You are on page 1of 5

SUMBER TENAGA ALTERNATIF

Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada pelbagai bahan dan sumber yang berbeza
dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan.

Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian gariskan maklumat tentang faedah-faedah sumber tenaga alternatif. Tulis
persamaan dan perbezaan maklumat dalam jadual perbandingan di bawah. .

Bahan 1

Bahan 2

Sumber tenaga terbahagi kepada tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. Sumber tenaga boleh
diperbaharui seperti tenaga matahari boleh diperbaharui dan diganti pada masa singkat. Tenaga boleh diperbaharui
selamat dan mesra alam, namun tidak dapat dilakukan secara meluas dan terhad. Walaupun begitu, pembinaan stesen jana
kuasa juga menjejaskan landskap dan mungkin merosakkan habitat asal di kawasan terbabit. Malaysia bertuah kedudukan
geografinya di garisan Khatulistiwa, memberikan kelebihan pendedahan cahaya matahari dan tadahan air. Penggunaan
tenaga solar mungkin memberi impak kepada penurunan permintaan tenaga elektrik, sekali gus memberikan keseimbangan
ekonomi negara pada masa hadapan. Projek tenaga solar mampu menjanakan pendapatan dalam tempoh lima tahun
sekurang-kurangnya. Namun, tenaga solar juga mempunyai kekurangan dalam beberapa sudut. Antaranya, ketidakstabilan
cuaca menyebabkan penyinaran solar menjadi tidak stabil. Apa-apapun, keputusan hari ini perlu mengambil kira keperluan
generasi akan datang bagi penggunaan tenaga mesra alam dalam melestarikan kehijauan bumi merdeka.
Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian

Bahan 1 Bahan 2
Persamaan
(a)
(b)

(a) _ (a)

(b) (b)
Perbezaan
(c) (c) _

1
LATIHAN
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1
Pemanasan global dan pencemaran alam sekitar antara isu utama yang dibincangkan di seluruh dunia hari ini. Setiap kali bahan api jenis

Bahan 2

Bahan 2

Tenaga dapat dihasilkan daripada sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Oleh hal
yang demikian, satu strategi yang proaktif dalam menerokai sumber tenaga alternatif yang lebih mesra alam amat
diperlukan untuk menjamin kualiti hidup lebih bermutu pada masa hadapan. Tenaga yang dijanakan oleh biojisim boleh
diperoleh daripada sisa pertanian dan penternakan seperti hampas kelapa sawit, sekam padi, sisa kumbahan haiwan dan
manusia serta proses pereputan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Seterusnya, biogas ini dijadikan sumber bahan api kepada kilang pemprosesan kelapa sawit dan pencawang elektrik yang
secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan kebergantungan kepada sumber yang
tidak boleh diperbaharui. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia sememangnya tidak boleh mengelak
krisis alam sekitar dan kemerosotan bahan bakar semula jadi seperti gas asli dan petroleum.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sumber biojisim ke arah kelestarian
tenaga’
oleh Ahmad Nazeer Che Mat dan Nafisah Osman,
Dewan Kosmik, Bil. 1/2022

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mendapat sambutan. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kelebihan penggunaan tenaga solar dan tenaga
biojisim. [4 markah]

(iii) Penggunaan tenaga solar oleh masyarakat di kediaman mereka masih rendah sungguhpun potensinya ada.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab masyarakat kurang menggunakan tenaga solar di rumah? [3 markah]

(iv) Anda menonton berita di televisyen tentang masalah penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Banyak
keburukan yang diterima sama ada kepada masyarakat mahupun negara seperti ancaman kesihatan, masalah
pencemaran dan kos yang tinggi. Oleh hal yang demikian, penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga
hidroelektrik, tenaga solar dan tenaga biojisim dapat mengurangkan masalah tersebut.
Sebagai rakyat yang prihatin, cadangkan usaha-usaha kerajaan dalam menggalakkan penggunaan sumber tenaga
alternatif di negara ini. [4 markah]

2
SUMBER TENAGA ALTERNATIF

Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada pelbagai bahan dan sumber yang berbeza
dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan.

Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian gariskan maklumat tentang faedah-faedah sumber tenaga alternatif. Tulis
persamaan dan perbezaan maklumat dalam jadual perbandingan di bawah. .

Bahan 1

Bahan 2

Sumber tenaga terbahagi kepada tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. Sumber tenaga boleh
diperbaharui seperti tenaga matahari boleh diperbaharui dan diganti pada masa singkat. Tenaga boleh diperbaharui
selamat dan mesra alam, namun tidak dapat dilakukan secara meluas dan terhad. Walaupun begitu, pembinaan stesen jana
kuasa juga menjejaskan landskap dan mungkin merosakkan habitat asal di kawasan terbabit. Malaysia bertuah kedudukan
geografinya di garisan Khatulistiwa, memberikan kelebihan pendedahan cahaya matahari dan tadahan air. Penggunaan
tenaga solar mungkin memberi impak kepada penurunan permintaan tenaga elektrik, sekali gus memberikan keseimbangan
ekonomi negara pada masa hadapan. Projek tenaga solar mampu menjanakan pendapatan dalam tempoh lima tahun
sekurang- kurangnya. Namun, tenaga solar juga mempunyai kekurangan dalam beberapa sudut. Antaranya, ketidakstabilan
cuaca menyebabkan penyinaran solar menjadi tidak stabil. Apa-apapun, keputusan hari ini perlu mengambil kira keperluan
generasi akan datang bagi penggunaan tenaga mesra alam dalam melestarikan kehijauan bumi merdeka.
Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian

Bahan 1 Bahan 2
Persamaan
(a) dapat diperbaharui [B1] / boleh diperbaharui dan diganti pada masa singkat [B2]
(b) selamat dan boleh dipercayai [B1] / selamat [B2]

(a) mengurangkan pemanasan global (a) mesra alam


(b) menjaga kesihatan awam Perbezaan (b) memberikan keseimbangan ekonomi negara
(c) dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar (c) menjanakan pendapatan

3
JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mendapat sambutan. Markah


P1 memperoleh / menerima perhatian / reaksi 2m
P2 memperoleh / menerima sambutan 1m
P3 mendapat perhatian / reaksi 1m
Isi tepat : 2
markah Markah maksimum :
2 markah

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kelebihan penggunaan tenaga solar Markah
dan tenaga biojisim.
Persamaan kelebihan penggunaan tenaga solar dan tenaga biojisim :
P1 mengurangkan kebergantungan kepada bahan api jenis fosil [B1] 1m
P2 mengurangkan masalah kebergantungan kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui [B2] 1m
Kelebihan penggunaan tenaga solar :
P3 mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida oleh sektor penjanaan tenaga [B1] 1m
Kelebihan penggunaan tenaga biojisim :
P4 menjamin kualiti hidup lebih bermutu pada masa hadapan [B2] 1m
P5 mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar [B2] 1m
Isi cukup : 3
isi Markah maksimum : 4
markah

(iii) Penggunaan tenaga solar oleh masyarakat di kediaman mereka masih rendah sungguhpun potensinya Markah
ada. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab masyarakat kurang menggunakan tenaga solar di rumah?
P1 kurang kesedaran untuk melestarikan alam sekitar 1m
P2 kos pemasangan / pembelian panel solar yang tinggi / mahal 1m
P3 penyebaran maklumat tentang kelebihannya kurang dipergiat 1m
P4 kesukaran untuk mendapatkan panel solar 1m
P5 memerlukan penyelenggaraan 1m
P6 tidak boleh digunakan untuk semua benda / peralatan 1m
P7 pemasangan panel solar agak kompleks / rumit 1m
Isi cukup : 2
isi Markah maksimum : 3
markah

(iv) Anda menonton berita di televisyen tentang masalah penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh Markah
diperbaharui. Banyak keburukan yang diterima sama ada kepada masyarakat mahupun negara seperti
ancaman kesihatan, masalah pencemaran dan kos yang tinggi. Oleh hal yang demikian, penggunaan sumber
tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik, tenaga solar dan tenaga biojisim dapat mengurangkan
masalah tersebut.
Sebagai rakyat yang prihatin, cadangkan usaha-usaha kerajaan dalam menggalakkan penggunaan sumber
tenaga alternatif di negara ini.
P1 kerajaan perlulah menyebarkan kelebihan penggunaan sumber tenaga alternatif di pelbagai media 1m
P2 kerajaan haruslah mengurangkan harga / kos peralatan sumber tenaga alternatif 1m
P3 kerajaan hendaklah mewajibkan pemasangan peralatan sumber tenaga alternatif di bangunan kerajaan 1m
P4 kerajaan wajarlah membina tapak sumber tenaga alternatif 1m
P5 kerajaan seharusnya menyediakan dana kepada penyelidik sumber tenaga alternatif 1m
P6 kerajaan perlulah menganjurkan pertandingan ciptaan yang menggunakan sumber tenaga alternatif 1m
P7 kerajaan hendaklah berkongsi kepakaran / ilmu sumber tenaga alternatif dengan negara maju 1m
Isi cukup : 3
isi Markah maksimum : 4

4
markah

You might also like