki buku awal
tahun dengan kadar susut nilai.

 Jadi, amaun susut nilai di bawah kaedah ini memberikan corak yang sama supaya
sesuai dengan prinsip pemadanan iaitu amaun susut nilai adalah tinggi di awal
penggunaan dan berkurangan di akhir penggunaan.

(c) Kaedah angka digit / kaedah jumlah angka tahun

 Amaun belanja susut nilai tahunan di bawah kaedah jumlah angka tahunan memberikan
corak yang sama seperti kaedah baki berkurangan iaitu amaunnya pada awal tahun
adalah lebih tinggi daripada amaun pada akhir tahun hayat aset berkenaan.

(d) Kaedah unit pengeluaran / kaedah unit aktiviti

 Mengira susut nilai atas dasar unit pengeluaran atau penggunaan yang dijangka bagi
setiap aset yang dibeli.
 Sesuai digunakan jika terdapat korelasi yang tinggi antara aktiviti aset dengan
kehausan fizikal dan lusuh. Hal ini demikian kerana tiada susut nilai dikenakan di
bawah kaedah ini jika aset perniagaan kekal terbiar atau aset yang tidak aktif dalam
proses pengeluaran produk.
 Contoh: kilometer (bagi kenderaan), unit pengeluaran dan jam beroperasi (bagi mesin
dan peralatan kilang).
 Kaedah ini tidak sesuai untuk aset yang mengalami penurunan nilai yang ketara atas
sebab-sebab seperti peredaran masa atau keusangan teknologi.

MENDAPATKAN DOKUMEN DAFTAR HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 5/12


(a) Senarai Daftar Aset

Bilangan
Borang Daftar Aset unit aset
yang dibeli

Jenis aset yang didaftar:


perabot, peralatan pejabat, Harga
kenderaan dan komputer seunit aset
Jumlah nilai
Daftar Hartanah, Loji dan Peralatan aset dibeli
Jenis Aset : Perabot
Tarikh Harga
No. Jangka Jumlah Tarikh Dikemaskini
Bil. Perkara Model Unit seunit Lokasi
Beli Lupus Ruj. Hayat (RM) Kemaskini oleh
(RM)
Pejabat
1 3/2/13 PP Cabinet S/B 4451 Almari fail 10 2 250.00 500.00
pentadbiran
3/5/13 Lee
Ruang
2 6/4/13 Kedai Perabot May 6712 Sofa 2 seater 10 5 110.00 550.00
tetamu
3/5/13 Lee

Usia guna aset:


Tarikh beli / Nombor (1) Perabot – 10 Tempat
lupus aset invois tahun letak aset
(2) Peralatan
pejabat – 10
Nama Jenis model
tahun
syarikat yang dibeli
(3) kenderaan – 5
secara teliti
tahun
(4) komputer – 3
tahun
(5) lengkapan
dan lekapan – 10
tahun

 Tujuan menyediakan Daftar Hartanah, Loji dan Peralatan


(i) Mewujudkan pengkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini.
(ii) Memudahkan pengesanan dan pemantauan.
(iii) Membolehkan keadaan aset diketahui.
(iv) Memudahkan penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian aset.

 Jangka hayat penggunaan / usia guna


(i) perabot – 10 tahun
(ii) peralatan pejabat – 10 tahun
(iii) kenderaan – 5 tahun
(iv) komputer – 3 tahun
(v) lengkapan dan lekapan – 10 tahun

 Aset hendaklah dikemaskini apabila berlaku:


(i) perubahan penempatan
(ii) perubahan nama pegawai penempatan
(iii) penambahan / penggantian / naik taraf aset
(iv) pemeriksaan aset
(v) pelupusan / pindahan aset
(vi) hapus kira

 Dokumen rujukan untuk daftar hartanah, loji dan peralatan


(i) Nota pesanan / nota minta
(ii) Nota serahan
(iii) Invois
(iv) Dokumen kontrak / surat ikatan perjanjian (sewa beli kenderaan, mesin fotostat,
jentera)
(v) Kad jaminan (peralatan elektrik)
(vi) Manual pengguna dll

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 6/12


 Dokumen berkaitan dengan perekodan hartanah, loji dan peralatan
(i) Borang daftar hartanah, loji dan peralatan
(ii) Borang pergerakan aset
(iii) Borang pelupusan aset

(b) Pelupusan Aset

Borang Pelupusan Aset

Kaedah Pelupusan
Jumlah Harga Hasil
Tarikh (Tanda ✔pada kaedah yang dipilih)
Bil. Jenis Aset Asal Pelupusan
Pelupusan Kaedah Lain
(RM) (RM) Jualan Pindahan Musnah
(Nyatakan)
1 Almari fail 4/2/2019 500.00 0.00 ✔

 Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset tetap daripada milikan, kawalan,
simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

 Objektif pelupusan ialah:


(i) memastikan perniagaan tidak menyimpan aset yang tidak boleh digunakan atau
tidak diperlukan.
(ii) Menjimatkan ruang simpanan dalam sesuatu organisasi.
(iii) Mendapatkan hasil pulangan yang terbaik apabila aset dilupuskan.

 Pelupusan aset bukan semasa boleh berlaku dalam empat situasi:


(i) Tidak ekonomi untuk dibaiki
(ii) Usang
(iii) Rosak dan tidak dapat digunakan
(iv) Luput tempoh penggunaan
(v) Keupayaan aset tidak lagi pada peringkat optimum
(vi) Tiada alat ganti di pasaran
(vii) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan
(viii) Tidak lagi diperlukan oleh perniagaan
(ix) Perubahan teknologi
(x) Melebihi keperluan

 Aset boleh dijual kepada pembeli atau dilupuskan pada akhir hayat atau dalam
usianya. Lazimnya, aset dilupuskan tempoh pada nilai skrap. Contoh: peniaga menjual
kereta sebagai besi buruk.

 Kaedah pelupusan:

Bil. Kaedah pelupusan Contoh Penerangan


(i) Jualan - Tender - Harga bergantung kepada keadaan

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 7/12


- Sebut harga aset tetap tersebut sekiranya ia
- Lelong masih elok dan boleh digunakan lagi

(ii) E-waste, buangan - E-waste - barang elektrik / elektronik


terjadual (komputer, pencetak, pengimbas,
mesin fotostat, televisyen, peti sejuk,
alat pendingin hawa, telefon bimbit
dan aksesori / bateri.

- Buangan terjadual - Buangan minyak terpakai seperti


minyak terpakai daripada stesen
servis kenderaan depot tentera.
- Bateri asid plumbum terpakai (bateri
kenderaan).
- Bahan mudah bakar dalam bekas
yang dibenarkan seperti diut,
pakaian atau rokok.
- Buangan makmal seperti bahan
kimia luput tarikh, ubat atau
buangan farmaseutikal.
- Bahan gas berkait
chloroflourocarbon (CFC), bahan
binaan terpakai dari asbestos.

- Sisa pepejal - Apa-apa bahan sekerap atau benda


lebihan lain yang tidak dikehendaki
atau keluaran yang ditolak yang
timbul daripada penggunaan apa-
apa proses.
- Apa-apa benda yang dikehendaki
dilupuskan kerana sudah pecah,
lusuh, tercemar atau selainnya
rosak.

(iii) Jualan sisa - Aset yang tidak boleh - Jual kereta lama sebagai besi buruk.
digunakan dalam bentuk
dan fungsi asalnya.
-
(iv) Tukar barang - Pertukaran aset dari jenis Kaedah ini dilaksanakan berasaskan:
yang sama atau berbeza - Pertukaran aset adalah berasaskan
nilai terbaik tanpa melibatkan kos
tambahan.
- Nilai aset mesti dianggarkan oleh
pihak yang pakar dalam bidang
berkenaan.
- Pertukaran aset hendaklah mengikut
keperluan sebenar organisasi.

(v) Tukar beli - Aset yang masih boleh Kaedah ini dilaksanakan berasaskan:
digunakan tetapi tidak - Aset yang ditukarkan mesti sama
diperlukan lagi. jenis
- Aset lama perlu dikeluarkan
sebelum gantinya dipasang.
- Nilai semasa perlu dikaji terlebih
dahulu.
- Peruntukan yang mencukupi bagi

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 8/12


membiayai harga penuh aset yang
akan diganti.

(vi) Tukar ganti - Aset yang tidak ekonomi Kaedah ini dilaksanakan berasaskan:
dibaiki tetapi boleh - Aset yang sama jenis dan
dikeluarkan komponen- kegunaannya.
komponen tertentu - Diperiksa dan disahkan
seperti komponen kesesuaiannya oleh pegawai
kenderaan atau teknikal.
perkakasan komputer
dikeluarkan dan dipasang
sebagai alat atau
komponen ganti bagi
pembaikan jentera atau
kenderaan atau
perkakasan komputer
yang lain.

(vii) Hadiah - Aset boleh digunakan Kaedah ini dilaksanakan berasaskan:


tetapi tidak diperlukan - Permohonan atau keperluan
lagi oleh sesuatu penerima.
organisasi. - Kos pengendalian dan
- Aset tidak ekonomi pengangkutan hendaklah
diperbaiki tetapi boleh ditanggung oleh penerima.
diguna sebagai bahan
latihan dan pameran.

(viii) Musnah - Pilihan terakhir - Ditanam


- Aset yang tiada nilai - Dibakar
jualan atau nilai sisa. - Dibuang
- Ditenggelam
- Diletup / diledak / dilebur
- Mesti mendapat kelulusan tempat
pemusnah daripada Pihak Berkuasa
yang berkenaan seperti Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan
Alam Sekitar, Jabatan Laut dll dan
mematuhi peraturan dan garis
panduan yang ditetapkan.

(c) Pergerakan Aset

 Pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod
pada Borang Pergerakan Hartanah, Loji dan Peralatan.

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 9/12


Daftar Pergerakan Hartanah, Loji dan Peralatan

Jenis Aset : Perabot

Jenama dan Model : Sofa 2 seater


Pegawai Pengeluar
Tarikh beli : 6/4/18
Catatan
No. Ruj : 45109

Tarikh Ketika Dikeluarkan Ketika Dipulangkan


Tandatangan
Bil. Nama peminjam Jangka
Dikeluarkan peminjam Tandatangan Tarikh Tandatangan Tarikh
dipulangkan
16/7/ 20/7/ Untuk
1. Hamisah 16/7/18 20/7/18 Hamisah Lee Lee
18 18 pameran

d) Borang/Dokumen Perolehan Aset Baru

 Dokumen-dokumen yang terlibat semasa perolehan aset baru ialah seperti Borang
Daftar Hartanah, Loji dan Peralatan, nota serahan, invois, resit dan sebagainya yang
digunakan sebagai rujukan.

MEMFAIL DOKUMEN HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

 Dokumen – dokumen akan disimpan di dalam Fail Aset Tetap

MAKLUMAT BERKAITAN CARTA AKAUN SYARIKAT

 Definisi

- Carta yang menyenaraikan nombor dan tajuk semua akaun secara sistematik untuk
kegunaan sistem perakaunan berkomputer.

- Carta akaun juga dapat digunakan untuk perekodan dalam lejar am

 Fungsi

- Carta akaun adalah satu senarai akaun yang digunakan bagi memudahkan pengeposan
urusniaga ke lejar secara konsisten.

- Carta akaun berfungsi sebagai tapak (base) untuk menukar nama, menambah akaun dan
memberi maklumat tambahan kepada akaun yang ditambah.

- Bagi sistem perakaunan berkomputer, carta akaun adalah perlu supaya perisian dapat
mengenalpasti akaun.

 Kategori

- Terdiri daripada aset bukan semasa, aset semasa, liabiliti, kos jualan, hasil, belanja dan
ekuiti pemilik.

 Kod lejar am

BIL. KOD KUMPULAN AKAUN


1. 100 Hartanah, Loji dan Peralatan

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 10/12


2. 200 Lain-lain Aset
3. 300 Aset Semasa
4. 400 Liabiliti/ Tanggungan Semasa
5. 500 Ekuiti
6. 600 Liabiliti Jangka Panjang
7. 700 Jualan
8. 800 Kos Jualan
9. 900 Lain-lain Pendapatan

- Contoh : 
Kod 100 digunakan untuk mewakili akaun-akaun jenis Aset di dalam sistem
perakaunan. Jika akaun aset baru hendak ditambah di dalam sistem, kod akaun tersebut
mesti diletakkan sebagai 101 (bermula dengan nombor 1 dan seterusnya). Kod 100
tidak digunakan untuk akaun aset sebenar, hanya untuk mewakili kategori aset.

DOKUMEN-DOKUMEN BERKAITAN HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

 Polisi Hartanah, Loji dan Peralatan


 Lejar Hartanah, Loji dan Peralatan
 Resolusi lembaga pengarah untuk pelupusan/ hapus kira

FUNGSI SENARAI HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

 Senarai Aset

Fungsi menyediakan senarai Hartanah, Loji dan Peralatan ialah

- Sebagai rujukan jangka panjang


- Sebagai kawalan jangka panjang
- Memudahkan penyemakan untuk tempoh jangka panjang
- Menyenaraikan dan meringkas maklumat penting yang diperlukan

 Jenis Aset

- Dengan adanya senarai Hartanah, Loji dan Peralatan, jenis-jenis aset dapat dikelaskan
mengikut kategori seperti kenderaan, peralatan komputer, perabot dan sebagainya.

 Kadar susut nilai

- Kadar susut nilai juga dapat dikira berdasarkan usia guna yang terdapat di dalam senarai
Hartanah, Loji dan Peralatan ini.

RUJUKAN:

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 11/12


1. Wan Madznah Wan Ibrahim, Azizah Haji Dolah, Masturah Abu Samah, Ace Ahead Teks STPM
Perakaunan Penggal 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd. (muka surat 192, 198 – 203)

2. Khalid Ismail dan Mahadzir Hamid, Perakaunan Awalan Edisi Kedua, Pearson Malaysia Sdn.
Bhd. (muka surat 83 – 91)

3. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan: Pendaftaran


(muka surat 4)

4. Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan: Pelupusan


(muka surat 9-10, 22-27)

5. Zan ‘Asri Tasir, Sharini Haji Ramli, Salina Kassim, Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5,
Sasbadi Sdn. Bhd. (muka surat 245,250)

6. http://www.ptss.edu.my/v6/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=107

7. http://www.jpnin.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5cba7d77-e5e8-4c23-bb54-
cab1e389ae1d&

NO KOD BAK 2043/KP(1) MUKA 12/12

You might also like